Post on 29-Jan-2016
description
Pengenalan
Kaedah Abjad merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari
a hingga z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh:
1. Memperkenalkan huruf a hingga z
2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu
4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu
5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-
kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini
memberi asas yang kukuh dalam membaca.
Aa Bb Cc Dd Ee FfGg Hh Ii Jj Kk LlMm Nn Oo Pp Qq RrSs Tt Uu Vv Ww XxYy Zz
Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula
membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal
dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk
kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada
‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.
Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang
mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini
juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad
iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu.
Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.
Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-
kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya.
Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang
bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah
pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan
kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).
Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas
membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah
kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum
(PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah
Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas.
Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid
ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas
bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua
Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti.
2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK)
2.1. Latar belakang
Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang
dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh
Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah
ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah,
terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut
telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.
Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum
baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.
Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR)
Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah
ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu.
Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia
dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang
diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).
2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata
Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya
mengambil kira perkara-perkara berikut;
2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . Hal ini menjelaskan
bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal
ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.
2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan
bahasa-bahasa lain.
2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu
yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu
juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai
perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.
Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang
digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa
pertama yang berbeza.
Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan
dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara
‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan
memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan
secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh
perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini.
Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau
dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan
KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal
membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan
sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar
telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat
dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.
2.3: Ciri-ciri
2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu
sebelum mereka boleh diajar membaca.
2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca
perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.
2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-
ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
yang disarankan.
2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-
bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca
sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid
sentiasa dekat dengan membaca.
3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK
Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu
diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah
‘a i u’
dan susunan konsonan berikut;
b k c s t m n g l j h y f w q v z
Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut;
i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan
kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.
ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan
menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan
bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata.
seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;
ba bi bu
da di du ka ki ku
da da - dadaba ba - bababu bu - bubu
ku ku kuku
Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-
murid membacanya:
dada baba bubu baba kuku baba
iv. Perkenalkan gabungan lain;
a da ada a ku aku ku da kuda bu ku buku bu ka buka
suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;
kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat
berikut;
baba ada bukubaba ada kudababa ada bububaba buka buku
Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’, ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
kuda dia kuda baba kuda aku/ ku
v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.
i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda da a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibun
kaki kuda
suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta;
vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang
telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan
membuat latih tubi.
vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;
ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda
ng bising, datang, sayang
nga nganga, singa
sy, sya syarat , syarikat
gh (gha) nyanyi, nyaring, punya
Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah;
i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan
Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak
perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).
ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung
kemudian.
iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf,
bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.
iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis.
ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda
Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.
v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu
tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan
dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas
untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara
berperingkat-peringkat.
vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan
kemahiran.
vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis
berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran
membaca.
4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah
Menengah
Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula
belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya
mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan
khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah
menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca.
Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah
kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah
dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah;
i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau
sebilangan sahaja.
ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.
iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan.
iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka.
v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.
Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai
masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain.
Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah
menengah adalah;
i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad.
Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu,
guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih
utama murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid
membaca cara yang biasa kepada mereka.
ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyak
menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka.
iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai
pengukuhan.
iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-
murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik
yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini
telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini
dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata,
perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai
beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar
dapat dlakukan.
5. Dapatan
5.1: Kekuatan
Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat
membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara
kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;
i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.
ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.
iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru
mengajar dan murid belajar.
iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan
dan frasa dalam satu pelajaran.
v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.
vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan
Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.
vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.
viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.
ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.
x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini.
xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca
dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.
5.2: Kelemahan
i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan
berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa
bermula semula.
ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.
iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.
iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.
v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan
daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan
memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan
bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup.
5.3: Dapatan-dapatan lain
i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat
membaca frasa.
ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara
kumpulan atau kelas.
iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang
telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang.
iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.
v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan
murid-murid.
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
Kaedah gabungan bunyi – kata( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
Contoh;
Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf Itu. Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;
Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
Teori MembacaTeori membaca terbahagi kepada enam teori iaitu:
1. MEMBACA NYARING (oral reading )
Membaca nyaring adalah proses melisankan dengan menggunakan suara, intonasi, tekanan secara tepat , serta pemahaman makna bacaan oleh pembaca. Membaca nyaring memiliki beberapa aspek iaitu:
Membaca dengan pikiran dan perasaan pengarang
Memerlukan keterampilan menafsirkan lambang-lambang grafis.
Memerlukan kecepatan pandangan mata
Memerlukan keterampilan membaca , terutama mengelompokkan kata secara tepat.
Memerlukan pemahaman makna secara tepat.
Manfaat membaca nyaring antara lain ialah: 1) Boleh memperoleh kesenangan dan memupuk keyakinan atau percaya diri. 2) Boleh menanamkan disiplin diri3) Boleh berimaginasi apabila dilakukan dalam membaca fiksi. 4) Boleh meningkatkan pemahaman mengenai makna bahan yang dibaca.
2. MEMBACA DALAM HATI ialah kegiatan membaca yang hanya meningkatkan kemampuan visual, pemahaman, serta ingatan dalam menghadapi bacaan tanpa mengeluarkan suara. Salah satu cara membaca dalam hati, iaitu membaca secara Ekstensif ( proses membaca yang dilakukan secara luas). Jenis – jenis membaca Ekstensif :
Membaca survey ialah : kegiatan membaca yang bertujuan mengetahui gambaran umum mengenai isi dan ruang lingkup bahan bacaan.
Membaca sekilas ialah : membaca yang bertujuan untuk mencapai / mendapatkan informasi secara cepat .
3. Membaca skimming, scanning adalah membaca dengan cepat sesuatu bahan bacaan untuk mendapatkan kesan awal dan untuk menemukan sesuatu maklumat yang kita cari, yang terdapat dalam bacaan. Membaca skimming adalah membaca untuk memperoleh kesan umum. Membaca scanning pula adalah membaca dengan tujuan untuk mendapatkan informasi khusus sahaja.
4. Membaca pemahaman ialah kegiatan membaca yang bertujuan untuk memperoleh pengertian atau memahami bahan bacaan secara cepat dan tepat. Dalam membaca pemahaman ada beberapa aspek yang diperlukan antaranya ialah
Seorang pembaca harus mempunyai kosa kata yang banyak.
Memiliki kemampuan mentafsirkan makna kata
Memiliki kemampuan idea pokok
Memiliki kemampuan menangkap urutan peristiwa sesuatu cerita.
5. MEMBACA CEPAT Ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara cepat dan disertai dengan pemahaman terhadap isi bacaan. Kecepatan membaca boleh disebut kemampuan membaca. Kemampuan membaca ialah kepantasan yang dicapai oleh pembaca dalam membaca sesuatu bahan bacaan.
6. MEMBACA FIKSI ialah membaca buku non fiksi dengan menggunakan cara S Q 3 R iaitu Survey – Question – Read – Recite – Review. Posted by jaque luc at 03:35
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Definisi MembacaMenurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.
Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.
Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan bahawa proses membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.
mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.
mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Penutup
Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah
menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas
kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis
mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu
lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa
yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu
abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi.
Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. Dengan
menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu
untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya
kemahiran asas ini dapat dikuasai.
Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan
penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikan
dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita
mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup.
Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa
pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit dan melibat waktu
khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala pembelajaran biasa dalam kelas
adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa.
Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan
sekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan
yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sebenarnya di sekolah
menengah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca.
Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir
simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid
memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Tanjung Malim: Quantum Books.
Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
UPSI.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group
Limited
Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional
Books.