Post on 06-Feb-2018
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
1/9
Kaedah Pengajaran Smart
Muqaddam (KPSM)
Modul Pengajaran Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM) terbahagi kepada 6 (enam) modul.
Sebanyak 150 patah perkataan yang paling kerap berulang di dalam al-Quran telah dipilih untuk
dihafal secara sistematik. Penekanan diberikan kepada 70 perkataan yang setiap satunya
mempunyai bilangan kekerapan berulang di dalam Muqaddam(Juz Amma) melebihi atau sama
dengan lima kali. Dengan mengingati perkataan tersebut, para pembaca telah berjaya mengetahui
80% perkataan yang terdapat dalam Muqaddam. Di setiap perkataan akan disediakan contoh-
contoh ayat yang diambil daripada beberapa surah lazim di dalam Muqaddam dan bacaan-bacaan
di dalam solat sebagai bahan rujukan.
MenguasaiMuqaddam
Secara Hafalan
Bagi Setiap
Perkataan
Berulang.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
2/9
Senarai Kandungan (KPSM)
Modul 1 hingga modul 5 dipecahkan
kepada lima pelajaran dan setiappelajaran mengandungi sekurang-
kurangnya enam perkataan. Kaedah
pembelajaran mengfokuskan kepada
proses penghafalan perkataan yang
telah dipilih berdasarkan kekerapan
ulangan di dalam al-Quran. Setiap
modul telah disusun secara sistematikbagi membolehkan pelajar mudah
untuk menghafal dan memahami
setiap patah perkataan. Modul 6
memberi penumpuan kepada pelajaran
tajwid dan menekankan kepada 6
(enam) kumpulan tajwid yang utama.
Beberapa ayat di dalam Muqaddam
yang dijadikan rujukan telah dijelaskankedudukan tajwidnya supaya setiap
perkataan mampu disebut dengan
betul agar memberi maksud yang tepat..
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
3/9
Bacaan Huruf
Mempelajari Huruf dan Sebutan bagi sesuatu perkataan yang terdapat di dalam Al-Quran.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
4/9
Modul Pengajaran 1 - 5
Modul 1 menyediakan perkataan-perkataan yang mampu dihafal
secara visual. Perkataan
dipecahkan kepada tiga kumpulan
iaitu ciptaan ALLAH, kurniaan
ALLAH dan diri (bahagian badan
manusia). Modul 2 menyediakan
perkataan-perkataan yang
berkaitan dengan kepercayaandan hubungan dengan ALLAH
SWT. Modul 3 dan modul 4 pula
menyediakan perbendaharaan
kata dan kata ganti diri. Modul 5
menyediakan perkataan-
perkataan berkaitan hari akhirat
dan kaum-kaum yang terdapat didalam al-Quran. Di setiap
perkataan akan disediakan
contoh-contoh ayat yang diambil
daripada beberapa surah lazim di
dalam Muqaddam dan bacaan-
bacaan di dalam solat sebagai
bahan rujukan.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
5/9
Modul Pengajaran 6
Modul 6 memberi penumpuankepada pelajaran tajwid dan
menekankan kepada 6 (enam)
kumpulan tajwid yang utama.
Beberapa ayat di dalam
Muqaddam yang dijadikan rujukan
telah dijelaskan kedudukan
tajwidnya supaya setiap
perkataan mampu disebut denganbetul agar memberi maksud yang
tepat. contoh-contoh ayat diambil
daripada beberapa surah lazim di
dalam Muqaddam.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
6/9
Lampiran (KPSM)
Di akhir buku ini, disediakan tiga lampiran. Lampiran pertama adalah bacaan-bacaan di dalam
solat, lampiran kedua adalah beberapa surah lazim dari Muqaddam yang selalunya dibaca di
dalam solat dan lampiran ketiga adalah ringkasan penerangan tajwid yang disusun bagi
memudahkan rujukan pembaca.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
7/9
Terjemahan Muqaddam (Juz
Amma) Terjemahan Muqaddam(Juz Amma)
Secara Lafziyah(Melayu-Inggeris-Jawi)
Berserta
Tajwid
Terjemahan yang dibuat adalah
mengikut makna bagi setiap ayat
yang terkandung di dalam juzAmma. Terjemahan ini diperincikan
lagi mengikut perkataan demi
perkataan dalam sesuatu ayat agar
para pembaca dapat memahami
makna bagi setiap perkataan yang
dibaca. Juga disediakan
terjemahan dalam bahasa Inggeris
dan Melayu bagi membantu para
pembaca untuk meningkatkan
penguasaan dalam kedua-dua
bahasa tersebut. Buku ini juga
dilengkapi dengan hukum tajwid
dan kedudukannya dalam sesuatu
ayat al-Quran serta penerangan
ringkas mengenainya.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
8/9
Kandungan Terjemahan
Muqaddam (Juz Amma)
Terdapat 38 surah iaitu 37 surah dari Juz Amma dan 1 Surah Al-Fatihah. Terdapat
99 Asma Ul-Husna serta terjemahannya.
7/21/2019 Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam (KPSM)2
9/9
&
Terjemahan Muqaddam (Juz
Amma)
Diharapkan kedua-dua buku ini dapat:
Memupuk rasa minat di kalangan masyarakat.
Menanamkan rasa mudah dalam mempelajari ilmu al-Quran.
Memperkayakan perbendaharaan kata dalam bahasa arab.Menjadikan al-Quran sebagai medium pembelajaran.