Post on 13-Dec-2015
1.0 PENGENALANKanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku social ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Manakala mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa. Oleh itu, dalam tugasan kali ini, saya mengelaskan beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan juga beberapa pemerhatian yang dilakukan ke atas kanak-kanak berkeperluan khas semasa lawatan saya bersama empat orang rakan saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
2.0 Kategori kanak-kanak berkeperluan khas 2.1. Murid bermasalah Penglihatan
Penglihatan merupakan salah satu deria yang penting kerana kanak-kanak
mempelajari 80% daripada penglihatan. Oleh itu, masalah penglihatan dianggap
sebagai masalah utama yang mungkin memberi kesan terhadap perkembangan
kognitif kanak-kanak tersebut. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mendefinisi masalah ini sebagai kebutaan (penglihatan kurang daripada 3/60
pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10O setelah
menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive) dan rabun
(penglihataan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang
terbaik). Hal demikian berpunca daripada baka dan keturunan, komlikasi semasa
hamil dan lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit. Tanda-tanda bagi
masalah penglihatan ini dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu dari segi rupa,
tingkah laku dan aduan kanak-kanak yang mengalaminya. (Lihat Lampiran A).
Oleh itu, guru perlu memberi keperluan pembelajaran dan latihan yang
sebaiknya kepada kanak-kanak ini. (Lihat Lampiran A)
2.2. Murid bermasalah Pendengaran
Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-
bahan ilmu. Oleh itu, kehilangan pendengaran merupakan ancaman utama
bukan sahaja terhadap komunikasi, tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan
sosial individu. Menurut Herth (1998), orang yang mengalami masalah
pendengaran atau pekak berasa dirinya terasing dari komuniti. Punca-punca
bagi masalah pendengaran ini ialah sebelum lahir, semasa lahir dan selepas
lahir. Selain itu juga, masalah ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap kurang
pendengaran dan tahap pekak. Tahap kurang pendengaran pula terbahagi
kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan sederhana teruk. Manakala tahap pekak
pula terbahagi kepada dua iaitu teruk dan sangat teruk. Justeru itu, antara tanda-
tanda yang diperhatikan ialah kanak-kanak kurang member perhatian di dalam
kelas, kelihatan selalu berkhayal, butir-butir percakapan yang tidak jelas dan
janggal, sering bertanya mengenai tugasan dan lain-lain lagi. (Lihat Lampiran A)
2.3. Murid bermasalah Pembelajaran
2.3.1. Lembam atau slow learner
Lembam atau slow learner merupakan perkembangan bahasa yang lewat.
Di mana mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang kurang,
kurang daya tumpuan terhadap sesuatu dan lain-lain lagi. Justeru itu, bagi
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti ini banyak masalah
yang akan dihadapi. Misalnya, wujudnya masalah tingkah laku, daya tumpuan
yang singkat dan mereka akan ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu memastikan masalah dapat di atasi dengan segera.
Misalnya, mengambil tindakan seperti pengajaran dilakukan secara individu,
mendapatkan terapi pertuturan, membina keyakinan diri mereka agar dapat
menonjolkan diri dan lain-lain lagi. (Lihat Lampiran A)
2.3.2. Sindrom Down (SD)
Down Sindrome merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh
kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada kanak-
kanak. Ia juga dikenali sebagai Trisomy 21. Biasanya kanak-kanak SD ini akan
mengalami banyak masalah kesihatan. Misalnya, pertumbuhan yang lambat,
kesukaran untuk belajar dan bertutur, berpenyakit pada jantung congenital,
mudah mendapat jangkitan dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak program
pemulihan bagi mengatasi masalah SD ini. Contohnya, program pemulihan
seperti program interversi, terapi carakerja, terapi pertuturan dan sebagai dapat
membantu kanak-kanak SD mencapai keupayaan dan perkembangan maksima
serta mampu berdikari. (Lihat Lampiran A)
2.3.3. Autism
Kanak-kanak autism adalah kanak-kanak yang mengalami masalah
komunikasi tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak ini akan
menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai pada peringkat umurnya malah
melakukukan sesuatu perkara diluar jangkaan. Contohnya, kanak-kanak
berumur 11 tahun akan menunjukkan tingkah laku kanak-kanak berumur 3
tahun. Kanak-kanak autism juga didefinisikan sebagai individu yang tidak
berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran
(menurut Leo Kanner, 1943). Selain itu, kanak-kanak autism mempunyai
persatuannya tersendiri. Misalnya, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM). Justeru itu, kanak-kanak autism akan terjamin masa depannya
dengan adanya persatuan sebegini. (Lihat Lampiran A)
2.3.4. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
ADHD juga dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-
kanak hiperaktif. Di mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu
benda. Lambat menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive
dan sebagainya. Banyak juga masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah
sosial dan juga masalah keluarga. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru
perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya, dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian
murid tersebut. (Lihat Lampiran A)
2.3.5. Terencat Akal
Kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Misalnya,
terencat akal teruk yang dikenali sebagai Mental Retardation. Di mana kanak-
kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang
kurang ataupun tidak lengkap. Biasanya, penyakit ini dilasifikasikan kepada 3
kategori iaitu; ringan (skor IQ: 50-75), sederhana (skor IQ: 30-50) dan teruk (skor
IQ: 30 ke bawah). Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dan agar murid seperti ini
mendapat pengajaran dan pembelajaran yang baik, guru haruslah memainkan
peranan yang penting. Misalnya, mengajar mereka komunikasi, menerapkan
terapi pertuturan, menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan sebagainya.
2.3.6. Palsi Serebrum
Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) bermaksud kanak-kanak yang
menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan
normal akibat kerosakan dalam otak. Biasanya mereka bersifat seperti
ketegangan pada otot, pergerakan tanpa diarah, gangguan dalam mobaliti dan
sebagainya. Terdapat beberapa jenis serebrum palsi; iaitu palsi serebrum
spastik, athetosis, ataxia, hemiplegia, diplexia dan quadriplegia (Lihat Lampiran
A).
2.3.7. Pintar cerdas
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar
pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar
cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan
definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami,
membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916),
pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk
berfikir secara abstrak. (Lihat Lampiran A)
2.4. Disleksia
Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud
“kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa
maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers
(1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-
kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran
ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali
symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik. Manakala menurut
Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah pembelajaran disleksia
merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:
a) Kesukaran belajar bahasa
b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
c) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
d) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
e) Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan
f) Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak
atau buta.
Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia
tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah
dijalankan, secara teorinya disleksia disebabkan oleh keturunan (genetik),
biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999). Oleh itu,
bagi mengatasi masalah disleksia ini, guru perlulah menggunakan pendekatan
yang tertentu. Contohnya, Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory
merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia;
iaitu dengan menggabungkan kesemua sensori (auditori, visual, oral dan
kinestetik) kita. (Lihat Lampiran A)
3.0 LAPORAN3.1 Perihal penubuhan pusat atau sekolah
Tanggal 8 Mac 2011, saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Kubang
Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan. Tujuan saya pergi ke sekolah ini ialah untuk
melawat dan mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas.
Oleh itu, berikut adalah tugasan saya yang perlu saya buat:
a) Sejarah
b) Tujuan
c) Ahli Jawatankuasa(AJK) (Lihat Lampiran B)
d) Program yang disediakan
e) Objektif yang dapat dicapai
f) Kejayaan yang diperolehi (Lihat Transkrip Temubual)
g) Kekangan atau masalah yang dihadapi
3.2 Pemerhatian3.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh
pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling,
event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai
semak, rekod anekdot dan sekil kadar. Dalam pemerhatian ini, saya
menggunakan kaedah senarai semak dan menemubual.
3.2.1.1 Senarai semak
Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru
dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil
pembelajaran seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu
senarai pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan
semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran
hendaklah mengambil kira domain afektif, kognitif dan psikomotor. Oleh itu, saya
telah membuat senarai semak beberapa perkara mengenai ciri-ciri kanak-kanak
berkeperluan khas. (Lihat Lampiran C)
3.2.1.2 Temubual
Temubual juga salah satu kaedah atau teknik bagi pengumpulan data.
Temubual ini boleh direkod mahupun menulis transkrip perbualan. Oleh
disebabkan saya tidak membawa perakam suara pada ketika menemubual ibu
bapa murid, saya hanya mencatat isi-isi penting sahaja. Oleh hal demikian saya
perlu menulis transkrip semasa menemubual itu semula. Saya telah
menemubual guru prasekolah berkeperluan khas SK Kubang Kerian 1, iaitu
Puan Nurul Aini bt Ismail. Berikut adalah transkrip temubual antara saya dan
Puan Nurul Aini Bt Ismail:
TRANSKRIP TEMUBUAL
Pada 8 Mac 2011, saya dan rakan saya seramai empat orang, iaitu Nik Fatin
Amalina binti Ismail, Ainur Nazura binti Mohd Joni dan Mohammad Izam Iznan
bin Jusoh telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1,16150 Kota
Bharu, Kelantan. Tujuan saya dan rakan-rakan pergi ke sekolah itu adalah untuk
melawat Prasekolah Pendidikan Khas di sekolah tersebut dan membuat
pemerhatian dan mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak pendidikan khas serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru itu, saya telah
menemubual guru prasekolah pendidikan khas sekolah tersebut bagi
memudahkan untuk berurusan dan menyiap tugasan saya. Berikut ialah transkrip
temubual saya bersama guru Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1,
Pn. Nurul Aini binti Ismail:
Saya : Assalamualaikum, Cikgu Aini.
Cikgu Aini : Waalaikumussalam.
Saya : Apa khabar Cikgu Aini
Cikgu Aini : Sihat alhamdulillah.
Saya : Baiklah, Cikgu Aini. Di sini saya beritahu tujuan saya dating melawat
Prasekolah Pendidikan Khas ini ialah untuk mengumpul sebanyak
mungkin maklumat mengenai murid-murid berkeperluan khas bagi
memudahkan tugasan major saya. Bolehkah cikgu membantu?
Cikgu Aini : Oh, begitu. Boleh apa salahnya.
Saya : Terima kasih, cikgu. Pertama, saya ingin bertanya tentang penubuhan
Prasekolah Pendidikan Khas di sekolah ini, yakni sejarah, tujuan,
objektif
yang dicapai dan Ahli Jawatankuasa bagi penubuhan prasekolah ini?
Cikgu Aini : Sama-sama. Semua yang kamu minta ada di dalam buku Pengurusan
Pra Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 2011
dan juga buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas
Prasekolah. (Lihat Lampiran C)
Saya : Baiklah, cikgu. Nanti saya melihat buku tersebut. Seterusnya, saya
mahu
bertanya tentang apakah kejayaan yang diperolehi dan apakah masalah
atau kengkangan yang dihadapi oleh cikgu selama mengajar?
Cikgu Aini : Okey. Kejayaan yang diperolehi sepanjang mengajar ialah kami
mendapat Naib Juara pada peringkat Negeri Kelantan dalam setiap
pertandingan sukaneka iaitu yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, kejayaan yang paling
bermakna ialah di mana salah seorang murid saya, iaitu Muhibbuddin bin
Ahmad Fadhli yang lebih dikenali sebagai Muhib. Beliau merupakan
seorang kanak-kanak autism. Di mana pada awal kemasukan, dia suka
menghantukkan kepalanya sehingga mencederakan diri sendiri. Setelah
saya mempelajari dan mengenalpasti ciri-ciri seorang autisme, saya
dapat mengatasi masalah Muhib ini. Dan sekarang Muhib sudah pandai
melapikkan tangannya apabila dia menghantukkan kepalanya ke lantai.
Manakala masalah yang saya hadapi sepanjang mengajar di sini
antaranya ialah pada tahun lepas, seorang murid yang terlalu hiperaktif
telah memasuki prasekolah pendidikan khas ini dan suatu ketika dia
telah menendang perut saya sehingga saya mengalami keguguran. Ia
disebabkan sifat dia yang terlampau hiperaktif sehingga dia dinasihat
mengambil ubat bagi mengurangkan keaktifannya.
Saya : Takziah cikgu. Cikgu, apakah pertandingan yang biasa disertai
oleh
murid-murid pendidikan khas?
Cikgu Aini : Terima Kasih. Pertandingan yang biasa disertai oleh murid-murid saya
ini ialah pertandingan sukaneka, merwarna, dan lain-lain lagi.
Saya : Bagaimanakah cara atau inisiatif cikgu ambil untuk mendalami
lagi
perasaan murid-murid pendidikan khas ini?
Cikgu Aini : Caranya ialah pertama sekali, bawa murid tersebut berjumpa
dengan
doktor untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapinya dan jikalau teruk
dan memerlukan murid tersebut mengambil ubat, murid tersebut perlu
mengambil ubat tersebut. Tetapi sebelum itu guru hendaklah berbincang
dengan ibu bapa murid tersebut. Misalnya, pada tahun lepas, seorang
murid saya disahkan oleh doctor mengidap penyakit hiperaktif yang
melampau sehingga dia perlu mengambil ubat bagi menenangkan
penyakitnya itu. Kedua, guru juga perlu menyertai aktiviti berkaitan anak-
anak Pendidikan Khas ini dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau
mana-mana pihak yang menganjurnya. Tambahan lagi, guru boleh juga
meminta cadangan-cadangan daripada ibu bapa kerana ini untuk
kebaikan mereka dan anak-anak mereka juga. Justeru, mungkin
cadangan yang diberikan oleh ibu bapa mungkin boleh digunapakai.
Saya : Apakah kategori murid-murid pendidikan khas yang berada di
prasekolah
cikgu?
Cikgu Aini : Kategori murid Pendidikan Khas yang ada di prasekolah ini ialah
autism,
slow learner dan sindrom down. Hal demikian disahkan oleh doktor.
Tetapi jika kite sebagai guru melihatnya akan menampakkan mereka ini
ada yang bersifat ‘multiple’, iaitu mempunyai penyakit campur.
Contohnya, adik Muhammad Risyafiq Daniel bin Mohd Risman adalah
seorang yang slow learner tetapi jikalau kita melihatnya, ada juga sifat
hiperaktif. Kalau kamu mahu tahu dengan lebih lanjut lihat dalam buku
Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 tahun 2011.
Saya : Bagaimanakah cara kemasukan murid-murid prasekolah ini?
Cikgu Aini : Seperti prasekolah biasa juga, cara kemasukannya sama seperti
mengisi
borang pendaftaran (Lihat Lampiran D) cuma murid-murid ini perlu
mendapat pengesahan doktor iaitu dalam bentuk surat menyurat (Lihat
Lampiran D) apabila memasuki prasekolah ini dan pendapatan ibu bapa
ialah RM1500 ke bawah. Dan perlu
Saya : Pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri yang terdapat pada
seorang guru
Pendidikan Khas?
Cikgu Aini : Pendapat saya ialah untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas
ialah
beliau mestilah mempunyai sifat sabar dalam melayani karenah kanak-
kanak pendidikan khas ini. Selain itu, seorang guru itu perlu mempunyai
sifat penyayang kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan kasih
sayang dan untuk mengetahui lebih lanjut lagi ciri-ciri guru Pendidikan
Khas, lihat dalam buku karya R.A. Radziah
Saya : Baiklah cikgu, sebelum kami meminta diri, bolehkah cikgu memberi
sedikit biodata cikgu serta pengalaman cikgu?
Cikgu Aini : Boleh. Tetapi jika mahu biodata saya, sila lihat dalam buku Pengurusan
Pra Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 tahun
2011. Dan pengalaman yang saya ada ialah saya mempunyai sepupu
yang sindrom down. Dari situ timbul minat saya mendalami lagi
Pendidikan Khas ini. Di universiti pula, saya banyak menyertai program-
program pendidikan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Misalnya,
suatu ketika dahulu, saya pergi ke salah sebuah sekolah Pendidikan
Khas di Kuala Lumpur. Tujuan saya pergi ke sekolah itu ialah untuk
membuat kajian tentang murid-murid slow learner. Di mana seorang
murid di sekolah tersebut apabila gurunya memberi satu tugasan dia
mengambil 30 minit untuk menyelesaikan tugasannya itu.
Saya : Terima kasih cikgu.
Cikgu Aini : Sama-sama. Lain kali jemput datang lagi!
Saya : Insya’Allah cikgu.
3.2.2 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Dalam tugasan ini, saya juga perlu mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak
berkeperluan khas dan juga memerhatikan cara-cara bagaimana guru
prasekolah tersebut melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada
kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas. Oleh itu, dalam hal demikian saya
telah merekod video untuk mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak tersebut dan
bagaimana pengajaran dan pembelajaran guru Prasekolah Berkeperluan Khas
SK Kubang Kerian 1. (Lihat lampiran C)
Berdasarkan video tersebut, saya ingin membuat rumusan sedikit
mengenai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah
mengenai Anggota Badan Saya. Di mana pada set induksi, guru atau Cikgu
Nurul Aini menyanyi lagu mengenai Anggota Badan untuk menarik minat
pelajarnya. Bagi saya ia sangat menarik. Walaupun begitu, mendidik kanak-
kanak istimewa ini memerlukan pengorbanan yang besar kerana masa
mengajar, Cikgu Aini banyak bersabar melayan karenah murid-muridnya. Kerana
kebanyak mereka ini mempunyai daya penumpuan yang kurang terhadap
sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Mereka ini banyak berkhayal terutamanya,
Adik Haida dan Adik Mirza semasa guru mengajar. Aktiviti seterusnya dilakukan
pula melukis gambar anggota badan seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain.
Dalam aktiviti ini saya melihat Adik Mirza walaupun dalam beliau berkhayal,
beliau cepat menangkap apa yang Cikgu Nurul Aini mengajarnya. Misalnya,
beliau akan melukis apa yang guru memintanya lukis. Pada akhir pembelajaran,
iaitu penutup, guru memasang lagu bentuk (shape). Di dalam aktiviti ini, murid-
murid lain hanya duduk mendengar lagu tersebut. Tetapi Adik Mirza akan
melakukan aktiviti mengikut apa yang video lagu tersebut buat. Misalnya, dalam
video lagu ‘shape’ tersebut, aktiviti yang dijalankan ialah mencari bentuk bulat. Di
sini, Adik Mirza akan mancari akan mencari alatan permainan yang berbentuk
bulat. Dengan itu, apa yang saya perhatikan di sini, tidak semua murid akan
lemah dalam sesuatu pelajaran yang mereka pelajari.
4.0 Rumusan
Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikenalpasti dan keistimewaan yang
ada pada setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas ini. Dapatan kajian
menunjukkan guru-guru Pendidikan Khas memerlukan latihan yang mendalam
untuk bertindak professional bagi menangani permasalah kanak-kanak istimewa
ini dan juga penerimaan ibu bapa mereka terhadap anak-anak seperti ini. Selain
itu, saya juga ingin memberi sedikit sebanyak cadangan untuk membina atau
membantu guru-guru agar terus mencapai kegemilangan. Pertama, guru perlu
menyediakan lebih banyak program-program berbentuk motivasi seperti program
inklusif di mana program ini banyak menyedarkan kanak-kanak normal tentang
kanak-kanak berkeperluan khas juga adalah sebahagian daripada masyarakat
juga. Di samping itu, ia memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang
disediakan untuk mereka. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai
keinginan untuk bermain. Oleh itu, guru juga perlu berfikir permainan yang
sesuai bagi setiap kategori kanak-kanak istimewa ini. Misalnya, terapi pasir,
terapi air dan sebagainya sesuai digunakan untuk kanak-kanak istimewa ini.
5.0 Refleksi
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan pemberianNya. Semoga selawat
dan salam bagi Rasulullah, serta para keluarga, sahabat dan pengikut-pengikut
baginda yang meneruskan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Syukur
ke hadrat ilahi dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus projek major
saya iaitu Kanak-Kanak Prasekolah Berkeperluan Khas (PRA 3109) saya pada
masa yang telah ditetapkan, iaitu lebih kurang 8 minggu.
Selain itu, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah, rakan-rakan dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam
membantu saya sepanjang menjalankan tugasan projek ini. Tugasan projek ini
telah diberikan kepada saya pada 06 Februari 2011 dan telah diberi taklimat
oleh En. Wan Ahmad Jazlan bin Wan Abd. Rahman. Tugasan projek ini
dikehendaki dilaksanakan sebelum atau semasa menjalankan Praktikum Fasa 1.
Sebelum menjalankan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dengan En. Wan
Ahmad Jazlan sebelum membuat tugasan ini kerana ada sedikit ketidakfahaman
saya mengenai skop tugasan yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya.
Misalnya, membuat soalan nombor satu, di mana ia dikehendaki membina
pengurusan grafik kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Di mana saya tidak
faham adakah kategori kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi kepada tiga
atau empat kategori? Dan adakah sekarang disleksia telah berpecah daripada
golongan kanak-kanak berkeperluan bermasalah pembelajaran? Setelah
mendapat penerangan daripada En. Wan Ahmad Jazlan, kategori kanak-kanak
berkeperluan khas memang terbahagi kepada empat dan disleksia sekarang
telah berpecah daripada golongan kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran. Sebelum menyelesaikan tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya
juga perlu memilih sekolah-sekolah di sekitar Kelantan ini yang mempunyai
prasekolah berkeperluan khas. Di mana saya mendapat tahu sekolah di sekitar
Kelantan hanya terdapat 7 buah sekolah sahaja yang mempunyai prasekolah
berkeperluan khas. Oleh itu, saya dan rakan saya berbincang pergi secara
berkumpulan ke setiap sekolah yang dipilih. Di mana empat orang setiap
kumpulan. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan saya ialah saya sendiri; Nurulk
Fatihah binti Hashim @ Abdullah, Nik Fatin Amalina binti Ismail, Ainur Nazura
binti Mohd Joni dan Mohammad Izam Iznan bin Jusoh serta kami telah memilih
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Tugasan projek bagi subjek kali ini tidak memerlukan saya mengajar. Di
mana saya dikehendaki memilih sebuah sekolah yang mempunyai prasekolah
berkeperluan khas dan mengenalpasti ciri-ciri setiap murid prasekolah tersebut
dan perhatikan juga cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru prasekolah tersebut. Sewaktu menjalani program ini saya menghadapi
sedikit masalah kerana kamera digital saya tertinggal di rumah tetapi saya
bernasib baik kerana kawan saya mempunyai handphone yang berteknologi
tinggi iaitu boleh merakam video tingkah laku kanak-kanak istimewa tersebut.
Selain itu, saya juga keliru mahu membuat kaedah ape yang diperlukan
semasa kajian tugasan ini dilaksanakan. Oleh itu, saya meminta pendapat rakan-
rakan saya dan kami bersama menyelesaikannya. Misalnya, membuat kaedah
pemerhatian, membuat boring senarai semak, temubual dan rakaman suara dan
laian-lain. Selain masalah ini, kengkangan masa juga mencemburui saya apabila
tugasan projek ini bertembung dengan tugasan projek major saya satu lagi, iaitu
Pengurusan Prasekolah (PRA3110) dan juga Praktikum Fasa 1. Di mana, kedua-
duanya perlu dihantar pada tarikh yang sama setelah mendapat budi bicara
pensyarah subjek-subjek tersebut, iaitu pada 31 Mac 2011.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya memperolehi banyak faedah
dan manfaat di mana saya dapat mempelajari bagaimana menafsir tingkah laku
murid dengan kaedah penilain seperti rekod anekdot, rekod berterusan, dan lain-
lain lagi. Di samping itu juga saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
saya sepanjang membuat kajian tugasan ini. Dari segi sumber maklumat pula,
saya dapat merujuk di pelbagai sumber. Misalnya, rujukan di Perpustakaan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Perpustakaan Negeri Terengganu,
buku-buku, rujukan para pensyarah dan sebagainya. Sewaktu menjalankan
kajian mengenai tugasan projek ini, saya berasa sangat seronok kerana dapat
pengalaman menafsir diri murid-murid ini sebelum kita menafsir murid-murid kita
sendiri kelak. Selain itu, saya dapat mengenalpasti ciri-ciri yang kita lihat secara
realiti seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Di mana selama ini saya hanya
didedahkan dengan teori sahaja mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya amat bergembira
menemui kanak-kanak istimewa ini; iaitu adik Hajar, adik Mirza, adik Muhib, adik
Anam, adik Haida dan seorang lagi tidak datang, iaitu adik Syafiq. Walaupun
mereka ini kanak-kanak istimewa mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Saya juga berasa sedih melihat mereka ini. Bagaimanakah
kehidupan mereka di masa hadapan jika kita tidak memberi pendidikan mereka?
Dan bagaimakah jika ibu bapa mereka ini tidak sedar akan pentingnya
menghantar kanak-kanak seperti ini ke sekolah?
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
kerana memberi kerjasama yang baik dan para pensyarah yang terlibat,
terutamanya En. Wan Ahmad Jazlan yang banyak memberi input, tips-tips yang
berguna supaya tugasan saya ini tidak terpesong daripada sebetulnya serta
sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung serta
saya juga berharap tugasan yang saya buat ini bertepatan dengan kehendak
soalan yang diberikan.