Post on 10-Jun-2015
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL
AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEM
KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN :2005/2006
Saya DEWI ADHARINA BT MOHD YUNUS
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DH 988 Taman Bunga DR. ASIAH OTHMAN Jalan Sawah Nama Penyelia 81500 Pekan Nanas Johor Darul Takzim Tarikh : 8hb MEI 2006 Tarikh : _________________
(HURUF BESAR)
PATAN
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirankan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
2
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
Saya/kami *karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah”
Tandatangan :
Penyelia Projek : Dr. Asiah Othman
Tarikh :
3
KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI
PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU
DEWI ADHARINA BT MOHD YUNUS
Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
4
“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Dewi Adharina Bt Mohd Yunus
Tarikh :
5
DEDIKASI
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t di atas segala kesenangan yang Kau berikan, permudahkanlah urusan ku di dunia dan berilah aku petunjuk untuk
menuju ke Ahirat
Khas Buat
Hj Mohd Yunus b Wisti dan Rosnah Bt Mohd Amin
Terima kasih kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik buatku
Abg Nazir, Kak Lin, Rin, Fatin, Hakim & Nazrul
Jadikan ilmu teman sejati dan terus berjuang untuk keluarga, bangsa dan negara
Mohd Azman b Mohd Aini
Semoga kebahagiaan dan kesenangan milik kita bersama
Arwah Hendri Milhan Al-Hielmi b Ismail
Moga rohmu dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang yang beriman
Nur Sabrina bt Sa’ad
Terima kasih kerana menjadi sahabatku
6
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta
selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur Alhamdulillah ke hadrat
Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka penulisan Projek Sarjana
dapatlah disempurnakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia projek, Dr Asiah Othman di atas bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat, galakan serta semangat daripada beliau di sepanjang tempoh
penghasilan projek ini.
Terima kasih juga kepada Tuan Haji Asri B Haji Amat Penolong Pengarah
Unit Sosial dan Local Agenda MBJB, Puan Hajah Khatijah Bt Salam dan semua
penduduk Kampung Melayu yang telah bersama-sama membantu dalam
memberikan maklumat dan soal selidik yang dijalankan.
Ribuan terima kasih juga buat rakan-rakan di Pejabat Tanah dan Galian
Johor kerana banyak membantu, sentiasa memahami dan sentiasa memberi
sokongan.
Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan MGN
2004/2005, semua pensyarah Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Staff
Pusat Sumber LADS dan FAB serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak
Wassalam
7
ABSTRAK
Local Agenda 21 diperkenalkan hasil daripada persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro. LA21 adalah program ke arah pembangunan mampan yang mana program tersebut menekankan peranan PBT serta penglibatan masyarakat. Dalam merealisasikan hasrat LA21, PBT perlulah memainkan peranan yang penting. Ini kerana PBT merupakan pihak yang terlibat terus dalam perlaksanaan pembangunan mampan. Demi mencapai pembangunan mampan PBT juga perlu melibatkan pihak lain seperti penduduk setempat, pihak swasta, NGO dan sebagainya. Penyertaan dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan demi menjayakan matlamat LA21. Sejauh manakah kesedaran dan kefahaman penduduk setempat, inilah persoalan utama yang akan dikaji. Dalam kajian ini, soalselidik telah dijalankan ke atas masyarakat Kampung Melayu untuk mengetahui tahap kefahaman dan penglibatan mereka terhadap program LA21. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan masyarakat setempat tidak memahami tentang program LA21. Walaupun masyarakat tidak memahami tentang LA21, namun ia bukan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam program LA21. Ini kerana hampir 70% masyarakat setempat menyertai program LA21 walaupun tahap pemahaman mereka terhadap LA21 agak kurang. Dari soal selidik tersebut juga, masyarakat setempat turut memberi pandangan bagi memantapkan lagi program LA21 di kawasan kediaman. Ini kerana selain daripada penglibatan, pandangan mereka juga dapat membantu menjayakan lagi program LA21.
8
ABSTRACT
Local Agenda 21 was introduced in the Earth Summit Conference held in Rio de
Janeiro. LA21 is a programme towards sustainable development and emphasized on
the cooperation Local Authority and participation from the public. To realize LA21,
cooperation from Local Authority is very important. This is because, Local
Authority is direct involved in promotion sustainable development. To achieve the
sustainable development, Local Authority must get the involvement from the
society, private sector, NGO and others. The cooperation and participation from the
society are necessary to achieve LA21’s objective. Based on towards the people, the
study truss to know the extend of their knowledge and understand towards LA21.
The finding revel that even through the public do not understand about LA21 but the
society do get involve in the programme. This is because, almost 70% society at
Kampung Melayu involve LA21 programme although their knowledge about LA21
are lacking. From their research, a society have their own opinion to improve a
LA21 programme in their village. This is because, beside the participation, their
opinion can help for the achievement LA21 programme.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Matlamat Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 8
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 13
2.2 Definisi Pembangunan Mampan 14
2.3 Pembentukan Local Agenda 21
di Peringkat Global dan Tempatan 16
10
2.4 Prinsip-Prinsip LA21 17
2.5 Ciri-Ciri Perlaksanaan Local Agenda 21 18
2.6 Faedah-Faedah dari Perlaksanaan
Projek Local Agenda 21 19
2.6.1 Sebagai Individu 19
2.6.2 Persatuan atau Syarikat 19
2.6.3 Wakil Kerajaan 20
2.6.4 PBT 20
2.7 Perlaksanaan Program Local Agenda 21 21
di Tapak Perintis
2.7.1 Objektif-Objektif Projek Perintis
Local Agenda 21 21
2.7.2 Tapak-Tapak Projek Perintis LA21 22
2.7.3 Sokongan United Nations Development
Programme (UNDP) 23
2.7.4 Struktur Organisasi 24
2.7.5 Fungsi Jawatankuasa LA21 25
2.8 Perlaksanaan Projek Printis Local Agenda 21 25
2.8.1 Perlaksanaan LA21 di Majlis
Perbandaran Miri 26
2.8.2 Perlaksanaan LA21 di Majlis
Perbandaran Kuantan 27
2.8.2.1 Pelaksanaan Jawatankuasa
Kerja LA 21 Kuantan 27
2.8.3 Perlaksanaan LA21 di Majlis
Perbandaran Petaling Jaya 30
2.8.3.1 Kronologi LA21 di Petaling Jaya 31
2.8.3.2 Fungsi Jawatankuasa Kerja 31
2.8.4 Majlis Daerah Kerian 32
2.8.4.1 Local Agenda 21 Kerian 32
2.8.4.2 Aktiviti-Aktiviti LA21 Kerian (2005)33
2.9 Peranan Pihak-pihak Yang Terlibat
dalam Menjayakan Program LA21. 37
2.9.1 Peranan PBT 37
11
2.9.2 Peranan Masyarakat 38
2.9.2.1 Ahli Majlis 38
2.9.2.2 Ahli Jawatankuasa Penduduk 39
2.9.2.3 Badan Bukan Kerajaan (NGO) 39
2.9.2.4 Organisasi Masyarakat (CBO) 39
2.9.3 Pihak swasta 40
2.9.3.1 Mengadakan program/ projek
usahasama partnership dengan
PBT dan masyarakat. 40
2.9.3.2 Melibatkan dalam proses
perancangan dan perlaksanaan
bersama. 40
2.9.3.3 Membantu PBT dalam melengkapkan
infrastruktur. 40
2.9.4 Agensi Kerajaan Lain 41
2.10 Kesimpulan 41
III PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MBJB
3.1 Pengenalan 43
3.2 Latar Belakang Pentadbiran MBJB 44
3.3 Kawasan Pentadbiran di Daerah Johor Bahru 45
3.4 Latar belakang Kawasan Kajian 46
3.5 Pembentukan dan Perlaksanaan LA21 di MBJB 47
3.6 Proses Perlaksanaan Local Agenda 21 di MBJB 48
3.7 Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa
Kerja LA21 di MBJB 54
3.8 Penyediaan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan
bagi LA21 MBJB 57
3.9 Aktiviti-Aktiviti LA21 Yang Telah Dilaksanakan
di MBJB 59
3.9.1 Ekonomi dan Pelancongan 59
3.9.1.1 Pusat Tarikan Pelancongan
yang Kondusif 60
3.9.1.2 Kesedaran Masyarakat dalam
12
Pembangunan Ekonomi dan
Pelancongan Mampan 65
3.9.2 Kebersihan dan Kitar Semula 67
3.9.2.1 Zon Bandar 67
3.9.2.2 Zon Straits View 68
3.9.2.3 Zon Stulang 69
3.9.3 Pembangunan Sosial 70
3.9.3.1 Gejala Ponteng Sekolah 71
3.9.3.2 Vandalisme 72
3.9.4 Pengindahan 73
3.9.4.1 Keindahan Landskap 74
3.9.4.2 Keindahan Pencahayaan 75
3.9.4.3 Keindahan Infrastruktur 75
3.9.5 Kesihatan dan Keselamatan 76
3.10 Kesimpulan 77
IV ANALISIS DAN PENEMUAN
4.1 Pengenalan 78
4.2 Kaedah Analisis 80
4.3 Responden Terlibat 81
4.4 Analisis Pemahaman Masyarakat
Terhadap LA21 82
4.5 Analisis Penglibatan Masyarakat Terhadap
Perlaksanaan Program LA21 84
4.6 Analisis Sumbangan Masyarakat Setempat 88
4.6.1 Menjaga Persekitaran 88
4.6.2 Menyertai Aktiviti Setempat 89
4.6.3 Memberi Pandangan dan Idea 90
4.7 Analisis Cadangan-Cadangan Masyarakat
bagi Pemantapan LA21 90
4.7.1 Kempen Kesedaran 91
4.7.2 Promosi LA21 dari Rumah ke Rumah 92
4.7.3 Pendekatan dari Peringkat Sekolah-Sekolah 92
4.7.4 Keanggotaan dari Masyarakat Setempat 93
13
4.7.5 Pertandingan Gerai dan Kedai Tercantik 93
4.8 Peranan Pihak MBJB dalam Memastikan
Penglibatan Masyarakat Terhadap Aktiviti
yang Dianjurkan 94
4.8.1 Mengetuai Segala Program LA21
yang Dirancang 94
4.8.2 Membuat Kawalan dan Pengawasan
Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan 95
4.8.3 Mempromosikan LA21 95
4.8.4 Mencari Penganjur bagi Menampung
Pembiayaan Projek LA21 96
4.9 Kesimpulan 96
V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 98
5.2 Rumusan Kajian 99
5.3 Cadangan Mempromosikan LA21 Secara Meluas 100
5.4 Masalah dan Limitasi Kajian 101
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102
5.6 Kesimpulan 102
BIBLIOGRAFI 104
LAMPIRAN A 106 LAMPIRAN B 112
14
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pelan Tindakan bagi Setiap PBT
yang Menyertai Projek Printis 35
2.2 Perlaksanaan Pelan Tindakan LA21
di Setiap Projek Printis yang Terlibat 36
3.1 Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan
Ekonomi dan Pelancongan 65
3.2 Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan
Kebersihan dan Kitar Semula 69
4.1 Perhubungan di Antara Tahap Pemahaman
dengan Faktor-Faktor Lain 81
4.2 Penglibatan dan Kekerapan Masyarakat Setempat
dalam Menyertai Aktiviti LA21 83
15
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta Aliran Metadologi Kajian 12
2.1 Keseimbangan Pembangunan Mampan 16
2.2 Lokasi Tapak-Tapak Projek Printis 22
2.3 Struktur Organisasi Keseluruhan Projek Printis 24
3.1 Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru 43
3.2 Lokasi bagi Daerah Johor Bahru 44
3.3 Kawasan Pentadbiran MBJB 45
3.4 Proses Perlaksanaan LA21 di Majlis Bandaraya
Johor Bahru bagi Tahun 2005 50
3.5 Struktur Organisasi bagi Jawatankuasa Kerja
Local Agenda 21 MBJB 55
3.6 Penanaman Herba di Sungai Sebulong 60
3.7 Pembinaan Wakaf di Sungai Sebulong 60
3.8 Dewan Raya Kampung Melayu 61
3.9 Dataran Mini Kampung Melayu 61
3.10 Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail
Kampung Melayu 62
4.1 Keadaan Kotor di Sungai Sebulong 89
16
SENARAI SINGKATAN
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
LA21 Local Agenda 21
KPKT Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
NGO Non-Government Organization
CBO Community Based Organization
MBJB Majlis Bandaraya Johor Bahru
MPM Majlis Perbandaran Miri
MPK Majlis Perbandaran Kuantan
MPPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya
MDK Majlis Daerah Kerian
LPS Lesen Pendudukan Sementara
YB Yang Berhormat
17
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Keratan Akhbar
18
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Local Agenda 21 (LA21) bukanlah satu program baru yang dirancang oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di
bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada
Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb
hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan
mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21.
Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil
kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya
berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk
"Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21"
menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat
untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21
ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-
satu kawasan.
Di dalam persidangan tersebut, 5 dokumen penting telah dihasilkan seperti
mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment
and Development), Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological
19
Diversity), Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework
Convention on Climate Change), Prinsip Hutan (Forest Principle) dan LA21.
LA21 adalah merupakan satu program yang melibatkan masyarakat
setempat, sektor swasta dan PBT (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis
Bandaraya dan Dewan Bandaraya). Kesemuanya bekerjasama untuk merancang dan
menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.
Biar pun LA21 telah lama diperkenalkan dan telah pun mempunyai projek
printis tersendiri tetapi ia masih tidak diketahui umum. Berdasarkan kajian penulis,
didapati projek printis LA21 telah diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan
tahun 1999 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pihak
Kementerian mengalu-alukan penglibatan PBT di Malaysia agar menyertai Projek
Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT
yang memohon bagi menyertai program LA21 didapati empat PBT telah dipilih
untuk dijadikan projek printis LA21 iaitu Majlis Perbandaran Miri, Majlis
Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Daerah Kerian dan Majlis Perbandaran Kuantan.
Walaupun telah wujudnya projek printis LA21 dan terdapat beberapa PBT yang
menyusuli projek printis tersebut dalam melaksanakan projek LA21 tetapi masih ada
segelintir masyarakat yang tidak mengetahui akan kewujudan projek LA21. Menurut
Tuan Haji Asri bin Haji Amat selaku Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local
Agenda, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya Johor
Bahru, masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan LA21 adalah disebabkan
kurang promosi dari PBT.
Melalui keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18hb Oktober 2000,
bertajuk PBT digesa Tubuh Unit Pembangunan Mampan, semua PBT digesa supaya
menubuhkan unit LA21 atau Unit Pembangunan Mapan masing-masing selewat-
lewatnya pada 2002 dan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Seri Ong Ka Ting, penubuhan tersebut perlu dilaksanakan mulai sekarang
memandangkan tempoh empat PBT yang menjadi perintis projek berkenaan akan
tamat dua tahun dari sekarang iaitu pada 2002 dan ia juga selaras dengan hasrat dan
komitmen kerajaan untuk merangka program LA21 di peringkat kerajaan pada 2002.
20
Menurut Datuk Seri Ong Ka Ting, LA21 merupakan satu agenda tempatan
yang dirangka khusus bagi membolehkan PBT, masyarakat dan swasta bekerjasama
dalam melakukan setiap projek pembangunan. Dengan adanya projek LA21, semua
pihak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam apa juga
perancangan pembangunan dan antara isu yang boleh ditangani bersama oleh
masyarakat, swasta dan PBT ialah masalah pencemaran, pembaziran sumber, kitar
semula, kebersihan dan isu sosial.
Oleh yang demikian jelaslah bahawa peranan semua pihak amat penting
dalam menjayakan projek LA21 ke arah pembangunan mampan. Ini kerana dengan
adanya projek tersebut segala isu dapat diselesaikan secara bersama di antara
masyarakat, pihak swasta dan pihak kerajaan.
1.2 Penyataan Masalah
Projek Printis LA21 sememangnya telah dilaksanakan dan sehingga kini ia
masih dalam proses perlaksanaan. Bagi menjayakan program LA21 yang
dilaksanakan, masyarakat setempat perlu memainkan peranan yang penting.
Manakala, PBT pula berperanan untuk menarik minat agar masyarakat dan pihak
swasta menyertai program LA21. Ini kerana pendekatan asas bagi program ini ialah
pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-
penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi
kawasan masing-masing. Di daerah Johor Bahru perojek LA21 telah dirasmikan
pada bulan Oktober 2003. Perlaksanaan program LA21 pula telah dilaksanakan pada
bulan september 2005 melalui Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula dan
Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan. Bagi projek Ekonomi dan Pelancongan,
Sungai Sebulong Kampung Melayu Majidee telah dipilih sebagai projek printis bagi
LA21 di peringkat MBJB melalui projek menaiktaraf dan pengindahan Sungai
Sebulong Kampung Melayu Majidee. Walaupun program LA21 di Kampung
Melayu Majidee ini masih diperingat perlaksanaan, apa yang menjadi persoalan
adakah masyarakat Kampung Melayu faham terhadap program LA21 yang
dilaksanakan di kawasan mereka? dan bagaimanakah penglibatan mereka dalam
21
program seumpama ini?. Ini kerana program LA21 sememangnya memerlukan
komitmen yang lebih dalam penglibatan masyarakat dan seharusnya masyarakat
memahami akan program LA21 serta melibatkan diri dalam setiap program yang
dijalankan. Kefahaman dan penglibatan masyarakat terhadap program LA21 adalah
menyumbang kepada kejayaan program LA21 yang dilaksanakan.
1.3 Matlamat Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat program-program LA21
yang dijalankan di MBJB. Dalam kajian ini juga penulis ingin mengenalpasti mana-
mana program yang telah dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan
pemahaman masyarakat setempat terhadap LA21 dan meninjau tahap penglibatan
masyarakat setempat untuk mengetahui sejauh mana masyarakat setempat menyertai
dan menglibatkan diri bagi setiap program yang dilaksanakan. Selain itu penulis
juga inigin melihat adakah tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap
LA21 ini mempengaruhi penglibatan mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti
tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian sangat penting dan merupakan intipati utama bagi sesuatu
kajian. Ini kerana objektif kajian adalah yang menentukan tujuan kajian dan
memastikan kajian tidak terkeluar daripada tajuk asal kajian. Di bawah terdapat 3
objektif yang telah ditetapkan oleh penulis:
(i) Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman
masyarakat Kampung Melayu Majidee terhadap LA21 bagi projek
ekonomi dan pelancongan.
22
(ii) Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai program
ekonomi dan pelancongan LA21 di Kampung Melayu Majidee.
(iii) Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan
projek LA21 yang melibatkan orang awam di Kampung Melayu
Majidee.
1.5 Skop Kajian
Program LA21 sering didengari di setiap Pentadbiran PBT, tetapi di
peringkat masyarakat program ini tidak dikenali secara meluas walaupun projek
printis telah dilaksanakan di empat buah PBT yang terpilih. Ini kerana PBT kurang
memainkan peranan untuk menarik minat dan seterusnya program tersebut kurang
mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.
Berdasarkan penelitian penulis setakat ini hanya sedikit sahaja kajian yang
membincangkan isu berkaitan LA21. Sebagai contoh, Ismail bin Ibrahim (2002)
kajian berkaitan pembangunan mampan melalui LA21 dengan menjadikan Majlis
Perbandaran Kuantan sebagai kajian kes. Di dalam penulisan tersebut, penulis lebih
menekankan isu pembangunan mampan yang telah dilaksanakan melalui program
LA21.
Selain itu juga terdapat kajian yang membincangkan tentang penilaian
perkongsian dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelan tindakan LA21 di
Petaling Jaya oleh Mohd Sabri bin Mohd Jamil (2003) dan kajian beliau hanya
menekankan tentang penglibatan dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelan-
pelan tindakan dalam sesuatu perlaksanaan LA21.
Berlainan dengan kajian-kajian yang lepas, kajian ini akan membincangkan
tentang program LA21 yang berada di bawah bidang kuasa Unit Sosial dan Local
Agenda 21 di Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya
23
Johor Bahru. Dalam kajian ini juga penulis juga akan membincangkan Projek
Ekonomi dan Perlancongan yang dilaksanakan di Kampung Melayu Majidee.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada golongan
seperti berikut:
i. Pihak Berkuasa Tempatan
Berdasarkan kepada Bab 28 Agenda 21, PBT merupakan pihak yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan
mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT perlu tahu isu berbangkit
di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat menarik minat masyarakat
setempat dan pihak swasta bersama-sama menangani segala isu dan
permasalahan seperti masalah kesihatan dan sosial di kawasan tersebut. Hasil
daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti yang
dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan mampan
bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat.
ii. Pihak Swasta
Pihak swasta adalah merupakan pihak yang berperanan untuk
mengadakan program/projek usahasama (partnership) dengan PBT dan
masyarakat selain membantu PBT dalam melengkapkan insfrastruktur untuk
pembangunan tersebut. Ini kerana sebarang keputusan yang melibatkan
perancangan akan melibatkan pihak swasta. Oleh yang demikian, kajian ini
diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak swasta untuk bekerjasama
dengan PBT bagi menjadikan kawasan pentadbiran PBT menjadi kawasan
pembangunan mampan.
24
iii. Masyarakat Setempat
Penyertaan masyarakat setempat amat penting dalam merealisasikan
pembangunan mampan sejajar dengan kehendak Agenda 21. Ini kerana
masyarakat setempat merupakan komuniti besar yang dapat membantu PBT
dalam mengurus dan merancang pembangunan ke arah yang lebih selamat
dan selesa. Dengan adanya kajian ini diharapkan ia dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat terhadap tanggungjawab mereka untuk bersama-sama
dalam merancang pembangunan mampan disamping pelan tindakan
bersama-sama PBT dan pihak swasta agar kesepakatan dapat dicapai.
iv. Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat
Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat diwujudkan untuk
merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sumbangan
mereka terhadap masyarakat amat besar kerana ia memberi jaminan
kesejahteraan kepada masyarakat. Walaupun kajian ini lebih menekankan
peranan PBT dan masyarakat tetapi sedikit sebanyak ia dapat memberi
semangat kepada Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat agar
lebih giat membantu menjadikan kawasan pentadbiran MBJB lebih sejahtera
dalam persekitaran bandaraya.
1.7 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian diskriptif yang lebih menekankan kepada
penghuraian bagi menjelaskan tentang satu-satu isu permasalahan berhubung dengan
perlaksanaan LA21 di salah satu PBT. Dengan menjadikan Kampung Melayu
Majidee yang berada di bawah pentadbiran MBJB sebagai kajian kes, pengkaji akan
meneliti dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan program LA21 dan
penglibatan penduduk setempat. Hasil daripada temubual dengan pihak-pihak yang
berpengetahuan luas terhadap perlaksanaan projek LA21 akan dibincangkan secara
kualitatif manakala bagi soal selidik pula akan dianalisis secara kuantitatif.
25
Dalam menjalankan kajian ini, kerja-kerja yang dijalankan dibahagikan
kepada lima peringkat utama dan setiap peringkat tersebut mewakili setiap bab
iaitu:-
1. Peringkat Kajian Awalan (Bab I)
2. Peringkat Kajian Literatur (Bab II)
3. Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Bab III)
4. Peringkat Analisis Data (Bab IV)
5. Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Bab V)
Peringkat Kajian Awalan ( Peringkat I)
Peringkat ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan serta
pembentukan objektif yang dapat mengatasi permasalahan tersebut.
Pendekatan yang dijalankan adalah dengan mengumpul segala maklumat
yang berkaitan dengan LA21 melalui pengumpulan bahan bercetak seperti kertas-
kertas seminar, perangkaan serta laporan-laporan sedia ada serta melalui media
elektronik seperti laman-laman web yang berkaitan.
Peringkat Kajian Literatur (Peringkat II)
Peringkat ini merupakan kajian literatur untuk memahami pembangunan
mampan dan LA21. Selain itu juga ia memberi pemahaman terhadap objektif
pembentukan Local Agenda itu sendiri sama ada di peringkat global mahupun
tempatan. Seterusnya mengenalpasti peranan-peranan pihak yang terlibat dalam
menjayakan projek LA21 ini seperti peranan pihak kerajaan, pihak swasta, badan
bukan kerajaan (NGO) dan organisasi masyarakat (CBO) serta peranan masyarakat
setempat. Selaras dengan matlamat kajian, kajian literatur ini turut menjelaskan
tentang ciri-ciri dan proses perlaksanaan LA21 di peingkat projek printis.
26
Bagi melengkapkan kajian ini, maka kajian akan dibuat melalui sumber
skunder umpamanya kertas seminar, buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan,
laporan projek sarjana serta sarjana muda, laman-laman web di internet berkenaan
LA21 dan sumber penulisan yang lain. Kajian ini juga dapat membantu penulis
dalam pengumpulan data-data dan penyediaan soal selidik.
Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Peringkat III)
Di peringkat pengumpulan data dan kajian kes, sumber maklumat adalah
dikumpul secara data primer dan data skunder.
(i) Data Sekunder
Data ini diperolehi melalui pembacaan media cetak seperti kertas seminar,
buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan serta laman-laman web di internet
berkenaan LA21. Di samping itu, maklumat sekunder juga diperolehi melalui
laporan-laporan yang dikeluarkan sendiri oleh MBJB terutama yang berkaitan
dengan program LA21.
(ii) Data Primer
Data Primer diperolehi melalui kaedah-kaedah berikut:-
a. Perbincangan secara temubual dengan agensi-agensi yang terlibat dalam
organisasi LA21. Temubual dijalankan secara ‘face to face’ dengan
Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda yang terlibat dalam
program LA21 di MBJB bagi mendapatkan gambaran mengenai organisasi
di dalam pelan tindakan serta aktiviti-aktiviti LA21 yang dilaksanakan
diperingkat MBJB.
27
Seterusnya, temubual turut dijalankan dengan wakil-wakil daripada
organisasi LA21 bagi memperolehi tahap penyertaan awam serta
pemahaman mereka terhadap peranan dan kepentingan mereka menyertai
program LA21.
b. Kajian soal selidik turut dijalankan ke atas masyarakat setempat
menggunakan borang soalselidik sebagaimana di Lampiran A. Kaedah ini
bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum daripada masyarakat
setempat serta mencungkil segala permasalahan yang melibatkan alam
sekitar dan ekonomi masyarakat setempat yang mana permasalahan tersebut
merangkumi masalah pembangunan mampan.
Dari kedua-dua data dan maklumat yang akan diperolehi, maka ia dapat
mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan projek LA21 di peringkat MBJB pada
masa kini. Seterusnya dapatlah mengenalpasti sejauh mana peranan PBT dalam
melaksanakan projek LA21, terutama dalam menarik minat orang awam serta NGO
untuk menyertai projek LA21. Soal selidik dijalankan ke atas beberapa responden
yang terdiri masyarakat setempat Kampung Melayu Majidee.
Peringkat Analisis Data (Peringkat IV)
Data hasil daripada temubual dengan pegawai MBJB, ia akan dianalisis
secara kualitatif. Maka output dijangka lebih kepada perspektif tindakan pihak
berkuasa dalam memainkan peranan untuk melaksanakan projek LA21. Daripada
analisis di atas, akan didapati sama ada peranan PBT ini dapat menarik perhatian
pihak swasta dan masyarakat setempat untuk bekerjasama dalam menjayakan LA21
ini atau sebaliknya.
28
Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Peringkat V)
Setelah mendapat keputusan daripada analisis yang dijalankan, maka syor-
syor dan cadangan akan dikemukakan bagi mengatasi segala permasalahan yang
timbul. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah lebih kepada bagaimana cara
terbaik pihak MBJB dalam menarik minat pihak swasta dan orang awam bagi
menjayakan projek LA21.
12
KAJIAN LITERATUR
Penerimaan Projek Dan Penentuan Tajuk
Pembentukan Objektif:
Mengkaji sejauh mana peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek
Local Agenda 21 yang melibatkan orang awam.
Mengenalpasti sejauh mana tahap pemahaman masyarakat terhadap Local Agenda 21.
Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai rancangan Local Agenda 21 di kawasan tempat tinggal mereka.
Penentuan Isu/Masalah
□
da 21. □
□ □ □ □ □
Pembentukan Local Agenda 21 Di Peringkat Global Dan
Tempatan
Faedah-Faedah Dari Perlaksanaan Projek Local
Agenda 21 Ini.
Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan
Sumber primer: Temubual Pihak Berkuasa serta orang yang berpengetahuan luas dalam bidang projek Local AgenPengamatan projek yang telah dilaksanakan hasil daripada kerjasama pelbagai pihak.
Sumber SkunBuku RujMajalah, LKertas SeKeratan AInternet
Analisis Dan Penemuan: □ □
□
Kaedah analisis Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakan program LoAgenda 21, Penglibatan daripada semua pihak bagi melaksanakan setiap program ytelah dirancang bersama.
Cadangan/kesimpulan
Rajah 1.1: Carta Aliran Metadologi Kajian
PERINGKAT I
Peranan Pihak PBT Dalam Menarik Minat Orang Awam Dan Pihak
Swasta Menyertai Program Local
PERINGKAT III
der: ukan
aporan minar khbar
cal
ang
PERINGKAT II
PERINGKAT V
PERINGKAT IV
29
BAB II
LOCAL AGENDA 21 DAN PERLAKSANAANNYA
2.6 Pengenalan
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan
pembangunan mampan. Dalam bab 28 Agenda 21 adalah bertajuk "Usaha PBT
Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses
perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-
masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan
(Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan). Ini kerana banyak daripada masalah dan
penyelesaian yang diutarakan oleh Agenda 21 mempunyai akar umbi dalam aktiviti
tempatan. Oleh itu penglibatan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu dalam
memenuhi pencapaian objektif. Selain itu juga, PBT berperanan untuk membina,
memproses dan mewujudkan polisi dan peraturan alam sekitar tempatan dan
membantu melaksanakan polisi alam sekitar di peringkat separa kebangsaan dan
kebangsaan.
Memandangkan PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang
ramai, maka mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik,
mengerakkan dan memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan
pembangunan mampan.
Secara ringkas, LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan
PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka
ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
30
Pendekatan program LA21 ialah :-
• Usahasama antara PBT, masyarakat dan sektor swasta dalam perancangan
dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan mampan.
• Penglibatan dan penyertaan masyarakat.
2.7 Definisi Pembangunan Mampan
World Commission On Environmental & Development, 1987 mendefinisi
pembangunan mampan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang
tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan
kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga.
Menurut Dahlan (1997), sejak mulanya tamadun manusia perbandaran sering
disebut sebagai sumber pelbagai masalah sosial dan kebudayaan serta alam sekitar.
Oleh itu, perancangan pembangunan perlulah mengambil kira ketiga-tiga aspek
tersebut sebagai satu asas kepada pembangunan. Keadaan ini penting kerana
generasi akan datang juga turut merupakan pengguna kepada sumber alam yang ada
sekarang ini
Nor Mohamed (2003) mendefinisi pembangunan sejagat sebagai satu
“pembangunan seimbang di antara fizikal (kebendaan dan luaran), kerohanian
(dalaman) dan nilai-nilai murni manusia”. Pembangunan bukan sahaja bermaksud
perubahan (dari segi sosio-ekonomi dan peningkatan teknologi) dan pertumbuhan
kuantitatif (pembangunan fizikal dan alam sekitar) tetapi juga melibatkan aspek
kualitatif dari segi dalaman manusia iaitu kerohanian, moral dan etika individu serta
masyarakat.
Ini selaras dengan Falsafah Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat
yang bersifat menyeluruh, manusia sebagai fokus pembangunan, aktiviti pelbagai
dimensi, perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penggunaan dan pengagihan
sumber dengan saksama. Konsep pembangunan yang berasaskan nilai-nilai murni
31
sejagat perlu dijadikan landasan dalam membentuk prinsip, strategi dan model
perancangan dan pembangunan bandaraya dan kawasan petempatan pada masa akan
datang. Pembangunan mampan diterapkan untuk mewujudkan keseimbangan di
antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari segi spiritual dan nilai-
nilai murni sejagat untuk kemajuan negara yang berterusan
Merujuk kepada penulisan Mohd Sabri (2003), pembangunan mampan
ditafsirkan sebagai pembangunan hari ini yang tidak menjejaskan peluang-peluang
pembangunan untuk generasi akan datang yang mewujudkan persekitaran kehidupan
berkualiti. Menurut Halimaton Sadiah (1998), pembangunan mampan ialah ke arah
persekitaran kehidupan berkualiti hasil daripada pembangunan gunatanah yang
dirancang secara harmoni dan bersepadu iaitu yang memberi kepentingan yang sama
antara aspek-aspek sosial, ekonomi, alam semulajadi serta nilai-nilai kerohanian dan
kehidupan bermasyarakat oleh penduduk setempat dan sejagat.
Laporan Brundtland pada tahun 1997 dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan
Abu Bakar Yang (2000), pembangunan mampan ditakrif sebagai “..development
that meets the needs of the present without compromising the ability of future
generation to meet their needs..”, daripada takrifan tersebut kualiti pertumbuhan
dilihat sebagai sama penting dengan kuantiti pertumbuhan, yang mana manusia
boleh meletakkan nilai ke atas alam sekitar fizikal melalui beberapa bentuk
pengurusan alam sekitar tertentu.
Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi masa hadapan. Pembangunan
mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan
keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Rajah 2.1 menunjukkan ketiga-tiga
elemen penting bagi pembangunan mampan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar
yang seimbang dapat mewujudkan keharmonian sejagat.
32
Rajah 2.1: Keseimbangan Pembangunan Mampan
(Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
2.8 Pembentukan Local Agenda 21 di Peringkat Global dan Tempatan
LA21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International
Council of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800
PBT dari 64 negara yang terlibat dengan aktiviti LA21 (sehingga hujung tahun
1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark,
Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Republik. Korea, Sweden dan United
Kingdom.
Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), negara-negara di rantau Asia-Pasifik yang terlibat dengan
aktiviti-aktiviti LA21 adalah seperti berikut:-
Tiada kempen kebangsaan:-
• India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand,
Vietnam
33
Dengan kempen kebangsaan:
• Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia
2.9 Prinsip-Prinsip LA21
Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai
objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:-
1. Penyertaan Dan Ketelusan
Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak
berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program
LA21. Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan
mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.
2. Usahasama
Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua
pihak berkepentingan di semua peringkat program LA21.
3. Kebertanggungjawaban
Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab
kepada keputusan dan tindakan yang diambil.
4. Pendekatan Menyeluruh
Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar
dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.
5. Peka Kepada Keupayaan
Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah
mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.
34
6. Kesaksamaan
Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa
membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar
belakang, diwakili dalam program LA21.
7. Mementingkan Masa Hadapan
Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-
lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.
8. Hasil Yang Nyata
Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21
dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.
2.10 Ciri-Ciri Perlaksanaan Local Agenda 21
Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti
mana dibawah iaitu:-
i.Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
ii.Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan
sepersetujuan (consensus)
iii.Melibatkan masyarakat tempatan
iv.Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang
berkepentingan untuk menguruskan proses ini
v.Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
vi.Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
vii.Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk
menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan
35
2.6 Faedah-Faedah Dari Perlaksanaan Projek Local Agenda 21
Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya
menjanjikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal
diterima adalah:-
2.6.1 Sebagai Individu
Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat
yang diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-
program untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah merupakan pihak
yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat setempat. Dengan cara
demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih selesa, kualiti hidup yang
lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa bangga, cinta dan
bertanggungjawab kepada alam sekitar.
2.6.2 Persatuan Atau Syarikat
Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atau
syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka
terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan
yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program-program dengan lebih
berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk merancang dan menguruskan
pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat
memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan
kepada alam sekeliling, selain berkhidmat untuk masyarakat.
36
2.6.3 Wakil Kerajaan
Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan
persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat meningkatkan
sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat
kepada semua.
Dengan penglibatan seseorang wakil kerajaan, maka ia dapat
mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus
yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan
dan kesepakatan.
2.6.4 PBT
Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara
PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang
lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT.
Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada keperluan
tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat
dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan
MBJB dapat diselaraskan.
37
2.7 Perlaksanaan Program Local Agenda 21 Di Tapak Projek Perintis
Projek Perintis LA21 ialah suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT
dengan sokongan United Nations Development Programme (UNDP) dan kerjasama
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).
Misi projek perintis ini adalah untuk melaksanakan proses LA21 di empat
buah tapak PBT yang telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Miri, Majlis
Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran
Miri. Hasil daripada projek ini akan dijadikan garis panduan untuk diterima pakai
oleh PBT yang lain di Malaysia.
2.7.1 Objektif-Objektif Projek Perintis Local Agenda 21
Berdasarkan sumber yang diperolehi dari laman web KPKT, pihak
kementerian telah menetapkan beberapa objektif bagi projek printis. Antara objektif
yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:-
i Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu
pembangunan mampan dan Local Agenda 21
ii Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah
tanggungjawab bersama
iii Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21
iv Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-
projek pembangunan mampan
v Mengguna pakai pendekatan ini di PBT-PBT lain.
Program seperti ini haruslah menghasilkan projek-projek fizikal supaya
faedah dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT. Sebagai contoh, isu-isu yang boleh
dijadikan projek fizikal adalah seperti berikut:-
• Pencemaran
38
• Pembaziran sumber
• Kitar semula
• Kebersihan
• Kesaksamaan sosial
• Integrasi sosial
2.7.2 Tapak-Tapak Projek Perintis LA21
Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia
supaya menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat
dan kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk
melaksanakan projek perintis LA21:
• Majlis Perbandaran Miri
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya
• Majlis Daerah Kerian
• Majlis Perbandaran Kuantan
Rajah 2.2:Lokasi Tapak-Tapak Projek Perintis Local Agenda 21
(Sumber: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)
39
Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
• Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung
dan bagi PBT yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran
yang agak kompleks
• Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT
peringkat daerah
• Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi
PBT-PBT yang bersaiz sederhana
2.7.3 Sokongan United Nations Development Programme (UNDP)
Projek Perintis LA21 mendapat sokongan daripada pihak UNDP dalam
bentuk:-
• Peruntukan untuk kos seminar / bengkel LA21 di PBT-PBT yang
dipilih
• Peruntukan untuk latihan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder
training)
• Peruntukan untuk kempen kesedaran peringkat kebangsaan
• Peruntukan untuk seminar LA21 peringkat kebangsaan
UNDP juga telah melantik suatu pasukan perunding untuk mengendalikan
projek dan menyokong PBT-PBT yang telah dipilih. Pasukan ini terdiri daripada:-
• Ketua Perunding Projek (ditempatkan di KPKT) untuk menyelaras
keseluruhan projek
• Perunding Komunikasi (ditempatkan di KPKT) untuk pendidikan dan
kesedaran awam.
40
4 orang Perunding Penghubung Masyarakat (ditempatkan di setiap PBT yang
dipilih) untuk menyelaras dan melaksanakan projek di peringkat PBT dan menjadi
penghubung antara PBT dengan masyarakat tempatan
2.7.4 Struktur Organisasi
Terdapat tiga peringkat bagi Projek Perintis LA21 di Malaysia. Peringkat
utama ialah Jawatankuasa LA21 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua (YDP)
Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah. Jawatankuasa ini mendapat sokongan
daripada pihak perunding dan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat, swasta dan
kerajaan. Keahlian Jawatankuasa LA21 adalah seperti berikut:
• Yang Dipertua (selaku pengerusi)
• Pegawai LA21 PBT (selaku setiausaha)
• CBO tempatan
• NGO tempatan
• Industri dan Perniagaan tempatan
• Bahagian-bahagian PBT yang berkenaan
• Jabatan Kerajaan lain yang berkenaan
• Wakil daripada PBT lain jika berkenaan
• Perunding Penghubung Masyarakat
• Ketua Perunding dan Perunding Komunikasi (apabila diperlu)
Peringkat kedua Jawatankuasa LA21 melapor kepada Jawatankuasa
Penyelarasan Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan
Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Peringkat ketiga Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal pula melapor kepada
Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Unit Perancang
Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
41
Rajah 2.3 : Gambaran Struktur Organisasi Keseluruhan Projek
Perintis LA21.
(Sumber: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)
2.7.5 Fungsi Jawatankuasa LA21
Jawatankuasa LA21 yang terdiri daripada wakil-wakil masyarakat, swasta
dan kerajaan berfungsi untuk:-
• Mengkaji isu-isu tempatan bersama masyarakat
• Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu tempatan
• Merumus Pelan Tindakan LA21 bersama masyarakat
• Meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan
• Menetapkan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
• Mengumumkan hasil kerjasama yang diperolehi
• Melaksanakan Pelan Tindakan LA21
• Memantau petunjuk-petunjuk dan mengambil tindakan yang sewajar
apabila perlu (trigger) mempopularkan aktiviti-aktiviti dan
perkembangan Pelan Tindakan di kalangan masyarakat tempatan
2.8 Perlaksanaan Projek Printis Local Agenda 21
Setelah pemilihan dibuat dan empat PBT di pilih sebagai projek printis,
maka adalah menjadi tanggungjawab bagi keempat-empat PBT tersebut
melaksanakan projek LA21. Perlaksanaan projek LA21 adalah bergantung kepada
42
PBT itu sendiri untuk membentuk pasukan mereka bagi merangka jawatankuasa,
pelan tindakan dan seterusnya melaksanakan projek LA21 itu sendiri. Berikut adalah
keterangan berkenaan perlaksanaan LA21 bagi keempat-empat buah PBT yang telah
dipilih dan sumber bagi projek printis ini adalah diambil daripada laman-laman web
berkaitan.
2.8.5 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Miri
Majlis Perbandaran Miri (MPM) adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar
dan Kesihatan Awam Sarawak merupakan sebuah badan yang menguruskan
pembangunan untuk Perbandaran Miri. Keluasan kawasan pentadbiran MPM ialah
seluas 1,000 km persegi.
Tugas Utama MPM ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam
dan bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal Perbandaran Miri. Antara
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah mengutip sampah, menyediakan
lampu jalan, menyediakan sistem pembentungan dan perparitan, perkhidmatan
pembayaran cukai rumah, pembayaran bil dan lain-lain di bawah bidang kuasanya.
Hasil daripada usaha yang dilakukan yang dilakukan oleh MPM, telah
berjaya mendapat tempat dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh
pihak kerajaan di peringkat kebangsaan melalui lanskap tamannya yang cantik.
Perbandaran Miri juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang datang dari
serata dunia dan seterusnya penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi
sektor pelancongan.
Unit LA21 di MPM Bertanggungjawab mengendalikan dan memantau
perlaksanaan aktiviti LA21 bagi memastikan pembangunan mampan dilaksanakan
secara efektif.
Aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2005 adalah “Hari Keluarga
LA21 Miri” dan ia telah diadakan pada 20 Ogos 2005 bertempat di Taman Bulatan.
Ia merupakan acara tahunan dan dianjurkan oleh Unit Pengurusan LA21 bersama-
sama dengan tiga lagi Kumpulan Kerja LA21. Aktiviti yang akan berlangsung ialah
43
pertandingan memancing, pertandingan mewarna, 3R, Karaoke dan banyak lagi
aktiviti yang akan dijalankan.
2.8.6 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Kuantan
Secara rasmi Kuantan dipilih sebagai salah satu tapak projek perintis pada
1hb Jun 2000. Satu taklimat berhubung LA21 telah disampaikan oleh Ketua
Perunding LA21 kepada Ahli-ahli Majlis pada 4 Julai 2000. Lanjutan daripada
taklimat itu, satu Jawatankuasa Kerja ditubuhkan. Ia dianggotai oleh Setiausaha
MPK (Pengerusi), Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Ketua Bahagian
Pentadbiran, Ketua Bahagian Perkhidmatan, Ketua Jabatan Perancang Bandar,
Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Ketua Jabatan Kawalan Kebersihan dan
Pegawai LA21 (Setiausaha).
Kemudiannya Unit Kerja LA21 MPK diwujudkan bagi melancarkan
perjalanan program-program yang dilaksanakan. Dalam perjumpaan bulanan dengan
Dato' Yang Dipertua diselitkan satu slot yang membincangkan tentang LA21.
Program ini diadakan pada setiap Isnin pertama setiap bulan bermula pada bulan
Februari 2001 dan memakan masa selama 10 minit untuk satu slot tayangan. Slot
bulan Februari telah diisi dengan Pengenalan LA21. Manakala untuk bulan Mac dan
April akan diselitkan dengan program-program dan aktiviti-aktviti LA21 di Kuantan
serta pembentukan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja LA21. Program ini bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada warga Kuantan khususnya kakitangan MPK.
2.8.2.1 Pelaksanaan Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan
Jawatankuasa Kerja LA21 Kuantan yang telah dicadangkan akan
bertanggungjawab ke atas beberapa tugas seperti berikut:-
i. Melapor perkembangan aktiviti kepada Jawatankuasa LA21 Kuantan
44
ii. Memudahcara perlaksanaan LA21.
iii. Meneliti secara mendalam isu-isu keutamaan.
iv. Membincang dan membuat perundingan mengenai cadangan strategi
dan tindakan. Menyediakan draf strategi dan tindakan, dimana
cadangan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan kerja akan
disampaikan kepada Jawatankuasa LA21 Kuantan untuk
perbincangan lanjut dan mendapat persetujuan semua pihak yang
terlibat.
v. Mengawas, menilai dan memberi masyarakat tempatan untuk
menjalankan program tindakan LA21.
vi. Merekodkan aktiviti yang dijalankan.
Pengerusi bagi Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan dicadangkan berdasarkan
komitmen dan keupayaan mereka dalam menjayakan Projek Perintis LA21 Kuantan.
Di MPK terdapat empat jawatankuasa kerja yang berperanan untuk melaksanakan
program LA21 iaitu:-
i. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial
ii. Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar
iii. Jawatankuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
iv. Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam Dan Pendidikan
i. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial ditubuhkan bagi mengatasi
masalah-masalah sosial yang melanda golongan remaja masa kini iaitu
penagihan dadah, vandalisme, lepak dan gangguan seksual. Masalah ini
semakin berleluasa dan kurang diberi perhatian.
Isu lain pula adalah seperti pertumbuhan pusat hiburan, keruntuhan
institusi keluarga dan sebagainya turut dipertanggungjawabkan oleh
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial. Isu-isu tersebut perlu diselesaikan
secepat mungkin kerana ia penting bagi mencerminkan Kuantan sebuah
bandaraya yang baik, aman dan terhindar daripada pelbagai masalah yang
mungkin boleh merosakkan imej sesuatu tempat. Apatah lagi golongan
45
remaja merupakan aset paling utama dalam Jawatankuasa Kerja
Pembangunan Sosial dicadangkan agar diberi tanggungjawab kepada
Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib YH.
Dato' Dr.Yusof bin Mohd Ali.
ii. Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar
Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar ditubuhkan bagi
mengatasi masalah yang berlaku pada alam sekitar. Di antaranya sistem
pelupusan sampah yang tidak teratur, sistem perparitan, pungutan sampah
yang kurang memuaskan, pencemaran sungai dan sebagainya. Jika tidak ada
pihak yang mengatasi dan mengambil tindakan masalah ini akan menjadi
semakin serius.
Oleh yang demikian Jawatankusa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar
yang akan dipengerusikan oleh wakil daripada Jabatan Kesihatan Kuantan,
Dr. Ardi bin Awang perlu mengatasi masalah ini supaya ia dapat
menyelamatkan alam sekitar kita supaya bersih dan selamat di dalam semua
aspek.
iii. Jawatankuasa Kerja Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Jawatankuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
ditubuhkan bagi mengatasi masalah sistem perhubungan dan pengangkutan
yang tidak terancang, laluan motosikal haram dan sebagainya. Kemudahan
awam di sekitar bandar Kuantan seperti tandas awam, taman permainan turut
dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa ini. Maka dengan adanya nanti
Jawatnkuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam yang akan dipilih
hendaklah masalah ini dapat diatasi dengan menyelaraskan semua sistem
supaya teratur dari pelbagai aspek agar pengguna dapat menggunakannya
dengan selesa dan terjamin.
iv. Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam dan Pendidikan
Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam dan Pendidkan difikirkan perlu
menangani masalah-masalah dengannya. Dari segi pendidikan pula tidak
46
dikhususkan kepada para remaja kerana ianya adalah global dan perlu
diambil serius oleh semua tahap dan golongan warga Kuantan. Selain itu
latihan dan kursus yang berbentuk perniagaan yang menggunakan barangan
semula jadi dan bahan kitar semula perlu diperkenalkan dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian, pihak Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam
Dan Pendidikan yang akan dipengerusikan oleh wakil Sustainable
Development Network, Encik Warner Ong hendaklah bertanggungjawab dan
memainkan peranan penting dalam menanganinya supaya ia selaras bagi
semua tahap atau generasi.
2.8.7 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya
Petaling Jaya adalah merupakan sebuah bandar baru yang ditubuhkan pada
tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah
bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada
tahun 1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya
dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan
tujuan memajukan sebuah bandar satelit. Pada 1hb Januari 1964 sebuah Lembaga
Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta
Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Ia
telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Pada 1hb Januari 1977,
telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2 km persegi
berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan dan sektor perindustrian serta
pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%.
Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590
industri yang terus beroperasi. Kepesatan ini telah menyumbang kepada
pertumbuhan penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan
melebihi 52%. Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi
47
simbol kemajuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang
mentadbirnya adalah Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
2.8.3.1 Kronologi LA 21 di Petaling Jaya
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memilih MPPJ untuk
dijadikan projek perintis bagi Perlaksaan program LA21. Projek LA 21 telah
dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development
Programme.
Bengkel LA21 telah dilaksanakan pada 1hb dan 2 hb Februari 2000 dan telah
disertai dan dihadiri oleh 150 orang peserta termasuklah NGO, Organisasi
Masyarakat (CBO), Agensi Kerajaan, Sekolah, Pihak Swasta, dan MPPJ. Peserta
bengkel tersebut telah mengenalpasti 3 isu utama di PJ iaitu keselamatan,
persekitaran (Alam Sekitar) dan Intergerasi Sosial. Selain itu, bengkel LA21 telah
mencipta wawasan bagi LA21 di PJ iaitu “kami komited untuk menyelesaikan
segala isu yang berbangkit daripada masyarakat umum untuk mewujudkan
persekitaran yang selesa, selamat, harmoni dan perbandaran yang mampan”.
MPPJ juga telah melaksanakan seminar LA21 pada 10hb Mei 2000. Pada
seminar yang diadakan sebelumnya, peserta dan penduduk setempat telah
menghadiri seminar tersebut dengan jayanya dan mereka begitu bersemangat
memberi pandangan serta mengutarakan segala permasalahan yang berbangkit.
Komuniti LA21 telah ditubuhkan pada Julai 2000 dan dipengerusikan oleh
Yang di Pertua MPPJ. Komuniti tersebut mempunyai seramai 37 orang ahli.
Komuniti tersebut telah melibatkan NGO, CBO, Agensi Kerajaan, Pihak Swasta dan
MPPJ. Pada masa yang sama, logo dan slogan baru bagi LA21 Petaling Jaya
dilancarkan iaitu “Ke arah Pembangunan Mampan”.
2.8.3.2 Fungsi Jawatankuasa Kerja
48
Antara fungsi Jawatankuasa kerja di MPPJ adalah:-
i. Mengadakan aktiviti seperti berdialog, penyelidikan dan
kempen di peringkat tempatan.
ii. Membangunkan pelan tindakan dan mewujudkan strategi.
iii. Merancang, mengurus dan melaksanakan projek printis
LA21.
iv. Membuat laporan prestasi bagi komuniti LA21.
2.8.8 Majlis Daerah Kerian
Keluasan Daerah Kerian : 918.83 km persegi
Keluasan Kawasan Majlis : 163.66 km persegi
Keluasan Kawasan Operasi : 124.90 km persegi
Keluasan Kawasan Kawalan : 38.76 km persegi
49
2.8.4.1 Local Agenda 21 Kerian
Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melantik
MDK sebagai tapak perintis LA21. MDK merupakan satu-satunya model perintis
bagi PBT-PBT di peringkat daerah. MDK telah melalui proses LA21 melalui
rundingan dan perbincangan antara sektor swasta dan wakil masyarakat. Suatu
Pelan Tindakan Sosial dan Alam Sekitar telah diwujudkan (melalui suatu isu dan
masalah tempatan yang telah dikenalpasti).
2.8.4.2 Aktiviti-Aktiviti LA21 Kerian (2005)
Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan pelan
tindakan hasil daripada perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat. Berikut
adalah aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2005 berdasarkan pecahan daripada pelan
tindakan iaitu:-
i. Pelan Tindakan Kerian Cares
Terdapat dua aktiviti yang dijalankan dalam Pelan Tindakan Kerian
Cares iaitu:-
a. Program Masih Ada Yang Sayang - Majlis Sumbangan
Kepada Pelajar Cemerlang ke Institut Pengajian Awam
b. Program Halaman Sihat Masyarakat Sejahtera - Rawatan dan
Kesihatan Percuma di Kawasan Luar Bandar
ii. Pelan Tindakan Kesedaran Awam dan Pendidikan
Bagi pelan tindakan kesedaran awam dan pendidikan, aktiviti-aktiviti
yang terlibat adalah:-
a. Kembara Ilmu Ke Gunung Jerai Kedah
50
b. Program Halaman Sihat Masyarakat Sejahtera - Kempen
Peningkatan Kesedaran Awam Terhadap Alam Sekitar dan
Kesihatan
c. Pertandingan Melukis dan Mewarna Bertemakan Amalan
Gotong-Royong Bawah 7 Tahun
d. Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Bulan
Kemerdekaan Bawah 7 Tahun Ekspedisi Kayak Rakan Muda
Perak dan Pulau Pinang
e. Program Gaya Hidup Sihat - Bengkel Asas Senaman Aerobik
f. Projek Warga Perak Utara
iii. Pelan Tindakan Pengindahan dan Kebersihan
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pelan tindakan pengindahan dan
kebersihan adalah:-
a. Aktiviti Gotong-Royong Besar-Besaran Pekan Batu 5, Parit
Buntar
b. Pertandingan Pengumpulan Barang-Barang Terpakai 3R
c. Aktiviti Gotong-Royong Besar-Besaran Taman Seri Serai,
Bagan Serai
iv. Pelan Tindakan Semangat Muhibbah dan Integrasi Kaum
Bagi Pelan Tindakan Semangat Muhibbah Dan Integrasi Kaum,
aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah seperti:-
a. Pertandingan Bola Sepak Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan
b. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah Local Agenda 21 Kerian
Bagi Tahun 2004
51
Berdasarkan penerangan di atas, penulis mendapati ke empat–empat projek
printis sememangnya mempunyai terdapat perbezaan daripada segi program-
program yang dilaksanakan walaupun objektif mereka tetap sama iaitu ke arah
pembangunan mampan. Jadual 2.1 menunjukkan Pelan Tindakan bagi ke empat-
empat PBT yang menyertai projek printis. Manakala Jadual 2.2 pula menunjukkan
beberapa contoh perlaksanaan pelan tindakan bagi setiap PBT yang terlibat.
2.9 Peranan Pihak-pihak Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program LA21.
Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek LA21
seperti PBT, Masyarakat Setempat, Ahli Majlis, Pihak Swasta, Badan Bukan
Kerajaan, Organisasi Masyarakat, Ahli Jawatankuasa Penduduk dan Agensi
Kerajaan Lain. Di bawah, penulis ada menjelaskan beberapa peranan setiap pihak
yang terlibat dalam menjayakan program LA21 dan data tersebut diperolehi
daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.
2.9.1 Peranan PBT
PBT adalah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh KPKT
untuk melaksanakan projek LA21. Berikut adalah peranan-peranan PBT dalam
melaksanakan projek LA21 iaitu:-
i Meningkatkan persefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat
dan sektor swasta.
ii Mempraktikkan urus tadbir yang baik yang bercirikan penyertaan awam,
ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan
kebertanggungjawaban.
iii Mengaturkan program-program kemasyarakatan selaras dengan kehendak
kerajaan seperti:-
i. Local Agenda 21
52
Perkongsian di antara PBT, masyarakat dan swasta dalam
merancang dan bertindak ke arah pembangunan mampan.
ii. Gerak tumpu
Program kemasyarakatan untuk untuk mengenalpasti serta
menyelesaikan masalah penduduk berkaitan perkhidmatan yang
diberikan oleh PBT.
iii. Aktiviti Sosial
Aktiviti kemasyarakat yang telah dirancang dan dilaksanakan
untuk warga kota bagi mewujudkan masyarakat penyayang serta
warga yang cerdas, cergas dan berakhlak tinggi. Antara aktiviti yang
dilaksanakan termasuklah sukan, kebudayaan, ceramah-ceramah
agama, kesedaran, kesihatan, keselamatan dan lain-lain lagi.
2.9.3 Peranan Masyarakat
Bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan, peranan masyarakat
sememangnya penting. Menurut Tuan Haji Asri b Haji Amat (2005), masyarakat
adalah terdiri daripada Ahli Majlis, Ahli Jawatankuasa Penduduk, Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan Organisasi Masyarakat (CBO). Berikut adalah peranan setiap
ahli masyarakat yang wajar dimainkan bagi menjayakan program LA21 yang
dilaksanakan iaitu:-
2.9.2.1 Ahli Majlis
Ahli Majlis adalah merupakan seorang ahli politik yang mentadbir sesuatu
kawasan dan mengetuai sesuatu zon di bawah pentadbiran PBT. Antara
tanggungjawab Ahli Majlis adalah:-
53
i. Mengetuai sesuatu zon kawasan
ii. Menggerak dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
iii. Merancang bentuk pembangunan yang bermanfaat di
zon masing-masing.
iv. Menyampaikan permasalahan perkhidmatan majlis
yang dilaporkan oleh jawatankuasa penduduk kepada majlis.
v. Membuat pemantauan dan penilaian terhadap
perkhidmatan majlis dan program kemasyarakatan yang sedang dan
telah dilaksanakan.
2.9.2.2 Ahli Jawatankuasa Penduduk
Ahli Jawatankuasa Penduduk adalah terdiri daripada wakil penduduk
setempat yang berpengalaman dan mampu membantu pihak PBT dalam
melaksanakan projek LA21. Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Penduduk adalah
seperti berikut:-
i. Membantu Ahli Majlis untuk mengerakkan serta
melaksana aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
ii. Mengenalpasti dan menyampaikan permasalahan yang
berkaitan dengan perkhidmatan majlis kepada ahli majlis.
iii. Bekerjasama dengan ahli untuk merancang bentuk
pembangunan yang bermanfaat dan bersesuaian di zon masing-
masing.
iv. Memberi penerangan kepada penduduk mengenai
peranan mereka untuk menjayakan program-program pembangunan.
v. Menggalakkan penduduk zon menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak majlis.
vi. Menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan sebagai
panduan dan rujukan untuk program seterusnya.
2.9.2.3 Badan Bukan Kerajaan (NGO)
54
Badan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan pertubuhan yang dibentuk oleh
masyarakat untuk kebajikan bersama dan ia mengkhususkan kepada sesuatu bidang.
Sebagai contoh, persatuan pencinta alam akan mewakili masyarakat yang cintakan
alam dan seterusnya memberikan pandangan kepada agensi kerajaan dalam aspek
keindahan alam. Persatuan juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan oleh masyarakat, sektor swasta dan agensi kerajaan di samping
merancang dan melaksanakan aktiviti persatuan.
2.9.2.5 Organisasi Masyarakat (CBO)
Organisasi masyarakat (CBO) diwujudkan oleh agensi kerajaan untuk
merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah
dikenalpasti oleh jawatankuasa dan juga kerajaan. Rukun tetangga adalah contoh
CBO yang dibentuk oleh PBT dan Jabatan Perpaduan yang banyak memberi
sumbangan kepada kesejahteraan penduduk setempat terutama dalam aspek
kebersihan, pengindahan dan keselamatan.
2.9.3 Pihak swasta
Pihak swasta merupakan salah satu pihak yang berkepentingan bagi
menjayakan program LA21 yang dilaksanakan. Berikut adalah peranan yang perlu
dimainkan oleh pihak swasta bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan
iaitu:-
2.9.3.1 Mengadakan program/ projek usahasama ‘partnership’ dengan PBT dan
masyarakat.
Selain daripada melaksanakan projek-projek usahasama dengan PBT, pihak
swasta juga digalakkan untuk merangka program kemasyarakatan. Karnival TV3
55
adalah satu contoh program usahasama di antara TV3 dengan agensi kerajaan yang
telah berjaya.
2.9.3.4 Melibatkan dalam proses perancangan dan perlaksanaan
bersama.
Sektor swasta perlu memberi sumbangan dalam perancangan dan
perlaksanaannya dalam sesuatu PBT. Ini disebabkan sebarang keputusan yang
melibatkan perancangan akan melibatkan sektor swasta. ‘Joint consulative comitee’
yang ditubuhkan dijangka dapat dijadikan platform untuk tujuan ini.
2.9.3.5 Membantu PBT dalam melengkapkan infrastruktur.
Walaupun PBT ada mengenakan bayaran ISF untuk pembangunan yang
dilaksanakan oleh sektor swasta, bayaran ini tidak mencukupi untuk penyediaan
infrastruktur untuk pembangunan tersebut. Oleh itu pihak swasta perlu membantu
PBT dalam penyediaan kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai.
2.9.4 Agensi Kerajaan Lain
Agensi kerajaan lain selain PBT juga diperlukan untuk bersama-sama
mencorakkan pembangunan di sesuatu bandar. Agensi-agensi ini termasuklah
Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat
Kebudayaan Negeri, Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Majlis Tindakan
Perlancongan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-
lain Jabatan yang berkaitan.
Sebagai contoh, Pejabat Daerah adalah urusetia kepada Jawatankuasa
Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) yang diketuai oleh ADUN mempunyai
program yang tersendiri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat yang tinggal
dalam kawasan mereka. Program yang dilaksanakan akan melibatkan penduduk
56
sesebuah PBT secara tidak langsung kerana PBT adalah termasuk di dalam kawasan
sesuatu Dewan Undangan Negeri.
2.10 Kesimpulan
Perlaksanaan LA21 di peringkat projek printis telah dijalankan, maka
kerajaan Malaysia kini telah mula mengorak langkah bagi memperluaskan
perlaksanaan LA21 di seluruh peringkat PBT di Malaysia. Sekiranya kita lihat
daripada kajian penulis, di dapati setiap projek printis menjalankan aktiviti yang
berbeza, walaubagaimanapun ia tetap mempunyai objektif atau matlamat yang sama
iaitu ke arah pembangunan mampan.
Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah hasil daripada
perbincangan, semua pihak yang terlibat iaitu melalui pelan tindakan. Segala isu dan
permasalahan akan dibentangkan melalui perbincangan bagi menghasilkan satu
pelan tindakan yang lengkap dan jitu serta bertepatan dengan kehendak semasa.
Di dalam bab seterusnya, penulis akan mengupas secara terperinci berkenaan
perlaksanaan LA21 di kawasan kajian. Penulis telah memilih Majlis Bandaraya
Johor Bahru sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan antara kawasan
pembangunan yang paling aktif di Semananjung Malaysia. Selain itu penulis juga
akan menjelaskan tentang beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MBJB.
57
BAB III
PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21
DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
3.1 Pengenalan
Di Malaysia, program LA21 telah dilaksanakan sejak tahun 2000 melalui
KPKT dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan
UNDP. Fasa I merupakan projek printis di empat Pihak Berkuasa Tempatan dan
majlis pelancaran bagi projek printis fasa I telah dilakukan oleh YB Dato’ Seri Ong
Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17hb Oktober 2000 di
Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Program Local Agenda Fasa II pula telah
dirasmikan oleh YB Dato’ Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan pada 11 Jun 2002 di Kuantan. Program fasa II ini melibatkan
seluruh PBT bertaraf Dewan/Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Oleh kerana
itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak terkecuali dalam melaksanakan program
LA21.
Di atas tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan program LA21
ini, maka pihak MBJB telah mewujudkan Unit Sosial & Local Agenda 21, Bahagian
Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Kemasyarakatan, MBJB. Dengan
adanya unit tersebut, maka segala pergerakan program LA21 dapat dipantau dan
diawasi agar program yang dijalankan bertepatan dengan objektif dan wawasan
masyarakat bagi LA21 di MBJB.
58
Dalam bab tiga ini, penulis akan menjelaskan salah satu projek yang telah
dijalankan di peringkat MBJB iaitu projek ekonomi dan pelancongan di Kampung
Melayu.
3.2 Latar Belakang Pentadbiran MBJB
Rajah 3.1: Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah PBT yang diberi
kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk Bandaraya Johor Bahru.
Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga
Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun
1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya pada
1hb Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandaraya pada tarikh
tersebut.
Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap
perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan
seluas 220 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 350,000 orang.
59
3.3 Kawasan Pentadbiran di Daerah Johor Bahru
Pentadbiran MBJB adalah berkeluasan 11,949 hektar. Berdasarkan rajah 3.2
di bawah, Daerah Johor Bahru mempunyai 5 pihak berkuasa yang mentadbir dan
mengurus kawasan pentadbirannya iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa
Tempatan Pasir Gudang dan Pejabat Daerah Johor Bahru bagi kawasan yang tidak
mempunyai PBT. Kawasan pentadbiran tersebut dipecahkan mengikut lokasi
sepertimana rajah 3.2 di bawah.
Rajah 3.2: Pelan Lokasi Bagi Daerah Johor Bahru
Rajah 3.3 pula adalah merupakan kawasan pentadbiran MBJB. Kawasan
pentadbiran MBJB merangkumi 13 kawasan utama seperti Daerah Sentral, Tasek
Utara, Larkin, Tampoi, Kempas, Kangkar Tebrau, Majidee, Pandan, Permas Jaya,
Pelangi, Pasir Pelangi, Kawasan Perluasan Utara Barat dan Kawasan Perluasan
Timur.
60
Rajah 3.3 : Kawasan Pentadbiran MBJB
3.4 Latar belakang Kawasan Kajian
Kampung Melayu Majidee mempunyai keluasan 691.5 ekar dan merupakan
kawasan yang berada di bawah pentadbiran MBJB. Kampung Melayu Majidee telah
dipilih sebagai kawasan projek ekonomi dan pelancongan bagi perlaksanaan
program LA21. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan lokasi Kampung Melayu
Majidee yang terletak berhampiran dengan Pusat Bandaraya Johor Bahru dan
Kampung Melayu Majidee juga mempunyai sebuah sungai yang sesuai untuk
dijadikan kawasan pelancongan iaitu Sungai Sebulong. Penduduk setempat
Kampung Melayu Majidee pula terdiri daripada masyarakat Melayu yang telah
menetap lebih dari 10 tahun. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat luar dan
warga asing yang menyewa di kawasan Kampung Melayu kerana menurut AJK
Penduduk, kadar sewa di Kampung Melayu agak murah berbanding dengan kawasan
lain.
Di Kampung Melayu Majidee, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh
Pihak Berkuasa bagi memberi keselesaan penduduk. Antara kemudahan yang
disediakan adalah seperti Sekolah, Masjid, Perpustakaan, Pasar Awam, Dewan Raya
dan Stadium Mini.
61
3.5 Pembentukan Dan Perlaksanaan LA21 Di MBJB
Pada 2001, Jawatankuasa LA21 telah memilih Persisiran Herba Sungai
Sebulong sebagai projek perintis LA21 peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB) dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar pada 18hb
Oktober 2003. Projek yang dilaksanakan ialah pengindahan sungai Sebulong sebagai
sebuah lokasi riadah yang menarik dan kondusif dengan penanaman beberapa spesis
herba. Di samping itu, LA21 juga dilaksanakan di semua zon MBJB melalui aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, senaman pagi, forum perdana,
ceramah pendidikan, dialog dengan pemimpin, pertandingan melukis, pemeriksaan
kesihatan dan lain-lain.
Seterusnya, Mesyuarat Eksekutif MBJB bagi bulan Januari 2003 telah
melantik Pengarah Kemasyarakatan sebagai Pegawai LA21 MBJB yang
bertanggungjawab bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti-aktiviti harian
LA21 di peringkat organisasi. Serentak dengan itu juga, Ahli-ahli Majlis, ketua-
ketua jabatan dan bahagian serta angota-angota sokongan telah didedahkan dengan
LA21 menerusi seminar, taklimat dan bengkel LA21 secara dalaman dan luaran
termasuk lawatan penandarasan ke projek perintis LA21 di negara ini.
Maklumat-maklumat LA21 telah disebarkan kepada orang ramai melalui
risalah-risalah bercetak, media dan pameran. Ahli-ahli Majlis yang juga pengerusi-
pengerusi zon turut diberi penjelasan, taklimat dan kursus LA21 dari semasa ke
semasa supaya matlamat, falsafah dan aktiviti-aktiviti LA21 sampai ke akar umbi.
Pada 1 Mac 2005, MBJB adalah di antara 16 PBT di negara ini yang sedang
melaksanakan LA21 fasa Ke-2, mengikut sebagaimana garis panduan yang telah
ditetapkan oleh KPKT.
Pada masa ini, Urusetia LA21 diletakkan di bawah Unit Sosial dan Local
Agenda 21, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan
Kemasyarakatan, MBJB dan ia diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir N41 Tuan
Haji Asri bin Haji Amat, seorang Penolong Pegawai Tadbir N27, dua orang
Pembantu Tadbir N17 dan dua orang Pembantu Rendah Awam.
62
3.6 Proses Perlaksanaan Local Agenda 21 Di MBJB
Di MBJB, langkah awal bagi proses perlaksanaan LA21 adalah dengan
penubuhan Jawatankuasa Induk LA21. Ini kerana Jawatankuasa Induk LA21
merupakan wadah paling penting bagi penyertaan pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan dalam LA21 di samping menyelia, memantau dan memberikan
bimbingan serta pandangan keseluruhan perlaksanaan proses LA21 ke arah
mencapai Wawasan Masyarakat Johor Bahru.
Menurut Tuan Haji Asri B Haji Amat, Penolong Pengarah Unit Sosial dan
Local Agenda MBJB, Jawatankuasa ini juga mengkaji semula pendapat, cadangan
dan draf pelan tindakan serta perlaksanaan LA21 di peringkat MBJB. Ia diwujudkan
pada tahun 2004 di mana mesyuarat pertama telah diadakan pada 30hb April 2004
diikuti mesyuarat kedua pada 4 Mac 2005, ketiga pada 11hb Julai 2005 dan keempat
pada Disember 2005 (sekurang-kurangnya 3 kali setahun). Keahliannya terdiri
daripada Yang Berhormat Datuk Bandar sebagai Pengerusi, Pegawai LA21 sebagai
Setiausaha, persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, swasta,
industri dan perniagaan tempatan serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan
yang berkenaan.
Mesyuarat pertama yang telah diadakan pada 4hb Mac 2005 adalah untuk
membincangkan perlaksanaan LA21 peringkat MBJB. Mesyuarat yang ke-2 pada
11hb Julai 2005 di Hotel Eden Johor Bahru pula telah membincang dan
kemudiannya meluluskan lima Pelan Tindakan LA21 MBJB dan Wawasan
Masyarakat Johor Bahru.
Peringkat seterusnya bagi perlaksanaan LA21 adalah dengan mengadakan
bengkel fasilitator LA 21 peringkat MBJB. Bengkel ini telah diadakan pada 2hb,
3hb dan 16hb April 2005 di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru. Peserta terdiri
daripada semua Pegawai Penyelaras dan Penolong Pegawai Penyelaras Zon serta
wakil-wakil daripada beberapa jabatan kerajaan dan badan-badan NGO. Tujuannya
ialah untuk memberi penjelasan yang mendalam tentang konsep dan falsafah LA21
dan bagaimanakah aktiviti LA21 ini dapat dijalankan atau dilaksanakan di
bandaraya Johor Bahru kepada peserta. Bengkel ini juga melatih peserta menjadi
63
fasilitator LA21 peringkat MBJB dan dijalankan sepenuhnya oleh perunding LA21
yang dicadangkan oleh Kementerian iaitu Encik Lam Kok Liang. Dengan wujudnya
kumpulan fasilitator LA21 ini, urusetia mengharapkan tidak akan ada sebarang
masalah untuk melaksanakan aktiviti LA21 sekiranya berlaku sebarang pertukaran
pegawai di MBJB.
Bagi memantapkan lagi perlaksanaan LA21, maka pihak berkuasa telah
mengadakan bengkel perdana LA21 pada 23hb hingga 26hb April 2005 di Kukup
Golf Resort, Pontian. Peserta terdiri daripada semua Ahli Majlis yang juga pengerusi
zon, semua penyelaras dan penolong pegawai penyelaras, wakil-wakil jabatan dan
agensi kerajaan, wakil-wakil NGO dan ahli jawatankuasa penduduk yang mewakili
semua zon, kesemuanya berjumlah 185 orang. Di antara lain tujuannya adalah
untuk:-
i) Memberi kefahaman yang mendalam tentang konsep dan falsafah
LA21 kepada peserta.
ii) Membincangkan pelaksanaan LA21 di bandaraya Johor Bahru.
iii) Membina Wawasan Masyarakat Johor Bahru.
iv) Mewujudkan Kumpulan Kerja. Di MBJB, kumpulan kerja tersebut
telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:-
a) Ekonomi dan Perlancongan.
b) Kebersihan dan Kitar Semula
c) Kesihatan dan Keselamatan
d) Pembangunan Sosial
e) Pengindahan
Mesyuarat Kumpulan Kerja (I) telah diadakan pada 18hb, 19hb, 20hb, 26hb
dan 27hb Mei 2005 dan mesyuarat Kumpulan Kerja (II) pula diadakan pada 3hb,
9hb dan 10hb Jun 2005. Tujuan utama mesyuarat Kumpulan Kerja itu diadakan
adalah untuk membincangkan dan memantapkan Pelan Tindakan serta
membincangkan strategi, aktiviti dan perlaksanaan Pelan Tindakan.
64
Seterusnya proses perlaksanaan LA21 di MBJB adalah dengan mewujudkan
sesi sumbang saran (Brainstorming) pemantapan wawasan masyarkat Johor Bahru.
Sesi sumbang saran ini telah dijalankan pada 6 Julai 2005 jam 8.00 malam di Hotel
Sri Malaysia Johor Bahru dan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk
Bandar. Peserta terdiri daripada lima orang Ahli Majlis yang menjadi pengerusi
Kumpulan Kerja Local Agenda 21 dan fasilitator masing-masing, Ketua-ketua
Jabatan/ Bahagian MBJB, Pengurus Operasi Southern West Management (SWM),
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Warisan Johor. Tujuannya ialah
untuk memantapkan Wawasan Masyarakat Johor Bahru yang telah dibina atau
dihasilkan semasa bengkel perdana LA21 di Pontian. Hasil daripada sesi ini
terbentuklah wawasan masyarakat Johor Bahru yang lebih dinamik untuk semua
warga bandar raya Johor Bahru iaitu:-
“Kami komited menjadikan Johor Bahru bandaraya sejahtera, berbudaya,
bersih dan indah dengan masyarakat berilmu, berdisplin dan mengamalkan nilai-
nilai murni serta semangat kejiranan yang tinggi melalui pembangunan terancang,
holistik dan mampan”
Seterusnya lawatan penandarasan ke projek printis LA21 turut dijalankan.
Lawatan penandarasan yang pertama adalah ke Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
pada 25hb hingga 26hb Julai 2005, terdiri daripada 40 orang peserta mewakili
jawatankuasa induk, pengerusi-pengerusi dan ahli-ahli Kumpulan Kerja serta
Urusetia LA21. Lawatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Bandar ini
bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan dan aktiviti-
aktiviti LA21 di MPK di mana Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua MPK sendiri
turut memberikan pengalaman MPK dalam hal berkaitan. Dalam lawatan tersebut
peserta juga telah dibawa ke tapak pelupusan sampah dan mendengar taklimat
pengurusan sisa pepejal dan aktiviti Kitar Semula bersama kelab 25 MPK. Lawatan
penandarasan yang kedua dijangka akan ke projek perintis LA21 di Petaling Jaya
yang akan memfokus kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
65
Bagi memantapkan lagi perlaksanaan LA21, Pihak MBJB telah membuat
pelancaran wawasan masyarakat Johor Bahru. Wawasan Masyarakat Johor Bahru
yang dibina oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja adalah untuk memberi gambaran masa
depan yang ideal bagi masyarakat Johor Bahru. Selain itu wawasan masyarakat juga
dibuat bertujuan untuk menyatakan persetujuan tempatan dan prasyarat asas untuk
bersama-sama melaksanakan pembangunan mampan di Bandaraya Johor Bahru.
Pelancaran Wawasan Masyarakat Johor Bahru oleh Yang Berhormat Datuk Bandar
pada 3hb Oktober 2005 di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee pula bertujuan
untuk mewar-warkan pelaksanaan LA21 di Bandaraya Johor Bahru supaya semua
pihak yang berkepentingan dan seluruh masyarakat Johor Bahru dapat mengetahui
dan bersama-sama melaksanakan aktiviti-aktiviti LA21 di Bandaraya Johor Bahru.
Proses seterusnya bagi perlaksanaan LA21 adalah dengan melaksanakan
pelan tindakan. Mesyuarat pemantapan Pelan Tindakan Local Agenda 21 telah
diadakan pada 8 Ogos 2005 yang dipengerusikan oleh Pegawai Local Agenda 21
iaitu Encik Abdul Ghazali bin Karim. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh semua
pengerusi dan fasilitator kumpulan kerja serta Urusetia LA21. Dalam mesyuarat
tersebut, pengerusi telah memutuskan hanya dua sahaja pelan tindakan yang akan
dilaksanakan mulai 1hb September pada tahun 2005 iaitu Pelan Tindakan
Kebersihan dan Kitar Semula serta Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan. Bagi
Tiga Pelan Tindakan yang lain masing-masing masih diperingkat pengumpulan
maklumat untuk dilaksanakan pada 2006.
Apabila segala tindakan yang dirancang dilaksanakan, maka pemantauan dan
penilaian akan dibuat bagi memastikan pelan tindakan dapat mencapai objektif serta
matlamat. Pemantauan dan penilaian akan dibuat sekurang-kurangnya dalam masa
yang sederhana atau dalam tempoh 3 hingga 5 tahun perlaksanaan.
66
Rajah 3.4 di bawah menunjukkan ringkasan bagi proses pelaksanaan LA21
di Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi tahun 2005.
MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK LA21 1/2005 4 Mac 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Pembangunan Sosial
18 Mei 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Kebersihan dan
K l t
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Kesihatan dan Kitar
Semula
BENGKEL PERDANA LA21 23, 24 & 25 April 2005
BENGKEL FASILITATOR LA21 2, 3 & 16 April 2005/Mac 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I)
Pelan Tindakan Pengindahan 26 Mei 2005
67
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan
27 Mei 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Kesihatan dan Keselamatan
28 Mei 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Pengindahan
10 Jun 2005
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LA21 2/2005
11 Julai 2005
PELANCARAN WAWASAN MAYARAKAT JOHOR BAHRU
3 Oktober 2005
LAWATAN PENANDARASAN LA 21 25 & 26 Julai 2005
SESI SUMBANG SARAN PEMANTAPAN WAWASAN MASYARAKAT JOHOR BAHRU
6 Julai 2005
MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan
9 Jun 2005
68
TINDAKAN PEMANTAUAN PENILAIAN MAKLUM BALAS
Menyemak dan mengkaji semula strategi dan Pelan Tindakan untuk MBJB
(selepas 3-5 tahun)
PERLAKSANAN PELAN TINDAKAN LA21
Rajah 3.4: Proses Perlaksanaan LA21 Di Majlis Bandaraya Johor Bagru
Bagi Tahun 2005
(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)
3.7 Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja LA21 di MBJB
Berdasarkan temubual bersama Penolong Pengarah Unit Sosial dan LA21
iaitu Tuan Haji Asri bin Haji Amat, terdapat dua jawatankuasa yang
bertanggungjawab bagi melaksanakan aktiviti LA21 di MBJB iaitu Jawatankuasa
Induk dan Jawatankuasa Kerja.
Berikut adalah senarai jawatankuasa Induk LA21 di MBJB iaitu Datuk
Bandar MBJB Yang Berhormat Dato’ Haji Latiff bin Yusof sebagai pengerusi.
Diikuti oleh Encik Abd Razak bin Hassan iaitu Setiausaha MBJB sebagai Timbalan
Pengerusi. Manakala Pengarah Masyarakat MBJB iaitu Encik Abdul Ghazali b
Karim sebagai Setiausaha dan Pegawai LA21. Ahli Jawatankuasa bagi LA21 pula
adalah terdiri daripada Ahli Majlis dan juga Ketua-Ketua Jabatan dan Pengarah
Agensi Kerajaan yang terlibat seperti:-
69
i. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
ii. Pengarah Jabatan Agama Johor
iii. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Johor
iv. Pengarah Alam Sekitar Negeri Johor
v. Pengarah KEMAS Negeri Johor
vi. Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru
vii. Jurutera Daerah Jabatan Pengairan & Saliran
viii. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru
ix. Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru
x. Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru
xi. Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru
xii. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru
xiii. Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru
xiv. Pengurus Operasi SWM sdn. Bhd.
xv. Pengerusi Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia
xvi. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam
xvii. Pengerusi Rukun Tetangga Taman Molek
xviii. Semua Pengarah Jabatan MBJB
xix. Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta/Individu yang difikirkan
sesuai dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Kerja pula terdiri daripada 5 orang Ahli Majlis yang mewakili
5 Jawatankuasa Kerja dan Ahli Majlis tersebut merupakan pengerusi bagi
jawatankuasa yang diwakilinya. Manakala setiap kumpulan kerja mengandungi di
antara 15 hingga 25 ahli yang mewakili MBJB, NGO, CBO dan Jabatan/Agensi
Kerajaan yang berkaitan.
Rajah 3.5 merupakan struktur organisasi bagi Jawatankuasa Induk MBJB
yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar MBJB iaitu Y.B Dato’ Haji Latif bin
Yusuf dan Jawatankuasa Kerja pula dipengerusikan oleh 5 orang Ahli Majlis yang
mengetuai setiap jawatankuasa kerja.
70
PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK
Y.B Dato’ Haji Latiff bin Yusof
KUMPULAN KERJA LA21
URUSETIA LA21
EKONOMI DAN PELANCONGAN Pengerusi:
Tn Hj Adam bin Sumiro (Ahli Majlis)
KEBERSIHAN & KITAR SEMULAPengerusi:
En. Yeo Kwee Kwang (Ahli Majlis)
KESIHATAN & KESELAMATANPengerusi:
En. M. Soorianarayanan (Ahli Majlis)
PENGINDAHAN Pengerusi:
Tn Hj Rozlan bin Abu Bakar (Ahli Majlis)
PEMBANGUNAN SOSIAL Pengerusi:
Tn Hj Rashid bin Kasman (Ahli Majlis)
Rajah 3.5: Struktur Organisasi Bagi Jawatankuasa Kerja Local Agenda 21
MBJB
(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)
71
3.8 Penyediaan Dan Perlaksanaan Pelan Tindakan Bagi LA21 MBJB
Pelan tindakan adalah alat utama dalam keseluruhan proses membuat
keputusan. Pada peringkat ini semua rakan kongsi dan ‘stakeholder’ memperakukan
semula komitmen dengan mengambil tanggungjawab dan menyumbang kepada
kejayaan projek. Pada peringkat inilah strategi yang telah dipersetujui pada
prinsipnya diterjemahkan kepada tindakan.
Satu pelan tindakan yang baik adalah pelan tindakan yang dapat
menerangkan bentuk tindakan secara terperinci. Ada beberapa perkara yang mesti
diambil kira dalam pelan tindakan bagi setiap aktiviti iaitu:-
i) Sumber-sumber yang diperlukan
ii) Siapa yang akan menyediakan sumber-sumber berkenaan
iii) Tempoh masa pelaksanaan
iv) Mekanisma penilaian dan yang paling penting siapa yang akan
melaksanakannya.
Sebagai contoh adalah penyediaan dan pelaksanaan pelan tindakan
bagi projek kitar semula. Setelah perbincangan dijalankan di antara pengerusi
Jawatankuasa Kerja kebersihan dan kitar semula bersama-sama ahli-ahli yang
terlibat, maka tempat cadangan bagi projek kitar semula adalah di bekas tapak
pelupusan sampah Jalan Tahana yang terletak berhampiran dengan Bandar Baru
Uda. Objektif bagi projek kitar semula ini adalah mewujudkan pusat kitar semula
yang praktikal dan berdaya maju serta memudahkan orang ramai mempraktikkan
atau mengamalkan kitar semula. Selain itu ia juga dapat mewujudkan projek printis
dan contoh nyata bagaimana mewujudkan dan menjayakan pusat kitar semula dan
amalan kitar semula.
Bagi menjayakan projek kitar semula ini, pihak Jawatankuasa Kerja
telah membahagikan 5 tugas utama dalam penyediaan dan pelaksanaan pelan
tindakan bagi projek tersebut. Tugasan pertama adalah dengan mendapatkan kata
sepakat dan mengetengahkan idea awalan. Di dalam tugasan pertama ini sesi
72
sumbang saran dan perbincangan kitar semula dijalankan dan pihak pelaksana bagi
tugasan pertama ini adalah urusetia LA21 dan ahli mesyuarat.
Tugasan kedua pula adalah dengan menyediakan kertas perakuan
kepada Datuk Bandar. Dalam tugasan kedua ini aktiviti yang dijalankan adalah
menyediakan dan menyemak draf perakuan, yang mana draf perakuan yang
dihasilkan akan diteliti dan dihalusi, manakala rakan kongsi seperti urusetia, ahli
mesyuarat akan memberi pandangan masing-masing. Setelah pandangan diberikan,
maka lakaran tempat, lakaran bangunan dan kenyataan ringkasan projek termasuk
kemudahan yang diperlukan akan dimasukan sekali di dalam draf tersebut.
Apabila draf telah disediakan, maka tugasan ketiga adalah
mendapatkan keputusan bagi pelaksanaan cadangan dan kelulusan pembiayaan.
Dalam tugasan ini, pihak Jawatankuasa Kerja akan membentangkan kertas perakuan
yang lengkap kepada Datuk Bandar bagi mendapatkan keputusan. Setelah keputusan
diperolehi maka minit keputusan akan dihasilkan.
Seterusnya, tugasan yang keempat adalah dengan melaksanakan
keputusan tersebut. Aktiviti yang terlibat adalah dengan menyediakan keperluan dan
kemudahan fizikal. Di peringkat ini kontraktor akan dilantik bagi membina
bangunan pusat kitar semula yang ringkas dan sederhana. Selain itu juga, aktiviti
yang terlibat adalah menyediakan sistem pengurusan pusat kitar semula.
Tugasan terakhir bagi penyediaan pelan tindakan adalah dengan
membuat pemantauan dan penambahbaikan. Aktiviti yang terlibat di peringkat ini
adalah dengan membina dan mengukuhkan networking dan platform kerjasama di
antara semua pihak yang terlibat. Di peringkat ini segala maklum balas daripada
orang ramai, rakan kongsi dan petugas LA21 amat diperlukan bagi mengetahui
objektif kitar semula itu tercapai atau tidak.
73
3.9 Aktiviti-Aktiviti LA21 Yang Dilaksanakan di MBJB
Di peringkat MBJB, aktiviti-aktiviti bagi projek LA21 yang diperkenalkan
adalah seperti aktiviti bagi ekonomi dan pelancongan, kebersihan dan kitar semula,
kesihatan dan keselamatan, pengindahan dan pembangunan sosial. Hasil daripada
temubual yang dijalankan antara penulis dan Haji Asri bin Haji Amat Penolong
Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda 21 MBJB, didapati hanya aktiviti bagi
projek ekonomi dan pelancongan serta kebersihan dan kitar semula yang sedang giat
dilaksanakan. Manakala bagi tiga lagi aktiviti LA21 masih diperingkat pelan
tindakan.
3.9.1 Ekonomi dan Pelancongan
Jawatankuasa Kerja ekonomi dan pelancongan telah menetapkan wawasan
masyarakat iaitu:-
“Mewujudkan Bandaraya Pelancongan Yang Maju Dan Mampan Melalui
Pembangunan Yang Komprehensif, Kemudahan Infrastruktur Yang Teratur,
Kebersihan Yang Menyerlah Dan Alam Sekitar Yang Nyaman Bagi Membantu
Menjana Aktiviti Ekonomi Yang Lebih Baik Menerusi Sinergi Berbagai Sektor Dan
Berbagai Pihak Dalam Masyarakat”
Bagi projek ekonomi dan pelancongan ini, terdapat 2 objektif utama yang
ditekankan iaitu:-
i. mewujudkan pusat tarikan pelancongan yang kondusif.
ii. membentuk kesedaran masyarakat dalam pembangunan ekonomi dan
pelancongan mampan.
74
3.9.1.1 Pusat Tarikan Pelancongan yang Kondusif
Untuk mencapai objektif pertama iaitu mewujudkan pusat tarikan
pelancongan yang kondusif, pihak jawatankuasa kerja telah memilih dua zon iaitu
zon Kampung Melayu dan zon Larkin.
a. Zon Kampung Melayu
Bagi zon Kampung Melayu, terdapat tiga strategi yang dijalankan iaitu:-
i. Pemilihan lokasi tumpuan persisiran Herba Sungai
Sebulung yang terletak di Kampung Melayu.
ii. Penyediaan pelan tindakan & mewujudkan
rancangan kawasan khusus (RKK).
iii. Penyusunan semula bangunan.
Pihak Jawatankuasa Kerja telah menetapkan aktiviti bagi menjayakan
objektif ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran alam sekitar,
gerak kerja seperti gotong royong serta taklimat alam sekitar. Kebiasaannya aktiviti
tersebut dijalankan di Dataran Mini Kampung Melayu.
Bagi menjayakan projek LA21, pihak MBJB telah mewujudkan pusat tarikan
pelancongan yang kondusif di Kampung Melayu. Sebagai titik permulaan pihak
MBJB serta pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Saliran dan Pengairan, Pejabat
Pelajaran Daerah, KEMAS, PERPADUAN dan Jawatankuasa Penduduk bersepakat
untuk menaiktaraf dan mengindahkan Sungai Sebulong.
Sehingga kini aktiviti membersih dan membangunkan semula Sungai
Sebulong giat dijalankan agar kebersihan kawasan Sungai Sebulong itu terjaga,
mempunyai pemandangan indah dan menarik selain daripada menjadi tempat
tumpuan pengunjung. Ini kerana sebelum ini, Sungai Sebulong adalah merupakan
sungai kecil yang kotor dan merupakan tempat saliran segala kotoran dari isi rumah
yang terletak berhampiran Sungai Sebulong itu. Oleh kerana keadaan Sungai
Sebulong yang tidak terurus inilah menjadikan Kampung Melayu terpilih untuk
75
projek di bawah program LA21. Ini kerana dengan adanya program LA21 di
Kampung Melayu, maka keadaan di Kampung Melayu lebih tersusun dan teratur.
Pihak Jawatankuasa Kerja akan sentiasa membuat pemantauan dan
pegawasan ke atas projek tersebut seperti memastikan kebersihan kawasan tersebut
terjamin, pertumbuhan pokok yang terancang selain daripada kualiti air sungai
terpelihara.
Rajah 3.6 : Penanaman Herba di Sungai Sebulong
Merujuk kepada foto 3.6 di atas, aktiviti pengindahan Sungai Sebulong
masih lagi dijalankan seperti menanam pelbagai spesis herba di sekitar tebing
sungai.
76
Rajah 3.7 : Pembinaan Wakaf di Sungai Sebulong
Rajah 3.7 pula menunjukkan pembinaan wakaf yang akan digunakan sebagai
tempat riadah dan laluan pejalan kaki yang tersusun indah bagi memudahkan laluan
dari satu wakaf ke wakaf yang lain.
Selain daripada aktiviti yang disebutkan di atas, terdapat juga aktiviti lain
yang dilaksanakan seperti kempen “Cintai Sungai”. Bagi mempromosikan kempen
ini, aktiviti yang dijalankan adalah dengan mengadakan ceramah, pertandingan
melukis dan menulis dengan tema sungai kita. Dialog bagi mengutarakan masalah
sungai serta memberi idea bagi memperindahkan sungai turut dijalankan. Pihak
MBJB dan pihak-pihak yang terlibat turut mengadakan pameran yang bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya pemeliharaan
sungai kepada penduduk setempat.
77
Rajah 3.8 : Dewan Raya Kampung Melayu
Rajah 3.9: Dataran Mini Kampung Melayu
Rajah 3.8 dan 3.9 di atas merupakan dewan raya dan dataran mini di
Kampung Melayu Majidee. Selain daripada menaiktaraf dan mengindahkan Sungai
Sebulong, pihak MBJB serta Jawatankuasa Penduduk telah bekerjasama dalam
menaiktaraf Dewan Raya dan mewujudkan dataran mini di Kampung Melayu
Majidee sebagai pusat komuniti yang strategik daripada segi budaya dan ekonomi.
78
Rajah 3.10: Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail Kampung Melayu
Bagi menjayakan lagi projek pelancongan yang kondusif ini, perpustakaan
rakyat iaitu Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail telah diwujudkan di Kampung
Melayu sepertimana rajah 3.10 di atas. Lokasi perpustakaan tersebut adalah
berhampiran dengan dataran mini. Pembinaan perpustakaan rakyat ini juga
merupakan daripada aktiviti LA21 yang dilaksanakan di MBJB.
b. Zon Larkin
Bagi zon Larkin pula jawatankuasa kerja telah menetapkan tiga strategi
utama iaitu pemilihan lokasi tumpuan bagi pusat makan Larkin Perdana,
penyediaan pelan tindakan serta mewujudkan Rancangan Kawasan Khusus (RKK)
dan penyusunan semula tempat atau pusat makanan di kawasan tempat letak kereta
dan jalan raya. Dengan adanya strategi-strategi ini maka aktiviti dapat dilaksanakan
seperti membuat hebahan dan bancian, gerak kerja gotong royong, taklimat
kebersihan dan kesihatan. Pihak jawatankuasa juga telah menetapkan beberapa
pelaksana bagi menjayakan aktiviti tersebut seperti Radio Televisyen Malaysia
(RTM) telah ditetapkan untuk membuat hebahan di radio, manakala jawatankuasa
penduduk dan pihak MBJB akan melaksanakan aktiviti gerak kerja gotong royong.
Bagi aktiviti taklimat kebersihan dan kesihatan pula akan dilaksanakan oleh Jabatan
Kesihatan dan MBJB.
79
Segala aktiviti yang dijalankan akan dibuat pemantauan dan pengawasan
oleh jawatankuasa kerja iaitu dengan memastikan tahap kebersihan kawasan dan
kawasan lalulintas di lokasi terbabit. Dengan cara demikian, ia dapat
mempertingkatkan ekonomi peniaga setempat, menjadikan pusat pelancongan
tersusun dan teratur selain dapat menjadikan kawasan Larkin Perdana suatu kawasan
yang bersih, indah dan menarik.
3.9.1.2 Kesedaran Masyarakat dalam Pembangunan Ekonomi dan
Pelancongan Mampan.
Objektif kedua iaitu membentuk kesedaran masyarakat dalam pembangunan
ekonomi dan pelancongan mampan, pihak jawatankuasa kerja telah memilih Zon
Kampung Melayu dan Zon Larkin.
Pihak jawatankuasa juga telah menetapkan tiga strategi iaitu:-
i. Memberikan kefahaman kepada masyarakat, NGO
dan sektor swasta tentang LA21 dan kepentingannya dalam aspek-aspek
pembangunan setempat.
ii. Mewujudkan hubungan secara langsung antara PBT,
masyarakat, NGO dan sektor swasta dalam setiap projek pembangunan.
iii. Memberikan kesedaran kepada masyarakat, NGO
dan sektor swasta tentang fungsi dan peranan dalam pembangunan projek mampan.
Jawatankuasa kerja telah menjalankan pelbagai aktiviti selaras dengan
strategi yang telah digariskan iaitu dengan membuat seminar dan pameran LA21 di
Dewan Raya Kampung Melayu dan Larkin. Selain itu, pihak jawatankuasa dan
urusetia turut membuat dialog antara PBT dengan warga bandaraya. Bagi
melaksanakan aktiviti tersebut, pihak jawatankuasa telah mempertanggungjawabkan
Jabatan Kemasyarakatan dan Jawatankuasa Penduduk untuk melaksanakan aktiviti
tersebut.
Jawatankuasa Kerja juga turut bertanggungjawab untuk membuat
pemantauan dan pengawasan. Dengan cara demikian, maka maklum balas daripada
80
peserta dapat diketahui dengan mendapat aduan dan cadangan penduduk. Selain itu
juga pihak PBT dapat berdialog dengan penduduk setempat untuk mengetahui
sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.
Jadual 3.1 menunjukkan ringkasan aktiviti-aktiviti bagi perlaksanaan
projek LA21 bagi pelan tindakan ekonomi dan pelancongan.
Jadual 3.1: Aktiviti-Aktiviti Bagi Pelan Tindakan Ekonomi Dan
Pelancongan OBJEKTIF AKTIVITI PIHAK
TERLIBAT
TEMPOH
i) Mewujudkan Pusat Tarikan Pelancongan yang kondusif
iii. Menaiktaraf dan mengindahkan Sungai Sebulung
• Penyusunan semula rumah-rumah berhampiran
• Tanaman dan terapi herba
• Pembinaan Wakaf
• Kempen “cintai sungai”, ceramah, pertandingan melukis dan menulis dengan tema sungai kita, dialog, pameran dan lawatan penandarasaan
MBJB, Perunding, Jabatan Saliran dan Pengairan, Pejabat Pelajaran Daerah, KEMAS PERPADUAN dan Jawatankuasa Penduduk.
Sedang dilaksanakan
iv. Menaik taraf Dewan Raya dan mewujudkan dataran mini di kampung Melayu Majidee sebagai pusat komuniti yang strategik dari segi budaya dan ekonomi.
• Menubuhkan perpustakaan rakyat
• Menyediakan takwim aktiviti semasa, mingguan, bulanan dan tahunan.
• Mengalakkan penduduk setempat mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan industri kecil sederhana dan fokus kepada produk-produk tempatan dengan memberikan kursus dan bimbingan usahawan serta lawatan penandarasan.
MBJB, perunding, jawatankuasa penduduk
MBJB,
Pejabat Pertanian, FAMA, KEMAS, PERPADUAN. Persatuan Ibu Tunggal, UMNO, Majlis Kebudayaan Daerah, MPWK, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah dan jawatankuasa
Sedang dilaksanakan
81
penduduk
(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)
3.9.2 Kebersihan dan Kitar Semula
Jawatankuasa Kerja kebersihan dan kitar semula telah menetapkan satu
wawasan masyarakat iaitu:-
“Mencapai Pengurusan Kebersihan Yang Cekap Melalui Penyertaan
Masyarakat Dan Komitmen Semua Pihak Dan Penyediaan Infrastruktur Kebersihan
Dan Kitar Semula Yang Sempurna Ke Arah Johor Bahru Bertaraf Dunia, Bersih,
Indah Dan Kondusif Untuk Didiami”
Jawatankuasa kebersihan dan kitar semula telah diketuai oleh seorang Ahli
Majlis iaitu En Yeo Kwee Kwang yang bertanggungjawab bagi perlaksanaan aktiviti
kebersihan dan kitar semula di Zon Bandar Johor Bahru. Beliau turut dibantu oleh
En Cze Hwa San yang melaksanakan aktiviti tersebut di Zon Straits View. Manakala
Puan Tan Lian pula membantu untuk melaksanakan aktiviti kebersihan dan kitar
semula di Zon Stulang.
3.9.2.1 Zon Bandar
Terdapat tiga objektif utama bagi aktiviti kebersihan dan kitar semula iaitu
kempen kesedaran kebersihan, meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan
sampah dan menjayakan program kitar semula.
Objektif kempen kesedaran kebersihan dilaksanakan di Zon Bandar dan ia
mempunyai strategi seperti membuat perbincangan bersama-sama pengusaha
pengangkutan awam, membuat penetapan tarikh perlaksanaan aktiviti program
82
“kebersihan bandaraya kita” dan pengisian bagi program secara harian, mingguan
dan bulanan.
Selain itu terdapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang
terlibat iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Southern Waste Management
(SWM), Comunity Base Organisastion (CBO), Non Government Organisastion
(NGO) & pihak swasta bagi melaksanakan aktiviti seperti :-
i. Kempen “Kebersihan Bandaraya Kita”
ii. Mensyaratkan Pengisian Slogan “Bersih” pada
Billboard/Unipol yang diluluskan
iii. Publisiti menerusi radio seperti menghidupkan semula
program bandaraya kita.
iv. Kempen Bersama Perkhidmatan Pengangkutan Awam, Iklan
di Pondok Bas dan Teksi.
v. Kempen memiliki tong sampah iaitu satu tong untuk sebuah
rumah.
vi. Kempen menggunakan barangan kitar semula.
3.8.2.2 Zon Straits View
Objektif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah
dijalankan di Zon Straits View. Terdapat 3 strategi utama dalam menjayakan
objektif tersebut iaitu membuat perbincangan bersama-sama pihak Southern Waste
Management tentang pengurusan sampah di kawasan Straits View agar
perkhidmatan pengurusan sampah yang dijalankan bersih dan teratur. Strategi kedua
pula adalah dengan membuat jadual kutipan sampah bagi kawasan Starits View.
Strategi yang ketiga pula adalah pertubuhan unit sementara bagi memantau premis
memiliki tong sampah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menjayakan objektif seperti:-
i. Menyediakan peralatan dan gunatenaga yang cukup.
ii. Menyediakan jadual kerja yang efisyen dan telus.
83
iii. Inovatif dalam kaedah kutipan sampah.
iv. Menepati jadual kutipan sampah.
v. Memastikan setiap premis memiliki tong sampah.
vi. Menggunakan teknologi terkini.
Bagi memastikan perjalanan kutipan sampah teratur, maka pihak
Jawatankuasa Kerja akan membuat pemantauan dengan mengenalpasti pergerakan
aktiviti pada setiap bulan.
3.9.2.3 Zon Stulang
Zon Stulang adalah merupakan zon yang dipertanggungjawabkan untuk
menjayakan program kitar semula. Terdapat empat strategi iaitu:-
i. Perbincangan bersama-sama pihak PPD (Sekolah Anak
Angkat)
ii. Penetapan tarikh perlaksanaan aktiviti Program Kitar Semula.
iii. Pengisian program secara harian, mingguan dan bulanan.
iv. Pertandingan kitar semula seperti di sekolah-sekolah bagi
mengajar para pelajar untuk mempraktikkan program kitar semula.
Pelbagai aktiviti turut dijalankan di Zon Stulang bagi program kitar semula
seperti:-
i. Program kitar semula sekolah angkat bagi sekolah-sekolah
yang berada di Zon Stulang.
ii. Jualan barangan terpakai.
iii. Meningkatkan industri kitar semula.
iv. Penjadualan kutipan kitar semula.
Pihak jawatankuasa kerja juga telah menetapkan beberapa agensi yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan program kitar semula seperti Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Southern Waste Management (SWM), Comunity
Base Organisastion (CBO) dan Non Government Organisastion (NGO). Pemantauan
84
dan pengawasan turut dilaksanakan bagi mengenalpasti pergerakan aktiviti bagi
setiap bulan.
Jadual 3.2: Aktiviti-Aktiviti Bagi Pelan Tindakan Kebersihan Dan Kitar Semula
OBJEKTIF AKTIVITI PIHAK
TERLIBAT
TEM
POH
i. Meningkatkan
Kesedaran Kitar
Semula
i. Ceramah,
pameran, program kitar
semula bersama
masyarakat, pertandingan
kitar semula, belajar
membuat baja kompos
dan lawatan.
MBJB,
SWM, Pejabat
Pelajaran Daerah,
Jawatankuasa
Penduduk,
Persatuan Pencinta
Alam, Persatuan
Pelajar dan Kemas
Sedan
g
dilaksanakan
ii. Menjayakan
Program Kitar Semula
ii. Menaiktaraf
pusat kitar semula di
bekas tapak pelupusan
sampah Jalan Tahana,
Bandar Baru Uda.
MBJB,
Syarikat Zawyiah
Berhad, SWM,
Persatuan Ibu
Tunggal, Yayasan
Bandaraya Johor
Bahru dan
jawatankuasa
penuduk
Sedan
g
dilaksanakan
iii.
Meningkatkan Kualiti
Perkhidmatan
Pengurusan Sampah
iii. Menyediakan
jadual kutipan sampah
MBJB,
SWM dan
Jawatankuasa
Penduduk
Dalam
perancangan
(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)
3.9.3 Pembangunan Sosial
85
Jawatankuasa kerja pembangunan sosial telah mewujudkan satu wawasan
masyarakat iaitu:-
“melaksanakan pendekatan hidup beragama, mengamalkan budaya hidup
sihat, mewujudkan persekitaran selesa dan mengukuhkan organisasi masyarakat ke
arah pembangunan sosial bandaraya sejahtera”
Jawatankuasa kerja pembangunan sosial ini dipengerusikan oleh seorang
Ahli Majlis iaitu Tuan Hj Rashid bin Kasman. Hasil daripada perbincangan bersama
ahli-ahli dan peserta, maka jawatankuasa telah mengenalpasti dua isu utama yang
berkaitan dengan masalah pembangunan sosial iaitu gejala ponteng sekolah dan
vandalisme.
3.9.3.1 Gejala Ponteng Sekolah
Bagi masalah gejala ponteng sekolah, pihak Jawatankuasa Kerja telah
menetapkan dua objektif utama iaitu mengurangkan atau mencegah gejala ponteng
sekolah dan mewujudkan masyarakat berakhlak. Selain itu tiga strategi telah
dibentuk seperti mewujudkan keluarga bahagia, penguatkuasaan peraturan di pusat
hiburan dan mengaktifkan pelajar dengan pelbagai aktiviti sekolah.
Pelbagai aktiviti telah digariskan ke arah mewujudkan keluarga bahagia iaitu
dengan melaksanakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan ibubapa dengan
sekolah seperti mengadakan sesi kaunseling bersama pelajar dan ibubapa, membuat
lawatan sambil belajar bersama ibubapa dan sebagainya. Pihak Jawatankuasa Kerja
juga akan membuat penyebaran maklumat melalui risalah mengenai masalah gejala
ponteng sekolah dan mengadakan seminar keibubapaan serta mewujudkan
“Neighbourhood Watch” di kalangan masyarakat setempat bagi megawasi
pergerakan para pelajar.
86
Terdapat aktiviti yang digariskan dalam penguatkuasaan peraturan di Pusat
Hiburan, di mana pihak-pihak yang terlibat seperti Polis, MBJB, Pejabat Daerah dan
pihak sekolah akan melakukan lawatan penguatkuasaan secara mengejut di Pusat
Hiburan dan Permainan bagi memantau pergerakan pelajar yang ponteng sekolah.
Selain itu terdapat juga aktiviti yang dijalankan untuk mengaktifkan pelajar
dengan aktiviti di sekolah seperti dengan menambahkan aktiviti kokurikulum yang
diminati oleh pelajar, mempelbagaikan aktiviti yang boleh merangsang minda
pelajar dan mengadakan kem-kem motivasi pelajar di sekolah. Bagi menjayakan
aktiviti ini pelbagai pihak turut terlibat termasuklah Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG), Persatuan-persatuan di sekolah seperti persatuan kaunseling pelajar dan
persatuan pembimbing rakan sebaya, syarikat swasta sebagai penaja, Pejabat
Pelajaran Negeri, Pasukan Beruniform, Polis, Bomba, Angkatan Tentera dan Pakar
Motivasi.
3.9.3.2 Vandalisme
Masalah vandalisme adalah merupakan masalah yang merosakkan harta
benda awam dan orang ramai. Aktiviti vandalisme ini biasanya dilakukan atas
kepentingan peribadi seperti merosakan telefon awam, menconteng tembok-tembok
atau dinding bangunan dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana tiadanya
kesedaran sivik dikalangan masyarakat, di samping ia menunjukkan sikap
ketidakpuasan hati oleh seserang individu atau golongan remaja.
Pihak jawatankuasa kerja telah menetapkan dua objektif dalam membanteras
masalah vandalisme ini iaitu menghargai kemudahan awam dan melahirkan budaya
anti vandalisme. Selain itu terdapat dua strategi dalam menangani masalah
vandalisme seperti:-
i. Melaksanakan langkah penguatkuasaan
Pihak pelaksana seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan
Kerja Raya (JKR), Pihak Media, NGO, AJK Penduduk dan ahli keluarga akan
mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa untuk melihat undang-undang
87
yang boleh digunapakai bagi mencegah vandalisme serta membuat penyebaran
secara risalah berkenaan dengan maklumat kesalahan terhadap perbuatan
vandalisme.
ii. Pemantauan Oleh AJK Penduduk
Pemantauan juga turut dibuat oleh AJK penduduk dengan kerjasama semua
pihak yang terlibat seperti Polis, pihak sekolah, Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB) serta Pakar Kaunseling dengan mengadakan kempen kesedaran sivik seperti
ceramah dan kursus motivasi di sekolah-sekolah. Selain itu juga pihak pelaksana
juga turut mewujudkan “neighbourhood watch” di kawasan yang terlibat bagi
memasti pergerakan para remaja dan pelajar sekolah tidak mengganggu
ketenteraman masyarakat setempat dan tidak merosakan harta benda awam. Dengan
cara demikian masyarakat setempat akan membuat aduan sekiranya terdapat
segelintir remaja atau pelajar sekolah terlibat dengan masalah sosial ini.
3.9.4 Pengindahan
Jawatankuasa kerja Pengindahan dipengerusikan oleh Tn Hj Rozlan bin Abu
Bakar dan mempunyai keahlian di kalangan Ahli Majlis, Masyarakat Setempat,
Agensi Swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Jawatankuasa kerja turut
mewujudkan wawasan masyarakat bagi program pengindahan di pentadbiran MBJB
iaitu:-
“Mewujudkan bandaraya indah, hijau, sihat, bercahaya, tempat rekreasi
terancang, infrastruktur tersusun, keselamatan diutamakan menerusi perundingan,
kerjasama dan semangat bandaraya Johor Bahru milik kita bersama”
Tiga objektif telah ditetapkan hasil daripada perbincangan bersama ahli bagi
melaksanakan projek pengindahan di bawah pentadbiran MBJB. Tiga objektif
tersebut adalah:-
88
i. Keindahan landskap.
ii. Keindahan pencahayaaan.
iii. Keindahan infrastruktur.
3.9.4.1 Keindahan Landskap
Pihak Jawatankuasa Kerja telah memilih Bandar Baru Permas Jaya sebagai
tapak permulaan bagi projek keindahan landskap. Terdapat dua strategi telah
dibentuk bagi melaksanakan projek tersebut iaitu:-
i. Penyediaan Pelan Induk Infra
ii. Lawatan (sebagai Penandarasan)
Pelan Induk Infra perlu disediakan sebelum kerja-kerja keindahan landskap
dilaksanakan. Pelan Induk ini adalah perlu bagi mengenalpasti kawasan-kawasan
yang berpotensi untuk diindahkan disamping mengenalpasti jenis tanaman yang
bersesuaian dengan kawasan tersebut.
Manakala lawatan juga perlu dijalankan di kawasan-kawasan yang
mempunyai keindahan landskap dan secara langsung dapat memberi idea dan
gambaran bagi perlaksanaan projek keindahan landskap di kawasan pentadbiran
MBJB.
Selain itu beberapa aktiviti telah digariskan bagi melaksanakan projek
keindahan landskap seperti program penanaman pokok. Di sini kita boleh lihat
keindahan landskap di Bandaraya Johor Bahru yang melaksanakan program
tersebut, selain daripada membuat penanaman semula bagi mengantikan pokok-
pokok lama yang sedia ada. Aktiviti pertandingan landskap di setiap zon seperti di
sekolah-sekolah, rumah ibadat, bangunan swasta dan bangunaan kerajaan turut
dilaksanakan. Tujuan pertandingan tersebut adalah bagi memastikan setiap tempat
dan kawasan menjadi lebih indah. Kempen keindahan landskap turut dijalankan
yang melibatkan penduduk setempat, dengan cara demikian masyarakat dapat
didedahkan akan kepentingan penanaman pokok bagi kawasan kediaman mereka.
89
3.9.4.2Keindahan Pencahayaan
Keindahan pencahayan merupakan elemen penting bagi keindahan di malam
hari. Pihak jawatankuasa kerja telah menetapkan tiga strategi dalam melaksanakan
keindahan pencahayaan iaitu:-
i. Gabungan Pihak Kerajaan dan Swasta
ii. Lawatan (sebagai penandaarasan)
iii. Penyediaan Pelan Induk/ Infra
Pihak Kerajaan dan Pihak Swasta akan bekerjasama dalam melaksanakan
keindahan pencahayaan. Lampu-lampu jalan dipasang di setiap jalan. Manakala di
setiap premis dan di tepi jalan akan dipasangkan dengan papan tanda berlampu bagi
memperindahkan lagi suasana di malam hari. Semua jalan berlampu akan
dipertingkatkan keupayaannya terutama di pagar-pagar sekolah, rumah ibadat,
bangunan swasta dan bangunan kerajaan.
Lawatan juga turut diadakan di bandar-bandar besar yang mempunyai kadar
pencahayaan yang menarik, selain daripada sumber pencetus idea untuk
melaksanakan keindahan pencahayaan di kawasan pentadbiran MBJB.
Pihak Jawatankuasa Kerja turut menyediakan pelan Induk/ Infra, bagi
memastikan program yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan terancang dan
seterusnya dapat mewujudkan kawasan pentadbiran MBJB yang indah dan
terancang.
3.9.4.2 Keindahan Infrastruktur
Dalam melaksanakan program keindahan Infrastruktur, maka dua strategi
telah dibentuk dan strategi tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun bagi
melengkapkan kemudahan infrastruktur di pentadbiran MBJB. Kedua-dua strategi
tersebut adalah:-
90
i. Menyediakan pelan induk perlaksanaan untuk
tempoh 5 tahun.
ii. Menyediakan sistem infra yang lengkap dalam
tempoh 5 tahun.
Dalam melaksanakan program tersebut, pihak Jawatankuasa Kerja akan
membuat penelitian secara terperinci dengan menghasilkan pelan induk
perlaksanaan. Dengan demikian, maka setiap projek yang akan dilaksanakan akan
dirancang terlebih dahulu bagi memastikan kualiti infrastruktur terjamin. Selain itu
juga, pihak Jawatankuasa Kerja turut bertanggungjawab untuk menyediakan sistem
infratruktur yang lengkap dalam tempoh 5 tahun bagi memberi keselesaan kepada
orang ramai.
3.9.5 Kesihatan dan Keselamatan
Jawatankuasa Kerja kesihatan dan keselamatan dipengerusikan oleh En M.
Soorianarayanan. Hasil daripada gabungan idea dan pandangan maka terbentuklah
wawasan masyarakat bagi program kesihatan dan keselamatan iaitu:-
“ Memastikan Johor Bahru Yang Moden, Bersih Dan Selamat Dengan
Masyarakatnya Yang Sihat, Berwawasan, Berilmu Dan Bertanggungjawab
Menerusi Peranan Yang Dimainkan Oleh Semua Pihak Dalam Masyarakat,
Kerjasama Multi Sektor Dan Keperihatinan Individu, Komuniti Dan Badan Swasta
Serta Badan Kerajaan”
Terdapat dua objektif dalam program kesihatan dan keselamatan iaitu
menghapuskan kes wabak denggi dan membenteras kes ragut. Bagi menghapuskan
kes wabak denggi, pihak jawatankuasa kerja akan membuat pemeriksaan kesihatan
kepada penduduk setempat. Selain itu juga, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti
mengadakan ceramah kesihatan di sekolah-sekolah rendah di bawah pentadbiran
MBJB. Melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan
dan kawasan awam. Pameran kebersihan turut dilaksanakan di sekolah-sekolah dan
91
dewan-dewan bagi memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya
kebersihan terhadap kehidupan manusia. Pihak jawatankuasa kerja juga akan turut
mengadakan pertandingan kebersihan bagi kawasan taman perumahan, sekolah-
sekolah, bangunan kerajaan dan swasta.
Kes ragut yang semakin berleluasa dan mendapat perhatian umum perlulah
dibenteras. Pihak jawatankuasa kerja akan berkerjasama dengan pihak polis dan rela
untuk membuat rondaan di kawasan perumahan. Pelbagai aktiviti turut bagi
membenteras kes ragut seperti menggunakan media bagi hebahan terhadap gejala
ragut, menjalankan ceramah keselamatan, pameran keselamatan dan menjalankan
dialog bersama pihak Polis bagi mendedahkan masyarakat tentang penjagaan
keselamatan dan cara-cara mempertahankan diri ketika berhadapan dengan peragut.
Dengan cara demikian, masalah yang melibatkan kes ragut dapat dielakkan dan
seterusnya gejala ragut dapat dibanteras sepenuhnya.
3.10 Kesimpulan
Secara umumnya penulis telah menjelaskan latar belakang pentadbiran
MBJB. Ini kerana MBJB adalah merupakan salah satu PBT yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek LA21 bagi fasa II. Di sini juga
penulis ada menjelaskan tentang latar belakang kawasan kajian iaitu Kampung
Melayu untuk memberi gambaran terhadap keadaan semasa dan penduduk di
Kampung Melayu.
Selain itu, sedikit penerangan berkenaan proses perlaksanaan LA21 di MBJB
di sepanjang tahun 2005 turut dijelaskan. Unit Sosial dan LA21 adalah merupakan
unit di MBJB yang berperanan bagi memastikan segala perancangan yang
melibatkan projek LA21 berjaya dilaksanakan dan segala tindakan yang diambil
akan dipantau dari semasa ke semasa agar objektif yang telah digariskan dapat
dicapai. Selain itu, penulis ada menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti LA21 yang
dijalankan di MBJB dan sepanjang aktiviti itu dilaksanakan pihak MBJB adalah
merupakan “master mind” bagi melaksanakan program tersebut.
92
Daripada segi perlaksanaan aktiviti-aktiviti, penulis mendapati hanya
aktiviti-aktiviti daripada projek ekonomi dan pelancongan serta kebersihan dan kitar
semula sahaja yang dijalankan setakat ini. Manakala bagi perlaksanaan aktiviti
kesihatan dan keselamatan, pengindahan dan pembangunan sosial masih di
peringkat penyediaan pelan tindakan.
Sememangnya peranan yang dimainkan oleh PBT serta penyertaan daripada
orang ramai mempengaruhi kejayaan LA21. Bagi mengetahui tahap pengetahuan
dan pemahaman orang ramai serta penglibatan mereka dalam menyertai aktiviti-
aktiviti LA21 yang dianjurkan oleh PBT. Maka dalam bab seterusnya, penulis akan
menjalankan kajian ke atas masyarakat setempat untuk melihat sambutan
masyarakat setempat terhadap aktiviti-aktiviti LA21.
93
BAB IV
ANALISIS DAN PENEMUAN
4.9 Pengenalan
Pembangunan di daerah Johor Bahru kian pesat membangun. Jika dilihat di
Bandaraya Johor Bahru, pelbagai projek pengindahan dijalankan dengan penanaman
pokok-pokok bunga pelbagai spesis di tepi-tepi jalan. Aspek kebersihan juga amat
dititik beratkan agar Bandaraya Johor Bahru sentiasa bersih dan indah.
Di atas inisiatif MBJB dan masyarakat setempat, unit LA21 telah ditubuhkan
bagi menggiatkan lagi usaha-usaha pengindahan dan kebersihan di sekitar bandaraya
Johor Bahru mahupun di kawasan pentadbiran MBJB yang lain. Selain itu projek
bagi ekonomi dan pelancongan turut dilaksanakan dan pihak MBJB telah
mengenalpasti beberapa kawasan yang amat sesuai bagi melaksanakan projek
berkenaan. Kampung Melayu dan Larkin adalah lokasi yang dipilih bagi
melaksanakan projek ekonomi dan pelancongan. Salah satu projek ekonomi dan
pelancongan yang dikendalikan dibawah program LA21 ialah projek pembangunan
Sungai Sebulong.
94
Dalam kajian ini, penulis akan melihat beberapa projek ekonomi dan
pelancongan yang dijalankan di Kampung Melayu, terutama projek pembangunan
semula Sungai Sebulong. Penulis akan melihat pemahaman dan penglibatan
masyarakat setempat dalam menjayakan projek LA21 ini.
Di samping itu juga, penulis akan menjelaskan faedah LA21 kepada pihak-
pihak yang terlibat dan peranan MBJB dalam menarik lebih ramai penglibatan
dalam masyarakat terhadap projek yang dilaksanakan.
4.10 Kaedah Analisis
Dalam kajian ini, kaedah analisis yang digunakan adalah kaedah diskriptif
yang akan memerihalkan perlaksanaan projek di bawah LA21 MBJB. Hasil daripada
temubual dengan pihak-pihak yang berpengetahuan luas terhadap perlaksanaan
projek LA21 serta soal selidik yang dijalankan akan dibincangkan dan dianalisis.
Berikut adalah pihak yang telah memberikan kerjasama bagi mendapatkan
maklumat dalam sesi temubual yang dijalankan iaitu:-
1. Tuan Haji Asri bin Haji Amat, Penolong Pengarah, Unit Sosial dan Local
Agenda 21, Majlis Bandaraya Johor Bahru.
2. Puan Hajah Khatijah Binti Salam, Ahli Jawatankuasa Penduduk,
Kampung Melayu Majidee.
3. Tuan Haji Khairudin bin Abdul Hamid, Ketua Kampung Melayu
Majidee.
Di dalam menjalankan kajian ini penulis telah bercadang untuk menemubual
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekonomi dan Pelancongan Tuan Haji Adam bin
Sumiro, tetapi di atas nasihat Ahli Jawatankuasa Penduduk, beliau mencadangkan
agar penulis menemubual Ketua Kampung Melayu Majidee. Ini kerana Ketua
95
Kampung lebih mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan di Kampung Melayu
berbanding Pengerusi Jawatankuasa Kerja yang merupakan Ahli Majlis dan
merupakan orang luar dan kurang arif terhadap aktiviti yang dilaksanakan di
Kampung Melayu Majidee.
Selain itu penulis juga telah menjalankan soal selidik ke atas masyarakat
setempat bagi mengetahui pemahaman, penglibatan dan sumbangan masyarakat
setempat ke atas projek yang dijalankan. Penulis juga ada membuat pemerhatian di
lokasi terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang projek yang
dilaksanakan.
Hasil daripada temubual dan soal selidik yang dijalankan dapat membantu
dalam proses analisis berkenaan penglibatan masyarakat setempat. Selain itu ia juga
dapat membantu dalam mengenalpasti apakah peranan yang wajar dimainkan oleh
MBJB dalam menarik lebih ramai penglibatan daripada masyarakat setempat.
4.11 Responden Terlibat
Soal selidik dijalankan ke atas masyarakat Kampung Melayu Majidee
seramai 50 orang yang dipilih secara rawak. Responden yang dipilih secara rawak
ini adalah penduduk setempat Kampung Melayu Majidee yang terdiri daripada
penduduk yang berusia 18 tahun ke atas. Hasil daripada kajian yang dijalankan
mendapati 35 % penduduk yang berusia di antara 18 tahun hingga 40 tahun tinggal
bersama orang tua mereka di Kampung Melayu. Dari soal selidik yang dijalankan
didapati mereka yang berpendidikan tinggi iaitu sekurang-kurangnya mempunyai
diploma, agak aktif dalam menyertai program LA21 serta program-program yang
dianjurkan oleh pihak lain. Mereka juga berminat terhadap program LA21 walaupun
masih tidak didedahkan dengan maksud LA21 itu sendiri.
96
4.12 Analisis Pemahaman Masyarakat Terhadap LA21
Setakat manakah pihak awam dan penduduk setempat memberi sambutan
serta melibatkan diri dalam projek ini?. Inilah yang akan dilihat dalam analisis
seterusnya. Sebelum melihat tahap penglibatan, kajian terhadap tahap pemahaman
penduduk perlu dilakukan. Tahap pemahaman sememangnya dipengaruhi oleh
latarbelakang. Oleh itu, hubung kait dilihat sama ada wujudnya perkaitan di antara
faktor-faktor seperti tahap pendidikan, usia, jenis pekerjaan dan tempoh tinggal di
kawasan berkenaan dengan tahap pemahaman penduduk terhadap LA21.
Berdasar kajian yang dijalankan, penulis mendapati masyarakat setempat
masih lagi belum dapat memahami sepenuhnya perlaksanaan konsep LA21 di
kawasan tempat tinggal mereka. Daripada soal selidik yang dijalankan, sebahagian
besar daripada masyarakat Kampung Melayu yang ditemubual tidak memahami atau
kurang memahami prinsip pembangunan LA21. Bilangan yang memahami adalah
begitu kecil iaitu kira-kira 35% daripada jumlah keseluruhan penduduk.
Daripada kajian yang dijalankan didapati mereka yang memahami tentang
LA21 serta program-program LA21 yang dijalankan oleh MBJB adalah penduduk
yang aktif berpolitik serta ahli jawatankuasa penduduk sahaja. Mereka merupakan
penduduk tempatan dan tempoh tinggal di Kampung Melayu melebihi 10 tahun.
Soal selidik yang dijalankan juga mendapati mereka ini terdiri daripada golongan
yang berpendidikan dan berusia 40 tahun ke atas.
Jadual 3.1 adalah hasil kajian yang dijalankan ke atas penduduk Kampung
Melayu yang dipilih secara rawak. Berdasarkan Jadual 3.1, penulis mendapati hanya
65% daripada jumlah responden berusia di antara 18 tahun – 40 tahun yang
berkelulusan PMR dan SPM yang tidak faham tentang LA21. Mereka ini adalah
merupakan golongan pelajar kolej-kolej swasta serta kakitangan swasta. Seperti
mana yang telah dinyatakan di atas, masyarakat yang sangat faham tentang LA21
adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas iaitu 35% daripada bilangan responden.
Mereka ini merupakan golongan yang berpendidikan tinggi iaitu sekurang-
kurangnya diploma. Mereka juga merupakan pekerja kakitangan awam dan swasta.
97
Daripada andaian penulis, usia di antara 21 tahun hingga 40 tahun adalah
merupakan usia yang sangat aktif untuk bekerja dan mungkin menjadi sebab untuk
golongan ini kurang mengambil berat terhadap program LA21.
Jadual 4.1: Perhubungan di antara tahap pemahaman dengan faktor-faktor
lain Tahap
Pemahaman
Usia Taraf
Pendidikan
Pekerjaan Tempoh
Menetap Di
Kampung
Melayu
Peratusan
(%)
Daripada
Jumlah Responden
Tidak
faham
18
tahun-40
tahun
PMR
dan SPM
Pelajar dan
Kakitangan Swasta
> 10
tahun
65%
Faham 40
tahun ke atas
Diploma
ke atas
Kakitangan
Awam dan Swasta
> 10
tahun
35%
(Sumber: Kajian Penulis)
Hasil daripada temubual dan soal selidik yang dijalankan, kebanyakan
penduduk tidak faham dengan maksud LA21 itu sendiri walaupun terdapat program
LA21 telah dijalankan. Daripada kajian tersebut didapati taraf pendidikan adalah
salah satu faktor yang menyebabkan pemahaman terhadap LA21 kurang. Selain itu
juga, menurut pandangan penulis sikap seseorang juga mempengaruhi tahap
pemahaman mereka terhadap LA21. Ini kerana sekiranya masyarakat setempat
mempunyai sikap ambil tahu terhadap apa yang berlaku dipersekitaran mereka,
maka tahap pemahaman mereka terhadap LA21 juga ada.
Dengan demikian jelaslah, bahawa penduduk Kampung Melayu masih belum
jelas terhadap LA21 dan seterusnya menyebabkan tahap pemahaman mereka
kurang. Mereka juga tidak dapat membezakan program yang dijalankan itu adalah
program LA21 anjuran PBT ataupun program yang dianjurkan oleh pihak lain. Bagi
aktiviti gotong royong yang sentiasa dijalankan di Kampung Melayu adalah
merupakan rutin bagi masyarakat setempat. Sebelum wujudnya LA21 ini,
masyarakat setempat menjalankan aktiviti gotong- royong yang dikenali sebagai
gerak tumpu dan akiviti ini masih diteruskan hingga kini. Ia juga merupakan salah
satu aktiviti LA21 dalam kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan
setempat.
98
4.13 Analisis Penglibatan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan
Program LA21
Berdasarkan temubual bersama Tuan Haji Asri bin Haji Amat iaitu Penolong
Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda, penglibatan masyarakat setempat bagi
setiap aktiviti yang dianjurkan oleh MBJB adalah sebanyak 70%. Setelah kajian
dijalankan didapati masyarakat setempat agak aktif dalam menyertai segala program
yang dilaksanakan oleh MBJB walaupun tahap pemahaman mereka terhadap LA21
adalah kurang. Kajian yang dijalankan juga mendapati masyarakat di Kampung
Melayu mempunyai majoriti penduduk yang terdiri daripada warga emas iaitu
berusia melebihi 50 tahun. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati
kebanyakan masyarakat Kampung Melayu mempunyai pertalian darah di antara satu
sama lain serta tinggal berhampiran, mereka juga mempunyai sikap kerjasama dan
tolong-menolong yang sememangnya menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Aktiviti
tersebut termasuklah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan kenduri
kendara. Perkaitan persaudaraan inilah yang menjadi aset penting hingga kini bagi
masyarakat Kampung Melayu.
Kebanyakan masyarakat amat berminat terhadap aktiviti kemasyarakatan,
sukan termasuklah senaman pagi yang diadakan pada setiap pagi Sabtu di Dataran
Mini, kesenian dan kebudayaan yang diadakan pada setiap malam minggu di Dewan
Raya Kampung Melayu, gotong royong membersihkan Masjid dan Surau Kampung
Melayu, kursus asas penanaman pokok yang diadakan pada bulan Mac 2006 dan
pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh MBJB. Namun apa yang pasti,
masyarakat tidak dapat untuk membezakan samaada aktiviti tersebut mempunyai
kaitan dengan Local Agenda atau tidak. Mereka hanya mengetahui, MBJB adalah
penganjur utama bagi segala aktiviti berkenaan. Ini kerana pihak MBJB tidak
memberi pendedahan dan kefahaman terhadap LA21 kepada penduduk setempat.
Jadual 4.2 menunjukkan peratusan penglibatan dan kekerapan masyarakat
setempat dalam menyertai aktiviti LA21 yang dijalankan di Kampung Melayu.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas responden, penulis mendapati
sebanyak 50% daripada responden pernah melibatkan diri dalam Pameran Alam
99
Sekitar yang dijalankan di Dewan Raya Kampung Melayu dan penglibatan mereka
terhadap aktiviti tersebut adalah setiap kali aktiviti tersebut dijalankan mereka akan
menyertainya. Bagi aktiviti gotong royong pula, sebanyak 90% daripada responden
pernah menyertai aktiviti yang dijalankan dan penyertaan mereka adalah pada setiap
kali aktiviti tersebut dijalankan.
Taklimat Alam Sekitar yang jarang dilaksanakan hanya dapat menarik 40%
daripada responden. Ini kerana mereka yang terlibat adalah terdiri daripada AJK
Penduduk, Ahli Pemuda UMNO serta beberapa masyarakat yang aktif berpolitik di
Kampung Melayu. Penyertaan mereka bagi taklimat alam sekitar adalah kadangkala
sahaja. Bagi Seminar LA21 yang pernah dijalankan hanya dapat menarik 35%
daripada responden. Ini kerana penyertaan bagi aktiviti seminar LA21 juga terdiri
daripada AJK Penduduk, Ahli Pemuda UMNO serta beberapa masyarakat setempat.
Menurut responden yang juga AJK Penduduk Kampung Melayu, hanya sekali sahaja
MBJB menganjurkan seminar LA21 dan sambutan yang diberi agak kurang
memberansangkan kerana kebanyakan penduduk menganggap seminar LA21 yang
dijalankan hanya segelintir masyarakat sahaja iaitu AJK Penduduk serta beberapa
masyarakat yang sememangnya berpengaruh di Kampung Melayu.
Jadual 4.2: Penglibatan dan Kekerapan Masyarakat Setempat Dalam
Menyertai Aktiviti LA21.
Aktiviti Penglibatan Kekerapan
i. Pameran Alam Sekitar
Gerak Kerja
50% Setiap kali
aktiviti dijalankan
ii. Gotong Royong
- Membersihkan
kawasan sekitar
- Menyelenggara parit
dan longkang
- Membersihkan
rumah Ibadat
- Membersihkan tempat
awam
90%
Setiap kali
aktiviti dijalankan
100
iii. Taklimat Alam Sekitar
- Penyediaan pelan
tindakan
- Merangka aktiviti-aktiviti
40%
Kadangkala
iv. Seminar Local Agenda
21
- Seminar alam sekitar
35%
Kadangkala
v. Dialog PBT Dengan
Warga Bandar
- Mengutarakan
masalah kepada PBT
- Berbincang dalam mencari
penyelesaian masalah yang di
hadapi.
60%
Kadangkala
vi. Lain-Lain Aktiviti:
- Pertandingan
Mewarna bagi kanak-kanak
- Aktiviti Sukan
- Kesenian
85%
Setiap kali
aktiviti dijalankan
(Sumber: Kajian Penulis)
Dialog MBJB dengan warga bandar mendapat sambutan 60% daripada
jumlah responden dan penyertaan mereka dalam aktiviti dialog tersebut hanya
kadangkala sahaja. Ini kerana menurut responden tidak semua dialog bersama MBJB
yang dijalankan dapat mereka hadiri kerana kebiasaannya apa-apa masalah yang
dihadapi penduduk akan disampaikan kepada MBJB melalui AJK Penduduk yang
telah dilantik. Maka dengan demikian kebanyakan penduduk akan
mempertanggungjawabkan AJK Penduduk untuk membincangkan dan berdialog
dengan MBJB bagi menyelesaikan masalah penduduk Kampung Melayu.
101
Bagi aktiviti seperti pertandingan mewarna, aktiviti sukan seperti senaman pagi,
kesenian dan lain-lain lagi mempunyai 85% daripada responden pernah
menyertainya. Aktiviti tersebut kebanyakan akan dihadiri oleh penduduk
pada setiap kali aktiviti tersebut dijalankan.
Secara keseluruhannya, penulis mendapati semua peringkat usia daripada pelbagai
latar belakang pendidikan dan pekerjaan mempunyai sikap yang positif untuk
menyertai segala program yang dianjurkan oleh MBJB.
Dengan demikian jelaslah bahawa masyarakat Kampung Melayu secara
keseluruhannya menyambut baik saranan kerajaan dalam menyertai program
yang dianjurkan oleh MBJB. Mereka menyertainya bukan atas dasar ianya
merupakan program LA21, tetapi sikap positif mereka sendiri untuk
menyertainya. Hanya pihak MBJB sahaja yang kurang mempromosikan
program LA21 secara meluas dan pihak MBJB hanya mengadakan aktiviti-
aktiviti LA21 tanpa menjelaskan dan memperkenalkan LA21 itu sendiri
kepada masyarakat. Bagi masyarakat, pemahaman terhadap LA21
sememangnya amat perlu dan penting. Ini kerana dengan adanya
pengetahuan tentang LA21, maka segala maklumat yang berkaitan dengan
LA21 dapat disampaikan oleh MBJB dengan mudah kepada masyarakat.
Selain itu, LA21 merupakan program untuk masyarakat dan adalah penting
untuk masyarakat mengetahuinya agar mereka faham bahawa segala aktiviti
yang dilaksanakan adalah hanya untuk mereka.
4.14 Analisis Sumbangan Masyarakat Setempat
Di dalam menjaga kebersihan dan keindahan Kampung Melayu, masyarakat
setempat adalah merupakan pihak utama dalam memberi sumbangan terhadap segala
aktiviti dan program yang dijalankan. Manakala di peringkat perancangan program
LA21 hanya Ahli Jawatankuasa Penduduk sahaja yang terlibat secara langsung
dengan PBT. Sekiranya penduduk setempat mempunyai masalah, maka ia akan
menyampaikan kepada AJK Penduduk untuk dibincangkan bersama PBT.
102
Di dalam kajian penulis, didapati setiap masyarakat mempunyai peranan
yang tersendiri dalam memberi sumbangan bagi mencapai tahap persekitaran yang
indah dan bersih selari dengan wawasan masyarakat. Pihak yang berpengetahuan
terhadap LA21 pula bersama-sama memberi sumbangan ke arah objektif
jawatankuasa ekonomi dan perlancongan. Dari kajian yang dijalankan didapati
responden ada menyatakan sumbangan mereka terhadap persekitaran dan juga
projek yang dijalankan. Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut :-
4.14.1 Menjaga Persekitaran
Kajian menunjukkan hampir 70% penduduk Kampung Melayu yang
menetap melebihi 10 tahun berperanan untuk menjaga persekitaran tempat tinggal
mereka. Menurut Puan Hajah Khatijah binti Salam seorang Ahli Jawatankuasa
Penduduk, seseorang yang telah lama menetap di Kampung Melayu akan
mengambil berat terhadap kawasan kediaman mereka dan sentiasa menjaga
kebersihan persekitaran. Ini berbeza pula dengan penyewa-penyewa dan pemegang
Lesen Pendudukan Sementara (LPS), mereka mengambil sikap tidak peduli terhadap
persekitaran dan tidak mengambil berat terhadap kebersihan kediaman mereka.
Kebanyakan mereka beranggapan, mereka tidak menetap lama dan tidak perlu
melibatkan diri dalam kerja-kerja pembersihan persekitaran.
Berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat, kawasan rizab sungai di
Sungai Sebulong telah dicerobohi secara haram oleh masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dengan mendirikan penempatan setinggan. Di atas inisiatif
kerajaan, maka mereka diberikan LPS yang perlu diperbaharui secara tahunan. Dari
pengamatan penulis di lokasi, pemegang LPS yang tinggal di tepi-tepi sungai masih
membuang sampah ke dalam sungai walaupun pihak PBT telah membersihkan dan
menaiktaraf Sungai Sebulong tersebut.
103
4.14.2 Menyertai Aktiviti Setempat
Penyertaan masyarakat terhadap aktiviti yang dianjurkan adalah satu sumbangan
besar masyarakat dalam menjayakan program LA21. Kebanyakkan masyarakat
sentiasa menyambut baik setiap program yang dijalankan di Kampung Melayu.
Menurut Ahli Jawatankuasa Penduduk, masyarakat Kampung Melayu akan
mengambil bahagian bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Ini boleh dilihat pada awal
bulan Mac 2006, satu kursus penanaman pokok telah dijalankan di Dewan Raya
Kampung Melayu dan kursus tersebut disambut baik oleh penduduk dan mempunyai
penyertaan yang besar.
Bagi program senam pagi dan aktiviti kesenian dan kebudayan yang
diadakan pada setiap hujung minggu, kebanyakan penduduk akan menyertai
program tersebut dengan bilangan peserta yang besar. Jelaslah di sini masyarakat
Kampung Melayu sentiasa menyambut baik segala program yang dilaksanakan
walaupun mereka tidak jelas akan LA21.
4.14.3 Memberi Pandangan dan Idea
Di Kampung Melayu, terdapat segelintir masyarakat yang peka terhadap
persekitaran selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini pembangunan di
Kampung Melayu. Dengan sikap sedemikian, masyarakat tersebut akan bersama-
sama mengikuti segala program yang dijalankan oleh MBJB termasuklah aktiviti
berdialog di antara pihak MBJB dengan masyarakat yang diadakan sebulan sekali di
Dewan Raya Kampung Melayu.
Hasil kajian yang dijalankan mendapati masyarakat yang peka terhadap persekitaran
semasa dapat memberi sumbangan kepada pembangunan Kampung Melayu. Idea
dan pandangan masyarakat akan diambil kira ketika sesi dialog dijalankan. Mana-
mana idea dan pandangan positif ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan
Kampung Melayu akan memberi manfaat kepada masyarakat.
104
4.15 Analisis Cadangan-Cadangan Masyarakat Bagi Pemantapan LA21
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, masyarakat Kampung Melayu
sememangnya inginkan yang terbaik bagi menjamin keselesaan dan
keindahan tempat tinggal mereka. Daripada kajian didapati 85% daripada
responden mahu memberikan kerjasama dan menyertai setiap aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh PBT. Pelbagai cadangan turut diberikan oleh penduduk
Kampung Melayu Majidee bagi memantapkan lagi projek LA21 di masa
akan datang. Antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh masyarakat
setempat adalah seperti berikut:-
4.15.1 Kempen Kesedaran
Kempen kesedaran adalah merupakan salah satu cadangan yang diberikan oleh
penduduk setempat. Menurut responden, kempen kesedaran amatlah perlu bagi
memberikan kesedaran kepada penduduk setempat, terutama kepada penduduk yang
terlibat didalam kerja-kerja pengindahan Sungai Sebulong. Ini kerana menurut
responden terbabit, penduduk yang tinggal berhampiran kurang sedar akan peranan
mereka untuk menjaga kebersihan Sungai Sebulong. Daripada penelitian dan
pengamatan penulis di lokasi Sungai Sebulong, pihak MBJB telah pun menjalankan
kerja-kerja menaiktaraf Sungai Sebulong dengan membina tembok konkrit di
sepanjang sungai, tetapi ia masih tetap kotor dan berbau busuk terutama apabila hari
hujan. Ini kerana masih ada penduduk yang membuang sampah terus ke dalam
sungai. Ini boleh dilihat pada foto 6 dibawah keadaan sungai yang kotor walaupun
kerja-kerja menaiktaraf Sungai Sebulong telah dijalankan oleh Jabatan Perairan dan
Saliran dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru.
105
Foto 6: Keadaan Kotor di Sungai Sebulong Kampung Melayu
Pihak MBJB seharusnya memantau dan mengawasi kegiatan penduduk yang tidak
bertanggungjawab ini, selain memberikan kempen kesedaran terhadap alam sekitar
dan sungai kepada penduduk sekitar.
4.15.2 Promosi LA21 dari Rumah Ke Rumah
Pemahaman dan pengetahuan terhadap LA21 amat penting bagi penduduk-
penduduk Kampung Melayu. Dengan adanya kefahaman tersebut segala maklumat
yang berkaitan LA21 dapat difahami dengan baik dan seterusnya dapat
memudahkan lagi kerja-kerja pihak MBJB dalam melaksanakan program LA21.
Tetapi apa yang pasti, hanya 20% sahaja masyarakat kampung Melayu yang
memahami dan berpengetahuan terhadap LA21.
Oleh yang demikian, pihak MBJB seharusnya mempromosikan LA21
dengan baik dan tidak hanya menggantungkan kain rentang dan memasang
‘billboard’ di tepi-tepi jalan. Promosi dari rumah ke rumah adalah merupakan
cadangan daripada salah seorang responden. Hanya dengan cara demikian sahaja ia
dapat memberikan kefahaman kepada penduduk walaupun terpaksa menggunakan
106
ramai kakitangan dalam memperkenalkan LA21 ini. Ini kerana program LA21
bukanlah program bagi sebuah parti politik tetapi ia merupakan program untuk
masyarakat.
4.15.3 Pendekatan daripada Peringkat Sekolah-Sekolah
Daripada kajian yang dijalankan ke atas responden serta Pn Hajah Kalijah Bt
Salam selaku AJK Penduduk Kampung Melayu, mereka berpendapat bagi pelajar
sekolah pemahaman terhadap LA21 juga amat perlu. Ini kerana mereka merupakan
generasi akan datang yang bakal mewarisi segala bentuk pembangunan pada masa
kini. Oleh yang demikian pihak PBT seharusnya memberi pendedahan kepada para
pelajar terhadap LA21 serta melibatkan para pelajar dalam setiap program yang
dijalankan.
4.15.4 Keanggotaan dari Masyarakat Setempat
Pemantapan terhadap program LA21 amat perlu dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang. Dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan menepati
kehendak masyarakat pada masa kini, maka keanggotan daripada masyarakat
setempat adalah perlu.
Kajian penulis mendapati, aktiviti yang dirancang oleh PBT adalah hasil
daripada mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk tanpa melibatkan
masyarakat setempat. Ini menyebabkan maklumat dan aktiviti-aktiviti LA21 tidak
sampai kepada masyarakat. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, responden
mencadangkan agar keanggotaan bagi program LA21 diberikan sepenuhnya kepada
masyarakat setempat kerana hanya masyarakat setempat sahaja tahu yang mana
terbaik untuk mereka.
107
4.15.5 Pertandingan Gerai dan Kedai Tercantik
Di Kampung Melayu, projek ekonomi dan pelancongan adalah program LA21 yang
telah dipilih. Oleh yang demikian, MBJB serta pihak-pihak yang terlibat akan
berkerjasama memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
baik.
Hasil dari soal selidik yang dijalankan, terdapat responden mencadangkan
agar pertandingan gerai dan kedai tercantik diadakan. Oleh kerana Kampung Melayu
merupakan projek LA21 bagi program ekonomi dan pelancongan, maka dapat
menarik lebih ramai pengunjung ke Kampung Melayu. Menurut responden,
kebersihan dan keindahan persekitaran bukan sahaja ditujukan pada kediaman,
sungai dan tempat awam, tetapi rumah-rumah kedai dan gerai juga seharusnya diberi
perhatian yang sama. Dengan demikian, ia dapat memberikan keadaan persekitaran
Kampung Melayu bersih, nyaman dan seterusnya dapat membantu menjana aktiviti
ekonomi yang lebih baik sepertimana dalam wawasan masyarakat bagi Projek
Ekonomi dan Pelancongan.
4.16 Peranan Pihak MBJB dalam Memastikan Penglibatan Masyarakat
Terhadap Aktiviti yang Dianjurkan
Pihak MBJB merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan bagi
melaksanakan program LA21 dan ini dapat dibuktikan dalam Bab 28 Agenda 21.
Dalam Bab 28 Agenda 21 ini telah menetapkan supaya PBT di seluruh dunia
melakukan proses perundingan dengan masyarakat, organisasi tempatan dan sektor
swasta untuk mencapai persetujuan tentang “satu Local Agenda 21” untuk
masyarakat. Maka, MBJB seharusnya memainkan peranan agar program LA21 yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya dapat menarik penglibatan
masyarakat dalam LA21. Berikut adalah hasil pandangan orang ramai terhadap
peranan yang wajar dimainkan oleh PBT iaitu:-
108
4.16.1 Mengetuai Segala Program LA21 Yang Dirancang
Setiap program LA21 yang dilaksanakan seharusnya diketuai oleh MBJB. Ini
kerana pihak MBJB adalah merupakan ’mastermind’ dan bertindak sebagai
pengurus bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Manakala, pihak-pihak
berkepentingan yang lain seperti pihak swasta, masyarakat, NGO dan lain-lain lagi
akan melaksanakan program yang telah digariskan dalam pelan tindakan.
Berdasarkan daripada kajian yang telah dijalankan, responden berpendapat agar
pihak MBJB akan terus mengetuai segala aktiviti yang dilaksana. Ini kerana
menurut responden, sekiranya pihak berkuasa yang mengetuai program-
program yang dirancang, maka penglibatan daripada orang awam agak
begitu ramai. Dengan demikian, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan
daripada penyertaan orang awam yang ramai dan seterusnya program
tersebut dapat mencapai objektif yang telah digariskan.
4.16.2 Membuat Kawalan dan Pengawasan Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan
Setiap program yang dilaksanakan seharusnya perlu dipantau dan dikawal
oleh pihak MBJB. Dengan cara pemantauan, segala perjalanan aktiviti LA21 dapat
dilihat pencapaiannya dari semasa ke semasa. Sekiranya pemantauan tidak
dijalankan, maka masyarakat bimbang objektif bagi aktiviti tersebut tidak tercapai
atau aktiviti yang dijalankan terhenti dan tidak diteruskan.
Oleh yang demikian, masyarakat berpendapat agar setiap aktiviti yang
dilaksanakan perlulah dipantau dan dikawal oleh pihak MBJB terutama aktiviti yang
memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat hasilnya seperti pengindahan
Sungai Sebulong.
109
4.16.3 Mempromosikan LA21
Promosi terhadap LA21 mestilah dipertingkatkan agar maklumat berkaitan
LA21 dapat sampai kepada masyarakat dengan tepat. Pihak MBJB merupakan pihak
yang dipertanggungjawabkan dan adalah wajar promosi secara besaran-besaran
diadakan. Jika kita lihat sekarang, promosi LA21 hanya pada banner yang diletakkan
di persimpangan jalan dan juga billboard yang dipasang di bandaraya Johor Bahru.
Keadaan sedemikian menyebabkan orang ramai tidak tahu akan kewujudan LA21
yang merupakan program untuk masyarakat.
Daripada temubual yang dijalankan bersama Tuan Haji Asri bin Haji Amat
Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda 21, beliau menyetujui
sememangnya promosi terhadap LA21 agak kurang dijalankan dan ini kerana kos
yang besar akan timbul sekiranya promosi secara elektronik dilaksanakan.
Walaupun kita percaya bahawa promosi secara elektronik agak lebih berkesan. Oleh
yang demikian, responden berpendapat agar promosi dari rumah ke rumah perlulah
dijalankan agar setiap maklumat dapat sampai kepada masyarakat.
4.16.4 Mencari Penganjur Bagi Menampung Pembiayaan Projek LA21
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kos bagi setiap aktiviti LA21 yang
dijalankan agak besar, maka pihak MBJB seharusnya dapat mencari penganjur yang
boleh bersama-sama membangun dan melaksanakan aktiviti LA21. Oleh itu, pihak
MBJB seharusnya dapat memainkan peranan dengan baik dalam mencari penganjur
bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.
4.8 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masyarakat Kampung Melayu masih tidak
memahami dan mengetahui akan kewujudan LA21. Ini kerana promosi terhadap
110
LA21 agak kurang dilaksanakan. Hanya masyarakat yang aktif berpolitik dan
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Ahli Jawatankuasa Penduduk
sahaja yang mengetahuinya. Walaupun bilangan masyarakat yang berpengetahuan
terhadap LA21 agak begitu kecil tetapi apabila pihak PBT menganjur dan
mengadakan pelbagai aktiviti LA21, penglibatan daripada masyarakat setempat agak
tinggi. Daripada kajian yang dijalankan sememangnya masyarakat Kampung
Melayu dapat menerima dan menyambut baik segala aktiviti yang dilaksanakan.
Selain itu, masyarakat Kampung Melayu juga bersikap terbuka dan sentiasa
memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan terutama dalam
pembangunan ekonomi dan pelancongan. Meskipun demikian, masih ada
masyarakat yang menetap di Kampung Melayu secara haram (setinggan) serta
pemegang LPS dan warga asing yang menyewa rumah di Kampung Melayu, mereka
bersikap tidak ambil peduli dan kurang prihatin kepada kebersihan persekitaran. Ini
menyebabkan keadaan persekitaran agak kotor dan berbau terutama setinggan-
setinggan yang tinggal berhampiran dengan Sungai Sebulong.
Selain itu, cadangan penduduk mengenai peranan PBT ada dijelaskan supaya
perlaksanaan LA21 lebih berkesan dan seterusnya pihak-pihak berkepentingan dapat
menikmati keadaan persekitaran yang selesa di samping dapat menjana ekonomi ke
arah yang lebih cemerlang.
Oleh yang demikian jelaslah disini bahawa, analisis yang telah dijalankan
oleh penulis telah pun mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan dalam bab
pertama penulisan. Antara objektif yang telah digariskan oleh penulis adalah dengan
meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai aktiviti LA21. Di sini
penulis telah pun mencapai objektif iaitu berdasarkan temubual dengan Tuan Haji
Asri bin Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda dan Puan
Hajah Khatijah binti Salam, Ahli Jawatankuasa Penduduk serta soal selidik ke atas
penduduk setempat.
Dalam bab seterusnya, penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan
secara keseluruhan. Selain itu, penulis juga akan mengupas segala permasalahan
yang wujud semasa kajian dijalankan.
111
BAB V
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.4 Pengenalan
Program LA21 adalah program yang dilaksanakan hasil daripada kerjasama antara
PBT, pihak swasta dan masyarakat. Program ini menekankan alam sekitar
dan pembangunan mestilah diintegrasikan untuk pembangunan yang
seimbang dan mampan. Bagi menjayakan projek ini, penyertaan dan
penglibatan daripada orang awam amat penting kerana program ini adalah
merupakan program untuk masyarakat. Setelah kajian dijalankan, didapati
masyarakat sememangnya melibatkan diri dalam segala aktiviti yang
dijalankan tetapi mereka tidak memahami akan maksud LA21 itu sendiri.
Sekiranya masyarakat tidak mengetahui tentang LA21, maka maksud dan
tujuan diwujudkan projek LA21 tidak akan sampai pada masyarakat. Oleh
itu, penulis menyarankan agar mana-mana PBT yang ingin melaksanakan
projek LA21 perlulah terlebih dahulu memperkenalkan projek LA21 kepada
masyarakat.
Hasil daripada kajian dan analisis penulis dalam Projek Sarjana ini, diharap dapat
memberi panduan kepada pihak PBT bagi melaksanakan projek LA21 di
kawasan Bandaraya Johor Bahru. Di dalam kajian ilmiah ini juga penulis ada
menjelaskan tentang LA21 serta proses perlaksanaannya yang mana ia juga
boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada masyarakat yang tidak
mengetahuinya.
112
Dalam bab ini, penulis akan memberi cadangan-cadangan yang akan dapat
membantu pihak PBT dalam mempromosikan LA21 kepada masyarakat dan
tidak hanya promosi pada ‘banner’ atau ‘billboard’ di tepi-tepi jalan. Selain
itu penulis akan membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang telah
dijalankan. Dengan perbincangan yang akan penulis nyatakan maka
gambaran secara keseluruhan kajian dapatlah diperolehi.
5.5 Rumusan Kajian
Secara keseluruhannya, apa yang telah dibincangkan oleh penulis adalah berkenaan
perlaksanaan projek LA21 di peringkat PBT. Di sini penulis melihat Daerah
Johor Bahru merupakan salah satu bandaraya yang pesat membangun dan
dalam masa yang sama melaksanakan projek LA21 yang mempunyai
objektif ke arah pembangunan mampan. Oleh yang demikian penulis
membuat kajian ke atas perlaksanaan projek LA21 oleh pihak MBJB bagi
melihat tahap pemahaman dan penyertaan masyarakat yang terlibat.
Dalam bab kedua, penulis ada membincangkan berkenaan faedah-faedah daripada
perlaksanaan projek LA21 yang mana semua pihak yang terlibat akan
mendapat pelbagai faedah hasil daripada perlaksanaan projek LA21. Jelaslah
di sini bahawa projek LA21 sememangnya dapat memberi kesan positif
kepada kehidupan dan alam sekitar. Dalam bab kedua, penulis ada juga
membincang tentang peranan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
program LA21. Setiap pihak yang terlibat mempunyai peranan masing-
masing dalam melaksanakan projek LA21 terutama sekali PBT. Ini kerana
PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan
projek LA21 dan adalah wajar PBT mempromosikan LA21 kepada umum.
Dalam kajian ini, penulis juga telah mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga
iaitu di dalam bab keempat (analisis dan penemuan). Sebelum penghasilan
bab ini penulis telah menjalankan soal selidik di kawasan kajian dan di sini
113
penulis telah menganalisis tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat
setempat. Dalam bab ini juga penulis penulis ada membincangkan tentang
penglibatan masyarakat dalam semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hasil
daripada kajian tersebut didapati masyarakat masih tidak faham akan LA21
dan apa yang agak memeranjatkan mereka juga tidak tahu bahawa wujud
projek LA21 di kawasan kediaman mereka. Masyarakat juga tidak
mengetahui bahawa projek LA21 adalah merupakan projek bersama
masyarakat yang dianjurkan oleh PBT. Tetapi yang pasti masyarakat
menerima baik segala aktiviti yang dijalankan walaupun mereka agak kurang
faham tentang fungsi projek LA21 di kawasan penempatan mereka.
Bagi PBT pula, peranan yang dimainkan agak kurang, dari pengesahan Tuan Haji
Asri B Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial Dan Local Agenda,
promosi agak kurang menyebabkan ramai masyarakat tidak tahu akan LA21
ini. Dalam bab keempat ini juga, penulis mengambil kira pandangan orang
ramai terhadap peranan PBT, selain bab kedua menjelaskan peranan PBT
dalam menjayakan program LA21. Secara keseluruhannya matlamat kajian
dapat dicapai dengan baik sekali terutama setelah soal selidik dijalankan.
5.6 Cadangan Mempromosikan LA21 Secara Meluas
Program LA21 sememangnya dapat memberi manfaat kepada semua yang
terlibat. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh penulis dalam bab kedua iaitu
faedah yang akan diterima sekiranya program LA21 dilaksanakan. Oleh itu, program
LA21 seharusnya dipromosi secara meluas oleh PBT, agar masyarakat tahu bahawa
program tersebut dapat memberikan faedah kepada mereka. Walaupun sebelum
wujudnya program LA21 masyarakat telah pun didedahkan dengan pelbagai
program seumpamanya yang lebih dikenali sebagai program gerak tumpu tetapi bagi
program LA21 yang mempunyai matlamat dan tujuan seharusnya ia disampaikan
kepada masyarakat.
114
Sepertimana yang telah difikirkan dan dikaji oleh penulis, promosi adalah
elemen utama sebelum perlaksanaan LA21 itu dijalankan. Tuan Haji Asri B Haji
Amat juga pernah menjelaskan bahawa di MBJB sendiri promosi terhadap LA21
sememangnya sangat kurang. Kos yang tinggi adalah merupakan alasan program
LA21 kurang dipromosikan. Oleh yang demikian penulis mencadangkan agar PBT
bersama-sama KPKT bekerjasama dengan Jabatan Penyiaran untuk mempromosikan
program LA21 secara elektronik.
5.7 Masalah dan Limitasi Kajian
Di dalam menghasilkan kajian ini, tidak banyak halangan dan permasalahan
yang mengganggu daripada segi mendapatkan maklumat. Ini kerana semua pihak
yang ditemubual memberikan kerjasama dengan baik. Tetapi apa yang menjadi
masalah adalah ketika menjalankan soal selidik ke atas masyarakat Kampung
Melayu. Ketika soal selidik dijalankan, penulis telah ke Kampung Melayu pada
waktu bekerja menyebabkan kerja-kerja soal selidik terpaksa ditangguhkan kerana
ramai penduduk keluar berkerja dan yang tinggal hanyalah golongan suri rumah
serta warga emas. Bagi mengatasi masalah ini, soal selidik telah dijalankan pada
hujung minggu. Kerjasama yang diberikan oleh masyarakat Kampung Melayu amat
baik. Terdapat juga masyarakat yang mengadu permasalahan mereka kepada penulis
terutama terhadap kebersihan Sungai Sebulong yang telah dinaiktaraf tetapi keadaan
kotor masih tetap sama.
Hasil kajian hanya menunjukkan keadaan semasa yang menumpukan kepada
projek yang telah dilaksanakan dan kajian tidak melihat kesemua program LA21
MBJB. Selain itu penulis juga meninjau proses perlaksanaan projek LA21 di MBJB
serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam pelan tindakan yang dihasilkan
secara bersama. Penganalisaan data adalah melalui kutipan data di MBJB
berdasarkan temubual di antara penulis dengan Tuan Haji Asri bin Haji Amat
Penolong Pengarah Unit Sosial dan LA21 serta Ahli Jawatankuasa Penduduk Puan
Hajjah Khatijah Bt Salam.
115
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan
Walaupun terdapat kajian berkenaan LA21 dijalankan, tetapi penulis
mendapati kajian tersebut lebih kepada penyertaan komuniti dalam penghasilan
pelan tindakan dan kajian pembangunan mampan melalui LA21. Apa yang penulis
lihat kini, perlaksanaan LA21 oleh PBT telah pun dilaksanakan tetapi masih ada
masyarakat yang tidak memahami akan LA21 dan masyarakat juga tidak tahu akan
kewujudan projek LA21 di kawasan kediaman mereka. Di sini penulis telah fikirkan
beberapa kajian lanjutan yang boleh dikaji oleh mana-mana pihak yang ingin
mengkaji. Antara tajuk yang difikirkan dan dicadangkan oleh penulis adalah:-
1. Kajian terhadap penyertaan pihak swasta dalam
membantu PBT melaksanakan projek LA21.
Diharapkan ada pihak yang dapat mengkaji kajian lanjutan yang
dicadangkan oleh penulis. Ini kerana pihak swasta juga merupakan pihak
berkepentingan dan adalah perlu untuk kita ketahui setakat mana pihak
swasta membantu dalam perlaksanaan projek LA21.
5.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penulisan ini adalah kajian terhadap
perlaksanaan LA21 di MBJB. Dalam kajian ini penulis telah memilih
Kampung Melayu sebagai kawasan kajian kes kerana projek LA21 telah pun
dilaksanakan di Kampung Melayu iaitu di bawah program ekonomi dan
pelancongan.
Kajian yang dijalankan di Kampung Melayu ini adalah melihat tahap
pemahaman dan pengetahuan masyarakat setempat terhadap LA21. Dengan
melihat tahap pemahaman dan pegetahuan ini, penulis mengandaikan
bahawa sekiranya masyarakat berpengetahuan maka adalah mudah untuk
116
mereka melibatkan diri dalam setiap projek LA21 yang dijalankan. Apa yang
pasti jangkaan penulis tidak tepat kerana walaupun masyarakat kurang
memahami dan ada yang langsung tidak mengetahui langsung tentang LA21,
mereka tetap bersemangat terhadap segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
oleh PBT dan tahap penglibatan mereka adalah sebanyak 70%. Setelah
penyelidikan dijalankan, penulis mendapati masyarakat Kampung Melayu
sememangnya memupuk sikap bekerjasama sejak dari dahulu lagi selain
terdapat sesetengah daripada mereka mempunyai ikatan tali persaudaraan
yang menjadi aset utama keharmonian di Kampung Melayu.
Di samping itu, penulis juga ada membincangkan peranan yang perlu
dimainkan oleh PBT dalam menarik penglibatan orang awam dalam
menyertai program LA21. Walaupun di Kampung Melayu penyertaan adalah
amat menggalakan tetapi PBT juga perlu memainkan peranannya dalam
mempromosikan program LA21 agar masyarakat tahu fungsi LA21 serta
kepentingannya dalam menjamin kehidupan ke arah persekitaran yang
selesa.
Dengan cadangan yang telah dinyatakan oleh penulis di dalam bab
lima ini, maka penulis berharap agar projek LA21 dapat dilaksanakan dengan
baik agar matlamat ke arah pembangunan mampan dapat dicapai dengan
cemerlang.
117
BIBLIOGRAFI
BUKU TEKS
1. Halimaton Sadiah Bt Hashim [Dr.](1998). Garispanduan Perancangan
Cadangan Pemajuan. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Selangor.
2. H.M Dahlan (1997), Urbanisasi Alam Kejiwaan Sosial Dan Pembangunan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Kuala Lumpur.
3. Jabatan Alam Sekitar (1997), AGENDA 21: Program Tindakan Untuk
Pembangunan Mampan, Penerbitan Jabatan Alam sekitar, Kuala Lumpur.
4. Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003), Perspektif NGO dalam
memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia, Forum 21, Petaling Jaya
Selangor.
5. Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (2000), Pengurusan Bijak
Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
6. Tan Pek Leng (1996), Agenda 21 : Building A Fully-Development Penang,
Penang State Executuve Commitee, Pulau Pinang.
TESIS
1. Mohd Sabri bin Mohamed Jamil (2003), Peranan Kajian EIA Dalam
Merealisasikan Pembangunan Mampan Di Malaysia. Jabatan Pentadbiran
dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia., Skudai Johor.
2. Ismail Ibrahim (2002) Ke Arah Pembangunan Mampan Melalui Local
Agenda 21. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti
Teknologi Malaysia., Skudai Johor.
118
3. Muhammad Yazrin Yassin (2001), Penilaian Perkongsian Dan Penyertaan
Komuniti Dalam Penghasilan Pelan Tindakan Local Agenda 21 Petaling
Jaya, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai Johor.
LAMAN WEB
Http://Www.Kpkt.Gov.My/
http://www.bestpractices.org
http://www.sustainable.org
119
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN
TANAH
BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21
DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman
masyarakat Kampung Melayu Majidee terhadap LA21 bagi projek
ekonomi dan pelancongan.
2. Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai
program ekonomi dan pelancongan LA21 di Kampung Melayu
Majidee.
3. Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam
melaksanakan projek LA21 yang melibatkan orang awam di
Kampung Melayu Majidee.
Disediakan Oleh:
Dewi Adharina Bt Mohd Yunus Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia
120
BAHAGIAN A: Maklumat Responden
Arahan: Tuan/Puan/Encik/Cik dikehendaki mengisi tanda “ ” pada ruang
yang disediakan. Segala kerjasama amatlah diharapkan. Terima Kasih.
1. Umur
18 tahun – 40 tahun
40 tahun ke atas
2. Jantina
Lelaki Perempuan
3. Perkerjaan
Kakitangan Awam Pelajar
Kakitangan Swasta Berkerja sendiri
Tidak Berkerja Lain-lain
Nyatakan:_____________
4. Taraf Pendidikan
Sekolah Rendah Diploma
PMR/SRP Ijazah
SPM Lain-lain
STPM Nyatakan:___________
5. Bilangan Isi Rumah
< 2 orang < 10 orang
< 5 orang > 11 orang
121
6. Tempoh Tinggal Di Sini
< Setahun 6- 10 tahun
2- 5 tahun > 10 tahun
BAHAGIAN B: Maklumat Mengenai Local Agenda 21 di MBJB
Arahan: Tuan/Puan/Encik/Cik dikehendaki mengisi tanda “ ” pada ruang
yang disediakan. Segala kerjasama amatlah diharapkan. Terima Kasih.
1. Adakah anda tahu tentang Local Agenda 21
Ya Tidak
2. Tahap kefahaman anda tentang Local Agenda 21 di MBJB
Tidak Faham Faham
3. Dari manakah sumber yang anda perolehi maklumat berkenaan Local Agenda 21.
i. Media Cetak
Akhbar Majalah
ii. Media Elektronik
Televisyen Radio Internet
iii. Lain-lain Risalah Buletin Kertas seminar Rakan-rakan Sekolah Billboard/ Papan Tanda Iklan MBJB
4. Adakah anda pernah menyertai apa-apa program Local Agenda 21 di
tempat anda Tidak Pernah Pernah
122
BAHAGIAN C: Penglibatan Diri Dalam Program LA21 Arahan: Isikan Tempat Kosong Berdasarkan Kod Di Bawah.
Panduan:
Kod Bagi Tahap Penglibatan
1. Pernah melibatkan diri 2. Tidak pernah melibatkan diri
Kod Bagi Kekerapan 1. Setiap kali aktiviti dijalankan 2. Kadangkala
Ekonomi dan Pelancongan adalah program yang dijalankan oleh MBJB. Beri
pandangan anda tentang keberkesanan aktiviti yang dijalankan dalam program
tersebut:-
123
Aktiviti Penglibatan Kekerapan
i. Pameran Alam Sekitar Gerak
Kerja
ii. Gotong Royong
- Membersihkan kawasan sekitar
- Menyelenggara parit dan longkang
- Membersihkan rumah Ibadat
- Membersihkan tempat awam
iii. Taklimat Alam Sekitar
- Penyediaan pelan tindakan
- Merangka aktiviti-aktiviti
iv. Seminar Local Agenda 21
- Seminar alam sekitar
v. Dialog PBT Dengan Warga
Bandar
- Mengutarakan masalah kepada PBT
- Berbincang dalam mencari
penyelesaian masalah yang di hadapi.
vi. Lain-Lain Aktiviti:
- Pertandingan Mewarna bagi kanak-
kanak
- Aktiviti Sukan
- Lawatan ke lain-lain Majlis
Perbandaran
- Kesenian
-
-
124
BAHAGIAN D: CADANGAN ATAU KOMEN
1. Apakah pandangan anda terhadap aktiviti yang dijalankan?
2. Berikan pendapat anda apakah faedah daripada kerja-kerja pembersihan
Sungai Sebulong?
3. Apakah sumbangan anda terhadap program Local Agenda yang
dijalankan di tempat anda?
4. Pada pandangan anda, apakah aktiviti yang boleh memantapkan lagi
program Local Agenda 21
Sekian Terima Kasih..