Post on 07-Mar-2016
description
Teknik yang digunakan untuk mendapatkan data kajian
Soal SelidikSoalan berstruktur - TemubualDokumen - Analisis DokumenCatatan Tinjauan
Penggunaan bahasa yang mudahSelaras dengan respondenElakkan soalan yang sukarElakkan soalan yang dwi-maksudElakkan Soal selidik yang terlalu panjangElakkan Soalan yang kabur
Skala PengukuranTerdapat 4 jenis skala pengukuran dalam soal selidik iaituSkala NorminalSkala OrdinalSkala SelaSkala Nisbah
Dari segi hierarki, skala ini berada di peringkat paling rendahNominal bererti memberi namaContoh: Lelaki, perempuan, Melayu, Cina, India, bandar, Luar bandar, aliran sains, aliran sastera Setiap kategori di dalam sesuatu pembolehubah boleh diberikan nilai angka atau nombor yang fungsinya hanya sebagai pengenalan atau kod kepada kategori
Dari segi hierarki, skala ordinal lebih tinggi berbanding skala nominal. Skala ordinal memeringkatkan individu kepada beberapa dimensi. Nombor atau kategori yang digunakan menggambarkan maklumat asal pembolehubah menunjukkan susunan daripada yang kecil kepada yang besar atau pun dari kategori yang tidak baik kepada kategori yang lebih baik.Skala likert adalah skala pengukuran jenis ordinal. Skala ordinal mempunyai susunan.Contoh:Tinggi, sederhana, rendahSangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, sangat tidak setuju
Dari segi hierarki, skala sela lebih tinggi berbanding skala ordinalSkala sela biasanya melibatkan angka-angka atau sistem nombor. Sela antara nombor adalah sama iaitu 1Markah yang diperolehi daripada ujian misalnya 70,80,85 dan sebagainya adalah contoh skala pengukuran jenis sela
Skala pengukuran yang paling tinggi dari segi hierarki. Skala pengukuran ini juga menggunakan sistem nombor. Skala ini mempunyai nilai 0 yang bererti. Nilai dalam skala ini boleh ditambah, dikurangkan, didarab dan dibahagiContoh: umur, suhu,berat, panjang, lebar
Kesahan sesuatu ujian menggambarkan sejauhmana ujian atau alat ukuran mengukur apa yang sepatutnya ia dikehendaki mengukur (Tuckman, 1978)
Mengikut Mohd Majid (2005) kesahan sesuatu alat ukur merujuk kepada sejauh mana alat tersebut itu mengukur data yang sepatutnya hendak mengukur. Mengikut Anastasi dan Urbina (1997) pula, kesahan dalam ujian merupakan apa yang ujian itu ukur dan sebaik mana ia melakukannya. Alias Baba (1999) menyatakan kesahan ujian menunjukkan ujian itu benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Kesahan Kandungan Kesahan GagasanKesahan- Kriteria Jangkaan - Kriteria Serentak
Kesahan kandungan sesuatu alat ukur memberi fokus kepada kandungan item-item dalam ujian.Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana alat ukuran tersebut berupaya mengumpul data yang merangkumi isi kandungan sesuatu bidang yang diukur.
Perkataan minat, motivasi, stres merupakan gagasan. Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada difikiran tetapi kita tidak dapat melihat objeknya secara langsung
Kesahan gagasan sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauh mana alat ukuran tersebut menghasilkan gerakbalas yang mewakili gagasan yang diukur.(Mohd Majid , 2005)Oleh kerana gagsan terbentuk dari sekumpulan konsep, definisi gagasan biasanya dikaitkan dengan konsep yang membentuk gagasanGuna kajian interkorelasi dan analisis faktor
Gagasan bersifat abstrak, ia wujud tetapi kewujudannya tidak dapat diukur secara langsungKesahan gagasan boleh didapati dengan menggunakan kajian interkorelasi dan analisis faktor.
Kesahan kriteria sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauhmana pertalian antara item-item dalam alat ukuran dengan kriteria luar yang berkecualiKriteria yang hendak diukur adalah kriteria yang tekal sebagaimana yang ditunjukkan oleh subjek diluar pengukuran. Contoh ujian kemahiran bermain muzik mempunyai kesahan kriteria yang tinggi dalam ujian muzik jika pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian muzik boleh bermain muzik dengan baik.
Kriteria yang digunakan bagi menetukan kesahan kriteria terdiri daripada dua jenis iaitu kriteria serentak dan kriteria jangkaan
Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
Alat kajian bagi mengukur kebolehan bermain muzik dikatakan mempunyai kesahan kriteria serentak yang tinggi sekiranya seseorang pelajar yang mencapai kebolehan yang cemerlang dalam ujian tersebut juga pada masa itu boleh menunjukkan kebolehan bermain muzik dengan baik.
Kriteria jangkaan adalah kriteria yang ditunjukkan pada selang masa yang berbeza selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria tersebut.Kesahan kriteria jangkaan alat kajian yang mengukur kebolehan bermain muzik dikatakan rendah jika kebolehannya bermain muzik dengan baik apabila beliau bermain muzik beberapa bulan selepas ujian tersebut dijalankan
Kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu adalah konsisten (Tuckman, 1978)
Kebolehpercayaan instrumen ialah tahap ketekalan ukuran apa sahaja yang diukur (Ary, Jacobs, Razavieh & Sorensen 2006).
Kaedah Uji dan Uji-Kembali atau (Test-Retest Reliability) Kaedah Berbahagi-Dua atau (Split-Half Reliability) Kaedah Bentuk Setara atau Alternate (Form Reliability) Kaedah Kuder Richardson atau (Alpha Cronbach Reliability
KEBOLEHPERCAYAAN UJI DAN UJI-KEMBALISkor yang diperoleh dalam ujian pra dikorelasikan dengan skor yang diperoleh dalam ujian pasca
KEBOLEHPERCAYAAN BERBAHAGI-DUASkor yang diperoleh daipada item genap dikorelasikan dengan skor yang diperoleh daripada item ganjil
KEBOLEHPERCAYAAN BENTUK SETARAKebolehpercayaan bentuk setara boleh ditentukan dengan memberi dua ujian yang mempunyai bentuk dan kandungan yang setara kepada subjek yang sama dan mengira hubungan skor setiap subjek di dalam kedua-dua ujian tersebut.(Anastasi, 1988)
Kaedah ini berasaskan sisihan piawai alat ukuran dan sisihan piawai item-item yang berlainan.. Pekali kebolehpercayaan yang diperolehi melalui kaedah ini dikenali sebagai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach
Menurut Mohd Majid Konting (1990) dan Kerlinger (1990) nilai pekali kebolehpercayaan yang sesuai ialah .60 dan ke atasMenurut Standard for Educational and Psychological Test, untuk ujian pencapaian tipikal nilainya antara .85 hingga .90 dan untuk ujian pencapaian maksima nilainya ialah .90 dan ke atas
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana penyelidikan boleh diulang semula.
Penyelidikan yang menggunakan pendekatan kajian kes yang unik serta laporan pemerhatian dalam persekitaran semula jadi amat sukar untuk diulang semula.
Isu kesahan melibatkan persoalan berkaitan kesimpulan yang dibuat berdasarkan pemerhatian sama ada benar-benar mewakili realiti empirikal iaitu sama ada penyelidik memerhati dan mengukur apa yang mereka fikir atau rasa mereka perhati dan ukur.
Kesahan dan kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif boleh ditingkatkan melalui beberapa kaedah seperti triangulasi dan penilaian rakan.
Sesuatu ukuran yang mempunyai kebolehpercayaan tidak semestinya mempunyai kesahan.
Menguji dan membina keberkesanan alat ujianMenilai kesesuaian reka bentuk kajianMenilai teknik persampelan sama ada berkesanMengenal pasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian sebenarMenentukan jumlah dan sumber kewangan, peralatan yang diperlukan untuk kajian sebenar
Penyelidik perlu menyatakan alat statistik yang akan digunakan untuk analisis data sama ada statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan, peratus dan graf atau statistik inferensi seperti Ujian-t,ANOVA, Regresi Pelbagai, Khi Kuasa-Dua.Alat statistik seperti Ujian-t, ANOVA, Regresi Pelbagai, Korelasi Pearson dan Khi Kuasa-Dua adalah alat staistik yang sangat popular dalam kajian sains sosial
Alat Statistik yang sesuai mengikut skala pengukuran
Skala PengukuranPemboleh Ubah 1Skala PengukuranPemboleh ubah 2Alat Satistik yang SesuaiKata KunciSela-satuSela-satuKorelasi PearsonHubungan pembolehubah sela
Skala PengukuranPemboleh Ubah 1 Skala PengukuranPembolehubah 2Alat StatistikYang SesuaiKata KunciNominalNominalKhi Kuasa dua/Pekali KontigensiHubungan dua pembolehubah NominalNominal Pembolehubah tak bersandar dengan 2 arasSelaUjian-tPerbezaan dua minNominalPembolehubah tak bersandar dengan 3 aras atau lebihSelaANOVAPerbezaan lebih daripada 2 min
Penyelidik haruslah bertanggungjawab terhadap penyelidikan yang dilaksanakan dalam isu etika terhadap subjek atau respondennya
Aspek penting dalam etika penyelidikanPenyertaan sukarelaKecederaan fizikal dan psikologiIdentiti pengkajiHak CiptaKejujuranIntegritiTanggungjawab sosial
Bab I : PengenalanPendahuluanLatar Belakang Kajian.Pernyataan MasalahPersoalan KajianTujuan KajianObjektif KajianKesignifikanan KajianDefinisi Limitasi KajianHipotesisRumusan
BAB IITEORI DAN KAJIAN LITERATUR
PENGENALAN
TEORI KAJIAN LITERATUR PEMBOLEHUBAH A
KAJIAN LITERATUR PEMBOLEHUBAH B
KAJIAN LITERATUR HUBUNGAN PEMBOLEHUBAH A DAN B
RUMUSAN BAB
BAB III METODOLOGI
PendahuluanReka Bentuk kajianTempat KajianProsedur Pemilihan Subjek KajianSubjek Kajian Prosedur Mengumpul Maklumat Kajian Alat Pengukuran Cara PemarkahanKesahan dan Kebolehpercayaan Alat UkuranProsedur Analisis DataKesimpulan
RujukanLampiran-Tempoh Perlaksanaan kajian-Perbelanjaan
BAB IV DAPATAN KAJIAN Pendahuluan
Keputusan Kajian
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGANPendahuluanRumusan~ Metodologi kajian~ Dapatan Kajian PerbincanganKesimpulanCadanganImplikasiLimitasi KajianCadangan Untuk Kajian Lanjutan