Post on 30-Jan-2018
1
PERATURAN AM
1.0 PENGELOLAAN
1.1 Seluruh pengelolaan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM diserahkan kepada Pusat Sukan
UiTM yang boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta jenis pertandingan kepada
kampus yang dilantik.
1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis
permainan yang dipertandingkan.
1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal
menyediakan secara lengkap dan jenis Peraturan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
kepada badan sukan dan orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan Karnival
Sukan Mahasiswa.
2.0 NAMA
Kejohanan ini hendaklah dinamakan KARNIVAL SUKAN MAHASISWA UiTM (KARiSMA UiTM)
3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-
undang rasmi kejohanan melainkan sekiranya ada undang-undang khas menguasai pertandingan
permainan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM.
4.0 KELAYAKAN
4.1 KAMPUS
Semua kampus Universiti Teknologi MARA dan Kolej Bersekutu UiTM layak menyertai di
dalam pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
2
1. UiTM Shah Alam
2. UiTM Perlis
3. UiTM Kedah
4. UiTM Pulau Pinang
5. UiTM Perak
6. UiTM Melaka
7. UiTM Negeri Sembilan
8. UiTM Johor
9. UiTM Pahang
10. UiTM Terengganu
11. UiTM Kelantan
12. UiTM Sabah
13. UiTM Sarawak
14. UiTM Puncak Alam/Perdana
4.2 PEMAIN
Semua pelajar sepenuhmasa yang menghadiri kursus sepenuh masa layak menyertai
kejohanan ini DAN semua pelajar yang berdaftar dengan kampus UiTM pada semester
berlangsungnya KARiSMA UiTM. Semua pelajar yang berdaftar di UiTM seperti yang
termaktub dalam peruntukan “Pelajar Berdaftar” di dalam Akta Universiti dan Kolej
Universiti di bawah Seksyen 48 Sub Seksyen 14.
4.3 KAD MATRIK
Semua peserta diwajibkan membawa kad matrik semasa atau sepanjang tempoh
KARiSMA UiTM.
3
5.0 PENDAFTARAN BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA
5.1 Tiap-tiap kampus dibenarkan mendaftar bilangan pegawai dan peserta seperti di
bawah :
SENARAI SUKAN WAJIB
BIL SUKAN BILANGAN PEMAIN BIL.
PEGAWAI CATATAN
LELAKI WANITA
1 Bola Jaring 12 2
2 Bola Baling 14 14 4
3 Bola Tampar 12 12 4
4 Hoki 12 12 4
5 Badminton Campuran 7 4 2
1 Perseorangan Lelaki
1 Perseorangan Wanita
2 Bergu Lelaki
1 Bergu Wanita
6 Bola Sepak 20 2
JUMLAH 65 54 18
SENARAI SUKAN BERPASUKAN PILIHAN
BIL SUKAN BILANGAN PEMAIN BIL.
PEGAWAI CATATAN
LELAKI WANITA
1 Bola Keranjang 12 12 4
2 Futsal 12 12 4
3 Petanque Berpasukan 5 4 2
1 Perseorangan Lelaki
1 Perseorangan Wanita
1 Berdua Lelaki
1 Berdua Wanita
1 Trio Mix (2 L 1 W)
4 Ping Pong Berpasukan 7 4 2
1 Perseorangan Lelaki
1 Perseorangan Wanita
2 Bergu Lelaki
1 Bergu Wanita
5 Ragbi 15 2 10 Sebelah
4
6 Tenis Campuran 7 4 2
1 Perseorangan Lelaki
1 Perseorangan Wanita
2 Bergu Lelaki
1 Bergu Wanita
7 Sepak Takraw 12 2
8 Golf 4 4 2
9 Mountain Bike 4 4 2 Berpasukan Lelaki (4 orang)
Berpasukan Wanita (4 orang)
JUMLAH 78 44 26
5
SENARAI SUKAN INDIVIDU
BIL SUKAN BILANGAN PEMAIN BIL.
PEGAWAI CATATAN
LELAKI WANITA
1 Badminton 6 6 2
2 Perseorangan Lelaki 2 Perseorangan Wanita 2 Bergu Lelaki 2 Bergu Wanita
2 Petanque 5 4 2
1 Perseorangan Lelaki 1 Perseorangan Wanita 1 Double Lelaki 1 Double Wanita 1 Trio Mix (2 L 1 W)
3 Ping Pong 6 6 2
2 Perseorangan Lelaki 2 Perseorangan Wanita 2 Bergu Lelaki 2 Bergu Wanita
4 Tenis 6 6 2
2 Perseorangan Lelaki 2 Perseorangan Wanita 2 Bergu Lelaki 2 Bergu Wanita
5 Tenpin Boling 5 5 2
4 Single Lelaki 4 Single Wanita 2 Double Lelaki 2 Double Wanita 1 Team Event Lelaki 1 Team Event Wanita All Event Master All Event Wanita Masters Lelaki Masters Wanita
6 Sepak Takraw Regu 10 10 - 2 Regu Lelaki 2 Regu Wanita
7 Silat Olahraga 20 12 2
LELAKI WANITA
Kelas A 45 – 50 Kelas A 45 – 50
Kelas B 50 – 55 Kelas B 50 – 55
Kelas C 55 – 60 Kelas C 55 – 60
Kelas D 60 – 65 Kelas D 60 – 65
Kelas E 65 – 70 Kelas E 65 – 70
Kelas F 70 – 75 Kelas F 70 – 75
Kelas G 75 – 80
Kelas H 80 – 85
Kelas I 85 – 90
Kelas J 90 – 95
8 Silat Seni 6 6 2 Jurus Tunggal Lelaki Jurus Tunggal Wanita
6
Jurus Wajib Lelaki Jurus Wajib Wanita Tempur Lelaki Tempur Wanita
9 Tae Kwando Kyurugi 16 16 2
LELAKI WANITA
FIN <54kg <46kg
FLY 54 – 58 kg 46 – 49 kg
BANTAM 58 – 63 kg 49 – 53 kg
FEATHE
R 63 – 68 kg 53 – 57 kg
LIGHT 68 – 74 kg 57 – 62 kg
WELTER 74 – 80 kg 62 – 67 kg
MIDDLE 80 – 87 kg 67 – 73 kg
HEAVY
87 ke atas 73 kg ke atas
10 Tae Kwando Poomsea 5 5 2
Individu Lelaki (Taegeuk 7 & 8) Individu Wanita (Taegeuk 7 & 8) Berpasukan Lelaki (Taegeuk 3 & 4) Berpasukan Wanita (Taegeuk 3 & 4) Campuran(1 L 1 W) (Taegeuk 5 & 6) Akhir: Individu (Taegeuk 8 & Koryo) Berpasukan (Taegeuk 4 & 5) Campuran (Taegeuk 6 & 7)
11 Catur 4 4 2
12 Golf 4 4 2 Individu Terbuka (tiada had)
13 Kayak 4 4 2
Nova Single (NV1) 1 L 1 W Nova Double 2 (NV2) 2 L 2 W Touring Single (TK1) 1 L 1 W Touring Double (TK2) 2 L 2 W
14 Larian Jerai 4 4 1
15 Boling Padang 6 2
Mix Pairs Open
(Max 3 penyertaan setiap pasukan)
1 Pasukan (2 orang) sama ada:
2 lelaki atau 2 wanita atau 1 lelaki 1 wanita.
JUMLAH 101 84 25
6.0 REFRI KEHORMAT / PENGADIL
6.1 Refri Kehormat / Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
bagi tiap-tiap permainan yang dipertandingkan.
6.2 Pengurusan Pertandingan perlu dijelaskan di peringkat mana Refri Kehormat / Pengadil
diperlukan semasa kejohanan berjalan.
6.3 Seorang Pengadil Kehormat yang berkelayakan mestilah dilantik oleh Jawatankuasa
7
Pengelola bagi permainan tertentu sahaja.
6.4 Pengadil Bertauliah hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi setiap
permainan yang disediakan kecuali bagi Permainan Tenis di mana Pengadil Bertauliah
hanya disediakan di peringkat Separuh Akhir dan Akhir sahaja. Untuk sukan ini,
Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil Kehormat disepanjang tempoh
permainan.
7.0 PAKAIAN
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula
tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya. Walau bagaimanapun
bagi tujuan menjimatkan masa, pihak pengelola boleh membincangkan bagi menentukan warna jersi
semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
8.0 PERALATAN
8.1 Semua peralatan termasuk jenis bola dan pakaian akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola dan dimaklumkan kepada peserta.
8.2 Semua kemudahan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
9.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sesuatu pertandingan hanya akan dapat dijalankan apabila terdapat sekurang-kurangnya EMPAT (4)
pasukan mengambil bahagian. Tiga (3) bentuk sistem pertandingan akan digunakan berdasarkan
jumlah pasukan yang mengambil bahagian iaitu secara liga, kalah mati serta kombinasi liga dan
kalah mati.
9.1 Cara Satu Kumpulan
9.1.1 Sekiranya LIMA (5) dan tidak kurang dari EMPAT (4) pasukan mengambil bahagian,
pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU KUMPULAN
9.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dan kedua terbanyak akan bertanding di
peringkat akhir.
8
9.2 Cara Dua Kumpulan Dengan 6 Hingga 8 Pasukan
9.2.1 Pusingan Awal
9.2.1.1 Sekiranya ENAM (6) hingga LAPAN (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan akan
dibahagikan kepada DUA (2) kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B dan
pertandingan akan dijalankan secara LIGA DUA KUMPULAN.
9.2.1.2 Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditetapkan dalam
kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1 dan
B1. Penetapan kumpulan bagi pasukan yang lain akan dibuat melalui undian.
9.2.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan hanya DUA (2)
pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam kumpulan berkenaan, maka
pertandingan akan diadakan secara liga atau pasukan terakhir dalam kumpulan lagi
satu secara sendirinya dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.
9.2.2 Pusingan Separuh Akhir
9.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan
Kumpulan Y seperti berikut :-
9.2.2.2 Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI
9.2.2.3 Pusingan Akhir
9.2.2.4 Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk menentukan
Johan dan Naib Johan pertandingan.
KUMPULAN X KUMPULAN Y
Johan Kumpulan A Johan Kumpulan B
Naib Johan Kumpulan b Naib Johan Kumpulan A
9
9.3 Cara Tiga Kumpulan Dengan 9 Pasukan
9.3.1 Pusingan Awal
9.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri dari SEMBILAN (9) pasukan, pertandingan akan
dijalankan secara LIGA TIGA KUMPULAN A, B, dan C.
9.3.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditetapkan dalam
kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1, B1
dan C1. Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.
9.3.2 Pusingan Suku Akhir
9.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki Pusingan
Suku Akhir.
9.3.2.2 DUA (2) pasukan lagi (dikenali sebagai Pasukan Pertama dan Pasukan Kedua) dipilih
berdasarkan seperti berikut :
i. Pasukan tempat ke TIGA (3) yang mendapat jumlah mata terbanyak.
ii. Jika didapati mata yang sama, maka dikira pasukan yang mempunyai perbezaan
jaringan yang lebih.
iii. Sekiranya terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka akan dikira pasukan
yang mempunyai jaringan terbanyak.
iv. Sekiranya terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka pasukan yang mendapat
jaringan kena yang sedikit.
v. Jika masih didapati sama juga, maka keputusan akan ditentukan dengan cara
undian.
10
9.3.2.3 Susunan Perlawanan
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir
A
B
C
D
E
F
G
H
a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan mengambil
kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan
sekiranya pasukan ini menjadi Johan Kumpulan.
b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil kira
Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan.
c. Pasukan Ketiga Terbaik (Pertama dan Kedua) diundi untuk menduduki tempat B dan F
untuk bertemu dengan Johan Kumpulan yang lain.
d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara
KALAH MATI.
11
9.4 Cara TIGA (3) Kumpulan Dengan 10 Pasukan
9.4.1 Pusingan Awal
9.4.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A, B dan C.
9.4.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan
ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang
telah ditetapkan dikedudukan A1, B1 dan C1. Undian akan dibuat
untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.
9.4.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3)
pasukan dan salah satu dari kumpulan C akan mengandungi 4
pasukan yang akan ditentukan melalui undian.
9.4.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 menarik diri maka
pasukan yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri
mengambil tempat pasukan yang menarik diri tadi.
9.4.1.5 Jika 2 pasukan menarik diri, undian semula akan dilakukan semasa
mesyuarat Pengurus Pasukan.
9.4.2 Pusingan Suku Akhir
9.4.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding
dalam pusingan suku akhir.
9.4.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke
3 dari kumpulan C.
9.4.2.3 DUA (2) pasukan terdiri dari Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan 3 pasukan.
9.4.2.4 SATU (1) pasukan (dikenali sebagai Pasukan Pilihan) dipilih dari DUA (2) pasukan
yang kalah dari kumpulan A dan B berdasarkan syarat 9.3.2.2
12
9.4.2.5 Susunan Perlawanan
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir
A
B
C
D
E
F
G
H
a. Johan Kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan mengambil
kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan
sekiranya pasukan ini menjadi Johan kumpulan.
b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil kira
johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan.
c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan C dan pasukan pilihan diundi untuk menduduki
tempat B dan F.
d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara
KALAH MATI.
13
9.5 Cara Tiga (3) Kumpulan Dengan 11 Pasukan
9.5.1 Pusingan Awal
9.5.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A,B dan C.
9.5.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan
ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang
telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, dan C1. Undian akan dibuat
untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.
9.5.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan dan
2 kumpulan akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan
melalui undian.
9.5.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri
maka pasukan yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara
sendiri mengambil tempat pasukan yang menarik diri tadi.
9.5.2 Pusingan Suku Akhir
9.5.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan
Suku Akhir.
9.5.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 dari kumpulan
B dan C.
9.5.2.3 DUA (2) pasukan yang terdiri dari Johan dan Naib Johan dari kumpulan A.
14
9.5.2.4 Susunan Perlawanan
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir
A
B
C
D
E
F
G
H
a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan
mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di
bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi Johan kumpulan.
b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan
mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di
bahagian yang berasingan.
c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan B dan C diundi untuk menduduki
tempat B dan F.
d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir
dijalankan secara KALAH MATI.
15
9.6 Cara EMPAT (4) Kumpulan Dengan 12 Pasukan hingga 16 Pasukan.
9.6.1 Pusingan Awal
9.6.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada EMPAT (4) kumpulan A, B, C
dan D.
9.6.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan tempat 3 dan 4 akan
ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang
telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, C1 dan D1. Undian akan
dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.
9.6.1.3 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri
maka 2 pasukan yang terakhir akan diundikan untuk masuk ke
kumpulan lain.
9.6.2 Pusingan Suku Akhir
9.6.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk ke peringkat
Suku Akhir.
16
9.6.2.2 Susunan Perlawanan
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir
A
B
C
D
E
F
G
H
a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C, E dan G dengan mengambil
kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan
sekiranya pasukan ini menjadi johan kumpulan.
b. Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk tempat B, D, F dan H dengan mengambil
kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang
berasingan.
c. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara
KALAH MATI
17
9.7 Format Penentuan Kumpulan
9.7.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-
JUMLAH PASUKAN DALAM
JUMLAH PASUKAN KUMPULAN
5 LIGA
6 3,3
7 3,4
8 4,4
9 3,3,3
10 3,3,4
11 3,4,4
12 3,3,3,3
13 3,3,3,4
14 3,3,4,4
15 3,4,4,4
16 4,4,4,4
10.0 UNDIAN
10.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa
Pengelola akan menetapkan tarikh untuk diadakan undian. Undian semua acara
permainan akan diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu dari tarikh
tutup pendaftaran penyertaan.
18
10.2 Undian hanya akan dijalankan apabila dihadiri oleh :
Pengarah Pusat Sukan UiTM atau wakilnya.
Pengerusi Khas Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan atau
Wakilnya. Tiga orang wakil dari kampus-kampus cawangan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
10.3 Semua Pengerusi Permainan Jawatankuasa Induk atau wakilnya dikehendaki
berada di tempat pengundian sewaktu Undian Pusingan Kedua dijalankan.
11.0 JADUAL PERTANDINGAN
Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.0 KELEWATAN
12.1 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam dan perkara-perkara luar jangkaan
seperti kerosakan bas dan sebagainya, maka wakil pasukan hendaklah
MELAPORKAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA dan keputusan mengenai
perlawanan yang terlibat diputuskan oleh Urusetia Pengelola.
12.2 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Refri / Pengadil Kehormat
bertugas lima belas (15) minit sebelum masa perlawanan bermula.
12.3 Hanya lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
13.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau memberi kemenangan percuma dengan
sengaja maka semua keputusan yang telah dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan
pasukan itu tidak dibenarkan bertanding seterusnya.
14.0 BANTAHAN
14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pegawai Pasukan dan disahkan oleh
Pegawai Sukan atau Penolong Pegawai Sukan kampus berkenaan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola / Penyelaras Permainan tidak lewat dari
satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM150.00. Wang
tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
19
14.2 Sekiranya bantahan diterima, wang sebanyak RM100.00 akan dikembalikan dan
RM50.00 akan dijadikan bayaran perkhidmatan.
14.3 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
15.0 JURI RAYUAN
15.1 Pengelola hendaklah menubuhkan juri rayuan yang terdiri daripada LIMA (5) orang
minimum dan LAPAN (8) orang maksimum daripada sekurang-kurangnya TIGA (3)
buah kampus. Ahli-ahli juri hendaklah terdiri daripada :
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Teknikal atau wakilnya.
Pengarah Pusat Sukan UiTM atau wakilnya.
EMPAT (4) orang Pegawai Sukan daripada kampus berasingan atau
wakilnya.
Penyelaras Permainan atau wakilnya.
15.2 Semua rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
15.3 Semua keputusan adalah MUKTAMAD.
16.0 LEMBAGA TATATERTIB
Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya LIMA (5) orang Ahli Jawatankuasa KARiSMA. Lembaga ini akan
dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola.
17.0 TINDAKAN TATATERTIB
Seseorang pemain yang digantung oleh badan-badan tersebut dibawah tidak dibenarkan
menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh penggantungannya.
Universiti / Institut Pengajian Tinggi Malaysia
Majlis Sukan Universiti Malaysia
Persatuan Permainan Malaysia
Persatuan Permainan Kebangsaan
20
18.0 HADIAH
Hadiah untuk pemenang Karnival Sukan Mahasiswa UiTM akan disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola untuk pemenang-pemenang Pertama, Kedua, Dua (2) hadiah di
tempat Ketiga termasuk hadiah untuk Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi semua acara
berpasukan yang dipertandingkan dan bagi acara individu, hadiah akan diberikan kepada
pemenang tempat Pertama, Kedua dan Dua (2) hadiah di tempat Ketiga.
19.0 PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
Jawatankuasa Pengelola dan Pembangunan & Teknikal Karnival Sukan Mahasiswa
(KARiSMA) telah bersetuju menetapkan Johan Keseluruhan KARiSMA adalah berdasarkan
pungutan pingat EMAS, PERAK dan GANGSA.
20.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
20.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan
dalam peraturan permainan tertentu.
20.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Karnival Sukan Mahasiswa UiTM yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.
21
BOLA SEPAK
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bolasepak
Antarabangsa (FIFA) dan Peraturan AM Karnival Sukan Mahasiswa UiTM.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 20 orang pemain.
3.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
sebelum pertandingan dimulakan.
3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah
diserahkan kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan
dimulakan.
3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.
4.0 KELAYAKAN JURULATIH PASUKAN
Semua pasukan yang menyertai KARiSMA hendaklah melantik Ketua Jurulatih yang
mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Awalan Kejurulatihan Bola Sepak.
5.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
5.1 Sekiranya kurang dari 9 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila
pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu dijadualkan,
maka pasukan yang mempunyai 9 orang atau lebih di padang hendaklah diberi
kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong (2-0).
5.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain-pemain atau
lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu
yang dijadualkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada
Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan selanjutnya.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
22
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.
7.1 PENARIKAN DIRI
Sila rujuk perkara 13.0 Peraturan Am
8.0 MASA BERMAIN
8.1 Masa bermain ialah 40 minit bagi tiap-tiap separuh masa dan masa rehat selama
10 minit.
8.2 Mana-mana 7 orang pemain termasuk penjaga gol boleh diganti/ditukarkan dalam
masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang
diganti ini tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil
tendangan penalti.
9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
9.1 Secara Liga
9.1.1 Cara memberi mata :
• Menang - 3 mata
• Seri - 1 mata
• Kalah - 0 mata
9.1.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan,
pasukan hendaklah diberi 3 mata dengan jaringan dua kosong (2-0). Jika
terdapat mana-mana pasukan digantungkan atau menarik diri dari
pertandingan atas apa jua sebab, mata dan jaringan gol yang masuk atau
kena tidaklah diambil kira.
9.1.3 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:-
9.1.3.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira
menang.
9.1.3.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
dikira menang.
23
9.1.3.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan
lawannya diambil kira.
9.1.3.4 Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk
menentukan pemenang.Tendangan penalti dijalankan
10. PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN
10.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang berlainan
warna.
10.2 Pakaian ini hendaklah meliputi seperti berikut :
10.2.1 Jersi
10.2.2 Seluar
10.2.3 Stokin panjang diwajibkan.
10.2.4 Shinpad diwajibkan pakai
10.3 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan
memakai jersi yang mengelirukan, pasukan yang dinamakan dahulu wajib menukar
warna jersi mereka.
24
BOLA JARING
1.1 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bola Jaring
Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARISMA).
2.1 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.1 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) orang pemain.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.
5.0 PENARIKAN DIRI
Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am.
6.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN
6.1 Pasukan
Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain
sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang dari itu pasukan tersebut
dikira kalah.
6.2 Masa Bermain
6.2.1 Peringkat Kumpulan, Suku Akhir dan Separuh Akhir
Masa bermain ialah 15 minit - 5 minit - 15 minit. Pasukan hendaklah
bertukar gol selepas separuh masa perlawanan
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
25
6.2.2 Peringkat Akhir
Masa bermain ialah 20 minit - 5 minit - 20 minit. Pasukan hendaklah
bertukar gol selepas separuh masa perlawanan.
7.0 PERTUKARAN PEMAIN
7.1 Kecederaan & Kesakitan
Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat menyambung
permainannya, pemainan bolehlah diberhentikan selama dua (2) minit pada masa
kecederaan pertama, manakala masa kecederaan kedua dan seterusnya berlaku
masa kecederaan hanya diberikan selama 30 saat dan pemain itu perlu ditukarkan.
7.2 Pemain Simpanan
Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas
diganti di dalam permainan yang sama.
7.3 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang
dijalankan, melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan.
Pemain akan dibenarkan masuk bermain seperti berikut:-
7.3.1 Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain mestilah mengambil
kedudukan yang dikosongkan oleh pasukannya.
7.3.2 Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.
7.3.3 Selepas rehat separuh masa.
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
8.1 Secara Liga
8.1.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
26
8.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :-
8.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira
menang.
8.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya
diambil kira.
8.1.2.4 Jika masih seri, undian dengan lambungan syiling akan dijalankan.
8.2 Separuh Akhir ( Sistem Kalah Mati )
Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan dibuat dengan cara
tertentu seperti berikut:-
Pertandingan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua
pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol. Permainan
akan diteruskan dengan tiga (3) Hantaran Tengah dibuat secara bergilir. Keputusan
muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan
gol.
9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan
oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
10.0 KELEWATAN
10.1 Kelewatan
Hanya lima belas (15) minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan
selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan tiga (3) mata
dan jaringan gol empat belas berbalas kosong (14-0).
10.2 Sengaja
Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan Jawatankuasa
Pengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua
27
perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum,
tidak diambil kira (Null and Void).
Pasukan yang terlibat ini mungkin digantung daripada mengambil bahagian dalam
tahun yang berikutnya. Jika keadaan demikian disebabkan tindakan pegawai, maka
pegawai tersebut bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pusat.
11.0 PAKAIAN / PERALATAN
11.1 Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang
baju pemain :-
GS - Penjaring gol (Goal shooter)
GA - Penyerang gol (Goal attack)
WA - Penyerang sayap (Wing attack)
C - Pemain tengah (Centre)
WD - Penangkis sayap (Wing defence)
GD - Penahan gol (Goal defence)
GK - Penjaga gol (Goal keeper)
11.2 Sekiranya berlaku persamaan warna bibs, pasukan yang namanya mula-mula
tercatat di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar kepada bibs yang lain
warnanya. Ini bermakna setiap pasukan mesti membawa dua (2) set bibs yang
berlainan warna.
11.3 Tiap-tiap pasukan hendaklah membawa sekurang-kurangnya sebiji bola perlawanan.
12.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
13.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
28
14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
29
BOLA TAMPAR
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa dan Peraturan-peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) orang
pemain.
3.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
sebelum pertandingan pertama dimulakan.
3.3 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain
dalam pertandingan ini.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Perkara 9.0 Peraturan Am.
5.0 PENARIKAN DIRI
Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am.
6.0 KEPUTUSAN
6.1 Untuk cara Bola Tampar Wanita, permainan di peringkat awal akan menggunakan
sistem ‘Best of 3‘ dan di peringkat Separuh Akhir serta Akhir akan menggunakan
sistem ‘Best of 5‘.
6.2 Bagi acara Bola Tampar Lelaki, permainan di peringkat awal akan menggunakan
sistem ‘Best of 3’ dan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan
menggunakan sistem ‘Best of 5’.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
30
7.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
7.1 Cara memberi mata :
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Kemenangan Percuma - 0 mata
7.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cara
berikut:-
7.2.1 Peringkat 1: Kiraan nisbah mata, melibatkan semua pasukan dalam
kumpulan.
7.2.2 Peringkat 2 : Kiraan nisbah set, melibatkan semua pasukan dalam
kumpulan.
7.2.3 Peringkat 3 : Kiraan nisbah set, melibatkan pasukan yang terlibat
sahaja.
7.2.4 Peringkat 4 : Kiraan nisbah mata, melibatkan pasukan yang terlibat
sahaja.
a) Dalam Peringkat 1 hingga 4, pasukan yang
memperolehi nisbah yang lebih tinggi menduduki
tempat atas.
b) Jika kedudukannya masih lagi sama di Peringkat 1,
maka Peringkat 2 akan digunakan. Jika masih
sama, maka Peringkat seterusnya akan digunakan.
Takrif - takrif :-
Nisbah mata = Jumlah Set Menang
Jumlah Set Kalah
Nisbah set = Jumlah Set Menang
Jumlah Set Kalah
31
7.3 Jika seri masih berlaku, maka keadaan berikut akan digunakan.
7.3.1 Jika hanya dua pasukan yang terlibat, pasukan yang telah mengalahkan
lawannya dikira menang.
7.3.2 Jika tiga atau lebih pasukan, maka keputusan muktamad akan ditentukan
dengan undian.
8.0 PAKAIAN
8.1 Pakaian yang sesuai dengan permainan bola tampar dan mempunyai nombor
dihadapan dan dibelakang baju.
8.2 Ketua pasukan / kapten hendaklah memakai baju bergarisan di bawah nombor atau
memakai armband.
9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
9.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan
disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,
perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan
diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, sekiranya tidak
melebihi empat (4) jam keputusan berikut diikuti:-
9.1.1 Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama set yang tergendala
akan disambung dengan mata, pemain dan kedudukan yang sama.
9.1.2 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya.
9.1.3 Set gangguan telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya.
10.0 KELEWATAN
Masa selama lima belas (15) minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0.
11.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
32
12.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
33
SEPAKTAKRAW BERPASUKAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KARiSMA)
UiTM yang dikuatkuasakan sepanjang Kejohanan ini.
2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:
2.1 Undang-Undang Permainan Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan
Pesatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang berkuatkuasa pada ketika ini.
2.2 Peraturan Am dan Undang-Undang permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Induk, Pengelola serta Teknikal dan Pertandingan.
3.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan pemain
masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
4.2 Bilangan Pegawai dan pemain bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:
Pengurus Jurulatih Pemain Jumlah
Minima 1 1 9 11
Maksima 1 1 12 14
4.3 Setiap Kampus dibenarkan menyertai SATU PASUKAN sahaja.
4.4 Senarai nama pemain mengikut susunan regu dan simpanan hendaklah diserahkan
kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
4.5 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain
dalam pertandingan ini.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
34
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan dalam DUA PERINGKAT iaitu peringkat PUSINGAN
PERTAMA dan PUSINGAN KEDUA.
5.1.1 Pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu
pusingan dan pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan secara
undian.
5.1.2 Pertandingan Pusingan kedua dan seterusnya akan dijalankan
secara KALAH SINGKIR.
5.1.3 Semua Pasukan mestilah berada 30 minit sebelum perlawanan
dijadualkan bermula. Jika mana-mana pasukan tidak melaporkan diri
15 minit selepas waktu yang dijadualkan atau melaporkan diri dengan
pemain-pemainnya yang kurang dari 9 orang. Maka pasukan
berkenaan tidak layak meneruskan perlawanannya dan dianggap
menarik diri.
6.0 PENARIKAN DIRI
Pasukan yang menarik diri selepas pengesahan dibuat akan disenarai hitamkan.
Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan.
7.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
7.1 Mata kemenangan akan diberikan seperti berikut:
7.1.1 Menang - 2 mata
7.1.2 Kalah - 0 mata
7.2 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan MATA
diperolehi sama oleh DUA PASUKAN atau lebih, maka kemenangan akan
ditentukan dengan cara turutan peraturan berikut:
7.2.1 Kiraan Perbezaan Regu yang di perolehi.
7.2.2 Kiraan perbezaan SET - Pasukan yang telah memperolehi lebih kiraan
perbezaan SET, akan dikira menang.
7.2.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA - Pasukan yang telah
memperolehi lebih kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA.
35
7.2.4 Sekiranya dengan kaedah-kaedah di atas terdapat sama juga oleh DUA
REGU sahaja, maka REGU yang telah mengalahkan lawannya akan dikira
menang dan jika kaedah ini juga tidak mendapat keputusan, maka REGU-
REGU berkenaan akan diundi bagi menentukan kedudukan Pemenang
Kumpulan.
8.0 PAKAIAN
8.1 Semua pemain hendaklah berpakaian (berjersi) seragam.
8.2 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang.
Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi dari 1 hingga 36 yang sama
untuk keseluruhan kejohanan.
8.3. Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan
berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan.
8.4 Ketua regu mestilah dilantik dalam setiap regu semasa permainan dan dikehendaki
memakai tanda dilengan (Arm Band)..
9.0 BOLA RASMI
Bola pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola di sepanjang kejohanan ini.
10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan rusuhan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat
dimainkan atau diteruskan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
11.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
11.1 Masa 15 minit sahaja masa diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan
selepas tamat tempoh masa tersebut, pihak lawannya yang berada di gelanggang
akan diberi kemenangan percuma dengan pemberian 2 MATA dan kiraan mata 21-
0, 21-0.
12.0 HADIAH
Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am
36
13.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
14.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
15.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan KARiSMA yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.
37
SEPAKTAKRAW ANTARA REGU
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KARiSMA)
UiTM yang dikuatkuasakan sepanjang Kejohanan ini.
2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:
2.1 Undang-Undang Permainan Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan
Pesatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang berkuatkuasa pada ketika ini.
2.2 Peraturan Am dan Undang-Undang permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Induk, Pengelola serta Teknikal dan Pertandingan.
3.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara Regu.
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan pemain
masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
4.2 Bilangan Pegawai dan pemain bagi setiap Regu adalah seperti berikut:
Pengurus Jurulatih Pemain Jumlah
Minima 1 1 3 5
Maksima 1 1 5 7
4.3 Setiap Kampus dibenarkan menyertai Dua (2) regu sahaja.
4.4 Senarai nama pemain mengikut susunan regu dan simpanan hendaklah
diserahkan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
4.5 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
38
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
5.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu akan diterima sebagai pasukan pilihan dan akan
diasingkan.
5.3 Regu pilihan juga boleh ditentukan semasa mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan
dan diasingkan.
5.4 Pasukan yang menghantar 2 regu, kedudukan pertandingan akan diasingkan (satu
di atas dan satu di bawah).
6.0 PENARIKAN DIRI
Pasukan yang menarik diri selepas pengesahan dibuat akan disenarai hitamkan.
Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan
7.0 PAKAIAN
7.1 Semua pemain hendaklah berpakaian (berjersi) seragam.
7.2 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang.
Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi dari 1 hingga 36 yang sama
untuk keseluruhan kejohanan.
7.3. Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan
berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan.
7.4 Ketua regu mestilah dilantik dalam setiap regu semasa permainan dan dikehendaki
memakai tanda dilengan (Arm Band).
8.0 BOLA RASMI
Bola pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola di sepanjang kejohanan ini.
9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan rusuhan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat
dimainkan atau diteruskan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
39
10.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
Masa 15 minit sahaja masa diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas
tamat tempoh masa tersebut, pihak lawannya yang berada di gelanggang akan diberi
kemenangan percuma dengan pemberian 2 MATA dan kiraan mata 21-0, 21-0.
.
11.0 HADIAH
Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am
12.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
13.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
40
HOKI 9 SEBELAH LELAKI & WANITA
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Hoki Antarabangsa dan
Peraturan-peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
3.0 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) orang
pemain bagi pasukan lelaki dan wanita.
3.1 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
sebelum pertandingan dimulakan.
3.2 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan
kepada pengadil bertugas sepuluh (10) minit sebelum sesuatu perlawanan
dimulakan.
3.3 Hanya pemain berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain
dalam pertandingan ini.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Perkara 9.0 Peraturan Am.
5.0 PENARIKAN DIRI
Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am.
6.0 MASA BERMAIN
6.1 Sepuluh (10) minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan dua (2) minit masa
pertukaran (10:2:10).
7.0 PENGGANTIAN
7.1 Seramai tiga (3) orang pemain dibenarkan ditukar pada bila-bila masa.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
41
7.2 Pemain yang diganti boleh bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling
substitution).
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
8.1 Secara Liga
8.1.1 Cara memberi mata :-
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
8.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:-
8.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaaan gol akan dikira
menang.
8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
dikira menang.
8.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan
lawannya diambil kira.
8.1.2.4 Jika masih seri, “Sistem Pukulan Penalti’ akan digunakan
8.1.3 Secara Kalah Mati
8.1.3.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika seri pemenang akan
ditentukan secara sistem pukulan penalti.
9.0 SISTEM PUKULAN PENALTI
9.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil tiga (3) pukulan dari tanda penalti dengan cara
pukulan berselang seli.
9.2 Jika masih seri, pukulan penalti akan diteruskan oleh pemain yang berlainan secara
berselang seli dengan sistem ‘Sudden Death’.
9.3 Pengadil akan memutuskan gol di mana pukulan dijalankan.
9.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan memulakan
pukulan penalti.
9.5 Semua pemain-pemain yang berdaftar layak untuk membuat pukulan penalti
(termasuk pemain simpanan)
42
9.6 Semua pemain-pemain kecuali yang akan mengambil pukulan penalti dan penjaga
gol lawan mestilah berada di kawasan garisan tengah padang semasa pukulan
penalti dijalankan.
9.7 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa
pukulan penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan
maksimum pengganti-pengganti yang dibenarkan.
9.8 Pemain yang sedang digantung perlawanan tidak dibenarkan mengambil pukulan
penalti bagi perlawanan tersebut.
10.0 PAKAIAN
10.1 Penjaga gol mestilah memakai ‘face mask’, ‘chest guard’ dan dua (2) ‘glove’.
10.2 Sesuai dengan permainan hoki.
10.3 ‘Shinpad’ diwajibkan pakai.
11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan
oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
12.0 KELEWATAN
Masa selama lima belas (15) minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 (tiga) mata dan jaringan gol
dua berbalas kosong (2 - 0).
13.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am
14.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am
43
15.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
44
RAGBI 10 SEPASUKAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ragbi & sebelah International
Rugby Board (IRB), Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan Peraturan-Peraturan Am
Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA UiTM)
1.2 Pihak pengelola dimestikan menyediakan pasukan perubatan (ambulans) dalam
semua perlawanan.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan antara Pasukan. Pusingan kalah mati Cup / Plate / Bowl akan
diguna pakai di dalam pertandingan ini.
3.0 KELAYAKAN PASUKAN
Penyertaan pasukan yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain dan pihak Jawatankuasa
Pengelola danTeknikal berhak menentukan kelayakkan pasukan serta pemainnya.
4.0 KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada LIMA BELAS (15)
orang pemain.
4.2 Setiap pemain yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili
mana-mana pasukan.
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am.
6.0 PERALATAN / BOLA RASMI
Peralatan atau persiapan padang disediakan oleh jawatankuasa pengelola dan bola ragbi
Gilbert akan digunakan disepanjang kejohanan ini.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
45
7.0 PEMAIN GANTIAN
7.1 Pemain boleh diganti secara “rolling substition” di mana semua pemain boleh keluar
masuk padang dengan kebenaran pengadil atau pembantu pengadil semasa
perlawanan berlangsung.
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
8.1 Kedudukan ranking pasukan/pasukan yang layak ke pusingan seterusnya akan
dibuat berdasarkan kepada:
8.1.1 Jumlah mata tertinggi
8.1.2 Jumlah perbezaan skor
8.1.3 Jumlah purata skor
8.1.4 Keputusan perlawanan diantara keduanya
8.1.5 Pasukan yang mempunyai jumlah skor tertinggi
8.1.6 Pasukan yang mempunyai jumlah bolos terendah
8.1.7 Undian lambungan siling akan dijalankan oleh J/kuasa pengelolabersama
pengurus pasukan yang terlibat.
8.2 Masa Permainan:
8.2.1 Dalam pusingan awal dan pusingan seterusnya masa penuh permainan
adalah selama 10 - 5 - 10 minit. Jika permainan telah dijalankan selama
lebih 15 minit dan terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan keadaan cuaca dan sebagainya, maka keputusan permainan
adalah dianggap sah. Jika tidak perlawanan ulangan akan dijalankan.
Pengadil bertanggungjawab menentukan masa permainan.
8.2.2 Permainan akan dimulakan tidak lewat dari 15 minit dari masa yang telah
dinyatakan dalam jadual dengan tidak kurang dari 8 orang pemain setiap
pasukan berada dalam padang semasa perlawanan dimulakan. Jika gagal
maka pasukan berkenaan dikira memberi ‘walkover’ dan jika kedua-dua
pasukan gagal mengadakan pemain dengan jumlah yang minima maka
pengelola kejohanan akan menjadualkan semula perlawanan berkenaan.
46
9.0 PENGADIL PERLAWANAN
9.1 Semua pengadil perlawanan adalah dibawah pengelolaan penyelaras pengadil
Kesatuan Ragbi Malaysia atau Kesatuan Ragbi Negeri dan keputusan pengadil
adalah muktamad.
9.2 Dalam apa juga situasi semasa perlawanan berlangsung pengadil adalah pegawai
yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan pegawai kejohanan akan
bekerjasama memberikan nasihat kepada pengadil berdasarkan kepada aspek
keselamatan.
10.0 UNDIAN
Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan dengan kerjasama jawatankuasa pengelola akan
menetapkan tarikh untuk diadakan undian.
11.0 JADUAL PERTANDINGAN
Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.0 KELEWATAN
12.1 Sila rujuk perkara 12.0 Peraturan Am.
12.2 Senarai nama pemain-pemain hendaklah diserahkan kepada pengadil kehormat
bertugas 15 minit sebelum masa perlawanan bermula. Hanya 15 minit akan
diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan
diberi kemenangan percuma ( 4 try - 28 - 0 ).
13.0 PAKAIAN
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya pasukan yang namanya mula-
mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya.
14 .0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD
47
BOLA KERANJANG
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Persekutuan Bola
Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
adalah dirujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari DUA BELAS (12)
orang pemain.
3.3 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan
tidak dibenarkan mengambil bahagian.
3.4 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain
hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan sebelum perlawanan pertama
setiap pasukan bermula.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am.
5.0 PERTUKARAN
Mana-mana DUA BELAS (12) orang pemain boleh diganti/ditukarkan dalam masa sesuatu
perlawanan termasuk masa tambahan.
6.0 PAKAIAN / ALAT
6.1 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara dua (2) pasukan yang akan
bertanding, pasukan yang nama dicatat dahulu dalam jadual pertandingan
dikehendaki menukar jersi yang lain.
6.2 Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
48
7.0 MASA BERMAIN
7.1 Kategori lelaki
Permainan ini akan dijalankan sebanyak 4 suku masa iaitu 10 – 1 – 10 – 5- 10 – 1 – 10
7.2 Kategori Wanita
Permainan akan dijalankan dua separuh masa iaitu 12 – 5 – 12
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
8.1 Secara Liga :
8.1.1 Cara memberi mata :
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Kemenangan Percuma - 0 mata
8.1.2 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The
Games)
8.2 Secara Kalah Mati
8.2.1 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The
Games)
9.0 KELEWATAN
Masa selama LIMA BELAS (15) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan
selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan DUA (2)
mata kemenangan dan bilangan 20 - 0.
10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan
oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola.
49
11.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 di dalam Undang-undang Dan Peraturan Am
KARiSMA.
11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
50
FUTSAL
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(FIFA) dan Peraturan AM Karnival Sukan Mahasiswa UiTM.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar dua belas (12) orang pemain.
3.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
sebelum pertandingan dimulakan.
3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan
kepada pengadil bertugas lima belas (15) minit sebelum sesuatu perlawanan
dimulakan.
3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain
dalam pertandingan ini.
4.0 PERTUKARAN PEMAIN
Tujuh (7) orang pemain boleh ditukar secara ‘Rolling’.
5.0 PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN
5.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang berlainan
warna. Pakaian ini hendaklah meliputi seperti berikut :
5.1.1 Baju / Jersi
5.1.1.1 Seluar (memakai seluar track / bawah paras lutut / seluar ‘tight’ bagi
pemain wanita yang memakai seluar pendek)
5.1.1.2 Stokin panjang diwajibkan.
5.1.1.3 Shinpad diwajibkan pakai.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
51
5.1.2 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan
memakai jersi yang mengelirukan, pasukan yang dinamakan dahulu wajib menukar
warna jersi mereka.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.
7.0 PENGADIL
Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bermula daripada
pusingan awal hingga ke perlawanan akhir.
8.0 TEMPAT PERTANDINGAN
Tempat pertandingan (venue) akan disediakan dan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
9.1 Secara Liga
9.1.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :
9.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira
pemenang.
9.1.2.2 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan lebih banyak
gol dikira pemenang.
9.1.2.3 Jika masih sama, pasukan yang telah mengalahkan
pasukan lawannya dalam perlawanan awal akan dikira
pemenang.
52
9.1.2.4 Jika masih sama, pemenang akan ditentukan melalui
sepakan penalti.
9.2 Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir
9.2.2 Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
9.2.3 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :
9.2.3.1 Sepakan penalti sebanyak lima (5) kali secara berselang
seli akan dijalankan.
9.2.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara ‘sudden
death’ akan digunakan.
10.0 MASA PERMAINAN
10.1 Masa permainan adalah: DUA PULUH (20) minit untuk pasukan lelaki bagi setiap
separuh masa dan masa rehat adalah selama lima (5) minit (RUNNING TIME)
10.2 Masa permainan adalah: LIMA BELAS (15) minit untuk pasukan wanita bagi
setiap separuh masa dan masa rehat adalah selama lima (5) minit (RUNNING TIME)
11.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
11.1 Hanya LIMA BELAS (15) minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan
selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan skor 3-0.
12.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan
oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditetapkan
oleh Jawatankuasa Teknikal / Pengelola.
53
13.0 PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN
13.1 Pemain yang diberikan KAD MERAH (perintah keluar) tidak boleh bermain di dalam
permainan yang sama dan digantung SATU (1) perlawanan berikutnya secara
automatik.
13.2 Pemain yang menerima DUA (2) kad kuning digantung SATU (1) perlawanan
berikutnya secara automatik.
14.0 BANTAHAN
Sila rujuk perkara 14.0 Peraturan Am.
15.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk perkara 15.0 Peraturan Am.
16.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
54
SILAT SENI
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia (PESAKA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan secara individu dan berkumpulan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
adalah dirujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari dua (2) penyertaan
bagi setiap kategori.
3.3 Borang Pendaftaran Penyertaan, Borang Jaminan Diri dan Borang Pemeriksaan
Kesihatan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan semasa
pendaftaran.
3.4 Setiap pesilat hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.
3.5 Pesilat Kategori Silat Seni tidak dibenarkan untuk bertanding bagi kategori
Silat Olahraga.
3.6 Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak membatalkan penyertaan peserta
jika didapati berlaku perlanggaran syarat-syarat penyertaan dan pertandingan.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan dijalankan terus ke Peringkat kalah mati
4.2 Pasukan yang menghantar dua (2) pesilat bagi setiap kategori,
kedudukan pasukan adalah berdasarkan undian.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
55
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori yang di pertandingkan adalah:-
5.1 Kategori Jurus Wajib ( Regu )
5.1.1 Diwakili oleh TIGA (3) peserta.
5.1.2 Acara Putera & Puteri.
5.1.3 Mengikut Jurus yang ditetapkan oleh PESAKA.
5.2 Kategori Jurus Tunggal
5.2.1 Persembahan solo oleh Pesilat.
5.2.2 Acara Putera & Puteri.
5.2.3 Pesilat mengayakan jurus yang diperkenalkan oleh PESAKA.
5.2.4 Jumlah masa adalah TIGA (3) minit.
5.2.5 Ukuran senjata yang dibenarkan bagi parang, mata parang adalah 30
hingga 40 cm dan bagi tongkat ialah 150 hingga 180 cm serta diameter
2.5 cm hingga 3.5 cm.
5.3 Kategori Tempur ( Ganda )
5.3.1 Seni tempur kategori Putera & Puteri.
5.3.2 Merangkumi dua peserta untuk setiap kategori Putera dan Puteri.
5.3.3 Masa diperuntukkan adalah selama TIGA (3) minit.
5.3.4 Gong atau wisel pertama akan dibunyikan 10 saat sebelum masa tamat dan
yang terakhir menandakan masa telah tamat.
5.3.5 Pada 1 minit 30 saat yang pertama adalah permainan tangan kosong dan
selebihnya permainan bersenjata.
5.3.6 Senjata yang dibenarkan hanya parang dan tongkat sahaja. (Ukuran rujuk
Perkara 5.2.5).
5.3.7 Sebarang senjata yang ingin digunakan mesti ditunjukkan dan diluluskan
oleh wasit juri terlebih dahulu.
5.3.8 Syarat pertandingan hendaklah dirujuk kepada Persatuan Silat Kebangsaan
Malaysia ( PESAKA ).
6.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan Am
56
7.0 MASA
Bagi setiap kategori diperuntukkan masa selama tiga (3) minit sahaja.
8.0 PAKAIAN
8.1 Bagi seni tunggal dan ganda, pakaian berwarna polos bagi seluar dan baju dan
hendaklah bersamping yang mana dibenarkan bercorak.
8.2 Pesilat juga dimestikan bertengkolok.
8.3 Bagi acara regu, ketiga-tiga pesilat mestilah berpakaian hitam dan berbengkung
putih yang berukuran sepuluh (10) sentimeter lebar.
9.0 KELEWATAN
Sebanyak tiga (3) panggilan akan diberikan kepada pesilat yang lewat dan selepas masa itu
pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
10.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
57
SILAT OLAHRAGA
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia (PESAKA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan secara individu.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
adalah dirujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari dua (2) orang pesilat
bagi setiap kategori.
3.3 Borang Pendaftaran Penyertaan, Borang Jaminan Diri dan Borang Pemeriksaan
Kesihatan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan semasa
pendaftaran.
3.4 Peserta kategori silat olahraga tidak dibenarkan untuk beraksi bagi kategori silat
seni.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.2 Pesilat-pesilat yang pernah mewakili UiTM di dalam Kejohanan Sukan MASUM akan
diberi keutamaan sebagai pesilat pilihan.
4.3 Pesilat-pesilat yang pernah mewakili negeri atau negara atau mempunyai rekod
cemerlang juga akan diberi keutamaan.
4.4 Pasukan yang menghantar DUA (2) pesilat bagi setiap kategori, kedudukan
pertandingan akan diasingkan (satu di atas dan satu di bawah)
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
58
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori yang di pertandingkan adalah:-
Kategori Kelas Putera (kg)
Kategori Kelas Puteri (kg)
Kelas A 45 - 50
Kelas A 45 - 50
Kelas B 50 - 55
Kelas B 50 -55
Kelas C 55 - 60
Kelas C 55 - 60
Kelas D 60 - 65
Kelas D 60 - 65
Kelas E 65 - 70
Kelas E 65 - 70
Kelas F 70 - 75
Kelas F 70 - 75
Kelas G 75 - 80
Kelas H 80 - 85
Kelas I 85 - 90
Kelas J 90 - 95
6.0 MASA
Masa bagi setiap pusingan adalah selama dua (2) minit dan tiga (3) pusingan akan
diperuntukkan (2,1,2,1,2) untuk setiap perlawanan. Bagaimanapun tertakluk kepada
sebarang perubahan semasa pertandingan
7.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan AM
59
8.0 SESI TIMBANG
Sesi timbang akan dijalankan sehari sebelum hari pertandingan dan timbang ulang tidak
dijalankan. Berat timbangan +/- 1 kg.
9.0 PAKAIAN
9.0 Setiap pesilat hendaklah memakai pakaian seragam silat berwarna hitam dengan
potongan baju melayu.
9.1 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan dan kemaluan yang diperbuat
daripada bahan plastik.
9.2 Pelindung sendi hendaklah nipis dan bersesuaian dengan fungsinya.
10.0 PERALATAN
Pihak penganjur akan menyediakan peralatan bagi pertandingan walau bagaimanapun,
setiap pasukan digalakkan membawa peralatan sendiri.
11.0 KELEWATAN
Sebanyak TIGA (3) panggilan akan diberikan kepada pesilat yang lewat dan selepas masa
itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
60
TAEKWONDO
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang World Taekwondo
Federation (WTF) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARiSMA).
2.0 KELAYAKAN
Rujuk Perkara 4.0 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARiSMA) adalah di rujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari dua (2) orang
peserta bagi setiap kategori kyorugi manakala penyertaan bagi kategori
poomsae adalah bebas iaitu peserta tidak dihadkan untuk menyertai
ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.
3.3 Setiap peserta diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan diri dan
disahkan oleh pegawai kesihatan atau pegawai yang setaraf dengannya.
3.4 Borang Jaminan Diri dan Borang Pemeriksaan Kesihatan hendaklah
diserahkan kepada penyelaras teknikal sebelum sesi timbang berat bagi
kategori kyorugi dan sebelum pertandingan bermula bagi kategori
poomsae.
3.5 Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
3.5.1 Acara Kyorugi
KATEGORI LELAKI KATEGORI WANITA
FIN (Tidak lebih 54 kg) FIN (Tidak melebihi 46 kg)
FLY (54 kg – 58 kg) FLY ( 46 kg – 49 kg)
BANTAM (58 kg – 63 kg) BANTAM ( 49 kg – 53 kg)
FEATHER (63 kg – 68 kg) FEATHER ( 53 kg – 57 kg)
LIGHT ( 68 kg – 74 kg) LIGHT ( 57 kg – 62 kg)
WELTER ( 74 kg – 80 kg) WELTER ( 62 kg – 67 kg)
MIDDLE ( 80 kg – 87 kg) MIDDLE ( 67 kg – 73 kg)
HEAVY ( 87 kg ke atas) HEAVY ( 73 kg ke atas)
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
61
3.5.2 Acara Poomsae
LELAKI & WANITA SEPARUH AKHIR AKHIR
Individu Taegeuk 7 & Taegeuk 8 Taegeuk 8 & Koryo
Berpasukan (3 orang) Taegeuk 3 & Taegeuk 4 Taegeuk 4 & Taegeuk 5
Campuran ( 2 orang) Taegeuk 5 & Taegeuk 6 Taegeuk 6 & Taegeuk 7
4.0 REFERI KEHORMAT / KETUA PENGADIL / PENGADIL
Rujuk Perkara 6.0 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
5.0 PAKAIAN DAN PERALATAN
5.1 Rujuk Perkara 8.1 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARiSMA).
5.2 Peralatan pertandingan hendaklah dibawa sendiri oleh pasukan
masing-masing. Contoh: Head Gear, Body Protector dan lain-lain.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Acara Kyorugi :
i. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
ii. Peserta-peserta yang pernah mewakili UiTM di dalam
Kejohanan Sukan MASUM / SUKIPT akan diberi keutamaan
sebagai peserta pilihan.
iii. Peserta-peserta yang pernah mewakili negeri atau negara
atau mempunyai rekod cemerlang juga akan diberi
keutamaan.
iv. Pasukan yang menghantar 2 orang peserta bagi setiap
kategori, kedudukan pertandingan akan diasingkan (satu di
atas dan satu di bawah).
6.2 Acara Poomsae:
i. Pertandingan akan dijalankan secara penilaian berkumpulan.
ii. Semua peserta dikehendaki untuk melakukan dua (2) taegeuk pada
pusingan separuh akhir dan dua (2) taegeuk pada pusingan akhir.
iii. Lapan peserta terbaik dipusingan separuh akhir akan layak ke
pusingan akhir.
7.0 MASA
Masa bagi setiap pusingan adalah selama dua (2) minit dan tiga (3) pusingan
akan diperuntukan (2-1-2-1-2) untuk setiap perlawanan. Bagaimanapun tertakluk
kepada sebarang perubahan semasa pertandingan.
62
8.0 SESI TIMBANG
7.1 Peserta DIWAJIBKAN untuk menjalani sesi timbang sehari sebelum pertandingan
bermula.
7.2 Berat semua peserta mestilah tepat mengikut kategori yang didaftarkan. Peserta
akan digugurkan kategorinya sekiranya melebihi atau bawah berat.
7.3 Timbang berat percubaan akan dijalankan satu jam sebelum timbang berat rasmi
untuk mengurangkan pengguguran kategori.
9.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan Am.
11.0 KELEWATAN
Sebanyak TIGA (3) panggilan akan diberikan kepada peserta yang lewat dan selepas masa
itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
63
PETANQUE
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Rasmi Antarabangsa yang digubal
pada tahun 1984 oleh FIPJP iaitu sebuah pertubuhan yang di kawal selia di
Kongres Geneve dan Peraturan-Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa
UiTM (KARiSMA)
1.2 Pertandingan adalah tertakluk kepada undang-undang Am dan Peraturan-
Peraturan Am sukan KARiSMA UiTM 2014
1.3 Sekiranya terdapat persel is ihan dari segi pentafsiran undang-undang
permainan, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.
1.4 Semua bantahan berkaitan dengan perkara teknikal akan diputuskan oleh
Teknikal Kejohanan
1.5 Semua bantahan berkaitan dengan peraturan pertandingan akan diputuskan
bersama oleh Pengerusi dan Teknikal Kejohanan.
1.6 Apa jua keputusan yang dibuat oleh Teknikal atau Pengerusi pertandingan adalah
muktamad.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Perseorangan (Single), Berduo (Double) Trio (Mix Triple) dan berpasukan
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Lelaki / Wanita
3.2 Tiap-tiap kampus hanya dibenarkan mendaftarkan 1 Pasukan sahaja yang terdiri dari
5 orang lelaki dan 4 orang wanita :-
JAWATAN LELAKI WANITA
Pengurus 1
Jurulatih 1
Atlet 5 4
3.3 Senarai pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia pertandingan
sebelum tarikh undian.
3.4 Penambahan senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat pengurus-
pengurus pasukan kecuali hanya dibenarkan pertukaran pemain sahaja iaitu
bagi pemain yang namanya belum didaftarkan lagi.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
64
4.0 ACARA BERPASUKAN
4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan sembilan (9) orang pemain.
4.2 Seorang pemain hanya boleh bermain untuk satu acara sahaja pada setiap
perlawanan.
5.0 ACARA INDIVIDU
5.1 Hanya satu wakil pasukan sahaja boleh mengambil bahagian di dalam setiap
kategori yang dipertandingkan.
5.2 Tiada pertukaran pemain dibenarkan selepas pendaftaran acara individu dilakukan
5.3 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan 2 pemain lelaki dan seorang wanita
untuk acara Mixed Trio.
5.4 Setiap pasukan hanya boleh menghantar penyertaan dengan kadar maksimum
seperti berikut:
ACARA BILANGAN ATLET
MAKSIMUN
PENYERTAAN
Lelaki Wanita Lelaki Wanita
SINGLE 1 1 1 1
DOUBLE 2 2 1 1
TRIO MIX 2 1 1
6.0 UNDIAN
6.1 Undian akan diadakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan.
7.0 PEMAIN PILIHAN (RANKING)
7.1 Pemain-pemain yang pernah mewakil UiTM di dalam Kejohanan SUKIPT dan
MASUM akan diberi keutamaan sebagai pemain pilihan (seaded player).
7.2 Pemain-pemain yang pernah mewakili negeri atau Negara atau mempunyai rekod
cemerlang juga akan diberi keutamaan
8.0 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Undian pemain akan dibuat pada mesyuarat pengurus pasukan bagi acara individu
sahaja.
65
8.2 Pertandingan pusingan pertama akan dijalankan secara LIGA BERKUMPULAN bagi
acara berpasukan. Sementara bagi acara individu akan dijalankan secara kalahmati
(knock out ).
8.3 Pertandingan Suku Akhir akan dijalankan secara kalah mati.
8.4 Pertandingan akan dijalankan dengan format permainan bermasa dan akan
dijalankan selama 1 jam tambahan 1 end.
8.5 Perlawanan tamat pada skor 13 atau tamat had masa selama 60 minit (1 jam). Jika
masa telah tamat, pasukan yang memperolehi skor tertinggi dikira pemenang. Jika
skor seri, tambahan 1 end diberi sehingga terdapat mana-mana satu pasukan
memperolehi mata tambahan.
9.0 PAKAIAN
9.1 Pemain-pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing-masing.
Hanya baju ‘T’ yang berkolar dan seluar slack atau track bottom dibenarkan semasa
pertandingan.
9.2 Hanya kasut sukan dibenarkan di dalam gelanggang.
9.3 Pengelola Pertandingan tidak akan membenarkan pemain-pemain menyertai
pertandingan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan tersebut.
10.0 KELEWATAN
10.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah
namanya diumumkan untuk bermain.
10.2 Masa selama 15 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat dimainkan
atau diteruskan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
9.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
13.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
66
14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
67
PING PONG BERPASUKAN CAMPURAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa
dan Peraturan-peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan secara BERPASUKAN.
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan Berpasukan
3.1.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi 11 orang pemain iaitu 7 orang pemain lelaki
dan 4 orang pemain wanita.
3.1.2 Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja.
3.1.3 Susunan perlawanan sesuatu pertandingan adalah seperti berikut:
3.1.3.1 Perseorangan lelaki
3.1.3.2 Perseorangan wanita
3.1.3.3 Bergu lelaki pertama
3.1.3.4 Bergu wanita
3.1.3.5 Bergu lelaki kedua
3.1.4 Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah disampaikan kepada
Pengadil Kehormat 15 minit sebelum sesuatu pertandingan dimulakan.
3.1.5 Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.
4.0 PERALATAN
Bola berwarna putih Nittaku 3 STAR 40 mm akan digunakan dalam pertandingan ini.
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Permainan akan dimainkan secara sistem ‘Best of 5’.
5.2 Sila rujuk Perkara 9.0 Peraturan Am.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
68
6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
6.1 Cara memberi mata :
Menang : 2 mata
Kalah : 0 mata
6.2 Jika dua (2) pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pasukan yang
mengalahkan lawannya dikira menang.
6.3 Jika tiga (3) pasukan atau lebih mendapat jumlah mata yang sama maka keputusan
akan ditentukan seperti berikut :
6.3.1 Pasukan yang memenangi perlawanan terbanyak dikira menang.
6.3.2 Jika masih seri pasukan yang memenangi bilangan permainan (set)
terbanyak dikira menang.
6.3.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan permainan terbanyak
dikira menang
6.3.4 Jika masih seri juga pasukan yang mendapat jumlah mata permainan yang
terbanyak dikira menang.
6.3.5 Jika masih seri juga, pasukan yang telah mengalahkan lawannya dikira
menang.
7.0 PAKAIAN
Pemain – pemain tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning dan oren serta sama
dengan warna bola (putih) dan setiap pasukan hendaklah berpakaian seragam selain warna
putih, kuning dan oren.
8.0 MELAPORKAN DIRI
Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah namanya
diumumkan untuk bermain.
9.0 KELEWATAN
Masa selama LIMA (5) minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 11-0, 11-0 & 11-0.
10.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am
69
11.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
70
PING PONG INDIVIDU
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa
dan Peraturan-Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Perseorangan (single) dan Bergu (double)
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Lelaki/ Wanita
Tiap-tiap pasukan boleh mendaftar maksima 2 pemain perseorangan lelaki serta 2
bergu bagi lelaki dan maksima 2 pemain perseorangan wanita serta 2 bergu bagi
wanita.
3.2 Senarai pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan
sebelum tarikh undian.
3.3 Penambahan kepada senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat pengurus-
pengurus pasukan kecuali hanya dibenarkan pertukaran pemain sahaja iaitu bagi
pemain yang namanya belum didaftarkan lagi.
3.4 Tiap pemain boleh didaftarkan untuk acara perseorangan dan bergu.
Walau bagaimanapun, jika berlaku pertindihan waktu perlawanan, perlawanan
berikutnya akan dijalankan 30 minit selepas sesuatu perlawanan tamat.
(Pertindihan waktu perlawanan perseorangan dan bergu).
Keutamaan hendaklah diberi kepada perlawanan perseorangan terlebih dahulu.
4.0 UNDIAN
Undian untuk perlawanan ini akan dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
71
5.0 PEMAIN PILIHAN (RANKING)
5.1 Pemain-pemain yang pernah mewakili UiTM di dalam Kejohanan Sirkit &
Sukan MASUM akan diberi keutamaan sebagai pemain pilihan (seaded player).
5.2 Pemain-pemain yang pernah mewakili negeri atau negara atau mempunyai rekod
cemerlang juga akan diberi keutamaan.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Semua pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dengan kiraan ‘Best of 5’.
6.2 Tiada perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua pihak terus
diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga.
6.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut turutan perlawanan. Pemain perlu
mengetahui nombor perlawanannya, tempat dan nombor gelanggang yang telah
disediakan.
6.4 Pengadil akan disediakan dari peringkat awal hingga akhir.
6.5 Permainan akan dimainkan secara sistem ‘Best of 5 sets’.
7.0 PAKAIAN
Pakaian yang sesuai dengan permainan ping pong.
8.0 MELAPOR DIRI/KELEWATAN
8.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah
namanya diumumkan untuk bermain.
8.2 Masa selama 5 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 11-0,11-0 ,11-0,
11-0 & 11-0.
9.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am
10.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
72
11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
73
BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini akan diputuskan
mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang berkuatkuasa pada
ketika ini dan Peraturan-peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA). Semua
acara badminton akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau (Rally Point Scoring
System) (3x21).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN.
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori.
3.2 Setiap pasukan perlu menyertai tiga (3) acara perseorangan dan dua (2)
acara bergu.
3.3 Tiap-tiap pasukan mengandungi 11 pemain iaitu TUJUH (7) pemain lelaki dan
EMPAT (4) pemain wanita.
3.4 Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja.
3.5 Susunan perlawanan sesuatu pertandingan (tie) adalah seperti berikut :
3.5.1 Perseorangan lelaki
3.5.2 Perseorangan wanita
3.5.3 Bergu lelaki pertama
3.5.4 Bergu wanita
3.5.5 Bergu lelaki kedua (2)
3.6 Senarai nama mengikut susuan perlawanan hendaklah disampaikan kepada
Pengadil Kehormat lima belas (15) minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
3.7 Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.
4.0 PERALATAN
Menggunakan bulu tangkis “ASHAWAY GOLD”. Bulu tangkis dan kelengkapan sukan yang
ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
74
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Perkara 9.0 Peraturan Am.
6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
6.1 Cara memberi mata:
Menang - 2 mata
Kalah - 0 mata
6.2 Jika dua atau lebih Pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
6.2.1 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak
dikira menang (game difference).
6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang
terbanyak dikira menang (set difference).
6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang
terbanyak dikira menang (point difference).
6.2.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira menang.
6.2.5 Jika tiga atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat
jumlah mata permainan terbanyak dikira menang.
7.0 PAKAIAN
7.1 Pakaian yang sesuai dengan pemainan badminton.
7.2 Bagi acara bergu, pemakaian baju pemain hendaklah sama dari segi warna dan
corak
8.0 PANGGILAN PEMAIN
Masa selama lima (5) minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan (21-0 / 21-0).
9.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
9.1 Setiap pemain hendaklah menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan
sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan melainkan telah
75
mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang disediakan oleh Pihak
Penganjur. Jika tidak pasukan tersebut boleh disingkirkan daripada pertandingan ini.
10.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
11.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
12.0 HAL-HAL LAIN
Hanya pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di gelanggang pertandingan
semasa sesuatu perlawanan berlangsung. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak
penganjur adalah MUKTAMAD.
13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARISMA)
yang berkenaan dan keputusannya MUKTAMAD.
76
BADMINTON INDIVIDU
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini akan diputuskan
mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang berkuatkuasa pada
ketika ini dan Peraturan-peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA). Semua
acara badminton akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau (Rally Point Scoring
System) (3x21).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan PERSEORANGAN (SINGLE) dan BERGU (DOUBLE)
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Lelaki / Wanita
3.1.1 Tiap-tiap pasukan boleh mendaftar maksimum DUA (2) pemain
perseorangan serta dua (2) bergu bagi lelaki dan maksimum DUA (2)
pemain perseorangan serta dua (2) bergu bagi wanita.
3.1.2 Senarai pendaftaran pemain hendaklah disertakan kepada Urusetia
Pertandingan sebelum tarikh undian.
3.1.3 Penambahan kepada senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat
pengurus-pengurus Pasukan kecuali hanya dibenarkan penggantian pemain
sahaja.
3.1.4 Tiap-tiap pemain boleh didaftarkan untuk acara Perseorangan dan Bergu.
3.1.5 Walau bagaimanapun jika berlaku pertindihan waktu perlawanan,
perlawanan berikutnya akan dijalankan tiga puluh (30) minit selepas sesuatu
perlawanan tamat (pertindihan waktu perlawanan perseorangan dan bergu).
3.1.6 Keutamaan hendaklah diberi kepada perlawanan perseorangan terlebih
dahulu.
4.0 UNDIAN
Undian untuk perlawanan ini akan dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa dan
Pertandingan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
77
5.0 PEMAIN PILIHAN (RANKING)
5.1 Pemain-pemain yang pernah mewakili UiTM dalam Kejohanan Sirkit dan Sukan
MASUM/SUKIPT akan diberikan keutamaan sebagai pemain pilihan.
5.2 Pemain yang pernah mewakili Negeri atau Negara atau mempunyai rekod
cemerlang juga akan diberikan keutamaan.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Semua pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI. Jika penyertaan
menggalakkan (maksimum) pemain akan dipecahkan di dalam kumpulan.
6.2 Tiada perlawanan untuk tempat ketiga dan tempat keempat. Kedua-dua pihak terus
diisytiharkan sebagai tempat ketiga.
6.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut turutan perlawanan. Pemain perlu
mengetahui nombor perlawanannya, tempat dan nombor gelanggang yang telah
ditetapkan.
6.4 Pengadil akan disediakan dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir.
7.0 PAKAIAN
7.1 Pakaian yang sesuai dengan permainan badminton.
7.2 Bagi acara bergu, pemakaian baju pemain hendaklah sama dari segi warna
dan corak
8.0 PANGGILAN PEMAIN
8.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah
namanya diumumkan untuk bermain.
8.2 Masa selama lima (5) minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas
itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan (21-0 / 21-0).
9.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am
10.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am
78
11.0 HAL-HAL LAIN
Hanya pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di gelanggang pertandingan
semasa sesuatu perlawanan berlangsung. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak
penganjur adalah MUKTAMAD.
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARISMA) yang berkenaan
dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
79
TENIS BERPASUKAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa.
Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Tenis Malaysia dan Peraturan-Peraturan Am
Karnival Sukan Mahasisiwa UiTM (KARiSMA).
2.0 JENIS PERMAINAN
Pertandingan dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN.
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi 11 orang pemain iaitu 7 orang pemain lelaki dan 4
orang pemain wanita.
3.2 Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja.
3.3 Susunan perlawanan sesuatu pertandingan (tie) adalah seperti berikut :
3.3.1 Perseorangan Lelaki
3.3.2 Perseorangan Wanita
3.3.3 Bergu Lelaki Pertama
3.3.4 Bergu Wanita
3.3.5 Bergu Lelaki Kedua
3.4 Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah diserahkan kepada
Pengadil Kehormat lima belas (15) minit sebelum sesuatu pertandingan dimulakan.
3.5 Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.
4.0 PERALATAN
Bola tenis jenis ‘Dunlop Fort’ dan kelengkapan sukan yang ditetapkan oleh Ahli
Jawatankuasa Teknikal akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sila rujuk Perkara 9.0 Peraturan Am.
5.2 Pertandingan dari peringkat awal hingga peringkat suku akhir akan dijalankan
secara pro set (8). Jika kedudukan 8-8 sama, game berikutnya adalah ‘tie break’
untuk menjadikan kedudukan 9-8.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
80
5.3 Pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir akan dijalankan melalui 3 set
terbaik dan sistem kiraan tambahan, (tie break) akan digunakan jika kedudukan
menjadi 6-6.
5.4 Perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat akan dijalankan untuk menentukan
pemenang pingat gangsa.
5.5 Pengadil perlawanan hanya akan disediakan diperingkat separuh akhir dan akhir
sahaja.
5.6 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut sistem giliran. Pemain perlu
mengetahui nombor perlawanannya, tempat dan nombor gelanggang yang telah
ditetapkan.
6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
6.1 Cara memberi mata:
Menang - 2 mata
Kalah - 0 mata
6.2 Jika dua atau lebih Pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
6.2.1 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang
terbanyak dikira menang (set difference)
6.2.2 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak
dikira menang (game difference)
6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang
terbanyak dikira menang (point difference).
6.2.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira menang.
6.2.5 Jika tiga atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat
jumlah mata permainan terbanyak dikira menang.
7.0 PENARIKAN DIRI / PEMAIN GANTIAN
7.1 Pemain gantian hanya boleh disenaraikan sebelum taklimat pengurus-pengurus
pasukan diadakan.
7.2 Pemain yang menarik diri, menyerah kalah akan dikira kalah dengan kedudukan 8-0
ataupun 6-0, 6-0.
81
8.0 UNDIAN
Undian akan diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan hendaklah dihadiri oleh sekurang-
kurangnya tiga (3) kampus cawangan.
9.0 PAKAIAN
Pakaian yang sesuai dengan permainan tenis yang sopan dan sempurna.
10.0 KELEWATAN
10.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah
namanya diumumkan untuk bermain.
10.2 Masa selama lima (5) minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas
itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan, rusuhan atau kerana hal-hal yang dijangkakan dan perlawanan tidak dapat
dimainkan atau diteruskan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
13.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
82
TENIS INDIVIDU
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa.
Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Tenis Malaysia dan Peraturan-Peraturan Am
Karnival Sukan Mahasisiwa UiTM (KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Perseorangan (single) atau Bergu (double)
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN
3.1 Lelaki / Wanita
3.1.1 Tiap-tiap kampus boleh mendaftarkan maksimum dua (2) pemain
perseorangan serta dua (2) bergu bagi lelaki dan maksimum dua (2)
pemain perseorangan serta dua (2) bergu bagi wanita.
3.1.2 Senarai pendaftaran pemain hendaklah disertakan kepada Urusetia
pertandingan sebelum tarikh undian.
3.1.3 Penambahan kepada senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat
pengurus-pengurus pasukan kecuali hanya dibenarkan pertukaran
pemain sahaja iaitu bagi pemain yang namanya belum didaftarkan lagi.
3.1.4 Tiap pemain boleh didaftarkan untuk acara perseorangan dan bergu.
Walau bagaimanapun, jika berlaku pertindihan waktu perlawanan,
perlawanan berikutnya akan dijalankan 30 minit selepas sesuatu
perlawanan tamat.(Pertindihan waktu perlawanan perseorangan dan
bergu). Keutamaan hendaklah diberi kepada perlawanan perseorangan
terlebih dahulu.
4.0 UNDIAN
4.1 Undian untuk acara perseorangan dan bergu akan diadakan semasa mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
4.2 Pemain-pemain dari pasukan (kampus) yang sama akan diasingkan dibahagian atas
dan bawah (supaya tidak bertemu dipusingan awal).
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
83
5.0 PEMAIN PILIHAN (RANKING)
5.1 Pemain-pemain yang pernah mewakil UiTM di dalam Kejohanan MASUM/SUKIPT
akan diberi keutamaan sebagai pemain pilihan (seaded player).
5.2 Pemain-pemain yang pernah mewakili negeri atau Negara atau mempunyai rekod
cemerlang juga akan diberi keutamaan.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Semua pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI.
6.2 Pertandingan dari peringkat awal hingga peringkat suku akhir akan dijalankan
secara pro-set (8). Jika kedudukan 8-8 sama, permainan berikutnya adalah ‘tie
break’ untuk menjadikan kedudukan 9-8.
6.3 Pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir akan dijalankan melalui 3 set
terbaik dan sistem kiraan tambahan, (tie break) akan digunakan jika kedudukan
menjadi 6-6.
6.4 Tiada perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua pihak akan terus
diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga.
6.5 Pengadil kejohanan hanya akan disediakan untuk peringkat separuh akhir dan akhir
sahaja.
6.6 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut ‘sistem giliran’. Pemain perlu
mengetahui nombor perlawanannya, tempat dan nombor gelanggang yang telah
ditetapkan.
7.0 PENARIKAN DIRI / PEMAIN GANTIAN
7.1 Pemain gantian hanya boleh disenaraikan sebelum cabutan undi dijalankan.
7.2 Pemain yang menarik diri, menyerah kalah akan dikira kalah dengan kedudukan 8-0
ataupun 6-0, 6-0.
8.0 PAKAIAN
Semua pemain tenis dikehendaki memakai pakaian tenis yang sopan dan sempurna.
9.0 KELEWATAN
9.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah
namanya diumumkan untuk bermain.
9.2 Masa selama lima belas (15) minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
84
10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan, rusuhan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat
dimainkan atau diteruskan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
11.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
12.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
85
BOLA BALING
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Bola Baling Antarabangsa
(IHF) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan antara pasukan.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
adalah di rujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari empat belas (14)
orang pemain.
3.3 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan
tidak dibenarkan mengambil bahagian.
3.4 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain
hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan sebelum perlawanan pertama
bermula.
4.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN
4.1 Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain
di padang sebelum satu-satu permainan dimulakan.
4.2 Masa :
4.2.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan lima belas (15)
minit sebelum masa yang ditetapkan bagi pertandingan.
4.2.2 Satu masa tidak lebih daripada sepuluh (10) minit akan diberikan kepada
pasukan yang lewat. Selepas daripada masa itu, pasukan tersebut dikira
kalah.
4.2.3 Masa bermain ialah dua puluh lima (20) minit tiap-tiap separuh masa dengan
sepuluh (10) minit rehat (20 minit-10 minit-20 minit).
4.2.4 Setiap pasukan hanya diberi SATU (1) ‘time out’ selama satu (1) minit
sahaja bagi setiap separuh masa.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
86
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.
6.0 PERTUKARAN
Mana-mana empat belas (14) orang pemain boleh diganti/ditukarkan dalam masa sesuatu
perlawanan termasuk masa tambahan.
7.0 PAKAIAN / ALAT
7.1 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara dua (2) pasukan yang akan
bertanding, pasukan yang nama dicatat dahulu dalam jadual pertandingan
dikehendaki menukar jersi yang lain.
7.2 Jersi pemain mestilah mempunyai nombor di bahagaian belakang dan hadapan.
7.3 Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur. (Molten H3X3200 /
H2X3200 )
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
8.1 Secara liga
8.1.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
8.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak adalah dikira sebagai pemenang.
8.1.3 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pasukan
yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira menang.
8.1.4 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jaringan gol terbanyak dikira
menang.
8.1.5 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam
pertandingan ini akan dikira menang.
8.1.6 Jika masih seri, balingan tujuh (7) meter secara bergilir akan diambil.
87
8.2 Secara Kalah Mati
Bagi perlawanan kalah mati, jika kedudukan seri selepas tamat waktu permainan,
cara-cara berikut akan digunakan untuk memutuskannya.
8.2.1 Perlawanan masa tambahan sepuluh (10) minit tanpa rehat (5/5)
8.2.2 Jika masih seri, LIMA (5) balingan tujuh (7) meter secara bergilir akan
diambil.
8.2.3 Sekiranya masih seri, percubaan tujuh (7) meter secara ‘Golden Goal’ dan
pemain terakhir yang membuat balingan tidak dibenarkan membuat balingan
semula.
9.0 KELEWATAN
Masa selama sepuluh (10) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan TIGA (3) mata
kemenangan dan bilangan 3 - 0.
10.0 BANTAHAN / TATATERTIB
10.1 Rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 di dalam Undang-undang Dan Peraturan Am
KARiSMA.
10.2 Mana-mana pemain atau pegawai yang dikenakan kad merah akan dihukum seperti
berikut :
10.2.1 Kad Merah tanpa laporan Pegawai Perlawanan pemain dikehendaki
meningalkan gelanggang serta-mera dan boleh bermain di perlawanan
seterusnya.
10.2.2 Kad Merah berserta laporan Pegawai Perlawanan, pemain atau pegawai
dikehendaki meninggalkan gelanggang serta-merta dan akan digantung satu
(1) perlawanan berikutnya.
11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan
oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola.
88
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
89
TENPIN BOLING
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am KARiSMA yang dikuatkuasakan sepanjang
kejohanan ini.
2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan
dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Boling Tenpin Malaysia (
MTBC ). Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang
dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :-
2.2.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM
KARiSMA. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada
Peraturan MTBC.
2.2.2 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan KARiSMA.
3.0 JENIS PERTANDINGAN
Lelaki / Wanita
3.1 Perseorangan (Single)
3.2 Bergu (Double)
3.3 Pasukan Berempat (Team of Four)
3.4 All Event
3.5 Masters
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN
Sila rujuk Perkara 4.0 dan perkara 5.0 Peraturan Am
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
90
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Acara Perseorangan (Single)
5.1.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar empat (4) orang peserta lelaki dan
empat (4) orang peserta perempuan bagi acara ini.
5.1.2 Peserta-peserta diwajibkan bermain enam (6) ‘games’ dengan
menyeberangi enam (6) lorong berasingan.
5.1.3 Peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.
5.2 Acara Beregu (Double)
5.2.1 Setiap kampus dibenarkan menghantar dua (2) pasangan beregu lelaki dan
(2) pasangan beregu perempuan bagi acara ini.
5.2.2 Peserta–peserta diwajibkan bermain enam (6) ‘games’ dengan
menyeberangi enam (6) lorong berasingan.
5.2.3 Pasangan dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah
pemenang.
5.3 Acara Berpasukan
5.3.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu (1) pasukan berempat lelaki
dan satu (1) pasukan berempat perempuan bagi acara ini.
5.3.2 Peserta-peserta diwajibkan bermain empat (4) ‘games’ dengan
menyeberangi (4) lorong berasingan.
5.3.3 Pasukan dengan jumlah jatuhan pin tertinggi adalah pemenang.
5.4 Acara All Event
5.4.1 Setiap peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perseorangan,
beregu dan berpasukan layak menyertai dalam acara ini.
5.4.2 Jatuhan pin yang diperolehi setiap peserta yang telah bermain enam belas
5.4.2.1 games (6 ‘games’ perseorangan, 6 ’games’ beregu dan 4 ‘games’
berpasukan) dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi
adalah pemenang.
91
5.5 Acara Masters
5.5.1 Dua belas (12) peserta lelaki dan Dua belas (12) peserta wanita dengan
jumlah jatuhan pin tertinggi dalam acara All Event adalah layak menyertai
acara ini.
5.5.2 Semua peserta akan bermain sejumlah sepuluh (10) games dengan
menyeberangi sepuluh (10) lorong berasingan.
5.5.3 Peserta lelaki dan wanita dengan mata tertinggi layak ke pusingan Step-
Ladder Akhir. Manakala peserta-peserta dikedudukan tempat ke-2 dan ke-3
layak ke pusingan Step-Ladder Separuh Akhir.
5.5.4 Pusingan Step-Ladder Separuh Akhir dan Akhir:
5.5.4.1 Step-Ladder Separuh Akhir
Perlawanan diperingkat separuh akhir diantara pemain di
kedudukan ke-2 dan kedudukan ke-3 akan dijalankan secara “1
Match Play”. Pemenang perlawanan ini layak ke peringkat akhir.
5.5.4.2 Step-Ladder Akhir
Perlawanan diantara peserta dikedudukan pertama dan pemenang
dari peringkat separuh akhir akan dijalankan secara “1+1 game
Match Play”. Sekiranya peserta dikedudukan pertama memenangi
game pertama, beliau akan diistiharkan sebagai pemenang step-
ladder akhir tersebut. Sekirannya pemenang dari pusingan separuh
akhir memenangi game pertama, “sudden death play-off” sebanyak
1 game akan dijalankan. Peserta yang memenangi perlawanan
tersebut akan diistiharkan sebagai pemenang.
6.0 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
6.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan
dalam borang skor yang disediakan.
6.2 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi
Teknikal Pertandingan atau wakilnya.
6.3 Individu dan pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai
pemenang. Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan
pin permainan terakhir. Jika masih seri, jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir
diambil kira dan seterusnya.
6.4 Bagi penentuan peserta yang layak keacara masters, sekiranya dua (2) orang atau
lebih peserta dikedudukan tempat ke 16, mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama
92
dalam acara All Event, maka keputusan ditentukan melalui jatuhan pin tertinggi
dalam acara single. Jika masih seri, jatuhan pin untuk acara bergu akan diambil kira
dan seterusnya jatuhan pin acara berpasukan.
6.5 Sekiranya kedua-dua peserta “step-Ladder Match Play” mempunyai mata yang sama
dalam game penentuan kedudukan pingat, “1 ball roll-off” akan diadakan sehingga
pemenang dapat ditentukan.
7.0 PAKAIAN
Semua peserta diwajibkan mematuhi peraturan pakaian seperti berikut:
7.1 Memakai pakaian seragam pasukan masing-masing ketika bermain. Baju kolar atau
‘round neck’ hendaklah di ‘tuck in’.
7.2 Semua peserta diwajibkan memakai seluar panjang/track bottom. ( Seluar jeans,
seluar pendek tidak dibenarkan)
8.0 PERALATAN
8.1 Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas penyediaan peralatan seperti bola
atau lain-lain peralatan permainan.
8.2 Hanya bola dan peralatan yang diluluskan sahaja yang boleh digunakan sepanjang
tempoh pertandingan.
8.3 Bagi pemain yang tidak mempunyai kasut boling, beliau dikehendaki membuat
sewaan di kaunter lokasi pertandingan. Para pemain dinasihatkan supaya datang
awal untuk mendapat kasut yang sesuai.
8.4 Semua peserta wajib memastikan bola boling yang digunakan mengikut peraturan
dan spesifikasi yang dibenarkan oleh MTBC. Pihak Teknikal Pertandingan pada bila-
bila masa mempunyai kuasa untuk memeriksa bola boling para pemain. Pemain
yang didapati menggunakan bola yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan
akan dibatalkan penyertaannya dan kemenangannya akan ditarik balik.
9.0 KELEWATAN
Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara
bermula. Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara itu. Peraturan
ini berkuatkuasa dalam semua acara.
10.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya ada “Walk
Over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak mencukupi.
93
11.0 GANGGUAN PERMAINAN
11.1 Pengerusi Teknikal Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat
arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya
lorong di mana permainan itu berlangsung mengalami kerosakan mesin dan
sebagainya.
11.2 Permainan (game) yang tertangguh itu mesti disambung dari frame di mana
gangguan itu berlaku.
12.0 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH
12.1 Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui
sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai
“Bola Mati” (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang
kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
12.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling
bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut
dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
12.3 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling, skor akan
dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang
sebenar.
13.0 MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOWLING )
13.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui
tentang hak dan obligasinya seperti berikut :-
13.1.1 Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap
pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi
laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya. Semua
pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus
melambatkan permainan itu.
13.1.2 Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia
akan diberi amaran dengan isyarat kad PUTIH untuk kesalahan pertama
(tiada penalti), dan kad KUNING ke atas kesalahan kedua (tiada penalti).
Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan,
pemain tersebut akan diberi kad MERAH dan sifar (0) mata untuk frame
tersebut.
94
14.0 KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK
14.1 Sekiranya berlaku sebarang “black out” dalam tv monitor di mana skor sesuatu
permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka
pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan
tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame di
mana permainan tersebut berhenti sebelum ini.
14.2 Game-game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan. Pasukan dan
pemain tidak boleh mengambil kesempatan untuk meminta sesuatu permainan itu
dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu “black out” seumpama ini.
15.0 NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG
15.1 15.1 Semua peserta akan diberikan nombor kod masing-masing mengikut pasukan
15.2 Semua peserta mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju. Peserta
tanpa nombor ini tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian.
15.3 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian.
16.0 LARANGAN ( PROHIBITION )
16.1 Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras atau
berada di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan. Sekiranya didapati ada
peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan penyertaannya
daripada kejohanan ini.
16.2 Sekiranya berlaku perkara ini, Pengerusi Teknikal Pertandingan harus membawa kes
ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh
pertandingan. Beliau juga akan dikenakan tindakan displin lain yang dianggap
sesuai.
16.3 Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja console.
17.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan Am.
18.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
95
19.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
96
BASIKAL
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan
Peraturan-Peraturan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA UiTM)
1.2 Pihak pengelola dimestikan menyediakan pasukan perubatan (ambulans) dalam
semua perlumbaan.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan antara pasukan dan individu. Kategori perlumbaan adalah seperti
berikut:
2.1 Perlumbaan ‘XCM’ Lelaki
2.2 Perlumbaan ‘XCM’ Wanita
2.3 Perlumbaan ‘XCO’ Lelaki
2.4 Perlumbaan ‘XCO’ Wanita
# XCO : Cross Country Olympic (LAP)
# XCM : Cross Country Marathon
3.0 KELAYAKAN PASUKAN
Penyertaan pasukan yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain dan pihak Jawatankuasa
Pengelola dan Teknikal berhak menentukan kelayakkan pasukan serta pemainnya.
4.0 KELAYAKAN PELUMBA
4.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada LAPAN (8) orang
pelumba.
4.2 Setiap pelumba yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili
mana-mana pasukan.
4.3 Tiada pelumba gantian dibenarkan sekiranya ada pelumba yang mengalami
kecederaan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang seterusnya.
4.4 Hanya TIGA (3) pelumba terbaik dikira untuk acara berpasukan
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
97
5.0 SISTEM MATA PERLUMBAAN DAN PENENTUAN PINGAT (PASUKAN DAN INDIVIDU)
5.1 Lapan kategori dipertandingkan:
5.1.1 ‘XCM’ Individu Lelaki
5.1.2 ‘XCM’ Individu Wanita
5.1.3 ‘XCM’ Berpasukan Lelaki
5.1.4 ‘XCM’ Berpasukan Wanita
5.1.5 ‘XCO’ Lelaki
5.1.6 ‘XCO’ Wanita
5.1.7 ‘XCO’ Berpasukan Lelaki
5.1.8 ‘XCO’ Berpasukan Wanita
5.2 Sistem mata digunakan:
5.2.3.1 Tempat Pertama : 1 mata
5.2.3.2 Tempat Kedua : 2 mata
5.2.3.3 Tempat Ketiga : 3 mata
5.2.3.4 Tempat Keempat : 4 mata
5.2.3.5 Tempat Kelima : 5 mata
5.2.3.6 Tempat Keenam : 6 mata
5.2.3.7 Tempat Ketujuh : 7 mata
5.2.3.8 Tempat Kelapan : 8 mata
5.2.3.9 Tempat Kesembilan : 9 mata
5.2.3.10 Tempat Kesepuluh : 10 mata
5.2.3.11 Tempat Kesebelas : 11 mata
5.2.3.12 Tempat Keduabelas : 12 mata
5.2.3.13 Tempat Ketigabelas : 13 mata
5.2.3.14 Tempat Keempatbelas : 14 mata
5.2.3.15 Tempat Ke 15 : 15 Mata
5.2.3.16 16 : 16 Mata
5.2.3.17 17 : 17 Mata
5.2.3.18 18 : 18 Mata
5.2.3.19 19 : 19 Mata
5.2.3.20 20 : 20 Mata
5.2.3.21 21 : 21 Mata
5.2.3.22 22 : 22 Mata
5.2.3.23 23 : 23 Mata
5.2.3.24 24 : 21 Mata
5.2.3.25 Mengikut Turutan
5.2.3.26 Tempat ke 50 : 50 Mata
98
5.2.3.27 Tidak menamatkan perlumbaan : DID NOT FINISH (DNF)
5.3 Individu: Kedudukan perlumba terbaik ditentukan di garisan penamat berdasarkan
masa yang terpantas.
5.4 Pasukan: Kedudukan pasukan dalam setiap kategori akan dibuat berdasarkan
kepada jumlah mata dari tiga pelumba yang terbaik sahaja.
5.5 Pasukan yang mengumpul mata terendah dikira sebagai pemenang
6.0 PERATURAN PERLUMBAAN ‘XC’
6.1 Hanya basikal MTB 26 / 27.5 / 29 sahaja dibenarkan
6.2 Tayar minimum 1.95 off road, tayar (slick) tidak dibenarkan
6.3 Kesemua peserta haruslah memakai pakaian basikal dan keselamatan yang
sesuai: helmet/kasut
6.4 Peserta harus memastikan basikal berada dalam keadaan baik.
6.5 Kerosakan basikal semasa perlumbaan haruslah di perbaiki oleh peserta itu sendiri.
6.6 “Rigid Fork” adalah tidak dibenarkan
6.6 Peralatan serta alat membaiki basikal haruslah dibawa oleh peserta (tool kit / tube/
tyre/ pump dsb.)
6.7 Semua pelumba akan dibekalkan ‘transponder’. Pelumba wajib memastikan
‘transponder’ tidak hilang atau tercicir sebelum dan selepas perlumbaan.
‘Transponder’ akan dipasang dan ditanggalkan oleh pihak teknikal perlumbaan
sahaja. Setiap kehilangan ‘transponder’ akan dikenakan bayaran gantirugi
sebanyak RM250.00.
6.8 Pelumba wajib mendaftar di kawasan perlepasan satu jam awal bermula dari
masa perlumbaan bagi tujuan pemasangan ‘transponder’ dan pemeriksaan
basikal.
6.9 Jarak perlumbaan adalah kurang lebih 40 km.
7.0 PERATURAN PERLUMBAAN ‘CRITERIUM ON ROAD’
7.1 Hanya basikal MTB 26 / 27.5 / 29 sahaja dibenarkan
7.2 Tayar minimum 1.95 off road, tayar (slick) tidak dibenarkan
7.3 Kesemua peserta haruslah memakai pakaian basikal dan keselamatan yang
sesuai: helmet/sarung tangan/jersi/kasut
7.4 “Rigid Fork” adalah tidak dibenarkan
7.5 Peserta harus memastikan basikal berada dalam keadaan baik.
7.6 No bib wajib dipakai sepanjang perlumbaan dijalankan dan mestilah dapat dilihat
dengan jelas.
7.7 Peserta tidak dibenarkan menghalang peserta lain dari memotong
7.8 Pelumba yang melakukan tindakan membahayakan pelumba lain berhak
99
untuk dibatalkan penyertaannya oleh pegawai pertandingan atau komisar
perlumbaan.
7.9 Sokongan bantuan kenderaan adalah tidak dibenarkan sama sekali
sepanjang perlumbaan
7.10 Peserta mesti mematuhi peraturan lalu lintas di Malaysia kecuali apabila di arahkan
oleh pegawai pertandingan.
7.11 Perlumbaan akan dijalankan di dalam 20 pusingan yang merangkumi jarak
sejauh kurang lebih 40 km. (bergantung kepada pihak penganjur)
7.12 Semua pelumba akan dibekalkan ‘transponder’. Pelumba wajib memastikan
‘transponder’ tidak hilang atau tercicir sebelum dan selepas perlumbaan.
‘Transponder’ akan dipasang dan ditanggalkan oleh pihak teknikal perlumbaan
sahaja. Setiap kehilangan ‘transponder’ akan dikenakan bayaran gantirugi
sebanyak RM250.00.
7.13 Pelumba wajib mendaftar di kawasan perlepasan satu jam awal bermula dari masa
perlumbaan bagi tujuan pemasangan ‘transponder’ dan pemeriksaan basikal.
7.14 Sepanjang perlumbaan akan diiringi marshal bermotosikal. Peserta yang
ketinggalan sehingga dipotong kumpulan pendahulu (overlap) akan terkeluar dari
perlumbaan.
7.15 Kawasan merbahaya atau kawasan berisiko akan di tanda serta di awasi oleh
marshal perlumbaan.
7.16 Pembatalan penyertaan akan dikenakan terhadap tindakan membahayakan
peserta lain dan melanggar peraturan teknikal.
7.17 Makluman pembatalan adalah seperti berikut:
7.17.1 Wisel atau hon akan dibunyikan untuk memaklumkan pembatalan peserta.
7.17.2 Memanggil nama peserta dengan arahan/laungan BERHENTI perlumbaan.
7.18 Pegawai Pertandingan dan Jawatankuasa pertandingan berhak untuk
membatalkan penyertaan jika didapati terdapat peserta yang melanggar
peraturan perlumbaan dan keputusan adalah muktamad.
8.0 PEMBATALAN PENYERTAAN
8.1 Peserta boleh dibatalkan penyertaan serta merta jika didapati melakukan perkara
berikut:
8.1.1 Mengambil alkahol dan dadah di dalam tempoh 24 jam perlumbaan.
8.1.2 Kegagalan mematuhi peraturan pertandingan dan arahan pegawai
pertandingan
8.1.3 Tidak mengikut laluan yang ditetapkan.
8.1.4 Menggunakan kata – kata kesat dan kelakuan yang melampau
100
terhadap pegawai pertandingan dan peserta lain.
8.1.5 Menghalang, mensabotaj dan mengganggu peserta lain daripada mara ke
hadapan
8.1.6 Sentuhan fizikal yang membahayakan dengan niat menggagalkan
kemenangan peserta lain kecuali sentuhan fizikal yang tidak disengaja
atau membahayakan.
8.1.7 Menerima bantuan dan pertolongan dari pihak luar hingga memberikan
kelebihan kepada peserta berkenaan kecuali bantuan pegawai
pertandingan(perubatan) di dalam perlumbaan
8.1.8 Tidak mematuhi arahan pegawai pertandingan
8.1.9 Meninggalkan peralatan atau kegunaan peribadi di kawsan
perlumbaan hingga membahayakan peserta lain (tayar, plastik dan
botol) Ianya perlu dibuang ditempat yang selamat.
8.1.10 Menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk
memberikan kelebihan serta membahayakan peserta lain.
9.0 JADUAL PERTANDINGAN
Hari Pertama – XCO
Hari Kedua – Rehat
Hari Ketiga – XCM
10.0 KELEWATAN
Semua pasukan diwajibkan berada di kawasan permulaan perlumbaan satu jam sebelum
perlepasan.
11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
101
GOLF
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Royal & Ancient Golf Club of St.
Andrews (USGA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan secara Individu dan berkumpulan.
3.0 PENYERTAAN
3.1 Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am
3.2 Semua pelajar sepenuh masa sahaja layak menyertai pertandingan ini.
4.0 CARA PERMAINAN DAN PERATURAN (MODE OF PLAY AND RULES)
4.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut SISTEM 36 STABLEFORD, 36 lubang
permainan.
4.2 Pertandingan untuk tetamu (staf) akan dijalankan secara STROKE PLAY.
4.3 Pertandingan dijalankan sebanyak dua (2) pusingan ( 2 hari ).
4.4 Tee Off akan dijalankan secara “Shotgun” bermula dengan bunyi siren panjang.
4.5 Handicap : hanya pemain yang mempunyai handicap kosong hingga tiga puluh enam
(0-36) bagi wanita dan kosong hingga dua puluh empat (0-24) bagi lelaki sahaja
yang layak menyertai kejohanan ini.
5.0 UNDIAN FLIGHT (FLIGHT DRAW)
5.1 Jawatankuasa Pengelola berkuasa penuh menentukan undian flight, pasangan dan
tee box.
5.2 Undian Flight, pasangan dan tee box akan dikeluarkan sehari sebelum kejohanan
bermula.
6.0 PERMAINAN PERLAHAN (SLOW PLAY)
Pemain hendaklah tidak terlalu perlahan supaya tidak mengganggu pemain lain dan bagi
tujuan keselesaan semua pemain. Marshal akan membuat teguran jika pemain terlalu
perlahan. Penalti akan dikenakan kepada pemain yang terlalu perlahan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
102
7.0 MASALAH CUACA
Jika berlaku masalah cuaca dan pertandingan tidak dapat dijalankan/diteruskan pihak
Jawatankuasa Pengelola akan membuat keputusan berikut :
7.1 Jika berlaku masalah cuaca di pusingan pertama dan pertandingan tidak dapat
dijalankan maka mata (pemenang) akan dikira pada hari kedua pertandingan.
7.2 Jika berlaku msalah cuaca di pusingan kedua dan pertandingan tidak dapat
dijalankan maka mata (pemenang) akan dikira pada hari pertama pertandingan.
8.0 PAKAIAN/KASUT/PENGESAHAN BOLA GOLF
Kesuaian pakaian dan kasut boleh dirujuk pada pihak kelab. Bola golf hendaklah dikenalpasti
terlebih dahulu sebelum permainan dimulakan.
9.0 KELEWATAN
Pemain yang lewat akan dikenakan penalti dua (2) pukulan.
Lewat : Setelah siren dibunyikan bermulanya permainan.
10.0 PENENTUAN PEMENANG
10.1 Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah mata (point) terbanyak di kedua-dua
lapangan.
10.2 Jika masih seri, kiraan mata (point) terbanyak dilapangan kedua (hari kedua).
10.3 Jika masih seri kiraan (OCB). 9 lubang akhir, 3 lubang akhir, lubang terakhir dan
lubang ke lubang.
10.4 Jika masih seri, undian secara lambungan syiling akan diadakan.
11.0 HADIAH
11.1 Pertama, kedua, ketiga akan menerima medal dan hadiah iringan (tertakluk kepada
pihak pengelola).
11.2 Pemenang pingat akan diberi mata untuk kampus masing-masing.
11.3 Hadiah lain akan ditentukan oleh pihak pengelola.
11.4 Hadiah tambahan untuk acara lain yang dipertandingan akan ditentukan oleh pihak
pengelola. Acara tersebut adalah :
11.4.1 Nearest To the Point (NTP)
11.4.2 Nearest To the Line (NTL)
11.4.3 Longest Drive (LD)
103
11.4.4 Hole In One
11.4.5 Bull-Eyes (Tetamu sahaja)
12.0 YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola sebanyak RM200/hari
untuk pelajar dan tetamu.
13.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
14.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.
15.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
104
KAYAK
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dikelolakan oleh Universiti Teknologi MARA (Kedah) dengan bantuan dan
kerjasama Persatuan Kanu Malaysia (MASCA). Regatta ini dijalankan mengikut undang-
undang Regatta ICF serta syarat-syarat Regatta yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola untuk pertandingan ini.
2.0 ACARA YANG DI PERTANDINGKAN
Berikut adalah acara-acara yang dipertandingkan di dalam regatta ini.
BIL ACARA JARAK LELAKI WANITA
1 Nova Single (novice) NV1 200
2 Nova Double (novice) NV2 200
3 Touring kayak Single
(expert)
TK1 200
4 Touring Kayak Double
(expert)
TK2 200
3.0 FORMAT REGATTA
3.1 Format Regatta akan disusun mengikut bilangan penyertaan pasukan.
3.2 Format Regatta akan dimaklumkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus
Pasukan.
4.0 PEMBAHAGIAN LORONG DAN UNDIAN
4.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menjalankan undian lorong Regatta bagi
peringkat saringan sahaja.
4.2 Regatta akan menggunakan lapan (4)
4.3 Pembahagian lorong akan dijalankan pada peringkat saringan secara undian
manakala peringkat seterusnya adalah mengikut format sistem kelayakan yang telah
ditetapkan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
105
5.0 PENYERTAAN
5.1 Pengesahan penyertaan akan dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
(Sila bawa kad matrik pelajar bersama).
5.2 Seorang peserta dibenarkan mengambil satu (1) acara sahaja.
5.3 Atlet yang pernah mewakili SUKIPT , MASUM, SUKMA, negeri atau peringkat
kebangsaan TIDAK DI BENARKAN mengambil bahagian dalam acara NOVICE
5.3 Borang pengesahan penyertaan pasukan hendaklah diisi dengan lengkap dan
dikembalikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regatta pada tarikh yang
telah ditetapkan.
5.4 Borang-borang yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh Ketua Unit Sukan,
kampus pasukan tersebut.
5.5 Borang penyertaan yang lewat diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
tidak akan dilayan.
6.0 PENGGANTIAN PESERTA
6.1 Penggantian peserta boleh dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh ICF.
6.2 Semua ’paddlers’ hendaklah ditetapkan semasa mengisi Borang Penyertaan SM-2.
7.0 MASA MELAPOR DIRI
7.1 Peserta-peserta hendaklah bersedia 30 minit sebelum acara yang disertai
dijalankan dan hendaklah melaporkan diri apabila acara tersebut diumumkan oleh
Pengelola peserta.
7.2 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa
Pengelola berhak meminda susunan acara jika perlu. Jika berlaku sebarang
pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan dimaklumkan.
8.0 PERALATAN
Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Kayak Jenis Nova1 , Nova2 ,dan Jenis Touring
Kayak TK1 dan TK2 ‘paddle’ dan jaket keselamatan juga akan di sediakan. Bagaimanapun
setiap pasukan dibenar menggunakan ‘paddle dan jaket keselamatan sendiri dengan syarat
diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal.
9.0 BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.
106
10.0 PERATURAN AM PERTANDINGAN
10.1 Setiap peserta dimestikan memakai jaket keselamatan semasa sesi latihan dan
pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan
dibenarkan menyertai pertandingan.
10.2 Semua kayak hendaklah berada dalam satu barisan di garisan permulaan
semasa perlumbaan sedia dimulakan.
10.3 ‘Starters’ (Pelepas) akan memulakan perlumbaan dengan menyebut ‘READY’ ,
‘SET’ dan ‘GO’ atau diikuti dengan bunyi hon untuk isyarat berlepas.
10.4 Peserta yang melakukan kesalahan semasa pelepasan ‘False Start’ yang kedua
dan seterusnya dalam satu perlumbaan akan dikeluarkan dari pertandingan.
10.5 Peserta yang keluar dari lorong yang telah ditentukan akan dibatalkan
penyertaan.
10.6 Sekiranya kayak peserta terbalik (capsize) semasa perlumbaan, penyertaannya
akan dibatalkan.
10.7 Kayak pertama yang hujung ‘Bow’nya melintasi garisan Penamat bersama
semua ’paddlers’ didalamnya , dikira sebagai pemenang.
10.8 Semua peserta dikehendaki mematuhi ‘TRAFFIC RULE’ semasa latihan dan juga
pertandingan.
11.0 PERKARA AM
11.1 Hanya pegawai-pegawai perlumbaan yang bertugas dan peserta-peserta yang
sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perlumbaan.
11.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan dalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.
11.3 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan
anggota, kemalangan, kematian dan kehilangan barang-barang peserta sebelum,
semasa ataupun selepas pertandingan.
11.4 Kerosakan peralatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
menjadi tanggungjawab pasukan yang menggunakannya. Sebarang kerosakan
adalah tanggungan pasukan terbabit.
12.0 PERLUMBAAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengelola berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk,
kekacauan rusuhan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlumbaan tidak dapat
dijalankan atau diteruskan, maka perlumbaan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah
dilangsungkan pada, tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
107
13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan KARiSMA yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.
108
CATUR
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang FIDE yang digunapakai di peringkat
antarabangsa dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan individu.
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap kampus boleh mendaftar maksima empat (4) orang pemain lelaki dan empat
orang wanita bagi seorang (1) Pengurus Pasukan dan seorang (1) Jurulatih, seperti
berikut:
Status
Lelaki Wanita
Pengurus Pasukan 1 -
Jurulatih 1 -
Peserta 4 4
Jumlah 6 4
Jumlah Keseluruhan 10
Borang Pendaftaran Peserta hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Sebarang pertukaran
peserta juga hendaklah dibuat di dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
109
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem SWISS dengan 7 pusingan
4.1.1 Menang - 1 mata
4.1.2 Seri - ½ mata
4.1.3 Kalah - 0 mata
5.0 MASA PERMAINAN
5.1 Setiap individu diperuntukkan satu (1) jam tiga puluh (30) minit dan tambahan masa tiga
puluh (30) saat untuk setiap pergerakan.
6.0 KELEWATAN
Masa yang diberikan selama tiga puluh (30) minit, selepas itu pihak lawan akan diberi
kemenangan percuma satu berbalas kosong (1-0).
7.0 PAKAIAN
Pakaian sukan yang sesuai
8.0 RAYUAN / BANTAHAN
Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am KARiSMA.
9.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am KARiSMA.
10.0 HADIAH-HADIAH
Hadiah akan disediakan seperti berikut:
10.1 Kategori Individu:
10.1.1 Johan - Lelaki / Wanita
10.1.2 Naib Johan - Lelaki / Wanita
10.1.3 Ketiga - Lelaki / Wanita
10.1.4 Keempat - Lelaki / Wanita
110
10.2 Kategori Berpasukan
10.2.1 Johan - 6 Lelaki / 6 Wanita (Jurulatih & Pengurus)
10.2.2 Naib Johan - 6 Lelaki / 6 Wanita (Jurulatih & Pengurus)
10.2.3 Ketiga - 6 Lelaki / 6 Wanita (Jurulatih & Pengurus)
10.2.4 Keempat - 6 Lelaki / 6 Wanita (Jurulatih & Pengurus)
11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
111
LARIAN JERAI
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Peraturan ini adalah di bawah peraturan-peraturan KOAM / FAAF dan Peraturan Am Karnival
Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
2.0 KELAYAKAN
Rujuk Perkara 4.0 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
adalah di rujuk.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada empat (4) orang peserta
lelaki & empat (4) orang perserta wanita bagi setiap kategori.
3.3 Setiap peserta akan diberikan nombor bib semasa mesyuarat pengurus pasukan.
3.4 Pendaftaran nama-nama peserta hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya peserta - peserta
yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
4.0 REFERI KEHORMAT / KETUA PENGADIL / PENGADIL
Rujuk Perkara 6.0 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
5.0 PAKAIAN DAN PERALATAN
5.1 Rujuk Perkara 8.1 Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA).
5.2 Pakaian peserta hendaklah sama warna dalam satu (1) pasukan.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Kejohanan ini adalah merupakan acara perseorangan dan berpasukan.
6.2 Bagi acara berpasukan, pemenang akan ditentukan dengan mencampurkan mata
dari 4 peserta terpantas mengikut pasukan.
6.3 Mata yang diberi kepada kelapan-lapan peserta ini adalah didasarkan kepada
kedudukan mereka semasa sampai di garisan penamat. Pasukan yang mengumpul
jumlah mata kecil akan dikira sebagai pemenang.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
112
6.4 Jika seri dalam jumlah mata, maka ianya akan diselesaikan mengikut peraturan
KOAM / IAAF.
7.0 MASA
7.1 Masa diberikan adalah 1 jam 30 minit dan tidak melebihi 3 jam.
7.2 Semua aturcara pertandingan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
7.3 Semua peserta mestilah berada di tempat berlepas 30 minit sebelum pertandingan
dimulakan.
8.0 BANTAHAN / TATATERTIB
Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan Am.
9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa faktor keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang
tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan, maka perlawanan akan ditunda
atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan olej
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang
berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
113
BOLING PADANG
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang World Bowls dan Persekutuan
Lawn Bowls Malaysia (PLBM) serta Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM
(KARiSMA).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan secara berpasukan iaitu OPENS PAIRS (Terbuka Berpasangan)
3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap kampus boleh mendaftar maksimum 3 pasukan yang terdiri 2 orang pemain
lelaki ATAU wanita ATAU campuran lelaki wanita bagi setiap pasukan
3.2 Borang pendaftaran peserta hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola sebelum kejohanan bermula.
3.3 Sebarang pertukaran pemain hendaklah dibuat di dalam mesyuarat pengurus-
pengurus pasukan.
4.0 UNDIAN
Undian akan dibuat semasa mesyuarat JawatankuasaTeknikal dan Pertandingan.
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan Am (9.0) Karnival Sukan Mahasiswa.
6.0 MASA BERMAIN
6.1 Masa bermain adalah 1 jam 45 minit atau 15 ends yang mana terdahulu.
6.2 Mana-mana pasukan yang lewat dan belum bersedia untuk bermain
selepas “Hon” permulaan dibunyikan, pihak lawan yang telah bersedia
akan diberikan 1 shot dan tambahan 1 shot selepas setiap 5 minit
seterusnya .Pasukan yang lewat 15 minit akan dikira memberikan
kemenangan percuma (W/O) dengan skor 7 – 0.
6.3 Apabila ‘Hon’ penamat dibunyikan,ends yang sedang dimainkan hendaklah
dihabiskan jika Jack telah digolek dengan sah.
6.4 Tiada sebarang ‘trial end’ sebelum pertandingan.
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII
UiTM KEDAH 2015
114
6.5 Jika mana-mana pasukan memberi kemenangan percuma 2 kali dalam sepanjang
pertandingan, pasukan tersebut akan dianggap menarik diri dan pasukan lawan
akan diberi kemenangan percuma dengan skor 7 - 0.
6.6 Penggunaan jumlah bowls dalam permainan adalah sebanyak 4 bowls bagi setiap
pemain.
7.0 PAKAIAN PEMAIN
7.1 Baju setiap pemain/pasukan mestilah seragam dan berkolar. Baju ‘round neck’ tidak
dibenarkan.
7.2 Hanya kasut yang dibuat khas untuk permainan Boling Padang atau bertapak rata
dan tidak bertumit sahaja yang dibenarkan.
7.3 Hanya seluar panjang berwarna putih atau cream sahaja yang dibenarkan.
Penggunaan seluar ‘track bottom’ panjang yang seragam mengikut pasukan juga
dibenarkan.
8.0 RE –SPOT JACK
8.1 Tiada ‘dead end’ dalam permainan.
8.2 Jika Jack telah terkeluar dari ‘rink’ ianya akan diletakkan di ‘T’ iaitu 2 meter dari ditch
di tengah-tengah ‘rink’.
9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
9.1 Pemberian mata perlawanan
9.1.1 Menang - 1 Mata
9.1.2 Seri - 3 Mata
9.1.3 Kalah - 0 Mata
9.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
9.3 Jika masih seri,pasukan yang mendapat jumlah margin tertinggi dikira menang.
9.4 Jikamasihseri, pasukan yang mendapat jumlah skor terbanyak dikira menang.
9.5 Jika masih seri, pasukan yang memenangi perlawanan diantara keduanya dikira
menang.
9.6 Jika masih seri, pasukan yang mendapat kemenangan ends terbanyak dari seluruh
permainan akan dikira menang.
9.7 Jika masih seri,sistem ‘Sudden Death’ akan dilakukan dengan penentuan
berdasarkan 1 end.
115
10.0 CARA MEMUTUSKAN PEMENANG SISTEM KALAH MATI
10.1 Tambahan 1 end akan dijalankan sekiranya masa bermain telah tamat dan skor
sama.
11.0 BANTAHAN / RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am (14.0) Karnival Sukan Mahasiswa.
12.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Sila rujuk Peraturan Am (20.0) Karnival Sukan Mahasiswa.