Kata Hikmah

Post on 21-Mar-2016

249 views 2 download

description

Kata hikmah untuk menaikkan semangat

Transcript of Kata Hikmah

Ketabahan memerlukan

keyakinan. Keyakinan

pula menentukan

kejayaan. Kejayaan pula

akan menentukan

kebahagiaan.

Gagal selepas usaha

adalah hikmah, anda

akan mendapat sesuatu

yang lebih besar

daripada apa yang anda

sangkakan.

Selagi kita mencuba dan

berusaha, selagi itulah

kita akan beroleh apa

yang kita hajati.

Tidak pernah wujud

orang malas. Orang

yang dianggap malas

ialah orang yang tidak

dapat mencari

pekerjaan yang sesuai

dengan minatnya.

Kita selalu lupa atau

jarang ingat apa yang

kita miliki, tetapi kita

sering kali ingat apa

yang orang lain ada.

Jika anda hilang segala-

galanya, jangan lupa,

kerana anda masih

mempunyai masa

depan.

Tidak penting sama ada

berapa lama kita hidup.

Yang penting bagaimana

keadaan kita semasa

hidup.

Kekuatan tidak datang

dari kemampuan fizikal,

tetapi ianya datang dari

semangat yang tidak

pernah mengalah.

N – Nilam dalam genggamanku

I – Impianku adalah cita-citaku

L – Lembut hatiku kerana didikanmu

A – Anak harapan doaku selalu

M – Mati hidupku hanya keranaMu

Nukilan: Pn.Rashidah (Guru Tingkatan 2012) Khas buat anak didik 5 Nilam

Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada

menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka

sendiri.

Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya

dapat melaksanakan amanah

yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk

sangat.

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung

minggu.

Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum

lapang.

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita

belum selesai.

Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.

Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia

masih muda”.

Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa,

belum sampai akalnya”.

Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai

hilang kaki.

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang

mata bagaikan tiada lena.

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia

membekalkan cekal.

Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia

tetap bangga. #Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi

cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau

seseorang itu melainkan mereka sendiri yang

mengubahnya.

Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di

samping sahabat dalam semua keadaan

sama ada senang atau pun susah.

Orang yang paling

berkuasa adalah orang yang dapat menguasai

dirinya sendiri tanpa dirinya dikuasai oleh nafsu sendiri.