Post on 30-Oct-2015
7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah
http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 1/5
APLIKASIMODUL GATEH SPM CSL2013
KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)
Bahagian A
[Masa dicadangkan : 45 minit ]
[30 markah]
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah bagimenceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patahperkataan.
Prosedur:
1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti:
i. Tugasan : langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolahii. Tema : keceriaan kawasan sekolahiii. Kata kunci : langkah-langkah
KECERIAANKAWASANSEKOLAH
MEMBINA
TAMAN
MINI
PROGRAM
GOTONG-ROYONG
PERDANA
PERTANDINGAN
KECERIAAN
KELAS
7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah
http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 2/5
PENDAHULUAN
Ayat 1:
TEMA
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.........................( sebutkan tema ) dalam
kalangan........................... ( sebutkan isu ini melibatkan siapa ) saban waktu diwara-
warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat
diperdebatkan di negara kita.
Ayat 2:
JUSTIFIKASI
Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini
kerana......(peribahasa)
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Ayat 3 :
TUGASAN
Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan
tanda tanya (?)
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam
kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah
sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak
mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan
disitu ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasansekolah?
ISI PERTAMA
Ayat Topik
GAPO
Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif +
ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA)
Ayat 1 Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling
efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas.
Ayat Huraian 1
BAKPO
Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan setiap pelajar memainkanperanan secara aktif dalam menceriakan kelas masing-masing.
Ayat Huraian 2
BAKPO LAGI?
Rumus Di samping itu, + (ISI) + juga dapat memastikan + (MENGAPA) Ayat 3 Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka bekerjasama
menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’.
Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti...
Ayat 4 Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang boleh diadakan seperti
Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan sebagainya.
Ayat Penegas
YO LO KO NI?
Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)
Ayat 5 Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi
menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif
Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling
efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan
demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat
memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas
masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka
bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang
boleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan
sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi menceriakan
kawasan sekolah yang paling efektif.
7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah
http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 3/5
ISI KEDUA
Ayat Topik
GAPO
Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN – Tukar kata
kunci)
Ayat 1 Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara
bagi menceriakan kawasan sekolah.
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-Royong Perdana yang
diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat
menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih
dan indah.
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus Lagipun, + (ISI) + juga dapat me………kan + (MENGAPA)
Ayat 3 Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada
sebarang penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam
denggi dan keracunan makanan. Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah... Ayat 4 Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah
gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan
lain-lain.
Ayat Penegas
YO LO KO NI
Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua
Ayat 5 Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan
mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.
Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi
menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-
Royong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat
menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.
Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang penyakit
yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunanmakanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah
gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain.
Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan
Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.
ISI KETIGA
Ayat Topik
GAPO
Rumus (TUGASAN – Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)
Ayat 1 Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan
membina banyak taman mini di sekolah.
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)Ayat 2 Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak taman mini di kawasan-kawasan
strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan dapat melahirkan
suasana yang cukup tenang, indah dan ceria.
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus Tambahan pula, + (ISI) + juga dapat me……. + (MENGAPA)
Ayat 3 Tambahan pula, pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan
kepada para pelajar untuk datang ke sekolah serta memberi motivasi kepada
mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi .... Ayat 3 Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman orkid, taman
herba, taman burung dan sebagainya.
Ayat PenegasYO LO KO NI
Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan
Ayat 4 Saya optimis, pembinaan taman mini merupakan antara usaha yang bolehdilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah.
7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah
http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 4/5
Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan
membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak
taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan
dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula,
pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datang
ke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan
dan keceriaan sekolah. Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman
orkid, taman herba, taman burung dan sebagainya. Saya optimis, pembinaan taman mini
merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah.
KESIMPULAN
Saranan +
Harapan
Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk
me......... + Tema + agar.......
Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasansekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu.
Seruan
Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)
Ayat 2 Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang
kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang
pertama!
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasan
sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Usaha yang
sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah
http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 5/5
Contoh Karangan Lengkap:
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam
kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah
sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak
mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan
di situ ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan
sekolah?
Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling
efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan
demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat
memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas
masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka
bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yangboleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan
sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi
menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif.
Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi
menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-
Royong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan
dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan
indah. Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang
penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunanmakanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah
gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain.
Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan
Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.
Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan
membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak
taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan
dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula,
pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datangke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan

CSL2013