Post on 25-Jul-2015
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARKITEK PUNCA CIPTA project officePT 910 – TINGKAT ATAS, DESA DARUL NAIM
16150 PASIR TUMBOHKOTA BHARU KELANTAN
Disediakan oleh :
Nama : MUHAMMAD SULHIE BIN MAT SEKRI
No . Pend : 02DSB10F1022
Jabatan : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Tempoh Latihan : 19 DISEMBER 2011 – 18 MEI 2012
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
DEDIKASI
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah meletakkan
Latihan Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua
pelajarnya sebelum membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi
Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga
telah dikira sebagai satu semester dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar
politeknik. Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai
menjalani tempoh Latihan Industri selama 22 minggu bermula pada 19
DISEMBER 2011 sehingga 18 MEI 2012 di sebuah firma swasta iaitu Syarikat
Arkitek Punca Cipta ( project office ).
Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh
pihak Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan
suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri
dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri,
saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang secara tidak
langsung memberikan saya pengalaman yang berguna apabila saya menempuh
alam pekerjaan kelak.
Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan pelajar-pelajarnya yang
sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku
Laporan berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat dijalani. Buku laporan ini
akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan
pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani
Latihan Industri di firma Arkitek Punca Cipta. Penyediaan buku laporan Latihan
Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan
Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani
Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam
pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini setelah tamat
menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilnya buku laporan
ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa
untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku
Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan
datang.
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya
menjalani latihan industri di firma Arkitek Punca Cipta (project office) selama 20
minggu yang bermula daripada 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012 seperti
yang telah diwajibkan oleh pihak pengurusan bagi pelajar Diploma Sini Bina sesi
Disember 2011.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima
kasih kepada Encik Medalishah Mohamed yang telah menjaga, mendidi dan
member tunjur ajar kepada saya sepanjang saya disini. Tidak lupa juga kepada
kakitangan yang lain di atas kesudian memeberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya dalam melaksanakan tugas dan membantu saya menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi sepanjang tempoh latihan industri ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pensyarah –
pensyarah POLISAS terutama Puan Mawar binti Ahmad yang telah banyak
member tunjuk ajar, dorongan dan nasihat dalam tempoh menyiapkan laporan
industri ini. Sesungguhnya segala ilmu yang biberikan kepada saya akan saya
pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam
pekerjaan kelak.
Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat
ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan
praktikal kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang
bernas kepasa saya.
Sekian, terima kasih.
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
MUHAMMAD SULHIE BIN MAT SEKRI
02DSB10F1022
DI
ARKITEK PUNCA CIPTA project officePT 910 – TINGKAT ATAS, DESA DARUL NAIM
16150 PASIR TUMBOHKOTA BHARU
KELANTAN
Buku laporan ini dikemukakan kepada
Jabatan Kejuruteraan Awam
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat
Penganugerahan Diploma Seni Bina
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHDISEMBER 2011
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN MUKA SURAT
Judul
Dedikasi
Penghargaan
Senarai Rajah
Senarai Jadual
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Firma
1.2 Carta Organisasi
BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI MENGIKUT MINGGU
BAB 3 LAPORAN TEKNIKAL
BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 Pengenalan
Latihan industri ( LI ) merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu
diikuti oleh setiap pelajar untuk memenuhi syarat pengajian bagi mereka yang
menuntut di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. Ini adalah syarat
utama sebelum seseorang itu diperakukan untuk penganugerahan Diploma
Seni Bina.
Ianya diwajibkan kepada pelajar yang memasuki semester empat. Lebih
kurang 22 minggu pelajar akan didedahkan mengenai pengalaman kerja di
sesebuah syarikat yang pelajar sendiri pilih. Selain daripada itu pelajar perlu
menyediakan satu laporan lengkap menerangkan secara terperinci tentang
kerja-kerja yang pelajar lakukan semasa menjalani latihan industri tersebut.
Pelajar dibenarkan untuk memilih sendiri tempat latihan mereka atau
boleh juga menerusi UPLI POLISAS. Walaubagaimanapun pelajar hanya
dibenarkan memohon satu syarikat sahaja. Pemilihan mestilah bersesuaian
dengan kursus yang diambil pelajar.
Cabaran dan permasalahan sepanjang menjalani latihan dianggap
sebagai pengalaman yang bermakna yang tidak dapat dilupakan. Ini
menjadikan pelajar lebih matang dan berani untuk menghadapi alam
pekerjaan yang mencabar dan getir pada masa kini. Keistimewaan Latihan
Industri ini ialah ianya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
mengetahui perkara-perkara baru yang tidak diperolehi di dalam kelas.
Pendekatan dan pendedahan ini akan membantu pelajar mengetahui situasi
sebenar dalam alam pekerjaan. Justeru itu, pelajar akan mengalami satu
pengalaman baru dimana mereka perlu bijak mempraktikkan segala teori
yang telah dipelajari dan dibuktikan dengan latihan yang dilakukan oleh
pelajar.
Terdapat juga garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pelajar bagi
menjalani Latihan Industri ini. Tujuan garis panduan disediakan adalah
supaya pelajar sentiasa berdisiplin dan tidak menimbulkan masalah kepada
firma sepanjang latihan dijalankan. Tindakan yang tegas juga akan diambil
kepada pelajar yang menimbulkan masalah dan tidak cuba untuk
menyelesaikannya. Buku garisan panduan Latihan Industri ada disediakan
oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (LI ).
Latihan Industri ini dapat membantu pelajar merasai sendiri pengalaman
dan pengetahuan yang sebenar mengenai alam pekerjaan yang akan
dihadapi oleh pelajar kelak. Maka dengan itu seharusnya pelajar mendapat
pengajaran dan manfaat dari Latihan Industri ini. Melalui latihan ini juga,
pelajar akan sendirinya menjadikan dirinya sebagai seorang yang berilmu
dan berketerampilan tinggi di mata masyarakat.
1.1.1 Objektif Latihan Industri
Diwujudkan untuk memenuhi objektif dan matlamat yang telah ditetapkan
oleh UPLI Politeknik seluruh Malaysia. Antaranya :-
Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari dengan
aspek praktikal.
Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
sesama pekerja.
Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan.
Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri yang
berkaitan
1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri Kepada Pelajar
Laporan latihan industri adalah diwajibkan kepada semua pelajar
Politeknik yang telah menjalani latihan industri. Umumnya, laporan ini
diwajibkan berdasarkan beberapa kepentingan iaitiu :-
Sebagai bukti pelajar mempunyai pengalaman
Laporan yang dihasilkan merupakan bukti bahawa pelajar telah
menjalani aktiviti sepanjang latihan dengan baik dan
bertanggungjawab. Ini akan memberi pelajar satu pengalaman bekerja
dan boleh digunakan dalam proses temuduga.
Dokumen sokongan untuk temuduga
Sesebuah laporan juga dapat mencerminkan kualiti bagi seseorang
pelajar. Laporan yang baik dan bermutu akan membantu pelajar
mendapat pekerjaan yang baik bergantung kepada laporan yang
diberikan. Selain itu, laporan dapat menjadi rujukan sebelum
temuduga dan menjadi dokumen sokongan kepada sesebuah firma.
Membantu pensyarah menilai
Penilaian yang dibuat oleh pensyarah bukan hanya berdasarkan kedatangan semata-mata. Laporan juga penting untuk pensyarah menilai sejauh mana kemampuan seseorang pelajar mengaitkan teori dengan praktikal melalui laporan yang dihasilkan.
Memberi peluang kepada pelajar mendokumentasikan pengalaman
Proses penulisan laporan diwajibkan mengikut garis panduan kepada penyumbangan idea mereka ke dalam bentuk tulisan dengan mendokumentasikan pengalaman ke dalam sebuah buku.
1.2 Latar Belakang Organisasi
1.2.1 Sejarah Penubuhan
Arkitek Punca Cipta (APC) adalah sebuah firma arkitek yang
menjalankan projek pelaksanaan kediaman individu hinggalah kepada badan
korporat, multi-nasional dan kerajaan. APC telah berjaya melaksanakan
projek yang berbeza saiz dan kompleksitinya hampir di semua negeri di
Malaysia. Ia juga mampu menawarkan perundingan pembangunan multi-
disiplin dengan kakitangan dalaman dan perkongsian strategic dengan firma-
firma perundingan yang lain.
APC sudah lebih kurang satu dekad dalam mana ia berkembang dari
pejabat kecil di rumah kepada satu firma dengan 40 kakitangan. Ditubuhkan
pada Mei 1995. Firma ini memulakan perniagaan dengan komisen daripada
pertubuhan korporat dan syarikat kewangan. Daripada asasnya di Kuala
Terengganu.
1.2.2 Carta Organisasi Syarikat
associates
Ar. NASHARUDDIN BIN HJ ABDUL MAJID PRINCIPAL
Project Director Norhayati Binti Haji Saad
Project Admin Director Amir Hamzah Bin Abdul Majid
Saffiyah Binti Che Yusof Siti Zauwiah Binti Yazid
Architectural Designers
Architects
Construction Management / Engineering
Draught Person
Interior Designers
Mahadi Bin Mat Ali Mohd Azri Bin Mat Nor Mohd Arshad Bin Ariffin Mohamad Radzi Bin Jambul Nik Ahmad Johari Bin Nik Mat
Hang Lekiu Bin Mustafa Zubaidi Bin Hashim Nik Nurul Naqiah Bt Nik Pa Kamarul Azaham B. M.Azahar Aishah Binti Liman Mohd Khairuldin B. M. Rased Norhazura Binti Mohd Sazali
Rosnida Binti Ismail Medalishah Bin Mohamed Wan Mohd Shahril Bin W. Chik Mohd Faisal Bin Mohd Fuad
Zahri Bin Ibrahim Wan Syahhirman Bin W. Aziz Ibrahim Bin Mohd Dom Mohd Ikhwan Bin Rahman Nurul Hudaa Binti Abdullah Tengku Asmizan B. T.Abd Aziz Rozanor Bin Nayan Mohd Fadzril Bin Mohd Rasul
Hj Abd Ghani Bin Omar (contract)
Finance & Human Resource Sharifah Salwa Binti Syed Shafie Tuan Roslina Bt Tuan Ibrahim
Information Technology Ismail Bin Ali @ Abdul Aziz Noraini Binti Isa
Business Development PENGURUSAN PUNCA CIPTA SDN BHD
CKA Landscape Sdn. Bhd. Che Khairul Anuar B. Abd Majid Khairuni Binti Mohd Khalil Normaimun Binti Sobri N. Mohd Saharuddin B. N. Yahya
Support Staff
Mohd Nizam Bin Ramli Sidek Bin Ismail Zuraida Binti Awang Nor Azura Bt Mat Ali
1.3 Profil Syarikat
Nama pendaftaran : ARKITEK PUNCA CIPTA
Alamat : 1340 Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Telefon : 09-617 0075 / 09-617 0095
No. Faksimili : 09-617 4879
Website : hhtp://www.puncacipta.com
Alamat (site office) : Pt 910, Aras 1, Desa Darul Naim
Pasir Tumbuh
16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
No. Telefon : 09-7656897
No. Faksimili : 09-7656897
1.3.1 Jenis Perkhidmatan
Seni bina
i. Reka bentuk skematik
ii. Pembangunan reka bentuk
iii. Dokumen kontrak
iv. Pelaksanaan project
v. Perkhidmatan tambahan
Kejuruteraan
i. Khidmat nasihat awam dan struktur
ii. Khidmat nasihat mekanikal dan elektrik
iii. Infrastruktur
Analisis pembangunan
i. Aliran tunai dan kajian pelaburan
ii. Kajian kemungkinan
Reka bentuk dalaman dan membaikpulih
i. Pengurusan kemudahan
ii. Reka bentuk dalaman
Analisis kewangan dan cadangan pembangunan
i. Cadangan pembangunan
ii. Perancang kewangan
iii. Aliran masuk dan analisis sensitiviti
BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI MENGIKUT MINGGU
MINGGU : Pertama
TARIKH : 19hb DISEMBER 2011 – 22hb DISEMBER 2011
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu pertama,saya berkenalan dengan semua staf-staf
yang berada di pejabat. Selepas itu saya dirujuk kepada Encik Medalishah iaitu
penyelia saya selama saya menjalani latihan industri di sini. Saya menghantar
resume dan mendapat pengenalan mengenai syarikat. Untuk minggu pertama
saya diberi kerja untuk mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan di sebuah
banglo. Saya juga belajar menggunakan “sketch up”.
MINGGU : Kedua
TARIKH : 26hb DISEMBER 2011 – 29hb DISEMBER 2011
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu kedua saya teruskan dengan belajar sketch up.
Mencuba semua ikon yang ada di dalam sketch up. Mendapat “working
drawing” yang telah lama untuk dijadikan sebagai pengenalan awal untuk
membuat lukisan kerja dengan Auto CAD. Saya menyambung kerja minggu
lepas dengan merujuk “brochure” , majalah dan lukisan yang telah lama
disiapkan oleh syarikat. Untuk sketch up saya menyuapkan dinding, menebuk
tingkap, dan menyiapkan garaj.
MINGGU : Ketiga
TARIKH : 1hb JANUARI 2012 – 5hb JANUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Untuk minggu yang ke-3, saya menyambung sketch up yang dua
minggu lepas. Saya juga membuat hiasan dalaman @ “interior” di dalam sketch
up. Saya membuat rujukan majalah-majalah dan “brochure” untuk “rendering”
dinding luaran dan dalam. Untuk hari kedua minggu ini, saya dibawa melawat
tapak rumah yang sudah siap lama dibina untuk di ubah di Pasir Mas. Saya
membuat ukuran keliling rumah serta lakaran awal.
MINGGU : Ke-4
TARIKH : 8hb JANUARI 2012 – 12hb JANUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu yang ke empat saya masih meneruskan
menggunakan sketch up dengan mengubah plan rumah di dalam sketch up.
Memasukkan pintu dan tingkap di dalam sketch up. Membuat sebuah rumah
dua tingkat di dalam sketch up. Masih dalam belajar untuk mencekapkan
menggunakan sketch up.
MINGGU : Ke-5
TARIKH : 15hb JANUARI 2012 – 19hb JANUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ke lima, saya menbuat pelan lantai bagi rumah di
dalam sketch up yang pertama. Saya dan staf-staf membuat gotong-royong di
dalam pejabat. Saya mendapat kerja untuk membuat pelan lantai di dalam Auto
CAD dan diberi penerangan tentang kehendak pemilik. Menyiapkan sketch up
bagi dua buah rumah yang lepas.
MINGGU : Ke-6
TARIKH : 22hb JANUARI 2012 – 26hb JANUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu yang ke enam, saya meneruskan kerja dengan
membuat “bubble diagram” untuk pelan lantai. Saya menyiapkan bumbung
rumah dua tingkat di dalam sketch up beserta “rendering”. Mendapat contoh
pelan rumah yang lengkap dalam fail Auto CAD untuk dijadikan rujukan.
MINGGU : Ke-7
TARIKH : 29hb JANUARI 2012 – 2hb FEBUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini, saya menyiapkan pelan lantai dan plot ke dalam
kertas A4 untuk di “create” dengan staf. Saya meneruskan dengan membuat
pelan bumbung. Seterusnya, saya pergi melawat tapat di Bunut Payung, Kota
Bharu. Saya mendapat pelan lantai bagi dua buah tandas untuk rumah Haji
Ramli untuk dilukis semula di dalam Auto CAD beserta semua pandangan dari
dalam tandas. Selepas selesai saya plot dan cetak di atas kertas A4.
MINGGU : Ke-8
TARIKH : 6hb FEBUARI 2012 – 9hb FEBUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Menyambung kerja minggu lepas iaitu menambah “mosaic” da
“furniture” ke dalam tandas mengikut kehendak pemilik. Cetak sekali lagi untuk
penyelia. Menyambung “render” pelan bumbung untuk rumah pertama yang
dibuat di dalam sketch up. Membuat semua pandangan dan spesifikasi di dalam
Auto CAD bagi rumah berkeluasan kurang 2000 kaki.
MINGGU : Ke-9
TARIKH : 12hb FEBUARI 2012 – 16hb FEBUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Saya menyambung membuat pelan lantai tandas pada minggu ke-7
di dalam sketch up. Saya membuat section. Saya pergi malawat tapak rumah di
Pasir Mas. Rumah 1 tingkat yang ingin dijadikan ke dua tingkat. Mengambil
ukuran keseluruhan rumah.
MINGGU : Ke-10
TARIKH : 19hb FEBUARI 2012 – 23hb FEBUARI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu yang ke-10 ini, saya mulakan dengan belajar
“software” baru iaitu Adobe Illustrator CS. Saya mendapat pendedahan awal
Adobe Illustrator ini daripada staf. Saya belajar dengan membuat logo
Kementerian Persekutuan. Saya menyiapkan logo dalam masa satu minggu ini.
Seterusnya saya menyambung kerja AutoCAD yang minggu lepas dengan
membuat pandangan dan keratan rumah di Pasir Mas.
MINGGU : Ke-11
TARIKH : 26hb FEBUARI 2012 – 1hb MAC 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Untuk minggu ini, saya membuat kad perkahwinan dengan
menggunakan Adobe Illustrator CS. Saya mendapat penerangan daripada staf
untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan intuk membuat kad perkahwinan.
Saya membuat lagi sekali tandas rumah Haji Ramli tetapi di dalam Sketch Up.
Pada minggu ini juga saya pergi melawat tapak di Pengkalan Chepa yang
hampir siap. Saya mengambil ukuran “setback” rumah. Seterusnya saya pergi
ke tapak di Pengkalan Chepa juga iaitu rumah Semi-D(rumah untuk dijual oleh
Raja Perempuan). Saya mengambil gambar keseluruhan rumah untuk melihat
perkembangan rumah.
MINGGU : Ke-12
TARIKH : 4hb MAC 2012 – 8hb MAC 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Untuk minggu ini, saya pergi melawat tapak rumah bangle Haji
Ramli di Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Saya diarah untuk mengambil ukuran
hadapan rumah. Ukuran itu adalah untuk dibuat lanskap oleh pereka lanskap
dari Kuala Lumpur. Saya juga didedahkan untuk melihat kerja-kerja “plaster”
dan pemasangan tindih kasih dengan mengunakan simen. Saya juga
menyiapkan pelan rumah,pandangan, dan keratan rumah Pasir Mas
menggunakan AutoCAD kerana kesalahan ketinggian di dalam lukisan.
MINGGU : Ke-13
TARIKH : 11hb MAC 2012 – 15hb MAC 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini pula, saya meneruskan menyiapkan sedikit lagi
lukisan rumah Pasir Mas. Seterusnya,saya mendapat tugasan untuk
menyiapkan 2 kad perkahwinan dalam masa 2 minggu sebelum diberi kepada
staf.
MINGGU : Ke-14
TARIKH : 18hb MAC 2012 – 22hb MAC 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Saya menyambung kerja membuat kad perkahwinan yang minggu
lepas. Selepas itu, saya mendapat lukisan kerja dari staf untuk dibuat di dalam
sketch up berbentuk 3D.
MINGGU : Ke-15
TARIKH : 25hb MAC 2012 – 29hb MAC 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini, saya saya menghantar 2 kad perkahwinan
kepada staf(Baizurah). Selepas itu, saya perlu mengubah lagi kad perkahwinan
itu mengikut kehendak staf. Saya juga menyambung sketch up yang minggu
lepas untuk disiapkan pada minggu ini.
MINGGU : Ke-16
TARIKH : 1hb APRIL 2012 – 5hb APRIL 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini, saya mendapat lagi satu kad perkahwinan untuk
dibuat menggunakan Adobe Illustrator CS. Saya “scan” contoh yang diinginkan
oleh pelanggan. Saya melakar peta di dalam Adobe Illustrator. Selepas itu, saya
menyambung membuat sketch up minggu lepas kerana kesalahan pada sudut
bumbung di dalam sketch up.
MINGGU : Ke-17
TARIKH : 8hb APRIL 2012 – 12hb APRIL 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Seterusnya, saya meneruskan dengan membuat kad perkahwinan.
Saya juga sambung sketch up minggu lepas bersama “rendering” bumbung.
Saya juga membuat detail untuk petunjuk langit di dalam AutoCAD dan juga
sketch up.
MINGGU : Ke-18
TARIKH : 15hb APRIL 2012 – 19hb APRIL 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini pula, saya mendapatkan lagi lukisan kerja
lengkap dari staf dan membuat balik di dalam sketch up untuk 3D. Saya juga
mendesign pintu ,tingkap, dan interior mengikut kehendak pelanggan.
MINGGU : Ke-19
TARIKH : 22hb APRIL 2012 – 26hb APRIL 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Untuk minggu ini,saya menyambung sketch up minggu lepas.
Saya mengambil gambar dari semua sudut rumah itu di dalam sketch up dalam
bentuk 2D graphic dan memasukkan ke dalam Adobe Illustrator CS untuk dibuat
“flyers” berserta spesifikasi bahan.
MINGGU : Ke-20
TARIKH : 29hb APRIL 2012 – 3hb MEI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Untuk minggu ini, saya mendapar pelan lantai yang telah diubah
suai untuk diubah suai lagi iaitu pelan lantai spa/salon. Saya perlu mengubah
pintu masuk, reka letak dalaman, dan juga keratan di dalam AutoCAD. Saya
banyak rujuk dengan staf untuk pengubahsuaian ruang. Saya juga mewarna
lukisan kerja pada minggu ini.
MINGGU : Ke-21
TARIKH : 6hb MEI 2012 – 10hb MEI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini, saya mendapat kerja unutuk membuat ‘flyers’
dengan menggunakan Adobe Illustrator CS. Pada minggu ini juga, saya pergi
melawat tapak di Kota Bharu. Saya mengukur keseluruhan rumah untuk
mengubahsuai kepada pejabat. Saya juga membuat pelan lantai di dalam
AutoCAD berbasarkan ukuran yang saya ambil.
MINGGU : Ke-22
TARIKH : 6hb MEI 2012 – 10hb MEI 2012
MASA : 8.30 a.m – 5.30 p.m
AKTIVITI :
Pada minggu ini, saya mendapat sketch up 3D unutuk dibuat
‘flyers’ ke dalam Adobe Illustrator CS. ‘Flyers’ dibuat beserta ‘tittle block’ dan
juga spesifikasi. Saya juga mendapat kerja daripada penyelia untuk
mengubahsuai hadapan rumah. Saya diminta untuk membuat terus ke dalam
sketch up. Saya ‘print’ dan menyerahkan kepada penyelia.