Post on 07-Jun-2015
PENGENALAN
Kebanyakkan ubi keledek ( lpomoea batatas (L.) Lam. ) kini ditanam oleh pekebun
kecil untuk dipasarkan sebagai ubi segar bagi makanan manusia. Hanya sebahagian kecil
diproses menjadi snek tradisional seperti kerepek dan cakar ayam serta kuih – muih
seperti keria. Kawasan penaman ubi keledek di Semenanjung Malaysia agak stabil pada
tahap kira –kira 2000 ha setahun. Keadaan ini disebabkan tiada potensi untuk
memperluaskan kawasan penanaman ubi kelede jika tumpuan hanya pada pasaran ubi
segar yang begitu terhad permintaannya.
Walau bagaimanapun potensi unutk memproses ubi keledek menjadi produk
makanan seperti makanan snek, produk reroti, tepung pracampura dan frenh fries
( semacam jejari kentang goreng ) amat cerah. Permintaan produk sebegitu makin
berkembang kerana gaya hidup masa kini yang menghargakan penjimatan masa.
PRASARANA LADANG
Tapak ladang mesti mempunyai kemudahan jalan untuk memudahkan
pengangkutan hasil dan input ladang.
Hampir semua jenis tanah dengan saliran yang baik sesuai untuk tanaman ubi
keledek.
Sistem pengaliran renjis ( sprinkler ) amat sesuai untuk tanaman ubi keledek.
Sumber seperti kolam buatan, paya atau anak sungai berhampiran ladang.
Sebuah stor untuk menyimpan input ladang hendaklah disediakan.
PENYEDIAAN TANAH
Boleh dikatakan semua jenis tanah sesuai untuk penanaman keledek.
Kapur diperlukan pada kadar 3-6 t/ha untuk menaikkan pH tanah. pH tanah yang
paling sesuai ialah 5.0. kesan pengapuran boleh bertahan 3-5 musin penanaman.
Semasa menyediakan tanah, pastikan semua tunggul atau serpihan kayu telah
dibuang untuk mengelakkan jangkitan penyakit serta menjamin bilangan pokok
yang optimum boleh ditanam.
Peringkat pertama ialah dengan menggunakan bajak piring (disc plough) dengan
kedalaman 25cm. Seeloknya dilakukan pada musim panas dan dibiarkan selama
14 hari untuk mematikan rumpai dan juga benih rumpai yang ada.
Kemudian gunakan bajak sikat ( disc harrow ) untuk memecahkan ketulan yang
besar supaya menjadi lebih kecil.
Selepas itu, alat pemutar-pembatas (rotor-ridger) digunakan untuk menggembur
tanah seterusnya membina atas. Jarak antara batas ialah 1.0m dengan tinggi 30cm
dengan bahagian tapak batas 60cm.
PENYEDIAAN KERATAN DAN PEMILIHAN VARIETI
Bagi penanaman seluas 1.0 hektar, jumlah keratan atau bahan tanaman yang
diperlukan ialah 40,000 keratan.
Tapak semaian perlu disediakan untuk membiakkan bahan tanaman. Keratan
pucuk yang sihat sepanjang 30cm dengan lebih kurang tujuh mata tunas amat
sesuai diambil dari pokok yang berumur 2-2 ½ bulan. Keratan kedua boleh
diambil sekiranya bahan tanaman tidak mencukupi, tetapi hasil yang diperolehi
tidak setanding dengan hasil pokok dari keratan pucuk.
Rendam keratan ke dalam larutan carbarly pada kadar 15 g/10 liter air selama 10-
15 minit untuk membunuh segala telur dan ulat perosak sebelum menanam.
Keratan boleh juga disimpan ditempat teduh selama 2-3 hari untuk
menggalakkan pengeluaran akar supaya pertumbuhan lebih terjamin.
Varieti ubi keledek Gendut amat sesuai ditanam untuk dijual segar, untuk
membuat kuih tradisional atau diproses menjadi jejari keledek.
Untuk pemprosesan tepung, varieti Telong dan Jalomas lebih sesuai ditanam.
Kini tardapat varieti baru yang mempunyai kandungan beta-kerotena yang tinggi
dan sesuai untuk dimakan segar atau diproses. Varieti ini telah dikeluarkan secara
rasmi oleh MARDI pada 12 Jun 2007 dan ia dinamakan ’vitAto’.
PENANAMAN
Menanam ubi keledek secara bergilir dengan tanaman lain digalakkan untuk
mengelakkan serangan perosak dan penyakit dan untuk mengelakkan
ketidakseimbangan nutrien di dalam tanah. Ubi keledek boleh digilirkan dengan
tanaman seperti jagung manis, sengkuang, labu manis dan tembikai.
Sebelum menanam, tapak tanaman hendaklah disembur dengan racun pracambah
iaitu metolachlor pada kadar 1.8 liter/ha 4-7 hari sebelum menanam. Ini untuk
membunuh benih rumpai di dalam tanah bagi mengurangkan persaingan pada
peringkat awal pertumbuhan ubi keledek.
Ubi keledek boleh ditanam sepanjang tahun jika sumber air terjamin. Bagi
kawasan yang tiada sumber air, penanaman hendaklah dibuat pada permulaan
musin hujan supaya pada peringkat awal tidak terjejas.
Keratan ditanam pada jarak 1.0 m X 0.25 m secara berbaring dan ditimbus dengan
bahagian hujungnya di atas tanah. Dengan jarak ini, satu hektar memerlukan
40,000 keratan.
Di tanah pasir, menanam keratan secara menegak diamalkan kerana suhu pasir
boleh meningkat ke aras 500 C. Sekiranya keratan dtanam secara berbaring, pasir
yang panas boleh menyebabkan keratan lecur.
Arah penanaman perlu diseragamkan untuk memudahkan kerja kemudian seperti
membaja dan membuat lurah.
PEMBAJAAN
Baja organik seperti baja tahi ayam yang telah reput dengan kandungan air 15-
20% boleh digunakan sebagai baja asas pada kadar 5-10 t/ha. Bagi tanah bris dan
tanah bekas lombong 10-20 t/ha diperlukan supaya daya pegangan nutrien dan air
dapat ditingkatkan.
Kadar baja yang disyorkan bagi jenis tanah biasa dan tanah asid sulfat ialah
34 N: 34 P2O5:67K2O kg/ha.
Semasa menanam atau tidak lewat dari seminggu 400 kg/ha baja sebatian NPK
12:12:17:2 diberikan
Pembajaan kali kedua dan ketiga di berikan pada minggu ke 4 dan ke 7 pada
kadar 250 kg/ha dan 200 kg/ha.
Semburan baja daun mungkin perlu terutamanya di kawasan tanah pasir sekiranya
terdapat tanda-tanda kekurangan mikronutrien.
PENGURUSAN RUMPAI
Bagi kawalan rumpai peringkat awal, racun pracambah (metolachlor) digunakan
pada kadar 1.8 liter/ha disembur pada tapak tanaman 4-7 hari sebelum menanam.
Ini untuk membunuh benih-benih rumpai di dalam tanah dan mengurangkan
persaingan pada peringkat awal pertumbuhan tanaman. Dengan penyediaan tanah
yang sempurna kesan penggunaan racun pracambah boleh bertahan selama 2-3
bulan.
Bagi tanah gambut kadar racun pracambah yang lebih tinggi iaitu 4.2 liter/ha
diperlukan.
Aktiviti mencegah rumpai seterusnya boleh dibuat secara manual atau dengan
semburan terkawal. Pertumbuhan rumpai akan berkurangan apabila pokok
keledek sudah besar dan menjalar menutupi batas.
PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK
Pada perinkat awal penyediaan tapak, pastikan semua rumpai jenis Ipomoea yang
ada di sekitar tapak dihapukan bagi mencegah serangga kumbang belalai (Cylas
formicarius) bertapak sebagai perumah alternatif.
Tabur racun butiran seperti cartap hydrochloride, fipronil atau endosulfan pada
pangkal pokok 1-2 blan selepas menanam pada kadar 30 kg/ha
Racun semburan seperti phenthoate, deltamethrin atau triazophos diperlukan
untuk mengawal ulat batang (Omphisa anastomosalis).
Amalan pengurusan perosak bersepadu yang boleh diikuti bagi mencegah
kerosakan kumbang belalai menggilirkan tanaman ubi keledek dengan tanaman
jangka pendek yang lain yang bukan dari jenis ipomeae.
Menggunakan keratan pucuk yang sihat dan direndam di dalam larutan racun
carbaryl atau malathion pada kadar yang disyorkan pada label selama 10-15 minit
sebelum menanan adalah salah satu cara untuk mengelakkan dari perosak.
Elakkan menanam tanaman ubi keledek yang baru bersebelahan dengan tanaman
ubi keledek yang sediaada. Jarakkan sekurang- kurangnya 200meter antara
tanaman baru dengan yang lama.
Bagi mencegah penyakit keruping, racun kuprum oksiklorid, mancozeb atau
chlorothalonil boleh di sembur mengikut kadar yang telah disorkan pada label.
Apabila terdapat simptom penyakit ’daun kecil’ ( little leaf ) pokok tersebut
hendaklah segera dicabut dan dimusnahkan.
Amalan menaikkan batas (hilling) semasa keadaan kering perlu dilakukan. Ubi
mula membesar boleh menyebabkan rekahan pada permukaan batas yang akan
menyebabkan ubi terdedah. Rekahan ini memberi peluang untuk kumbang belalai
menyerang.
Selain serangan penyakit dan perosak, serangan tikus hendaklah dikawal dengan
menabur racun dalam bentuk pelet atau ’cake’ pada peringkat awal pembentukan
ubi iaitu pada 1 ½ -2 bulan selepas menanam.
PENGUTIPAN HASIL DAN MUTU UBI KELEDEK
Hasil ubi keledek boleh dipungut pada 3 ½ -4 bulan selepas menanam. Pungutan
lewat menyebabkan ubi keledek bertunas semula. Kelewatan memungut juga
menyebabkan ubi akan mula diserang kumbang belalai dan juga tikus.
Sebelum memungut hasil, keratan benih boleh diambil dahulu untuk disemaikan
sebagai bahan tanaman untuk penanaman musin akan datang. Pokok yang
selebihnya dipotong dan dibuang.
Pungutan hasil boleh digunakan dengan cangkul mata tiga atau jika tanah jenis
gambut ia boleh dicabut dengan tangan sahaja.
Bagi tanaman yang luas, penggunaan jentera digalakkan.
Ubi keledek yang telah dituai tidak perlu dibasuh. Gunakan berus untuk
membuang tanah sebelum dimasukkan kedalam guni atau bakul. Untuk dijual
terus.
Ubi keledek yang tidak cacat dan bebas penyakit boleh disimpan selama 1-2
minggu.
Penyimpanan ubi keledek akan menyebabkan ubi menjadi bertambah manis
kerana kandungan kanjinya akan bertukar menjadi gula.
KOS PENGELUARAN DAN PULANGAN
Penggunaan input yang optimum di samping pengurusan ladang yang tepat dan
betul amatlah penting untuk menjamin hasil dan mutu ubi yang tinggi.
Warna isi ubi boleh mempengaruhi harga jualan. Biasanya ubi yang berwarna
oren lebih tinggi berbanding ubi berwarna putih.
Hasil ubi dijangka 25tan sehektar. Berdasarkan hasil ini, pendapatan kasr dijangka
lebih kurang RM 12000.
JADUAL KERJA UNTUK TANAMAN KELEDEK
HST Operasi/ Aktiviti Input/Alat Sasaran/Huraian
Jenis Kadar
-60 Penyediaan tapak semaian Keratan
Pisau/seketeur
10000 Untuk mendapatkan bahan yang sihat dan seragam.
Keratan dari pucuk yang sihat dan bebas serangan
serangga.
-30 Penyediaan tanah I Bajak piring.
Traktor 4 roda
1 pusingan Menbajak sedalam 25cm dan biar selama 14 hari
Untuk mematikan rumpai
-22 Pengapuran Kapur magnesium
kisar
1-2 t/ha Untuk mengubah pH tanah
Untuk kawal serangan penyakit.
-21 Penyediaan tanah II Sikat piring/bajak
putar traktor 4 roda
1 pusingan Sedalam 25cm untuk mengecilkan ketulan dan
menggaul kapur serta menghapuskan rumpai
-7 Penyediaan tanah III Alat pembatas,
Traktor 4 roda
1 pusingan Bina batas 1m parit ke parit dengan saiz batas 60cm
lebar X 30cm tinggi
-5 Pembekalan baja asas Tahi ayam 5-10 tan/ha Guna tahi ayam yang telah reput. Tabur pada
permukaan batas dan gaul rata sedalam 10cm
-4 Kawalan rumpai I Alat penebas/ racun
herba jenis sentuh
1 pusingan Hapuskan semua rumpai jenis ipomoea (perumah
alternatif kumbang belalai) di sekeliling ladang
-4 Kawalan rumpai II Metolachlor, alat
penyembur
1.8 liter/ha Sembur racun herba pracambah pada permukaan batas
-3 Penyediaan bahan tanaman Keratan pucuk,
pisau, seketeur
40000/ha Keratan pucuk yang sihat sepanjang 30cm. Dari pokok
yang berusia 2-2 ½. Di simpan ditempat teduh dan
dingin hingga ditanam.
-1 Rawatan keratan Carbaryl atau
malathion
15g/10liter
15-20ml/10
liter air
Rendam seluruh keratan sekurang-kurangnya 10-15
minit.
0 Operasi penanaman Keratan, cangkul /
tajak
1 keratan
setiap
lubang
25 cm antara pokok dalam baris.
0 -14 Pengairan Sistem renjis 0.3 – 1 liter
sesaat
Dilakukan dalam tempoh 2 minggu pertama.
7 Pembajaan Baja sebatian
12 : 6 : 22 : 3 atau
12 : 12 : 17 : 2
300 kg / ha
atau 400
kg/ha
Disepanjang baris tanaman kemudian ditimbus
30 Terbalikkan jalar Manual 1 pusingan Diterbalikkan ke tengah batas, memberi ruang jalan
untuk operasi kawalan, mengelak ubi terbentuk di buku
jalar.
30 Kawalan perosak I Alat penyembur 15 g / liter Sembur apabila terdapat simpton
Penyakit keruping, daun
kecil, ulat pemakan daun
Mancozeb
30-60 Menaikkan batas Cangkul / tajak Sepanjang
batas
Untuk menutup rekahan, mengelak ubi dari terdedah
30-60 Kawalan perosak II
Kumbang belalai, pengorek
batang, ulat putih
Cartap Hidrokloride 30kg / ha Bubuh racun di sekitar pangkal.
45 Kawalan rumpai III Racun herba sentuh 3.3 liter /
450 liter air
Sembur di sekitar batas untuk elak rumpai
105-
120
Memungut hasil Pisau, cangkul mata
tiga, berus, raga
Pastikan dilakukan tidak melebihi 120 HST, Pilih dan
potong keratan pucuk, berus ubi untuk membuang
tanah, susun di dalam raga, simpan di tempan dingin
dan teduh sebelum di pasarkan.
Pengiraan kos dan pulangan penanaman ubi keledek untuk sehektar di tanah mineral biasa
Operasi ladang Amaun Unit Jenis Kos/harga
seunit (RM)
Nilai (RM) Jumlah kecil
(RM)
Penyediaan Tanah
Membajak piring
Kapur
Upah mengapur
Membajak putar
Membatas
1
2
2
1
1
Kali
Tan
Hari tenaga
Kali
Kali
Kontrak
GML
Kontrak
Kontrak
200
240
28
200
200
200
480
56
200
200
Jumlah 1136.00
Penanaman
Bahan tanaman
Upah menanam
40000
16
Keratan
Hari tenaga
Keratan pucuk 0.01
28
400
448
Jumlah 848
Pembajaan
Tahi ayam
Upah membubuh
Baja sebatian
Kali pertama
Upah
5
10
400
5
Tan
Hari tenaga
Kg
Hari tenaga
12:12:17:2
250
28
1250/tan
28
1250
280
500
140
Kali kedua
Upah
Kali ketiga
Upah
Mikronutrien
Upah
5
5
5
Kg
Hari tenaga
Kg
Hari tenaga
Kg
Hari tenaga
Jumlah 2170
Kawalan rumpai
Racun pra-cambah
Upah
1.8
10
Liter
Hari tenaga
metolachlor 170
28
306
280
Jumlah 586
Pengurusan perosak &
penyakit
Racun kulat
Upah
Racun perosak batang
Upah
Racun perosak daun
upah
0.5
10
16
10
1
10
Kg
Hari tenaga
Kg
Hari tenaga
Liter
Hari tenaga
24
28
7.50
28
22
28
12
280
120
280
22
280
Jumlah 994
Pengairan
Kali pertama 3 Hari tenaga Rain gun 28 84
Jumlah 84
Pungutan hasil
Pengambilan bahan tanaman
Memotong dan membuang jalar
pokok
Memungut ubi
40 Hari tenaga
Tan
Kontrak
kontrak
250
28
250
1120
Jumlah 1370
JUMLAH KOS 7188
Pulangan
Hasil ubi
Pulangan kasar
Kos pengeluaran
25 Tan 0.50/kg
12500
7188
Pulangan bersih
Kos sekilogram
5312
0.288
Varieti Baru Ubi Keledek
Mardi telah menemui satu varieti baru ubi keledek. Varieti ini dinamakan vitAto. Ia
mengandungi kandungan beta-karotena yang tinggi dan sesuai untuk dimakan segar atau
diproses menghasilkan produk makanan kesihatan termasuk jus.
Makna vitAto bagi varieti ubi keledek baru yang berisi oren ini kerana ia mengandungi
beta-karotena yang apabila dimakan akan menjadi vitamin A. Oleh itu nama vitAto
membayangkan varieti ini akan memberi khasiat vitamin A. ’vitA’ untuk vitamin A dan
’to’ untuk sweetpotato. Nama ini mempunyai unsur global dan tidak terlalu regional.
Kajian agronomi yang dijalankan menunjukkan ubi keledek sangat sesuai diusahakan
dikawasan tanah bris.
Keistimewaan ubi keledek
Nilai pemakanan ubi keledek.
Pada amnya, ubi keledek adalah makanan yang berkhasiat. Ubinya kaya dengan bahan
anti oksidan seperti beta-karotena yang ditukar menjadi vitamin A di dalam badan,
vitamin C, vitamin E dan antosianin. Bahan antioksidan dapat mengelak kerosakan pasa
sel dan DNA dan seterusnya dapat menghalang barah dan kecacatan pada janin.
Kandungan serabut diet dan zat kalium di dalam ubi sangat tinggi. Serabut diet berkesan
menentang diabetes, sembelit dan kanser usus besar. Kalium pula berguna untuk
mengawal tekanan darah tinggi dan menjaga jantung.
Ciri-ciri VitAtoDaun
- Pucuk sedikit ungu- Gagang daun hijau dengan bintik ungu dipangkal daun- Urat daun sebahagian ungu- Daun berbentuk segitiga
Batang- Batang berwarna hijau
Ubi- Berbentuk bujur panjang- Kulit ubi berwarna oren muda- Kulitnya licin- Isi ubi berwarna oren
Prestasi vitAto
- Sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah- Boleh mencapai hasil ubi basah sebanyak 40 tan sehektar- Hasil melebihi varieti ubi keledek lain
Kelebihan vitAto
- Lebih berkhasiat kerana mengandungi beta-karotena yang tinggi- Beta-karotena dapat dikekalkan apabila diproses menjadi tepung- Tepung vitAto lebih berkhasiat dibandingkan dengan tepung gandum dari
segi serabut diet, vitamin C dan beta-karotena
Penggunaan vitAto
- Boleh dimakan selepas direbus, kukus, goreng atau dibakar.- Boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng, kek, ban
dan mufin- Produk tersebut boleh dibuat daripada tepung atau daripada ubi segar- Boleh dibuat jus dan milk shake
Kandungan setiap 100g
Protein kasr 1.20gLemak kasar 0.22gSerabut diet 2.49gKanji 13.90gVitamin C 1.33gBeta-karotena 2066.00gTenaga 87.70g
Bandingan setiap 100g antara tepung keledek dengan tepung gandum
Setiap 100g Tepung keledek Tepung gandumAir Protein kasarLemak kasarSerabut kasarSerabut dietVitamin CBeta-karotenaTenaga
6.6g2.9g0.5g4.5g9.7g18.0mg7.48mg362 kcal
12.5g12.0g1.6g2.0gt.m.* ( tiada maklumat )0.0mg0.0mg345kcal
Tepung pracampuran berasaskan keledek
- Satu produk baru untuk kuih tradisional berasaskan keledek.- Jangka masa simpanan produk sekurang-kurangnya 6 bulan.- Teknologi memberi peluang untuk industri kuih tradisional meningkat.- Teknologi boleh diolah untuk diubahsuaikan kepada kuih tradisional
berasaskan komoditi lain.
Keunikan produk
- Disediakan dari keledek- Memudahkan penyediaan kuih tradisional- Ramuan telah dicampur dengan nisbah tertentu bagi menjamin mutu yang
dihasilkan.- Penghasilan kuih yang enak- Boleh didapati sepanjang masa
Teknologi pemprosesan tepung ubi keledek
UBI KELEDEK
DIBERSIH DAN DIPOTONG NIPIS
DIRENDAM DI DALAM LARUTAN SODIUM METABISULFIT SELAMA
30 MINIT
TEPUNG KELEDEK
DITUS DAN DIKERINGKAN PADA SUHU 50-600C SEHINGGA RAPUH
KISAR DAN AYAK
SISTEM TANAMAN
Kajian sistem penanaman giliran berasaskan ubi keledek dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap hasil, insiden penyakit dan kesuburan tanah.Lima sistem penanaman berasaskan ubi keledek telah dinilai.
A. Ubi keledek - TembikaiB. Ubi keledek - FallowC. Ubi keledek - PadiD. Ubi keledek - JagungE. Ubi keledek - Ubi keledek
Keputusan Kajian
Sistem tanaman yang disyorkan ialah sistem A,B,C dan D. Purata hasil bagi sistem diatas adalah melebihi 27.5 tan/ha.Purata hasil bagi sistem penanaman E (ubi keledek – ubi keledek) selepas tanaman pusingan kedua ialah 7.6 tan/ha.
Mekanisasi pengeluaran ubi keledek
1. Mesin Penanam Sebaris2. Penyembur Boom3. Merumput dan Membaja4. Penghancur Daun sebelum Penuaian5. Penabur Baja Organik6. Mesin Penuai
RUJUKAN
1. FAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7.
Kuala Lumpur : FAMA.
2. MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDI
3. Vimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran
Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI.
4. Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung
Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
5. MARDI, Manual Teknologi Penanaman Ubi Keledek. Kuala Lumpur : MARDI
LAMPIRAN
Ubi Keledek Segar
LAMPIRAN
Produk Dari Ubi Keledek