Kemahiran Jualan

Post on 21-May-2015

4.007 views 9 download

description

Bukan Sekadar Mengejar Uang Jualan - Setiap yang besar, bermula daripada yang kecil. Dari Niat, Matlamat, teori ke Implementasi & Aplikasi, Perbaiki, Istiqamah: ianya memerlukan suatu permulaan yang kecil.

Transcript of Kemahiran Jualan

Bagaimana bermula?

Yang bekerja ada manual nya.Yang berniaga ada rahsianya.Setiap perkara ada langkah dan caranya.

Yang besar ,dari kecil juga bermulanya.

Apakah alat bantuan yang boleh membantu kita menyampaikan maksud perniagaan?

Use the right and precise tools .

Smiles wont make money disappear.

Apakah persepsi ataupun 1st impression yang anda tunjukkan kepada bakal pelanggan?

Kerana.. di hati pelanggan, mereka ada pelbagai persepsi terhadap anda.

Pelanggan akan ingat ‘sampai mati’ perkara yang menyakitkan ataupun yang

menyenangkan hati mereka.

Sebahagian jurujual memulakan bicara hingga tiada memberi peluang untuk diri mereka sendiri mendengar pandangan mahupun permintaan bakal pembeli.

Ada masa dan ketikanya, bakal pembeli memikirkan bagaimana untuk menyuruh anda berhenti bercakap.

Sentiasalah bertanyakan apa yang mereka musykil atau ragukan.

Pendapat mereka membantu kita maju setapak kehadapan, insyaAllah.

Penjual yang sibuk bercakap daripada mendengar, mungkin akan kehilangan bakal pembeli selamanya.

Ada yang mengambil masa hingga terlupa bakal pelanggan sudah kegelisahan.

Terkejar-kejar pula untuk cuba melakukan ‘closing’ kerana kesuntukan masa . Pastinya pelanggan tidak suka mereka dipaksa.

Mereka sememangnya sibuk, anda pun sama.

Hargai masa kerja dan niaga mereka,sememangnya nanti mereka juga akan menghargai masa anda

Deals are closed on matured relationships & time.

Bila anda cuba menganalisa peluang semasa menyampaikan penerangan barangan ataupun perkhidmatan…

Bakal pelanggan anda juga sedang cuba menganalisa segala ‘cakap-cakap’ , tindakan, pergerakan diri anda.

Bagaimana?

Berbagai kategori pendengar,Berbagai jenis pelanggan, dan peringkat usia.

Citarasa mereka berbeza

Menyampaikannya semestinya mempunyai pelbagai cara.

Matlamat dan tujuannya tetap sama.

Pelajarilah ‘kunci-kunci’ yang ada. InsyaAllah pasti akan berjumpa.

Maklumat tambahan, panduan, cara guna, membantu bakal pembeli membuat perbandingan dan penilaian.

Tindakan susulan, membina kepercayaan pelanggan terhadap barangan dan juga servis kita.

Jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu.

Tingkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan atau pembeli dengan pelbagai cara.

Adakah kita menyimpan dan merekod segala belian dan jualan?

Failure to do so, our business will lead to nowhere.

Institusi besar cukup melindungi pelbagai maklumat tentang pelanggannya.

Kita yang kecil juga bermula dengan menyimpan dan menjaga ‘rahsia-rahsia’ belian dan jualan serta peribadi pelanggan yang ada.

Mudah-mudahan rahsia kita juga dilindungi olehNya.

Buah yang busuk jangan dibuang, boleh juga dijadikan enzim ataupun cuka.

Cara menikmatinya pun berbeza.

Adakala nya begitu. Pilihan terbaik di tangan anda dan mereka.

Hubungan niaga ada waktunya ‘went sour’ akibat pelbagai perkara.

Anda, kita, saya, dia …boleh meruntuhkan terus jambatan

yang dibina,

…atau memilih untuk memperbaikinya, walaupun ianya

akan mengambil masa dan ‘air muka’

Bunyi cakapnya mudah.. ternyata ianya sangat berbisa untuk dilaksana.

Membina perniagaan mengambil masa. Meruntuhkannya mudah saja.

Adakah mata kita gelap seketika kerana wang dijadikan perkara utama?

Apakah perniagaan yang cari adalah keuntungan semata-mata?

Mungkin pelbagai perkara yang perlu diperbetulkan semula, semoga niaga

kekal lama.

Biar jelas segala transaksi.Biar tertulis siapa memberi dan siapa menerima…dan ke mana uang itu di belanja.

Biar ianya nyata, supaya tidak nanti ada yang akan bertanya. Jangan pula memeningkan kepala.

*Akta 613 , *Akta 694

Ianya ibarat gula dan garam di dalam kehidupan.

Bersederhana di dalam segalanya adalah lebih baik daripada

ter’over-over’.

Maju, mundur, atau masih lagi di situ?

Ada pepatah menyebut..

“Sediakan payung sebelum hujan.”

Payung perniagaan sememangnya sudah cukup disediakan, tetapi adakalanya bukan sahaja hujan yang datang..

Yang kaya pun Allah uji juga. Apakah kita mudah lupa..?

Ia umpama disertai ribut, taufan dan badai yang melanda.

Gali dan kenali niaga kita semasa maju mahupun mundur.

Adakah perniagaan kita beku, kaku, mengecil dan mengecut ?

In order to stay in the business, rajin-rajinlah semak senarai :Pelanggan,Kekurangan,Kelebihan,Pendapatan,

dan semestinyalah kearah mana uang itu dilangsaikan.

Kadang-kadang bukan bisnesnya yang mengecut, tetapi belanjanya yang semakin berlebihan.

Buku Rujukan dan Panduan

Semoga yang baik boleh diguna bersama. Yang mana tiada bermunafaat, boleh dijauhkan buat selamanya, mungkin kerana tiada gunanya.

Ianya hanyalah catatan dan coretan sebahagian pengalaman kehidupan dan perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Setiap daripadanya ada yang berbeza. Baik pendapat dan juga cara. Masih banyak yang tidak dibicara. Mungkin cukup buat sementara.

Salam kemaafan dan berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah.