Kemahiran Proses Sains t4

Post on 15-Apr-2016

239 views 5 download

description

NOTA SAINS

Transcript of Kemahiran Proses Sains t4

KEMAHIRAN PROSES SAINS

TAHUN 4

KEMAHIRAN PROSES SAINS

• KPS merupakan salah satu daripada komponen kemahiran saintifik.

• KPS ialah kemahiran yang membolehkan murid-murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

• KPS perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya dalam menjalankan penyiasatan atau eksperimen.

• Berikut adalah KPS yang perlu dikuasai oleh murid-murid:

1. Memerhati2. Mengelas3. Mengukur Menggunakan Nombor4. Membuat Inferens5. Meramal6. Berkomunikasi7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa8. Mentafsir Data9. Mendefinisi Secara Operasi10. Mengawal Pemboleh Ubah11. Membuat Hipotesis12. Mengeksperimen

MEMERHATI• Merupakan KPS yang paling asas dan mudah.• Merupakan proses mengumpul maklumat

tentang objek atau fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria iaitu :

a. Pendengaranb. Penglihatanc. Baud. Rasae. Sentuhan

MENGELAS• Satu proses yang menggunakan pemerhatian

untuk mengelaskan objek mengikut persamaan atau perbezaan.

• Objek-objek diasingkan dan dikumpulkan kepada kumpulan masing-masing berdasarkan ciri atau sifat tertentu.

• Pengasingan dan pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.