Post on 06-Feb-2018
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Unit Komunikasi Korporat Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA MALAYSIA
Tel: 03 – 8000 8000 Faks: 03 – 8891 5557 Laman Web: www.kpkt.gov.my Emel: media.ukk@kpkt.gov.my Twitter: www.twitter.com/kpkt_gov Facebook: www.facebook.com/KPKTMalaysia
Rujukan kami : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.47( )
Tarikh : 19 NOVEMBER 2017
Siaran Media
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BAGAN DATUK
Bagan Datuk, 19 November 2017 - YAB Timbalan Perdana menyempurnakan majlis pra-
pelancaran Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Bagan Datuk di Fiesta NBOS Sayang
Malaysia. YB Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
mengiringi YAB Perdana Menteri ke majlis pra-pelancaran pada hari ini.
2. KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) akan membina PPR Bagan Datuk
ini di bawah Bajet Pembangunan (P43) RMKe-11 RP2 2017 dengan siling peruntukan
sebanyak RM3,000,000.00 dan kos keseluruhan berjumlah RM131,440,000 di Bagan Datuk
Water City. PPR ini adalah salah satu komponen di dalam pembangunan bersepadu di
Bagan Datuk Water City oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang dipantau
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
3. Sehingga Februari 2017, Kerajaan Negeri Perak telah menerima sebanyak 933
permohonan untuk perumahan mampu milik dan kos rendah bagi Hilir Perak, Batang
Padang, dan Manjung.
4. Projek PPR yang dijangka siap dalam masa 36 bulan ini merangkumi 500 unit rumah
teres setingkat (65.24m² seunit) akan dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:
• 2 unit kedai (setiap unit kedai berkeluasan 20m²)
• 2 unit gerai berkeluasan 128m² (setiap unit gerai berkeluasan 20m²)
• surau (memuatkan 200 jemaah dengan keluasan 338m² )
• tadika (3 bilik tadika memuatkan 25 orang setiap kelas dengan keluasan keseluruhan
374m²)
• Balai komuniti dengan keluasan 314m², tempat letak kereta
§ Rumah sampah
§ Landskap- 2 taman permainan kanak-kanak, laluan rekreasi, gelanggang terbuka,
lampu taman, 1 unit wakaf, pokok teduhan dan peralatan senaman
§ Kemudahan utiliti (tertakluk kepada keperluan PBT dan agensi) – TNB Substation,
Loji Rawatan
§ Kumbahan (STP)-3000 PE, Sistem Bekalan Air Luaran dan Dalaman, menara tangki
air, tangki sedut dan rumah pam.
§ Konsep pembinaan Teknologi Hijau
---------------------------------------------------------------------------------------------------------Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar. Di bawah
Kementerian ini terdapat 9 Jabatan iaitu PLAN Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Jabatan Perumahan Negara; Jabatan
Kerajaan Tempatan; Jabatan Landskap Negara; Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara; Solid Waste Corporation Malaysia; Tribunal
Perumahan dan Pengurusan Strata; dan Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Telefon : 03-8891 5555 Faks : 03-8891 5557 E-mel : media.ukk@kpkt.gov.my