Kenali huruf

Post on 14-Nov-2014

9.026 views 9 download

description

 

Transcript of Kenali huruf

Disediakan oleh

Yeow Bee Hong EL-C08

D20102046648

Pendahuluan

Untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti

dan berkemampuan, kerajaan telah memberi tumpuan

kepada 4 sub-NKRA. Dua diantaranya ialah untuk

meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan setiap

kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas literasi

dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan

rendah. Dasar yang diperkenalkan menjurus kepada

perkembangan kanak-kanak yang holistik,

pembelajaran berkesan, pembelajaran yang

menyeronokkan serta bermakna dan kemahiran asas

untuk pendidikan sepanjang hayat.

Masalah tidak mengenal huruf di kalangan kanak-kanak

merupakan salah satu punca utama mereka tidak

menguasai kemahiran membaca dengan baik. LINUS iaitu

satu program pemulihan direka bentuk untuk memastikan

murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa

Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada

pendidikan rendah. Selaras dengan ini maka guru-guru

memerlukan satu kaedah yang dapat membantu kanak-

kanak untuk mengenal huruf dengan cara yang mudah dan

menggembirakan tanpa merasa tertekan.

Rasional

Mengenal huruf merupakan satu proses yang amat penting ke arah kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan dapat meningkatkan keupayaan kognitif, berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu perasaan tertekan dan bimbang.

Objektif

Membolehkan kanak-kanak mengenal huruf kecil,dapat menulis huruf kecil dengan cara yang betul di samping mengenal huruf besar dalam suasana yang menggembirakan tanpa rasa tertekan.

Penerangan bahan

Fokus kaedah ini diberikan kepada bagaimana cara untuk mengatasi masalah mengenal huruf iaitu masalah utama ke arah menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu diberikan asas yang kukuh untuk mengenal huruf dan cara menulis huruf yang betul semenjak dari awal lagi. Bahan ini sesuai digunakan untuk murid prasekolah/ tadika, LINUS, pemulihan dan pendidikan khas.

Pendekatan yang menggabungkan nyanyian,

pergerakan, permainan dan tulisan yang merangkumi

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis dapat mempercepatkan lagi proses kanak-

kanak belajar. Pendekatan Belajar Melalui Bermain

dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan

peranan penting dalam menentukan keberkesanan

sesuatu pengajaran. Dick dan Reiser (1999)

mentakrifkan pembelajaran berkesan sebagai

pembelajaran yang menyeronokkan.

Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan

oleh golongan guru dan pelajar-pelajarnya. Keseronokan

membawa implikasi di mana pelajar lebih tertarik dan

berminat untuk belajar, manakala guru pula mempunyai

strategi yang boleh mendorong para pelajarnya memberi

tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KAD HURUF (6 keping)

CD LAGU(6 buah lagu)

LATIHAN PENGUKUHAN

KOMPONEN KAEDAH NIT(zm)

PANDUAN GURU

CARA PENGGUNAAN BAHAN.

Sebelum memulakan kaedah ini, sila ambil nilai mula (TOV) murid dengan menggunakan senarai semak 1 (fotostat) yang disediakan di dalam buku ini. Sila guna senarai semak 2 selepas menggunakan kaedah ini untuk melihat peningkatan murid dalam penguasaan huruf.Guru juga boleh menggunakan senarai semak yang dibina sendiri.

Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf-

huruf yang terdapat pada kad secara

berulang kali. Kemudian, guru

menyanyi lagu pertama sambil melukis

huruf berkenaan pada udara.(guna CD

lagu yang disertakan)

Langkah 2 - Murid menyanyi

bersama guru sambil melukis bentuk

huruf dengan cara yang betul pada

udara.

Langkah 3 - Murid menyanyi

bersama guru sambil guru melukis

bentuk huruf dengan cara yang

betul pada kertas majong/papan

putih. (tanpa kotak-kotak)

Langkah 4 - Guru lukis kotak-kotak

seperti pada kad yang sedang diajar

dengan saiz yang besar pada papan

putih/ kertas majong dan guru masukkan

huruf-huruf tersebut sambil menyanyi

bersama-sama murid.

Langkah 5 - Guru lukis beberapa set kotak seperti

pada kad yang sedang diajar dengan saiz yang

sederhana besar pada papan putih/ kertas majong dan

libatkan murid-murid untuk menulis huruf - huruf

tersebut sambil menyanyi bersama-sama (tanpa

muzik) .Bagi murid yang belum menguasai kemahiran

menulis, guru perlu fotostat huruf-huruf yang

dilampirkan pada muka surat akhir latihan pengukuhan

untuk murid berkenaan menjalankan aktiviti.

Langkah 6 - Perkenalkan huruf besar

yang berlainan bentuk dengan huruf kecil

yang terdapat di dalam kad ini dan

maklumkan kepada murid bahawa huruf-

huruf lain bentuknya sama dengan huruf

kecil.

Langkah 7 - Menjalankan aktivti di dalam kertas latihan pengukuhan.

*Aktiviti dijalankan dibawah kawalan dan seliaan guru.Langkah pengajaran di atas boleh disambung-sambung pada hari berikutnya tetapi pastikan semasa permulaan pengajaran, mulakan dengan lagu dan bentukkan huruf pada udara.

Telinga besar (2x) Itu c (2x) c,c,c,c,c,c (2x) c,c,c (2x)

Jalan lurus Jumpa telinga Itu e (2x) e,e,e,e,e,e (2x) e,e,e (2X)

Rajin usaha Kita berjaya berjaya Jangan putu asa Mari kita cuba Membaca (2x)

Kepala bulat Kepala bulat Itu o (2x) o,o,o,o,o,o (2x) o,o,o, (2X)

Telinga besar Badan kurus Itu a (2x) a,a,a,a,a,a (2x) a,a,a… (2x)

Telinga besar Badan kurus Kaki bengkok Itu lah huruf (2x) g,g,g… (2x)

Ular sawa (2x) Itu s (2x) s,s,s,s,s,s (2x) s,s,s (2x)

Ramai murid yang keliru dengan huruf ini walaupun telah mengenal semua huruf lain. Kegagalan mengenal huruf b,d,p dengan baik menjadikan kanak-kanak tidak dapat membaca dengan betul kerana huruf ini banyak digunakan di dalam perkataan dan ayat.Berikut adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk memperkenalkan huruf ini.

Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf-

huruf yang terdapat pada kad. Sebut

huruf secara berulang kali. Kemudian,

guru menyanyi lagu sambil membuat

pergerakan berikut:

Untuk huruf q: kedudukan guru mengadap muridGuru letakkan tapak tangan kanan di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar. sambil tangan kiri gerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat.

Pipi saya besar, Badan saya kurus ,Itu huruf q,q,q,q ,q,q

Untuk huruf d: kedudukan guru mengadap muridGuru guna tangan kanan dan letak di pinggang utk dijadikan bentuk perut buncit sambil tangan kiri digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat.

Perut saya buncit,Badan saya kurus,Itu huruf d.d,d,d,d,d

Untuk huruf p: kedudukan guru mengadap muridUntuk badan kurus,gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk pipi besar,letak tapak tangan kiri di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar sambil tangan kanan digerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar yang dibentuk dengan tangan kiri tadi.

Badan saya kurus,Pipi saya besar,Itu huruf p,p,p,p,p,p

Untuk huruf b : kedudukan guru mengadap muridUntuk badan kurus, gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk perut buncit, letak tangan kiri di pinggang kiri sambil tangan kanan digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kiri tadi .

Badan saya kurus,Perut saya buncit,Itu huruf b.b,b,b,b,b (2x)

Dengar cakap guruJangan ragu-raguRajin baca bukuDapat tambah ilmu

Seterusnya ikut langkah 3 hingga 7 seperti kad 1 sebelum ini.

Badan kurus, pakai topi Itu huruf r(ulang 2x)r,r,r (3x)r,r,r,rItu huruf r

Kaki lurus,Badan bongkokItu huruf n(ulang 2x)n,n,n, (3x)n,n,n,n,Itu huruf n

Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Bengkok ke kiri y,y,y (3x) y,y,y,y Itu huruf y

Badan kurus tinggi lampai Kaki kanan dibuka (ulang 2x) h,h,h (3x) h,h,h,h, Itu huruf h

Kaki lurus, lompat ke kananKe kanan lagi(ulang 2x)m,m,m (3x)m,m,m,mItu huruf m

Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Jalan yang sama u,u,u (3x) u,u,u,u, Itu huruf u.

Badan kurus, tinggi lampaiItulah oh huruf ll,l,l,l (Ulang 3x)l,l,l..

Badan kurus, tinggi lampaiAda palang di tengaht,t,t,t (ulang 3x)t,t,t...

Pakai topi, badan kurusAda palang di tengah,f,f,f,f (ulang 3x)f,f,f…

Badan kurus, tinggi lampaiKaki atas dan bawahk,k,k,k (ulang 3x)k,k,k…

Badan kurus, tinggi lampaiKaki atas dan bawahk,k,k,k (ulang 3x)k,k,k…

Sayang ibu, Sayang bapa,Hormat guru sentiasa,Jadi anak yang berguna,Hidup berbakti berjasa.

Garis lurus ke bawah Satu titik di atas, toing Itulah huruf i, i,i,i,i (ulang 2x)

Garis lurus ke bawah Kaki bengkok ke kiri Satu titik di atas, toing j,j,j,j,j,j,j,j

Rajin-rajin selalu Menulis dan membaca Kita di sayang guru Juga kawan rakan sebaya

Giginya tajam ada satu Turun ke bawah naik atas Itulah ia oh huruf v v,v,v,v,v. Oi, oi, v,v,v,v,v

Giginya tajam ada dua Turun ke bawah naik atas Turun ke bawah naik atas Itu w. Oi, oi. Itu w..

Darilah atas serong kiri, Darilah atas serong kanan, Bersilang di tengah macam pangkah Itu huruf x. Oi, oi, x,x,x,x,x

Lurus ke kanan dan berhenti Tarik ke bawah serong kiri Lurus ke kanan sekali lagi Itu huruf z. Oi, oi Itu huruf z

Tamatlah sudah huruf kecil Dari huruf a hingga ke z Menyanyi, ingat juga tulis Hati gembira oi,oi(2X)

Permainan 1

Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf.

Guru bina kuib (10cm X 10cm) dengan menggunakan kad sederhana tebal untuk dijadikan dadu huruf. Tampal setiap keping kad 1-6 (fotosat lampiran dalam buku ini) pada setiap permukaan dadu. Kumpul murid di dalam satu kumpulan berlima di meja atau duduk di atas lantai.

Murid pertama lontar dadu dan sebut huruf

yang ketahui olehnya pada permukaan atas

dadu tersebut. Setiap huruf yang betul akan di

beri satu markah/ stiker untuk ditampal (fotosat

lampiran borang markah yang disediakan

dalam buku ini).

Guru meminta murid lain menyebut huruf yang

belum diketahui oleh murid tersebut.

Permainan di teruskan kepada murid kedua

dan seterusnya. Permainan ini boleh diulang

beberapa kali mengikut kesesuaian masa.

Markah atau stiker yang dikumpul dikira.

Murid yang mengumpulkan markah/ stiker

terbanyak dikira sabagai pemenang.

LAMPIRAN Borang markah permainan 1

Nama :

Pusingan Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH MARKAH :

Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap

pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang

betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf

dengan betul, maka ia dikehendaki menulis

angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum

menguasai nombor, minta murid membuat ///

untuk no 3. Guru juga boleh sediakan stiker bintang

untuk murid tampal. Kira jumlah markah

yang dikumpul pada bahagian bawah.

Permainan 2

Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf.

Guru bina kuib yang lebih besar (30cm X 30cm) dengan menggunakan kad manila atau kertas yang lebih keras.Tampal huruf seperti permainan 1 pada setiap permukaan. Minta murid berada di dalam satu bulatan besar (samada duduk ataupun berdiri).

Minta murid edarkan dadu tersebut

dari seorang ke seorang sambil muzik

diperdengarkan. Hentikan muzik dan

minta murid yang sedang memegang

dadu tersebut lontarkannya ke ruang

tengah.

Minta murid tersebut menyebut huruf yang berada di

atas permukaan dadu tersebut dengan kuat. Bagi

tepukan sekiranya murid dapat menyebut kesemua

huruf. Huruf yang tidak diketahui akan dibantu oleh

rakan-rakan lain. Aktiviti diteruskan dengan murid

tersebut mengambil semula dadu, muzik

diperdengarkan lagi dan dadu tersebut diedarkan dari

seorang ke seorang sehingga muzik diberhenti semula

seperti di atas. Ulang aktiviti di atas sehingga masa

ditetapkan.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 1

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 2

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 3

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 4

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 5

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 6

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 1

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 2

Salin atau tampal huruf.

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 3

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 4

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 5

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Nama:

Lembaran Kerja B : Kad 6

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Nama:

Lembaran Kerja C

Tulis huruf yang disebut oleh guru.

Tujuan lembaran kerja C ini dibuat adalah untuk memastikan bahawa murid tidak mennghafal dan dapat mengenal serta menulis huruf dengan betulwalaupun kedudukan kotak telah diubah. Guru sebut huruf secara rawak tanpa menyanyi dan murid tulis. Ulang aktiviti ini beberapa kali dengan menggunakan lembaran kerja C ini. Dijalankan secara kelas dan individu. *Murid yang belum menguasai tulisan, sila tampal huruf yang disebut oleh guru.

I 2 3

4 5 6

KAD 1 KAD 2 KAD 3 KAD 4 KAD 5 KAD 6

Huruf –huruf di atas diberikan kepada murid-murid yang belum menguasai tulisan. Guru fotostat dan gunting bahagian yang diperlukan dan berikan kepada murid untuk menjalankan aktiviti.

e

g

s

c

a

o

b

d

p

q

h

u

m

n

r l

t

f

k

i j

v

w

x

z

BAHAN 1

Nama:

Lembaran Kerja D

Padankan

A

G

E

D

Q H

L

T

F

K

I

J

B

R

N

Y

M

e

m

g

q

d

a

h

n

r

j

b

k

i

l

t

f

Tulis huruf besar

e

m

g

q

d

a

Tulis huruf besar Tulis huruf besar

h

b

n

r

j i

k

f

t

l

Padankan Padankan

* Ulang beberapa kali lembaran kerja ini sehingga murid mahir

LAMPIRAN Borang markah permainan

Nama :

Pusingan Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH MARKAH :

Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf dengan betul, maka ia dikehendaki menulis angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum menguasai nombor, minta murid membuat /// untuk no 3. Guru juga boleh sediakan sticker bintang untuk murid tampal. Kira jumlah markah yang dikumpul pada bahagian bawah.

Bil Nama murid Kad 1 Kad 2 Kad 3 Kad 4 kad 5

Kad 6 Catatan

c e o a g s q d p b r n m u y h l t f k i j v w x z

1.

2.

3

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

SENARAI SEMAK 1 ( TOV )

Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. * Senarai semak ini perlu di buat sebelum guru menggunakan kaedah ini

SENARAI SEMAK 2

Bil Nama murid Kad 1 Kad 2 Kad 3 Kad 4 kad 5

Kad 6 Catatan

c e o a g s q d p b r n m u y h l t f k i j v w x z

1.

2.

3

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. Senarai semak ini perlu di buat setelah guru menggunakan kaedah ini