Post on 07-Feb-2018
KERTAS KERJA
FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA
TARIKH
29-31 JANUARI 2015
TEMPAT
FELDA PAPAN TIMUR KOTA TINGGI
ANJURAN
SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“MAHASISWA FELDA ASPIRASI GLOKAL”
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
2
KERTAS KERJA FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA
SESI 2014/2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat dikalangan
Mahasiswa, golongan masyarakat dan belia tentang sektor ekonomi dan hubungan luar.
Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon dana daripada pihak-pihak yang sudi
membantu menjayakan program tersebut. Program FELDA-DESA
PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA ini adalah satu program
yang dianjurkan oleh PERSADA FELDA UKM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa
Anak Johor (PERMAJ), FELDA,SERANTA FELDA, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM),
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH),
Syarikat Usaha Sama Felda Papan Timur (SUS), SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN
SISWA / SISWI FELDA (PERSADA) IPTA Malaysia dan pelbagai agensi lain.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Program FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA
adalah satu program yang akan memberikan impak tinggi kepada kedua belah pihak. Usaha
menjadikan FELDA PAPAN TIMUR sebagai desa pelancongan akan dilaksanakan secara
giat dengan menawarkan pekej-pekej yang menarik kepada pelancongan yang terdiri daripada
penduduk tempatan dan luar negara.
Menerusi pembanguanan ekonomi sampingan belia, satu projek berskala kecil akan direka
bertujuan melatih belia untuk meneroka dunia pertanian. Pihak penganjur akan menyediakan
kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, benih, baja dan pasaran jualan. Program
ini bertujuan menambahkan pendapatan belia dan meningkatkan taraf hidup.
Pertukaran budaya pula merupakan program saling membantu dimana pihak penganjur akan
turun ke lokasi program untuk membuat operasi khidmat masyarakat. Pada masa yang sama,
jemputan juga akan diberikan kepada masyarakat kampung terutamanya golongan belia untuk
datang ke UKM bagi memeriahkan program yang dianjurkan di UKM.
.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
3
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan tali silaturrahim dan semangat bekerjasama antara pelaksana dan
mahasiswa yang terlibat di samping masyarakat sekitar.
3.2 Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
3.3 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan Negara.
3.4 Mempromosikan kawasan luar bandar dengan aktiviti-aktivi menarik seperti
pelancongan desa dan aktiviti-aktiviti harian masyarakat FELDA
3.5 Mewujudkan hubungan antara mahasiswa dan agensi luar
3.6 Memperkasakan agenda pembangunan modal insan selari dengan nilai-nilai
kemahiran insaniah pelajar iaitu HP1 - Kemahiran dan Kebertanggungjawaban Sosial,
HP2- Kemahiran Komunikasi, HP4 - Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme, HP6 -
Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
4.0 TEMA
“MAHASISWA FELDA ASPIRASI GLOKAL”
5.0 ANJURAN
SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA Dengan Kerjasama
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (Permaj)
Universiti Kebangsaan Malaysia
6.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 15 September – 30 Disember 2014
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
4
9.0 TEMPAT PROGRAM
FELDA PAPAN TIMUR,KOTA TINGGI, JOHOR
10.0 PUBLISITI
• Paparan pada Digital Board Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Hebahan melalui Blog / Facebook dan media elektronik lain.
11.0 CADANGAN PERASMI
Berikut adalah senarai cadangan untuk perasmi bagi program ini :
1. Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad
Pengerusi FELDA
2 Datuk Haji Faizoull Bin Ahmad
Pengarah Besar FELDA
3. Hj. Mohamad Khairudin Hj. Mohamad
Pengarah Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri
4. Prof. Datin Noor Aziah Binti Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Desa Pelancongan= 15 orang urusetia
Pembanguanan Ekonomi= 5 orang belia tempatan
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
5
Pertukaran budaya i) Operasi Khidmat Masyarakat = 100 orang
ii)Jelajah Kampus UKM= 100 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 Desa Pelancongan
Pihak penganjur akan membuat pakej yang terdiri daripada penginapan home stay dan
pekej agro-pelancongan seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kilang membuat kuih
bahulu dan kerepek, melawat kandang lembu serta peluang merasai suasana hidup di
kawasan FELDA. Pelancong akan diajar dengan cara yang betul untuk menuai buah
kelapa sawit dan berpeluang membuat kuih bahulu ciptaan sendiri. Kerjasama dengan
agensi pelancongan akan dibuat bagi mempromosikan kawasan FELDA tersebut.
Golongan sasaran adalah penduduk bandar dan rakyat Singapura. Promosi juga
akan dibuat menerusi media massa seperti media cetak dan media elektronik.Program
ini bersifat berterusan. Objektif utama projek ini adalah untuk mempromosikan
kawasan FELDA terutamanya FELDA Papan Timur. Dalam masa yang sama,
program ini juga dapat menjana pendapatan penduduk tempatan contohnya melalui
peluang kerja sebagai pemandu pelancong dan pendapatan menerusi pakej-pakej yang
disediakan.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
6
14.2 Pembangunan Ekonomi
Beberapa orang belia akan dipilih untuk mengusahakan tanaman pertanian seperti ubi
kayu dan pisang. Kerjasama daripada pihak belia di FELDA Papan Timur dan
FELDA Air Tawar 3 telah dibuat. Golongan belia ini mewakili Majlis Belia FELDA
Malaysia (MBFM). Secara tidak langsung program ini dapat dijadikan aktiviti serta
perintis kepada para belia untuk mengusahakan projek-projek seperti ini dalam skala
yang lebih besar pada masa akan datang. Kerjasama dengan pihak FELDA akan
dibuat bagi mendapatkan kawasan tanah dan latihan penanam yang berkesan.
Penganjur juga akan mendapatkan pasaran bagi memasarkan hasil pertanian setelah
dituai.Program ini memakan masa selama 3 hingga 5 bulan
14.3 Pertukaran Budaya
14.3.1 Operasi Khidmat Masyarakat
Program ini bertujuan untuk mewujudakan hubungan antara mahasiswa dan
penduduk kampung. Mahasiswa akan diberi peluang untuk merasa kehidupan
harian masyarakat di FELDA Papan Timur. Di bawah program operasi
khidmat masyarakat terdapat beberapa yang telah dirangka untuk memberikan
impak yang tinggi kepada peserta dan penduduk kampung.
14.3.1.1 Penyerahan Anak Angkat
Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga angkat
dalam kalangan mahasiswa/i dan penduduk kampung tersebut.
Melalui program ini mahasiswa dapat merasai kehidupan
sebenar di kampung tersebut dan belajar benda-benda baru di
dalam kehidupan terutamanya dari segi kehidupan pertanian.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
7
Program ini melibatkan beberapa buah keluarga angkat dan
pembahagian 100 orang peserta sebagai anak angkat.
14.3.1.2 Gotong-royong
Gotong-royong ini melibatkan beberapa kawasan di mana
mahasiswa/i akan membersihkan tanah perkuburan, sekolah
dan kawasan sekitar kampung dengan kerjasama dan
penglibatan penduduk kampung. Peserta akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan yang
telah ditetapkan. Para penduduk juga akan diberikan kawasan
angkat masing-masing supaya aktiviti berkala ini dapat
dijalankan sendiri oleh mereka setelah tamatnya program ini.
Tujuan aktiviti ini adalah membuktikan keprihatinan
mahasiswa/i dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar seperti
membuat mural di sekolah dan membersihkan kawasan
perkuburan untuk merapatkan lagi hubungan antara warga
kampung dengan mahasiswa/i UKM. Selain itu akan dibina
tugu peringatan sebagai simbolik program yang dijalankan.
14.3.1.3 Sukan Rakyat
Sukan rakyat ini diadakan bertujuan untuk mengajak penduduk
kampung turut serta beriadah bersama-sama mahasiswa/i.
Selain itu sukan rakyat juga dapat memperkenalkan sukan atau
permainan tradisional kepada mahasiswa/i dan masyarakat
yang semakin dilupakan pada zaman moden ini. Antara
permainan tradisional yang dijalankan adalah tarik upih, lari
dalam guni, bowling kelapa dan sebagainya.Sukan rakyat ini
juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
penduduk kampung dan mahasiswa/i.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
8
14.3.1.4 Motivasi
Motivasi ini bermatlamat meningkatkan semangat belajar
dalam kalangan pelajar-pelajar yang dipilih. Seramai 20 orang
fasilitator akan mengendalikan program tersebut. Modul yang
digunakan meliputi aspek meningkatkan kemahiran
pengucapan umun dan semangat kerja berpasukan. Fasilitator
juga akan membimbing dan membantu pelajar secara
berterusan melalui hubungan di laman sosial.
14.3.1.5 Menziarahi Warga Emas
Melihatkan keprihatinan mahasiswa terhadap golongan warga
emas. Bantuan dari segi membersihkan kawasan perumahan
dan pemberian bantuan keperluan asas akan diberikan
berdasarkan sumbangan yang pihak yang ingin menyumbang.
Program ini dilihat mampu melahirkan mahasiswa yang
mengambil berat terhadap golongan warga emas dan keluarga
mereka sendiri.
14.3.1.5 Forum Perdana
Memberi sedikit halua telinga kepada penduduk FELDA Papan
Timur dan memberi input tentang ilmu agama. Golongan
sasaran adalah dari kalangan generasi pertama FELDA Papan
Timur dan kawasan sekitar, golongan belia dan mahasiswa
sendiri. Program seperti ini mendapat sambutan yang
menggalakkan berdasarkan jumlah kehadiran pada program-
prgram yang telah dianjurkan.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
9
14.3.2 Jelajah Kampus UKM
Program ini merupakan sub-program kepada program pertukaran budaya di
mana belia-belia dan pelajar yang terdiri darpada penduduk kawasan FELDA
Papan Timur dan FELDA sekitar Kota Tinggi akan di bawa ke Universiti
Kebangsaan Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada
belia-belia yang tidak berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading
untuk merasai kehidupan di sini. Golongan sasaran untuk program ini adalah
belia-belia FELDA, pelajar sekolah dan ibu bapa. Penerangan secara khusus
akak dibuat berkaitan kehidupan di universiti.Program ini juga bertujuan
menyuntik semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar-pelajar untuk
menjejakkan kaki ke menara gading serta mengurangkan kerisauan dalam
kalangan ibu bapa tentang aktiviti yang bakal anak mereka lalui di alam
universiti.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
10
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:
SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA
(PERSADA)
Paras2, No.9 Bilik Persatuan Pelajar,
Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u/p:FARHAN NOOR BIN ISHAK)
Tel :012-9938992
E-mel :farhan.noor30@yahoo.com
LamanWeb : https://www.facebook.com/PERSADAukmCEMERLANG
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
11
17.0 PENUTUP
Justeru itu, diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat
bantuan kewangan bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar. Semoga
program ini berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang
disasarkan. Jasa dan budi baik tuan/puan mempertimbangkan kertas kerja ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
12
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA
SESI 2014/2015,
SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Binti Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor,(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),UKM
Penyelaras
Prof. Madya Dr. Roslee Bin Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM
Penasihat
En. MohdHanafiah Omar
Penolong Pendaftar Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM
Ketua Pengarah
Farhan Noor Bin Ishak(FSSK/3/A140784)
012-9938992
Timbalan Pengarah
Azyan Binti Samsudin (FSSK/1/A149041)
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
13
Setiausaha
Wan Suhaidashima Binti Wan Ja’afar (FSSK/2/ A145403)
Bendahari
Siti Solehah Binti Mohamed Noor (FEP/2/A143140)
Pengarah Program : MohdRidzwan Bin Salleh (FUU/3/ A140306)
AJK :Siti Afifah Binti Aziz (FST/1/A149056)
:Izzatul Nadia Binti Sulaiman (FEP/2/A143457)
Pengarah Protokol :NurulAtiqah Binti Daud (FEP/2/A143181)
AJK :Muhaidir Bin Mohamad (FPEND/4/A137258)
Pengarah Pemasaran : Nur Shakinah Binti Kadiran (FEP/2/A143445)
AJK :Anis AzaAkma Binti Mohamad (FTSM/2/A146355)
Pengarah Kebajikan :Nur Azirah Binti Yahaya (FST/3/A139852)
Pengarah Teknikal :MohdTarmizi Bin Azeman (FPEND/4/A138285)
AJK :Nur Syafiq bin Zahidin (FST/2/ A145689)
Pengarah Pengangkutan
&Keselamatan :Mohd Syawal Bin Othman (FEP/2/A147017)
Ajk : Mohamad Aziz Bin MdSalleh (FEP/2/A143432)
Pengarah Jamuan :Siti Norhamisah Binti Md Desa (FPI/3/ A141703)
AJK :Nor Izzaidah Binti Hamad (FTSM/2/A146406)
Pengarah Cenderamata : Siti Aisyah Binti Abdullah (FST/2/A145642)
Pengarah Tugas-tugas Khas
&Publisiti : NurulHafizah Binti MohdZulkele (FTSM/2/A146409)
AJK :Arnida Binti Anuar (FSSK/3/A140293
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
14
LAMPIRAN B
Gerak Kerja Desa Pelancongan
Tarikh/ Masa Perkara Tempat
20-25 Oct 2014
Perbincangan bersama:
i) Pegawai Felda
ii) Pengusaha Homestay
iii) Pengusaha Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS)
Felda Papan Timur
25-26 Oct 2014 Bengkel Duta Jauhar dan Perkongsian
idea
Universiti Teknologi Malaysia
27-31 Oct
Gerak kerja publisiti
- mewujudkan page dan
membangunkan laman web di
media elektronik dan media
sosial
- mewujudkan kerjasama antara
agensi pelancongan
Universiti Kebangsaan
Malaysia
1-2 Nov 2014 Perbincaangan kali ke dua bersama:
i) Pegawai Felda
ii) Pengusaha Home Stay
iii) Pengusaha IKS
Felda Papan Timur
15-16 Nov 2014
Sesi fotografi untuk tujuan promosi Felda Papan Timur
3-16 Nov 2014
Perbincangan Berkenaan Pekej Desa
Pelancongan bersama penasihat dan
penyelia program
Membuat Promosi di media sosial
Universiti Kebagsaan Malaysia
29 Jan- sepanjang
masa
Membuat promosi dan mengambil
tempahan
Sepanjang Masa
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
15
Pembangunan Ekonomi
Tarikh/Masa Perkara Tempat
20-23 Oct 2014
Membuat perbincangan dan kajian
tentang jenis tamanan yang hendak
dibangunkan
Universiti Kebagsaan Malaysia
24-25 Oct 2014
Perbincangan bersama:
i) Pegawai FELDA
ii) Pengusaha Home Stay
iii) Pengusaha PKS
Mencari kawasan yang sesuai untuk
dibanguan sebagai kawasan penanaman
FELDA Papan Timur
FELDA Air Tawar 3
25-26 Oct 2014
Bengkel Duta Jauhar dan Perkongsian
idea
Universiti Teknologi Malaysia
15-16 Nov 2014
Melihat Kawasan Tanah FELDA Papan Timur
1-5 Jan 2015 Pengurusan Kawasan Tanah
-membajak
-memasang pagar
FELDA Papan Timur
29-30 Jan Proses Penanaman FELDA Papan Timur
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
16
Jelajah Kampus UKM
MASA ATURCARA
31 DEC 2014
7.30 pagi
7.50 pagi
8.00 pagi
8.05 pagi
8.10 pagi
8.15pagi
8.25pagi
8.30pagi
8.40 pagi
110.00pagi
11.20pagi
11.40pagi
12.30 tengah hari
Urusetia dan peserta berkumpul di Pusanika UKM
Ketibaan Peserta
Ketibaan Tetamu jemputan dan VVIP
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengarah
Ucapan Perasmi
Cenderamata Perasmi
Taklimat Ringkas
Peserta Kayuhan Dilepaskan
Kayuhan Tamat
Cabutan Bertuah
Jamuan
Bersurai
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
17
LAMPIRAN C
Anggaran Perbelanjaan Program Ekonomi Belia (PENDAPATAN A)
Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)
1 Pengurusan Tanah
-Membajak
-Baja
-Anak Benih
RM10000.00
RM500.00
RM300.00
RM 1000.00
RM 500.00
RM 300.00
2 Keselamatan
-Pagar
2000.00 RM 2000.00
3 Alatan Pertanian
1000.00 RM 1000.00
4 Seminar dan Latihan Pertanian
1000.00 RM 1000.00
5 Publisiti
500.00 RM 500.00
6 Pengangkuan
1000.00 RM 1000.00
7 Jamuan
1000.00 RM 1000.00
Jumlah Perbeanjaan Keseluruhan Program Ekonomi
Belia
RM 8 300.00
Anggaran Perbelanjaan Desa Pelancongan (PENDAPATAN B)
Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)
1 Pengangkutan
RM 1000.00 RM 1000.00
2 Keceriaan
RM 2000.00 RM 2000.00
3 Publisiti
RM 1000.00 RM 1000.00
4 Gerak Kerja Awal
RM 1000.00 RM 1000.00
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
18
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Program Desa
Pelancongan
RM 5000.00
Anggaran Perbelanjaan Pertukaran Budaya
i) Operasi Khidmat Masyarakat
Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)
1 Sesi Penyerahan Anak Angkat
Cenderamata
Jamuan
Wang Sara Diri
RM 500.00
RM 500.00
RM 50.00x100
RM 500.00
RM 500.00
RM 5000.00
2 Gotong Royong
Jamuan
Peralatan
RM 500.00
RM 300.00
RM 500.00
RM 300.00
3 Lawatan Ke Rumah Warga Emas
Sumbangan
RM 50.00x 6 orang
RM 300.00
4 Sukaneka
Cenderamata
Alatan
RM 500.00
RM 100.00
RM 500.00
RM 100.00
5
Forum Perdana
PA Sistem
Penceramah
Jamuan
Jamuan VVIP
Cenderamata
RM 300.00
RM 2000.00
RM 10.00 x 100
RM 300.00
RM 300.00
RM 300.00
RM 2000.00
RM 1000.00
RM 300.00
RM 300.00
6
Motivasi
Peralatan
Cenderamata
Jamuan
RM 500.00
RM 300.00
RM 1000.00
RM 500.00
RM 300.00
RM 1000.00
7 Majlis Perasmian Penutup
Cenderamata
Jamuan
RM 1000.00
RM 2000.00
RM 1000.00
RM 2000.00
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
19
8 Publisiti
Tag Nama
Banner
RM 5.00x40
RM 100.00x3
RM 200.00
RM 300.00
9 Gerak Kerja Awal
RM 500.00 RM 500.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Operasi Khidmat Masyarakat
RM 17400.00
ii) Jelajah Kampus UKM
Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)
1 Penginapan Peserta
RM 10 x 100 orang RM 1000.00
2 Sewaan Basikal
RM 15 x 100 orang RM 1500.00
3 Pengurusan dan
pentadbiran
Alat tulis
Printing
RM 150.00
RM 200.00
RM 150.00
RM 200.00
4
Jamuan
VIP
AJK dan Peserta
Bantuan Wisma
Aaman dan
PBSM
Air mineral
RM 10.00 x10 orang
RM 8.00 x 150 orang
RM 8.00 x 10 orang
RM 20.00 X 10 kotak
RM 100.00
RM 1200.00
RM 80.00
RM 200.00
5 Cenderamata
Perasmi
Penaja
Peserta
Pihak Polis
BSMM
RM 40.00 x 1
RM 35.00 x 5
RM 30.00 x 100 orang
RM 20 x 5 orang
RM 40.00
RM 175.00
RM 3000.00
RM 125.00
FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya
“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”
20
RM 15.00 x 10 orang RM 150.00
6
Publisiti
Banner
Bunting
Poster
RM 100.00 X 3
RM 50.00 X 10
RM 10.00 x 10
RM 300.00
RM 500.00
RM 100.00
7 Tugas-tugas Khas
Tag nama AJK
Baju program
Kertas A4
RM 2.00 x 50
RM 20.00 x 50
RM 10 x 8
RM 100.00
RM 1000.00
RM 80.00
8
Percetakan
Cetakan dan
Photostat
Buku cenderamata
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
9 Sewaan Bas RM 1100.00 RM 1100.00
10 Rencam RM 500.00 RM 500.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Jelajah Kampus
RM 11800.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan
Bil Program Jumlah
1 Program Ekonomi Belia
RM 8 300.00
2 Perbelanjaan Desa Pelancongan
RM 4500.00
3 Program Khidmat Masyarakat
RM 17400.00
4 Jelajah Kampus UKM
RM 11800.00
Jumlah Keseluruhan
RM 42000 .00