Post on 11-Jan-2016
description
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN BATU (B)JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
TAJUK : KERTAS KERJA
PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
TARIKH :2 JULAI 2015 (KHAMIS)
DISEDIAKAN OLEH:
AMIR IKHWANUDDIN BIN SHARIFUDDINGURU KESELAMATAN SEKOLAH
KERTAS KERJAPROGRAM LATIHAN KEBAKARAN
PERINGKAT SEKOLAH 2015
1.0 PENDAHULUAN
Kebakaran merupakan salah satu bencana yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan kecederaan dan kehilangan nyawa. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tanpa mengira waktu dan tempat. Justeru, langkah pencegahan dan latihan perlu diberikan kepada setiap lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah rendah agar bencana ini dapat dikurangkan di samping membantu semua pihak untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa.
2.0 RASIONAL
Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dijalankan, didapati warga SKPK Jalan Batu (B) masih belum mengetahui laluan kecemasan yang baharu di laluan Blok Utama Tingkat Bawah iaitu kelas tahap 1. Hal ini disebabkan oleh perpindahan daripada Blok Tambahan ke Blok Utama. Di samping itu, latihan kebakaran belum dijalankan selepas perpindahan ini. Justeru, latihan kebakaran ini perlu dilaksanakan sebagai persediaan semua murid dan warga sekolah sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam di sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk memperkenalkan pelan laluan kecemasan yang baharu di Blok Utama kepada kelas tahap 1dan.
3.2 Untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang pencegahan kebakaran di kalangan murid-murid dan warga SKPK Jalan Batu (B).
3.3 Untuk menjalinkan perkongsian pintar dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
3.4 Untuk memperoleh pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu program di sekolah serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
4.0 NAMA PROGRAM
Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah 2015.
5.0 ANJURAN
Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kebersihan, dan Keceriaan) SKPK Jalan Batu (B).
6.0 DIKELOLAKAN OLEH
Unit 3K (Keselamatan, Kebersihan, dan Keceriaan) SKPK Jalan Batu (B).
7.0 SASARAN
Semua warga sekolah, di SKPK Jalan Batu (B), Kuala Lumpur.
8.0 TARIKH
2 JULAI 2015 (Khamis)
9.0 MASA
10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
10.0 TEMPAT BERKUMPUL
Padang SKPK (L) Jalan Batu.
11.0 KAPASITI KEHADIRAN
75 orang (murid-murid, warga sekolah)
12.0 ORGANISASI INDUK DAN KERJA
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
15.0 PELAN LALUAN KECEMASAN
Rujuk Lampiran D
16.0 PELAN TINDAKAN KERJA
Rujuk Lampiran E
17.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat berjalan dengan jayanya dalam memberi kesedarankepada seluruh warga SKPK Jalan Batu (B) akan kepentingan program
yang dijalankan selaras dengan objektif yang digariskan. Diharapkan semua warga sekolah dan murid dapat mengambil bahagian semasa program ini
dilaksanakan .
Lampiran A
CARTA ORGANISASI PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Zamrul Ahmad Bin Jabar - Guru Besar Timbalan Pengerusi : En. Fadly Hisham Bin Abd Rahim - GPK HEMSetiausaha : En. Amir Ikhwanuddin Bin SharifuddinTimbalan Setiausaha : Cik Eparianis Binti Mat SharudinBendahari : Pn. Zainab Binti Abd RahimAJK : 1) En. Eddie Idris Bin Din@Ahmad - GPK Tadbir
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En. Amir Ikhwanuddin Bin Sharifuddin
Setiausaha : Cik Eparianis Binti Mat Sharudin
Bendahari : Pn. Zainab Binti Abd Rahim
Ahli Jawatankuasa:
AJK Dokumentasi : En. Muhammad Ikhwan Fahmi bin Zani
AJK Buku Program : Pn. Norwahida Binti Abu Bakar
Pengacara Majlis : En. Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin
AJK Persiapan Tempat : En. Mohd Ariff Bin Abdullah Pn. Zainab Binti Abd. Rahim
Pn. Azirah Binti Ramli Pn. Noraini bt Redzuan
AJK P/A Sistem : En. Omar Izzuddin Bin Abdul AzizPn. Hazliana Binti Hossen
Pn. Munirah Binti Ali@Abu Bakar
AJK Kuiz : Cik Maznah Binti IsmailPn. Nurul Fahizal Binti Abdullah
AJK Hadiah : Pn. Nurzaheeda Binti Zainal AbidinPn. Nabila Najad Binti Biamuhir Syah
AJK Keselamatan : Pn. Nurul Hafiza Binti Lizadan Disiplin Pn. Nursakinah binti Ismail
Pn. Masita Binti OthmanCik Eparianis binti Mat Sharudin
Cik Nurul Huda A’aishah bt Abd. AzizPn Norlia Binti Kamaruddin
Lampiran B
TENTATIF PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
10.30 pagi : Murid dan guru berkumpul di padang sekolah.
(Simulasi Kebakaran)
11.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Alu-Aluan
oleh : Encik Zamrul Ahmad Bin Jabar
(Guru Besar SKPK Jalan Batu (B))
- Taklimat Pencegahan kebakaran (En. Amir Ikhwanuddin Bin Sharifuddin)
- Ceramah Pencegahan Kebakaran
(En. Amir Ikhwanuddin Bin Sharifuddin)
- Kuiz Pencegahan Kebakaran
- Penyampaian hadiah.
12.30 t/hari : Bersurai.
Lampiran C
ANGGARAN BELANJAWAN LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
Perkara RM
Hadiah dan cenderamataa) Hadiah kuiz
RM 3.00 x 20 unit RM 60.00
Jumlah RM 60.00
Lampiran E
PELAN TINDAKAN KERJA LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN
1 Mesyuarat bersama Jawatankuasa Induk
18 Jun 2015 JAWATANKUASA INDUK
2 Mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja
22 Jun 2015 JAWATANKUASA KERJA
3 Taklimat Pelaksanaan Program Latihan Kebakaran.
30 Jun 2015 SEMUA WARGA SEKOLAH
4 Pelaksanaan program 2 Julai 2015 SEMUA WARGA SEKOLAH
5 Mesyuarat Post Mortem 6 Julai 2015 JAWATANKUASA KERJA
6 Laporan 13 Julai 2015 JAWATANKUASA INDUK
Disediakan oleh,
( AMIR IKHWANUDDIN BIN SHARIFUDDIN )Setiausaha, Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah 2015, SKPK Jalan Batu (B),Kuala Lumpur.
Disemak oleh, Disahkan Oleh,
( FADLY HISHAM BIN ABD RAHIM ) ( ZAMRUL AHMAD BIN JABAR )GPK Hal Ehwal Murid Guru BesarSKPK Jalan Batu (B), K. Lumpur. SKPK Jalan Batu (B), Kuala Lumpur.