Post on 19-Feb-2016
description
1
KERTAS KERJA
NO. KUMPULAN: UPSI30 (A131PJJ) NAMA PENSYARAH: DR. JEFFREY LOW FOOK LEE
KERJA KURSUS
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM
NAMA PELAJAR
ROSLIZA BINTI RAZALI
NO. ID
D20112052413
NO. I/C
820731-03-5164
TARIKH SERAH
27 OKTOBER 2013
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
2
ISI KANDUNGAN PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM ( KERTAS KERJA )
BIL PERKARA HALAMAN
1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF 3
3. TUJUAN 4
4. TEMA 4
5. SASARAN 4
6. TARIKH 4
7. MASA 4
8. TEMPAT 4
9. ANJURAN 5
10. JAWATANKUASA PELAKSANA 6-7
11. TENTATIF 8
12. ANGGARAN PERBELANJAAN 9
13. JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA 10-12
14. PENUTUP 13
15. LAMPIRAN
A) SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
B) SURAT URUSAN AKTIVITI
C) MINIT MESYUARAT YANG TELAH DIADAKAN
14-25
14-17
18-19
20-21
3
KEJOHANAN BALAPAN KE-16,
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN,
TAHUN 2013.
1.1 PENGENALAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan
Parit Kasan akan mengadakan satu Kejohanan Balapan menjurus kepada
pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat
menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Kasan sekali
gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Balapan ini, diharapkan dapat:
i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan
Parit Kasan dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu
kejohanan balapan.
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iv) Menyahut dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melibatkkan murid dalam
1M 1S (1 Murid 1 Sukan).
v) Mendedahkan guru berkaitan teknik, undang-undang, peraturan, pengurusan sukan
dan sains sukan.
vi) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
4
vii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
viii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
1.3 TUJUAN
Kejohanan Balapan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Parit Kasan dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan
pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk
mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan
mereka ke tahap yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama, menyedarkan
masyarakat tentang pentingnyagaya hidup sihat.
1.4 TEMA
Tema Kejohanan Balapan 2013 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan ialah
‘ Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang ’.
1.5 SASARAN
Semua murid Tahap 1 (Tahun 1,2 Dan 3) dan murid Tahap 2 (Tahun 4,5
Dan 6).
1.6 TARIKH
Kejohanan Balapan 2013 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan akan diadakan
pada 8 Oktober 2013 (Selasa).
1.7 MASA
Kejohanan Balapan 2013 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan akan diadakan
pada jam 2.30 petang.
1.8 TEMPAT
Kejohanan Balapan 2013 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan akan diadakan di
padang Sekolah Kebangsaan Parit Kasan.
5
1.9 ANJURAN
Program Kejohanan Balapan 2013 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Parit Kasan.
6
1.10 JAWATANKUASA PELAKSANA
BIL TUGAS NAMA AJK
1
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Kejohanan Encik Mahat b. Yahya (Guru besar)
Pengurus Kejohanan Encik Khudairi b. Jais (GPK KOKO)
Penolong Pengurus Kejohanan Tuan Haji Mohamad b. Md. Amin
(GPK 1)
Encik Ali b. Hassanmuali (GPK HEM)
Setiausaha Encik Abd. Rashid B. Ahmad
Bendahari Puan Masleeyaton b. Haji Yusof
2
AHLI JAWATANKUASA
Publisiti dan buku program Puan Nor Zalena bt. Nordin
1. Puan Nordaliyah bt. Nor Rahman
Perasmian dan penutup Tuan Haji Sahlan b. Bukil
Encik Sadeli b. Katiman
Kepegawaian Encik Abd. Rashid B. Ahmad
Encik Ismail b. Haji Mohamed
Teknikal Encik Mustafa b. Othman
Encik Mustajab b. Rashid
Hadiah dan cenderahati 1. Puan Wan Nor Khairiah bt. W. Tahir
2. Hajah Rosniza bt. Md. Nor
3. Puan Masleeyaton b. Haji Yusof
Juruacara Puan Hatimah bt. Aris
Encik Ismail b. Haji Mohamed
Jurugambar Puan Nor Zakiah bt. Abdullah
7
Dokumentasi Puan Nor Zakiah bt. Abdullah
Puan Nordahliyah bt. Nor Rahman
Rekod dan Statistik
Encik Musa b. Basar
Encik Zaharuddin b. Arip
Encik Razali b. Samandi
Penjaga Masa
Puan Mahani bt. Jais
Puan Mahani bt. Manap
Puan Nordiana bt. Yakiron
Penyelia Peserta
Encik K. Affendi b. Idris
Puan Hazlina bt Hussin
Pengadil Lorong
Puan Zainab bt Ismail
Encik Mohd Ariffin b. Kemin
Puan Noorul Adzhiyah bt. Ishak
Encik Siti Samrah bt. Salleh
Pelepas
Encik Mohamad Alif b Ghafar
Penolong Pelepas Encik Mohamad Nizar b Rostam
Pelepas Panggil Balik
Encik Mohd Izzudin b Asyraf
Hakim Penamat Encik Mohd Irfan b Rosman
Pencatat Cik Ruslina bt Othman
Cik Helen Wee
Referi Balapan Puan Steafenie
Encik Abd. Halim b Kamis
8
1.11 TENTATIF
ATURCARA MAJLIS KEJOHANAN
02.20 petang : Perbarisan Lintas Hormat
02.30 petang : Bacaan Doa
02.40 petang : Bacaan ikrar kejohanan
02.45 petang : Acara sukan dimulakan
04.10 petang : Acara berhenti rehat
04.20 petang : Acara sukan disambung semula
05.30 petang : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
- Ucapan Tuan Guru Besar
En. Mahat b. Yahya
- Ucapan Penutup
YB. M Asojan A/L Muniandy
Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir,Ledang, Johor.
9
1.12 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA WANG
MASUK
BIL. PERKARA WANG
KELUAR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Wang sukan sekolah
Sumbangan PIBG Sekolah
Parit Kasan
Wang tabungan RMT
Wang hadiah/sukan (PIBG)
Sumbangan Tuan Haji
Mohd Janis-cenderahati
pegawai dan AJK
Sumbangan hamper
RM 850
RM 400
RM300
RM 400
80 unit
10 unit
1.
2.
3.
4.
Madel/piala
Jamuan pegawai/AJK
Makan/minum peserta
Hadiah sukaneka
RM 850
RM 400
RM 300
RM 400
JUMLAH RM 1950 JUMLAH RM1950
10
1.13 JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA
BIL. AKTIVITI TARIKH/MASA/ TEMPAT
PELAKSANAAN
PERINCIAN KERJA SASARAN/ CATATAN
1.
2.
Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Balapan Ke-16,2013 kali pertama Kejohanan Olahraga Balapan Kali Ke-16,2013 1.1 Latihan Rumah-
rumah Sukan ( 2kali setiap rumah )
1.2 Sukan Tara
06.08.2013
(Selasa) Jam 2.00petang
Bilik Gerakan
Sesi Pagi :
3.00-5.00ptg 13.08.2013
(Selasa) 14.08.2013
(Rabu)
Sesi Pagi :
3.00-5.00ptg 03.09.2013
(Selasa) 04.08.2013
(Rabu)
Agenda 1.1 Ucapan pengerusi 1.2 Mengesahkan
minit mesyuarat yang lalu
1.3 Perkara berbangkit 1.4 Laporan Kejohanan
2012 1.5 Penyelarasan
J/Kecil Pelaksanaan
Kejohanan 2013
1.6 Aturcara Kejohanan 2013
1.7 Upacara Perasmian dan Penutup
1.8 Laporan Kewangan
1.9 Hal-hal lain
Rumah Bendahara dan Rumah Laksamana Rumah Temenggung dan Rumah Hulubalang Rumah Bendahara dan Rumah Laksamana Rumah Temenggung dan Rumah Hulubalang
Semua AJK
Semua Guru dan Pelajar
Semua pelajar
adalah diwajibkan mengambil bahagian dalam sukan tara
Ketua Rumah diminta menyerahkan senarai nama peserta kepada S/U
11
Sukan/penolong pada atau sebelum 02.09.2013 (Isnin)
3.
1.3 Acara Pra- Kejohanan (Saringan dan Akhir )
1.4 Raptai
Perbarisan Kejohanan I
1.5 Raptai Perbarisan Kejohanan II
1.6 Kejohanan Balapan Kali ke-16, 2013
Sesi Pagi :
3.00-5.00ptg 10.09.2013
(Selasa)
17.09.2013 (Selasa )
Padang sekolah
19.09.2013 (Khamis)
Padang sekolah
8.10.2013 (Selasa)
Padang sekolah
Acara yang dipertandingkan : a)80m P PRA b)80m L PRA c) 80m P THN 1 d)80m L THN 1 e)100m P THN 2 f) 100m L THN 2 g)100m P 10 h)100m L 10 i) 100m P 12 j) 100m L 12 k) 4x50m P PRA l)4x50m L PRA m) 4x50m P THN 1&2 n)4x50m L THN 1&2 Peserta yang terlibat sahaja Raptai Penuh dan Penyampaian Hadiah Acara Pra-kejohanan Acara yang dijalankan a) 200m P 10 b) 200m L 10 c) 200m P 12 d) 200m L 12 e) 4x100m P 10
Senarai nama peserta hendaklah diserahkan kepada setiausaha sukan pada 09.09.2013 (Isnin) Pasukan Rumah-rumah Sukan Pasukan Unit-unit Berunifom Pasukan Pengawas-pengawas Semua Pelajar dan Guru
12
f) 4x100m L 10 g) 4x100m P 12 h) 4x100m L 12 i) 4x200m P 10 j) 4x200m L 10 k) 4x200m P 12 l) 4x200m L 12 m) Acara terbuka wanita/lelaki n) Acara pegawai sukan
13
1.14 PENUTUP
Kejohanan Balapan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Parit Kasan merasai sendiri pengalaman menyertai sukan
olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk
mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga. Sekali gus, hasil dari kejohanan ini
juga dapat menjayakan aspirasi kerajaan iaitu telah berjayanya program 1 murid 1
sukan dilaksanakan.
14
1.15 LAMPIRAN
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengurus Kejohanan Bertanggung jawab dalam pengendalian dan
menentukan kejohanan berjalan dengan lancar.
Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri
untuk bertugas.
Penolong Pengurus
Kejohanan
Bertanggung jawab membantu Pengurus Kejohanan.
Bertanggung jawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan
kejohanan.
Setiausaha Bertanggung jawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran.
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan
segala fail sebagai bahan rujukan.
Bertanggung jawab untuk hadir dalam setiap
mesyuarat dalam pelaksanaan program.
Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan.
Mengedarkan dan menyediakan minit mesyuarat.
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa dan
tarikh untuk mesyuarat.
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk
program.
Menyusun dan menyediakan tempat kemudahan
mesyuarat.
Publisiti dan Buku
Program
Menyediakan buku program/cenderamata.
Mengedarkan buku program kepada semua guru dan
tetamu.
15
Menyediakan kain rentang kejohanan.
Menyediakan senarai nama peserta.
Perasmian dan
Penutupan
Mengatur aturcara perasmian penutup kejohanan.
Menguruskan latihan/raptai perasmian dan
penutupan( termasuk ikrar )
Menguruskan pertandingan barisan.
Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
Membuat surat jemputan dif kehormat.
Kepegawaian Mengatur dan melatih pembantu padang.
Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
lancar.
Teknikal. Mengurus dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
Memastikan persediaan padang dan balapan berjalan
lancar.
Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi
rasmi.
Menyediakan dan mengedarkan borang
pertandingan.
Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan
kejohanan.
Hadiah dan
Cenderamata
Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata.
Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
Menghias meja hadiah.
Melatih pembantu untuk upacara penyampaian
hadiah.
Menyenaraikan nama senarai pemenang hadiah.
Juruacara Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara.
Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara.
Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan
16
dengan adil.
Mengumumkan pemenang bagi upacara
penyampaian hadiah.
Jurugambar dan
Dokumentasi
Bertanggungjawab merakam dan merekod segala
yang berlangsung sepanjang program.
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir.
Rekod dan Statistik Menyelia papan markah( score board )
Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara dan pencatat.
Menyelia markah dan sukantara.
Penjaga masa Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi
semasa bertanding.
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga
masa.
Penyelia peserta Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta semasa
bertanding.
Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian
hadiah.
Pengadil Lorong Memerhati dan memastikan peserta yang mengambil
bahagian tidak melanggar peraturan.
Memutuskan sebarang bantahan peserta.
Memastikan peserta berlari mengikut lorong.
Menunjukkan bendera merah jika berlaku sebarang
pelanggaran peraturan.
Pelepas Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta
dalam keadaan sedia.
Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga
Masa, Pengadil Lorong sudah bersedia.
Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat seperti
17
sebelum peserta memulakan pelepasan.
Pelepas panggil balik Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas
pelepas.
Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya
supaya dapat memerhatikan setiap kedudukan
peserta dengan jelas.
Penolong Pelepas Memastikan semua peserta saringan atau betul dan
memakai nombor.
Menempatkan semua peserta di lorong atau di
kedudukan masing-masing dalam lorong dengan
betul.
Mengumpul semua peserta lebih kurang 3 meter di
belakang garisan permulaan.
Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya sudah
bersedia.
Hakim penamat Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap
acara yang dipertandingkan.
Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk
direkodkan dalam boring keputusan rasmi.
Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan
seterusnya.
Referi Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara yang
dipertandingkan.
Menentukan segala peraturan dan membuat
keputusan yang adil kepada sebarang perkara ketika
kejohanan.
Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan
hendaklah segera ditandatangani oleh Refri yang
berkaitan pertandingan.
18
SURAT URUSAN AKTIVITI
Lampiran 1
Contoh Surat Jemputan
KEJOHANAN BALAPAN KALI KE-16 SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN BUKIT GAMBIR, 84800 LEDANG JOHOR
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan Kali Ke 16
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN BUKIT GAMBIR, 84800 LEDANG JOHOR
Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:
Tuan/Puan:
Hadir ke Kejohanan Balapan kami pada:
Hari Selasa : 8 Oktober 2013
Jam: 2.30 petang
Tempat: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya sukan sekolah kami.
Terima kasih
19
Lampiran 2
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN BUKIT GAMBIR, 84800 LEDANG JOHOR
Tuan/puan,
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Balapan Kali ke 16
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Kejohanan Balapan 2013 kali ke-16 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 6 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKPK Aras 2
2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Ucapan GPK KOKURIKULUM
2.3 Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada
hari kejohanan
2.4 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi
2.5 Hal-hal lain
Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak
tuan/puan amat dihargai.
Sekian
Yang menjalankan tugas
........................................
( Encik Abd. Rashid b. Ahmad)
Setiausaha Kejohanan Balapan 2013
20
Lampiran 3
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN KALI KE 16
Tarikh : 6 OGOS 2013 (SELASA)
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN SKPK
Kehadiran(Bilangan) :
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
Mengucap salam serta terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan
masa dalam mesyuarat tersebut.
2. UCAPAN GPK KO-KURIKULUM
2.1 GPK Ko-Kurikulum mangalu-alukan kedatangan semua guru.
2.2 Beliau berharap semua guru akan memberi kerjasama untuk menjayakan
Majlis Kejohanan Balapan kali ke 16 tersebut dengan lebih meriah.
2.3 Beliau telah mengedarkan kertas kerja sukan tahunan kepada semua guru
dan membentangkan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan pada hari
kejohanan (Lampiran A).
Tindakan : Semua guru
2.4 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsinya.
Tindakan : Semua guru
21
3. HAL-HAL LAIN
3.1 GPK KO-Kurikulum berharap semua guru akan memberi kerjasama untuk
menjayakan Majlis Kejohanan Balapan kali ke 16 dengan lebih meriah.
Tindakan : Semua guru
3.2 Pada tahun ini juga semua murid terlibat dalam persembahan padang
(senamrobik)
Tindakan : Puan Hazlina bt Hussein
Cik Hamizah bt Ibrahim
3.3 Semua guru bersetuju supaya tidak mengadakan pertandingan hiasan
rumah dan perbarisan.
4. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.45 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………… ……………………………….
( ENCIK ABD. RASHID B. AHMAD )
SETIAUSAHA SUKAN
SK.PARIT KASAN
22
LAMPIRAN A
ATURCARA PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN KALI KE-16 SEKOLAH
KEBANGSAAN PARIT KASAN
NO ACARA ACARA KATEGORI
01 80 M Lelaki PRASEKOLAH
02 80 m Perempuan PRASEKOLAH
03 80 m Lelaki TAHUN 1
04 80 m Perempuan TAHUN 1
05 100 m Lelaki TAHUN 2
06 100 m Perempuan TAHUN 2
07 100 m Lelaki 10
08 100 m Perempuan 10
09 100 m Lelaki 12
10 100 m Perempuan 12
11 200 m Lelaki 10
12 200 m Perempuan 10
13 200 m Lelaki 12
14 200 m Perempuan 12
15 4 x 50 m Lelaki PRASEKOLAH
16 4 x 50 m Perempuan PRASEKOLAH
17 4 x 50 m Lelaki TAHUN 1/2
18 4 x 50 m Perempuan TAHUN 1/2
19 4 x 100 m Lelaki 10
20 4 x 100 m Perempuan 10
21 4 x 100 m Lelaki 12
22 4 x 100 m Perempuan 12
23 4 x 200 m Lelaki 10
24 4 x 200 m Perempuan 10
23
25 4 x 200 m Lelaki 12
26 4 x 200 m Perempuan 12
27 Acara Terbuka Wanita/Lelaki
28 Acara Pegawai Sukan
SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Bilangan Pembantu Teknik (pelajar) - 40 setiap sesi
(bergantung kepada keadaan)
Jenis dan bilangan peralatan yang diperlukan:
BIL.
ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN
BILANGAN YANG
DIPERLUKAN
1 BLOK PERMULAAN 3 UNIT
2 BENDERA KECIL ( MERAH & PUTIH) 10 PASANG
3 BENDERA KECIL ( KUNING &PUTIH) 20 PASANG
4 PAPAN PENGIRA PUSINGAN 1 SET
5 BATERI UNTUK SIREN 2 UNIT
6 SIREN & LAMPU ISYARAT 1 UNIT
7 WIND GAUGE 3 UNIT
8 BANGKU PANJANG 20 UNIT
9 TANGGA ALUMINIUN 1 UNIT
10 TANGGA TEMPAT DUDUK HAKIM 2 UNIT
11 TEMPAT BERDIRI ( PELEPAS ) 1-2 UNIT
12 PAPAN MENEMBAK ( PELEPAS ) 1-2 UNIT
13 TIANG PENAMAT 1 PASANG
14 AIR HORN 3 UNIT
15 KERUSI BIASA 30 UNIT
16 ROSTRUM PEMENANG 1 UNIT
17 PAPAN NOTIS 2 UNIT
24
18 EXTENSION WAYAR 2 UNIT
19 HAILER 2 UNIT
20 MEJA PANJANG 7 UNIT
21 WHITE BOARD 3 UNIT
22 CANOPY KONTIJEN 10 UNIT
23 CANOPY PERTANDINGAN 5 UNIT
24 PAYUNG BESAR 10 UNIT
25 TANGGA PENJAGA MASA & HAKIM 2 UNIT
25
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR
JKR 242, JALAN ARAB
84000 MUAR Tel : 069521895
Fax : 069528795
E-Mail : www.johordt.gov.my/ppdmuar/V3
_________________________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : JPA 5007/600-1/2/2( )
Tarikh : 24 SEPT 2013
Kepada,
………………………………………………………..
Melalui dan salinan,
Guru Besar,
SK/SJK ……………………………………………….
Muar,Johor.
Tuan,
SURAT PERLANTIKAN SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN KALI -16 PERINGKAT SEKOLAH
Adalah dimaklumkan bahawa pegawai/kakitangan tuan telah dilantik sebagai salah seorang pegawai kejohanan tersebut.
2. Sehubungan dengan itu,sila beri kerjasama untuk membenarkan pegawai/kakitangan tuan di atas untuk menjalankan tugas sebagai :
………………………………………………..
3. Pertandingan tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Oktober 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang Sekolah SK.Parit Kasan
Sebarang pertanyaan,sila berhubung dengan En. Khudairi b. Jais (GPK Ko-Kurikulum SK.Parit Kasan) di talian 06-9764970.
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.
Terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
………………………………………………..
S.k
1. Pegawai Pelajaran Daerah