Post on 07-Dec-2015
description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
PERSIARAN TUNKU KUDIN
11700 GELUGOR, PULAU PINANG
KERTAS KERJA
LARIAN MERENTAS KAMPUS
(SIARAYA)
TARIKH:9 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT:PADANG
IPG KAMPUS PULAU PINANG
1. TAJUK
Kejohanan ini dinamakan sebagai Larian Merentas Kampus, Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Pulau Pinang.
2. PENGENALAN
Program ini merupakan program yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum dengan kolaborasi
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kampus Pulau Pinang.
Kejohanan ini wajib disertai oleh semua pelatih guru IPG Kampus Pulau Pinang.
3. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak IPG Kampus
Pulau Pinang untuk Siaraya kejohanan ini seperti masa, tarikh dan tempat seperti yang
dicadangkan.
4. RASIONAL
Kejohanan ini dirancang agar dapat memenuhi keperluan kursus PISMP ambilan Jun 2013
di samping memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua para pelajar guru
mengenai cara pengelolaan kejohanan merentas kampus serta menguruskan siaraya.
Kemahiran, kejurulatihan, ke pengelolaan dan ke pengadilan (4K) merupakan empat aspek
penting yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kokurikulum Sukan Sekolah Rendah
yang dikuatkuasakan mulai Januari 2006 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).
5. OBJEKTIF
5.1 Memenuhi keperluan kursus PISMP ambilan Januari 2013 (WAJ 3121- Olahraga)
5.2 Menyediakan peralatan siaraya yang diperlukan untuk menjalankan pertandingan
merentas kampus.
5.3 Pelajar guru mempelajari cara untuk menguruskan Siaraya.
5.4 Pengagihan tugas memupuk nilai bertolak ansur, bertanggungjawab dalam
kalangan pelajar guru.
5.5 Meningkatkan usaha bersepadu di antara pelajar guru dan pensyarah -pensyarah
melalui kerjasama dalam pengurusan siaraya.
6. TARIKH / MASA / TEMPAT
Dicadangkan kejohanan ini diadakan pada 9 Oktober 2015 (Jumaat), bertempat di Astaka
IPG Kampus Pulau Pinang.
Atur cara Kejohanan
08.30 pagi : Perasmian
09.00 pagi : Acara Bermula
12.00 tengah hari : Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
1.00 petang : Jamuan
7. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua pelajar guru IPG kampus Pulau Pinang.
IPG Kampus Pulau Pinang : 551
IPG Kampus Tuanku Bainun : 5
IPG Kampus Sultan Abdul Halim : 5
IPG Kampus Darulaman : 5
IPG Kampus Perlis : 5
Pensyarah : 40
611
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH
1. Bateri 10 10xRm 2.50 Rm 25.00
2. Wayar
Penyambung
2 2xRm 20.00 Rm 40.00
Rm 65.00
9. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN LARIAN MERENTASI KAMPUS, INSTITUT
PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG.
PENAUNG : TN HJ. KHALID B. HJ. AHMAD
PENGARAH
PENGERUSI : PN. HJH. SURIAH BT ABD. MANAP TIMBALAN PENGARAH
SETIAUSAHA : EN. NORDIN B. SADALIKETUA UNIT KOKURIKULUM
EN. KAMIL B. NASURUDDIN (PEMANGKU)KETUA JABATAN HEP
PENYELARAS : DR. MOHANARAJU A/L ANNAMALAI EN. BARCHAN SINGH A/L HARBANT SINGHEN. PUSPAGARAN A/L MANIAMEN. MOHD NADZRI B. NOORDIN
10. JAWATANKUASA PENGELOLA LARIAN MERENTASI KAMPUS, INSTITUT
PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG.
PENGERUSI : MALVINA A/P JOSEPH
SETIAUSAHA : SANGGITHA A/P SUBARMANIAM
BENDAHARI : SANTHI A/P GANTHI
AJK : V.THANOOJAH A/P VENGITESON
11. PENUTUP
Kesimpulannya, diharapkan dengan pengurusan siaraya ini dapat menjadi platform yang terbaik untuk pelajar guru mengasah bakat serta memupuk nilai - nilai murni di dalam jiwa pelajar guru di IPG Kampus Pulau Pinang. Amatlah diharapkan agar pengurusan siaraya ini mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbiran institut.
Disediakan oleh,
………………….. (Sanggitha a/p Subarmaniam) Setiausaha SiarayaIPG Kampus Pulau Pinang
Disemak oleh,
………………….. (EN. BARCHAN SINGH A/L HARBANT SINGH) Penasihat, Kejohanan Larian Merentasi Kampus IPG Kampus Pulau Pinang