Post on 16-Jun-2015
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU 23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN
TERENGGANU
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR
2009
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009
SEK KEB FELDA SERI RASAU, KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU
________________________________________________________________________
1. TAJUK
Kertas Kerja Perkhemahan Pendidikan Luar 2009, Peringkat Sekolah
Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu
2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk
mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.
2.2 Matlamat
(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta
mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.
(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar
dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan,
Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu
menghargai alam.
(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan
masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
2.3 Objektif
(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah
yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.
(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan
Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan
aktiviti alam sekitar.
(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala
perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan
mementingkan diri sendiri.
3. BUTIRAN PERKHEMAHAN
3.1 Tarikh
22 dan 23 Oktober 2009
3.2 Hari
Khamis dan Jumaat ( 2 hari 1 malam )
3.3 Bilangan Peserta
Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6
Bilangan peserta :
Lelaki : 35
Perempuan : 45
Jumlah : 80 orang
3.4 Tempat Perkhemahan
Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,
Dungun,Terengganu.
4. JAWATANKUASA
4.1 Jawatankuasa Pengelola:
Unit Ko-Kurikulum Sek Keb FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,
Dungun.
4.2 Jawatankuasa Induk :
Penasihat : En.Mohamad Aminuddin bin Yazid
Pengerusi : En.Salman bin Jusoh
Penyelaras : En Zulkifli bin Muda
Kem Komandan : En Zainuddin bin Pee
Pen. Kem Komandan : : YM .Engku Muzaffar b Engku Maharani
Setiausaha : Pn Mariati bt Rani
Bendahari : Pn Norliza bt Ismail@Chik
4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Urusetia : Pn Mariati bt Rani
Pengurus Peserta : Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan : En Kamal Baharin b Abu Bakar
Khemah & Peralatan : En Lukman bin Ismail
Aktiviti : En Ahmad Najme bin Abd Manaf
Makan & Minum : Pn Norhayati bt Mamat
Kerohanian : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
Keselamatan/ Kecemasan : En Mohd Nur Azrul bin Ismail
Siaraya & Dokumentasi : En Mohd Hamedan bin Embong
Persembahan : Cik Hadibah bt Mohamad Darus
Hadiah & Cenderamata : Pn Rohana bt Jusoh
4.4 Jawatankuasa Kecil :
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
KETUA PERKHEMAHAN / KEM KOMANDAN :
En. Najmi bin Ibrahim
Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan kelancaran perkhemahan
Bertanggungjawab di atas disiplin peserta. Mengeluarkan peraturan perkhemahan. Menguatkuasakan peraturan perkhemahan
PEN KETUA PERKHEMAHAN /PEN. KEM KOMANDAN:
YM Engku Muzaffar b Engku Maharani
Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan tugas ketua perkhemahan.
Menjalankan tugas ketua perkhemahan semasa ketiadaannya.
URUSETIAPengerusi : Pn Mariati bt Rani
AJK1 En Azuan bin Shafie2. EnKamal Baharin b Abu Bakar3. Pn Maznah bt Omar4. Cik Nor Hashima bt Mohd Razali5. Pn Azniza bt Daud
Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan Menyelaras perjalanan aktiviti dan
pertandingan Sentiasa menghebahkan maklumat terkini. Mengambil pendaftaran peserta dan juga
mencatat kehadiran guru bertugas Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan Mengendalikan acara majlis penutup Menyediakan kain rentang perkhemahan
PENGURUS PESERTA:Semua Ketua Unit Beruniform Pengakap TKRSPBSM Puteri Islam Tunas Puteri
Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing Menyediakan jadual guru bertugas unit Masing-masing Memastikan penyediaan senarai semak peralatan yang perlu dibawa lebih awal
TAPAK PERKHEMAHAN
Pengerusi :En Kamal Baharin bin Abu Bakar
AJK:1. En Mohd Zaharawadi b Ibrahim2. YM Engku Muzaffar b Engku Maharani
Menyediakan pelan tapak perkhemahan Menyelaras pembahagian tempat tapak
mengikut unit Menentukan bilik-bilik yang akan
digunakan oleh perserta jika hari hujan. Menentukan tandas/bilik air yang akan
digunakan oleh peserta Memastikan semua bilik/tempat yang
digunakan sentiasa dalam keadaan bersih
KHEMAH & PERALATANPengerusi : En Lukman bin Ismail
AJK:1. En Alias bin Musa2. En Mohd Nur Azrul bin Ismail3. En Azuan bin Shafie4. Pn Azniza bt Daud5. Pn Maznah bt Omar
Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta
Memastikan komponen khemah dan segala peralatan yang berkaitan mencukupi
Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan
Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat pinjaman khemah dari pihak luar
AKTIVITIPengerusi : En Ahmad Najme b Abd Manaf
AJK:1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail2. En Alias bin Musa3. Pn Noriada bt Abd Rahman4. Pn Suria bt Mohamed5. Pn Mazuini bt Zulkifli
Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa perkhemahan.
Menyediakan, memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan dan halangan bagi aktiviti yang akan diadakan.
Mengendalikan aktiviti perkhemahan. Mengemas dan menyimpan semula
peralatan yang telah digunakan di tempat yang sesuai.
MAKANAN DAN MINUMANPengerusi : Pn Norhayati bt Mamat
AJK:1. Pn Zanariah bt Omar2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah
Menyediakan makanan dan minuman yang bagi semua guru yang terlibat dan murid
Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari perkhemahan
Memastikan semua aktiviti memasak di kalangan peserta berjalan lancar
Menguruskan segala perkara berkaitan makan dan minum disepanjang perkhemahan
KEROHANIANPengerusi : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
AJK:1. En Lukman bin Ismail2. Pn Rohaiza bt Remli
Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat
Memimpin bacaan Yasin Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
KESELAMATAN DAN KECEMASANPengerusi : En Mohd Nur Azrul bin Ismail
AJK:1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail2 Pn Noraziah bt Omar3. Pengawal keselamatan sekolah
Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik
Menubuh unit kawalan Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta
peti rawatan yang sempurna dan mencukupi
Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan
Mengawal keselamatan murid dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.
PERSEMBAHANPengerusi :Cik Hadibah bt Mohamad
AJK:1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali2 Cik Rahayu bt Said
Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya.
Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan
Melantik hakim-hakim persembahan dan menyediakan borang penghakiman, jika persembahan tersebut dijalankan secara pertandingan
Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
ELEKTRIK, SIARAYA DAN DOKUMENTASIPengerusi :En Mohd Hamedan bin Embong
AJK:1. En Ismail bin Awang Lah2 Pekerja sekolah
Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem diadakan Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai Mengurus dan menyediakan peralatan siaraya untuk sebarang bentuk persembahan/aktiviti (jika diperlukan)
HADIAH DAN CENDERAMATAPengerusi : Pn Rohana bt Jusoh
AJK:1. Pn Norliza bt Ismail@Chik2 Pn Noraziah bt Manab
Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata Menguruskan majlis penyampaian hadiah
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Makan Minum Murid
Makan Tengahari (Khamis) Mi num Petang (Khamis) Makan Malam (Khamis) Minum Malam (Khamis) Sarapan (Jumaat) Minum Pagi (Jumaat) Makan T/Hari (Jumaat) Minum Petang (Jumaat)
RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM
80.00 RM3.00 x 80 orang =
RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM
80.00 RM1.00 x 80 orang = RM
80.00 RM1.00 x 80 orang = RM
80.00 RM3.00 x 80 orang =
RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM
80.00
RM1120.00
2Hadiah
Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga
RM20.00 x 5 = RM100.00 RM15.00 x 5 = RM 75.00 RM10.00 x 5 = RM 50.00
`RM225.00
3 Peralatan Bahan api Tali Racun serangga
RM100.00
4 Kecemasan Ubat-ubatan RM100.00
JUMLAH BESAR RM1545.00
(RM : SATU RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)
6. TENTATIF PROGRAM
MASA /HARIHARI PERTAMA
KHAMIS22 OKTOBER 2009
HARI KEDUAJUMAAT
23 OKTOBER 2009
5.30 PAGI Bangun, Siap Diri , Solat Subuh 8.00 PAGI Sarapan Pagi
8.30 PAGI Pendaftaran Peserta Mendirikan Khemah Taklimat Umum
Aktiviti 5: Pertandingan memasak
10.00 PAGI Minum Pagi
10.30 PAGIAktiviti 1 : Penyediaan Gejet &
Anyaman Daun kelapa
Aktiviti 6 : Pemeriksaan Khemah
12.30 THARI Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor
Rehat, Makan Tengahari, Solat Zohor/Jumaat
2.30 PETANGAktiviti 2 : Pertandingan Kawad
Aktiviti 7 : Persembahan Kebudayaan
4.00 PETANG Solat Asar/Minum Petang
5.00 PETANG Aktiviti 3: Sukaneka
Perasmian Penutup& Penyampaian Hadiah
6.30 PETANG Mandi, Makan MalamSolat Maghrid & Isyak
BERSURAI
9.00 MALAM Aktiviti 4: Kembara Malam
10.30 MALAM Minum Malam
11.00 MALAM Tidur
7. JADUAL TINDAKAN
HARI PERTAMA : KHAMIS ( 22 OKTOBER 2009 )
MASA AKTIVITI TINDAKAN8.30 pagi Pendaftaran Urusetia9.00 pagi Mendirikan khemah Ketua & Guru Unit10.00 pagi Taklimat umum Kem Komandan10.30 pagi Minum pagi JK Makanan/Minuman
11.00 pagiAktiviti 1 : Penyediaan Gejet dan Anyaman Daun Kelapa
JK Aktiviti
12.30 thari Makan Tengahari , Solat Zohor JK Makanan & JK Kerohanian
2.30 petang Aktiviti 2 : Pertandingan Kawad Kaki
JK Aktiviti
4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian5.00 petang Aktiviti 3 :
Sukaneka JK Aktiviti
6.30 petang Makan Malam,Solat Maghrib & Bacaan Yasin
JK Makanan & JK Kerohanian
9.00 malam Aktiviti 4 : Kembara Malam JK Aktiviti10.30 malam Minum malam JK Makanan11.00 malam Tidur Urusetia & JK Keselamatan
HARI KEDUA : JUMAAT ( 23 OKTOBER 2009 )
Masa Aktiviti Tindakan5.30 pagi Siap diri, Solat & Kuliah Subuh JK Kerohanian8.00 pagi Sarapan Pagi JK Makanan
8.30 pagi Aktiviti 5 : Pertandingan Memasak
JK Aktiviti
10.00 pagi Minum pagi JK Makanan
10.30 pagi Aktiviti 6 : Pemeriksaan Khemah JK Pertandingan
12.30 t/hari Makan Tengahari , Solat Zohor& Jumaat
JK Makanan, KerohanianKeselamatan
2.30 petang Aktiviti 7 : Persembahan Kebudayaan JK Persembahan & Siaraya4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian
5.00petang Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
Urusetia & JK Hadiah& Semua Guru
6.00 petang BERSURAI
8. PENUTUP
Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya tercapai.
Disediakan oleh:
ZULKIFLI BIN MUDAPenyelarasPerkhemahan Pendidikan Luar 2009Sek Keb FELDA Seri Rasau,23300 Ketengah Jaya, Dungun,Terengganu.
Disemak oleh;
SALMAN BINN JUSOHGuru Penolong Kanan Ko-KurikulumSek Keb FELDA Seri Rasau,23300 Ketengah Jaya, Dungun,Terengganu.
2.(b) Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar
2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar
LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR
2009
Tarikh : 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau,
Dungun, Terengganu
Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani
program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan
khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti
mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.
Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan
oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti
dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada
jam 10.30 pagi .
Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah
penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk
dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian
dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30
tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan solat
Zohor di surau sekolah.
Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu
Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah
dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan
kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk
minum petang dan solat Asar.
Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan
awal, slot ini adalah aktiviti ’Jungke Tracking’, . Namun begitu, atas faktor
keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca
tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak
kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan
oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya
Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta
mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat
Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang
dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian.
Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam.
Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin.
Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji
kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan
minum malam.
Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan
tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan
keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
L aporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat)
Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat
Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd
Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi
dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..
Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima
dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemput-
jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.
Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan.
Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti
persembahan.
Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau
untuk solat Zohor.
Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang,
peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemah-
khemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.
Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah
diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah
diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas
sebelum mereka pulang .
Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke
rumah masing-masing.
2.2 Kekuatan dan Kekurangan Program
Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar kali ini amat
bergantung kepada elemen seperti berikut :
i) Peserta Program
Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada
mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan
keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang
berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut
perintah yang diberikan.
ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan
Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman
dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem
Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah
menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem
Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah
pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di
hadapan peserta.
iii) Urusetia yang berpengalaman
Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada
urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan
ahli jawatankuasa kerja
iv) Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan
asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat
beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program.
v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.
Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan
pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya
dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak
RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan
perkhemahan.
vi) Peruntukan program yang mencukupi
Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat
dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang
hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini
juga banyak bergantung kepada peruntukkan
Kekurangan:
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
i) Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas
Khemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak
mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini
seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.
ii) Khemah rosak
Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya
terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah
dan merugikan masa peserta.
iii) Kemudahan rawatan kecemasan
Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi
kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke
hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan
malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana
pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah
guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti
mana jumlah yang ditempah.
v) Tandas dan bilik air yang jauh
Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan
tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah
mengganggu program-program lain.
Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil
tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Disediakan oleh ,
(ZULKIFLI BIN MUDA) 26 OKTOBER 2009Kem Komandan Perkhemahan Pendidikan Luar 2009Sek Keb FELDA Seri RasauKetengah Jaya, Dungun,Terengganu
2.3 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam
pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa
cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.
Cadangan :
i) Penginapan urusetia
Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat,
iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik
mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.
ii) Pemeriksaan khemah
Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu
membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah
mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.
iii) Kemudahan rawatan kecemasan
Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-
kurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak
perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan
bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak
perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik.
Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv) Bilik air dan tandas
Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan
perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke
bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan
perjalanan program.