Post on 30-Dec-2016
KESEDIAAN PELAJAR MEMILIKI KEMAHIRAN TEKNIKAL TAMBAHAN:
SATU KAJIAN DI UTHM
NURUL MAZIAH BINTI MOHD BARKHAYA
Projek Sarjana ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2013
v
ABSTRAK
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti kesediaan pelajar
tahun akhir di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM dalam memiliki
kemahiran teknikal tambahan. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan
instrumen soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data terhadap 188 orang responden
yang terdiri daripada pelajar tahun akhir FKEE. Data mentah yang diperoleh dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) untuk
Windows (Version 16.0) yang berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan dan
kekerapan, manakala bagi statistik inferensi pula, ujian ANOVA satu hala digunakan
bagi melihat perbezaan jantina pelajar dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa bagi persoalan kajian yang berkaitan dengan faktor
sikap, minat, dan motivasi pelajar, didapati bahawa mereka sangat terdorong dan
cenderung dalam mendapatkan kemahiran teknikal tambahan, manakala persoalan yang
berkaitan dengan perbezaan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara dua
kategori jantina pelajar terhadap kemahiran teknikal tambahan yang perlu mereka miliki
sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.
vi
ABSTRACT
The study is to investigate and identify the readiness of final year students at the Faculty
of Electrical Engineering and Electronics of UTHM in getting additional technical skills.
This quantitative research using questionnaires as the data collection method of 188
respondents consisting of final year students FKEE. Data were analyzed by using the
Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows (Version 16.0) in the
form of descriptive statistics which is frequency and percentage, while for inferential
statistics, the one-way ANOVA test is used to see student’s gender differences in
additional technical skills. The findings indicate that the research questions related to
attitudes, interests, and motivation, it is found that they are highly motivated and
inclined in getting additional technical skills, while questions related to the differences
found that there was no difference between the two categories of male and female
students in the additional technical skills need they have before later working life.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permintaan terhadap peluang pasaran pekerjaan
tinggi tetapi penawaran tenaga kerja dalam negara
masih rendah
4
1.2.1 Statistik Keperluan Tenaga Kerja di
Pelbagai Sektor dalam Negara
4
1.2.2 Statistik Pengangguran di Malaysia 5
1.2 3 Kewujudan Perancangan dan Dasar-dasar
Kerajaan
5
1.2.4 Kebanjiran Tenaga Kerja Asing 7
1.3 Latar Belakang Masalah 9
viii
1.4 Pernyataan Masalah 14
1.5 Objektif Kajian 14
1.6 Persoalan Kajian 15
1.7 Hipotesis Kajian 15
1.8 Skop Kajian 16
1.9 Kepentingan Kajian 16
1.10 Kerangka Konsep Kajian 17
1.11 Definisi Konseptual 19
1.11.1 Kemahiran Teknikal 19
1.11.2 Kemahiran Teknikal Tambahan 19
1.11.3 Sikap 20
1.11.4 Minat 20
1.11.5 Motivasi 21
1.12 Rumusan 21
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 22
2.2 Kadar Pengangguran 23
2.3 Kemahiran Teknikal 26
2.3.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal 27
2.4 Faktor Pelajar Terhadap Kemahiran 30
2.4.1 Sikap 30
2.4.2 Minat 32
2.4.3 Motivasi 33
2.5 Teori Kajian 34
2.5.1 Teori Crow dan Crow 35
2.5.2 Teori Motivasi Herzberg 35
2.6 Rumusan 36
ix
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Kerangka Operasi Kajian 40
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.5 Instumen Kajian 43
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 46
3.8 Analisis Data 48
3.9 Rumusan 50
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Demografi Kajian 53
4.2.1 Jantina 54
4.2.2 Kaum 54
4.2.3 Umur 55
4.2.4 Tahun Pengajian 56
4.3 Dapatan Kajian 56
4.4 Analisis Persoalan Kajian 1:Kemahiran asas teknikal
yang dimiliki oleh pelajar FKEE
57
4.5 Analisis Persoalan Kajian 2: Mengenalpasti faktor
sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal
yang dibekalkan oleh pihak universiti
59
4.6 Analisis Persoalan Kajian 3: Mengenalpasti faktor
minat pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal
tambahan yang diperlukan oleh industri
61
4.7 Analisis Persoalan Kajian 4: Mengenalpasti faktor
motivasi mempengaruhi pelajar FKEE dalam
memiliki kemahiran teknikal tambahan
62
x
4.8 Analisis Persoalan Kajian 5: Mengenalpasti
perbezaan antara jantina terhadap faktor yang
mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal
tambahan
64
4.8.1 Analisis perbezaan faktor sikap 65
4.8.2 Analisis perbezaan faktor minat 66
4.8.3 Analisis perbezaan faktor motivasi 67
4.8.4 Analisis perbezaan faktor sikap, minat, dan
motivasi
68
4.9 Rumusan 69
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 71
5.2.1 Mengenalpasti kemahiran asas teknikal yang
perlu dimiliki oleh pelajar FKEE
72
5.2.2 Mengenalpasti faktor sikap pelajar tahun
akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal
yang dibekalkan di universiti
74
5.2.3 Mengenalpasti faktor minat pelajar tahun
akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal
tambahan
76
5.2.4 Mengenalpasti faktor motivasi pelajar tahun
akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal
tambahan
77
5.2.5 Melihat perbezaan antara jantina terhadap
faktor yang mempengaruhi pelajar memiliki
kemahiran teknikal tambahan
79
5.3 Kesimpulan 81
5.4 Cadangan 82
5.5 Cadangan Lanjutan 82
xi
5.6 Penutup 83
RUJUKAN 84
LAMPIRAN 90
xii
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1 Statistik Pengangguran Tenaga Buruh di Malaysia
(2010-2012)
24
Jadual 3.1 Penentuan Saiz Sampel untuk Kajian 43
Jadual 3.2 Pemarkahan Item-Item Soal Selidik 44
Jadual 3.3 Interpretasi skor bagi nilai Alpha Cronbach 45
Jadual 3.4 Pengkelasan Skala Likert 48
Jadual 3.5 Prosedur analisis data mengikut persoalan kajian 50
Jadual 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina
54
Jadual 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut kaum
55
Jadual 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut umur
55
Jadual 4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut tahun pengajian
56
Jadual 4.5 Dapatan analisis kemahiran asas teknikal 57
Jadual 4.6 Dapatan analisis sikap pelajar tahun akhir 59
Jadual 4.7 Dapatan analisis minat pelajar tahun akhir 61
Jadual 4.8 Dapatan analisis motivasi pelajar tahun akhir 63
Jadual 4.9 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor sikap 65
Jadual 4.10 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor minat 66
Jadual 4.11 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor motivasi 67
xiii
Jadual 4.13 Jadual ANOVA bagi analisis keseluruhan
perbezaan faktor (sikap, minat, dan motivasi)
mengikut jantina
68
xiv
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Anjakan Sistem Pendidikan
(Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015)
10
Rajah 1.2 Kerangka Konseptual 18
Rajah 2.1 Perangkaan utama tenaga buruh siswazah Malaysia
(1982-2010)
25
Rajah 2.2 Bilangan siswazah menganggur mengikut sijil
tertinggi, Malaysia (1982–2010)
26
Rajah 3.1 Kerangka Operasi Kajian 41
xv
SENARAI SINGKATAN
PMI - Pembangunan Modal Insan
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
ICT - Information and Communications Technology
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
ILP - Institut Latihan Perindustrian
IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
SLDN - Sistem Latihan Dual Nasional
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
FKEE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
FK - Fakulti Kejuruteraan
FTK - Fakulti Teknologi Kejuruteraan
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
ANOVA - Analysis of Variance
MTUN - Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia
UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka
UMP - Universiti Malaysia Pahang
UniMAP - Universiti Malaysia Perlis
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A Maklumat Berkaitan Kajian 90
B Jadual Penentuan Saiz Sampel 106
C Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 108
D Ujian Normaliti 113
E Analisis Demografi Responden 117
F Analisis Persoalan Kajian 1, 2, 3, dan 4:
(Frekuensi dan Peratusan)
121
G Analisis Persoalan Kajian 5:
(ANOVA)
139
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
“Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020” merupakan slogan yang telah
dibentangkan oleh Y. A. B Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2006).Beliau
telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha
membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi
hadapan.Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha
menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi.Modal insan merupakan individu yang
berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika,
berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,
bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.Inilah modal insan
yang memiliki personaliti unggul. Modal insan inilah yang akan menentukan hala
tuju negara pada masa hadapan.
Selain itu, Tun Abdullahbin HajiAhmad Badawi turut menyatakan tentang
teras dasar pembangunan modal insan (PMI) iaitu dengan melaksanakan
penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya
berkualiti dan releven dengan keperluan semasa, membangunkan universiti bertaraf
antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi
keperluan pasaran, menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat selain
2
membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh
dan menggunakan pengetahuan. PMI turut memainkan peranan dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang
mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta
menghargai tradisi dan warisan.
Sejajar dengan penghasilan modal insan yang dikatakan sebagai penjana
kepada Wawasan 2020, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang
berpendapatan tinggi. Sektor swasta memainkan peranan penting di dalam menjana
inovasi, kreativiti dan pelaburan yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing
global Malaysia serta menyokong matlamat untuk menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi. Beliau berkata perniagaan tidak boleh hanya melihat untuk
mendapatkan keuntungan jangka pendek tetapi perlu bersedia untuk mendapatkan
keuntungan jangka panjang.Dalam hubungan ini, katanya sektor swasta perlu berani
mengambil risiko dan melabur di dalam industri, produk dan perkhidmatan
baharu.Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta pengambilalihan teknologi
perlu disifatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.
Perdana Menteri berkata lagi, sektor swasta hendaklah juga menghargai
modal insan dengan menyediakan gaji dan upah pada paras yang bertepatan dan
memperuntukkan sumber untuk memupuk bakat. Perdana Menteri turut menyatakan
bahawa sasaran untuk mencapai pertumbuhan tahunan 6.0 peratus seperti yang
ditonjolkan di dalam RMK-10 memerlukan daya tolakan bagi meningkatkan
pelaburan yang signifikan yang sebahagian besarnya perlu diperolehi daripada sektor
swasta yang lebih dinamik.
Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan
pelbagai kaum, agama, budaya, dan adat resam memerlukan kepimpinan negara
menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan.Perancangan yang
menyeluruh dan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan
denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapat diagih secara
saksama.Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun, menyeluruh
dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) adalah kesinambungan kepada pelan
rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK-
10 adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka bagi meneruskan agenda
3
pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara
maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, kerajaan menjadikan rancangan ini mampu
memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi, dan
politik.Penggubalan RMK-10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan dalam
menjayakan Gagasan 1Malaysia.Keselesaan dan kemudahan rakyat terutama
golongan yang kurang berkemampuan menjadi fokus dalam RMK-10 agar tiada
kumpulan atau kaum yang tersisih daripada arus pembangunan negara.Hasrat
membangunkan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak
meminggirkan mana-mana golongan yang memerlukan perhatian daripada kerajaan.
Kerjasama sektor awam dan swasta dengan perancangan dan pelaksanaan
yang tersusun akan dapat memacu pembangunan negara dengan lebih pantas.
Tempoh waktu untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 hanya berada
sekitar sepuluh tahun lagi.Perubahan atau transformasi ekonomi negara yang
diperkenalkan kerajaan wajar dilaksanakan tanpa halangan atau kerenah birokrasi
pentadbiran yang mengekang kelancaran pelaksanaan.Sektor awam perlu
melaksanakan perubahan beberapa prosedur pentadbiran untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara.Oleh itu, kerjasama kedua sektor mnjadi perubahan
yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Ekonomi yang berasaskan perkongsian pintar antara swasta dan kerajaan
akan menguntungkan kedua pihak. Situasi “menangmenang” akan menjamin
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatat yang tinggi serta
menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Limpahan ekonomi yang
stabil serta berdaya maju akan memberi peluang kepada rakyat tempatan mengecapi
pendapatan yang lebih tinggi melalui pekerja yang berpengetahuan serta
berkemahiran tinggi. Hasrat menzahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi akan
terlaksana menjelang 2020. Sokongan dan kerjasama antara swasta dan awam lebih
menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang dengan meraih pelbagai keuntungan
kedua pihak.
4
1.2 Permintaan terhadap peluang pasaran pekerjaan tinggi tetapi
penawaran tenaga kerja dalam negara masih rendah
Kadar permintaan terhadap peluang pekerjaan di Malaysia adalah semakin tinggi dari
hari ke hari berikutan dengan jumlah graduan yang telah menamatkan pengajian di
pelbagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institut pengajian tinggi
swasta (IPTS) yang semakin meningkat.Dari aspek penawaran tenaga kerja pula,
banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang harus diisi terutama daripada
industri swasta tetapi penawaran tersebut lebih diberikan kepada tenaga kerja asing
berbanding tenaga kerja dalam negara.
1.2.1 Statistik Keperluan Tenaga Kerja di Pelbagai Sektor Dalam Negara
Sektor pekerjaan di Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa.Salah satu
buktinya ialah melalui sektor pembinaan.Pada tahun 2002, berdasarkan kepada
statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, sektor pembinaan dijangka
berkembang 4.3 peratus pada tahun 2002.Sektor ini berjaya meningkat sebanyak satu
peratus pada tahun berikutnya walaupun negara mengalami masalah krisis kewangan
pada tahun 1997.Perkembangan dan pertumbuhan ini semakin pesat berkembang
sehingga tahun 2012.Oleh itu, sektor ini memerlukan penggunaan tenaga kerja yang
ramai.Tenaga kerja tersebut haruslah memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang
binaan bagi menghasilkan produk kerja yang berkualiti.
Manakala, guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam
kegiatan ekonomi dan digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output
negara. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi,
guna tenaga meningkat pada kadar purata 3.3 peratus setahun dengan 1.6 juta
pekerjaan baru diwujudkan. Oleh itu, statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa
sejajar dengan peningkatan guna kerja dalam negara, peluang pasaran pekerjaan juga
sebenarnya turut meningkat dari tahun demi tahun tetapi penawaran tenaga kerja
dalam negara masih rendah kerana kadar pengangguran adalah semakin meningkat
mengikut tahun. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengambilan pekerja asing
5
berkhidmat dalam negara dan produktiviti tenaga kerja tempatan yang dihasilkan
belum mencapai tahap cemerlang yang diperlukan oleh pelbagai sektor pekerjaan di
Malaysia.
1.2.2 Statistik Pengangguran di Malaysia
Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja)
kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga bulan Ogos 2012, kadar
pengangguranadalah sebanyak 2.7 peratus daripada keseluruhan jumlah rakyat
Malaysia. Sejak 2004, kadar pengangguran dalam negara menunjukkan peningkatan
iaitu antara 3.3 hingga 3.5 peratus.
Menerusi tenaga buruh siswazah pula, semenjak 1982 hingga 2010, kadar
pengangguran terendah dicatatkan pada 1996 (1.5%) manakala kadar pengangguran
siswazah tertinggi dicatatkan pada 1987 (5.0%) iaitu semasa kejatuhan ekonomi.
Kesan yang sama juga boleh dilihat oleh peningkatan kadar pengangguran siswazah
mulai 1998. Pada ketika itu, graduan lepasan institut pengajian tinggi yang memiliki
segulung sijil belum begitu ramai seperti sekarang.Berdasarkan statistik yang
diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia terhadap bilangan siswazah menganggur
mengikut sijil tertinggi pula didapati adalah semakin meningkat tahun demi tahun
sehingga menjelang tahun 2010.Jumlah siswazah yang menganggur di negara ini
adalah seramai 76,200 orang menjelang tahun 2012.
1.2 3 Kewujudan Perancangan dan Dasar-dasar Kerajaan
Dasar adalah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau
kehendak. Dasar-dasar kerajaan pula ialah satu pengistiharan (hasrat dan ideologi
kerajaan) dibuat dari masa kesemasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil, atau
mencapai objektif. Dasar kerajaan digubal adalah bertujuan untuk meningkatkan
kecekapan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengurusan, mengatasi
6
masalah, meletakkan asas pentadbiran negara atau organisasi, panduan bagi
mencapai objektif, dan menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik di
praktikkan.
Antara dasar kerajaan termasuklah Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke
Timur, dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Penswastaan menyentuh peranan
pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan sebenarnya
bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang
menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Dasar ini
diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran,
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, dan mengurangkan saiz dan penglibatan
sektor awam dalam ekonomi.
Dasar Pandang Ke Timur pula telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad.Dasar ini bermakna, pihak kerajaan yang membuat pengkajian, penelitian
dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara
Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah mewujudkan satu etika kerja dan
sikap berkhidmat yang baru dalam peningkatan kepada hasil dan mutu kerja,
meningkatkan semangat dan motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai
Islam dan kepimpinan melalui tauladan, dan untuk meninggikan prestasi pengurusan
dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat malaysia
yang mempunyai nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan
negara.
Seterusnya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun
1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (1971-1975). DEB merupakan satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang bertujuan
membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara kaum dan
wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Matlamat utama dasar
ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan
perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.Objektif DEB
dilancarkan ialah dalam membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan
dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum,
selain menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
7
Oleh itu, menerusi Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB), jelas menunjukkan bahawa Malaysia amat menitikberatkan
soal mutu produktiviti dalam pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi
negara dapat dipertingkatkan sekiranya rakyat Malaysia menerapkan nilai dan etika
kerja yang positif di samping mempunyai kemahiran yang tinggi demi meninggikan
kemajuan negara. Sejajar dengan perkembangan ekonomi negara, pendapatan rakyat
juga akan meningkat dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan.
1.2.4 Kebanjiran Tenaga Kerja Asing
Isu kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru malah kini
kian meruncing apabila kebanjiran pekerja asing dalam pelbagai sektor bukan sahaja
di peringkat rendah, malah di peringkat pertengahan dan juga peringkat
professional.Pelbagai alasan yang diberikan berkaitan faktor pengambilan pekerja
asing untuk berkhidmat di Malaysia.Sebagai contoh, sektor pembuatan negara
terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain
yang membangun kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah pekerja asing yang
secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan
sektor industri negara mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara
lain.
Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang memiliki ekonomi
berpendapatan pertengahan.Pertumbuhan dan perkembangan ini sebenarnya terlalu
bergantung kepada pelaburan modal pekerja asing.Sekiranya dahulu, majoriti pekerja
asing di Malaysia hanya memonopoli pelbagai sektor di peringkat rendah.Namun
kini, demi bersaing dengan ekonomi negara-negara serantau yang berpendapatan
tinggi, Malaysia terpanggil untuk menarik aliran masuk pekerja asing di peringkat
separa mahir mahupun tenaga kerja mahir yang profesional demi memenuhi
keperluan negara terutama dalam sektor perindustrian. Hal ini sebenarnya secara
tidak langsung akan meningkatkan kadar kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia.
Modal insan yang berinovatif diwujudkan demi menggalakkan pertumbuhan
ekonomi masa depan yang lebih bergantung kepada modal insan dan bukan kepada
input modal semata-mata. Oleh itu, pelbagai usaha dalam melahirkan tenaga kerja
8
tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi harus dilipatgandakan. Dari
segi pekerjaan, peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi di semua sektor masih
rendah, iaitu sebanyak 25 peratus berbanding dengan hampir 60 peratus di negara-
negara maju. Kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi ini bertambah runcing
apabila terdapat penghijrahan tenaga kerja rakyat Malaysia ke negara-negara maju.
Hakikat pada hari ini, Malaysia sangat bergantung pada tenaga kerja
asing.Pengambilan tenaga kerja asing ini mendatangkan pelbagai masalah antaranya
kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh pasaran.
Berdasarkan laporan ekonomi, kerajaan telah meluluskan pengambilan sebanyak
93,025 tenaga kerja asing pada tahun 2002 bagi memastikan perkembangan
perniagaan tidak terjejas disebabkan kekurangan tenaga keja tempatan. Pengambilan
tenaga kerja asing tersebut adalah meliputi tiga sektor utama iaitu sektor pembinaan,
pertanian dan perkilangan.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, pada tahun
2007, jumlah pekerja asing di Malaysia mencecah 1.91 juta.Jumlah itu tidak
termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara
haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.Pertambahan pekerja asing di
Malaysia didapati meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai
projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah
kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Namun begitu, ramai penduduk tempatan
berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi
lebih serius. Penduduk tempatan kadangkala tidak mengambil berat terhadap isu
kebanjiran pekerja asing yang secara tidak langsung menyekat warga tempatan yang
menganggur untuk mengisi sektor pekerjaan di negara sendiri.Oleh itu, tahap
pengangguran di Malaysia kian meningkat saban hari dari pelbagai sektor di
peringkat bawahan, pertengahan, mahupun tenaga mahir kerana diisi oleh tenaga
kerja asing.
Malaysia pernah menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga
tempatan dengan angkanya yang agak membimbangkan.Adakah jumlah ini berkaitan
dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal?Terdapat majikan yang
mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains
dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan.Antara bidang yang memerlukan
tenaga mahir termasuk bidang sains dan teknologi, dan bidang teknikal.Apakah
9
Malaysia sekarang ini kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan sedangkan
ramai lagi kaum bumiputera yang menuntut di pusat pengajian mengambil jurusan
tersebut?Adakah siswazah tempatan yang sepatutnya berada di peringkat
professional tidak memiliki kemahiran praktikal (hands- on) yang diperlukan oleh
industri?
1.3 Latar Belakang Masalah
Sejajar dengan transformasi pendidikan negara, proses transformasi sistem
pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-
2015), menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan
guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2 (2016-2020) pula
mempercepatkan penambahbaikan sistem pendidikan, dan Gelombang 3 (2021-2025)
ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 yang dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, terdapat 11 anjakan yang
akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara iaitu menyediakan kesamarataan
akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, memastikan setiap murid
profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, melahirkan rakyat Malaysia
dengan penghayatan nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan,
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah, mengupaya
JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia,
mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian,
bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas,
memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit, dan meningkatkan
ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
10
Rajah 1.1: Anjakan Sistem Pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025)
Berdasarkan kepada Pembentangan Bajet 2013 Malaysia yang telah
dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) pada 28
September 2012, menerusi elemen memperkasa pendidikan dan latihan, beliau turut
menjelaskan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Melalui
aspek latihan dan kemahiran, peruntukan diberikan dalam latihan teknikal dan
vokasional sebanyak RM3.7 bilion yang merangkumi Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran (RM440 juta), peralatan ILP dan IKBN (RM336 juta),
program latihan berstrategik tinggi (melatih 5,000 orang), program RAPID di
Pengerang (melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas), dan program latihan
kemahiran di bawah ILP dan Skim SLDN (melatih 3,200 pelajar India). Selain itu,
beliau turut mengetengahkan penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET)
bagi memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dan bidang kerjaya.
Namun begitu, fenomena pengangguran di Malaysia sudah menjadi satu
fenomena yang membimbangkan kebelakangan ini.Hal ini berpunca daripada
lambakan tenaga buruh yang berkelulusan ijazah dan ditambah pula dengan
kemelesetan ekonomi yang melanda di seluruh dunia. Masalah pengangguran ini
bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di kebanyakan negara membangun seperti
Filipina, Indonesia, India, dan negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat
yang turut mengalaminya (International Labour Organization, 2009).Oleh yang
11
demikian, para graduan memerlukan daya saing yang tinggi dari pelbagai aspek
untuk menempatkan diri di pasaran kerja.
Menurut kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam perbincangan
Study on the Unemployment Situation in Malaysia 2003 yang mendapati bahawa
beberapa punca pengangguran di kalangan siswazah, antaranya ialah kekurangan
latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya, kurangnya kualiti dan
kebolehgunaan tenaga siswazah dan kekurangan kemahiran siswazah dalam aspek-
aspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta kemahiran berkomunikasi.
Konsep kebolehpasaran harus diperhatikan dalam situasi sebegini kerana ia dapat
mengambarkan seseorang itu mampu bekerja dengan memiliki pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri yang menjadikannya sesorang berguna dan bernilai pada
konteks tertentu (Elinor Edvardsson Stiwne dan Tomas Jungert, 2007).
Kesediaan pelajar dalam memenuhi kemahiran bagi menuntut keperluan
industri mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor.Antaranya ialah melalui faktor
kurikulum, kemudahan (infrastuktur), pengajaran, dan pembelajaran ketika menjalani
pengajian.Berdasarkan faktor kurikulum, melalui kursus sedia ada yang ditawarkan
di universiti tidak banyak menekankan kemahiran teknikal secara „hands- on’
sebaliknya lebih fokus kepada penyampaian secara teori.Melalui latihan amali dalam
makmal pula, kemahiran yang diterapkan adalah terlalu umum dan tidak menjurus
kepada keperluan industri. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul
Rahman Bakar memaklumkan bahawa antara penyumbang utama kepada masalah
pengganguran ini ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau kurikulum
pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja. Hal ini terbukti apabila
lebih 80 peratus daripada siswazah yang mengikuti Skim Latihan Siswazah
Menggangur (SLSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia berhasil memperoleh
pekerjaan.
Kebanyakan majikan telah menyatakan amaran kepada pihak pengajian tinggi
tentang wujudnya ‟jurang kemahiran‟ yang diperlukan oleh majikan terhadap
kemahiran yang dimiliki oleh graduan (Dickinson, 2000).Menurut Hesketh (1999),
terdapat bukti yang jelas menunjukkan berlakunya ‟mistmach‟ kemahiran yang
dikehendaki oleh majikan dan keupayaan mereka untuk mengambil graduan yang
memiliki kemahiran tersebut. Pihak industri juga beranggapan bahawa, adalah lebih
kos efektif sekiranya graduan tersebut mendapat kemahiran daripada kursus
universiti yang baik berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri.Oleh itu,
12
adalah penting untuk pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang dapat
memenuhi kehendak pasaran dan industri.
Pembangunan organisasi universiti juga tidak terlepas daripada pengaruh
tekanan permintaan pasaran (Clark, 1983).Faktor ini amat berkait rapat dengan
„produk‟ yang dihasilkan oleh universiti untuk memenuhi permintaan pihak-pihak
tertentu (Sufean, 1994). Walau bagaimanapun, pembangunan organisasi universiti
tidak dapat direalisasikan tanpa kemudahan infrastruktur yang mencukupi (Perkins,
1972). Kemudahan infrastruktur amat penting bagi melancarkan pembangunan
organisasi sesebuah universiti. Kekurangan kemudahan infrastruktur dalam sesebuah
organisasi universiti akan membantutkan proses pembangunan organisasi tersebut.
Dalam konteks kajian yang dijalankan, infrastruktur bagi pelajar teknikal di UTHM
adalah mencukupi.Namun, faktor kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti
adalah terlalu berteknologi tinggi dan canggih sehingga menyebabkan pelajar tidak
dapat menyesuaikan diri.Bukan itu sahaja, malah apabila pelajar telah dibekalkan
dengan kemudahan pengendalian peralatan teknikal yang canggih, mereka mungkin
tidak mendapati kemudahan berteknologi tinggi tersebut ketika berkhidmat di
industri kelak.
Faktor pengajaran melalui aspek kepakaran akademik (tenaga pengajar) di
dalam dan di luar universiti (Clark, 1983 dan Veysey, 1965) mempengaruhi
pembangunan sesebuah universiti.Aspek ini amat mempengaruhi pembangunan
dalam bidang akademik seperti program-program akademik yang ditawarkan,
kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.Hal ini adalah
disebabkan oleh kepakaran akademik di dalam dan di luar universiti amat diperlukan
untuk menggerakkan pembangunan dalam bidang tersebut (Clark, 1983, Kerr 1963,
dan Veysey, 1965).Dalam konteks kajian, bilangan pensyarah profesional yang
mahir dalam kemahiran praktikal ketika mengendalikan kelas di UTHM adalah
terhad.Kebanyakannya, pensyarah di FKEE kurang terdedah dengan pekerjaan di
sektor industri.Mereka lebih terdedah kepada bidang pendidikan dan mahir dalam
ikhtisas pendidikan.Oleh itu, teknik dan kaedah pengajaran yang disampaikan secara
teori adalah sangat memuaskan tetapi kurang mempamerkan kemahiran „hands- on‟
kepada para pelajar teknikal.Kemahiran teknikal sangat penting kepada pelajar
kejuruteraan amnya dan pelajar elektrik dan elektronik khususnya.Secara tidak
langsung, kegagalan tenaga pengajar memberikan kemahiran asas teknikal kepada
13
pelajar menyebabkan pelajar itu sendiri berasa kurang yakin untuk berkhidmat di
sektor perindustrian.
Selain itu, faktor pembelajaran juga sangat perlu untuk diberikan perhatian
dalam menghasilkan graduan yang mampu memiliki kemahiran bagi memenuhi
tuntutan keperluan industri.Kurikulum universiti menyediakan kemahiran tinggi
yang sangat baik untuk para siswazah tetapi kurang dari segi praktikal.Para pelajar di
Malaysia khususnya di bidang teknikal menerima latihan praktikal secara minimum
berbanding teori seperti kaedah yang digunakan di Jerman (80 peratus latihan
praktikal dan 20 peratus teori).Namun begitu, para pelajar tidak seharusnya
meminimumkan diri mereka terhadap penguasaan pembelajaran secara praktikal
kerana aspek kemahiran praktikal sangat penting dan perlu dimaksimumkan demi
bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kelak.
Pelajar merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam
penghasilan graduan universiti yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi
seterusnya mengangkat nama universiti dalam bidang pendidikan negara.
Kebanyakan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan keperluan pekerjaan dengan
kurikulum yang terdapat di universiti. Mereka hanya mempelajari apa yang tenaga
pengajar sampaikan dan hanya termaktub dalam silibus sahaja. Hanya segelintir
pelajar yang berfikir dan meneroka pengetahuan yang sedia ada bagi memastikan diri
mereka mahir terhadap sesuatu pembelajaran samada secara teori mahupun secara
praktikal.Oleh itu, terdapat tiga faktor yang menjadi perhatian penyelidik berkaitan
dengan hubungan antara pelajar dan kemahiran.Faktor-faktor tersebut ialah sikap,
minat, dan motivasi pelajar terhadap aspek kemahiran itu sendiri.
Menurut ahli panel yang menyediakan laporan Expert Panel on Skills
2000mendefinisikan „kemahiran‟ sebagai kebolehan untuk mendapatkan
pengetahuan dalam peringkat menyempurnakan tugas. Gallagher (1999), pula
merumuskan kemahiran sebagai set kemahiran yang merangkumi asas, teknikal,
pengurusan dan kepimpinan. Keperluan set ini adalah paling kritikal untuk
membangunkan pengetahuan. Graduan boleh memohon untuk mengikuti kursus-
kursus pendek di mana-mana Kolej Komuniti untuk menambah nilai tahap
kebolehpasaran masing-masing.Ini kerana graduan Kolej Komuniti dan Politeknik
dipercayai lebih mempunyai kemahiran „hands- on’ berbanding pengetahuan secara
teori.
14
Oleh yang demikian, selain daripada penerapan elemen kemahiran insaniah,
kemahiran teknikal juga merupakan suatu faktor yang perlu ditekankan oleh
universiti semasa merekabentuk program supaya ianya dapat melengkapkan graduan
dalam bidang pekerjaan.Selain itu, dari aspek para pelajar pula, bagi memastikan diri
mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan, penguasaan kemahiran
teknikal harus dipertingkatkan samada melalui kemahiran praktikal yang diberikan
menerusi kurikulum institusi mahupun mempunyai inisiatif kendiri untuk mengikuti
sebarang kursus yang menawarkan kemahiran tambahan seperti Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM).
1.4 Pernyataan Masalah
Graduan pada masa kini terlalu memilih bidang pekerjaan yang lebih mudah seperti
profesion perguruan yang tidak terlalu mementingkan aspek kemahiran
teknikal.Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah siswazah
yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak
memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan.Kebanyakan graduan yang berpeluang
menapak ke alam pekerjaan terpaksa bermula dari bawah walaupun memiliki
segulung ijazah sarjana muda.Hal ini adalah disebabkan oleh graduan yang
dihasilkan tidak memiliki kemahiran seperti yang diperlukan oleh majikan. Oleh itu,
pengkaji akan menjalankan kajian berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi
kesediaan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam
memiliki kemahiran teknikal tambahan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
(i) Mengenalpasti kemahiran asas teknikal yang dimiliki oleh pelajar FKEE
15
(ii) Mengenalpasti faktor sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal yang
dibekalkan bagi memenuhi kehendak industri.
(iii) Menentukan faktor minat pelajar FKEEterhadap kemahiran teknikal
tambahan yang diperlukan oleh industri.
(iv) Mengenalpasti faktor motivasi mempengaruhi pelajar FKEEdalam memiliki
kemahiran teknikal tambahan.
(v) Mengenalpasti perbezaanantara jantina terhadap faktor yang mempengaruhi
pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan.
1.6 Persoalan Kajian
Bagi memenuhi objektif kajian, beberapa persoalan kajian dirangka untuk dijadikan
panduan. Antaranya ialah:
(i) Apakah kemahiran asas teknikal yang dimiliki oleh pelajar FKEE?
(ii) Adakah sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal yang dibekalkan
dapat memenuhi kehendak industri?
(iii) Apakahminat pelajar FKEEterhadap kemahiran teknikal tambahan?
(iv) Bagaimanakah faktor motivasi mempengaruhi pelajar FKEE dalam memiliki
kemahiran teknikal tambahan?
(v) Adakah terdapat perbezaan antara jantina terhadap faktor yang
mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan?
1.7 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian ini dijalankan ialah seperti berikut:
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap faktor
sikap, minat, dan motivasipelajar dalam memiliki kemahiran teknikal
tambahan
16
Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap faktor sikap,
minat, dan motivasi pelajar dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan
1.8 Skop Kajian
Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang
terdiri daripada enam program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem
Kuasa), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Mikroelektronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer),
dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan). Kajian ini
dijalankan adalah menerusi penelitian terperinci berkaitan dengan kemahiran para
pelajar yang bakal menjadi graduan dan seterusnya melangkah ke alam
pekerjaan.Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
kesediaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di
UTHM dalam memiliki kemahiran tambahan menerusi faktor sikap, minat, dan
motivasi pelajar itu sendiri dalam melangkah ke alam pekerjaan.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik UTHM dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan.
Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (FKEE) yang terdiri dari enam program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik (Sistem Kuasa), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi),
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik), Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektronik (Mikroelektronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan
Komputer), dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik
17
Perubatan).Semua pelajar tahun akhir bagi program tersebut merupakan populasi
kajian dan sebahagiannya dijadikan sampel bagi kajian yang akandilaksanakan.
Kajian ini menitikberatkan beberapa aspek yang mempengaruhi kesediaan
pelajar terhadap kemahiran tambahan yang mereka perlukan bagi meningkatkan
kebolehpasaran mereka dalam mendapatkan pekerjaan kelak.Aspek yang akan
dijawab melalui kajian ini termasuklah sikap, minat, dan motivasi pelajar itu sendiri.
Selain itu, kajian ini juga membantu penyelidik dalam mengenalpasti faktor yang
mungkin menyebabkan ramai graduan yang masih menganggur walaupun telah
memiliki segulung ijazah sarjana muda.Seterusnya, kajian ini dijalankan oleh
penyelidik bagi mengenalpasti kemahiran teknikal terutamanya kemahiran asas
teknikal yang diberikan oleh pihak universiti menerusi kurikulum sedia ada
mungkinkah tidak mencukupi untuk persiapan pelajar melangkah ke alam pekerjaan.
1.10 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep merupakan elemen yang penting dalam sesuatu kajian yang hendak
dijalankan.Ia amat penting bagi penyelidik untuk mengumpulkan segala maklumat
yang diperoleh untuk membantu melengkapkan kajian.
18
Rajah 1.2: Kerangka Konseptual
Terdapat dua teori yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu Teori
Crow dan Crow (1980) dan Teori Motivasi Herzberg (1966).Teori Crow dan Crow
digunapakai oleh pengkaji terhadap faktor sikap pelajar.Lester D. Crow dan Alice
Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan
sikap.Manakala, Teori Motivasi Herzberg pula digunakan oleh pengkaji dalam
penentuan faktor motivasi pelajar.Kajian Herzberg telah menjelaskan faktor yang
mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan sentiasa menjauhkan
diri dari ketidakpuasan.
19
1.11 Definisi Konseptual
Definis konseptual merujuk kepada definisi yang dibuat oleh satu badan atau
individu yang mempunyai aktiviti dalam bidang bahasa atau berdasarkan kajian-
kajian yang dibuat melalui sesuatu sumber rujukan (Mohamad Najib, 1999).
1.11.1 Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal didefinikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan kaedah,
prosedur atau teknik (Rosa, 2000).Manakala Salah (2001) pula memberikan definisi
yang lebih menyeluruh dan luas.Selain itu, Salah (2001) juga turut menyatakan
kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu
aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur
atau teknik. Beliau juga menghuraikan bahawa kemahiran teknikal merupakan suatu
pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan
teknik dalam disiplin tertentu. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, kemahiran teknikal
dapatlah ditakrifkan sebagai kecekapan para pelajar FKEE dalam melaksanakan
beberapa kemahiran asas teknikal yang merangkumi aspek teknik, prosedur, kaedah,
dan langkah-langkah dalam mengendalikan alatan teknikal.
1.11.2 Kemahiran Teknikal Tambahan
Kemahiran teknikal tambahan diberikan definisi oleh pengkaji sebagai kemahiran
yang diperolehi oleh seseorang individu diluar dari lingkungannya iaitu diluar dari
pembelajarannya di universiti. Sebagai contoh bagi kehidupan seorang pelajar yang
mempelajari bidang kejuruteraan elektrik, dia memperoleh kemahiran tambahan
dengan mengikuti kursus atau latihan luar dalam bidang kejuruteraan elektrik selain
dari kurikulum yang dibekalkan oleh pihak institusi seperti Sijil Kemahiran Malaysia
20
(SKM) dan SLSM (Sijil Latihan Siswazah Menganggur) bagi meningkatkan tahap
kemahiran sedia ada dalam dirinya.
1.11.3 Sikap
Sikap boleh dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu
perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Sikap turut didefinisikan oleh Asmawati
(2002) dalam kajian beliau iaitu sikap merupakan perasaan yang akan menentukan
pelbagai bentuk tingkahlaku sosial yang ditunjukkan terhadap individu-individu
tertentu atau sesuatu kumpulan. Tingkahlaku tersebut termasuklah prejudis dan
diskriminasi. Menerusi kajian yang dijalankan, pengkaji memberikan definisi sikap
sebagai perasaan yang terbentuk dari dalaman diri setiap individu terhadap sesuatu
perkara di mana ia melibatkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor individu
tersebut.
1.11.4 Minat
Dalam kajian yang telah dilaksanakan oleh Hornby,A.S. (2000), beliau
mendefinisikan minat sebagai memberi perhatian atau mengambil berat,
menunjukkan rasa ingin tahu, mendapat perhatian, dan membangkitkan rasa ingin
tahu. Minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh
mempelajari sesuatu yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri
dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap
belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud Hamzah,2009). Pengkaji memberikan
pendapat beliau tentang takrifan minat iaitu daya penggerak dalam diri seseorang
yang memaksanya untuk cenderung kepada sesuatu perkara.
21
1.11.5 Motivasi
Motivasi merupakan „impulse’ iaitu dorongan atau bisikan hati, ‘desire’ iaitu
keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau ‘needs’ iaitu keperluan yang
menyebabkan seseorang itu bertindak (Strenberg, 1997).Menerusi kajian yang telah
dijalankan oleh Kalat (1999) pula, beliau berpendapat bahawa motivasi merupakan
satu perkara yang datang dari dalaman yang bergerak secara terus untuk
menggerakkan diri individu dari aspek perlakuannya. Pengkaji berpendapat bahawa
motivasi boleh ditakrifkan sebagai keinginan, kemahuan, dan kehendak seseorang
individu yang mendorongnya untuk menggapai sesuatu yang diingini.
1.12 Rumusan
Bab ini telah membincangkan perkara yang menjadi asas dan latar belakang kepada
kajian yang dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah latar
belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis
kajian, skop kajian, kepentingan kajian, kerangka konsep kajian, dan definisi
konseptual. Seterusnya, Bab II pula akan membincangkan mengenai kajian literatur
yang akan mengupas dengan lebih terperinci berkaitan dengan tajuk kajian yang
menjadi intipati terhadap kajian yang akan dilaksanakan.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Malaysia berada di pertengahan jalan dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek yang perlu diberi
perhatian dalam mendukung cita-cita negara ini ialah dengan memenuhi peningkatan
permintaan terhadap tenaga mahir. Mengikut laporan yang dibentangkan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), terdapat sejumlah 597,384 tenaga mahir
yang dapat dihasilkan oleh institusi latihan di seluruh negara dan 4.8 juta tempat
disediakan untuk pekerja menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada.
Laporan dalam RMK-9 juga menyebut terdapat keperluan ke atas pusat pengajian
tinggi terutama universiti awam dan swasta dalam melahirkan graduan dengan
kemahiran seiringan dengan perkembangan industri supaya dapat memenuhi
kehendak dan keperluan majikan.
Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan
jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan
mahupun kecekapan. Selain itu kemahiran turut dimaksudkan sebagai suatu seni,
iaitu kebolehan atau teknik yang diperolehi melalui latihan atau pengalaman
khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota badan (Reader’s Digest
Universal Dictionary).Kebanyakan majikan beranggapan bahawa adalah lebih efektif
sekiranya graduan sesebuah institusi pengajian tinggi mendapat kemahiran melalui
kursus program di universiti berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri.
23
Mengikut DfEE(1997) terdapat tiga jenis klasifikasi ke atas kemahiran. Kemahiran-
kemahiran tersebut ialah kemahiran utama, kemahiran vokasional, dan kemahiran
khusus untuk sesuatu jawatan. Kemahiran utama diperhalusi melalui sesuatu
kemahiran umum yang diperlukan dalammelaksanakan tugas asasi seseorang.
Kemahiran ini termasuklah kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain
itu, terdapat juga beberapa kemahiran lain yangditermakan sebagai kemahiran
peribadi yang mudah dipindahkan. Kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah
keupayaan bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, motivasi kendiri,
kemahiran mengurus diri sendiri dan kemahiran asas dalam penggunaanteknologi
maklumat. Kemahiran kedua ialah kemahiran vokasional yang diperlukan dalam
bidang tugas tertentu dan kurang bergunakepada tugas di luar bidang tersebut.
Kemahiran vokasional ini tidak seumumkemahiran pertama tadi, tetapi ianya mudah
dipindahkan. Seterusnya ialah kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan yang terhad
kepada jawatan tertentu sahaja. Sebenarnya ia lebih berbentuk ilmu daripada
kemahiransebagaimana ianya biasa dikenali secara tradisi.
2.2 Kadar Pengangguran
Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja)
kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Kadar ini mengukur peratus
penduduk di dalam tenaga buruh yang tidak bekerja. Menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia (Sumber Statistik Rasmi Malaysia), Kadar pengangguran adalah sebanyak
2.7 peratus pada Ogos 2012. Sejak 2004, kadar pengangguran di negara ini dianggap
masih terkawal walaupun terdapat peningkatan iaitu sekitar 3.3 hingga 3.5 peratus
(Jabatan Perangkaan Malaysia). Menurut RancanganMalaysiaKesepuluh (RMK-10),
kadar pengangguran pada 2008 ialah 3.3 peratus dan tidak banyak berubah
berbanding 2007 iaitu 3.2 peratus. Sementara kadar pengangguran pada 2010 ialah
pada paras 3.6 peratus, tetapi menurun kepada 3.2 peratus pada 2011.
24
Jadual 2.1: Statistik Pengangguran Tenaga Buruh di Malaysia (2010- 2012)
Kadar pengangguran di Malaysia juga tidak begitu kritikal jika dibandingkan
dengan beberapa negara ASEAN dan Asia lain. Sekadar mengambil beberapa
contoh, pada 2011 kadar pengangguran di Indonesia sekitar 6.56 peratus
danFilipina(7.2 peratus), manakala China (4.1 peratus). Keadaan di negara ini masih
berada dalam kestabilan berbanding kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat yang
mempunyai kadar pengangguran sebanyak 8.5 peratus pada penghujung 2011. Lebih
84
RUJUKAN
A. Ahmad Badawi (2006).Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020.
Buku Rasmi Tahunan Malaysia. Jabatan Penerangan Malaysia.
Abdul Rahman Aziz (1997).Motivasi dan Pembangunan Diri, Cheras, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abu Zahari Abu Bakar (1992). Psikologi Pendidikan untuk Guru. Petaling Jaya:
Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.
AinonMohd Abdullah Hassan (1997). MemahamiPsikologiBerfikir. T.T.P.:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Asmawati Desa (2002), Psikologi untuk Golongan Profesional. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., h. 242.
Billing, D. (2003).Generic Cognitive Abilities in Higher Education: an international
analysis of skills sought by stakeholders., Compare, Vol.33, No.3, pp. 335-
350.
Bill Gillham (2000). Developing a Questionnaire.NewYork: Continuum.
Clark, B.R. (1983). The higher education system: Academic organization in cross
national perspective. London: University Of California Press.
Cohen, L. and Manion, L. (1985).Research Methods in Education.London:
CroomHelm
Creswell, J.W. 2002.Educational research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. Upper Saddler River, New Jersey:
MerrillPrentice Hall
Cronbach, L.J., Shavelson, R.J. (2004). My Current Thoughts on Coefficient Alpha
andSuccessor Procedures.Educational and Psychological Measurement, 64
(3), 391-418.
85
Crow, D.L and Crow, A (1983). PsikologiPendidikanuntukPerguruan. Kuala
Lumpur :DewanbahasadanPustaka
D’Agostino, R.B. (1971). An omnibus test of normality for moderate and large size
samples. Biometrika 58(2): 341348.
Dench, S., Perryman, S. dan Giles, L (1998).Employer‟s Perceptions of key skills:
Institute for Employment Studies.
DfEE (1997). Advancing by Degrees: A study of graduate recruitment and skills
Utilization.DfEE: London
Dickson, M (2000), Giving Undergraduates Managerial Experience. Education +
Training, Vol 42 No 3, pp 159-169.
Doop, L. W. (1947). The Behaviour of Attitudesdlm. Fishbern, M. (ed), Reading in
Attitude Theory and Measurement. New York: John Wiley and Sons., Inc., h.
42 - 50.
ElinorEdvardssonStiwne& Tomas Jungert. (2007). Engineering Students
Experiences ofthe Transition from Study to Work. Proceedings of 3rd
International CDIO Conference. MIT, Cambridge, Massachusetts
Expert Panel on Skills. (2000). Stepping Up-Skills And Opportunities In The
Knowledge Economy. Report Of The Expert Panel On Skills To The
AdvisoryCouncil On Science And Technology. Ottawa. Industry Canada.
Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children „s Attitude to School in
Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30.
Frankel, J. R., &Wallen, N. E. (2007).How to design and evaluate research in
education. (6th
ed.). Boston, MA: McGraw- Hill
Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background paper for
the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada.
Gliem, J.A. & Gliem, R.R. (2003). Calculating, Interpreting and Reporting
Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. 2003
Midwest Research to Practise Conference in Adult, Continuing and
Community Education. Dicapai pada Jun 14, 2012 dari
https://scholarworks.iupui.edu/bitstream/handle/1805/344/Gliem%20&%20G
liem.pdf?s.
86
Graham J. G. Upton, dan Ian T. Cook (2001). Introducing Statistics.New York:
OxfordUniversity Press.
HashimAndimori (2000), “Faktor-faktor Yang MempengaruhiPemilihanJurusan
KejuteraanAwam Di KalanganPelajar UTM.”.ProjekSarjanaMuda UTM
Hesketh, A.C. (1999), Towards a new economic sociology of the student financial
experience of higher education. Journal of Education Policy.
Herzberg, F. (1966). Work and The Nature of Man. Cleveland, Ohio: World
Hornby, S., & Atkins, J. (2000). Collaborative Care:Interprofessional, Interagency
and Interpersonal (Second ed.).
International Labour Office (2009).Global Employment Trends. Januari 2009
Irene Han-Siu Chow (1995).Management Education in Hong Kong: needs and
Challenges.International Journal of Education Management. Vol.9 No. 5.10-
15.
Kalat, W. J. (1999). Introduction to psychology (5th
edition). United States: Pacific
Grove Calif.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities.Educational and Psychological Measurement.30, 607- 610.
Kerr, C. (1963). The uses of the university. New York: Harper & Row Publisher.
Laughton, D. danMontanheiro, L. (1996).Core skills in higher education: the student
perspective. Education & Training.Vol. 38 No 4. 17-24.
MajlisTindakanEkonomi Negara. 2003. Putrajaya: JabatanPerdanaMenteri.
Mansor Shamsudin (1999). PermasalahanDalamPembelajaranMatapelajaran
TeknologiKejuruteraan di Sekolah- sekolah di NegeriPulau Pinang.
UniversitiTeknologi Malaysia: TesisSarjanaMuda
Mason, G. (2002). High skill utilization under mass higher education: graduate
employement in service industries in Britain. Journal of Education & Work.
Vol. 15, No 4.427-456
McClelland, D. C. (1985). Human motivation. San Francisco: Scott, Foresman.
Mohd Andai, N. (2008). Pengurusan Maklumat Dalam Meningkatkan
KecekapanPentadbiran Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti
Tun Hussein OnnMalaysia: Tesis Sarjana.
87
Mohd Daud Hamzah (2009). Dorongan dan Pembelajaran.Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
MohdNajib Abdul Ghaffar (1999). PenyelidikanPendidikan. Skudai, Johor:
UniversitiTeknologi Malaysia. 90- 100
MohdNajib Abdul Ghaffar (2004). Pembangunan Organisasi Di Malaysia (Projek
Pendidikan).Skudai, Johor: UniversitiTeknologi Malaysia. 57- 58
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman: Subang Jaya
Morris, C. H & Maisto, A. A. (2002). Psychology: An Introduction. (Edi. 11). New
Jersey: Prentice Hall.
Muhammad Kamil Mat Zin (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar
Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang
Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
NazleinMohdNawawi (2000). KeberkesananPengajaran di Makmal: SatuTinjauan
diPoliteknik Kota Bharu. KolejUniversitiTun Hussein Onn: TesisSarjana
NorainiIdris (2010). PenyelidikandalamPendidikan.Kuala Lumpur: McGraw- Hill
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan,
Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.
Omardin (1999). PengajaranKreatifUntukPembelajaranAktif. Kuala Lumpur:
DewanBahasadanPustaka.
Papalia, D E. &Olds, S. W., (2001). Human development (8th ed.). Boston: McGraw-
Hill
Perkins, J. A. (1972). The drive for coordination.Dalam J.A., Perkins, & B.B.,
Israel (Eds.), Higher education: From autonomy to systems (hlm. 4-14).
Washington: Voice Of America.
R. Murray Thomas. (2004). Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook.
Santa Barbara: Pearson
88
Rahimah Shahar (2006). Pembangunan Laman Web Sebagai Media Pengajaran Di
Politeknik Port Dickson : Topik Garis Imbas. Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Rajecki D.W. (1989). Attitudes (Second Edition) Sunderland,, MA.: Sinauer.
Reeve, John Marshall. (1996). Motivating Others: Nurturing Inner otivational
Resources. Boston: Allyn and Bacon.
Robbins, S. G. (1986). A survey of selected schools with quality daily physical
education programs. CAHPER Journal, 53(6), 10- 14.
Rosa Sancho Tejero (2000).Benchmarking in Europe. Working Together to Build
Competitive. PSI and EU
Salah El-Sabaa (2001).The skill and career path of an effective project manager.
International Journal of Project Management 19; 1-7.
Shapiro, S.S. & Wilk, M.B. (1965). An analysis of variance test for normality.
Biometrika 52: 591-611.
Sharpe, D.B. (1998). Developing generic workplace attributes through technology
education courses in high schools. Dater.Loughborough University.
Smits.(2001). Occupation Specific or Generic Skills? Conflicting Interests of Firms
and Apprentices.,Maastricht. Faculty of Economic and Business
Administration, Maastricht University.
Smith, M.B. (1968).Attitude Changedlm. David L. Sills (ed), International
Encyclopedia of the Social Science. Crowell: McMillan and Collier, hh.
457-461.
Sternberg, R. J. (1997). Thinking styles. New York: Cambridge University Press.
Sufean bin Hussin (1994). National priorities and higher education in The United
State: An historical analysis. 1945-1990. University Of Oregon, Oregon.
Thomas P. Hogan (2007). Educational Assessment: A practical Introduction. United
States of America: John Wiley & Sons, Inc
Thurstone, L.L &Chave, E. J. (1929).The Measurement of Attitude. Chicago.
Tuckman, B. W. (1998). Using frequent testing to increase students‟ motivation to
achieve. J. Exp. Educ., 66: 141 – 147.
Vaughan, T.D (1970). Educational and Vocational Guidance Today. 1st Ed. London:
Routledge and Kegan Paul Ltd.
89
Veysey, L. R. (1965). The Emergence of The American University. Chicago &
London: The University of Chicago Press.
Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of
Educational Psyhology. 82(4), 616-622.
Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology (7th ed). Boston: Allyn and Bacon.
Wiersma, W. (2000).Research Method in Education.6th
. Ed. New York: Prentice
Hall.123- 133