KEUTAMAAN JAWATAN DAN SENARAI TUGAS 1)...

Post on 06-Feb-2018

250 views 5 download

Transcript of KEUTAMAAN JAWATAN DAN SENARAI TUGAS 1)...

1) Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17

i) Pemohon memiliki Sijil Pertanian daripada Institut Pertanian atau sijil-sijil

berkaitan agronomi dan perladangan daripada institusi-institusi pengajian

tempatan/politeknik-politeknik yang diiktiraf oleh Kerajaan.

ii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di

luar stesyen apabila diperlukan dan bekerja dalam keadaan yang mencabar

iii) Pemohon dikehendaki sentiasa bersedia dan berupaya melaksanakan tugas

pada tahap sukar atau susah seperti sanggup berjalan kaki dan menaiki bot atau

perahu panjang ke tempat yang dituju dan bermalam di kampung-kampung dan

rumah-rumah panjang di kawasan-kawasan pendalaman untuk melaksanakan

tugas dan tanggungjawab.

iv) Skop Tugas ;

a) Membantu dalam pelaksanaan program-program pengembangan dan

penyeliaan agihan input dan peralatan pertanian di kawasan seliaan

masing-masing di kawasan tanaman lada di kawasan tanaman lada di

Sarawak. Jawatan ini penting sebagai nadi penggerak kepada aktiviti

pemantauan, pengembangan dan pemindahan teknologi peringkat kebun

yang dilaksanakan di kawasan penanaman lada di Sarawak dan

Semenanjung Malaysia.

b) Melaksanakan aktiviti penghantaran input dan peralatan pertanian;

c) Menyedia dan melengkapkan dokumen untuk pembayaran bagi input

pertanian;

d) Mengambil sampel input pertanian di peringkat gudang utama, stokis dan

pekebun di semua pejabat cawangan di Sarawak dan Semenanjung

Malaysia;

e) Bertanggungjawab memaklumkan pekebun berkenaan masa untuk

menuntut bantuan daripada stokis dan memantau proses pengagihan input

pertanian;

f) Mengemaskini Sistem Pangkalan Data Pekebun Lada seperti

mengemaskini dan menyelaras senarai nama pekebun yang mendapat

bantuan di kawasan masing-masing.

g) Membuat laporan status agihan input dan peralatan pertanian;

h) Menyediakan laporan status kemajuan dan pelaksanaan projek di peringkat

ladang bagi bahagian/daerah/kawasan di Pejabat Wilayah Sarawak dan

Semenanjung Malaysia;

i) Menyelaras dan mengemaskini maklumat-maklumat pekebun mengenai

pemohonan bantuan input dan peralatan pertanian;

j) Menyelaras aktiviti perlaksanaan dan mengenalpasti sasaran/bilangan

T.O.T (Transfer Of Technology) berdasarkan kepada peruntukan dan

perancangan;

k) Menyelia kakitangan bawahan; dan

l) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

KEUTAMAAN JAWATAN DAN SENARAI TUGAS