Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 1/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1
UNIT 6
KEMAHIRAN PENGAJARAN BACAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menjelaskan tujuan pengajaran membaca
2. Memerihalkan tentang jenis-jenis bacaan
3. Menyenaraikan peringkat-peringkat mengajar bacaan
4. Menjelaskan kaedah mengajar bacaan
5. Menyenaraikan kaedah mempertingkatkan kemahiran membaca
PENGENALAN
MENGIKUT fahaman dahulu membaca ialah semata-mata
memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh
menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca
walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca
sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan
semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal
memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca
bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu mengerti apa yang
dituturkannya.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 2/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2
Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna memindahkan
tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa
yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada
suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca.
Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan
kelancaran membaca.
Dalam hal yang demikian bolehlah didefinisikan bahawa membaca ialah
menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan
memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar
murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka
memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.
ISI KANDUNGAN
Apakah tujuan pengajaran membaca?
Membaca mempunyai dua tujuan:
a) Tujuan serta-merta
b) Tujuan lanjut
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 3/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3
Tujuan Serta-merta
Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad yang berhasrat
untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. 'Boleh
membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak,
boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang
amat panjang. 'Boleh membaca juga bererti murid-murid boleh membaca
bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru. Ini
bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh.
Boleh memahami pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau
maksud yang dibaca. la juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya
sendiri, boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa
yang dibacanya. Dan jikalau pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh
pula. menilai dan menimbang hasil bacaannya itu.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain:
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan
rentak irama (intonasi) yang betul.
(b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa
sebarang gangguan.
(c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus danmencari pengertian daripada yang dibaca.
(d).Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat
pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 4/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4
Tujuan Lanjut
Setelah tujuan serta-merta dapat disempurnakan maka murid yang
keluar dari bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang membolehkan
mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapatkan pelbagai fikiran
daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan
kebolehannya membaca itu dia, akan dapat membetulkan
fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman
orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri. Dia
seharusnya boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan cara yang
teratur. Apabila dia boleh membaca maka dapatlah dia menambah satu lagialat perhubungannya iaitu membolehkannya merapatkan dirinya dengan
orang-orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang lebih tegas,
tujuan lanjut bermatlamatkan:
(a) sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar
dari sekolah. Satu daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan
banyak membaca.
(b) mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan
meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
(c) meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.
Menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan orang lain.
(d) latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
(e) merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk
mengikuti perkembangan alam dan manusia.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 5/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5
AKTIVITI 6.1
Bandingbezakan tujuan pengajaran membaca berikut :-
Tujuan serta-merta
Tujuan lanjut
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 6/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6
Apakah jenis-jenis bacaan?
Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah:
(a) Bacaan bersuara (bacaan mekanis)
(b) Bacaan senyap (bacaan akaliah)
Bacaan Bersuara
Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.
Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada
peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya
kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan,
gaya, dan rentak irama yang sempurna.
Bacaan bersuara mempunyai beberapa tujuan:
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang
betul.
(c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 7/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran
yang lain.
(e) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
Cara melaksanakan bacaan bersuara:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan
dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan
guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas
atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai
isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.
Bacaan Senyap
Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan
dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa
mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan
bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 8/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8
dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid
mencapai kemahiran dan k=kapan bacaan bersuara.
i. Tujuan bacaan senyap
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa
yang dibacanya.
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan
pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.
Cara melaksanakan bacaan senyap
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada
bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak
dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran
dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai-kata
yang susah.
(e) Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid
memahamkannya sendiri. Guru mengehadkan masa murid-murid membaca
dan memahamkan isi bacaan.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 9/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9
(f) Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan
mengemukakan soalan-soalan. la boleh juga dijalankan dengan cara
menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat dalam bentuk ujian
objektif dan subjektif.
(g) Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang
terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 10/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10
AKTIVITI 6.2
Dalam ruang yang disediakan dibawah, bina DUA peta minda bagi
menjelaskan tujuan bacaan bersuara dan bacaan senyap
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 11/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11
Apakah peringkat-peringkat mengajar bacaan?
Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru:
(a) Peringkat menyediakan murid
(b) Peringkat mendirikan asas
(c) Peringkat melatih membaca dan memaham (peringkat mencapai
kemahiran membaca)
(d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk
mencari pengetahuan
(e) Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.
Peringkat Menyediakan Murid
Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu; biasanya
guru itu mengajar terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan
menulis kerana telah direncanakan di dalam jadual waktu. Guru-guru tidak
menyiasat terlebih dahulu adakah murid-murid mereka ' berkeadaan 'sedia'
untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi
bertambah buruk lagi apabila latar belakang murid-murid itu kurang kerana
datangnya daripada rumah tangga yang miskin dan pengalamannya
berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf tulisan
sangat kurang. Oleh kerana itu, kenalah guru-guru menyiasat terlebih
dahulu akan sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan
pelajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini, guru terpaksalah
memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting:
(a) Perasaan murid-murid
(b) Bahasa murid-murid
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 12/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12
Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan
alam keliling. Mereka mudah berasa bimbang kerana berpisah daripada ibu
bapa atau penjaganya dan tinggal di tempat dan kawasan yang berlainan
daripada rumah mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul dengan
kawan-kawan sebaya yang kebanyakannya belum mereka kenal. Jadi guru
mestilah bertimbang rasa dan memahami kesulitan dan perasaan mereka.
Dalam minggu pertama itu guru-guru sepatutnya cuba sedaya upaya
mencari langkah-langkah yang baik bagi menawan hati murid-murid hingga
tertanam perasaan kasih kepadanya, menaruh kepercayaan kepada
kata-katanya dan tidak menganggapnya sebagai orang asing.
Berbagai-bagai ikhtiar patut dijalankan untuk menyenangkan hati mereka,
menghilangkan rasa takut dan membangkitkan perasaan suka berkawan dan
gemar belajar bersama-gama. Hati mereka dihiburkan dengan nyanyian,
pantun kanak-kanak, cerita, jenaka dan binatang, lakonan, senaman dan
kegiatan-kegiatan kumpulan yang menyeronokkan.
Kesukaran setengah-setengah guru mengajar membaca adalah
kerana mereka itu kurang menyiasat tentang kebolehan dan keberanian
murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran
masing-masing dalam bahasa kandungnya. Soal bahasa ini penting kerana
bacaan ialah menyuarakan lambang-lambang bahasa itu. Sekiranya bahasa
murid-murid itu belum lengkap, pertuturannya belum kemas, dan sebutan
serta fahamannya belum sempurna, akibatnya kelak menyusahkannya
membaca dan menulis. Oleh itu guru sepatutnya terlebih dahulu menyiasattentang bahasa murid-murid itu khasnya tentang bahasa yang akan
digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang
dikehendaki itu belum ada, patutlah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita,
dan sebagainya.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 13/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13
Peringkat kesediaan ini mempunyai beberapa tujuan:
a) Supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak
untuk meluaskan lagi pengetahuannya yang telah sedia ada.
b) Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik
dan cuba mengecamnya.
c) Untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan
guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka.
d) Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang
dibaca.
Untuk mencapai tujuan ini beberapa langkah bolehlah dijalankan. Di
antaranya ialah;
i. Banyakkan bermain-main dengan kanak-kanak, misalnya berbual-bual,
bersoal jawab dengan cara yang tidak formal.
ii. Adakan pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon bercerita dan
sebagainya yang menarik hati.
iii. Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan. Beri galakan dan
pimpinan yang sepatutnya supaya kanak-kanak mahu bertutur.
iv. Perbendaharaan kata. yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari
semasa ke semasa dengan cara tidak langsung.
Banyak perkara yang perlu diperhatikan untuk menentukan sama ada
kanak-kanak itu telah sedia untuk membaca atau tidak. Tinjauan itu boleh
dilakukan dengan melihat.
L Bolehkah kanak-kanak itu faham atau dapat mengikut percakapan orang
lain terutama gurunya?
ii. Dapatkah dia melahirkan perasaan dan fikirannya?
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 14/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14
iii. Dapatkah dia melihat dengan baik. Kenalkah dia bentukbentuk seperti
garisan, bulatan dan lain-lain?
iv. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta
membezakannya?
v. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan
sebagainya?
vi. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?
vii. Sudahkah dia ada kemahuan untuk belajar membaca, seperti teringin
melihat gambar, mahu bertanya dan sebagainya?
viii. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Seperti keadaan
rumahtangga, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Peringkat Mendirikan Asas Bacaan
Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam
soal mendirikan asas bacaan rumi bahasa Malaysia perkara-perkara seperti
pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata
berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru
supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid.
Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku
bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga.
mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad imbasanyang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta
gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 15/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15
Peringkat ini menekankan beberapa perkara penting.
i. Segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, dikawal, dan
disusun dengan baik. Ajarkanlah perkataan-perkataan dan rangkai kata atau
ayat yang sedang dan sesuai sahaja dahulu.
ii. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat
kanak-kanak.
iii. Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai
pula dengan perkembangan jiwa kanak-kanak.
iv. Gunakanlah gambar atau warna-warna yang menarik hati untuk
memberi dorongan.
v. Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak
membunuh semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca.
vi. Fikirkan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan berkesan
Peringkat Melatih Membaca dan Memaham
Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan
suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekali gus menyediakan
soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman.: Jadi kita tidak boleh pisahkan
pelajaran bacaan dengan pelajaran bahasa Malaysia pada keseluruhannya.
Dalam hal ini, bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya
murid-murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran
yang dibaca.
Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya. Kanak-kanak
membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca, Oleh itu guru
hendaklah memeri perhatian kepada perkara-perkara berikut:
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 16/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16
i. memulakan membaca setelah kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat
ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.
ii. banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman
kanak-kanak selepas membaca.
iii. beri kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-lain
mata pelajaran seperti sejarah, geografi, sains dan sebagainya.
iv. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsipprinsip
yang betul.
v. aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan
kemahiran membaca.
Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan
Kanak-kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk
menggunakan kemahiran membacanya itu untuk menghiburkan hatinya.
Oleh yang demikian tersangatlah mustahak pada peringkat ini disediakan
pelbagai buku cerita untuk menyempurnakan kehendak ini. Buku-buku yang
biasanya digemari oleh kanak-kanak ialah buku-buku yang- mengandungi
cerita-cerita dongeng, cerita-cerita bergambar, cerita-cerita binatang,
cerita-cerita jenaka, pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan sebagainya.
Buku-buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah
hendak difahami. Kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku yang
bahasanya terlalu tinggi dan susah dibaca. Untuk mendapatkan
pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan lagi buku-buku yang
seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan umur
murid. Amatlah mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan kerana
pemilihan yang tepat akan menggalakkan minat murid untuk terus membaca.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 17/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17
Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca
Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke
sekolah tetapi hidup matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran
guru. Sikap ini bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar
membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama dengan
peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-bahan pelajaran yang baik dan
disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik, kaedah yang menarik
adalah di antara rahsia bagi mendirikan sikap ini. Oleh itu, tersangatlah
mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-
buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain4ain supaya terbina danterpelihara sikap 'sentiasa gemar membaca itu.
Adakah anda terfikir, mengapakah peringkat menyediakan murid sangat
penting dalam mengajar bacaan?
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 18/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18
AKTIVITI 6.3
Huraikan intipati peringkat mengajar berikut :-
1. Peringkat Mendirikan Asas
2. Peringkat Melatih Membaca dan Memahami
3. Peringkat Membina dan Memperkukuhkan Sikap Gemar
Membaca
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 19/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19
Apakah kaedah mengajar bacaan?
Kaedah Mengeja
i. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu.
Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan,
misalnya ba, tu, = batu.
ii. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.
Kebaikannya
(a) Murid-murid mahir mengeja. Ini disebabkan mereka ~dilatih mengeja
tiap-tiap perkataan yang dibacanya.
(b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak
berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.
Keburukannya
(a) Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk
mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
(b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu
mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan.
(c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan
rangkai kata dan tempat-tempat berhenti.
(d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini
bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai
sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada
bahagian-bahagiannya.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 20/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20
(e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi
huruf-huruf itu.
Kaedah Bunyi
i. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang
lain, misalnya ba, tang, = batang.
ii. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku katadan akhimya perkataan. Nfisalnya, b (beh), a (ah) = ba t (teh), u (uh) = tu ba
+ tu = batu
Kebaikannya
(a) sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah
terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
(b) Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataanperkataan
baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata
mereka.
Keburukannya
(a) Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu
tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
(b) Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak
mempunyai makna yang nyata pada mereka.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 21/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 21
Kaedah Huruf
Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom.
Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf
itu. Kaedah ini dimulakan dengan:
(a) Mengenal nama-nama huruf. - a, b, c, d - y, z, vokal dan konsonan.
(b) Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:
vokal - a, e, i, o, u
vokal dan konsonan - ba, be, bi, bo, bu
diftong - ai, au, oi.
(c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misahiya
ba + tu = batu, a + ku = aku dan sebagainya.
(d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya. diajar membaca.
Kelebihannya
(a) Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri
daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
(b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu,
walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf
dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
(c) Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
(d) Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan
kepada murid-murid.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 22/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 22
Kekurangannya
(a) Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa
memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan
kelancaran membaca.
(b) Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini
menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa
yang dibaca.
(c) Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan
psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna.
(d) Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih
tubi yang berlebihan.
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini mementingkan dua perkara;
(i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman
melalui gambar.
(h) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
Prosesnya
(a) Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang
keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi
terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan
yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 23/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 23
(b) Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus
ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu
perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus
membaca.
(c) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
(d) Kaedah ini dikenali juga, dengan nama kaedah perkataan, kaedah
rangkai kata dan kaedah ayat.
(e) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi
terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap Sistem bunyinya untukdieja.
Kelebihannya -
(a) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka
mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
(b) Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu
iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya.
(c) Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-'kanak dari
mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
(d) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentakirama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.
Kelemahannya
(a) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 24/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 24
(b) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara
formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
(c) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan
mereka membaca sendiri.
(d) Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.
Apakah pendekatan mengajar bacaan?
Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikanpelajaran membaca.
(a) Pendekatan membina (Sintesis)
(b) Pendekatan cerakinan (Analisis)
Pendekatan Membina
Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau
dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi
satu benda yang besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat; 'Nina ada baju
merah'.
- perkenalkan huruf
- perkenalkan suku kata
- perkenalkan perkataan
- perkenalkan rangkai kata
- perkenalkan ayat
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 25/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 25
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi
dan kaedah suku kata,
Pendekatan Cerakinan
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan
cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisis atau mencerakin atau
dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada
bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat 'Nina ada
baju baru'.
- perkenalkan ayat
- perkenalkan rangkai kata
- perkenalkan perkataan
- perkenalkan suku kata
- perkenalkan huruf
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah
rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedahpandang sebut.
Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua
cara tadi berpendapat bahawa cara~-cara ini masih juga t1dak membawa
kepada hasil. yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal yang demikian,
telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 26/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 26
yang dihadapi. Cara ini ialah -ara eklektik atau lebih dikenal dengan nama
cara campuran.
Pendekatan Eklektik
i. Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan
kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu mengajar bacaan
dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan.
ii. Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah
suku kata.
iii. Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata dan kaedah ayat. Semua kaedah Ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihannya
(a) Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca.
(b) Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-murid dalam pelajaran
bacaan dan mengikut situasi.
(c) Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai mengikut
peringkat kesediaan dan kebolehan murid-murid.
(d) Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem bahasa
Malaysia
(e) Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru supaya
dapat menghapuskan konflik pendapat.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 27/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 27
Cara mengajar
i. Tujuannya ialah untuk membolehkan 'murid-murid membaca ayat-ayat
yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
ii. Bentuk huruf.- Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu.
Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a - ayam p - payung i - ikan
iii. Bentuk bahasa:
- suku kata diajar menerusi perkataan. MisaInya; ba - bakul, bawang,
barang,
- menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biru), u (ungu), e
(kuning), dan o (coklat).
- menggunakan gambar.
iv. Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata,
kad suku kata dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang
dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.
Pendekatan Berformatkan KBSR
Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalampengajaran bacaan mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
PENDEKATAN A
Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan bentuk
cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca adalah diperlukan
pada peringkat awal. Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 28/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 28
pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak
langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai. Pendekatan ini
menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah
sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.
Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah
berikut:
(a) Tunjukkan gambar
(b) Tunjukkan kad perkataan
(c) Tunjukkan kad suku kata
(d) Gandingkan kad suku kata
(e) Bunyi huruf
(f) Bunyi suku kata
(g) Membaca perkataan
PENDEKATAN B
Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan
dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna
perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam
perkataan yang bermakna. la sesuai untuk bentuk binaan. dan cerakinan.
Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada
murid-murid, iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik
minat murid-murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 29/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 29
lambang ini dianggap mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula
mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.
Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-lang)cah berikut:
(a) Perkenalkan huruf fonik
(b) (b) Sebut bunyi huruf
(c) Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk
suku kata
(d) Suku kata tertutup
(e) Gabungkan suku kata menjadi perkataan
(f) Membaca perkataan
(g) Membaca ayat
PENDEKATAN C
Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. la
berdasarkan perkara-perkara berikut:,
(a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik (b) Suku
katanya adalah jelas dan mudah
(b) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah
pun diketahui maknanya oleh kebanyakan. murid.
Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan
bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan
suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 30/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 30
Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
(a) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
(b) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k
(c) Menggabungkan bunyi konsonan. dan vokal : ka, ki, ku
(d) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan ka + ki = kaki , ku + ku
= kuku
(e) Membaca ayat : Kaki ku, Kuku kaki, Kuku kakiku.
PENDEKATAN D
Pendekatan D berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun
bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung
dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah
bunyi huruf dan kaedah suku kata.
Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
(a) Tunjukkan gambar
(b) Namakan huruf tunggal
(c) Perkenalkan kad suku kata
(d) Perkenalkan kad perkataan
(e) Membaca ayat
Apakah bacaan intensif dan ekstensif?
Setelah murid-murid memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih
mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat,
menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 31/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 31
intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh
memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini
latihan bacaan intensif dan ekstensif boleh dilaksanakan.
Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir
apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan
kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan danpenggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan
situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam
menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
KONSEP-KONSEP BACAAN INTENSIF
i. la merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan
usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa
pelajar di bawah pimpinan guru.
ii. ii. la memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau
keterangan mengenai struktur yang sukar dan asas untuk
memperkembangkan perbendaharaan kata.
iii. la dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan
kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar
dalam bacaannya.
iv. la mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam
pertuturan dan tulisan.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 32/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 32
v. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.
Tujuannya
i. Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik.
ii. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam
bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam
kamus.
iii. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
iv. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang
dibaca.
v. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam. bahasa.
vi. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
vii. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan
sebagainya.
Cara menjalankannya
i. Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama olehpelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisis dan seterusnya
dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
ii. Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku
teks rujukan tatabahasa.
iii. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama
misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 33/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 33
'latihan perkamusan', hari ketiga 'latihan meneka maksud mengikut konteks',
hari keempat 'membaca dengan laju'dan sebagainya.
iv. Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu
bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan
bertulis.
v. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya
menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
memaham dan manaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca,
membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi
penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan,
keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
KONSEP-KONSEP BACAAN EKSTENSIF
i. la merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh
pelajar-pelaiar di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru.
ii. Bacaan ekstensif mengandaikan bahasa pelajar membaca sesuatu
bahan tanpa menghadapi kesukaran dan seberapa yang mungkin dengan
perasaan puas, seronok dan terhibur.
iii. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dah segi
perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina,
pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar itu.
iv. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang
berbeza.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 34/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 34
TUJUANNYA
i. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa
bimbingan secara langsung daripada orang lain.
ii. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang
mereka pelajari.
iii. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat
pula menghiburkan hati.
iv. Untuk memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat
dan lain-lain.
v. Memberi peluang kepada murid-murid terutama mereka yang cerdas untuk
meluaskan bacaannya dan membina daya kreatifnya.
vi. Untuk menambahkan minat membaca.
vii. Untuk membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan
mereka.
viii. Untuk mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.
ix, Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.
x. Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan
membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.
xi. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.
xii. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik
dalam bentuk prosa atau puisi.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 35/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 35
TEKNIK PENGAJARAN BACAAN EKSTENSIF
Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa,
maka peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila
dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya
memilih bahan-bahan yang sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka
membaca mengikut teknik berikut;
i. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh
kandungan bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.
ii. Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan yang
dikajinya. Ini akan membantunya membaca. dengan lebih mendalam.
iii. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.
iv. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan
menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting dengan tujuan untuk
menyatukan semua maklumat yang dibacanya itu.
v. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar perlu
mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dapat
memastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.
vi. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut
langkah-langkah berikut:
(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca, terlebih dahulu bagi
mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung di
dalam bahan bacaan tersebut.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 36/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 36
(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka
baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan yang
telah disediakan.
(c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan
soalan-soalan yang telah ditentukan.
(d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau
rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua maklumat
daripada pembacaan mereka.
(e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mem pastikan supayaisi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.
(f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan isi
bacaan yang telah diperoleh. Maklum balas daripada murid-murid adalah
penting.
g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang
telah dibacanya. Pelajar boleh juga kemukakan laporan itu secara lisan
kepada kelas sebagai maklum balas daripada hasil bacaannya.
Adakah anda terfikir mengapakah bacaan ekstensif perlu untuk para
pembaca?
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 37/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 37
AKTIVITI 6.4
Lengkapkan rajah berikut berkaitan konsep bacaan intensif
Konsep
Bacaan
Intensif
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 38/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 38
Apakah kaedah-kaedah dalam mempertingkatkan kemahiran
membaca?
i. Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan
dan peraturan-peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat.
Kursus-kursus ataupun pendedahan melalui bahan-bahan bacaan hendaklah
diadakan.
I Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan baik dan segala
penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yang
khusus dan sokongan yang penuh.
iii. Kaedah yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas permulaan
hendaklah kaedah yang tetap yang ada persambungan tujuannya dan
peraturannya.
iv. Pengelolaan di kelas-kelas rendah terutama di kelas permulaan
hendaklah dibaiki selalu. Penekanannya dilakukan dari segi pengajarannya,susunan pelajarannya, perkakas-perkakas dan buku-buku bacaan.
v. Guru-guru yang ditugaskan mengajar di kelas permulaan hendaklah
daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kecekapan
tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat
bekrja yang baik, rajin membuat alatan mengajar serta gemar kepada
kanak-kanak.
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 39/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 39
AKTIVITI 6.5
Bina peta dalam cara mempertingkatkan kemahiran membaca
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 40/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 40
RUMUSAN
Unit ini telah membincangkan tentang kemahiran pengajaran
bacaan. Secara khusus, pelajar telah didedahkan dengan tujuan
pengajaran membaca, jenis-jenis bacaan, peringkat-peringkat
mengajar bacaan, kaedah megajar serta kaedah-kaedah dalam
mempertingkatkan kemahiran membaca.
Secara tuntasnya, unit ini telah memberi pengetahuan yang jelas
tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk mengajar
bacaan disekolah kelak.
KATA KUNCI
Kemahiran Membaca :
Dysleksia :
Vokal :
Konsonan :
7/27/2019 Krb3053 Unit 6
http://slidepdf.com/reader/full/krb3053-unit-6 41/41
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 41
PENILAIAN KENDIRI
1. Ujian yang manakah yang paling sesuai untuk menguji kelemahan bacaan
murid-murid di sekolah rendah ?
A. Ujian sumatif
B. Ujian formatif
C. Ujian diagnostik
D. Ujian bacaan
2. Murid Y menghadapi masalah untuk memproses bahasa. Keadaan ini
memberi kesan terhadap proses membaca, menulis, dan mengeja. Apakah
jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid Y.
A. DyslexiaB. DyspraxiaC. DysgraphiaD. Dyscalculia
3. Kaedah berikut boleh digunakan untuk mengajar membaca kecuali ______
A. Kaedah mengejaB. Kaedah BunyiC. Kaedah Huruf D. Kaedah Pandang- Dengar