Post on 30-Jul-2015
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
1
PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN MODAL
INSAN SENI & BUDAYA
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Buku Panduan Kemasukan Kursus Jangka Pendek
Sesi Akademik 2012/2013
Bahagian Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
2
ISI KANDUNGAN
1. AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
1.1 Pengenalan 4
1.2 Objektif 4
1.3 Perkhidmatan 4
1.4 Permohonan mengikuti Kursus 5
1.5 Lokasi 6
2. MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN 7
2.1 Pelaksanaan Kuliah (Teori dan Praktikal) 7
a) Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya pada setiap hari
Sabtu atau Ahad.
7
2.2 Yuran Pengajian 7
2.3 Peraturan 7
3. MAKLUMAT KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 8
3.1 Program Latihan Pembanguan Modal Insan Seni & Budaya
(Setiap Sabtu atau Ahad)
9
PENGAJIAN TERAS AKADEMIK 10
1. Mak Yong 10
2. Wayang Kulit 11
FAKULTI MUZIK 12
1. Kursus Alat Muzik Major 12
• Piano Klasikal • Serunai
• Piano Moden • Violin
• Asas Keyboard • Cello
• Gitar Moden • Clarinet
• Drums • Vokal Klasikal
• Perkusi Latin • Gamelan (min 7 org)
• Pergendangan • Rebab
FAKULTI TARI 13
1. Kursus Tarian Klasik Melayu 13-14
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
3
FAKULTI PENULISAN KREATIF 15
1. Penulisan Novel Remaja 15
2. Penulisan Skrip Drama TV 16
FAKULTI FILEM DAN VIDEO 17
1. Kursus Pengarahan filem 17
2. Penerbitan Dokumentari 18
3. Pengarahan Video Pendek 19
FAKULTI TEATER 20
1.Kursus Lakonan Teater dan TV 20
2.Kursus Pengurusan Pentas 20
3.Kursus Pengurusan Teknikal Teater 21
4.Kursus Rekaan Produksi Teater 22
FAKULTI SENI HALUS 23
1. Kursus Digital Fotografi 23
Borang Permohonan Kursus Jangka Pendek 24
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
4
PENGENALAN
ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pada awal penubuhannya ia dikenali
sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) 1994 sebelum dinaiktaraf sebagai institusi
pengajian tinggi kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan 2006.
Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 menzahirkan ASWARA sebagai sebuah
institusi latihan induk bagi pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia.
Pengembangan bidang pengajian merangkumi filem dan video, tari, muzik, teater,
penulisan kreatif dan seni halus menjadikan ASWARA sebagai satu-satunya institusi
induk pengajian tinggi yang mengkhususkan bidang kebudayaan, kesenian dan
warisan yang menyeluruh.
Sebagai institusi pengajian tinggi, ASWARA menawarkan program-program di
peringkat Ijazah, Diploma dan Kursus jangka pendek. Pengajaran dan
pembelajaran dimantapkan melalui penglibatan secara terus daripada pihak
industri dan professional, penyelidikan dan pembangunan serta jalinan kerjasama
di semua peringkat dalam bidang seni, budaya dan warisan.
OBJEKTIF
Kursus jangka pendek yang ditawarkan bertujuan:
Mewujudkan pembangunan modal insan berterusan khususnya dalam bidang
seni, budaya dan warisan.
Sebagai pusat (one stop centre) latihan akademik dan pembelajaran yang
berteraskan seni, budaya dan warisan.
Sebagai landasan ke arah menjadikan ASWARA badan pengiktiraf pengamal
profesional seni, budaya dan warisan.
PERKHIDMATAN
Semua peserta kursus jangka pendek akan diberikan kemudahan seperti berikut:
Ruang pembelajaran dan pengajaran.
Tenaga pengajar yang berkelayakan.
Sijil tamat kursus disediakan oleh ASWARA (hanya akan diberikan kepada
peserta yang berjaya menamatkan kursus).
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
5
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS
Sila layari laman web di bawah untuk muat turun borang permohonan
mengikuti kursus.
http://www.aswara.edu.my
Borang yang lengkap diisi hendaklah dibawa bersama semasa hari
pendaftaran.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA
(Cik Norzamhana Mohd Yusof dan En. Mohd Fhais Ngadirin).
Urusan melalui telefon pada waktu pejabat:
Isnin – Khamis (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 2.00 petang – 5.00 petang)
Jumaat (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 petang – 5.00 petang)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
6
LOKASI
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513
Pelan Lokasi (di muat turun dari Google Map)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
7
2. MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN
2.1 Pelaksanaan Kuliah (Teori dan Praktikal)
Kursus-kursus akan diadakan di kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan dan dilaksanakan mengikut jenis kursus yang ditawarkan seperti
berikut:
a) Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya pada
setiap hari Sabtu atau Ahad.
B) Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya
berbentuk intensif (bengkel/masterclass)
Peserta hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja
dalam tempoh yang ditawarkan.
Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 10 minggu.
2.2 Yuran Pengajian
• Sila rujuk kepada kursus yang dipohon.
• Bayaran melalui wang tunai /wang pos/kiriman wang dibayar atas nama:
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
• Bayaran melalui cek tidak akan diterima.
• Semua urusan pembayaran adalah dalam RINGGIT MALAYSIA (RM)
2.3 Peraturan
Pelajar Kursus Sijil Jangka Pendek adalah tertakluk kepada Peraturan Kecil
Akademik Bab A & B ASWARA (Pindaan 2007).
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
8
3. MAKLUMAT
KURSUS-KURSUS
YANG
DITAWARKAN
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
9
3.1
Program Latihan Pembangunan Modal
Insan Seni & Budaya (Setiap hari Sabtu
atau Ahad)
Hari Pendaftaran : 8 September 2012(Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Lobi ASWARA, Aras Bawah.
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
10
PENGAJIAN TERAS AKADEMIK
1. MAK YONG Sinopsis : Kursus ini mendedahkan pelajar kepada seni teater
tradisional Mak Yong yang merangkumi elemen lakonan dan gerakan tari.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Studio Petalawati Tempoh : 7 minggu (Minggu ke-8 persembahan showcase) Jadual : Setiap Selasa dan Rabu (5.00 hingga 7.00 petang) Yuran : RM 500 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus
Sahaja) Jumlah peserta : 10 hingga 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
11
2. WAYANG KULIT Sinopsis : Kursus ini mendedahkan pelajar kepada peninjauan
estetika persembahan Wayang Kulit khususnya elemen asas muzik.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Studio Wayang Kulit Tempoh : 7 minggu (Minggu ke-8 persembahan showcase) Jadual : Setiap Selasa dan Rabu (5.00 hingga 7.00 petang) Yuran : RM 500 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus
Sahaja) Jumlah peserta : 10 hingga 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
12
FAKULTI MUZIK
1. KURSUS ALAT MUZIK MAJOR
• Piano Klasikal • Serunai
• Piano Moden • Violin
• Asas Keyboard • Cello
• Gitar Moden • Clarinet
• Drums • Vokal Klasikal
• Perkusi Latin • Gamelan (min 7 org)
• Pergendangan • Rebab
Sinopsis : Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah /
pengajar utama. Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta di dalam permainan alat muzik utama mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan. Peserta akan bertemu dengan pensyarah / pengajar secara perseorangan.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Studio Muzik Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 4.00 petang) Yuran : RM 1,700.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Satu Ribu
Tujuh Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Tiada (kecuali Gamelan)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
13
FAKULTI TARI 1. KURSUS TARIAN KLASIK MELAYU
Sinopsis : Terinai
Tarian ini berasal dari kawasan utara Malaysia seperti negeri Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan untuk perkahwinan di Raja dimana pergerakkan tangan membawa maksud yang tertentu berkaitan dengan percintaan dan perkahwinan. Terinai juga dipersembahkan sewaktu majlis-majlis lain yang penting seperti berkhatan dan menyambut tetamu terhormat ke istana.
Mengadap Rebab Ianya merupakan tarian pembukaan ketika memulakan persembahan Makyung, iaitu sejenis persembahan teater tradisional warisan negeri Kelantan. Persembahan ini diketuai oleh Pakyung iaitu pelakon utama dalam tarian Makyung yang menyanyikan lagu Mengadap Rebab diiringi oleh Rebab iaitu sebuah alat muzik gesekkan 3 tali. Pakyung akan menari bersama-sama dengan penari Makyung lain yang terdiri daripada penari-penari wanita Makyung, inang-inang, peran (pelawak) dan pelakon-pelakon lain. Dalam konteks asal, tarian Mengadap Rebab mempunyai makna yang besar dimana ia melambangkan transisi pelakon Pakyung kepada seorang Dewa Raja tetapi sekarang ia juga dipersembahkan kepada penonton sebagai sebuah tarian artistik atau untuk hiburan yang mempunyai ciri-ciri estetika klasik Melayu yang halus dan terkawal. Joget Gamelan Joget Gamelan adalah sebuah tarian klasik Melayu yang dipersembahkan di dalam istana. Perkembangan Joget Gamelan berlaku dengan pesat dalam zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III bermula sewaktu temasya perkahwinan baginda dengan Tengku Long (puteri sulung Sultan Ahmad Pahang) pada 4 November 1885. Setelah menyaksikan persembahan itu, baginda sendiri telah menunjukkan minat yang besar terhadap kesenian ini. Seterusnya, baginda telah meminjam satu set gamelan dari Lingga bersama-sama pemuziknya untuk mengisi keperluan acara-acara dan untuk tujuan hiburan di istana negeri Terengganu. Daripada repertoire yang terdiri dari 90 buah tarian pada zaman itu,
• Terinai • Joget Gamelan • Mengadap Rebab • Tarian Layang Mas
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
14
sekarang hanya beberapa tarian yang dapat dikekalkan iaitu Joget Gamelan Ayak-ayak, Timang Burung, Topeng, Geliung, Perang Manggung, Lantai Lima, Togok, Kundang-kundang Mabuk, Ketam Rejong dan Lambang Sari.
Tarian Layang Mas Menurut sejarah, tarian ini tercipta ketika raja Perlis menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam pada masa negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam. Penghantaran tersebut dilakukan dengan menaiki gajah. Ketika itulah, dipercayai bahawa seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu Layang Emas. Mereka menyanyi sambil menggembala gajah, kadang-kadang mendepakan tangan, melayang-layang di atas Bunga Emas yang diletakkan di atas gajah dan kerana itu lagunya dinamakan lagu Layang Emas. Setelah pulang dari Siam, kedua gembala gajah tadi mencipta sebuah tarian yang dinamakan tarian Layang Emas. Tarian ini merupakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil berpusing beberapa kali. Tarian ini juga boleh dilakukan bentuknya dengan pergerakan Selom.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Studio Tari Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu 10.00 pg – 5.00 ptg Yuran : RM 500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Minima 20 orang
Maksima 30 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
15
FAKULTI PENULISAN KREATIF
1. KURSUS PENULISAN PENULISAN NOVEL REMAJA
Sinopsis : Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan
kepada peserta mengenai teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan novel untuk khalayak remaja (13 hingga 21 tahun). Peserta juga akan dijelaskan mengenai perbezaan di antara novel remaja dengan “ novel popular ” yang kini banyak sekali diterbitkan dalam pasaran. Kursus ini lebih menjurus kepada penulisan karya cereka yang mengangkat persoalan yang lebih serius, berbanding dengan novel popular yang banyak mengenengahkan kisah-kisah cinta murahan. Peserta kursus perlu menyiapkan sebuah novel remaja setebal sekurang-kurangnya 200 halaman sebagai tugasan akhir.
Pengajaran & Pembelajaran : Teori Lokasi : Bilik Seminar Tempoh : 10 hingga 14 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 1.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Syarat Kemasukan : Calon mestilah pernah menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekiranya calon hanya Lulus mata pelajaran berkenaan, pengalaman menulis akan dipertimbangkan. Calon mestilah menunjukkan bukti bahawa mereka pernah menghasilkan karya, sama ada pernah diterbitkan atau tidak. Sijil penyertaan dalam bengkel atau kursus penulisan juga boleh diterima.
Jumlah peserta : Minima 10 orang
Maksima 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
16
2. KURSUS PENULISAN SKRIP DRAMA TELEVISYEN
Sinopsis : Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada peserta mengenai teori, kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan SKRIP DRAMA TELEVISYEN. Tumpuan akan diberikan terhadap penulisan skrip drama televisyen untuk beberapa slot yang berbeza, seperti cereka televisyen (telemovie), drama bersiri (berantai) dan komedi situasi. Pada akhir kursus, pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnnya sebuah skrip cereka televisyen yang lengkap atau dua episod (slot 60 minit) drama bersiri/komedi situasi sebagai tugasan akhir.
Pengajaran & Pembelajaran : Teori Lokasi : Bilik Seminar Tempoh : 10 hingga 14 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 1.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Syarat Kemasukan : Calon mestilah pernah menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekiranya calon hanya Lulus mata pelajaran berkenaan, pengalaman menulis akan dipertimbangkan. Calon mestilah menunjukkan bukti bahawa mereka pernah menghasilkan karya, sama ada pernah diterbitkan atau tidak. Sijil penyertaan dalam bengkel atau kursus penulisan juga boleh diterima.
Jumlah peserta : Minima 10 orang
Maksima 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
17
FAKULTI FILEM DAN VIDEO
1. KURSUS PENGARAHAN FILEM Sinopsis : Kursus asas pengarahan yang memperkenalkan fungsi
dan tugas-tugas seorang pengarah filem dan video cereka atau bukan cereka. Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengarahan dan hubungan pengarah dengan individu-individu lain didalam sebuah produksi pada peringkat pra-produksi, produksi dan pasca-produksi seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah fotografi, pereka produksi, pengarah seni, penyunting, juruaudio dan sebagainya. Kursus juga memperkenalkan peserta bahasa dan nahu filem melalui aprisiasi dan kritikan filem.( Konsep : Melihat filem anda sebelum rakaman )
Pengajaran & Pembelajaran : Teori dan Praktikal Lokasi : Bilik Seminar Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Minimum 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
18
2. PENERBITAN DOKUMENTARI Sinopsis : Kursus ini melatih peserta menerbitkan produksi filem
dokumentari pendek menggunakan medium video berdurasi 10 – 15 minit. Kaedah pengajarannya dijalankan dalam bentuk bengkel. Parapelajar akan dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi iaitu daripada proses mencari idea sehinggalah ke peringkat penyuntingan (adunan visual dan bunyi) akhir dan tayangan.
Pengajaran & Pembelajaran : Teori dan Praktikal Lokasi : Bilik Seminar Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Minimum 14 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
19
3. PENGARAHAN VIDEO PENDEK
Sinopsis : Kursus ini melatih pelajar menerbitkan produksi filem
pendek (cereka) menggunakan medium video berdurasi 5 – 7 minit. Kaedah pengajarannya dijalankan dalam bentuk bengkel. Para pelajar akan dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi iaitu daripada proses mencari idea sehinggalah ke peringkat penyuntingan (adunan visual dan bunyi) akhir dan tayangan.
Pengajaran & Pembelajaran : Teori dan Praktikal Lokasi : Bilik Seminar Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Minimum 14 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
20
FAKULTI TEATER
1. KURSUS LAKONAN TEATER DAN TV
Sinopsis : Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang
menggunakan kaedah Stanilavski. Pelajar dilatih untuk
memantapkan kegunaan vokal, tubuh dan mengenali
perasaan dan deria rasa. Latihan langsung diberi melalui
monolog untuk membantu pelajar bagaimana cara
menghafal dialog dan membawa perwatakan.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal
Lokasi : Black Box
Tempoh : 10 minggu
Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang)
Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja)
Jumlah peserta : 20 orang
2. KURSUS PENGURUSAN PENTAS
Sinopsis : Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek pengurusan pentas, meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan hadapan pentas. Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah panggung teater.
Pengajaran & Pembelajaran : Teori dan Praktikal
Lokasi : Panggung Eksperimen
Tempoh : 10 minggu
Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang)
Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja)
Jumlah peserta : 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
21
3. KURSUS PENGURUSAN TEKNIKAL TEATER
Sinopsis : Kursus ini mendedahkan peserta kepada kerja-kerja teknologi
pentas serta proses pengurusan teknikal dengan kepelbagaian kaedah teknikal yang berlaku dalam sesebuah pementasan. Pelaksanaan ini merangkumi aspek ruang, peralatan dan bahan keperluan yang melibatkan latarhias, prop, lukisan, elektrik, bunyi, cahaya dan kostum. Kerja-kerja ini amat penting dalam industri, kreatif dan teknologi untuk menambahbaik aspek teknikal pentas kepada yang lebih bermutu dan terkini
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Panggung Eksperimen Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
22
4. KURSUS REKAAN PRODUKSI TEATER
Sinopsis : Kursus Rekaan Produksi Teater akan mengetengahkan aspek- aspek rekaan, pengurusan dan teknikal pentas secara asas. Kaedah pembelajaran berteraskan teori dan praktikal ini, akan menyentuh secara langsung berkenaan pengurusan pentas, kawalan teknikal pentas dan kraf produksi teater iaitu pembuatan topeng dan efek solekan.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Panggung Eksperimen Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
23
FAKULTI SENI HALUS
1. KURSUS DIGITAL FOTOGRAFI Sinopsis : Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari bagaimana
cara untuk menangkap gambar atau objek berdasarkan prinsip dan teknik-teknik fotografi. Kelas ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari dan mengekplorasi teknik fotografi.
Pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Studio Fakulti Seni Halus, ASWARA Tempoh : 10 minggu Jadual : Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 1.00 tengahari) Yuran : RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Syarat kursus : Peserta harus menyediakan kamera DSLR yang lengkap
dengan aksesori sendiri dan keperluan-keperluan lain.
Syarat kemasukan : Minima SPM Jumlah peserta : Minima 10 orang
Maksima 20 orang
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
24
BORANG PERMOHONAN
KURSUS JANGKA PENDEK
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
25
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA PENDEK
1. Nama :___________________________________________________________
2. No.K/P :___________________________________________________________
3. Tarikh Lahir :___________________ 5. Umur :_________________________
4. Jantina :___________________
6. Bangsa :___________________ 7. Agama :_________________________
8. Alamat Surat -menyurat
:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
9. No.Telefon :__________________ No H/P :_________________________
10. Emel :____________________________
11. Jenis penyakit
(Jika berkaitan)
:____________________________
GAMBAR
A. MAKLUMAT PERIBADI (kemukakan salinan dokumen-dokumen yang disahkan)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
26
a) Program Latihan Pembangunan Modal Insan & Budaya pada Setiap hari Sabtu atau Ahad
1. PENGAJIAN TERAS AKADEMIK
Mak Yong
Wayang Kulit
2. FAKULTI MUZIK
Kursus Teori Asas Muzik
3. FAKULTI TARI
Kursus Tarian Klasik Melayu
4. FAKULTI PENULISAN
Kursus Penulisan Novel Remaja
Kursus Penulisan Skrip Drama TV
5. FAKULTI FILEM DAN VIDEO
Kursus Pengarahan Filem
Penerbitan Dokumentari
Pengarahan Video Pendek
B. KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
27
6. FAKULTI TEATER
Lakonan Teater dan TV
Kursus Pengurusan Pentas
Kursus Pengurusan Teknikal Teater
Kursus Rekaan Produksi Teater
7. FAKULTI SENI HALUS
Kursus Digital Fotografi
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
28
Tandakan ( X ) pada ruangan yang berkenaan.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Setaraf
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf
Diploma atau setaraf
Ijazah atau setaraf
Ijazah Sarjana atau setaraf
Doktor Falsafah atau setaraf
Lain-lain. Sila nyatakan:…………………………………………………………………
C. MAKLUMAT AKADEMIK (kemukakan salinan sijil-sijil yang disahkan)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
29
1. Jawatan Sekarang :_______________________________________________________
2. Sektor : Awam / Swasta / Bekerja Sendiri / Tidak bekerja
3. Alamat Majikan :_______________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
4. No.Telefon Pejabat :_____________________________
5. Emel :_____________________________
1. Nama :_______________________________________________________
2. Hubungan : ______________________________________________________
3. Alamat Surat-menyurat :_______________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
4. No.Telefon :_______________________ No H/P :_____________________
5. Emel :_______________________
D. MAKLUMAT PEKERJAAN
E. WARIS (untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan)
KURSUS JANGKA PENDEK ASWARA SESI AKADEMIK 2012/2013
30
Adalah saya dengan ini memperakukan bahawa semua keterangan-keterangan yang saya berikan di atas adalah betul dan benar. Saya faham bahawa sekiranya maklumat-maklumat yang diberikan palsu, tidak tepat dan meragukan, permohonan saya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
____________________________ __________________
Tandatangan Pemohon Tarikh
Nama :______________________
No K/P :______________________
F. PERAKUAN PEMOHON