LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH JUN 2012 Pengenalan ...

Post on 15-Jan-2017

235 views 1 download

Transcript of LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH JUN 2012 Pengenalan ...

LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH

JUN 2012

Pengenalan

Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh terletak di Hutan Simpan Pasoh, di dalam daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia

telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan terkenal serata dunia sebagai pusat penyelidikan hutan pamah tropika. Sebanyak 12 projek

sedang aktif dijalankan di SPF Pasoh yang dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh di peringkat FRIM. Teras penyelidikan di

SPF Pasoh ialah kajian demografi pokok 50-ha yang telah dimulakan pada tahun 1985 oleh Centre for Tropical Forest Sciences

(CTFS),USA dan kajian perubahan mikro iklim dan hutan tropika sejak 1990 oleh National Institute of Environmental Studies (NIES),

Jepun.Ia juga kerap menerima lawatan daripada para penyelidik dan pelawat umum daripada dalam dan luar negara. SPF Pasoh juga

menawarkan kemudahan penginapan, seminar dan lawatan berpandu di Denai Alam dan Arboretum Pasoh. Ia kini diuruskan oleh tiga

kakitangan tetap FRIM.

Laporan Ringkas

Pada bulan Jun ini SPF Pasoh telah menerima lawatan pelajar seramai 21 orang dari Dong Hwa National Universiti, Taiwan

mengadakan program selama 2 minggu di SPF Pasoh. SPF Pasoh juga menerima lawatan daripada kakitangan FRIM mengikuti

Kursus Induksi Khusus selama 1 hari, para penyelidik dari Jepun dan USA melakukan kerja-kerja membanci pokok di sekitar Menara

Tiga Segi. Pada bulan Jun ini juga kakitangan SPF Pasoh menumpukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan stesen, menebang

pokok-pokok tumbang Denai Alam, laluan ke petak 50 Ha, mencari petak kekal Ekologi 6&7, dan membersihkan asrama-asrama di

Stesen.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang Jun 2012 termasuk:

Membawa peserta Kursus Induksi Khusus ke Denai Alam dan Menara Tiga Segi SPF Pasoh

Menerima pelawat dari New York Botanical Garden

Menerima lawatan daripada Program Kesihatan Dan Pemuliharaan, FRIM

Memotong pokok-pokok tumbang di sepanjang laluan ke 50Ha.

Menerima lawatan dari Dong Hwa University Taiwan

Mesyuarat QMR SPF Pasoh di bilik seminar Stesen

Membawa staf program Kualiti Air ke Plot Ekologi 6&7

Penyelenggaraan pihak TNB di Pencawang Elektrik SPF

Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang

Bilangan pelawat: 63 orang

Senarai penerbitan yang diterima daripada Unit Penerbitan bagi bulan Jun 2012:

FRIM IN FOCUS Isu Jun 2012 (5 Naskah)

Jumlah kutipan wang asrama SPF Pasoh bagi bulan Jun 2012:

Tiada kutipan

Berkenaan permohonan kebenaran membuat lawatan dan pengurusan SPF Pasoh, sila hubungi:

En AHMAD AWANG

Pengurus SPF Pasoh

Tel: 06-492 0113 (pejabat)

Tel: 013 640 0676

Emel: ahmad_awang@frim.gov.my

Berkenaan permohonan menjalankan penyelidikan/kutipan sampel serta pengurusan SPF Pasoh, sila

hubungi:

Dr CHRISTINE FLETCHER

Penyelaras SPF Pasoh

Tel: 03 6279 7177/7268 (pejabat)

Tel: 019 320 8280

Emel: cdfletch@frim.gov.my

Laporan disediakan oleh:

Zhafri Ab Ghani

Bagi pihak Pengurusan SPF Pasoh

Jun 2012 Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

1

Mengemas

asrama-asrama

di Stesen

2

3 4

Memesin rumput di

Taman IPP Simpang

Pertang

5

Memesin rumput

di Taman IPP

Simpang Pertang

6

Membawa

pelawat ke Denai

Alam

Menerima

lawatan daripada

Program

Kesihatan Dan

Pemuliharaan,

FRIM

7

Membawa

pelawat ke

50ha

8

Mengemas

sekitar stesen

9

10 11

Menerima pelawat

dari New York

Botanical Garden

12

Menerima

pelawat dari New

York Botanical

Garden

13

Mengambil

gambar

kerosakan jalan

masuk ke SPF

Pasoh

Penyelenggaraan

pihak TNB di

14

Membakar

sarang lebah di

laluan Denai

Alam

15

Memotong

pokok tumbang

di jalan masuk

ke Stesen

Membersihkan

asrama-asrama

dan sekitar

16

Pencawang

Elektrik SPF

Stesen

17

18

Cuti Israk Mikraj

bagi Negeri Sembilan

Membawa peserta

Kursus Induksi

Khusus ke Denai

Alam dan Menara

Tiga Segi SPF Pasoh

19

Membawa staf

program Kualiti

Air ke Plot

Ekologi 6&7

20

Mesyuarat QMR

SPF Pasoh di

bilik seminar

Stesen

21

Mencari bas

sewa untuk

kegunaan

Peserta dari

Taiwan

22

Memesin

rumput di

Taman IPP

Simpang

Pertang

23

24 25

Memotong pokok-

pokok tumbang di

sepanjang laluan ke

50Ha.

26

Membeli barang-

barang keperluan

asrama di Bahau.

27

Memesin dan

merumpai

rumput di sekitar

Stesen

28

Membersihkan

asram dan

sekitar Stesen.

29

Ke KLIA

mengambil

pelajar tiba dari

Dung hwa

University

Taiwan.

30

Membawa

pelajar-pelajar

Taiwan ke Denai

Alam dan

Menara Tiga

Segi

Nota:

Data dikutip secara manual di SPF Pasoh maka data tidak diperolehi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, atau semasa ketiadaan kakitangan di SPF Pasoh.

Suhu kering – ialah suhu udara yang lazim diukur menggunakan termometer biasa. Bacaannya tidak dipengaruhi oleh kelembapan udara.

Suhu basah – ialah suhu udara di mana kelembapan ditetapkan pada tahap 100% menggunakan ‘termometer basah’. Bacaannya adalah sentiasa lebih rendah daripada suhu kering.

Kedua-dua bacaan suhu kering dan suhu basah memberi gambaran kelembapan udara.

Sumber: http://www.engineeringtoolbox.com

Aktiviti-Aktiviti Bergambar Sepanjang Bulan Jun 2012:

En.Zamri memberi penerangan berkenaan SPF Pasoh kepada staf Program Kesihatan Dan Pemuliharaan

En.Kamaruddin membawa penyelidik dari New York Botanical Garden mencari pokok kaum Rengas di H.S Pasoh

Membakar sarang tebuan di laluan Denai Alam

(ado makhluk asing kek

pokok)

Memotong pokok tumbang di laluan masuk ke SPF Pasoh

Membersihkan sekitar stesen dan asrama(bekilat)

Kursus Induksi Modul Khusus anjuran FRIM di SPF Pasoh

Membantu Staf Unit Kualiti Air ke Petak Kekal Ekologi 6&7

Memotong pokok-pokok tumbang di sepanjang laluan ke petak 50Ha(sosah habih)

Menerima lawatan Dong Hwa National University,Taiwan

Pihak Tenaga National Berhad (TNB) melakukkan penyelenggaraan di pencawang Elektrik SPF

Pasoh.(Jumpo tokek)

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN

BULAN APRIL HINGGA JUN 2012

Laporan Kaji selidik dan kedatangan pelawat bulan April hingga Jun

Laporan kaji selidik bagi bulan April hingga Jun ini SPF Pasoh telah menerima 207 orang

pelawat dari dalam dan luar negara. Mereka terdiri daripada pelawat daripada Toronto

University, Canada seramai 25 orang mengadakan program selama 5 hari di SPF Pasoh pada

bulan April. Pada bulan Mei pula, SPF Pasoh telah menerima lawatan harian daripada Fakulti

Alam Sekitar, UPM seramai 70 orang untuk mempelajari cara-cara mengambil sampel tanah.

Bulan Jun pula SPF Pasoh menerima lawatan daripada Dong Hwa National University, Taiwan

seramai 21 orang yang mengadakan program kursus lapangan di H.S Pasoh selama 2 minggu.

SPF Pasoh juga telah dikunjungi pelawat daripada Jepun dan kakitangan FRIM yang

menjalankan kerja-kerja bancian semula pokok di petak-petak kekal Ekologi.

Sepanjang bulan April hingga Jun SPF Pasoh telah mengeluarkan 58 borang kepuasan pelanggan

dan mendapat 8 komen positif dan 8 komen negatif. Antara komen-komen positif adalah seperti

SPF Pasoh sebuah tempat yang bagus untuk penyelidikan, untuk mengenali hutan di Malaysia

dan persekitaran yang menenangkan jiwa. Komen negatif pula termasuk jalan masuk yang teruk,

kekurangan kakitangan SPF Pasoh untuk menjaga kebersihan tandas dan persekitaran, tong

sampah tidak mencukupi, infastruktur yang perlu diperbaiki, laman web SPF Pasoh di internet

adalah perlu supaya lebih ramai penyelidik tahu tentang SPF Pasoh.

Statistik Borang Penilaian Kaji Selidik Kedatangan Pelawat Ke

Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh

April – Jun 2012

Komen Positif = 8 orang

Komen Negatif = 8 orang

Bilangan pelawat = 207 orang

Bilangan pelajar dan profesional = 175 orang

- Pelajar Luar Negara = 53 orang

- Pelajar Dalam negara = 70 orang

- Profesional Dalam Negara = 25 orang

- Profesional luar Negara = 27 orang

Bilangan pelawat Jabatan = 32 orang

- Kakitangan FRIM = 27 orang

- Jabatan lain = 5 orang