Post on 03-Aug-2015
Projektor LCD
1
Projektor LCD
1. PENGENALAN
Projektor LCD merupakan medium penyampaian yang sangat efektif dan sangat meluas
digunakan pada masa kini. Tayangan video, gambar atau data dari komputer boleh dipancarkan
pada layar khas ataupun dinding kelas. Projektor LCD merupakan projektor yang moden hasil
inovasi daripada projektor sebelumnya iaitu Overhead Projector yang berfungsi dalam
penyampaian data melalui penggunaan kertas lutsinar. Kebiasaannya, projektor LCD digunakan
untuk menyampaikan kuliah mahupun digunakan sebagai Home Theatre di rumah. Semasa
penghasilan gambar, cahaya dari lampu Logam Halide akan dihantar terus ke prisma yang
mana cahaya akan tersebar kepada tiga panel polisilikon iaitu komponen warna merah, hijau
dan biru untuk menghasilkan gambar. Lampu yang dihasilkan dari logam Halide ini mampu
mengeluarkan warna dengan suhu dan spektrum yang luas serta kecerahan sekitar 2000
hingga 15,000 ANSI Lumen. Malaysia merupakan pengimport yang besar untuk produk ini dan
terdapat pelbagai jenis dan jenama projektor di pasaran semasa dari yang besar sehinggalah
yang sekecil tapak tangan.
2. SEJARAH
Projektor LCD dicipta oleh Gene Dolgoff dari Amerika. Idea beliau adalah menghasilkan
projektor video yang lebih jelas berbanding projektor 3CRT yang ada pada zaman tersebut.
Beliau menggunakan cecair kristal untuk memodulasikan cahaya sebagai sumber lampu
namun terdapat pelbagai masalah dalam talaan cahaya, kecerahan dan pecahan piksel.Usaha
beliau mula membuahkan hasil pada tahun 1984 tatkala beliau menemui kaedah optik yang
baru dalam penghasilan sebuah projektor yang efisien dan cerah serta tiada masalah pecahan
piksel. Industri projektor LCD semakin berkembang sejajar dengan inovasi dan penyelidikan
yang dibuat oleh syarikat EPSON di Jepun. Syarikat ini telah berjaya menghasilkan teknologi
3LCD dan dipatenkan pada tahun 1988 untuk kegunaan pengeluar projektor jenama lain.
Sekaligus industri LCD secara berkembang dengan luas melalui penambah baikan dan inovasi
daripada pelbagai jenama pengeluar.
Projekto
3. KOM
Set Proje
or LCD
MPONEN DA
ektor LCD
LCD
Kabe
Kab
AN PEMASA
D Projektor
el Audio Min
el Komposit
Beg
ANGAN LCD
ni
t
2
D PROJEKTTOR
Ka
P
Ala
Man
bel VGA / R
Power Cable
t Kawalan J
ual Penggun
RGB
e
auh
naan
Projektor LCD
3
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN LCD PROJEKTOR
Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
Penutup Pelaras Lensa
Lensa
Butang Kawalan
VGA Port
S-Video Port
Composite Video Port
Audio Out Port
Audio In
Projektor LCD
4
5. PEMASANGAN
Bahagian ini akan menerangkan proses penyediaan projektor dan penyambungan kepada
sumber-sumber audio dan video.
5.1 Penyediaan Projektor
Projektor Panasonic ini mudah disedia dan digunakan. Namun demikian anda perlu melakukan
tindakan seperti berikut terlebih dahulu;
a. Tentukan saiz imej anda
b. Sediakan skrin atau dinding paparan untuk paparan imej
Pastikan kabel elektrik dan kabel-kabel lain tidak disambung ketika mengalihkan projektor.
Apabila projektor tidak digunakan, simpan projektor ke dalam bag yang disediakan.
5.2 Pemilihan Lokasi
Imej paparan akan menjadi lebih besar apabila projektor semakin jauh dari skrin. Saiz imej
minimum adalah berkeluasan pepenjuru 25 inci apabila projektor diletakkan dalam jarak 1 meter
dari skrin. Saiz paparan paling besar adalah 300 inci pepenjuru apabila projektor diletakkan
dalam jarak 12 meter dari skrin paparan.
5.3 Menggunakan Meja atau Troli Mudah Alih
a. Letakkan projektor di atas permukaan meja yang rata pada jarak dari skrin yang
dikehendaki. Elakkan cahaya terlalu yang terang atau cahaya matahari terkena pada
permukaan skrin.
b. Sambungkan kabel elektrik dan tekan butang On (I/0). Jika tiada isyarat gambar,
projektor akan memaparkan warna biru.
c. Pastikan projektor memaparkan imej segi empat pada skrin.
Projektor LCD
5
d. Betulkan posisi projektor ke kiri atau kanan untuk mendapatkan imej yang tepat.
e. Betulkan posisi projektor ke atas atau bawah untuk imej yang sempurna.
Projektor LCD
6
5.4 Gambarajah Penyambungan Projektor ke Peranti Luar
a. Sambungkan projektor kepada peranti yang dikehendaki dengan menggunakan kabel-
kabel yang sesuai seperti rajah di atas.
b. Tekan butang On untuk menghidup atau mematikan LCD Projektor
Projektor LCD
7
6. PANDUAN PENJAGAAN LCD PROJEKTOR a. Biarkan sekurang-kurangnya 15 saat setelah memadamkan projektor. Kipas penyejuk
akan berhenti secara automatik apabila projektor sejuk.
b. Elakkan daripada membuka dan menutup suis berulang kali semasa projektor
beroperasi.
c. Pastikan tiada objek mudah terbakar berdekatan dengan projektor kerana projektor akan
menjadi sangat panas setelah lama dibuka.
d. Biarkan projektor sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam beg.
e. Jangan tempatkan projektor di dalam kawasan lembab atau berhabuk
f. Ubahkan projektor dengan cermat dan elakkan daripada terjatuh kerana komponen
dalam projektor adalah mahal dan mudah pecah.
Projektor LCD
8
7. JENAMA-JENAMA LCD PROJEKTOR DI PASARAN
Panasonic
Sony
Epson
Ben-Q
Sharp
Samsung
Projektor LCD
9
7.1 Tips dan Peringatan Ketika Membeli LCD Projektor
Terdapat pelbagai jenama dan model projektor LCD di pasaran dengan pelbagai harga yang
menarik. Namun demikian terdapat beberapa petua dalam memilih projektor yang sesuai
haruslah dipatuhi bagi memenuhi keperluan dan penggunaan yang optimum. Seandainya tidak
dipatuhi, kebarangkalian mesej yang ingin disampaikan kepada penonton tidak mungkin
tercapai dengan jaya. Terdapat juga pengguna yang menganggap sebuah projektor LCD yang
mahal mampu membuatkan persembahan mereka lebih baik tetapi berakhir dengan
pembaziran. Maka garis panduan dalam memilih LCD projektor bolehlah dirujuk seperti berikut;
a) Resolusi Projektor LCD
SVGA (800 x 600), XGA (1024 x 768), SXGA (1280 x 1024), dan UXGA (1600 x 1200).
Semakin tinggi resolusi dari sebuah projektor bermakna semakin tinggilah harganya. Jika anda
bercadang mahu menggunakan projektor untuk sebuah persembahan Powerpoint, maka
Resolusi SVGA sangat sesuai untuk dignakan. Sementara resolusi XGA merupakan pilihan
yang terbaik untuk memaparkan data berangka. Anda hanya memerlukan resolusi yang lebih
tinggi jika mahu memaparkan butiran yang sangat terperinci.
b) Kecerahan LCD Projektor
Semakin tinggi ANSI Lumen semakin terang output cahaya sesebuah projektor LCD. Projektor
LCD dengan Lumen di bawah paras 1000 akan kurang pencahayaan seperti projektor piko
yang hanya menghasilkan 30-40 Lumen. Sebuah projektor LCD dengan 1000-2000 Lumen
akan mendapat cahaya yang mencukupi untuk persembahan perniagaan ataupun di dalam bilik
darjah. Manakala projektor LCD dengan Lumen 2000-3000 mampu menghasilkan cahaya yang
cukup untuk menerangi persembahan tanpa cacat dalam sebuah ruangan yang besar dan luas
seperti di dalam dewan.
Tanpa kecerahan yang mencukupi, gambar yang terhasil akan kelihatan pucat dan halus
meskipun ditayangkan di kawasan yang gelap. Ukuran ruangan, ukuran saiz skrin dan jarak
antara projektor dengan skrin akan memberi pengaruh kepada anda dalam membuat keputusan
pemilihan lumen sebuah projektor LCD.
Projektor LCD
10
c) Kontras Projektor LCD
Kontras projektor LCD adalah untuk menunjukan perbandingan antara cahaya paling terang
dengan sebuah kawasan gambar atau objek yang paling gelap. Perhatikan sebuah projektor
LCD yang mempunyai nisbah kontras 400:1 atau lebih tinggi maka paparan gambar dan
tayangan video akan kelihatan. Jika mahu menayangkan banyak gambar dengan cahaya yang
terang, maka pengguna disarankan untuk membeli projektor LCD yang mempunyai nisbah
kontras yang lebih tinggi atau paling tinggi di pasaran.
Nisbah kontras merupakan pelengkap kepada kecerahan. Nisbah kontras yang tinggi akan
memaparkan warna putih yang paling putih dan warna hitam yang paling gelap. Namun jika
nisbah kontras rendah, maka gambar yang terhasil akan kelihatan cacat atau tidak sempurna.
Adalah disarankan nisbah kontras yang minimum adalah 1500 : 1 ataupun 2000 : 1. Tetapi
nisbah kontras yang lebih tinggi akan menjadikan gambar kelihatan lebih baik dan sempurna.
d) Berat Projektor LCD
Berat sesebuah projektor LCD merupakan persoalan kepada mudah alihnya. Jika pengguna
mahu membawa projektor LCD ke merata tempat untuk membuat persembahan, maka pilihlah
yang lebih ringan. Pada masa kini terdapat banyak projektor LCD dengan berat kurang
daripada 2.5kg dengan pencahayaan yang sangat terang namun demikian, harganya akan jadi
sangat mahal.
Projektor LCD mudah alih juga penting ketika pemasangan dan dapat disediakan dalam masa
yang pendek. Ini juga memudahkan pengguna untuk mencuba pelbagai saiz skrin dengan jarak
dan ruangan yang berbeza. Pengguna juga boleh menggantung projektor LCD pada ruangan
syiling dengan mudah.
e) Penyambungan Projektor LCD
Ketika pengguna membeli projektor LCD, pastikan ia dapat disambung kepada komputer atau
komputer riba yang ada. Namun demikian, penyambungan kepada peranti-peranti lain pada
situasi yang memerlukan sepatutnya dipertimbangkan ketika pembelian dilakukan. Pengguna
haruslah memeriksa dengan teliti sambungan-sambungan yang terdapat pada sebuah projektor
Projektor LCD
11
LCD. Kebarangkalian pengguna perlu menyambungkan peranti lain seperti pemain DVD dan
kamera untuk sumber-sumber persembahan adalah sesuatu yang perlu diambil kira ketika
pembelian projektor LCD.
Pastikan projektor LCD mempunyai beberapa input yang diperlukan seperti sambungan kabel
komposit dan S Video untuk sumber analog, input DVI atau HDMI untuk sumber definisi tinggi.
Sebahagian besar projektor LCD memiliki input VGA untuk komputer dan komputer riba.
f) Jangka Hayat Lampu Projektor LCD
Faktor lain yang harus dipertimbangkan ketika membeli sebuah projektor LCD adalah jangka
hayat lampu. Perkara ini adalah sangat penting kerana penggantian lampu projektor LCD
adalah mahal. Sebuah projector dengan jangka hayat lampu selama 2000 jam atau lebih adalah
yang terbaik. Terdapat beberapa projektor LCD yg mempunyai pilihan mod ekonomi yang mana
mampu memanjangkan hayat lampu dan dapat menjimatkan kos operasi.
g) Kepadatan Piksel dan Skala
Kepadatan piksel dalam ukuran inci adalah sangat penting dalam projektor LCD yang
menggunakan teknologi enjin DLP. Piksel asli yang sangat tinggi diperlukan untuk
menayangkan paparan definisi tinggi. Angka dari piksel asli 1024x 768 sangat sesuai untuk
memainkan gambar video DVD, akan tetapi isyarat HDTV 720i memerlukan piksel natif
1280x720 dan HDTV 1090i memerlukan piksel asli 1920x1080 untuk mendapatkan paparan
persembahan yang sangat cantik.
Projektor LCD
12
8. KEBAIKAN
a) Penyampaian nota mudah dilakukan
Projektor LCD membolehkan guru untuk menunjukkan nota melalui persembahan
PowerPoint atau lain-lain semasa P&P di dalam kelas. Dengan penggunaan projektor LCD
di dalam kelas, pelajar boleh mendapatkan nota dengan lebih baik. Selain itu, pelajar boleh
meminta guru untuk mengulangi slaid jika mereka terlepas maklumat, atau bahkan meminta
bahawa guru menghantar email persembahan untuk penilaian lanjut.
b) Pengajaran yang lebih besar dan serba boleh
Projektor LCD juga boleh membantu para guru dengan mengurangkan penggunaan papan
hitam dan kapur. Dengan penggunaan projektor LCD, guru kini boleh menggunakan filem,
slaid, dan imej untuk mengajar pelajar mengenai pelbagai subjek. Guru-guru juga akan
mendapati bahawa Internet adalah lebih berguna jika menggunakan projektor LCD kerana
ia boleh memaparkan kandungan web ke seluruh kelas, dan tidak memerlukan setiap
pelajar mengakses maklumat menggunakan komputer peribadi.
c) Penggunaan masa P&P yang lebih baik
Sebelum penggunaan projektor dalam bilik darjah, guru terpaksa menghabiskan masa yang
banyak dengan menulis nota di papan putih, serta memadamnya untuk menulis nota yang
lain. Dengan menggumakan projektor, hanya klik butang atau tetikus dan nota dapat
dipaparkan dengan cepat. Dengan itu,ia dapat mengurangkan pembaziran masa semasa
P&P. Dengan menggunakan projektor, guru lebih mudah boleh menyediakan semua nota
sebelum ke kelas untuk pembentangan. Guru juga mungkin mendapati bahawa mereka
kurang menghabiskan masa untuk mengulangi atau menulis semula maklumat.
d) Antara kebaikan yang lain adalah seperti:
• Imej yang berwarna-warni, animasi, video clips, dan bunyi boleh dimasukkan.
• Persembahan atau pembentangan boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi
terdapat bekalan elektrik dan skrin mudah alih.
Projektor LCD
13
• Perisian yang digunakan adalah mudah dipelajari dan digunakan.
• Boleh digunakan dalam bilik yang malap cahayanya. Ini bermaksud tidak
semestinya digunakan dalam bilik yang gelap. Catatan yang “ringan” masih boleh
dilakukan oleh pelajar.
9. KELEMAHAN PENGGUNAAN PROJEKTOR LCD
Antara kelemahan penggunaan projektor LCD adalah seperti berikut:
• Bilik yang terlalu cerah akan menjejaskan kualiti tayangan.
• Resolusi yang rendah menyebabkan persembahan atau pembentangan hanya terhad
kepada kumpulan yang kecil atau sederhana (kira-kira 50 orang pelajar)
• Projektor memerlukan bekalan elektrik yang berterusan untuk berfungsi.
• Memerlukan kemahiran teknikal yang mencukupi untuk mengendalikan projektor LCD
• Kos penyenggaraan yang tinggi
10. PENUTUP
Secara kesimpulannya, penggunaan projektor LCD semakin meluas pada masa kini.
Dari sudut pendidikan, segala kebaikan projector LCD ini dapat diaplikasikan dalam P&P
bagi menarik minat pelajar agar ilmu pengetahuan dapat diperoleh secara optimum. Selain
itu, di bawah perubahan sistem pendidikan baru, guru seharusnya dapat menggunakan
teknologi ICT di dalam P&P mereka. Hal ini penting bagi menjayakan sistem pendidikan
yang baru serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan
teknologi multimedia.
Projektor LCD
14
11. Rujukan
Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS, Professional Publishing Sdn. Bhd. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rasid Johar. 2000. Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Banting, Selangor : AJM Publishing Enterprise. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. NEC (2001), LCD Projector VT45 User’s Manual. NEC Corporation