Post on 16-Jan-2016
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2
PROGRAM BERSAMA TAMAN RAMA-RAMA MELAKA
PROGRAM
PANITIA SAINS 2014
NAMA PROGRAM:
“KITARAN HIDUP RAMA-RAMA”
(METAMORFOSIS)
JAWATAN KUASA
Pengerusi
Pn Hajah Safiah bte. Haji Sharif
(Guru Besar)
Naib Pengerusi
En. Yahaya b. Samad (GPK 1)
En. Mahamad Fuzi b. Abdullah ( GPK Pend. Khas)
Ketua Panitia
Pn. Aliza bt. Talip
Setiausaha
Pn. Ummi Kalsom bt. Ibrahim
Ahli jawatankuasa:
Pn. Suhaila bt. Shaari
Pn. Zalifah bt. Mansor
Pn. Noor Hasimah bt. Zainal
En. Herman b. Sujangi
En. Faizul Azmanizam b. Azman
LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS 2014
1. Nama Program : “KITARAN HIDUP RAMA-RAMA” (METAMORFOSIS)
2. Tarikh : 03.03.2014
3. Hari / Masa : Isnin / 10.05 dan11.05pagi
4. Tempat : Dewan Kejora
5. Objektif : Menambahkan pengetahuan tentang kitaran hidup haiwan dan meningkatkan Kemahiran berfikir aras tinggi.
6. Sasaran : Murid SK. Batu Berendam 2
7. Butiran aktiviti :
1. Murid tahap1 & 2 di kumpulkan dalam dewan selepas waktu rehat mengikut tahap masing-masing.
2. Taklimat dan penerangan disampaikan oleh pegawai daripada Taman Rama-rama Melaka tentang kitaran hidup rama-rama kepada murid-murid.
3. Murid menjawab solan kiuz yang diberikan oleh pegawai daripada Taman Rama-rama.
4. Penilaian di buat oleh pegawai daripada Taman Rama-rama. Murid yang menjawab dengan betul diberikan cenderahati.
5. Murid-murid melihat pameran yang telah disediakan oleh Taman Rama-rama Melaka, mengikut kelas masing-masing.
8.1 Kekuatan Program :
8.1.1 Melibatkan semua murid
8.2.2 Memberi peluang kepada semua murid dan menguji tahap pengetahuan sedia ada murid.
8.2.3 Murid dapat pengalaman baru dengan melihat sendiri (real life), kitaran hidup rama-rama.
8.2.4 Semua guru bekerjasama dengan sangat baik.
8.2 Kelemahan Program :
8.2.1 Bilangan murid yang ramai menyebabkan murid tahap 1 dan 2 tidak dapat dikumpulkan di dalam waktu yang sama.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :
8.3.1 Menyediakan tempat yang lebih selesa untuk murid-murid.
Laporan disediakan oleh,
---------------------------------( Ummi Kalsom bt. Ibrahim )Setiausaha Panitia SainsSK BATU BERENDAM 2
LAPORAN BERGAMBAR