Post on 16-Nov-2015
description
LAPORAN PENGANJURAN
MERENTAS DESA
PERINGKAT SEK.KEB. GUAR NANGKA 2013
TARIKH KEJOHANAN :
7 MAC 2013 (HARI KHAMIS)
Muka Surat | 2
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS.
LAPORAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2013
TARIKH : Jumaat / 8 Mac 2013
MASA : 4.30 hingga 6.30 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN KG. GUAR NANGKA, PERLIS.
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Guar
Nangka, Mata Ayer Perlis.Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan
yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKGN dengan kerjasama warga sekolah dan
komuniti setempat sesuai dengan sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti
kawalan keselematan. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang
besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam
Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa
melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 3728 orang murid yang
mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru telah mengambil
bahagian.
Aktiviti bermula jam 3.30 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu
menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 4.00
petang, para hakim mengambil kehadiran murid-murid. Seterusnya, pada jam 4.30
petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh En.
Chatri (GPK Kokurikulum). Selepas itu, En. Chatri memberikan taklimat kejohanan
dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid
perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 3.5 km untuk Tahap 2 dan 1.6 km untuk
murid tahap 1 mengelilingi kawasan Kg. Guar Nangka.
Tepat jam 4.40 petang, acara merentas desa bagi kategori murid Tahap 1
dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh Pn. Dalila Bt. Awang (GPK Pentadbiran)
sebagai pelepas. Pada jam 4.50 petang pula, peserta kategori Tahap 2 lelaki dan
perempuan pula dijalankan oleh Puan Noorizah Bt. Shuid (Guru Bsar) sebagai
pelepas. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan
keselamatan daripada anggota polis dari Balai Polis Mata Ayer. Ibu bapa juga turut
hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.
Muka Surat | 3
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS.
Pada jam 6.00 petang, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang
dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKGN, Pn.
Noorizah Bt. Shuid. Hadiah disampaikan kepada 5 pemenang terawal bagi setiap
kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.
Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, En. Chatri a/l Sing mengumumkan
keputusan keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah. Di kedudukan pertama
ialah Rumah Hijau (78 mata), kedua ialah Rumah Kuning (70 mata), ketiga ialah
Rumah Merah (64 mata) manakala tempat keempat ialah Rumah Biru (60 mata).
Aktiviti bersurai pada jam 6.30 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini
berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SKGN
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan
sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Tuhan membalas jasa baik
kalian.
Laporan disediakan oleh,
(EN. CHATRI A.L SING)
GPK KOKURIKULUM,
SEK.KEB.GUAR NANGKA
02500 MATA AYER PERLIS.
Disahkan oleh, (NOORIZAH BT. SHUID) Guru Besar, Sek. Keb. Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis.
Muka Surat | 4
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS.
LAPORAN BERGAMBAR
SUASANA SEMASA BERMULANYA AKTIVITI LARIAN