Post on 01-Mar-2016
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT42800 TANJUNG SEPAT, SELANGOR.
LAPORANPROGRAM MAJU DIRI (PMD)TARIKH:
29 hingga 30 JANUARI 2014HARI :
RABU DAN KHAMISTEMPAT
GELANGGANG BADMINTON SKBLANJURAN :UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN
Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua.
2.0 MATLAMAT
Program ini dijalankan atas matlamat berikut:1. Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial. 2. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid. 3. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelekdan sosial.
3.0 OBJEKTIF
1. Dapat meningkatkan minat untuk belajar. 2. Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri. 3. Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid. 4. Dapat menentukan dan memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan kerja yang
berfaedah. 5. Dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri. 6. Dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air. 7. Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri agar berjaya menjadi tauladan kepada
masyarakat.4.0 SASARAN
Semua murid Tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh
: 29 dan 30 Januari 2014Hari
: Rabu dan KhamisMasa
: 7.30 pagi 1.20 ptgTempat: Kawasan Sekolah SKBL6.0 ATURCARA PROGRAMSeperti yang dilampirkan.
7.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MAJU DIRI 2012
Penasihat
: Tn Hj Mohd Nadzri Bin OthmanPengerusi
: En. Satiman BinNaib Pengerusi: En. Ramjis Bin MuniSetiausaha
: En. Azmi Bin Hj. AbdullahJawatankuasa Perlaksana ProgramKoordinator Program: EN.AZMI BIN ABDULLAHSiaraya, Peralatan
: EN. MAHADI BIN HAMIDdan Persiapan Tempat EN. AMINUDDIN BIN SARMIRAN
EN. MOHD SAUFI BIN HAIRUDINFasilitator
: Guru Penyelaras Tahap 2 dan
semua Guru Tahap 2
Kawalan Murid
: PN. MAHERAM BIN KHANIPAN
Semua Guru Disiplin
Senamrobik
: PN. NOOR SARMILAH BINTI TUKIRAN
EN. RAVIDRAN
PN. SIPAH SIZAH BINTI MD KHAMIS
PEN. MUHAMMAD NOH BIN HJ. TARMIZI8.0 KEKUATAN
8.1 Penglibatan dan kerjasama dari semua pihak menjamin kelancaran program.
8.2 Kerjasama dari pihak PIBG yang turut sama dalam Program Maju Diri.9.0 MASALAH
9.1 Tempat yang kurang kondusif, iaitu dewan terbuka tidak dapat menampung jumlah
murid tahap 2.10.0 CADANGAN
10.1 Pihak sekolah dapat memperbesarkan lagi dewan terbuka untuk meampung murid
yang lebih ramai.Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
...
..
( AZMI BIN ABDULLAH )Unit Bimbingan&Kaunseling,
SK BATU LAUT,
42800 TANJUNG SEPAT.PROGRAM MAJU DIRI ( PMD )
TAHUN 4 1. TAKLIMAT PMD TAHUN 4MASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
1.1 Pastikan lokasi untuk menjalankan program telah disediakan dan selesa.
1.2 Menerangkan mengenai Program Maju Diri (PMD ).
1.3 Maklumkan mengenai tentatif PMD Tahun 4 kepada peserta.
1.4 Mengingatkan peserta tentang disiplin ketika menyertai program.
1.5 Memperkenalkan fasilitator PMD Tahun 4.
1.6 Menjelaskan program ini adalah untuk meningkatkan IQ , EQ dan SQ
setiap peserta agar menjadi insan cemerlang , gemilang dan terbilang.
2. UJIAN PRABAHAN : Lampiran Ujian PraMASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Kelas / dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
2.1 Kertas ujian rujuk ( Lampiran Ujian Pra )
2.2 Fasilitator boleh membimbing peserta ketika menjawab.
2.3 Kertas ujian perlu dikutip untuk penilaian setelah ujian pos.( lampiran Ujian Pra )
Nama .......................................................................Tahun
Ujian Pra Program Maju Diri Tahun 4Sila jawab dengan jujur dengan membulatkan mengikut skala berikut:
1 - Tidak setuju 4 - Setuju
2 - Kurang setuju 5 - Sangat setuju
3 - Tidak pasti
BilKenyataanSkala
1Saya mudah bergaul dengan rakan rakan.1 2 3 4 5
2Saya bersedia menghadapi pembelajaran.1 2 3 4 5
3Saya sedia bekerjasama dengan orang lain.1 2 3 4 5
4Saya boleh menjadi pendengar yang baik.1 2 3 4 5
5Saya tahu kelemahan dan kebaikan diri saya.1 2 3 4 5
6Saya mempunyai semangat hidup.1 2 3 4 5
7Saya akur dan menghayati disiplin sebagai pelajar1 2 3 4 5
8Saya yakin pada diri sendiri.1 2 3 4 5
9Saya bersemangat berani.1 2 3 4 5
10Saya suka berfikir pada waktu lapang.1 2 3 4 5
Jumlah
3 SIAPA SAYA ..?
MATLAMAT : Mengenal potensi dan membina keyakinan diri.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat ;
1. Mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
2. Mengetahui kelebihan dan mengakui kelemahan diri
sendiri secara jujur.
BAHAN : Lampiran Siapa Saya ?
MASA : 60 minit.
PESERTA : kumpulan / semua peserta
TEMPAT : Kelas / dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator mengedarkan ( lampiran siapa saya . ? ) kepada semua peserta.
2. Fasilitator menerangkan maksud sikap positif dan sikap negatif.
Contoh: Positif Negatif
Rajin Malas
Pembersih Pengotor
3. Peserta diberikan masa untuk mengeluarkan ciri - ciri positif dan ciri - ciri negatif di dalam diri masing - masing.
4. Fasilitator meminta peserta menuliskan ciri -ciri positif dan negatif di lampiran yang diberikan.
5. Secara sukarela beberapa orang peserta diminta membacakan lampiran mereka.
6. Fasilitator bertanya siapakah yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kawan mereka.
7. Fasilitator mencatatkan ciri - ciri positif dan negatif di papan hitam .
8. Fasilitator membimbing peserta membincangkan sikap negatif yang ada pada diri peserta serta cara mengatasi dan meninggalkannya.
Contoh ;
Apa yang menyebabkan anda melakukan perkara tersebut ?
Tahukan akibat melakukan perkara tersebut ?
Apa tindakan yang harus dilakukan untuk meninggalkan sikap tersebut.
9. Fasilitator memberi pengukuhan kepada sikap positif dan cara memelihara.
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta para peserta memberi maklum balas tentang perasaan dan pengalaman yang dialami peserta melalui aktiviti ini.
Contoh jawapan:
seronok ( menyatakan ciri - ciri positif )
malu ( menyatakan ciri - ciri negatif )
2. Peserta dibimbing untuk mengenali sikap sebenar diri mereka supaya berusaha untuk mengekalkan serta meningkatkan sikap positif dan meninggalkan sikap negatif.
3. Fasilitator menjelaskan setiap individu mempunyai identiti sendiri.
4. Peserta dibimbing supaya yakin dan menerima diri serta insan sekeliling seadanya.
5. Setiap orang boleh berubah jika berusaha dan ada kemahuan.
FALSAFAH
Falsafah membimbing peserta membincangkan falsafah aktiviti ini:
1. Belakang parang boleh diasah menjadi tajam.
2. Kenali diri sendiri sebelum kenali orang lain.
3. Cermin diri sendiri sebelum menilai orang lain.
4. Jangan meletakkan kesalahan / kelemahan sendiri pada orang lain
( Lampiran Siapa Saya ? )
SIKAP POSITIFSIKAP NEGATIF
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
4 SEMPURNAKAN HARIMUMATLAMAT : Memahami dan menghayati nilai-nilai murni sebagai motivasi
diri.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat ;
1. Terus mencuba untuk menyelesaikan tugasan yang diberi tanpa berputus asa.
2. Dapat memahami dan menghayati nilai -nilai murni dalam
kehidupan seharian.
3. Menanamkan sikap berhemah tinggi.BAHAN : Lampiran Sempurnakan Harimu
MASA : 60 minit.
PESERTA : semua peserta.
TEMPAT : Kelas / Dewan
KAEDAH PELAKSANAAN:
1. Fasilitator mengedarkan lampiran Sempurnakan Harimu kepada peserta.
2. Murid dikehendaki menyusun semula huruf - huruf yang tercatat menjadi satu perkataan yang mempunyai pengertian nilai murni.
3. Peserta yang siap dahulu hendaklah segera menghantar kepada fasilitator.
4. Fasilitator memanggil beberapa orang peserta yang terawal siap untuk membacakan jawapan mereka. Berikan mereka pujian.
5. Fasilitator membimbing peserta membincangkan maksud setiap perkataan nilai murni dan menghayati.
Contoh :
Apakah maksud bersyukur ?
Berikan contoh orang yang bersyukur .
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta peserta memberi maklumbalas tentang perasaan dan pengalaman yang dialami melalui aktiviti ini.
2. Perbincangan menekan kepada perasaan:
Contoh :
Susah, bosan, tidak cukup masa, tidak tahu makna, kecewa dan sebagainya.
3. Fasilitator menasihatkan peserta supaya tidak mudah putus asa . Cuba dan terus mencuba.FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah aktiviti ini.
1. Tekun dan tabah adalah sikap yang mulia dan murni.
2. Lakukan setiap perkara dengan penuh perhatian.
3. Motivasikan diri sendiri untuk berjaya.
( Lampiran Sempurnakan Harimu )
Panduan fasilitator
1. BREKSUUYR BERSYUKUR
2. GETANLIBR TERBILANG
3. MAHANA AMANAH
4. GGNAGUNWAATJB TANGGUNGJAWAB
5. GERNACLEM CEMERLANG
6. RUJJU JUJUR
7. PISNILDI DISIPLIN
8. MAGEGINL GEMILANG
9. RAKIDIEBR BERDIKARI
10. SHAUA USAHA
11. KAECL CEKAL
12. GANYNYAEP PENYAYANG
13. GGNABA BANGGA
14. IAJNR RAJIN
15. ISITMOAV MOTIVASI
16. ANIRHOM HARMONI
17. PRTNHAINI PRIHATIN
18. ISITAPM SIMPATI
19. FPTOSII POSITIF
20. LTOERSANI TOLERANSI
21. KIDREIN KENDIRI
22. NAJEKAYA KEJAYAAN
23. LHISAK IKHLA24.NEBARI BERANI
25. KENUT TEKUN
( Lampiran Sempurnakan Harimu )1.BREKSUUYR ________________________
2.GETANLIBR ________________________
3.MAHANA ________________________
4.GGNAGUNWAATJB ________________________
5.GERNACLEM ________________________
6.RUJJU ________________________
7.PISNILDI ________________________
8.MAGEGINL ________________________
9.RAKIDIEBR ________________________
10.SHAUA ________________________
11.KAECL ________________________
12.GANYNYAEP ________________________
13.GGNABA ________________________
14.IAJNR ________________________
15.ISITMOAV ________________________
16.ANIRHOM ________________________
17.PRTNHAINI ________________________
18.ISITAPM ________________________
19.FPTOSII ________________________
20.LTOERSANI ________________________
21.KIDREIN ________________________
22.NAJEKAYA ________________________
23. LHISAK ________________________
24. NEBARI ________________________
25. KENUT ________________________
5. BERSAMAMU MATLAMAT : Dapat menanamkan sikap tidak berputus asa untuk mencapai
kejayaan tanpa mengenepikan nilai nilai murni.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat ;
1. Keazaman untuk terus berusaha dan berikhtiar secara
berterusan.
2. Menggunakan minda untuk membezakan pengaruh yang
negatif atau negatif
BAHAN : Lampiran Bersamamu
MASA : 60 minit.
PESERTA : semua peserta
TEMPAT : Kelas / Dewan.
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator mengedarkan lampiran bersamamu yang mengandungi petikan cerita SiKunyit Kuning .2. Fasilitator memberi masa untuk peserta membaca petikan tersebut.
3. Beberapa orang peserta diminta membaca kuat , kemudian fasilitator mengulas cerita tersebut.
4. Fasilitator meminta peserta memberi pendapat tentang cerita tersebut secara sukarela.
5. Fasilitator mengermukakan beberapa soalan ;
Di mana kejadian ini berlaku ?
Siapakah watak dalam cerita ini ?
Bagaimana keadaan Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau ?
Apa yang berlaku kepada mereka ?
Bagaimana reaksi kawan-kawan di atas ?
Apa perasaan kedua-dua belalang ?
Apa kesudahannya ? RUMUSAN
1. Fasilitator bertanya mengenai pandangan peserta terhadap cerita
tersebut.
Jawapan yang dijangkakan :
Belalang kunyit tidak berputus asa.
Belalang daun tidak berjaya.
Belalang belum tumbuh kepak.
Dua ekor belalang tidak berhati hati.
2. Fasilitator bertanya bagaimana jika peserta berada di tempat Si Daun Hijau.
Jawapan yang dijangkakan :
Buat pekak je
Terus berusaha
3. Fasilitator bertanya bagaimana jika peserta berada di tempat kawan-kawan belalang itu .
Jawapan yang dijangkan :
Hulurkan tali
Bagi semangat
Minta tolong
4. Peserta diminta menyatakan sikap yang perlu dicontohi dari Si Kuning Kunyit.
5. Peserta diingatkan bahawa malang tidak berbau , oleh itu hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta berdoa supaya tidak ditimpa bala.
FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;
1. Berusaha tangga kejayaan.
2. Berusaha , berdoa dan bertawakkal akan mencapai kejayaan.
3. Kecacatan bukan penghalang untuk maju ke hadapan.
4. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan berusaha.
5. Tewas bukan bererti gagal.
( Lampiran Bersamamu )SI KUNYIT KUNINGPada suatu hari yang damai, di sebuah kampung yang bernama Kampong Sungai Gulang - Gulang, sekumpulan belalang sedang mencari makanan.Dua ekor daripada sekumpulan belalang ini bersahabat baik iaitu Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau. Si Kunyit Kuning adalah seekor belalang yang cacat pendengaran, manakala Si Daun Hijau adalah seekor belalang yang cukup sempurna sifatnya.
Sekumpulan belalang ini semuanya belum berkepak. Ketika mereka sedang leka mencari makanan, tiba - tiba tanpa di duga, Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam, gelap dan menakutkan.
Belalang - belalang yang lain menyedari Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau telah terjatuh ke dalam lubang tersebut. Seekor belalang berteriak:
Hai kawan - kawan, mari kita tengok Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau. Mereka telah jatuh ke dalam lubang.
Bagaimana mereka hendak naik ke atas, tak mungkin. Kita semua belum boleh terbang, kasihannya dia..! Seekor lagi berteriak: Hei, Si Kunyit Kuning dan Si Daun Hijau, matilah kau berdua di situ . Kau mungkin tidak boleh naik ke atas, matilah kau di situ, kata seekor lagi.
Apabila mendengar kata - kata dari kawan - kawannya, Si Daun Hijau merasa putus asa dan sedih, Si Daun Hijau termenung memikirnya nasibnya tetapi Si Kunyit Kuning melompat dan terus melompat kerana dia tidak dapat mendengar kata - kata dari kawan - kawannya.
Matilah kau kat situ, selamat tinggal kata kawan - kawannya lalu beredar dari situ. Apabila mendengar kata - kata kawannya, Si Daun Hijau merasa hampa dan putus asa. Lubang ini sungguh dalam, tak mungkin aku dapat keluar dari sini fikir Si Daun Hijau. Akhirnya Si Daun Hijau mati sendirian. Oleh kerana Si Kunyit Kuning tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh kawan- kawannya, maka dia terus mencuba tanpa rasa putus asa. Setelah Si Kunyit Kuning berusaha tanpa rasa jemu, Si Kunyit Kuning berjaya keluar daripada lubang tersebut. Si Kuning Kunyit walaupun pekak namun dapat meneruskan hidup dengan bahagia. Dia berkahwin dan mempunyai ramai anak yang sempurna .Hidup tidak keseorangan kerana ramai yang bersamanya.( Lampiran Ujian Pos )
Nama ............................................................................................. Tahun
Ujian Pos Program Maju Diri Tahun 4Sila jawab dengan jujur dengan membulatkan mengikut skala berikut:
1 - Tidak setuju 4 - Setuju
2 - Kurang setuju 5 - Sangat setuju
3 - Tidak pastiBilKenyataanSkala
1Saya mudah bergaul dengan rakan rakan.1 2 3 4 5
2Saya bersedia menghadapi pembelajaran.1 2 3 4 5
3Saya sedia bekerjasama dengan orang lain.1 2 3 4 5
4Saya boleh menjadi pendengar yang baik.1 2 3 4 5
5Saya tahu kelemahan dan kebaikan diri saya.1 2 3 4 5
6Saya mempunyai semangat hidup.1 2 3 4 5
7Saya akur dan menghayati disiplin sebagai pelajar1 2 3 4 5
8Saya yakin pada diri sendiri.1 2 3 4 5
9Saya bersemangat berani.1 2 3 4 5
10Saya suka berfikir pada waktu lapang.1 2 3 4 5
Jumlah
PROGRAM MAJU DIRI ( PMD )
TAHUN 51. TAKLIMAT PMD TAHUN 5MASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
1.1 Pastikan lokasi untuk menjalankan program telah disediakan dan selesa.
1.2 Menerangkan mengenai Program Maju Diri (PMD ).
1.3 Maklumkan mengenai tentatif PMD Tahun 5 kepada peserta.
1.4 Mengingatkan peserta tentang disiplin ketika menyertai program.
1.5 Memperkenalkan fasilitator PMD Tahun 5.
1.6 Menjelaskan program ini adalah untuk meningkatkan IQ , EQ dan SQ
setiap peserta agar menjadi insan cemerlang , gemilang dan terbilang.
2. UJIAN PRABAHAN : Lampiran Ujian PraMASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Kelas / dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
2.1 Kertas ujian rujuk ( Lampiran Ujian Pra )
2.2 Fasilitator boleh membimbing peserta ketika menjawab.
2.3 Kertas ujian perlu dikutip untuk penilaian setelah ujian pos.( Lampiran Ujian Pra )
Nama ...................................................................................Tahun
Ujian Pra Program Maju Diri Tahun 5Tandakan X pada kenyataan di bawah yang berkaitan dengan diri anda.Bil.Kenyataan
YaTidak
1.Saya lebih yakin dengan diri sendiri
2.Saya bersemangat untuk belajar
3.Saya bersedia menerima dan memberi pendapat lain
4.Saya suka berkawan dengan semua orang
5.Saya tahu kelebihan dan kelemahan diri saya
6.Saya tahu kepentingan dan kebaikan bekerjasama
7.Saya memahami teknik membaca secara berkesan
8.Saya boleh mengingat pelajaran dengan baik
9.Saya tidak akan membelanjakan semua wang saku saya
10.Saya tahu menguruskan masa dengan baik
11.Saya tahu menggunakan peta minda
12.Saya faham perasaan orang lain
13.Saya tahu menjaga keselamatan diri
14.Saya boleh mengingat dengan baik
15.Saya ada matlamat semasa belajar
3. FATAMORGANA
MATLAMAT : Mengenal diri dari kacamata rakan sebayaOBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat ;
1. Menerima teguran dan pandangan orang lain.
2. Menanamkan budaya bermaaf-maafan.
3. Mengawal diri dari lalai dengan pujian.BAHAN : Kertas A4 , tape
MASA : 60 minit.PESERTA : 6-8 orang setiap kumpulan TEMPAT : Kelas KAEDAH PELAKSANAAN1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta melalui ketua kumpulan.
2. Fasiliator memberi arahan ;
a. Lipat kertas A4 kepada 10 bahagian , kemudian gunting mengikut kesan garisan yang terbentuk.
b. Pastikan setiap peserta mempunyai kepingan kertas yang sama dengan bilangan ahli kumpulan.
c. Tuliskan satu sikap yang anda rasa sesuai terhadap setiap ahli kumpulan di atas kertas yang telah digunting .
d. Tampalkan sikap yang telah ditulis di belakang setiap ahli kumpulan dengan double sided tape.
e. Pastikan setiap peserta tidak tahu dari siapa setiap komen yang ditulis.
f. Selepas itu setiap peserta akan menanggalkan kertas di belakangnya dan tampal di atas kertas A4 pula.
g. Secara bergilir-gilir setiap peserta membacakan kepingan-kepingan kertas yang diterima dari peserta lain.
RUMUSAN 1. Fasilitator meminta peserta memberi maklum balas tentang perasaan dan pengalaman mereka melalui aktiviti ini.
2. Peserta diminta mengangkat tangan sekiranya sikap yang ditulis oleh ahli kumpulan tidak tepat dengan diri mereka.
3. Secara sukarela peserta diminta membacakan semua sikap yang ditulis oleh rakan mereka.
4. Fasilitator membimbing perbincangan di dalam kumpulan .
a. Bagaimana perasaan setiap peserta.
b. Bagaimana cara mereka menilai ahli kumpulan yang lain.
c. Jujurkah ketika mereka menilai rakan mereka.
d. Mengapakah peserta sanggup menulis sikap rakan mereka.
5. Setiap peserta diingatkan jangan mudah terpedaya dengan pujian kerana kadang-kadang yang manis boleh menjadi mudarat dan yang pahit boleh menjadi ubat.
6. Fasilitator mengaitkan nilai-nilai murni semasa membuat rumusan seperti ;
a. Jujur
b. Tolong menolong
c. Berterus terang
d. Sedia menerima kritikan
FALSAFAHFasilitator membimbing peserta membincang falsafah ini ;1. Kejujuran
2. Kita perlu membina imej diri yang baik.
3. Persepsi jujur orang lain boleh membantu kita mengenali diri.
4. Jangan terburu-buru membuat keputusan.
5. Jangan suka melabel atau membuat andaian yang tidak berasas kepada orang lain.
6. Kenali dulu kawan dan bina hubungan yang baik.
7. Tak kenal maka tak cinta.
4. MASA ITU NYAWAMATLAMAT : Mengurus masa dengan tepat dan bijak.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat ;
1. Menyenaraikan aktiviti seharian mengikut kesesuaian.
2. Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Membina jadual waktu belajar bersendirian.
BAHAN : Lampiran Masa Itu Nyawa 1 dan 2
MASA : 60 minit.
PESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Dewan/kelas
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Aktiviti ini dimulakan dengan semua peserta diminta menyenaraikan aktiviti mereka pada hari Ahad dan masa yang digunakan. Fasilitator di ingatkan supaya tidak mengingatkan 24 jam sehari.
2. Setelah menjumlahkan masa didapati ramai yang gagal tepat menggunakan 24 jam sehari . Mungkin mereka terlebih masa seperti 30 jam atau kurang menggunakan masa seperti hanya menggunakan 19 jam sehari.
3. Fasilitator meminta peserta beragama Islam bersama-sama membaca Surah Al Asr dan peserta bukan Islam membaca terjemahannya.
Demi masa , sesungguhnya manusia berada dalam kerugian ,melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh , dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
4. Fasilitator menerangkan terjemahan Demi Masa dan ungkapan mutiara kata masa itu umpama nyawa .5. Fasilitator mengedarkan lampiran Masa Itu Nyawa 1 dan 2.
6. Sebelum mengisi , peserta diminta memejamkan mata dan mengingat apa yang berlaku pada masa cuti yang lepas.
7. Seterusnya peserta mengisi lampiran Masa Itu Nyawa 1 dan 2.
8. Secara sukarela beberapa orang peserta diminta membaca lampiran Masa Itu Nyawa 1 yang telah siap di isi.
9. Fasilitator membimbing perbincangan ;
a. Kesesuaian masa dengan aktiviti.
b. Kesesuaian waktu belajar dan rehat.
c. Waktu pengurusan diri seperti mandi , makan dan sembahyang.
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas tentang aktiviti ini.
2. Fasilitator membimbing perbincangan seperti contoh berikut ;
a. Apakah yang dilakukan sepanjang hari cuti sekolah ?
b. Adakah masa yang digunakan telah memberi faedah ?
c. Adakah masa yang ada mencukupi ?
d. Apakah yang dilakukan sepanjang hari persekolahan ?
e. Bagaimana aktiviti pembelajaran pada waktu malam ?
f. Bilakah masa mengulangkaji pelajaran ?
g. Bilakah masa yang digunakan untuk membuat kerja sekolah ?
3. Fasilitator membimbing peserta , untuk mengurus masa dengan bijak dan tepat keutamaan semasa melakukan sesuatu perkara perlu diambil kira. Keutamaan perlu dilebihkan dan didahulukan kepada aktiviti pembelajaran.
4. Nilai-nilai murni ;
a. Menepati masa
b. Menghargai masa
FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;
1. Bertangguh itu pencuri masa
2. Masa itu tidak ternilai harganya.
3. Masa tidak akan berulang walau sesaat.
( Lampiran Masa Itu Nyawa )JADUAL WAKTU SEHARI CUTI SEKOLAHMASAAKTIVITI YANG DILAKUKAN
( Lampiran Masa Itu Nyawa 2 )JADUAL WAKTU SEHARI PERSEKOLAHANMASAAKTIVITI YANG DILAKUKAN
5. ADA UDANG SEBALIK MEE
MATLAMAT : Memperolehi matlumat yang tepat daripada pembacaan.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat ;
1. Menentukan komponen bahan yang dibaca.
2. Membuat catatan untuk sesuatu petikan.
3. Menggunakan kaedah pengurusan grafik bacaan.
BAHAN : 1. Kertas kerja ( lampiran AUSM 1 )
2. Borang pengurusan grafik bacaan ( lampiran AUSM 2 )
3. Petikan teks bacaan ( lampiran AUSM 3 )
4. Borang pengurusan grafik bacaan - panduan fasilitator
( lampiran Ada Udang Sebalik Mee 4 )
5. Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 5
MASA : 60 minit
PESERTA : setiap peserta
TEMPAT : Kelas / dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Aktiviti ini dimulakan dengan senaman ringan . Fasilitator memastikan semua peserta bersedia dan memimpin aktiviti ini.
i. Kerutkan dahi.
ii. Pejam dan buka mata
iii. Dongakkan kepala ke belakang sejauh yang mungkin dan rasakan ketegangannya pada leher.
iv. Tundukkan kepala ke bawah hingga dagu mencecah dada dan angkat semula kepala.
v. Tarik nafas panjang-panjang
vi. Duduk dengan selesa.2. Fasilitator mengedarkan lampiran Ada Udang Sebalik Mee 1.
3. Fasilitator membimbing perbincangan seperti contoh berikut :
a. Apakah tujuan membaca ?
b. Bagaimana cara membaca petikan ?
4. Peserta mencatat jawapan di lampiran Ada Udang Sebalik Mee 1 .
5. Fasilitator mengedarkan borang pengurusan grafik bacaan lampiran AUSM 2 dan lampiran AUSM 3 .
6. Peserta diminta menyiapkan tugasan.
7. Setelah semua peserta siap , fasilitator membimbing perbincangan jawapan kertas kerja dan borang pengurusan grafik.
8. Fasilitator menulis jawapan di papan tulis berpandukan lampiran Ada Udang Sebalik Mee 4.
9. Aktiviti ini boleh diulang semula . Fasilitator digalakkan mencari teks yang sesuai.
10. Fasilitator merujuk lampiran AUSM 5 untuk membimbing peserta cara membaca yang berkesan.
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas setelah melalui aktiviti ini.
2. Fasilitator meminta pendapat peserta ;
a. Adakah cara ini memudahkan mereka mencari maklumat.
b. Adakah cara ini boleh membantu peserta memahami petikan.
c. Adakah peserta dapat membuat catatan berdasarkan format pengurusan grafik bacaan.
3. Fasilitator menerangkan bahawa borang pengurusan grafik penting bagi peserta mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam petikan kerana setiap penulisan itu ada tajuk , pendahuluan , isi penting dan kesimpulan.
4. Peserta juga boleh menggunakan cara ini untuk menulis karangan.
FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;
1. Pembacaan yang sistematik dapat memberikan banyak maklumat.
2. Membaca sumber ilmu.
( Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 1 )
KERTAS KERJA ( A )Apakah tujuan anda membaca ?
1.
2.
3.
4.
...
KERTAS KERJA ( B )
Bagaimanakah anda membaca sesuatu petikan ?
1.
2.
3.
4.
5.
6.7
8.
9.
10.
( Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 2 )
BORANG PENGURUSAN GRAFIK BACAAN
ISI-ISI PENTING
PENYATAAN
KESIMPULAN
( Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 3 )
BACA PETIKAN BERIKUT DENGAN TELITI( Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 4 )
Panduan fasilitatorBORANG PENGURUSAN GRAFIK BACAAN
ISI ISI PENTINGPENYATAAN
1. Ciri-ciri udara
2. Alat-alat kegunaan harian
3. Kandungan gas dalam udara
4. Oksigen sangat penting kepada benda hidup
5. Karban dioksida
Angin yang tidak dapat bergerak
Boleh dirasa
Mempunyai kuasa tekanan
Picagari
Penyembur racun serangga
Pam
Penyedut minuman
Oksigen
Karban dioksida
Nitrogen
Untuk respirasi
Untuk membuat makanan
KesimpulanUdara sangat penting dalam kehidupan manusia
( Lampiran Ada Udang Sebalik Mee 5 )
Panduan fasilitatorCARA-CARA MEMBACA
1. Bacaan Kompas
Bacaan secara laju dan fokus kepada perkara-perkara berikut :
Tajuk utama
Pendahuluan
Soalan latihan di akhir bab
Tajuk kecil
Gambar rajah2. Bacaan Kamera
Baca secara laju
Baca keseluruhan bab
Gambar rajah , peta , gambar , jadual3. Bacaan Album
Baca secara sederhana laju
Fokus pada maklumat penting berdasarkan soalan dan latihan di akhir bab
Garis matlamat yang penting menggunakan pen merah4. Bacaan Terancang
Baca perlahan dengan memberi fokus kepada maklumat yang penting.
Hubung kait antara maklumat
Sebut kembali maklumat penting yang telah dibaca.
PETUA-PETUA MEMBACA
1. Tenang - duduk tegak dan bernafas dengan betul
2. Daya tumpuan yang tinggi - Fokus pada apa yang dibaca dan elakkan sebarang gangguan atau kebisingan.
3. Kedudukan buku - 46 cm hingga 60 cm dari mata.
4. Gerakkan mata - kepala tidak bergerak , gunakan jari telunjuk untuk membaca dan baca maklumat penting.
5. Perkataan - baca dengan mengenal bukan mengeja.
6. Kelajuan - semakkan dengan kesukaran bahan yang dibaca.
( Lampiran Ujian Pos )Nama ................................................................................. Tahun
Ujian Pos Program Maju Diri Tahun 5Tandakan X pada kenyataan di bawah yang berkaitan dengan diri anda.
Bil.Kenyataan
YaTidak
1.Saya lebih yakin dengan diri sendiri
2.Saya bersemangat untuk belajar
3.Saya bersedia menerima dan memberi pendapat lain
4.Saya suka berkawan dengan semua orang
5.Saya tahu kelebihan dan kelemahan diri saya
6.Saya tahu kepentingan dan kebaikan bekerjasama
7.Saya memahami teknik membaca secara berkesan
8.Saya boleh mengingat pelajaran dengan baik
9.Saya tidak akan membelanjakan semua wang saku saya
10.Saya tahu menguruskan masa dengan baik
11.Saya tahu menggunakan peta minda
12.Saya faham perasaan orang lain
13. Saya tahu menjaga keselamatan diri
14.Saya boleh mengingat dengan baik
15.Saya ada matlamat semasa belajar
PROGRAM MAJU DIRI ( PMD )
TAHUN 61. TAKLIMAT PMD TAHUN 6MASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
1.1 Pastikan lokasi untuk menjalankan program telah disediakan dan selesa.
1.2 Menerangkan mengenai Program Maju Diri (PMD ).
1.3 Maklumkan mengenai tentatif PMD Tahun 6 kepada peserta.
1.4 Mengingatkan peserta tentang disiplin ketika menyertai program.
1.5 Memperkenalkan fasilitator PMD Tahun 6.
1.6 Menjelaskan program ini adalah untuk meningkatkan IQ , EQ dan SQ
setiap peserta agar menjadi insan cemerlang , gemilang dan terbilang.
2. UJIAN PRABAHAN : Lampiran Ujian PraMASA : 15 minitPESERTA : Semua peserta
TEMPAT : Kelas / dewan
KAEDAH PELAKSANAAN
2.1 Kertas ujian rujuk ( Lampiran Ujian Pra )
2.2 Fasilitator boleh membimbing peserta ketika menjawab.
2.3 Kertas ujian perlu dikutip untuk penilaian setelah ujian pos.
(Lampiran Ujian Pra)
Nama :
Tahun :
Ujian Pra Program Mjau Diri Tahun 6Sila jawab dengan jujur kenyataan 1 15 dengan membulatkan mengikut skala berikut:
1 - Tidak setuju
2 - Kurang setuju
3 - Tidak pasti
4 - Setuju
5 - Sangat setuju
Bil.Kenyataan
Skala
1.Saya yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi masalah.
1 2 3 4 5
2.Saya berani menyuarakan pandangan sendiri.
1 2 3 4 5
3.Saya berjaya membentuk satu nilai murni selepas mengikuti Program Motivasi Insan Gemilang.
1 2 3 4 5
4.Saya tahu menguruskan diri dengan lebih sempurna.
1 2 3 4 5
5.Saya dapat menentukan matlamat ke arah kecemerlangan
1 2 3 4 5
6.Saya menyedari setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri.
1 2 3 4 5
7.Saya tahu cara belajar yang betul.
1 2 3 4 5
8.Saya memahami bahawa semangat kerjasama membawa kejayaan yang menyeluruh.
1 2 3 4 5
9.Saya dapat mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.
1 2 3 4 5
10.Saya mengetahui pentingnya membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.
1 2 3 4 5
11.Saya menyedari bahawa belajar memerlukan tumpuan dan pengamatan yang mendalam.
1 2 3 4 5
12.Saya dapat menguasai kemahiran untuk menjadi pendengar yang baik.
1 2 3 4 5
13.Saya berjaya mengingat sesuatu perkara dengan lebih pantas.
1 2 3 4 5
14.Saya tahu menyesuaikan pilihan kerjaya dengan kemampuan diri.
1 2 3 4 5
15.
Saya mengetahui kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya.
1 2 3 4 5
JUMLAH
3. DITELAN MATI EMAK , DILUAH MATI BAPAK
MATLAMAT : Menyelesaikan masalah dengan daya fikiran kreatif.OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat ;
1. Pantas menangani sesuatu masalah dengan kreatif.
2. Mengamalkan sikap tenang dan sabar dalam membuat keputusan.
BAHAN : Lampiran DMEDMB , alat tulis.MASA : 60 minitPESERTA : semua pesertaTEMPAT : Kelas atau tempat yang sesuai
KAEDAH PELAKSANAAN :1. Fasilitator mengedarkan lampiran DMEDMB ( kenderaanku ) kepada semua ahli kumpulan.
2. Peserta diberi masa untuk berbincang dan menuliskan jawapan.
3. Fasilitator meminta setiap ahli membacakan jawapan dan berbincang tentang jawapan mereka.
4. Fasilitator hendaklah sentiasa memberi galakkan supaya peserta memberikan pendapat.
5. Fasilitator hendaklah memerhatikan tindak balas peserta lain ketika jawapan dibacakan ( kemungkinan mengejek jawapan peserta lain ).6. Fasilitator hendaklah sentiasa mengawal keadaan.
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta peserta memberikan maklumbalas tentang perasaan dan
pengalaman melalui aktiviti ini.
2. Fasilitator boleh mengemukakan jawapan yang paling sesuai sekiranya tiada jawapan yang rasional.
3. Semua jawapan daripada peserta adalah betul jika rasional dan sesuai.
4. Panduan kepada fasilitator :
Jawapan kempiskan sedikit keempat-empat tayar bas tersebut supaya bas tersebut boleh melalui jejantas itu. FALSAFAH
1. Jika berusaha setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya.
2. Hormati pendapat dan pandangan orang lain.
3. Alam remaja penuh cabaran , setiap orang harus mempunyai fikiran yang terbuka , bertenang dan bersikap sabar.4. Menempuh perjalanan hidup hendaklah berlandaskan kepada undang-undang dan agama. ( Lampiran DMEDMB )
KENDERAANKU
Sebuah bas telah tersekat di sebuah jejantas yang ketinggiannya tidak sesuai untuk dilalui.Bumbung bas tersebut 1 cm lebih tinggi daripada jejantas itu.Hanya bas tersebutlah kenderaan yang ada untuk meneruskan perjalanan yang jauh. Bagaimana anda hendak melepaskan bas tersebut dari tersekat ?
Jawapan :
.
.
.
.
4. MARI KITA BELAJAR
MATLAMAT : Pendedahan Belajar Cara Belajar
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat :
1.Mengetahui tentang kesesuaian cara belajar mereka.
2.Membaiki cara belajar yang lebih berkesan.
3.Bertindak mengubah cara belajar yang betul.
BAHAN : Lampiran Mari Kita Belajar 1 , 2 dan 3 MASA : 60 minit
PESERTA : Semua pesertaTEMPAT : Dewan/kelasKAEDAH PELAKSANAAN :1. Fasilitator menanyakan beberapa soalan secara umum, umpamanya :
Contoh :
- Bagaimana anda belajar bagi menghadapi UPSR tahun ini ?
- Bilakah waktu anda belajar ?
- Cara bagaimanakah yang selalu anda amalkan ketika belajar ?Catatkan semua maklumat yang diperolehi di papan tulis.
2. Fasilitator mengedarkan lampiran Mari kita Belajar 1 kepada setiap peserta
3. Fasilitator memberikan taklimat cara menjawab Inventori Tabiat Belajar.
Masa tidak melebihi 15 minit.
4. Setiap peserta akan mengira skor yang mereka perolehi.Peringkat awal akan didapati beberapa orang peserta merasa seronok kerana memperolehi skor yang tinggi.5. Fasilitator akan membacakan interpretasi skor tahap belajar berpandukan lampiran Mari Kita Belajar 2 ( panduan fasilitator ) kemudian menghuraikan keterangan tentang tabiat belajar dari skor yang didapati.
6. Fasilitator membuat semakan semula tentang cara tabiat belajar yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang pelajar yang inginkan kecemerlangan.Panduan fasilitator :Seperti soalan no. 1 pelajar sepatutnya menjawab A dan mereka tidak boleh menyukai sesuatu matapelajaran kerana guru atau sebagainya. Pelajar perlu bertindak berasaskan keperluan dengan matlamat yang diingini.Seterusnya sehingga no. 25.
RUMUSAN
1. Fasilitator meminta peserta memberikan maklumbalas tentang perasaan dan pengalaman setelah melalui aktiviti ini.
2. Fasilitator meminta supaya semua peserta jangan putus asa . Mereka masih ada masa untuk belajar dengan cara yang betul.3. Fasilitator menjelaskan bahawa setiap pelajar yang ingin berjaya dengan cemerlang mereka perlu sanggup berubah dari keadaan yang biasa dan menerima sebarang pembaharuan walaupun ianya tidak digemari dan membosankan.
4. Ketidak selesaan itu hanya suatu yang sementara tetapi setelah mendapat hasil yang diusahakan ,segala titik peluh yang telah dilakukan akan menjadi sesuatu yang dikagumi.5. Setiap pelajar sepatutnya belajar cara belajar.
6. Pilih masa yang sesuai untuk belajar , rujuk lampiran Mari Kita Belajar 3 . FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini :1. Setiap kecemerlangan yang dikagumi terhasil dari usaha yang berterusan.
2. Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
3. Usaha yang penuh semangat tanpa mengenal putus asa.
( Lampiran Mari Kita Belajar 1 )Nama :Tahun : INVENTORI BELAJAR
Berikut senarai 25 item tentang tabiat belajar.Fikirkan dengan mendalam setiap item.Jika item ituamat tidak bertepatan dengan diri anda, bulatkan nombor di ruangan sebelah kiri (A).Jika item itu amat bertepatan dengan diri anda maka bulatkan nombor di sebelah kanan (C).Sekiranya tabiat belajaranda di antara dua pilihan tersebut maka bulatkan nombor yang di tengah (B).Jumlahkan semua nombor yang telah dibulatkan bagi mendapatkan skor anda.BilPernyataan Tentang Tabiat Belajar
(A)(B)(C)
TABIAT UMUM BELAJAR
1Saya tidak akan belajar pelajaran yang saya tidak suka123
2Saya selalu gunakan kefahaman dalam sesuatu pelajaran untuk membantu mempelajari pelajaran lain321
3Saya lebih suka menonton televisyen daripada belajar123
4Saya dapati sukar untuk belajar dengan sepenuh perhatian123
5Saya suka belajar bersama kawan-kawan123
KONSENTRASI/TUMPUAN
6Saya gemar belajar di tempat yang sunyi321
7Saya suka berkhayal semasa belajar123
8Saya gemar bertangguh untuk mula belajar 123
9Saya susah untuk memberi tumpuan semasa belajar123
10Saya perlukan mood yang baik untuk belajar123
PENGURUSAN MASA
11Saya tidak boleh belajar mengikut jadual123
12Saya banyak membuang masa dengan perkara yang tidak penting123
13Saya selalu mendapati masa belajar tidak mencukupi123
14Saya akan pastikan tarikh/masa untuk menghantar sesuatu tugasan321
15Saya menyiapkan tugasan yang penting terlebih dahulu.321
MEMBACA DAN MENGAMBIL NOTA
16Saya buat kesimpulan apa yang telah saya pelajari321
17Saya menghadapi masalah tidak cukup masa untuk membuat ulangkaji123
18Saya menyusun nota-nota dengan rapi321
19Saya dapati sukar untuk mencatat nota di dalam kelas123
20Saya cuba membaca semua pelajaran seberapa segera yang boleh.123
PEPERIKSAAN
21Saya berasa takut dan sering tidak dapat menjawab dengan baik.123
22Saya berfikir dan merancang sebelum menjawab sesuatu soalan.321
23Saya menyiapkan lebih awal dan hantar kertas jawapan sebelum masa tamat.123
24Saya merancang pembahagian masa bagi setiap soalan sebelum menjawab.321
25Saya menjawab setiap soalan berpandukan nota-nota yang telah saya sediakan.321
JUMLAH SKOR SAYA: TAHAP BELAJAR : ( Lampiran Mari Kita Belajar 2 )
Panduan fasilitatorINTERPRETASI SKOR TAHAP BELAJARSKOR
TAHAP BELAJAR
25 - 30Tabiat belajar cemerlang. Anda pasti akan memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang, insyaAllah. Kekalkan tabiat anda itu.
31 - 40Tabiat belajar baik. Tumpukan kepada mana-mana aspek yang lemah.
41 - 50Tabiat belajar sederhana. Masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki tabiat belajar anda.
51 75
Tabiat belajar lemah. Perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tabiat belajar agar anda tidak kecewa.
( Lampiran Mari Kita Belajar 3 )
Panduan fasilitatorKajian oleh pakar otak telah menemui bahawa badan dan otak kita mempunyai cara kerja yang unik. Pakar-pakar otak telah membuat kesimpulan mengenai kerja-kerja yang harus dilakukan untuk menyesuaikan diri dengan gaya kerja otak dan badan kita. Penemuan yang didapati seperti di bawah .WaktuAktiviti
0600-0800
Otak baru bangun dari istirehat atau tidur dan mula mengeluarkan rembesan-rembesan hormon. Otak mula segar.
0900-1200Pada waktu ini otak kita berada dalam keadaan yang cepat berfikir . Ini merupakan waktu yang sesuai untuk membuat keputusan terutamanya menyelesaikan masalah.
1300
Waktu ini keadaan otak berada dalam keadaan penat . Suhu badan kita akan jatuh dan waktu ini sesuai untuk berehat atau tidur siang.
1500Waktu ini saraf sakit kita berada pada tahap yang rendah .kita akan merasai kesakitan pada tahap yang paling rendah . Oleh itu pakar otak menyarankan waktu ini paling sesuai untuk menemui doktor gigi.
1600-1800
Waktu ini otot kita sangat panas dan berada pada tahap yang paling kuat. Kebanyakkan rekod olahraga dicipta pada waktu ini.
1900-2100Kebanyakkan manusia akan memerlukan waktu rehat kerana telah bekerja sepanjang hari. Namun , pada waktu ini organ manusia yang paling aktif ialah hempedu.
0100-0300
Waktu ini sebaik-baiknya tidur kerana badan dan otak kita terlalu penat.
Oleh itu anda pilihlah waktu yang paling sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.
5. KAIL PANJANG SEJENGKALHENDAK DIDUGA LAUTAN DALAM
MATLAMAT : Membuat persediaan untuk mencapai cita-cita dan ada matlamat
hidup.OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini murid dapat;
1. Mengenalpasti bidang kerjaya yang ingin diceburi.
2. Mengetahui kelayakan yang diperlukan bagi kerjaya
tersebut.
3. Menanamkan azam dan motivasi ke arah merealisasikan
cita-cita tersebut.BAHAN : Lampiran KPSHDLD 1 dan 2MASA : 60 minitPESERTA : Semua peserta TEMPAT : Dewan / kelas atau tempat yang sesuaiKAEDAH PELAKSANAAN :1. Fasilitator meminta peserta menyebut jenis-jenis pekerjaan yang mereka tahu.
2. Fasilitator mengedarkan Lampiran KPSHDLD 1 ( Senarai Jenis Pekerjaan ) , peserta dikehendaki mengisi berdasarkan pekerjaan yang paling mereka sukai mengikut urutan.
3. Peserta diminta membaca senarai pekerjaan yang telah mereka catat.
4. Fasilitator kemudian mengedarkan Lampiran KPSHDLD 2 ( Kerjaya Impian ) , peserta dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan.
5. Fasilitator kemudian membimbing perbincangan Lampiran Kerjaya Impian yang telah disiapkan oleh peserta.
6. Perbincangan berkaitan ;
Kerjaya yang dipilih
Penerangan mengenai kerjaya yang dipilih
Sebab-sebab memilih kerjaya tersebut
Persediaan untuk mencapai kerjaya tersebut.
Kelulusan untuk mencapai kerjaya tersebutRUMUSAN1. Peserta diminta memberi maklum balas mengenai aktiviti yang telah mereka lalui.
2. Setiap orang hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya.3. Fasilitator menyatakan keperluan kepada kejayaan di dalam peperiksaan merupakan faktor utama bagi mencapai cita-cita.
FALSAFAH
Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ; 1. Cita-cita perlu ditanam di dalam diri setiap orang.
2. Cita-cita perlu diiringi dengan kerajinan bagi mencapainya.
3. Pekerjaan yang baik akan didapati hasil kecemerlangan di dalam pelajaran.
4. Pekerjaan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna pada masa hadapan.
( Lampiran KPSHDLD 1 )SENARAI JENIS PEKERJAAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10
( lampiran KPSHDLD 2 )KERJAYA IMPIAN1. Kerjaya yang diimpikan 2. Kerjaya ini ialah :
1. ..
2. ..
3. .
3. Sebab-sebab kerjaya ini menjadi impian :
1.
2.
3.
4. Persediaan untuk mencapai kerjaya impian :
1. .
2. .
3. .
4. .
5. .
5. Kelulusan untuk mencapai kerjaya impian :
1. .
2. .
3. ..
( Lampiran Ujian Pos)Nama : Tahun :.Ujian Pos Program Maju Diri Tahun 6Sila jawab dengan jujur kenyataan 1 15 dengan membulatkan mengikut skala berikut:1 - Tidak setuju
2 - Kurang setuju
3 - Tidak pasti
4 - Setuju
5 - Sangat setuju
Bil.Kenyataan
Skala
1.Saya yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi masalah.
1 2 3 4 5
2.Saya berani menyuarakan pandangan sendiri.
1 2 3 4 5
3.Saya berjaya membentuk satu nilai murni selepas mengikuti Program Motivasi Insan Gemilang.
1 2 3 4 5
4.Saya tahu menguruskan diri dengan lebih sempurna.
1 2 3 4 5
5.Saya dapat menentukan matlamat ke arah kecemerlangan
1 2 3 4 5
6.Saya menyedari setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri.
1 2 3 4 5
7.Saya tahu cara belajar yang betul.
1 2 3 4 5
8.Saya memahami bahawa semangat kerjasama membawa kejayaan yang menyeluruh.
1 2 3 4 5
9.Saya dapat mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.
1 2 3 4 5
10.Saya mengetahui pentingnya membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.
1 2 3 4 5
11.Saya menyedari bahawa belajar memerlukan tumpuan dan pengamatan yang mendalam.
1 2 3 4 5
12.Saya dapat menguasai kemahiran untuk menjadi pendengar yang baik.
1 2 3 4 5
13.Saya berjaya mengingat sesuatu perkara dengan lebih pantas.
1 2 3 4 5
14.Saya tahu menyesuaikan pilihan kerjaya dengan kemampuan diri.
1 2 3 4 5
JUMLAH
Udara ialah angin yang tidak bergerak. Lapisan udara di sekeliling bumi dinamakan atmosfera .Udara sentiasa terdapat di sekeliling kita . Udara tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasa. Udara juga mempunyai kuasa tekanan . Tekanan udara bertindak ke semua arah .
Berdasarkan ciri-ciri inilah manusia telah mencipta beberapa jenis alat untuk kegunaan harian seperti picagari , penyembur racun serangga , pam , penyedut minuman dan lain-lain lagi.
Dalam udara terkandung gas , air , habuk dan asap. Antara gas-gas yang terkandung dalam udara ialah oksigen , karbon dioksida dan nitrogen . Oksigen dalam udara sangat penting kepada semua benda hidup.
Oksigen ini digunakan oleh benda-benda hidup untuk melakukan respirasi.Karban dioksida pula digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.