Latihan Kata Adjektiffjr

Post on 25-Dec-2015

241 views 1 download

description

n mg

Transcript of Latihan Kata Adjektiffjr

PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)

Latihan Kata Adjektif

Latihan Kata Adjektif  (Latihan Objecktif untuk Kata Adjektif)

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :

1.       Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.

A.      hodoh B. lusuh C. cantik D. indah

2.       Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.

A.      tumpul B. baharu C. tajam D. panjang

3.       Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.

A.      jauh B. dekat C. hampir D. samping

4.       Rasa peria itu __________ seperti hempedu.

A.      manis B. masam C. pahit D. masin

5.       Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.

A.    gopoh              B. lampat         C.cepat                       D. cerma

PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)

6.       Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan

masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat

mereka.

A.      gembira B. degil C. peramah D. berahi

7.       Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan

sesiapa saja.

A.      degil B. peramah C. gopoh D. jelita

8.       Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.

A.      cantik B. jelita C. indah D. dingin

9.       Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.

A.      indah B. jelita C. tegap D. lusuh

10.   Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________ untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.

A.      tegak B. gopoh C. tegap D. cantik

11.   Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________ semasa

memotong sayuran atau daging

A.    tumpu             B. lumpur        C. tumpuh       D. tumpul

12.   Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.

A.      masin C. manis C. masam D. pahit

PUSAT TUISYEN SINARAN INTENSIF (PTSI)

13.   Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan

robot ___________ untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.

A.    halus               B. kasar           C. hodoh         D. gopoh

14.   Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.

A.    tenang             B. gopoh          C. biru             D. lumpur

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :

15.   Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .

A.    bujur                B. lonjong        C. bulat            D. segi empat 

Jawapan : 1.B 2.C 3.A 4.C 5.A 6.B 7.B 8.C 9.B 10.C 11.D 12.C 13.A 14.A 15.B