Post on 06-Aug-2015
Latihan Ringkasan 1
Punca-punca Tekanan Dalam Kehidupan
Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca
tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.
Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi
lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat
sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat
semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.
Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam
hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan
bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat
bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.
Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut
membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan
manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis
bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang
melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan
pengangguran.
Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan
terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati . Melainkan peperangan, krisis dan
skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini,
semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya
mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya,
gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.
Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami
dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut.
Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan
keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.
Pemahaman :
1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?
2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?
3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?
Latihan Ringkasan 2
Punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja
By MAB on 23/01/2011
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasantentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan
remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang
luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini
semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
fenomena ini semakin berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana
para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang
bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung
tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk
mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali
gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.
Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada
pergaulan bebas dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa
pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-
anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak
dapat dibeli dengan wang. Ada segelintir remaja pula mengambil jalan
mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak
melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya
perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan
antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul
dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para
remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu
mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.
Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-
guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk
peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang
bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang
dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga
patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri
dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama
haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini
amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan
baik. Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik
dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara
suatu hari nanti.
Bahagian A (ii) Pemahaman
1. Berikan maksud tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2
markah]
2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung
gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah]
3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang
patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini?
[4markah]
Latihan Ringkasan 3
Langkah-langkah untuk menggalakkan kitar semula
By MAB on 16/01/2011
Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh
kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam
sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada
setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula
sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang
banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak. Selaras dengan
pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil
langkah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai
seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set
tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk
bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik
dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah,
program kitar semula juga bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.
Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan
dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang
dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran
kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan
terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang
berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa
galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang
digunakan untuk kitar semula. Selain pihak kerajaan, pihak swasta
digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya,
mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula
sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat
juga menjimatkan penggunaan bahan mentah.
Bahagian A(ii): Pemahaman
1. Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. [2
markah]
2. Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? [4 markah]
3. Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada
seluruh masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku?
[4 markah]
Latihan Ringkasan 4
Kesan-kesan pengambilan minuman beralkohol
By MAB on 16/01/2011
Bahagian A (i): Ringkasan (20 markah)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan
tentang kesan pengambilan minuman beralkohol. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan.
Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh
memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama
Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras. Jika wanita hamil
minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut
terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit
sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam
tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan
kesihatannya. Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka
tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan
menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu.
Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus
menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga
boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah
keluarga itu ada pemabuk.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum
arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan
mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah
berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab
minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan
mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika
tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan
wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup
dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol. Seterusnya,
masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat
diatasi.
Bahagian A (ii): Pemahaman (10 markah)
1. Berikan maksud hilang keupayaan berfikir dalam petikan. [2 markah]
2. Apakah kebaikan-kebaikannya jika kerajaan mengharamkan penjualan
dan pengedaran arak di seluruh negara? [4 markah]
3. Masih ramai rakyat Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol
walaupun mereka mengetahui bahawa minum minuman beralkohol memberi
kesan buruk kepada kesihatan. Pada pandangan anda mengapakah keadaan
ini berlaku?
Latihan Ringkasan 5
Kelebihan bayi yang menyusu susu ibu
By MAB on 16/01/2011
Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang kelebihan bayi yang menyusu susu ibu.
Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Kelahiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga diibaratkan sebagai
menerima anugerah yang paling berharga. Dalam hal ini, susu ibulah yang
dapat dihadiahkan kepada bayi sebagai minuman yang paling mujarab. Susu
ibu merupakan susu yang paling baik untuk bayi. Oleh itu, menyusukan bayi
sudah diterima sebagai satu kaedah terbaik untuk tumbesaran anak-
anak. Banyak kelebihan apabila seseorang bayi menyusu susu ibu
berbanding dengan susu tepung. Antara kelebihan bayi yang menyusu susu
ibu ialah bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot
muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu tepung
dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk
puting botol susu. Kesannya, tulang pipi akan menonjol keluar dan muka
bayi akan kelihatan tidak seimbang. Ada juga sesetengah bayi yang alergi
kepada susu lembu tepung sehingga boleh menimbulkan masalah kesihatan,
perkembangan terbantut dan alahan berbanding dengan kandungan susu
ibu yang terbaik untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi bayi.
Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif terhadap perkembangan
rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat
ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah
bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu wajah bayi akan kelihatan
lebih cantik dan menawan.
Dari sudut psikologi pula, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan
yang erat antara ibu dengan anak. Selain itu, risiko ibu tidak untuk
menghidap penyakit serius seperti barah payu dara dan barah ovari adalah
tipis, tambahan pula ibu yang menyusukan bayi juga akan kembali langsing
kerana ibu tersebut dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah
selepas bersalin. Sebenarnya susu ibu sangat berharga dan tidak ada galang
ganti. Ibu yang menyusukan bayi sudah tentu dapat menjimatkan wang.
Oleh sebab itu, ibu-ibu digalakkan supaya menyusukan bayi masing-masing
tanpa ragu-ragu.
Bahagian A (ii): Pemahaman
1. Berikan maksud anugerah yang paling berharga dalam petikan. [2
markah]
2. Mengapakah menyusu susu tepung menggunakan susu botol tidak
baik bagi bayi? [4 markah]
3. Kini semakin kurang ibu-ibu yang menyusukan bayi. Pada pendapat
anda Mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
Latihan KBBR 1
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar
yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Latihan KBBR 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang la
ngkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut.
Panjang huraian anda tidak boleh melebihi 120 patah perkataan.
PENJAGAAN KESIHATAN
Latihan KBBR 3
Berdasarkan iklan di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah mencegah penyakit INFLUENZA A (H1N1). Panjangnya
huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Latihan KBBR 4Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang jenis-
jenis makanan seimbang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan
Latihan KBBR 5
Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna
bijak. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Latihan KBBR 6
Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah
pembiakan nyamuk Aedes. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Latihan KBBR 7Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda
tentang kebaikan Citra Rasa Malaysia. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Latihan KBBR 8Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah memupuk kasih sayang terhadap warga tua. Panjangnya huraian
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.