Post on 06-Jun-2019
PROGRAM KOIR KOD TANGAN
KEPUTUSAN UPSR 2011
NOV/DIS 2011
Tahun 4 Bilangan
33
eramai 10 orang murid SKPKBP telah terlibat dengan Pertandi-ngan Koir Kod Tangan peringkat kebangsaan yang diadakan di
Ipoh Perak. Program yang turut disertai beberapa orang murid dari Kelas Integrasi Bermasalah Pendengaran dari SMK Dato Syed Esa itu telah dibimbing oleh Guru Muzik, Cik Balqish bt Selamat. (abk_103)
Kandungan :
Tinta SpeEd 2
Sidang Redaksi 2
1 masuk 1 keluar 2
Lensa SKPKBP 3
Info Speed 8
Sayonara SKPKBP 7
Galeri SKPKBP 2011 4 & 5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA TEMPURUNG
Peserta lawatan bergambar bersama Guru Besar SKPK Ipoh, En Abdul Rahman b Mohd Said (kiri sekali) semasa menginap di sekolah tersebut pada hari pertama lawatan.
BERITA & LAGI GAMBAR DI HALAMAN 2 & 3
ebih baik berbanding tahun sebelumnya. Walaupun tidak mendapat keputusan yang baik atau cemerlang seperti yang diharapkan dalam setiap mata pelajaran, kedua-dua calon
UPSR 2011 secara keseluruhannya telah mengurangkan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) berbanding UPSR 2010. Tahniah untuk semua. (abk_103)
Page 2
BULETIN SPEED
Assalamua’laikum & Salam Sejahtera..
Mungkinkah ini Buletin terakhir..??. Segalanya bergantung kepada pentadbiran sekolah yang menentukan Buletin masih diperlukan atau tidak. Bagi diri penulis, penerbitan buletin yang kini berada pada edisi ke –33 adalah amat bermakna, sementahan pula ianya bakal memasuki Tahun ke-5 pada tahun hadapan. Namun, secara peribadi, ianya sudah tidak ada ‘aura’nya lagi sejak pencetus idea Buletin ini iaitu mantan GB SKPKBP yang lalu berhijrah ke SKPK Melaka. Namun sebagai penjawat awam, tugasan yang diamanahkan perlu dijalankan dengan penuh amanah dan profesional. Semoga Buletin SpeEd kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kita khususnya maklumat untuk ibubapa.. Sekian. Selamat Membaca....!
Buletin Speed Nov/Dis 2011
PENGERUSI Pn Hamidah bt Ahmad Sahal
NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor
EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron ( abk_@hotmail.com )
PENGARANG Pn Rodhiha binti Maarof Pn Norhafizah binti Nordin Pn Maznah binti Abu Bakar
JURUFOTO En Kevin Mak Wai Kim En Mohammad Saffri bin Hamali
PENERBIT Pusat Sumber SK PKBP, Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim. Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : jba0093@gmail.com
Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.
CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir
ebelah petang, peserta lawatan dibawa melawat ke Pusat Pembuatan Tembikar di Sayong, Kuala Kangsar. Di sini, peserta berpeluang
untuk mencuba menuang tanah liat yang telah diban-cuh ke dalam acuan bagi membentuk tembikar. Para peserta juga tidak melepaskan peluang membeli pel-bagi jenis tembikar serta periuk tanah sebelum meneruskan perjalanan ke SKPK Ipoh. (rodhiha)
MELAWAT PUSAT PEMBUATAN TEMBIKAR
eramai 15 orang murid diiringi 9 orang guru termasuk PPM telah mengikuti lawatan ke Gua Tempurung pada 23 Oktober lalu. Peserta mula
bertolak dari SKPKBP pada 10 malam 22 Oktober dan tiba di lokasi lawatan pada pukul 9 pagi. Takli-mat telah diberi oleh pemandu arah sebelum mema-suki gua tersebut. Lawatan di tempat tersebut bera-khir 11 pagi sebelum beredar ke destinasi lain. (rodhiha)
MELAWAT KE GUA TEMPURUNG
MELAWAT CAMERON HIGHLAND
KPKBP menerima seorang ustaz yang baru menamat-kan kursus perguruan dari IPG di Kuala Lumpur. Ustaz Ikmal Hisham bin Shamsuddin berasal dari
Kuala Lumpur telah melapor diri di SKPKBP pada 20 Okto-ber 2011 yang lalu. Sementara itu, guru prasekolah SKPKBP pula telah berpindah ke Kuala Lumpur mulai Januari 2012. Maj-lis perpisahan anjuran Kelab KELUARGA buat Pn Rodhiha bt Ma’rof yang berasal dari Segamat telah diadakan pada 8
November 2011 yang lalu. Pn Rodhiha mula berkhidmat di SKPKBP pada 21 Feb 2007. Beliau adalah antara editor Buletin Speed sejak mula diterbitkan 4 tahun yang lalu. (abk_103)
SATU masuk SATU keluar
elepas bermalam di SKPK Ipoh, peserta telah meneruskan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Pelbagai tempat menarik telah dikunjungi anta-
ranya seperti Bee Farm, kebun strawberi Al-Mansoor di Brinchang, kebun MARDI dan menginap di “Asli Lodge” di Perkampungan Orang Asli di Sungai Loi. Perjalanan pulang keesokannya menuruni Cameron Highland singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskan-dar sebelum pulang ke selatan tanah air. (rodhiha)
Dari HALAMAN 1
Page 4
BULETIN SPEED
11.01.2011 LAWATAN KE PUSAT PERTUTURAN KIU KUALA LUMPUR
17.01.2011 MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
12.02.2011 LARIAN PERDANA MAHKOTA
11.03.2011 MAJLIS PERPISAHAN EN ABD RAHMAN B MOHD SAID
01.04.2011 EN HAMIDI B SELAMAT DILANTIK MEMANGKU GPK1
19.04.2011 LATIHAN KAWAD KEBAKARAN
23.04.2011 GOTONG ROYONG BUMI HIJAU
28.04.2011 PROGRAM MOTIVASI UPSR
Page 5
NOV/DIS 2011 Tahun 4 Bilangan 33
26.02.2011 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)1
03.03.2011 MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
07.03.2011 MAJLIS PERPISAHAN EN ATEH B SALIM
01.04.2011 PN HJH HAMIDAH GURU BESAR DI SKPKBP
17.04.2011 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
06.05.2011 PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DI MERSING
16.05.2011 HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16.07.2011 PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR
Page 7
NOV/DIS 2011 Tahun 4 Bilangan 33
Penggal Cuti & Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I
Hari Persekolahan 04.01.12 31.01.12 20
Hari Persekolahan 01.02.12 29.02.12 21
Hari Persekolahan 01.03.12 09.03.12 7
Cuti Pertengahan Penggal 10.03.12 18.03.12 9
Hari Persekolahan 19.03.12 31.03.12 10
Hari Persekolahan 01.04.12 30.04.12 21
Hari Persekolahan 01.05.12 25.05.12 19
Cuti Pertengahan Tahun 26.05.12 10.06.12 16
TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
Penggal Cuti & Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
II
Hari Persekolahan 11.06.12 30.06.12 15
Hari Persekolahan 01.07.12 31.07.12 22
Hari Persekolahan 01.08.12 17.08.12 13
Cuti Pertengahan Penggal 18.08.12 26.08.12 9
Hari Persekolahan 27.08.12 31.08.12 5
Hari Persekolahan 01.09.12 31.09.12 20
Hari Persekolahan 01.10.12 31.10.12 23
Cuti Akhir Tahun 10.11.12 01.01.13 53
Hari Persekolahan 01.11.12 09.11.12 7
Jumlah 290
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 203
Jumlah Hari Cuti Penggal 87
Mulai awal sesi persekolahan Januari 2012, 3 orang murid SKPKBP (2 orang dari kelas KBSR dan 1 orang
dari kelas KKBP) akan menyambung persekolahan di peringkat menengah di sekolah berhampiran. Semoga mereka semua
Nadja Audra Bte Sidek Mohamad firdaus B Baharudin Nuriana Izati B Roslan
Page 8
Sumber: Abdul Rahim Talib (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur. Jamila K.A. Mohamed, (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd :Batu Caves . ( abk_@hotmail.com )
esan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar ialah seperti berikut:
A. Pengurusan
Kesukaran mengurus masa,ruang dan susun atur. Contohnya,murid tidak membawa alatan ke sekolah mengikut
jadual waktu sekolah atau tidak menghantar tugasan sekolah pada masa yang di tetapkan.
B. Penumpuan
Penumpuan merupakan satu lagi kesukaran yang merentasi kurikulum yang boleh menjejaskan kemajuan murid
dengan teruk.
C. Bahasa
Kebiasaannya,murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan menggunakan per-
kataan,kesukaran menamakan benda,kesukaran untuk mengingat suku kata bagi perkataan-perkataan yang pan-
jang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya juga merentasi kurikulum.
D. Emosi/Tingkahlaku
Pencapaian prestasi yang rendah akan menyebabkan murid merasa rendah diri dan kecewa. Ini boleh mengaki-
batkan masalah tingkahlaku,diikuti dengan pencapaian akademik rendah. Kesannya ialah masalah tingkahlaku
yang lebih teruk,diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu,masalah tingkah-
laku/emosi akan menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan
sebaya.
BULETIN SPEED
KESAN SAMPINGAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAN
Sebahagian gambar ibubapa yang menerima bantuan persekolahan 2012.
( Bah. 33 ) ( Susunan: abk )