Post on 03-Jun-2018
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
1/14
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
2/14
Soalan 4
Berikan huraian yang kritis berkaitan legasi kolonialisme ke atas Agama Islam sebagai satu cara
hidup di kalangan masyarakat Tanah Melayu.
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
3/14
PENGENALAN
Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada
melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disama erti maksud dengan
imperialisme. Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara atas wilayah danmanusia di luar batas negaranya, seringkali untuk mencari dominasi ekonomi dari sumber daya,
tenaga kerja, dan pasar wilayah tersebut. Istilah ini juga menunjuk kepada suatu himpunan
keyakinan yang digunakan untuk melegitimasikan atau mempromosikan sistem ini, terutama
kepercayaan bahwa moral dari pengkoloni lebih hebat ketimbang yang dikolonikan.1Penjajahan
British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk
menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi
pada abad ke-19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-
kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada
mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di
negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis.
Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi
masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Definisi Kolonialisme
Collins English Dictionary mendefinisikan kolonialisme sebagai "kebijakan dan praktek
kekuatan dalam memperluas kontrol atas masyarakat lemah atau daerah." The Merriam-
Webster Dictionary menawarkan empat definisi, termasuk "karakteristik sesuatu koloni" dan
"kontrol oleh satu kekuatan di daerah yang bergantung atau orang-orang ". The Encyclopedia
2.006 Stanford Filsafat "menggunakan istilah 'kolonialisme' untuk menggambarkan proses
penyelesaian Eropa dan kontrol politik atas seluruh dunia, termasuk Amerika, Australia, dan
sebagian Afrika dan Asia." Ini membahas perbedaan antara kolonialisme dan imperialisme dan
menyatakan bahwa "mengingat kesulitan konsisten membedakan antara dua istilah, entri iniakan menggunakan kolonialisme sebagai suatu konsep umum yang mengacu pada proyek
dominasi politik Eropa dari keenam belas hingga abad kedua puluh yang berakhir dengan
gerakan-gerakan pembebasan nasional dari tahun 1960-an ". Dalam pengantarnya untuk
Jrgen Osterhammel yang Kolonialisme: Sebuah Tinjauan Teoritis, Roger Tignor mengatakan,
1id.wikipedia.org/wiki/Kolonialisme
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
4/14
"Untuk Osterhammel, esensi kolonialisme adalah adanya koloni, yang secara definisi diatur
berbeda dari wilayah lain seperti protektorat atau bola informal pengaruh." Dalam buku
tersebut, Osterhammel bertanya, "Bagaimana bisa 'kolonialisme' didefinisikan secara
independen dari 'koloni?'" Ia menempel pada definisi tiga-kalimat: Kolonialisme adalah
hubungan antara mayoritas (atau paksa diimpor) adat dan minoritas penyerbu asing.
Keputusan fundamental yang mempengaruhi kehidupan masyarakat terjajah yang dibuat dan
dilaksanakan oleh penguasa kolonial demi kepentingan yang sering didefinisikan dalam sebuah
metropolis yang jauh. Menolak kompromi budaya dengan penduduk terjajah, penjajah yakin
superioritas mereka sendiri dan mandat mereka dihabiskan untuk memerintah.2
Kolonialisme Dan Respons Muslim Di Tanah Melayu
Respons orang Islam terhadap kolonialisme di Malaysia terartikulasi di dalam dua bentuk
utama. Respons pertama ialah di dalam bentuk gerakan anti-British yang dikepalai oleh
pelbagai kumpulan yang berbeza di kalangan orang Melayu Islam, wujud dan aktif di dalam
waktu yang berbeza, dimotivasikan oleh pelbagai faktor agama dan ekonomi politik tempatan.
Respons kedua boleh dikatakan sebagai yang lebih besar dan signifikan tetapi masih ada kaitan
dengan respons yang pertama tadi, iaitu kemunculan dan pengartikulasian pelbagai bentuk
pertarungan dalaman di kalangan orang Melayu Islam itu sendiri. Impak perubahan governans
daripada KERAJAAN kepada kerajaan yang dipengaruhi oleh penstrukturan semula secara
epistemologi dan ontologi yang diusahakan oleh British adalah sesuatu yang tidak dapat
disangkal lagi telah memainkan peranan besar di dalam respons kedua ini. Terdapat tiga
motivasi utama yang melibatkan pertarungan dalaman iaitu konservatisme, reformisme dan
nasionalisme. Sebahagian daripadanya mempunyai asal mula sosio- sejarah di dalam ideologi
Islam tulen manakala yang lain-lain pula wujud berasaskan kemunculan interaksi yang hebat
dengan suatu meta naratif yang dikenali sebagai moden, yang dibawa oleh kolonialisme British
sebagaimana yang akan dibincangkan berikutnya.3
2id.wikipedia.org/wiki/Kolonialisme
3Transisi Penting Sistem Berkerajaan di Alam Melayu: Kes Malaysia: AZMI AZIZ & MOSTAFA KAMAL MOKHTAR
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
5/14
Kewujudan Gerakan Anti-British
Di Malaysia dan di seluruh kawasan Alam Melayu golongan ulama, iaitu golongan yang
pakar di dalam ilmu keagamaan yang dilatih menerusi pendidikan Islam tradisional,
terutamanya yang mendapat latihan secara tradisional berasaskan oral di institusi-institusipondok, berhadapan dan menentang kedatangan imperialism Barat yang tidak diundang itu.
Penentangan ini terartikulasi di dalam bentuk gerakan anti-kolonial yang dinyalakan oleh
semangat jihad. Pada penghujung kurun ke-18 wujud pelbagai bentuk gerakan anti-British yang
disuburkan oleh semangat ini. Contohnya, ramai sejarawan tempatan berpendapat bahawa
pembunuhan Residen Perak bernama J.W.W. Birch pada tahun 1857 di Pasir Salak, Perak,
secara jelas membuktikan bahawa wujudnya gerakan penentangan yang kuat terhadap
kehadiran British dan sebahagian daripada gerakan ini dimotivasikan oleh idea-idea yang
bersifat keagamaan.4
Sesungguhnya bukanlah sesuatu yang dibesar-besarkan untuk mengatakan bahawa
orang Melayu di Perak, di mana wujudnya banyak sekolah agama, merasakan bahawa
pentadbiran British akan mengancam kedudukan Islam. Harry Ord telah menulis sebuah
memorandum khas pada tahun 1876 yang menjelaskan peristiwa pembunuhan Birch.
Kegelisahan beliau dapat dirasakan apabila beliau menuding jari tanpa sebarang keraguan ke
arah fanatisisme Melayu sebagai sumber penyebab berlakunya penentangan terhadap orang
kafir sebagai musuh, dan di dalam hal ini orang kafir yang dianggap musuh tersebut ialah
secara khusus ditujukan kepada pihak British.
Di Terengganu, gerakan anti-British yang diwarnai oleh semangat jihad menjadi gerakan
yang sangat tersohor pada tahun-tahun 1922, 1925 dan 1928 setelah beberapa orang ulama
terkenal menentang pelaksanaan Undang-undang Tanah Inggeris kerana mereka berpandangan
bahawa undang-undang ini bertentangan dengan Undang-undang Syariah mengenai harta
individu. H.W. Thomson, Residen Perak yang telah dilantik dan ditugaskan untuk mengkaji
pergolakan di Terengganu, telah mengakui wujudnya elemen-elemen Islam yang kuat apabilabeliau mengatakan: Religious feeling has always run very high in Terengganu and it is
probable that the religious leaders made the most of every hardship case.5
4Transisi Penting Sistem Berkerajaan di Alam Melayu: Kes Malaysia: AZMI AZIZ & MOSTAFA KAMAL MOKHTAR
5Ibid.
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
6/14
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
7/14
telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasan
pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British,
Dato Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa,
selain gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan
yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato Bahaman telah dikuasai sepenuhnya
oleh pihak British.7
3. Masalah SosialKolonial British juga telah membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat
tradisional tempatan. British yang berbudaya barat mengamalkan corak pergaulan bebas
di antara jantina, sedangkan masyarakat tempatan khususnya masyarakat tradisional
Melayu yang beragama Islam, hal pergaulan amat sensitif. Keadaan ini kerana ada
jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan
muhrim yang ditetapkan oleh Islam. Situasi ini telah berubah dan diketepikan setelah
Tanah Melayu dijajah oleh British. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
pengaruh pakaian barat yang keterlaluan, tarian barat dan lain-lain telah menjatuhkan
moral masyarakat Melayu. Kawasan bandar telah dianggap sebagai pusat maksiat dan
perkembangan budaya barat yang membawa kemusnahan terhadap orang Melayu.
4. Pendidikan Berunsur PenjajahPada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu
iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujud pelbagai aliran
persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar Inggeris yang cuba memecahkan
perpaduan kaum. Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh
mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluran untuk
mengembangkan agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free
School (1816), Convent, Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolah-sekolah Inggeris
telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada masa itu orang Melayu tidak ramai yang
berpeluang untuk belajar di sekolah tersebut akibat tidak mampu membayar yuran
persekolahan yang begitu mahal.8
7Ibid.
8Ibid.
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
8/14
Kesan-kesan Positif
1. Perkembangan Kegiatan EkonomiPerkembangan ekonomi begitu pesat berlaku di Tanah Melayu berikutan revolusi
perindustrian yang berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi
negara jiran di Eropah untuk menghasilkan barangan industri. Situasi ini menyebabkan
berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti Tanah Melayu.
Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan.
Impak pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan
sistem ekonomi kapitalis yang dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu,
hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan arang batu banyak dikeluarkan.
Pengeluaran emas di Bau, Sarawak misalnya dianggarkan berjumlah 7000 aun setahun
pada tahun 1840-an dengan 700 orang tenaga buruh. Pada tahun 1885, lebih kurang1000 aun emas yang dikeluarkan di Sarawak telah dieksport ke Eropah. Kegiatan
perlombongan emas dan bijih timah serta industri getah dan penanaman padi telah
merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu walaupun tidak seratus peratus
memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan.9
2. Undang-undang TanahUndang-undang tanah yang diperkenalkan turut memberikan keuntungan kepada orang
Melayu. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diperkenalkan oleh British bagi
mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah milik kepada orang asing. Residen
berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak
daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar hak milik. Enakmen Rizab Melayu yang
diluluskan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 memberikan kuasa
kepada residen mengkhaskan kawasan tanah untuk orang Melayu, dianggap sedikit
menyebelahi orang Melayu. Land Order diperkenalkan di Sarawak bagi melindungi tanah
peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha Cina. Turut diperkenalkan ialah Land
Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi. Di Sarawak,
pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan untuk
mengelakkan daripada pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah
9http://yangalim.blogspot.com/2010/10/kesan-kolonialisme.html
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
9/14
campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman. Imigran hanya dibenarkan memiliki
tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. Di Sabah
pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan kaum
peribumi telah diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik kaum
peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Segala urusan jual beli tanah di Sabah
dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk
peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.
Rumusan ringkas di sini, pengenalan undang-undang dan peraturan tanah telah
menyelamatkan tanah milik penduduk peribumi daripada jatuh kepada orang asing.10
3. PendidikanPendidikan Melayu juga dilaksanakan semasa zaman Inggeris. Pendidikan Melayu telah
diberikan secara percuma di peringkat sekolah rendah. Bangunan sekolah, rumah guru,
kakitangan sekolah, peralatan dan buku-buku dibiayai oleh kerajaan Inggeris. Walaupun
gaji guru yang mengajar di sekolah Melayu agak rendah iaitu dari $15 hingga $50
sebulan berbanding $85 hingga $125 bagi guru sekolah Inggeris, bantuan ini telah
memberikan perkembangan kepada sekolah Melayu. Di peringkat menengah pula,
Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 mengikut model
English Grammar School, tetapi khusus untuk anak-anak raja dan pembesar sahaja.
Pada tahun 1938, terdapat 788 buah sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat
(NNS) dan 788 buah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kerajaan Inggeris di NNS
menyediakan peruntukan kepada murid Melayu yang berjaya selepas empat tahun
mendapat pendidikan di sekolah Melayu bagi melanjutkan pelajaran percuma di bawah
Special Malay Class di sekolah Inggeris. Peruntukan ini kemudian diikuti oleh negeri-
negeri lain.11
10Ibid
11Ibid
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
10/14
Pertikaian Antara British Dengan Undang-Undang Islam
Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris dan campur tangannya di
Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan undang-
undang serta menyebarkan agama Kristian di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki PulauPinang dalam tahun 1786, Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824. Setelah itu, dengan
perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati
Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan kecuali dalam hal yang berkait
dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat Residen British ini mestilah diikuti oleh
Sultan, penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor mulai
Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895 di
bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai penasihat di
Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang. Penjajah Inggeris kemudiannya
bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui
Perjanjian Bangkok pada 9hb; Julai 1909.12
Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke
atas keempat-empat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada
Siam . Dalam tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang
demikian sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.
Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam
dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu
(yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan
undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya
dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada
kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.13
Di Terengganu, usaha penjajah Inggeris melaksanakan undang-undang Inggeris dan
mengenepikan undang-undang Islam yang telah dilaksanai di negeri ini bermula dengan
Inggeris menubuhkan Joint Court yang dipengerusikan oleh British Agent bagi membicarakan,
kononnya, kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang Inggeris atau warga negara Inggeris
12http://syariah.terengganu.gov.my/penjajahan.php
13Ibid.
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
11/14
sahaja. Terdapat juga hakim-hakim dari bangsa Melayu yang dilantik bertugas di mahkamah
Joint Court ini. Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang berhubung
dengan kesalahan jenayah dan tuntutan sivil.
Penjajah Inggeris juga telah membuat tanggapan bahawa undang-undang Islam yangada dan berjalan di Terengganu pada ketika itu sebagai "The impractical requirements of
Muhammadan Law" dan sukar dilaksanakan. Penjajah Inggeris berpendapat undang-undang
Islam tersebut perlu digantikan dengan undang-undang Inggeris. Ketika negeri Terengganu di
bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942), atas nasihat Penasihat
Inggeris, beberapa perubahan struktur organisasi dan bidangkuasa Jabatan Agama Islam
Negeri telah dibuat serta perjalanan undang-undang telah diganti dengan undang-undang
Inggeris, kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan undang-undang keluarga
orang-orang Islam.
Kegagalan umat Islam menentang kemasukan undang-undang Inggeris dan
pelaksanaannya di Tanah Melayu ini pada keseluruhannya dan negeri Terengganu khasnya
lelah meninggalkan kesan yang besar ke atas kedudukan undang-undang Islam di negara ini.
Samb
Kedudukan pentadbiran agama dan undang-undang Islam tidak banyak mengalami
perubahan ketika zaman penjajahan Jepun (1942-1945).14
Penjajah Inggeris terus berkuasa di Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia
Kedua. Tindakan Inggeris yang paling berkesan ialah mengubah struktur pentadbiran agama
Islam dan undang-undang Islam yang sedia wujud dengan menubuhkan, di Terengganu, Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, serta membuat undang-undang yang mempunyai
bidangkuasa yang terhad untuk dilaksanakan di Mahkamah Qadi mengikut kehendak penjajah
Inggeris itu sendiri. Undang-undang Inggeris pula dijalankan di mahkamah awam yang mana
bidangkuasanya meliputi ke atas semua orang samada Islam atau pun bukan Islam.Bidangkuasa mahkamah awam ini mengatasi bidangkuasa Mahkamah Qadi, malah jika berlaku
percanggahan antara undang-undang Islam dengan undang-undang Inggeris, walaupun di
dalam kes yang melibatkan orang Islam, maka undang-undang Inggerislah yang dipakai.
Sebelum tahun 1948, Mahkamah Qadi telah diletakkan di dalam struktur kehakiman. Susunan
14http://syariah.terengganu.gov.my/penjajahan.php
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
12/14
Mahkamah-mahkamah untuk pentadbiran undang-undang mal dan jenayah adalah
seperti berikut:
(a) Mahkamah Rayuan
(b) Mahkamah Tinggi
(c) Mahkamah Magistret Kelas Pertama
(d) Mahkamah Magistret Kelas Kedua
(e) Mahkamah Kathi
(f) Mahkamah Penghulu
Dalam tahun 1948, melalui Courts Ordinance, pihak berkuasa British telah menubuhkan
sistem kehakiman (awam) bagi Persekutuan dan telah meninggalkan Mahkamah Qadi. Dengan
yang demikian melalui Courts Ordinance ini Mahkamah Qadi dipisahkan daripada mahkamah
awam.
Sebuah perlembagaan bertulis telah dibuat bagi menjadi dasar pentadbiran Persekutuan
Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan itu berkuatkuasa mulai 1 Febuari 1948.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang
utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan
yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah Malaysia ditubuhkan pada 16
September 1963 , Perlembagaan Persekutuan meliputi Sabah dan Sarawak . Peruntukan Jadual
Kesembilan, Senarai (2) Butiran (1), Perlembagaan Persekutuan memperihalkan bidangkuasa
Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri.15
15http://syariah.terengganu.gov.my/penjajahan.php
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
13/14
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun
ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli
kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Walaupun banyak pertiaian di Antara British denganpenduduk beragama Islam di Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu,
banyak perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan
yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan
sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu bukan
sahaja kepada terkesan kepada penduduk Islam di Tanah Melayu itu, tetapi turut terasa kepada
semua penduduk-penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Namun begitu, tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui
sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek
sosioekonomi.
8/12/2019 Legasi Kolonialisme ke atas Agama Islam
14/14
RUJUKAN DAN BIBILIOGRAFI
Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.
Azman Abdul Manaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru), Kuala
Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin (1998), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya
Melayu Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia (1983) (Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975 1979),
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jackson J. C., (1976), Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang Sedang
Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim, (1984), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia untuk Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Mohammad Redzuan Othman, (2006), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Universiti Malaya:
Penerbit Universiti Malaya.