Post on 06-Feb-2018
1
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA
e-SPC
MANUAL PENGGUNA
2
KANDUNGAN
1. PENGENALAN .......................................................................................................................... 3
2. AKSES e-SPC ............................................................................................................................ 3
3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI......................................................................... 5
4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI ......................................................... 8
5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI .......................................... 11
6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI ......................................................... 12
3
1. PENGENALAN
Sistem Surat Penyelesaian Cukai (e-SPC) merupakan sistem permohonan
surat penyelesaian cukai oleh majikan secara elektronik. Majikan boleh
menghantar borang mengenai pemberitahuan pemberhentian kerja melalui
borang CP22A / CP22B dan borang CP21 pemberitahuan bagi pekerja yang
hendak meninggalkan negara ini.
Sistem ini dibangunkan dalam aplikasi sesawang (web) dan pengguna boleh
mengakses kemudahan sistem ini melalui laman sesawang rasmi Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
2. AKSES e-SPC
i. Majikan perlu menggunakan Sijil Digital e-Filing bagi mengakses e-
SPC
Akses Sistem
ii. Masukkan nombor pengenalan (No. Kad Pengenalan, No. Polis,
No. Tentera atau No. Pasport) dan kata laluan Sijil Digital.
4
iii. Sekiranya berjaya, pengguna perlu memasukkan nombor rujukan
majikan masing-masing (cth : E xxxxxxxxxxx) dan klik butang
‘Semak’ seperti paparan di bawah untuk menyemak dan
menentusah majikan.
Penyemakan no. majikan
iv. Sekiranya nombor rujukan majikan yang betul dimasukkan,
pengguna akan dihubungkan terus ke skrin e-SPC dan maklumat
majikan akan dipaparkan.
Maklumat majikan sekiranya pengguna berjaya masuk
5
3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI
Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama
ada borang CP22A, CP22B atau CP21 melalui menu yang disediakan di
skrin.
i. Pada mana-mana menu, klik pada sub menu ‘Permohonan’.
Menu Sistem e-SPC
ii. Skrin permohonan seperti di bawah akan dipaparkan mengikut jenis
permohonan yang dipilih.
Butir-butir pekerja
iii. Masukkan butir-butir pekerja yang akan berhenti atau meninggalkan
negara ini.
6
iv. Masukkan maklumat ‘No. Rujukan’ dan ‘Jenis No. Rujukan’ pekerja dan
sistem akan secara automatik memaparkan maklumat ‘Nama’ dan ‘No.
Cukai Pendapatan’ jika maklumat ‘No. Rujukan’ yang dimasukkan adalah
betul.
v. Setelah memasukkan Butir-Butir Pekerja, klik pada butang ‘Simpan &
Teruskan’ untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan. Seterusnya
skrin maklumat ‘Butir- butir Saraan & Lain-Lain’ akan dipaparkan.
vi. Masukkan maklumat ‘Butir- butir Saraan & Lain-Lain’ pekerja seperti skrin
yang dipaparkan.
7
Butir- butir Saraan & Lain-Lain
vii. Setelah memasukkan maklumat ‘Butir-Butir Saraan’, penuhkan maklumat
akuan dan klik pada butang ‘Simpan’ untuk menyimpan butiran yang
dimasukkan. Maklumat akuan secara default akan mengambil maklumat
sijil digital pengguna semasa.
8
4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI
Senarai permohonan ini akan menyenaraikan semua permohonan SPC
yang telah didaftarkan tetapi belum dihantar ke LHDNM untuk diproses.
Melalui senarai ini, pengguna boleh menyemak maklumat yang
dipaparkan, mengemaskini maklumat serta memadam permohonan yang
silap dimasukkan. Selain itu juga pengguna boleh membuat carian melalui
No. Rujukan atau melalui nama pekerja.
Senarai Permohonan SPC
i. Pengguna boleh menyemak maklumat yang dimasukkan dengan klik
pada ikon dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
Carian Permohonan Klik semua
permohonan
untuk dihantar
Senarai permohonan Hantar permohonan
9
Maklumat butir-butir pekerja
ii. Pengguna boleh mengemaskini maklumat yang dimasukkan dengan klik
pada ikon dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
10
Kemaskini Butir-butir Pekerja
iii. Pengguna boleh memadam maklumat yang dimasukkan dengan klik
pada ikon dan peringatan seperti di bawah akan dipaparkan.
Peringatan memadam maklumat permohonan
11
5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI
Permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC), boleh dihantar secara
elektronik apabila pengguna selesai memasukkan maklumat pekerja
yang hendak dihantar. Pengguna boleh ‘klik’ satu persatu atau ‘klik
semua’ pada senarai permohonan kemudian klik pada butang
‘Tandatangan & Hantar’.
Bagi menghantar permohonan ini, pengguna perlu sekali lagi
memasukkan nombor pengenalan dan kata laluan sijil digital seperti skrin
di bawah bagi tujuan verifikasi sistem.
Verifikasi Penghantaran Permohonan SPC
Permohonan yang berjaya dihantar akan masuk ke ‘Senarai Status
Permohonan’ SPC mengikut borang masing-masing.
12
6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI
Bagi permohonan yang telah dihantar akan diletakkan dalam menu ‘Status
Permohonan’ mengikut borang masing-masing. Bagi permohonan baru,
status akan menjadi ‘Dalam Proses’.
Setelah diproses, status borang akan menjadi sama ada ‘Selesai’ atau ‘Batal
SPC’. Status ‘Selesai’ adalah proses terhadap borang permohonan pekerja
telah berjaya dilakukan dan status ‘Batal SPC’ adalah permohonan
mempunyai masalah dan pengguna perlu menghantar permohonan sekali
lagi.
Melalui senarai status permohonan ini, pengguna boleh membuat carian dan
menyemak maklumat penghantaran melalui ikon serta melihat maklumat
status melalui ikon .
Carian Permohonan
Senarai Permohonan
13
Skrin status permohonan SPC
Pengguna boleh mencetak Penyata Penyelesaian Cukai melalui bahagian
dan Penyata Penyelesaian Cukai di
dalam bentuk pdf seperti di bawah akan dipaparkan.
Contoh Penyata Penyelesaian Cukai