Post on 19-Oct-2014
description
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS TAWAU
SUBJEK:
PENDIDIKAN MORAL
“BINCANGKAN TENTANG SUMBANGAN LIONS CLUB TERHADAP ASPEK MORAL DAN KEMANUSIAAN”
DISEDIAKAN OLEH:
ROD RUDOLF S MOJONI (KPLI-SAINS)
JEPULSON JULIAN (KPLI-PEMULIHAN)
Latar Belakang Lions Club
Lions Club mula ditubuhkan pada tahun 1917 oleh Melvin Jones yang beribu pejabat
di Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat. Pada tarikh 8 Oktober 1917, untuk pertama
kalinya sebuah konvensyen telah diadakan di Dallas, Texas yang mana Lions Club
telah lahir berserta dengan perlembagaan dan peraturan serta telah dipersetujui
lambang, tujuan dan etika Lions Club. Sekarang nama rasmi organisasi yang
menaungi semua Lions Club di seluruh dunia adalah “The International Assosiation
of Lions Clubs” atau lebih umumnya lagi dikenal sebagai “Lions Clubs
International”. Dengan itu, tarikh 8 Oktober dijadikan sebagai hari Lions sedunia,
yang mana setiap tahun ia diperingati dengan pelbagai kegiatan melayani.
Semangat Lionism telah dibawa ke Singapura dan Malaysia oleh N.N.Pundole
apabila beliau mula membentuk Lions Club pertama (multi) di Daerah 308. Pada
tarikh 18 Februari 1959, semangat Lionisms berkembang ke Semenanjung Malaysia
dan menyaksikan kelahiran Lions Club Malaysia yang pertama iaitu Lions Club Kuala
Lumpur (host). Dibawah pimpinan mendiang jurutera Minoo, lebih banyak Lions
Club ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia dan ianya juga berkembang sehingga
ke Brunei yang menjadi sebahagian Daerah 308.
Dengan peningkatan ahli Lions Club, Daerah 308 telah dipecahkan kepada dua iaitu
308A dan 308B pada tahun 1984. Pada tahun 1998, ianya dipecahkan lagi kepada
Daerah 308A1, 308A2, 308B1 dan 308B2. Berikut adalah jumlah keahlian setakat
April 2003:
* Daerah 308 A1 - 1,887 (Singapura)
* Daerah 308 A2 - 1,735 (Brunei, Sabah & Sarawak)
* Daerah 308 B1 - 2,210 (Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor & Kuala Lumpur)
* Daerah 308 B2 - 1,827 (Kedah, Perlis, Penang, Perak, Selangor and Cameron
Highlands)
Lambang, Slogan dan Moto
Lambang Lions terdiri dari huruf “L” berwarna emas pada suatu lingkaran berwarna
ungu, mengelilingi lingkaran ada 2 wajah singa yang membelakangi lingkaran
tengah lambang ini. Secara simbolik, wajah singa yang berlawanan arah ini
menggambarkan masa lalu yang membanggakan dan masa depan yang cerah.
Setiap Lions harus bangga akan masa lalu dan mempunyai keyakinan menghadapi
masa depan yang lebih baik.
Perkataan Lions terdapat pada bagian atas lingkaran dan kata International
terdapat pada bagian bawahnya. Perkataan Lions merupakan singkatan untuk
Liberty, Intelligence & Our Nation’s Safety, yaitu Kebebasan, Kecerdasan dan
Keselamatan Bangsa dan Negara Kita. Sebagai motto Lions memilih kata We Serve
atau Kami Mengabdi. Menjadi kewajiban bagi para Lions untuk memakai dan
memamerkan lambang ini dengan penuh kebanggaan pada setiap kesempatan.
Rajah 1: Logo Lions Club
Warna
Bagi para Lions, warna ungu melambangkan kesetiaan kepada negara, sahabat dan
integritas pikiran dan hati pribadi. Warna ini secara tradisional menggambarkan
kekuatan, keberanian dan keuletan dalam menghadapi setiap masalah. Warna
emas menggambarkan ketulusan hati, kebijaksanaan dalam mengambil keputusan
dan kemurahan hati bagi sesama.
Visi Lions Clubs
Untuk meningkatkan kecerdasan bangsa
dan melindungi keselamatan negaranya
(Liberty, Intellegence, our Nation’s Safety - LIONS)
Misi Lions Clubs
Menciptakan dan menumbuhkan semangat
saling pengertian diantara para anggota Lions Clubs Malaysia
untuk secara aktif menaruh perhatian terhadap berbagai masalah
yang menyangkut kepentingan umum
dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat
melalui berbagai kegiatan pengabdian
dan kerjasama International
(Motto: We Serve - Kami Mengabdi)
TUJUAN LIONS
1. Menciptakan dan menumbuhkan semangat saling pengertian diantara bangsa
bangsa sedunia
2. Memajukan norma norma yang baik dalam kehidupan bermasyarakat ,
berbangsa dan bernegara
3. Menaruh perhatian secara aktif terhadap kepentingan umum dan kesejahteraan
masyarakat dalam bidang seni budaya , sosial dan tata susila
4. Mempersatukan semua anggota Club dalam ikatan persahabatan , kerjasama
dan saling pengertian
5. Menyediakan forum untuk berdiskusi secara bebas mengenai segala hal yang
Berkenaan dengan kepentingan umum , asaltan politik , agama dan kesukuan/
kebangsaan tidak dipermasalahkan
6. Mendorong orang orang yang berjiwa pengabdian untuk berbakti kepada
masyarakat tanpa mengharapkan ganjaran keuntungan bagi dirinya dan
mendorong ditingkatkannya daya guna dan norma etika yang tinggi didalam
perdagangan , industri , profesi , pemerintahan dan usaha swasta.
Kod Etika Lions
1. Kami akan MENUNJUKAN keyakinan pada kemuliaan pekerjaan kami dengan
bekerja secara tekun, sehingga kami dapat memperoleh nama baik karena mutu
karya kami.
2. Kami akan BERUSAHA mencapai keberhasilan dan mengharap penghasilan atau
keuntungan yang wajar sebagai hak kami, tetapi tidak mau menerima untung atau
keberhasilan dengan mengorbankan harga diri, karena menyalah gunakan
kesempatan atau karena tindakan kami yang kejujurannya diragukan.
3. Kami akan SELALU INGAT, bahwa untuk membina suatu usaha sendiri tidak
usah meruntuhkan usaha orang lain, setia kepada kawan dan jujur kepada diri
sendiri.
4. BILA timbul keraguan tentang kebenaran atau kelayakan dari kedudukan atau
tindakan kami terhadap sesamakami akan mengatasi keraguan itu tanpa
mementingkan diri sendiri. Kami berpendirian, bahwa PERSAHABATAN adalah
tujuan dan bukan sarana, bahwa persahabatan sejati tidak terjadi hanya karena
saling memberi. Persahabatan sejati tidak meminta apapun, tetapi menerima suatu
budi baik sesuai dengan semangat ketika diberikan.
5. Kami akan SELALU INGAT kewajiban kami sebagai warga negara terhadap
bangsa, negara dan masyarakat kami, dan memberikan kepadanya kesetiaan kami
yang tak tergoyahkan dalam ucapan, tindakan dan perbuatan. Untuk itu kami akan
memberikan waktu, tenaga dan sumber daya kami seluas-luasnya.
6. Kami akan MEMBANTU sesama dengan ikut berprihatin kepada yang menderita,
dengan mengulurkan tangan kepada yang lemah dan yang tidak mampu.
7. Kami akan BERHATI-HATI dalam memberikan kritik, bermurah hati dengan
pujian, kami ingin membangun dan tidak menghancurkan.
Lagu Rasmi Lions Club
I’ve Got That Lions Spirit
I’ve got that Lion spirit up in my head, Up in my head, up in my head
I’ve got that Lion spirit up in my head, Up in my head today,
I’ve got That Lion Spirit here in my heart, Here in my heart, here in my heart
I’ve got that Lion spirit here in my heart, Here in my heart today.
I’ve got that Lion spirit down in my feet, Down in my feet, down in my feet,
I’ve got that Lion spirit down in my feet, Down in my feet today.
I’ve got that Lion spirit all over me, All over me, all over me,
I’ve got that Lion spirit all over me, All over me today.
I’ve got that Lion spirit up in my head, Here in my heart, down in my feet
I’ve got that lion spirit all over me, All over me to stay.
Aktiviti Lions Club
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club sebenarnya dilakukan oleh mereka
sendiri yang mana ia memfokuskan kepada keperluan yang diperlukan oleh
komuniti. Dengan itu, Lions Club bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan
pertubuhan perkhidmatan lain bagi memaksimakan fungsi mereka. Lions Club juga
menjemput mana-mana kelab yang ingin menyertainya dalam usaha memberikan
bantuan antarabangsa seperti program-program memberikan bantuan sukarelawan
terhadap bantuan bencana, membantu mereka yang miskin dan kepada negara-
negara yang ditimpa kesusahan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club
juga boleh terbahagi kepada dua iaitu Projek Fund-Raising dan aktiviti
perkhidmatan. Berikut adalah antara beberapa aktiviti yang dilakukan oleh Lions
Club:
Programmes for the Elderly
Programmes for Youth and Children
Sight Conservation and Work for the Blind, eg SightFirst.
Hearing & Speech & Work with the Deaf.
Diabetes Awareness
Environment
Cultural & Community Awareness
Promoting Use of Information Technology
Sumbangan Lions club terhadap Aspek Moral
Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Lions Club banyak
memberikan sumbangan terhadap aspek moral. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti
sukarelawan yang dijalankan oleh Lion Club mempunyai banyak nilai-nilai moral
serta kemanusiaan yang dapat kita terap ke dalam diri masing-masing jika direnung
secara mendalam.
Antaranya, aktiviti sukarelawan yang dilakukan oleh Lions Club memberikan kita
peluang untuk meningkatkan tahap professionalism dalam pekerjaan melalui usaha
kerja keras bagi menghasilkan satu reputasi perkhidmatan yang berkualiti kepada
komuniti. Sebagai contoh, seorang doktor yang menjadi sukarelawan semasa
berlakunya bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi dapat mempraktikkan
ilmu kedoktorannya bukan atas dasar wang ringgit tetapi disebabkan oleh
tanggunjawab dalam membantu menyelamatkan serta merawat mangsa-mangsa
yang ditimpa bencana tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti sukarelawan Lions Club ini juga memupuk nilai
kesetiaan dalam memberikan perkhidmatan kepada klien dan yang paling penting
juga adalah kepada diri sendiri. Sebagai contoh, tentera yang dihantar dalam misi
menyelamat mangsa-mangsa bencana dapat memupuk nilai kesetiaan ini adalah
dengan menurut perintah yang diberikan oleh ketuanya semasa menjalankan tugas
yang diamanahkan. Nilai kesetiaan ini penting semasa menjalankan tugas supaya
segala kerja-kerja yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar.
Disamping itu, menjadi sukarelawan dalam memberi bantuan kemanusiaan ini juga
dapat menyemai sikap bangga kepada diri (self-respect) terhadap kejayaan yang
didapati melalui kejujuran yang dilakukan dalam melakukan tanggungjawab serta
tugas. Ini bermaksud bukan kerana untuk mendapatkan sesuatu kita hilang harga
diri dengan mengambil keuntungan secara tidak wajar atau melakukan perkara
yang melanggar undang-undang sehingga ianya boleh dipersoalkan kepada diri kita
sendiri.
Nilai moral yang dapat disemai melalui kegiatan sukarelawan Lions Club juga
adalah kita dapat mempelajari makna sebenar persahabatan sejati dan bukan
menyalahgunakan ia untuk kepeningan diri sendiri. Ini kerana dalam kegiatan
bersukarelawan ini, persahabatan adalah penting semasa melakukan tugas
tersebut disebabkan kerjasama antara rakan sukarelawan adalah perlu tanpa ada
sifat mementingkan diri sendiri dalam kita menghulurkan bantuan kepada yang
perlu.
Sumbangan aspek moral Lions Club juga adalah dari segi ia membina sifat kejujuran
pada diri sendiri serta keikhlasan dalam melakukan kerja secara sukarela. Ini
bermaksud, segala kerja yang dilakukan itu adalah dibuat tanpa ada paksaan tetapi
dilaksanakan kerana atas kerelaan sendiri dalam membantu mereka-mereka yang
memerlukan. Sebagai contoh semasa melakukan kerja sukarelawan, seseorang itu
sentiasa melakukan kerja dengan baik dan bersungguh-sungguh tanpa ada
bermasam muka akibat terpaksa bagi mendapatkan ganjaran serta nama.
Sumbangan nilai moral dari segi semangat patriotik juga dapat disemai bagi
menjadi warganegara yang baik. Ini kerana melalui aktiviti yang dijalankan oleh
Lions Club, kita dapat mengharumkan nama baik negara di mata dunia yang mana
negara kita dikenali bukan sahaja memiliki perpaduan yang unik antara kaum tetapi
kerana rakyatnya yang prihatin dan berbudaya penyayang dalam membantu
mereka-mereka yang memerlukan tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.
Aktiviti-aktiviti Lions Club turut juga memberikan sumbangan membentuk gaya
kepimpinan yang efektif dengan menggunakan pengukuhan positif dan bukannya
tindakan negatif. Maksudnya adalah lebih banyak memberikan galakan yang positif
melalui pujian dan galakan terhadap sesuatu perbuatan dan tidak memberikan
kritikan-kritikan menjatuhkan atau komen-komen yang tidak membina kerana ia
memusnahkan motivasi seseorang. Dalam erti kata lain, kita hendak membina dan
bukan untuk memusnahkan.
Kegiatan Lions Club juga dapat membentuk satu komuniti yang lebih baik iaitu
dengan membantu sesama manusia yang hidup miskin melalui bantuan ikhlas yang
diberikan kesan daripada sifat simpati yang lahir dalam jiwa manusiawi kita. Selain
itu untuk membentuk satu komuniti yang lebih baik, aktiviti-aktiviti Lions Club juga
menggalakkan orang ramai dan sahabat-handai untuk memberikan sumbangan
kepada komuniti tanpa mengharapkan ganjaran dalam bentuk wang ringgit.
Sumbangan aspek moral yang terakhir adalah membentuk satu warganegara dunia
tanpa mengira bangsa dan Negara dengan menjaga semangat persefahaman
antara warga dunia melalui kesauan Lions Club pebagai negara dalam ikatan
persahabatan, kerjasama dan saling mengerti antara satu sama lain.
Sumbangan Lions club terhadap Aspek Kemanusiaan
i. Program penglihatan
Semasa trajedi tsunami berlaku pada tahun 2004 terutama di kawasan Sri
Langka seramai 2.5 juta orang dipindahkan dan kebanyakannya kehilangan
cermin mata dan kebolehan untuk melihat dengan jelas. Dengan itu, Lions
Club telah memulakan langkah mengumpul cermin mata terpakai dan
hasilnya sebanyak lebih 30,000 cermin mata berjaya dikumpul di kawasan Sri
Langka dan Massachusetts.
Disamping itu, Lions Club juga telah menghantar beberapa misi kecemasan
ke beberapa buah negara untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan
mata, membekalkan cermin mata terpakai dan memberi latihan kepada Lions
Club tempatan untuk menjalankan klinik kekal dan program kitar semula
cermin mata.
Bagi membantu mereka-mereka yang telah kehilangan penglihatan atau
tidak pernah ada kebolehan untuk melihat, pihak Lions Club telah
menyediakan biasiswa belajar bag pelajar buta, mendukung program latihan
vokasional, membiayai kajian mata, melengkapkan perpustakaan dengan
buku Braille dan buku bercakap serta membekalkan peralatan seperti
komputer bagi orang buta.
Program penglihatan ini juga memfokuskan kepada penyebab berlakunya
buta seperti:
Cataracts
Glaucoma
Age-related macular degeneration
Diabetic eye disease
Corneal blindness
River Blindness (onchocerciasis) and Trachoma
ii. Program belia
Berjuta-juta kanak-kanak mengalami kemiskinan, tidak berumah, kelaparan,
penyalahgunaan, pengabaian, penyakit dan ketakupayaan. Secara tragiknya,
kanak-kanak ini sering hidup tanpa ada penjagaan kesihatan dan
perkhidmatan pendidikan yang sempurna yang mana ia boleh memberikan
mereka harapan masa depan. Dengan itu, Lions Club telah menjalan
beberapa aktiviti seperti:
Collecting food, clothes or books
Organizing a vision or hearing screening
Providing immunizations through a vaccination drive
Starting a literacy program with a local school, library, community center
or Leo club
Supporting a nutritional program for undernourished children
Securing wheelchairs for disabled children
Sending a child with diabetes or physical challenges to a specialized camp
Selain itu, Lions Club juga terlibat dalam pembinaan hospital, sekolah, rumah
anak yatim dan pusat kanak-kanak di seluruh dunia bagi memenuhi
keperluan belia. Disamping itu, Lions Club juga menyokong program yang
dianjurkan oleh UNICEF berkenaan dengan School-in-a-Box program sejak
tahun 1996 lagi yang mana dalam kotak tersebut ia mengandungi kit
pembelajaran untuk kanak-kanak jika berlaku kecemasan seperti bencana
alam.
iii. Program hubungan antarabangsa
Bagi membolehkan program ini berjalan lancer, Lions Club telah
menjalanakan kerjasama dengan beberapa badan induk dunia seperti:
UN in New York, USA, Vienna, Austria and Geneva, Switzerland
UN Children's Fund (UNICEF) in New York, USA, Geneva, Switzerland and
Nairobi, Kenya
UN Department of Public Information in New York, USA
UN Economic and Social Council (ECOSOC) in New York, USA
UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) in Paris,
France
UN Environment Programme (UNEP) in Nairobi, Kenya
UN Food and Agriculture Organization (FAO) in Rome, Italy
UN NGO Committee on Narcotics and Substance Abuse in New York, USA
UN World Health Organization (WHO) in Rome, Italy
Council of Europe
Melalui kerjasama ini, ia akan memudahkan lagi penyaluran bantuan serta
membolehkan bantuan cepat sampai kepada mereka yang memerlukan.
iv. Program komuniti dan alam sekitar
Bagi melaksanakan program tersebut, piha Lions Club telah membuat:
* Program The Lions ALERT iaitu menggalakkan pembangunan rancangan
pelan tindakan komuniti bagi kejadian bencana semula jadi, buatan manusia
atau kecemasan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
* Lions juga melaksanakan khidmat komuniti sebenar Lions Crew At Work
Projects, termasuk membentuk semula satu pusat komuniti yang bukan
berasaskan keuntungan, membina tempat perlindungan bagi mereka yang
tanpa rumah atau membaiki sebuah taman awam atau padang.
* Diseluruh dunia , Lions Club menunjukkan komitmen untuk persekitaran
melalui Lions Green Team yang melindungi planet melalui pembersihan
persekitaran, menanam pokok, kitar semula dan mendidik orang lain.
v. Program kesihatan
Selain menyokong dalam usaha membantu mereka yang tidak dapat melihat,
Lions club juga:
* Menyokong usaha-usaha Lions Club tempatan untuk mengawal dan
menghalang diabetis dan diabetis retinopati secara besar-besaran serta
membimbing orang yang kehilangan penglihatan untuk orang-orang dewasa
umur bekerja dalam negara-negara perindustrian.
* Lions Club juga memfokuskan kepada pendengaran, dengan menyusun
penayangan, kem-kem rekreasi dan program-program kitar semula alat
pendengaran untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa.
* Diseluruh dunia, banyak projek-projek perkhidmatan Lions terutama yang
untuk kanak-kanak memberikan sumbangan terhadap sektor kesihatan.
Contohnya, Lions Club di United Kingdom membiayai sepenuhnya ambulans
yang dilengkapi dengan peralatan secukupnya bagi bayi baru lahir di Bosnia
and Herzegovina.
Kesimpulan
Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa, Lions Club telah banyak memberikan
sumbangan kepada seluruh warga di dunia ini dan mesej moral serta kemanusiaan
yang dibawanya sememangnya mempunyai impak terhadap seluruh manusia
sejagat. Sesungguhnya, usaha-usaha yang dilakukan oleh Lions Club ini haruslah
disokong oleh semua pihak kerana ia adalah untuk kesejahteraan semua pihak dan
juga bagi membentuk perpaduan sesama kita dikalangan manusia.
Rujukan
http://www.lionsclubs.org/EN/index.php
http://www.lionsclubs.org.sg/
http://www.lionsclubs308a2.org.my/