Manfaat menjaga kebersihan

Post on 27-Jul-2015

76 views 2 download

Transcript of Manfaat menjaga kebersihan

APLIKASI KAEDAH CSL PMR

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat menjaga kebersihan kepada manusia. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Tugasan : manfaat menjaga kebersihan kepada manusia Tema : penjagaan kesihatan Kata kunci : manfaat PENDAHULUAN

Ayat 1: TEMA

Mutakhir, isu.............................................................(sebutkan tema) sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Ayat 2 : TUGASAN

Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

Mutakhir, isu penjagaan kesihatan sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita.. Persoalannya, apakah manfaat menjaga kebersihan kepada manusia?

ISI PERTAMA

(ISI) Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1

Ayat 1 Pada pendapat saya, salah satu manfaatnya ialah menjamin kesihatan.

(HURAIAN + CONTOH Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak

Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana penyakit seperti demam denggi dapat dielakkan jika manusia menjaga kebersihan

ISI KEDUA

(ISI + CONTOH) PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN

Ayat 1 Selain itu, menceriakan persekitaran seperti landskap yang menarik juga merupakan manfaat menjaga kebersihan kepada manusia.

(HURAIAN) Dengan ini + HURAIAN

Ayat 2 Dengan ini, manusia akan berasa selesa apabila berada di sesuatu tempat.

ISI KETIGA

(ISI + HURAIAN) KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN

Ayat 1 Manfaat yang berikutnya ialah melapangkan fikiran kerana manusia akan memperoleh ketenangan fikiran semasa berada di kawasan yang bersih.

(CONTOH) Sebagai contoh, + CONTOH

Ayat 2 Sebagai contoh, mereka boleh melakukan riadah dan berekreasi bersama keluarga.

MANFAAT PENJAGAAN KEBERSIHAN

Menjamin kesihatan

Menceriakan persekitaran

Melapangkan fikiran

KESIMPULAN

Saranan + Harapan

Rumus Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + agar + Harapan + Peribahasa

Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan agar kehidupan manusia lebih selesa kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Karangan Lengkap:

Mutakhir, isu penjagaan kesihatan sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Persoalannya, apakah manfaat menjaga kebersihan kepada manusia?

Pada pendapat saya, salah satu manfaatnya ialah menjamin kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyakit seperti demam denggi dapat dielakkan jika manusia menjaga kebersihan.

Selain itu, menceriakan persekitaran seperti landskap yang menarik juga merupakan manfaat menjaga kebersihan kepada manusia. Dengan ini, manusia akan berasa selesa apabila berada di sesuatu tempat.

Manfaat yang berikutnya ialah melapangkan fikiran kerana manusia akan memperoleh ketenangan fikiran semasa berada di kawasan yang bersih. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan riadah dan berekreasi bersama keluarga.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan agar kehidupan manusia lebih selesa kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!