Post on 12-Jan-2016
description
PENGANTAR SYARIAH IXEX1101
Tutor :Ust. Ahmad Badri Abdullah
Ahli Kumpulan:Nur Izzati Bt Nor Azahar (IEM110020)Nurul Farhan Bt Osman (IEM110021)Nurul Saleha Wahidah Bt Mohammad Shamsudin (IEM110025)
Terangkan Konsep Fiqh Al-Aulawiyyat, Fiqh Al-Muwazanat
dan Fiqh Al-Maqasid.
Fiqh Al-Aulawiyyat
Fiqh Al-Muwazanat
Fiqh Al-Syar’
Fiqh Al-Nusus Fiqh Al-Maqasid
Fiqh Al-Waqi’
DEFINISI FIQH AL-AULAWIYYAT
• Fiqh bermaksud kefahaman dan pengetahuan berkenaan hukum syarak.
• Cara pengambilan hukum-hukumnya adalah daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
• Fiqh Al-Aulawiyat bermaksud keutamaan dalam melakukan sesuatu dengan meletakkan segalanya sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan.
KONSEP AL-AULAWIYYAT
• Mengutamakan sesuatu keperluan itu di tempat yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai Islam.
• Segala sesuatu itu mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil dan sesuai mengikut pandangan Syariat Islam tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan.
• Pengutamaan tidak boleh dibuat dengan begitu sahaja. Ia perlu dipandu dengan kefahaman yang mendalam tentang asas dan kaedah perbandingan.
ASPEK AL-AULAWIYAT
Keutamaan kualiti daripada kuantiti
Keutamaan ilmu daripada amal
Keutamaan objektif daripada bentuk lahiriah
Keutamaan ijtihad daripada taqlid
Keutamaan memudahkan daripada memayahkan
Keutamaan kerja-kerja untuk faedah umum daripada faedah sendiri
Keutamaan fardhu ‘ain daripada fardhu kifayah
Keutamaan hak masyarakat daripada hak individu
FIQH AL-MUWAZANAT
Menentukan mana yang
TERBAIK antara yang baik dalam
melaksanakannya
Menentukan yang baik atau menjauhkan yang
buruk apabila kedua-dua nilai itu dalam satu
perbuatan atau keadaan yang sama
Menentukan yang
TERBURUK antara yang buruk dalam menjauhinya
Bermaksud kefahaman dan kemahiran membandingkan dan membezakan antara perkara-perkara.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ada tiga keadaan di mana perbandingan perlu dibuat.
KATEGORI FIQH MUWAZANAT YANG PERTAMA
MASLAHAHMASLAHAH
Menentukan Mana Yang Terbaik Antara Yang Baik Dalam Melaksanakannya
DIKEMUDIANKAN DIUTAMAKAN
Kemaslahatan besar
Kemaslahatan jamaah (orang ramai)
Kemaslahatan kelompok yang lebih besar
Kemaslahatan yang kecil
Kemaslahatan seseorang individu
Kemaslahatan kelompok yang lebih kecil
Menentukan mana yang terbaik antara yang baik dalam melaksanakannya.
Dikemudiankan Diutamakan
Kemaslahatan yang diyakini
Kemaslahatan yang asasi dan dasar
Kemaslahatan masa depan yang kuat
Kemaslahatan yang tidak diyakini
Kemaslahatan sampingan
Kemaslahatan sekarang yang lemah
KATEGORI FIQH MUWAZANAT YANG KEDUA
MAFSADAHMAFSADAH
Menentukan Keburukan Antara Keburukan Yang Ada
Keburukan perlu dihapuskan semampu mungkin (diri sendiri dan orang lain).
Keburukan tidak boleh dihapuskan dengan keburukan yang lebih atau sama besar.
Keburukan yang sedikit ditanggung bagi mengelakkan keburukan yang lebih.
Keburukan terhadap orang yang sedikit ditanggung bagi mengelakkan keburukan
terhadap umum.
KATEGORI FIQH MUWAZANAT YANG KETIGA
MAFSADAH
MASLAHAH
DIBENARKAN…..
1)Kecil
2)Sementara
Mafsadah
1)Besar
2)Kekal
Maslahah
Dalil al-Quran
ع� ف� ـ� ن� ن ن� � ر ف�ي ن� � ر ث� ف�� ا� ن� ف� ف�ي �ث �ع �ف� ف ثي ن� ث! ن�ٱ ف� ث� ن# ث! ف$ ٱ ن% ن& ن' ع(و ن*� ث ن+ ۞ �ف �ع ن- ع.و ف� ع+� ن/� �ن ن& ن' ع(و ن*� ث ن+ ن� �ن�� ف� ف1 ث� '2 ن $ف ع� ن� ث� ن*� ا� ن� ع� ع� ث� ف�� ن� ف3 ن��2 ف!(
ع��- ن42 ن� ن5 ن6 ث� ع7 ن2( ن1 ن! ف8 ـ� ن+ ن*9 ث: ع� ٱ ع4 ن! ع; )2 ن ع$ ٱ! يي ن� ع+ ن& ف! ن<ٲ ن? �نو ث� ن1 ث! )۲۱۹( ٱ
Terjemahan: mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula
kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah -
apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada
kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
ASAS PERBANDINGAN DALAM FIQH AL-AULAWIYAT
• Kaedah yang perlu digunakan dalam menentukan keutamaan ialah akal, ketentuan syariat sendiri atau keduanya.
ASAS PERBANDINGAN
Fiqh al-Syara’ Fiqh al-Waqi’
FIQH AL-SYAR’• Kefahaman tentang nas dan objektif dalam menentukan
hukum.• Ia penting untuk memastikan perbandingan dan
pengutamaan yang dilakukan itu adalah tepat.
Fiqh al-Syar’
Fiqh al-Nusus
Fiqh al-Maqasid
FIQH AL-MAQASID
1
• Maqasid bermaksud matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Dalam konteks ini adalah maqasid yang diletakkan oleh syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum.
2• Fiqh Maqasid bermaksud memahami objektif syarak.
3
• Jumhur ulama bersepakat menyatakan bahawa hukum-hakam syara’ itu mempunyai illah (sebab dan alasan).
• Di sebalik semua illah tersebut mengandungi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai.
MAQASID AL-SYAR’IYYAH
• Matlamat yang hendak dicapai di sebalik pensyariatan sesuatu hukum Syarak terhadap manusia.
• Matlamat tersebut ialah mencapai kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Manakala cara ataupun wasilah untuk mencapai kemaslahatan
tersebut ialah dengan mengambil kira kepentingan lima perkara asas.
Definisi
• Al-Maslahah• Al-Munasabah
• Al-Hikmah• Al-’Illah• Al-Ma’na
Istilah-Istilah Lain
Al-Dharuriyat al-Khams
1)Ad-Din
2)Al-Nafs
3)Al-Nasl4)Al-Mal
5)Al-’Aql
MAQASID AL-SYAR’IYYAH
Al-Tahsiniyyat
Al-Hajiyyat
Al-Dharuriyyat
حفظ الدينMEMELIHARA AGAMA
POSITIF
• Mewajibkan lima rukun Islam.
• Tuntutan berjihad fisabilillah.
NEGATIF
• Hukuman hudud kepada yang murtad daripada Islam.
• Melarang keras perkara tahyul, khurafat dan sihir.
حفظ النفسMEMELIHARA JIWA
POSITIF
• Ibadah berbentuk pergerakan fizikal yang berkaitan dengan kesihatan mental dan fizikal.
NEGATIF
• Hukuman Qisas iaitu balas bunuh dan balas cedera.
حفظ العقلMEMELIHARA AKAL
POSITIF
Hukuman hudud 40
kali sebatan kepada
peminum arak.
Larangan meminum
arak.
NEGATIF
Ibadah puasa pada
bulan Ramadhan.
Galakan menunutut
ilmu.
حفظ النسب MEMELIHARA KETURUNAN
• POSITIF– Galakan mendirikan rumah tangga.– Hukum iddah.
• NEGATIFHukuman hudud ke atas penzina dan orang yang
tuduh zina (qazaf).Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa
angkat.
المال حفظ MEMELIHARA HARTA
Kewajipan zakat dan galakan bersedekah.
Penjagaan harta anak yatim.
POSITIF Hukuman hudud ke atas pesalah sariqah dan hirabah.
Larangan riba’.
NEGATIF
Soalan perbincangan ke2Terangkan kepentingan trilogi
tersebut kepada pengajian syariah.
• Kepentingan kepada Mufti• Kepentingan kepada Pengkaji Syariah
• Kepentingan kepada Pelaksana
Kepentingan Kepada Mufti
• Menjadikan fatwa lebih relevan dan lebih tepat dengan situasi
dan realiti kehidupan manusia.
• Fatwa yang dikeluarkan akan lebih hampir dan bertepatan
dengan tuntutan maqasid syariah untuk merealisasikan
keadilan, mendatangkan maslahat, menolak mafsadah dan
mengangkat kesempitan dari manusia.
• Fatwa yang dikeluarkan pastinya akan bersifat mudah dan
tidak menyulitkan bertepatan dengan roh syariat Islam.
• Mampu membuat kompromi secara bijaksana di antara berpegang
kepada zahir nas dan mengambil kira roh dan petunjuk dalil
sebenar. Hal ini mampu mengelakkan dari tergelincir dalam
membuat fatwa semasa.
• Memberi kekuatan dalam menistinbatkan hukum hakam semasa
berdasarkan kefahaman sebenar terhadap hukum, batasannya dan
aplikasinya.
• Memahami nas-nas syara’ dan mentatbiqkannya
(mempadankannya) ke atas maslahah-maslahah yang baru timbul
atau berdalil dengannya ke atas hukum masalah-masalah tersebut.
Kepentingan Kepada Pengkaji Shariah
• Memperkembangkan lagi perbahasan dan topik-topik
perbincangan .
• Melalui kefahaman yang jelas terhadap ilmu maqasid syara'
seseorang mukallaf itu mampu memberi kefahaman yang
jelas kepada seseorang mukallaf terhadap tujuan dan hikmah
pensyariatan sesuatu hukum samada secara keseluruhannya
atau sebahagiannya.
• Melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, para pengkaji dapat mengetahui
mana satukah persoalan yang patut ditumpukan terlebih
dahulu baik dari sudut usaha mahu pun dari sudut waktu,
berbanding amalan-amalan lain.
• Selain itu, melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, para pengkaji dapat
mengetahui kewajipan semasa, kemudian kita mendahulukan
kewajipan itu dan memberikan haknya berbanding kewajipan-
kewajipan yang lain.
Kepentingan Kepada Orang yang Melaksanakan
• Dapat membina kembali ketamadunan Islam yang telah hilang
akibat ke tidak keprihatinan ummah terhadap apa yang perlu
mereka utamakan.
• Dapat menyatukan kembali umat Islam dan dapat
mengelakkan dari tercetusnya perpecahan di kalangan
mereka.• mendorong manusia menerima dan menghormati fatwa yang
dikeluarkan.
• Menolong seseorang mukallaf dalam melaksanakan kewajipan
Syarak dengan sebaik mungkin dari tata cara dan keyakinan
diri. Ini kerana meraka dapat memahami bahawa semua
syariat Islam itu adalah untuk mencapai kebaikan di dunia dan
di akhirat.
Kesimpulan
• ketiga-tiga Fiqh ini merupakan satu ilmu yang sangat berguna dan
penting, kerana ianya membahas kepincangan dan penilaian yang
bercampur aduk dari sudut pandangan Syariat Islam untuk
menentukan sesuatu perkara, pemikiran dan perbuatan. Di antara
perkara-perkara tersebut, ada yang mesti diutamakan dan didahulukan
dan ada pula perkara yang seharusnya diletakkan kemudian dan di
tempat yang terakhir. Apatah lagi pada zaman moden ini sudah terjadi
kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan kaum Muslimin
mengenai keutamaan dan prioriti tugas-tugas harian mereka
• Maka, ilmu Fiqh ini memberikan penjelasan mengenai sebilangan besar keutamaan yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan dijelaskan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang nyata, supaya dengannya, dapat membantu kita meluruskan kefahaman dan membuat prioriti terhadap segala perkara yang berkaitan dengan aspek kehidupan kita.
Apakah makna siyasah syar’iyyah
dan kepentingannya dalam pengajian syariah
Pengertian SIYASAH SYAR’IYYAH
• SIYASAH- mengatur, mengurus dan memerintah- Pemerintahan, politik/melakukan sesuau
dengan bijaksana.- Menurut Ibnu Manzur :Siyasah berasal dari perkataan bahasa arab yang berbentuk masdar dari tashrif kata sasa-yasusu-siyasatan yg bererti mengatur, memelihara.
• SYAR’IYYAH- Nisbah kepada syarak
-Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan “Syari`at” dalam bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya dimengertikan sebagai ‘sumber air minum atau pembawaan yang jelas’.
-peraturan ( sama ada yang diturunkan oleh allah melalui rasulullah saw ataupun ciptaan manusia itu sendiri) hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak.
• SIYASAH SYAR’IYAH-Ibnu Nujaym :Sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintah berdasarkan kemaslahatan yang didapatinya, sekalipun tiada dalil khusus tentangnya.
-Ibnu Aqil :Sesuatu perbuatan yang membawa manusia dekat dengan kemaslahatan dan terhindar dari kefasadan walaupun rasulullah tidak menetapkanya dan tiada wahyu tentangnya.
-Abd Rahman Taj :Hukum hakam yang mengatur sesuatu kepentingan negara dan mentadbir urusan umat yang bersesuaian dengan ruh syariat serta sesuai dengan dasar kulli untuk merealisasikan tujuan yang bersifat kemaslahatan sekalipun tiada nas yang khusus.
Kesimpulan Siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama’ mujtahidin.
Skop perbincangan ilmu Siyasah Syar’iyyah
• Siyasah Dusturiyyah :Legislatif, kehakiman, pentadbiran dan eksekutif/pemerintahan.
• Siyasah Dawliyyah/kharijiyyah:Hubungan antarabangsa.
• Siyasah maliyyah:Sistem ekonomi dan kewangan negara.
• Siyasah harbiyyah :Peperangan dan perdamaian.
Kepentingan Siyasah Syar’iyyah dalam pengajian syariah.
Membentuk kepimpinan yang berkualiti/ berwibawa dan melahirkan rakyat yang baik.
Imam Ibnu Taimiyyah telah menulis sebuah buku Siyasah yang terkenal. Beliau menggariskan sistem politik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Beliau menamakan bukunya sebagai al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah. ( iaitu Siyasah Syar`iyyah dalam mengislah pemimpin dan rakyat)
Memang tepat sekali kenyataan beliau. Inilah ketajaman pandangan dan fiqh Ulama silam yang mampu merungkaikan permasalahan negara dan umat melalui satu ungkapan jitu dan mendalam. Ini bermaksud beliau menegaskan bahawa negara akan dapat dibangunkan atau diperbetulkan dengan cara membangun/memperbetulkan pemimpin-pemimpin, menggunakan Siyasah Syar`iyyah, di mana Siyasah Syar`iyyah akan menutup ruang kepada para pemimpin menjalankan kegiatan yang bercanggah dengan prinsip Islam dan matlamat negara. Apabila kepimpinan dibangunkan dengan kualiti yang tinggi dari segi iman, takwa, amanah dan tanggungjawab, akhlak dan adab, maka ia mampu membentuk kehidupan masyarakat yang baik dan harmoni. Apabila rakyat memiliki nilai ketinggian akhlak, maka Allah Taala akan melimpahkan rahmat, berkat dan kejayaan.
Menjamin Kedaulatan Syariah Islamiah
Syaikh Abdul Wahab Khallaf menyatakan bahawa Siyasah Syar`iyyah akan menjmin kedudukan Islam sebagai dasar tertinggi dan menonjolkan kemampuan Islam mentadbir negara dengan baik dan berjaya. Manakala sistem lain lebih banyak menimbulkan krisis dan maslalah kepada negara dan masyarakat lantaran tidak mempunyai prinsip yang tetap dan sumber yang mantap. Ia hanya bergantung kepada penafsiran pemimpin atau pihak berkuasa dan mudah dieksploitasi oleh golongan berkepentingan.. Hari ini kita saksikan manusia gagal berfungsi sebagai manusia yang waras sehingga mencetuskan kejadian jenayah yang berleluasa, memuja dunia dan hiburan keterlaluan, mengejar kekayaan tanpa batasan dan tatasusila. Ini berpunca daripada sistem kenegaraan yang gagal mengurus makhluk manusia mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pencipta/Allah Taala. Sebaliknya pihak kerajaan/pemerintah menggunakan undang-undang lain untuk menguruskan kehidupan manusia, lalu merosakkan manusia itu sendiri.
Menghapuskan unsur-unsur mungkar dan kerosakan
Unsur mungkar dan fasad merupakan penyakit yang merbahaya kepada kestabilan negara Islam, seperti syirik, murtad, zina, arak, judi, ajaran sesat dan sebagainya. Sebab itu kerajaan/pemimpin dikehendaki melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar sehingga rakyat berada dalam keadaan selamat.
Menjamin kebajikan
Aspek kebajikan rakyat merupakan perkara pokok dalam urusan Siyasah. Kerajaan wajib melaksanakan peranan dan tanggungjawab itu dengan sempurna kerana ia adalah sebahagian daripada kontrak kepimpinan dengan rakyat. Dalam konteks semasa kita dapati, Datuk Nik Aziz selaku kepimpinan Islam telah mengambil tanggungjawab yang besar dalam aspek menjamin kebajikan rakyat semua peringkat dalam misi melaksanakan Siyasah Syar`iyyah di Kelantan. Antaranya ialah kebajikan golongan miskin, golongan wanita, termasuk yang bekerja, kakitangan kerajaan, orang bukan Islam.
Pengaplikasian trilogi tersebut dalam siyasah syar’iyyah
• Dari Al-quran dan Hadis Nabawi serta amalan salaf as-salih jelas menunjukkan betapa fiqh awlawiyyat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada yang berkaitan dengan agama,pekerjaan, bangsa dan sesebuah negara.
• Imam As-Syafi’i pernah berkata : “ belajar ilmu itu lebih baik daripada sembahyang seribu malaikat”
As-syahid Imam Hasan al-Banna pernah menyelesaikan isu mengenai bilangan rakaat solat terawih itu 20 atau 8 rakaat. Isu ini hampir menimbulkan pergaduhan dikalangan pengikutnya. Akhirnya beliau berkata : “ Menjaga hubungan Ukhuwah Islamiah adalah wajib, dan memecahkannya adalah haram. Justeru adalah lebih baik menjaga yang wajib daripada melakukan yang sunat”
• mengahwinkan anak lebih aula daripada mengerjakan ibadah haji sunat.• Memberi nafkah kepada tanggungan keluarga lebih baik daripada bersedekah
kepada orang lain.• Membayar hutang lebih baik daripada bersedekah.• Belajar ilmu fardhu ain lebih baik daripada belajar ilmu fardhu kifayah
Tokoh dalam bidang Siyasah Syar’iyyah
Ibnu taimiyyah
Ibnu Taimiyyah adalah seorang pemikir yang realistik. Beliau lahir pada masa dunia islam mengalami puncak disintegrasi politik, pergolakkan sosial, dan keruntuhan akhlak/moral. Ibnu Taimiyyah beranggapan kejatuhan umat disebabkan oleh kejatuhan pemimpin dan ketidak tepatan para pemimpin dalam memilih wakil dan pembantunya. Oleh kerana itu beliau mencetus suatu model pemerintahan islam bahawa umat hanya mungkin dapat diatur dengan baik oleh pemerintah yang baik.
Ibnu Taimiyyah merumuskan teori politiknya dalam al-siyasah al-syar’iyyah fi ishlah al-ra’I wa al-ra’iyyah, majmu’ al-fatawa, dan minhaj al-sunnah sebagai jawapan terhadap situasi yang dialaminya sebagai “suatu kemudahan terhadap kenyataan” yang dihadapinya.berbeza dengan para pemikir politik islam sebelumnya. Di dalam buku hasil tulisan beliau menjelaskan mengenai berbagai jenis hubungan berat bagi pelaku kejahatan tertentu sebagaimana diajarkan oleh islam. Usaha beliau kemudiannya dilanjutkan dan dikembangankan oleh muridnya, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah.