Post on 28-Dec-2015
description
1 Pernyataan berikut berkaitan dengan kepercayaan masyarakat tamadun awal manusia.
Apakah kepentingan kepercayaan tersebut kepada seseorang raja?
A Berperanan sebagai ketua agama
B Mendapat mandat daripada Tuhan
C Menguasai sumber kekayaan negara
D Pengiktirafan sebagai ketua pemerintah
2 Pernyataan berikut berkaitan ekonomi masyarakat Mesopotamia.
Mengapakah aktiviti tersebut penting ?
A Tanahnya tidak subur
B Kekurangan bahan mentah
C Galakan daripada pemerintah
D Bentuk muka buminya bergunung-ganang
3 Augustus Caesar telah melakukan perubahan sistem pemerintahan Rom daripada sistem republik kepada sistem empayar.
Apakah perubahan yang diperkenalkan melalui sistem tersebut?
A Sistem dua konsul
B Sistem beraja
C Sistem warisan
D Sistem demokrasi
165
Raja mempunyai kuasa magis Raja dianggap sebagai wakil tuhan
Sebahagian rakyatnya menjalankan perdagangan hingga ke Lembah Indus.
4 Gambar 1 menunjukkan ciptaan kolar kuda dalam tamadun awal manusia.
Gambar 1
Apakah tamadun yang memperkenalkan teknologi tersebut?
A Rom
B China
C India
D Yunani
5 Petempatan berikut pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Rom.
Apakah bukti wujudnya hubungan tersebut?
A Penemuan artifak manik
B Tinggalan mata wang
C Pengaruh seni bina
D Bahasa pertuturan
166
Kuala Selinsing Kota Tinggi Muar
6 Pernyataan berikut berkaitan adat istiadat diraja masyarakat awal Asia Tenggara.
Apakah tujuan istiadat tersebut diadakan?
A Menunjukkan gaya hidup golongan bangsawan
B Membolehkan rakyat bertemu raja
C Melambangkan konsep alam semesta
D Membezakan kedudukan raja dan rakyat
7 Pernyataan berikut berkaitan sifat – sifat masyarakat Arab Jahiliah.
Apakah kesimpulan anda mengenai masyarakat tersebut ?
A Tidak berilmu
B Berakhlak rendah
C Tidak beragama
D Belum bertamadun
8 Peristiwa berikut berkaitan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sifat terpuji tersebut?
A Siddiq
B Amanah
C Tabliq
D Fatanah
167
Istiadat pertabalan
Kejam Angkuh Degil
Perletakan semula Hajar Aswad di tempat asalnya.ke tempat asalnya
9 Selepas Perjanjian Aqabah pertama Nabi Muhammad s.a.w menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah.
Apakah tugas beliau?
A Menyebarkan Islam
B Mengetuai pentadbiran
C Mendamaikan perbalahan
D Meninjau kehidupan masyarakat
10 Pernyataan berikut berkaitan sumpah setia orang Islam Madinah yang berlaku pada tahun 628 Masihi.
Mengapakah baiah tersebut dilakukan?
A Ancaman perang oleh orang Quraisy Makkah
B Membela kematian Uthman bin Affan
C Menawan semula kota Makkah
D Larangan mengerjakan haji
11 Tindakan berikut dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Apakah tujuan tindakan tersebut?
A Mengiktiraf sumbangan hakim
B Menonjolkan kehebatan hakim
C Menggalakkan orang menjadi hakim
D Mengelakkan penyelewengan oleh hakim
168
Baiah al-Ridwan
Hakim-hakim diberikan gaji yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.
12 Rajah 1 menunjukkan perubahan pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
Rajah 1
Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
A Pemberontakan rakyat
B Penghijrahan orang Barbar
C Perluasan kuasa Bani Umaiyah
D Penentangan Bani Abbasiyah
13 Maklumat berikut berkaitan tindakan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh.
Apakah tujuan baginda berbuat demikian ?
A Meluaskan kuasa pemerintahan
B Menguasai ekonomi Kepulauan Melayu
C Menjadikan Acheh sebagai serambi Makkah
D Menyekat perkembangan agama Kristian
169
Damsyik661 – 750 M
Cordova756 – 1031 M
Menaungi beberapa wilayah di Sumatera Utara Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu
14 Apakah perkara yang diberi penekanan oleh Wali Songo dalam menyebarkan Islam di Pulau Jawa.
I Mengikis sikap malas
II Mengelakkan pembaziran
III Menentang penjajahan asing
IV Mengutamakan ilmu fardhu ain
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
15 Rajah 2 menunjukkan nasab keturunan raja dalam pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Selepas Islam
Raja dikaitkan dengan
keturunan Iskandar Zulkarnain
Rajah 2
Apakah tujuan perkaitan nasab tersebut?
A Meningkatkan kedudukan raja
B Mendapatkan pengiktirafan luar
C Menunjukkan kebijaksanaan raja
D Melambangkan Orde Kosmos
170
16 Sekiranya anda seorang peniaga pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan membeli rempah ratus daripada penduduk setempat.
Apakah sistem timbangan yang digunakan?
A Tahil
B Kati
C Bahara
D Pikul
17 Pada Zaman Pertengahan, orang Eropah gagal berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam.
Bagaimanakah orang Eropah mengatasi masalah tersebut?
A Mengadakan perdagangan jarak dekat
B Membeli barangan pedagang Islam
C Menumpukan kegiatan pertanian
D Meneroka kawasan baru
18 Dialog 1 mungkin berlaku antara dua pengusaha kilang di Britain pada abad ke 18.
Dialog 1
Sekiranya anda adalah John, apakah yang akan dilakukan?
A Mengurangkan harga barangan
B Menghadkan pengeluaran barangan
C Mencari pasaran baru di luar Eropah
D Menghadiahkan kepada negara miskin
171
John : Sekarang kita mempunyai lebihan hasil perkilangan yang banyak.
Edward : Ya, apakah yang patut kita lakukan?
19 Senarai berikut adalah syarikat perwakilan British di Tanah Melayu.
Apakah peranan syarikat tersebut ?
A Membuka ladang getah
B Mengusahakan perlombongan
C Mengasaskan institusi kewangan
D Menubuhkan syarikat perkapalan
20 Mengapakah usaha British menggalakkan penanaman padi oleh penduduk tempatan di Tanah Melayu kurang berkesan?
A Kekurangan tanah yang sesuai
B Tanaman getah lebih menguntungkan
C Memerlukan modal yang besar
D Bekalan beras tempatan yang mencukupi
21 Apakah tujuan imperialis Barat melakukan perubahan sistem politik di Asia Tenggara?
A Menghapuskan pemerintahan beraja
B Menyediakan ke arah berkerajaan sendiri
C Menguasai ekonomi tempatan
D Menyebarkan agama Kristian
172
Guthrie Sime Darby Harrisons and Crossfield
22 Pernyataan berikut merujuk kepada Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Melayu.
Negeri yang mengamalkan sistem tersebut ialah
A Negeri-negeri Selat
B Negeri-negeri Melayu Utara
C Negeri-negeri Melayu Bersekutu
D Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
23 Pernyataan berikut berkaitan penjajahan Sepanyol di Filipina.
Penyebaran agama Kristian telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat
Apakah sebab berlakunya penentangan tersebut?
A Kemerosotan kuasa golongan agama
B Menghapuskan amalan tradisi penduduk
C Mendiskriminasi penduduk tempatan
D Keengganan menerima penjajahan barat
173
Tugas utama Residen adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
24 Peristiwa berikut berkaitan penentangan pemimpin tempatan terhadap pentadbiran James Brooke di Sarawak.
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Rentap ?
A Kampung Rentap dibakar
B Rentap melarikan diri ke Brunei
C Semua ahli keluarga Rentap dibunuh
D Rentap menerima ketuanan James Brooke
25 Pernyataan berikut berkaitan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu.
Menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
Mengapakah kemasukan orang asing ke Malaysia berterusan sehingga kini ?
I Sikap rakyat memilih pekerjaan
II Semangat kerjasama serantau
III Kekurangan tenaga pakar tempatan
IV Kemakmuran ekonomi negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
174
Tahun Peristiwa
1853 Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang
26 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
Apakah bentuk negara yang diperjuangkan?
A Sempadan negara mengikut rumpun bangsa
B Negara yang maju dalam bidang ekonomi
C Mengamalkan pemerintahan demokrasi
D Bebas daripada penguasaan gereja
27 Rajah 3 adalah hierarki pemerintahan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Rajah 3
Siapakah yang menjadi sumber rujukan berkaitan adat?
A Undang
B Lembaga
C Buapak
D Anak Buah
175
Yang Dipertuan Besar
Undang
Lembaga
Buapak
Anak Buah
28 Jadual 1 berkaitan usaha British untuk menubuhkan perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union.
Jadual 1
Mengapakah golongan radikal Melayu menentang usaha tersebut?
A Mereka tidak dibawa berunding
B Mempertahankan Malayan Union
C Mengekalkan status quo Melayu
D Menuntut perkongsian kuasa
29 Surat Pekeliling Bil. 9 dikeluarkan bagi menghalang penentangan rakyat tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British.
Apakah kandungan surat tersebut?
A Menawarkan pengampunan
B Memohon kerjasama semua rakyat
C Menjanjikan kemerdekaan Sarawak
D Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan
30 Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?
A Mengukuhkan kuasa penjajah
B Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
C Memelihara hak penduduk peribumi
D Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
176
Tahun Peristiwa
1946 Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
di King’s House Kuala Lumpur
31 Jadual 2 berkaitan tokoh yang terlibat dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur tahun 1952.
Jadual 2
Apakah sumbangan kedua-dua tokoh tersebut?
A Mewujudkan kerjasama politik
B Mengurangkan ancaman Komunis
C Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
D Mengasaskan perkhidmatan awam bercorak tempatan
32 Mengapakah Lee Kuan Yew berminat menyertai Malaysia?
A Semangat kejiranan yang tinggi
B Membangunkan ekonomi Singapura
C Bimbang pengaruh Barisan Sosialis
D Menarik sokongan penduduk Tanah Melayu
33 Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M. Azahari menentang Brunei menyertai Malaysia.
Apakah alasan penentangan tersebut?
I Menganggap penubuhan Malaysia sebagai neokolonialisme
II Berhasrat untuk menubuhkan Persekutuan Borneo
III Enggan menyerahkan kekayaan hasil minyak Brunei
IV Menolak sistem Raja Berperlembagaan
A I dan II
177
Tokoh Pertubuhan
Dato’Abdul Razak Yahya
Ong Yoke Lin
UMNO, Kuala Lumpur
MCA, Selangor
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
34 Antara bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah melaksanakan ‘Undang-undang
X’.
Apakah Undang-undang X?
A Menetapkan tarikh pilihan raya
B Membubarkan Parlimen
C Melantik Perdana Menteri
D Mengisytiharkan darurat
35 Senarai berikut adalah jawatan tertinggi di Malaysia.
Siapakah yang berkuasa melantik mereka?
A Perdana Menteri
B Kabinet Menteri
C Majlis Raja-Raja
D Yang di-Pertuan Agong
36 Apakah persamaan peranan agensi kerajaan berikut dalam Rancangan Malaya Pertama?
A Mempelbagaikan jenis tanaman
B Membangunkan kawasan luar bandar
C Memasarkan hasil pertanian pekebun kecil
178
Peguam Negara
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
D Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian
37 Maklumat berikut berkaitan dengan program pembangunan pertanian negara.
Apakah program tersebut?
A Penswastaan
B Pembangunan in-situ
C Pensyarikatan Malaysia
D Permodalan Nasional Berhad
38 Rajah 4 berkaitan kewujudan blok dunia pada kurun ke-20.
Rajah 4
Apakah faktor yang membawa kepada kewujudan blok tersebut?
A Ketiadaan pemimpin berkaliber
B Kegagalan mencapai kata sepakat
C Kebimbangan berlaku peperangan
D Kebangkitan negara dunia ketiga
179
Bertujuan untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah
Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan
Blok Dunia
Blok Komunis
Blok Kapitalis
39 Jadual 3 berikut berkaitan penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Jadual 3
Apakah faedah yang diperoleh sebagai ahli Bank Dunia?
A Kestabilan politik
B Kenaikan nilai mata wang
C Kekuatan ekonomi
D Kemasukan pelabur asing
40 Maklumat berikut berkaitan dengan konsep K-masyarakat.
Apakah usaha untuk menjayakan konsep tersebut?
A Meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk
B Melahirkan masyarakat miskin sifar
C Menjadikan pembelajaran sepanjang hayat
D Menghapuskan kebergantungan kepada negara asing
KERTAS SOALAN TAMAT
180
Tarikh Peristiwa
Disember 1945 Malaysia menjadi ahli Bank Dunia
Masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri
Selari dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing