Post on 06-Jan-2020
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR
(ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
√
_________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 137,FELDA KERTEH SATU, HJ MUSLIM BIN JONID KETENGAH JAYA, Nama Penyelia 23300, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 06 APRIL 2006 Tarikh : 06 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR
(ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SUHAIMI BIN MAT SULONG @ MUSTOFA
Tesis Ini Disampaikan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Jentera)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Jentera).”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : ENCIK HJ MUSLIM BIN JONID
Tarikh : ………………………………….. 17 APRIL 2006
iii
“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nurkilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penulis : SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA
Tarikh : ......................................................................... 17 APRIL 2006
iv
Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah, dan
kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh melupakan ilmu
v
PENGHARGAAN
Buat sekian kalinya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah
dan rahmatNya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi
penganugerahan Ijzah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Jentera ),
Universiti Teknologi Malaysia. Syukur yang tak terhingga juga ditujukan kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam memberikan sebarang tunjuk ajar sehingga
mampu menerbitkan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan ikhlas dan sekalung budi juga ditujukan khas buat pembimbing
saya Tuan Haji Muslim bin Jonid yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar dari permulaan hinggalah siapnya Projek Sarjan Muda ini. Kesukaran dalam
melengkapkan Projek Sarjana Muda ini sudah pasti mampu diatasi sepanjang berada
dalam bimbingan beliau.
Ribuan terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya, Mat Sulong @ Mustofa
bin Daud dan Salamah bt. Jusoh yang banyak memberi dorongan kepada saya
sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kasih sayang mereka tidak
pernah saya lupakan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan atau
mana – mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan projek ini. Jasa kalian tidak akan saya persiakan.
vi
ABSTRAK
Penyampaian matlumat melalui komputer atau lebih dikenali sebagai Alat
Bantu Mengajar (ABM) telah menarik perhatian pelajar-pelajar dan guru-guru di
sekolah khasnya. Sungguhpun telah banyak terdapat perisian - perisian ABM di
pasaran, namun perisian – perisian yang dihasilkan oleh anak tempatan dan
bercirikan tempatan masih lagi berkurangan malah tidak mencukupi. Hari ini
penggunaan ABM dilihat mampu meransangkan keinginan pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran (Atan Long,1982). Arus perkembangan dalam bidang komputer
dan teknologi matlumat tidak dapat dinafikan telah membawa arus perubahan yang
besar dalam kehidupan manusia. Dahulunya, budaya sekolah berasaskan kepada
proses mengingat telah diubah kepada budaya berfikir, bermaklumat (IT) dan mahir
menggunakan peralatan berteknologi. Fokus utama pendidikan multimedia adalah
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai suatu proses
yang aktif dan membantu pelajar menjelajah serta memahami suatu konsep abstrak.
Bagi mencapai tujuan ini modul yang dibina adalah bersifat interaktif. Perisian
modul yang bertajuk “Kimpalan Arka” ini dibangunkan dengan menggunakan
Microsoft powerPoint 2003 sebagai perisian asas dalam pembangunan modul dan
Adobe Photoshop 6.0, Sonic Foundry Forge 4.5, Ulead Cool 3D, Macromedia Flash
5 sebagai perisian sokongan. Sasaran utama pembinaan modul ini adalah untuk guru-
guru Pendidikan Teknik Kejuruteraan(PTK) seterusnya untuk pelajar.
vii
ABSTRACT
Dissemination of information through “Alat Bantu Mengajar (ABM) had
attracted the attention of students and teachers. Although, there are lots of ABM
software in market, but the local software product is still insufficient. Now days,
almost every teacher is using the teaching aid to conduct the class (Atan Long,
1982). In line with the rapid developments in the field of information technology &
computer, it brings a dramatic chance to human life includes education system in
Malaysia. Teaching aids will make the learning process easier for student to
understand. The old school culture has changed from a memorized based process to a
superior quality of educational system. This is due to the building up of the country’s
supply of knowledge workers at having an IT- savvy labour force which can employ
their IT skills. The main focus of multimedia education is to create an active and
interactive culture of lifelong leaning process. It helps students to explore and
understand the abstract concepts. The software of “kimpalan arka’ is developed by
using Microsoft PowerPoint XP as major software and several available software
likes Adobe Photoshop 6.0, Sonic Foundry Forge 4.5, Ulead Cool 3D and
Macromedia Flash 5. The main usage target for this software is for technical teacher
(PTK). Beside that, it is also for student usage.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif kajian 7
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.5 Kepentingan Projek 8
1.6 Skop Projek 9
1.7 Definasi Dan Istilah 10
1.7.1 Alat Bantu Mengajar 10
1.7.2 Pembelajaran 10
1.7.3 Pengajaran 10
ix
1.7.4 Pembelajarn Berbantukan 11
Komputer (PBK)
1.7.5 Multimedia 11
1.7.6 Teknologi Matlumat 11
1.7.7 Pembelajaran Mastery 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Perbezaan Terminologi CBE,CMI,CAI dan CAT 12
2.2 Definasi Modul Alat Bantu Mengajar 14
2.3 Definasi Pembelajaran Berbantukan 16
Komputer (PBK)
2.4 Definasi Buku Elektronik 17
2.5 Kelemahan Buku Elektronik 17
2.6 Perbezaan Alat Bantu Mengajar (ABM), 18
Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK), dan Buku Elektronik (E-book)
2.7 Ciri- ciri ABM yang baik 20
2.8 Kelebihan – kelebihan Perisian Modul ABM 21
2.9 Kelemahan – kelemahan Perisian Modul ABM 22
2.10 Pendekatan Pengajaran dalam ABM 24
2.10.1 Pendekatan Inkuiri 24
2.10.2 Pendekatan Induktif 24
2.10.3 Pendekatan Mastery 25
2.11 Teori pembelajaran 25
2.11.1 Teori Behaviourisme 26
2.11.2 Teori Konstruktivisme 26
2.11.3 Teori Kognitif 27
x
2.12 Strategi pengajaran dalam Modul ABM 28
2.12.1 Latih tubi 28
2.12.2 Tutorial 28
2.12.3 Simulasi 29
2.12.4 Penyelesaian Masalah 29
2.13 Definasi Multimedia dan Elemen- elemennya 29
2.13.1 Video 29
2.13.2 Grafik 30
2.13.3 Animasi 30
2.13.4 Teks 30
2.13.5 Audio 31
2.13.6 Hiperteks 31
2.13.7 Hipermedia 31
BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.0 Pengenalan 32
3.1 Prosedur pembinaan perisian 33
3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop 33
3.2.1 Objektif Pengajaran 34
3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 34
3.4 Pemilihan Perisian Multimedia 35
3.5 Pemilihan Perkakasan 38
3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 38
Pembangunan
3.6 Pemilihan Modul Rekabentuk Instruksi Bersistem 39
3.6.1 Fasa analisis 40
3.6.2 Fasa rekabentuk 40
3.6.3 Fasa pembangunan 40
xi
3.6.4 Fasa perlaksanaan 41
3.7 Pembangunan Perisian 42
3.8 Carta Alir Perisian Modul Alat Bantu Mengajar 43
BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.0 Pengenalan 50
4.1 Pakej Perisian 51
4.2 Operasi Perisian 51
4.3 Model Perisian 52
4.3.1 Grafik dan Kesan Audio 52
4.3.2 Penyediaan dan Pengeditan Teks 53
4.3.3 Penghasilan Animasi 53
4.3.4 Penghasilan Audio 53
4.4 Susun Cara Perisian 53
4.4.1 Paparan persembahan Tajuk 54
4.4.2 Paparan Topik 54
4.4.3 Paparan Soalan Pengukuhan 55
4.4.4 Kemudahan Laman Web 57
4.4.5 Paparan Glosari 58
4.4.6 Paparan Bantuan 58
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 60
5.1 Perbincangan 61
5.1.1 Kekuatan dan Kelemahan Perisian 61
xii
5.1.1.1 Kekuatan perisian 61
5.1.1.2 Kelemahan Perisian 62
5.2 Masalah – Masalah Yang Dihadapi Sepanjang 63
Proses Pembelajaran
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 63
5.2.2 Kekurangan Perkakasan 63
5.2.3 Kekurangan Perisian Asli 64
5.3 Cadangan 64
5.4 Kesimpulan 65
RUJUKAN 67
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbezaan Alat Bantu Mengajar, perisian pembelajaran 18
berbantukan komputer dan buku elektronik
2.2 Aplikasi asimilasi, akomodasi dan keseimbangan 27 dalam perisian
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.0 Hubungan antara CBE,CAI dan CMI dalam 13
pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Prosedur-prosedur umum dalam pembinaan perisian 33 3.2 Carta alir umum 44 3.3 Carta menu pengenalan 45 3.4 Carta cara memulakan arka 46 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1 Rajah paparan persembahan tajuk 54 4.2 Paparan topik 55 4.3 Paparan penilaian formatif 56 4.4 Paparan penilaian sumatif 56 4.5 Paparan laman web 57 4.6 Paparan glosari 58 4.7 Paparan bantuan pengguna 59
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Penggunaan Teknologi matlumat (information Technology) bukan sesuatu
yang baru dalam dunia alaf baru ini. Chew Choon Kian (1998) dalam tesisnya juga
merujuk kepada DR. Fong Chan Onn (2000), kehidupan masyarakat negara kita hari
ini dari segi ekonomi dan sosial politik telah berubah akibat daripada kepesatan
teknologi matlumat (information Technology).
Sejak kebelakangan ini juga , kerajaan Malaysia telah giat membuat sahutan “
sebuah komputer dalam sebuah keluarga”. Ini kerana kerajaan sedar betapa perlunya
kemahiran menggunakan komputer bagi generasi yang akan datang sesuai dengan
perkembangan dunia yang semakin pantas menuju kemajuan siber. Perubahan ini
juga meliputi dalam aspek pendidikan. Guru- guru dan pelajar- pelajar didedahkan
dengan kemahiran komputer yang dilihat banyak memberi manfaat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Malaysia telah membelanjakan sebanyak
RM6.2 bilion untuk menghasilkan “K-Malaysia” semata – mata untuk mencapai
objektif sosial dan ekonomi berasaskan pengetahuan (Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, 1-7-2003).
2
Selain untuk kemudahan guru dan pelajar, komputer juga diperkenalkan
untuk memudahkan kerja pentadbiran dan pendokumentasian. Sekaligus sekolah
mampu menyediakan dan memproses segala butir- butir pelajar dan hal berkaitan
dengan secara bersistematik dan efektif. Malah segala kertas- kertas ujian, analisis
data keputusan peperiksaan pelajar juga mampu dilakukan dengan sempurna dengan
adanya sistem komputer ini.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan sijil Z003
ICT untuk memiawaikan tahap literasi komputer rakyat dalam negara ini
(http://www.glorianet.org/berita/603081.html). Dengan ini, sesiapa yang mempunyai
sijil ini akan diiktiraf sebagai K-pekerja (Kworker) dan pegawai awam seperti guru
digalakkan untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai alat yang lebih
sempurna dan berguna. Oleh hal yang demikian, guru dilatih supaya menghasilkan
alat bantu mengajar elektronik yang sesuai dengan perkembangan minda pelajar.
Kenyataan ini dapat merealisasikan cabaran ke-6 dalam wawasan 2020 (Ahmad
Zaini,1997). Jika diteliti, cabaran ke-6 dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan daya
perubahan yang tinggi dan memandang jauh kehadapan. Hari iniMalaysia bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik.
Menurut Jamaludin(1996), bahawa penggunaan alat bantu megajar
multimedia mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang paling
konduksi dan variasi. Jadi proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif dapat
dihasilkan seiring dengan perkembangan teknologi multimedia.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, pembinaan perisian yang berasaskan multimedia
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat digalakkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi menjamin pembelajaran yang optimum
(Manimegalai,2001). Aplikasi ABM adalah salah satu contoh perisian multimedia
yang beransurkan teknologi matlumat.
Menurut Sulaiman Ngah Razali (1997), ABM mampu mempelbagaikan
kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan, menjimatkan masa dan tenaga,
menarik perhatian, berkebolehan serta menghasilkan pembelajaran yang maksimum.
Tujuan aplikasi ABM bukan sahaja untuk meningkatkan kelancaran
perhubungan interaksi antara guru dengan pelajar malah juga mempercepat
pemahaman mereka terhadap isi pelajaran (Baharuddin, 1995).
Menurut Jamaluddin (2002), ABM yang digunakan dalam sistem pendidikan
pada masa ini adalah alat bantu visual, iaitu berbentuk gambar, model, objek, dan
lain - lain yang mampu mengukuhkan pengalaman konkrit, motivasi belajar serta
meningkatkan daya serap dan potensi pelajar. Video, audio, teks dan animasi
merupakan antara elemen atau media multimedia yang amat berkesan untuk menarik
perhatian pelajar dalam pelbagai konteks persembahan matlumat (Jamaluddin, 2002)
Menurut Rio Sumarni(2002), gabungan teks, grafik, animasi, vedio dapat
menarik dan menyeronokkan. Pelajar belajar dalam persekitaran pembelajaran baru
yang mengutamakan kemahiran meta kognitif dan teori konstruktivisme
(Micheal,1997).
4
Dalam konteks pendidikan, penggunaan komputer dan teknologi sebagai
ABM dikenali sebagai Komputer Membantu Pengajaran atau computer assisted
instruction, CAI (Lewis, 1979). Pelbagai kaedah dan bentuk dirancang agar mampu
membentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu,
penyelesaian masalah dan permainan.
Dalam menjadikan ABM sesuatu yang menarik dan efektif dalam P&P,
pelbagai perisaan komputer seperti PowerPoint 2003 telah dijadikan satu medan alat
bantu mengajar yang memanfaatkan pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan,
pengurusan, bidang latihan dan pembangunan. Guru memerlukan kretiviti,
kemahiran dan hanya masa yang singkat untuk menghasilkan persembahan
multimedia yang menarik mengikut kehendak bersesuian dengan konteks pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
Secara dasarnya, terdapat tiga fasa dalam penggunaan teknologi dalam
pendidikan. Fasa yang pertama lebih terbatas terhadap ketrampilan motorik dan
penguasaan masteri. Fasa yang kedua melibatkan penggunaan teknologi seperti
CDROM dan teknologi digital yang disifatkan sebagai menyediakan informasi dalam
format-format interaksi, hipermedia dan hipertek. Fasa yang terakhir adalah
berhubungan dengan perubahan dan administrasi kelas terhadap penggunaan
teknologi iaitu penentuan kebajikan, teman sebaya dan tanggungjawap
(http:/berita.penabur.org/2002003/pendidikan_berbaris/htm).
Sejajar dengan itu, guru seharusnya bertindak lebih dinamik untuk
mengimplementasikan kurikulum P&P dengan lebih efisen seiring dengan
perkembangan fasa- fasa teknologi. Peningkatan mutu profesional guru dimantapkan
dengan memantapkan mutu ABM multimedia dalam masa yang sama mampu
meningkatkan prestasi akademik pelajar.
5
Secara umumnya, kekurangan penggunaan ABM multimedia dalam aspek
pendidikan khususnya akan menjadikan sistem pendidikan negara kita akan
ketinggalan dengan arus perubahan teknologi. Setiap perkembangan teknologi
seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan dalam pendidikan. Kekurangan
tenaga yang berkebolehan dan berpengetahuan komputer untuk menghasilkan ABM
yang bermutu tinggi adalah salah satu punca mengapa keadaan ini terjadi.
1.2 Penyataan Masalah
Dalam menghadapi perubahan sistem pembelajaran yang semakin maju, guru
seringkali menghadapi kesukaran untuk menyampaikan isu pengajaran dengan
berkesan. Apatah lagi subjek kejuruteraan yang lebih sukar untuk difahami tanpa
merujuk kepada ABM yang efisen. Walaupun seseorang guru itu berpengalaman dan
berpotensi, tetapi kadangkala masalah tetap timbul kerana ketidaksesuian dalam
pemilihan ABM dalam proses P&P.
Memandangkan ABM telah menjadi salah satu media utama dalam
memantapkan sistem pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
dan Pusat Pengajian Guru (PKG) telah banyak membangunkan bahan perisian
mengikut pelajaran dalam KBSM dalam memastikan proses penyampaian dalam
kelas lebih efisen. Namun begitu, perisian yang berfokuskan kepada jurusan
Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (PTK) masih lagi berkurangan terutama bagi
sukatan pelajaran “Kimpalan Arka”.
Oleh yang demikian, sistem pengajaran tidak mampu menentukan tahap
kefahaman pelajar terhadap konsep genetik mengikut taksonomi Bloom
(JimStewart,1988). Jadi, Kinner (1983,1986) telah menyatakan bahawa dengan
menggunakan simulasi komputer CATLAB dan BIRDBREED, pelajar dapat
menyelesaikan masalah genetik dalam buku teks dengan berkesan.
6
Setelah pendedahan awal penggunaan ABM berunsurkan teknologi
menampakkan hasil yang positif, maka penggunaan bahan ABM berbentuk ini terus
menerus mendapat minat pelbagai guru untuk menggunakannya. Namun keadaan ini
menjadi sebaliknya kepada guru- guru yang kurang mahir dan dalam keadaan
tertentu. Menurut Micheal (dalam Razali,2004), terdapat tiga masalah utama yang
menjadi batu penghalang kepada keberkesanan penggunaan komputer di dalam bilik
darjah iaitu kekurangan guru yang terlatih, kekurangan persepaduan penggunaan
komputer dalam KBSM serta ketidaklengkapan kemudahan komputer yang terkini
dalam sekolah.
Selain dari itu, menurut Awang Matusin (dalam Razali,2004) bahawa pelajar
patut belajar secara kosisten dan holistik di masa yang sewajarnya dalam pengajaran
guru yang sistematik yang berteraskan komputer. Buat masa ini, modul pengajaran
yang sistematik masih boleh dianggap berkurangan kerana masalah seperti yang
dinyatakan oleh Micheal.
Menurut R. Lewis (1979) pula, terdapat tiga punca atau masalah utama yang
menghalang untuk melaksanakan pembelajaran secara komputer ialah ketahan guru,
kualiti perisian dan pemilihan perkakasan. Beliau melihat keupayaan guru untuk
menghasilkan kualiti perisian yang tinggi berbantukan pemilihan perkakasan yang
berpatutan adalah kriteria yang utama untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran melalui komputer.
Oleh yang demikian, pembinaan satu perisian alat bantu mengajar bercirikan
multimedia adalah sesuatu yang wajar. Pembinaan modul ini akan membantu dan
melatih guru menghasilkan perisian ABM yang sejajar dengan kehendak
Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan mampu mengajar tajuk
kimpalan arka secara konkrit secara pembelajaran mastery.
7
1.3 Objektif Kajian
Terdapat empat objektif utama pembinaan alat bantu mengajar ini, iaitu:
i. Membina satu modul alat bantu mengajar bagi tajuk “ Kimpalan Arka” dalam
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat.
ii. Menambahkan bilangan modul alat bantu mengajar pendidikan mengikut
garis panduan Kokurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
iii. Sebagai bahan sokongan kepada guru dalam meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
iv. Menambahkan bilangan modul alat bantu mengajar yang berteraskan teori
konstruktivisme di Malaysia.
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
Menurut Baharuddin (2002), pembinaan modul alat bantu mengajar ini
adalah untuk meningkatkan lagi tahap pemikiran pelajar terhadap isi pelajaran
mengikut taksonomi Bloom. Dalam taksonomi Bloom terdapat enam tahap yang
mana bermula dengan pengetahuan (yang paling rendah) kepada penilaian (paling
sukar). Dengan ini tahap pemikiran pelajar sewajarnya dikembangkan dari tahap
pengetahuan kepada tahap penilaian secara berperingkat- peringkat.
8
Menurut Voon Sieu-Ming (dalam Razali,2004) pula, pelajar akan mengalami
kesukaran dalam memahami sesuatu pengajaran kejuruteraan tanpa merujuk kepada
gambaran simulasi selain daripada melakukan kerja amali. Keadaan ini adalah sama
juga dengan tajuk kimpalan arka dalam subjek kejuruteraan jentera. Tanpa bantuan
ABM yang berkesan sudah pasti sukar ingin memberi penjelasan bagaimana sesuatu
proses dilakukan.
Selain itu, Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu, Cik Aini dan
Encik Zainal, guru tingkatan empat kejuruteraan jentera berkata bahawa penggunaan
ABM yang mempunyai simulasi atau langkah kerja dapat mengukuhkan kefahaman
pelajar terhadap tajuk “Kimpalan Arka”.
Faktor utama kebanyakkan guru kurang menggunakan modul pengajaran
berkomputer adalah kerana tidak mempunyai kemahiran dan masa untuk
membangunkan perisian sebagai alat bantu mengajar (Ann Thompson,1997).
Atas maksud itu, pembangunan modul ini adalah bertujuan mendedah dan
membantu guru atau murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka
sama ada secara fasilator atau pembelajaran efektif, meningkatkan kefahaman
terhadap pembelajaran dan mengatasi kesukaran dalam proses kerja amali ataupun
teori.
1.5 Kepentingan Projek
Modul ABM berasaskan kompouter ini dibina tidak lain adalah untuk
memudahkan proses P&P dalam bilik darjah. Selain dari itu, penyampaian guru akan
menjadi lebih mudah dan menarik perhatian pelajar terhadap topik tersebut. Malah
9
pembangunan modul ini secara tidak langsung akan membantu mengatasi
kekurangan alat bantu mengajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
berkenaan tajuk “Kimpalan Arka” dan dalam masa yang sama mengatasi masalah
kekurangan modul alat bantu mengajar yang memenuhi sukatan pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul ABM ini akan memberikan gambaran dan penjelasan yang
mengkonkritkan konsep yang abstrak. Guru dapat memberikan penerangan dengan
lebih berkesan dengan adanya unsur-unsur multimedia yang menarik seperti vedio,
animasi, teks dan sebagainya. Malah pelajar akan dapat memahami konsep
“kimpalan Arka” dengan lebih mudah dan berkesan. Ini kerana penggunaan video
mampu mendedahkan pelajar kepada pelajaran yang realistik. Pengajaran guru juga
akan menjadi lebih seronok dengan adanya interaktiviti antara pelajar.
1.6 Skop Projek
Skop projek adalah membangunkan satu modul ABM berasaskan komputer
bagi topik “Kimpalan Arka” dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
(PKM) tingkatan empat aliran sekolah teknik. Kandungannya merangkumi seperti
berikut:
a) Pengertian kimpalan arka
b) Prinsip asas bagi kimpalan kerja
c) Cara memulakan arka
d) Cara mematikan arka
e) Kedudukan kimpalan arka
f) Jenis sambungan kimpalan arka.