Mengenal riba

Post on 21-Jun-2015

1.203 views 1 download

description

Slide ini adalah hasil modifikasi drpd Slide-nya Ust Erwin Wahyu, dialih bahasa ke bahasa Melayu, dan diberi sedikit tambahan Carta di akhirnya. Smg bermanfaat.

Transcript of Mengenal riba

MENGENAL

RIBA

10 + 5 = …15 - 7 = …8 x 4 = …

36 / 2 = …

ISILAH

10 + 5 = 515 - 7 = 228 x 4 = 2

36 / 2 = 72

TERNYATA

FORMULA

+ jadi –- jadi +x jadi // jadi x

APA

PELAJARANAPA YANG DAPAT DIAMBIL?

MENGENAL RIBA

“Tinggalkanlah tujuh perkara yang membinasakan …. (salah satunya adalah) memakan RIBA”

(HR. Bukhari dan Muslim)

“… padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan MENGHARAMKAN RIBA.”

(Al-Baqarah[2] : 275)

Namun …

Sudah terang berderang …Sudah jelas, lugas dan tegas …

MENGAPA ?• Masih banyak umat Islam yang mempraktikkan dan

mengamalkannya?• Hampir semua orang terlibat tanpa terkecuali?• Bahkan, jarang sekali terdapat aktiviti ekonomi dan

perniagaan saat ini yang bebas daripada riba.

Boleh jadi mereka …BELUM FAHAM apa itu RIBA.

Secara literal,

riba bermakna tambahan (al-ziyadah)

Apa itu riba?

Semua tambahan yang tidak disertai dengan adanya pertukaran kompensasi.(Imam Ibnu al-‘Arabiy, Ahkaam al-Quran, juz 1, hal. 321)

RIBA MENURUT ISTILAH:

Tambahan yang dikenakan di dalam mu’amalah, wang, mahupun makanan, baik

dalam kadar maupun waktunya.

(Imam Suyuthiy, Tafsir Jalalain, surat al-Baqarah: 275)

RIBA MENURUT ISTILAH:

Menurut syariat, riba adalah aqad bathil dengan sifat tertentu, sama saja apakah di dalamnya ada tambahan mahupun tidak. Perhatikanlah, anda memahami bahawa jual beli dirham dengan dirham yang pembayarannya ditunda adalah riba; dan di dalamnya tidak ada tambahan.(Kitab al-Jauharah al-Naiyyirah, juz 2, hal. 298)

Apa itu riba?

“Jika seseorang menghutangkan wang kepada orang lain, janganlah ia menerima hadiah (darinya).” (HR Bukhari)

“Manfaat yang diperolehi daripada hutang adalah salah satu cabang dari RIBA.” (HR Baihaqi)

“Kamu hidup di dalam sebuah negeri dimana RIBA tersebar luas. Oleh kerana itu, jika salah seorang berhutang kepadamu dan ia memberikan sekeranjang rumput atau gandum atau jerami, janganlah kamu terima, kerana itu adalah RIBA.”(HR Bukhari)

Rasulullah saw bersabda,“Jika salah seorang di antara kalian memberi hutang (qardh), lalu ia diberi hadiah (oleh pengutang) atau si pengutang membawanya di atas kendaraannya, maka jangan ia menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu”(HR. Ibn Majah)

Rasulullah saw bersabda,“Jika salah seorang di antara kalian memberi hutang (qardh), dan si penghutang menawarkan kepadamu makanan, maka janganlah kamu menerimanya. Dan jika penghutang menawarkan tunggangan, janganlah ia menerimanya, kecuali yang demikian itu sudah biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu.” (HR. Baihaqi)

BUNGA=

RIBA

?

BUNGA = RIBA ?

Iya, jika kita simpulkan dari hadith-hadith di atas. Tidak ada penafsiran lain.

• Di sektor Negara, Kementerian, Swasta sehinggalah ke peringkat yang paling rendah … Kampung.

• Praktiknya dapat kita temukan di mana-mana…• Di kota, di desa, di kampung-kampung…• Oleh lembaga kewangan, pemerintah mahu

pun individu per individu …

BUNGA = RIBA ?

Persoalan: JIKA RIBA SUDAH BERLELUASA

Adakah fakta tersebut dapat mengubah hukum RIBA menjadi BOLEH dan HALAL ?

MENGAPA ?Walau sudah FAHAM, tapi tetap tidak mahu meninggalkannya?

• Hal ringan• Masalah remeh• Dosanya kecil• Jika yang diambil

sedikit, mungkin dianggap tidak berdosa

Alasannya …..

BAGAIMANA DENGAN

Tidak ada batasan apapun mengenai JUMLAH RIBA, semuanya dianggap sama.

BUNGA SEDIKIT ?

Allah SWT berfirman :“Dan jika kamu bertaubat (dari aktiviti riba) maka bagimu POKOK HARTAMU; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”(TMQ Al Baqarah[2] : 279)

ن� م�و ن� ظ� م ن�ا ن� ن� م�و ل� ظ� ن ن�ا ظ� م� ل� نوٲ ظ� ن�� م� م�� م� ظ� م� ن� ن� ظ� م� ظ� م ل��� ن�

DIMANALETAK MASALAHNYA?

Bukan pada BESAR atau kecilnya BUNGA RIBA, tapi …..

• kerana ummat Islam telanjur menganggap RIBA sebagai permasalahan yang kecil dan REMEH.

• Kalaupun dosa, dianggap kecil saja.

• Jadi, bukan permasalahan BESAR yang harus DITAKUTI ummat Islam.

OKELAH kalau begitu …

MARI KITA LIHAT …!

“Orang-orang yang mengambil RIBA tidak dapat berdiri melainkah seperti berdirinya orang

yang kerasukan syetan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (Al-Baqarah : 275)

�م م�و �ن ن�ا ن ن!�ا ل�� ن� م�و م�و �ن ن�ا ا� وو ن$ ر% ٱ� ن� م�و م) �ا ظ �ن ن( �ل* �! ن ٱ + ر-‌ ن� ظ� ٱ ن( ل� م( و. ن/ ظ0 ن!1 ٱ� م2 م/ �! ن ن3 ن� �ن ل*ى �! ن ٱ

Rasulullah SAW menjelaskan :“Pada waktu aku di mi’rajkan ke langit, aku memandang ke langit dunia, ternyata di sana terdapat banyak orang yang memiliki perut seperti rumah-rumah yang besar dan telah roboh perut-perut mereka. Mereka dilemparkan dan disusun secara bertumpuk di atas jalur yang dilewati Fir’aun. Mereka diberdirikan di dalam api neraka setiap pagi dan petang hari. Mereka berkata : “Wahai rabb kami, janganlah pernah terjadi hari kiamat”. Aku tanyakan, “Hai Jibril, Siapa mereka?”. Jawabnya, “Mereka adalah para PEMAKAN RIBA dari kalangan umatmu yang tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.”

Rasulullah SAW menjelaskan :“Pada waktu aku di Isra’kan, tatkala kami telah sampai ke langit ke tujuh, aku melihat ke arah atasku, ternyata aku menyaksikan kilat, petir dan badai. Lalu aku mendatangi sekelompok orang yang memiliki perut seperti rumah, didalamnya banyak terdapat ular berbisa yang dapat terlihat dengan jelas dari luar perut mereka. Aku tanyakan, “Hai Jibril, siapa mereka?” Dia menjawab : “Mereka adalah para pemakan RIBA.”

ل�يل�ة� �ت�يت أب�ي ر�ي� س

أوم� ق� ع�ل�ى م ب ط ون ه

ا يه� ف� ك�الب ي وت�ى ت ر� ي'ات الح�

ار�ج� خ� م�ن م ب ط ون�ه�

ن م� لت ق ف�ي�ا ء� ؤ ال� ه�

ال� ق� ائ�يل بر� ج� �ك�ل�ة أ ء� ؤ ال� ه�

ب�ا الر9

Rasulullah SAW bersabda,“Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 pelacur.” (HR Ahmad dan ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda,“Di dalam riba ada 99 pintu dosa. Yang paling ringan adalah seperti seorang anak lelaki yang menzinahi ibu kandungnya sendiri.”

“Riba itu mempunyai 73 pintu, sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang menzinahi ibu kandungnya sendiri”(HR.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Jadi ?• ZINA adalah DOSA BESAR• Dan TERNYATA ….• DOSA RIBA itu dosanya jauh

LEBIH BESAR daripada dosa ZINA.

• Bahkan berlipat kali ganda• Apatah lagi berzina dengan

ibu kandung sendiri.• Naudzubillah….

JADI ?Itukan DOSA bagi pemakan (pengambil) RIBA. Seperti tauke, pemilik bank, dll.• Saya ‘kan bukan tauke yang memakan riba…• Saya ‘kan bukan pemilik bank…• Saya ‘kan hanya objek bukan subjek …• Saya ‘kan yang penghutang bukan yang

pemiutang…

Rasulullah saw melaknat orang-orang yang terlibat riba. Beliau bersabda, “Hum sawaa’un, mereka itu sama iaitu yang mengambil riba, memberinya, menuliskannya, dan yang menjadi saksinya.” (HR. Muslim dan Bukhari dari Abu Hudzaifah)

Rasulullah saw bersabda,“Apabila perbuatan ZINA dan RIBA telah berleluasa di suatu negeri, bererti penduduknya telah mengizinkan turunnya AZAB ALLAH ke atas diri mereka.”

Allah SWT berfirman.“Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari bertransaksi riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (menghalalkan riba) maka orang itu adalah PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA, mereka kekal di dalamnya.”(TQS Al-Baqarah : 275)

  ه�ۦ ب� �� ر بن �� ة ر� ه� و� ر ۥ ه� ر� ا� ر� ر�ن ر�     ۥ ه� �ه و ��ر ر� ر ر! ر" �ر ۥ ه� ر! ر� ى# ر% ر& ر�ٱن

ر( ه+* ى, ا ر- و� ��ه ر� ر/ ر�� ون ر ر� 0 ه�‌ !� ر ٱ- ر-# �ه+ر�3 ه�ي و5 ه6 ه�0‌ �7� ر ٱ- ه8 ى, ر9 و: ��ر

ر; ه>� ه! ى, ر=

MASUK NERAKA SELAMANYA?• Ancaman ini hanya tertuju

kepada yang sudah FAHAM.

• Namun, tetap mengulangi bertransaksi riba kerana menolak keharaman riba.

• Tidak ada dosa yang lebih berat, melebihi dosa orang yang dimasukkan ke neraka selama-lamanya.

• Dosa yang sebanding yang diberikan kepada orang kafir.

BAYANGKAN ….• Jika kita rajin solat….• kita pun rajin puasa…• Juga gemar bersedekah…• Tidak lupa membayar zakat…• Berkali-kali pula melaksanakan

haji…Namun, hanya gara-gara menghalalkan riba, tempatnya di NERAKA

JENIS-JENIS

RIBA

RIBA NASII`AHTambahan yang diambil kerana penundaan pembayaran hutang untuk dibayarkan pada tempoh waktu yang baru, sama saja apakah tambahan itu merupakan denda di atas kelewatan pembayaran hutang, atau sebagai tambahan hutang baru.

Misalnya, si A meminjamkan wang sebanyak RM200 kepada si B; dengan perjanjian si B perlu mengembalikan hutang tersebut pada tanggal 1 Januari 2014; dan jika si B menunda pembayaran hutangnya dari waktu yang telah ditentukan (1 Januari 2014), maka si B wajib membayar tambahan atas keterlambatannya; misalnya 10% dari jumlah hutang. Tambahan pembayaran di sini boleh jadi ianya sebagai bentuk denda atas kelewatan si B dalam melunaskan hutangnya, atau sebagai tambahan hutang baru kerana pemberian tempoh waktu baru oleh si A kepada si B. Tambahan inilah yang disebut dengan riba nasii’ah.

RIBA FADLAL:

Riba yang diambil

dari kelebihan

pertukaran barang

yang sejenis.

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, semisal, setara, dan tunai. Apabila jenisnya berbeza, juallah sesuka hatimu jika dilakukan dengan tunai.”(HR Muslim dari Ubadah bin Shamit ra)

“Emas dengan emas, setimbang dan semisal; perak dengan perak, setimbang dan semisal; barang siapa yang menambah atau meminta tambahan, maka (tambahannya) itu adalah riba.”(HR Muslim dari Abu Hurairah)

“Dari Fudhalah berkata: Saya membeli kalung pada perang Khaibar seharga dua belas dinar. Di dalamnya ada emas dan merjan. Setelah aku pisahkan (antara emas dan merjan), aku mendapatinya lebih dari dua belas dinar. Hal itu saya sampaikan kepada Nabi saw. Beliau pun bersabda, “Jangan dijual hingga dipisahkan (antara emas dengan lainnya).” (HR Muslim dari Fudhalah)

“Sesungguhnya Rasulullah saw mengutus saudara Bani Adi al-Anshari untuk dipekerjakan di Khaibar. Kemudian dia datang dengan membawa kurma Janib (salah satu jenis kurma yang berkualiti tinggi dan bagus). Rasulullah saw bersabda, “Apakah semua kurma Khaibar seperti itu?” Dia menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah . Sesunguhnya kami membeli satu sha’ dengan dua sha’ dari al-jam’ (salah satu jenis kurma yang jelek, ditafsirkan juga campuran kurma). Rasulullah saw bersabda, “Jangan kamu lakukan itu, tapi (tukarlah) yang setara atau juallah kurma (yang jelek itu) dan belilah (kurma yang bagus) dengan wang hasil penjualan itu. Demikianlah timbangan itu”.

(HR Muslim)

RIBA AL-YADD:• Riba yang disebabkan

kerana penundaan (kredit) pembayaran dalam pertukaran barang-barang.

• Dengan kata lain, kedua belah pihak yang melakukan pertukaran dalam 6 jenis barang ribawi bermuamalat secara tidak tunai.

“Emas dengan emas riba kecuali dengan dibayarkan tunai, gandum dengan gandum riba kecuali dengan dibayarkan tunai; kurma dengan kurma riba kecuali dengan dibayarkan tunai; kismis dengan kismis riba, kecuali dengan dibayarkan tunai.”(HR al-Bukhari dari Umar bin al-Khaththab)

“Perak dengan emas riba kecuali dengan dibayarkan tunai; gandum dengan gandum riba kecuali dengan dibayarkan tunai kismis dengan kismis riba, kecuali dengan dibayarkan tunai; kurma dengan kurma riba kecuali dibayar dengan tunai“. [Ibnu Qudamah, Al-Mughniy, juz IV, hal. 13]

RIBA QARDL

Meminjam wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan atau keuntungan yang harus diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Burdah bin Musa; ia berkata, “Suatu ketika, aku mengunjungi Madinah. Lalu aku berjumpa dengan Abdullah bin Salam. Lantas orang ini berkata kepadaku: ‘Sesungguhnya engkau berada di suatu tempat yang di sana praktik riba telah berleluasa. Apabila engkau memberikan pinjaman kepada seseorang lalu ia memberikan hadiah kepadamu berupa rumput kering, gandum atau makanan ternak, maka janganlah diterima. Sebab, pemberian tersebut adalah riba”. [HR. Imam Bukhari]

Imam Bukhari dalam “Kitab Tarikh”nya, meriwayatkan sebuah Hadits dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Bila ada yang memberikan pinjaman (wang maupun barang), maka janganlah ia menerima hadiah (dari yang meminjamkannya)”[HR. Imam Bukhari]

Pelarangan riba qardl juga sejalan dengan kaedah ushul fiqh, “Kullu qardl jarra manfa’atan fahuwa riba”. (Setiap pinjaman yang menarik keuntungan (membuahkan bunga) adalah riba”.[Sayyid Saabiq, Fiqh al-Sunnah, (edisi terjemahan); jilid xii, hal. 113]

Ringkasan… RIBA

MUAMALATHutang Jual-Beli

Tambahan yang ditetapkan sejak

awal

Cth: Hutang dlm tempoh 1

tahun dgn kadar bunga

10%

Riba Nasiah

Tambahan yg dikenakan krn

gagal tepat waktu

Cth: Tambahan 10%, krn tidak

membayar tepat waktu. Misal dlm

1 tahun.

Riba Nasiah

Pertukaran komoditi ribawi yg sama, tp tak setara

Cth: emas 10g, ditukar

dgn emas 10.5g

Riba Fadhl

Pertukaran komoditi

ribawi secara tidak tunai

Cth: Menukar Emas dgn Perak

secara kredit

Riba Nasiah(Riba Yadd)

Terakhir …

Rasulullah SAW bersabda,“Jangan membuatmu takjub, seseorang yang memperoleh harta dari cara haram, jika dia

infakkan atau dia sedekahkan maka tidak diterima, jika ia pertahankan maka tidak

diberkahi dan jika ia mati dan ia tinggalkan harta itu maka akan jadi bekal dia ke

neraka.” (HR ath-Thabarani, ath-Thayalisi dan al-Baihaqi, lafal ath-Thabarani)

RUJUKAN

• http://hizbut-tahrir.or.id/2008/11/20/riba-definisi-hukum-dan-macamnya/

• http://hizbut-tahrir.or.id/2007/07/02/bersarnya-dosa-riba/

• http://hizbut-tahrir.or.id/2013/07/16/sj-orang-yang-memakan-riba/

• http://www.titokpriastomo.com/peristiwa/benarkah-pemakan-riba-kekal-di-neraka-penjelasan-atha-abu-rasytah.html