Post on 06-Feb-2016
description
BAGAIMANA MENULIS PROFIL SYARIKAT YANG BAIK…
Oleh:Norhimah AzizSetiausaha, eWA Malaysia
25hb June, 2011
AGENDA
Pengenalan Untuk Siapa? Kenapa? Profil Syarikat yang bagus.. Kesimpulan
Pengenalan
Tahukah anda, apa yang dikatakan Profil Syarikat ?
Profil Syarikat adalah sebuah ringkasan tentang sesebuah Syarikat.
Profil Syarikat boleh diibaratkan sebagai sebuah platform dan medium dalam memperkenal kewujudan dan kekuatan sesebuah Syarikat.
Profil Syarikat adalah ‘senjata’ untuk mencari pelanggan, pelabur, pekerja dan sesiapa yang tertarik untuk berurusan dengan Syarikat tersebut.
Untuk Siapa Profil Syarikat Ditulis?
i) Pelanggan sasaran
Ditulis bagi memberikan penerangan dan butiran berkenaan syarikat anda agar skop perniagaan dapat dilihat dengan jelas
Mengandungi segala maklumat dan kenyataan produk atau perkhidmatan yang ingin disampaikan mengikut keperluan permintaan pelanggan sasaran tersebut
Untuk siapa..?
ii) Badan Kerajaan Berbeza dari sudut keterampilan pembentangan Profil
Syarikat iaitu butiran dan kerja2 yang pernah dijalankan disediakan dengan terperinci
Ianya lebih kompleks dan spesifik
Bahagian kewangan selalunya menjadi isu utama. Anda perlu menitik beratkan maklumat dibahagian ini.
Sertakan juga maklumat kejayaan syarikat anda menyempurnakan kerja-kerja dan projek sepanjang syarikat ditubuhkan sebagai rujukan
untuk siapa..?
iii) Tender
Kemasukan sesuatu Tender memerlukan dokumen sampingan yang menjelaskan kekuatan ssebuah syarikat.
Oleh itu Syarikat anda haruslah menyediakan Profil Syarikat yang lengkap dan menarik perhatian pihak penilai Tender.
Bahagian 1
Kenapa perlu ada Profil Syarikat ?1. mendekati atau menerokai segmen baru yang boleh
meningkatkan perniagaan
2. untuk menarik minat pelabur sekiranya perlu
3. untuk memberi maklumat atau penerangan yang menarik perhatian pelanggan dan
4. untuk memberi gambaran bagaimana syarikat anda mampu mememenuhi keperluan pelanggan
5. untuk menanam kepercayaan pelanggan terhadap syarikat
Bahagian 2
Profil Syarikat yang bagus perlu mempunyai beberapa asas informasi seperti :
Pengenalan
Latarbelakang
Maklumat Syarikat
Maklumat Kewangan
Carta Organisasi
..sambungan
Maklumat dan Biography pihak pengurusan
Maklumat Produk dan Perkhidmatan
Maklumat Rakan Kongsi, pembekal dll
Maklumat Pencapaian Syarikat
Dan pastikan maklumat yang penting diletakkan di muka awal kerana bukan semua pelanggan akan membaca keseluruhan Profil Syarikat
Penutup
TERIMA KASIH..Semoga kejayaan milik kita…