Post on 26-Oct-2021
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGAPARLIMEN KEEMPAT BELAS
2020
HARI ISNIN : 21 DISEMBER 2020
NO SOALAN: 1
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh
mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
untuk tempoh November / Disember 2020 dan bagaimanakah Kerajaan
menangani kekangan akses internet dan pelajar yang tidak ada peranti
ICT bagi pelajar-pelajar luar bandar di seluruh negara terutama Sarawak
dan Sabah.
NO SOALAN: 1
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam tempoh sekolah ditutup untuk pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara bersemuka, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berusaha menyediakan akses pembelajaran kepada
murid melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
mengikut kesesuaian guru dan murid. Bagi memantapkan pelaksanaan
PdPR, Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah disediakan
sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR secara
berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran
di rumah secara optimum. Manual PdPR ini meliputi pelbagai kaedah
PdP yang dapat dilakukan dari rumah iaitu dalam talian (online), luar
talian (offline) atau off-site. Secara keseluruhan, guru mentaksir murid
secara berterusan mengikut kesesuaian dan merancang pelaksanaan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Bagi menilai tahap keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran
semasa tempoh penutupan sekolah, KPM telah menjalankan satu kajian
awal iaitu Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Home-based Learning
bermula pada 18 Mac 2020. Berdasarkan dapatan kajian tersebut,
pendekatan secara dalam talian adalah merupakan pendekatan yang
paling banyak digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
iaitu dalam lingkungan 70.96%. Sebagai penambahbaikan kepada
kajian ini, KPM melaksanakan pemantauan terhadap sesi PdPR yang
dilaksanakan guru dan murid. Berdasarkan laporan pemantauan PdPR
NO SOALAN: 1
di bawah Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
(JPPSS), KPM dari 17 hingga 30 November 2020, sebanyak 2,699,942
sesi PdPR telah dilaksanakan oleh guru dan murid di sekolah rendah
dan menengah KPM di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 64 peratus PdPR dilaksanakan secara dalam talian, 17
peratus secara luar talian dan 19 peratus adalah gabungan kedua-dua
kaedah tersebut. Pelaksanaan PdP secara dalam talian dapat
membantu meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid dalam
penggunaan ICT. Pembelajaran secara dalam talian juga membolehkan
murid meneroka pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mendapatkan
maklumat dan mengaplikasikan teori yang dipelajari.
KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses internet dan pemilikan
peranti oleh murid di sekolah seluruh negara, termasuk di negeri Sabah
dan Sarawak. KPM telah menyediakan capaian jalur lebar internet
dengan kelajuan 30Mbps (Megabit per second) hingga 100Mbps kepada
10,066 sekolah. Selain itu, KPM sedang dalam usaha menyediakan
capaian internet melalui teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal)
berkelajuan 30Mbps bagi 141 sekolah KPM yang masih tiada
infrastruktur jalur lebar di kawasan sekolah berkenaan. Pemasangan
VSAT ini dijangka siap pada Februari 2021.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KE TIGA ,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah cabaran-cabaran utama ESSCOM dalam mengawal
kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin daripada negara Filipina di Pantai
Timur Sabah.
NO SOALAN: 2
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
ESSCOM merupakan satu entiti keselamatan yang telah
dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mempertahankan kedaulatan
kawasan pantai timur Sabah daripada diceroboh oleh anasir-anasir luar
yang cuba mengganggu gugat keamanan dan keharmonian di kawasan
berkenaan termasuklah isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ESSCOM dalam menangani isu
PATI adalah:
i. Kedudukan geografi pantai timur Sabah yang berhampiran
dengan kepulauan di selatan Filipina dan Indonesia. Faktor ini
telah membuka ruang kepada pelbagai bentuk ancaman dari
segi jenayah rentas sempadan termasuk melibatkan
pencerobohan PATI, Kidnaping For Ransom dan lain-lain
jenayah rentas sempadan;
ii. Keluasan persisir pantai timur Sabah bermula dari daerah Kudat
hingga ke Tawau iaitu sepanjang 2,344.6 km merupakan satu
kawasan yang panjang;
iii. Kewujudan pulau-pulau di kawasan perairan pantai timur Sabah
yang terlalu banyak iaitu sekitar 307 buah pulau turut
NO SOALAN: 2
membolehkan PATI daripada selatan Filipina dengan mudahnya
dapat bersembunyi di pulau-pulau terlebih dahulu untuk
mengelak dikesan sebelum memasuki perairan negara ini
secara tidak sah;
iv. Oleh kerana terdapat pertalian antara penduduk Sabah dan
Filipina, pergerakan keluar masuk telah berlaku sejak sekian
lama, menjadi kebiasaan atau amalan masyarakat setempat;
dan
v. Kewujudan tali barut dalam kalangan rakyat tempatan yang
sentiasa memberikan maklumat mengenai kewujudan dan
keberadaan aset-aset laut pasukan keselamatan kepada
tekong-tekong laut yang membawa PATI menyebabkan
pergerakan masuk mereka ke kawasan perairan Sabah sukar
dikawal dan dikesan.
Walaupun terdapat cabaran sebagaimana yang dinyatakan, kerajaan akan
terus komited untuk mengoptimumkan jaringan keselamatan di ESSZone
dengan mempertingkatkan kemampuan pasukan keselamatan khususnya
dari segi keupayaan keanggotaan dan perolehan peralatan serta
kelengkapan yang canggih dan terkini. Penambahbaikan dan pembinaan
kem-kem baru akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Pada masa
yang sama, teknologi pengawasan elektronik juga akan terus
dipertingkatkan sejajar dengan kemampuan kewangan negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN:3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI
menyatakan keadaan ekonomi semasa, cabaran-cabaran yang sedang
dihadapi oleh negara dan apakah langkah yang dirangka dalam
memulihkan ekonomi Malaysia dari kesan pandemik Koronavirus
NO SOALAN:3
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 telah
menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini.
Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah menguncup pada kadar
negatif 2.7 peratus dalam tempoh suku ketiga 2020.
2. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas terutamanya dalam
sektor perkhidmatan negatif 4.0 peratus, pembinaan negatif
12.4 peratus, pertanian negatif 0.7 peratus dan perlombongan negatif
6.8 peratus. Penyusutan pertumbuhan ini antaranya disebabkan oleh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Walau bagaimanapun, kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi
pada tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka pulih pada
tahun 2021.
4. Antara inisiatif yang telah diambil untuk menggalakkan pemulihan
dan pertumbuhan ekonomi ialah:
i. Pertama, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan
Ekonomi (EAC), pada 11 Mac 2020 bagi menangani isu-isu dan
cabaran semasa ekonomi. EAC yang dipengerusikan oleh YAB
Perdana Menteri, juga memantau impak penularan wabak
COVID-19 ke atas ekonomi serta merangka langkah-langkah
untuk memulihkan dan merancakkan semula ekonomi negara.
NO SOALAN:3
ii. Kedua, Kerajaan telah melaksanakan beberapa pakej
rangsangan ekonomi, iaitu:
• Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada
27 Mac 2020;
• Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN
TAMBAHAN) pada 6 April 2020;
• Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun
2020; dan
• Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin atau KITA PRIHATIN
pada 23 September 2020.
Pakej rangsangan ekonomi tersebut berjumlah sebanyak
RM305 bilion atau kira-kira 20 peratus kepada KDNK adalah antara
pakej rangsangan yang terbesar di kalangan negara membangun.
Langkah-langkah yang diambil telah berjaya meringankan beban
rakyat, mengekalkan pekerjaan dan menggerakkan semula aktiviti
ekonomi.
5. Belanjawan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat
memperkenalkan pelbagai langkah bagi memacu pemulihan
ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Ini merupakan belanjawan yang
inklusif dan komprehensif, memberi tumpuan kepada tiga matlamat
utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan
Ketahanan Ekonomi. Kesemua matlamat ini merupakan
kesinambungan kepada pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS
Tambahan, Penjana, dan Kita PRIHATIN yang telah diumumkan
sebelum ini.
NO SOALAN:3
6. Bagi tempoh jangka panjang pula, penyediaan Rancangan Malaysia
Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) kini berada dalam peringkat
akhir. Strategi yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12 mengambil
kira pelbagai usaha untuk memulih dan memacu semula ekonomi
yang terkesan disebabkan oleh COVID-19 serta menangani isu
struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif
dan mampan.
7. Kerajaan percaya bahawa dengan strategi dan langkah yang diambil
untuk menangani kesan daripada pandemik COVID-19, ekonomi
negara akan kembali pulih, berdaya tahan dan mampan bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 4
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISANDEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah tindakan
Kementerian yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam
mempromosikan talian e-dagang untuk usahawan mikro, Pengusaha
Kecil dan Sederhana (PKS) serta statistik terkini keterlibatan usahawan
yang berkenaan.
NO SOALAN: 4
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah
melaksanakan pelbagai usaha dalam menggalakkan Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro menggunakan
teknologi digital khususnya aplikasi e-dagang dalam perniagaan
seperti berikut:
a. Program eUsahawan yang merupakan pembelajaran secara
luar dan dalam talian yang menyediakan pengetahuan dan
ilmu keusahawanan digital kepada usahawan mikro, desa dan
belia untuk menjana pendapatan, menjalankan pemasaran
produk dan meningkatkan penjualan. Sehingga November
2020, seramai 394,894 usahawan telah dilatih dan daripada
jumlah ini, seramai 155,885 orang telah berjaya melaporkan
jualan sebanyak RM965.48 juta.
b. Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) iaitu satu
program membantu para usahawan luar bandar mendigitalkan
perniagaan mereka yang selama ini dilakukan secara offline.
Program ini menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan
bantuan sokongan dan sehingga November 2020, sebanyak
32 PID telah diaktifkan dengan program PeDAS.
c. Inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital atau “Digital Free
Trade Zone” (DFTZ) yang merupakan inisiatif strategik yang
bertujuan untuk meningkatkan eksport PKS tempatan ke
NO SOALAN: 4
luarnegara. Sehingga kini, lebih daripada 20,000 PKS tempatan
yang telah berdaftar serta menyertai program ini bagi tujuan
menempatkan produk mereka di dalam platform eMarketplaces
atau pasaran maya serantau dan global.
d. Go-eCommerce (pautannya www.go-ecommerce.my)
merupakan pusat sumber dalam talian yang mempunyai
pelbagai rujukan dan panduan lengkap untuk membantu PKS
dan usahawan mikro untuk menyertai dan menggunakan
aplikasi e-dagang. Sehingga kini, platform Go-eCommerce
telah mempunyai lebih 260,000 pengguna.
2. Manakala di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
melaksanakan beberapa inisiatif, contohnya ialah :
a. Kempen eDagang untuk PKS dan Usahawan Mikro
(PKSM) yang telah melibatkan lebih 45,000 orang PKSM
baharu yang mendaftar dan sebanyak 115,000 orang PKSM
telah mendapat manfaatnya .
b. Kempen ‘Shop Malaysia Online’ yang telah memberi
manfaat kepada seramai 210,000 peniaga Malaysia di
seluruh negara umumnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 5
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rasionalnya diwujudkan
Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara.
NO SOALAN: 5
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Penggerak Komuniti Negara tidak ditubuhkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Penggerak Komuniti
Negara adalah salah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang
diterima oleh KPKT sebagai rakan strategik Dasar Komuniti Negara
(DKomN). Kerjasama yang dijalankan dengan Penggerak Komuniti
Negara adalah khusus untuk membantu KPKT dengan
menggalakkan penglibatan komuniti setempat untuk turut serta
melaksanakan program-program Dasar Komuniti Negara yang telah
dikenal pasti.
2. DKomN telah dilancarkan pada 17 Februari 2019 dan matlamat
utama DKomN adalah untuk mendaya upaya komuniti setempat
supaya terlibat aktif dalam usaha penyelenggaraan dan
pengurusan harta awam dan harta bersama, serta membangunkan
komuniti secara inklusif bagi mencapai kesejahteraan hidup dan
pembangunan mampan. Salah satu objektif DKomN adalah
memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam,
sektor swasta dan NGO dalam membangunkan komuniti.
NO SOALAN: 5
3. Justeru, KPKT telah menubuhkan Pejabat Sekretariat Muafakat
Komuniti (PSMK) di 19 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang
terpilih bagi Fasa I. PSMK yang telah ditubuhkan bertindak sebagai
pemangkin dan pemantau kepada entiti dan komuniti yang terlibat
dengannya. PSMK juga berperanan sebagai pemudah cara dan
penjalin hubungan antara komuniti dengan agensi kerajaan, swasta
dan badan bukan kerajaan (NGO).
4. Sehubungan itu, Penggerak Komuniti Negara selaku rakan strategik
DKomN boleh menjalinkan kerjasama bagi membantu PSMK untuk
mendukung hasrat yang ditetapkan oleh DKomN. KPKT juga
menggalakkan NGO-NGO lain untuk menjadi rakan strategik
DKomN. Ini adalah untuk memastikan proses pemerkasaan komuniti
berjalan dengan lancar dan seterusnya mengurangkan
kebergantungan komuniti dengan pihak kerajaan dalam
membangunkan komuniti tersebut.
5. Dalam konteks ini, kerjasama strategik yang dijalankan antara PSMK
dengan Penggerak Komunti Negara tidak melibatkan sebarang
implikasi kewangan kepada KPKT. Sehubungan itu, Penggerak
Komuniti Negara menjalankan aktiviti dengan menggunakan
peruntukan mereka sendiri.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 6
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah usaha dan inisiatif Kementerian dalam
meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asas seperti lampu jalan,
sistem perparitan dan menaiktaraf jalan-jalan kampung serta membaiki
rumah terutamanya di kawasan luar bandar khususnya di negeri Perlis.
NO SOALAN: 6
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator,
Kementerian sedang melaksanakan Program Pemasangan Lampu Jalan
Kampung di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2019/2020, yang telah
dimulakan sejak 27 Disember 2019 dan dijangka siap sepenuhnya pada
26 September 2021.
Bagi negeri Perlis, sebanyak 600 unit LJK dengan pecahan 480 unit
lampu jenis high pressure sodium vapour (HPSV), dan 120 unit lampu
jenis light emitting diode (LED). Dalam masa yang sama, Kementerian
dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA)
melalui peruntukan incentive-based regulations (IBR), turut
memperuntukkan kuota pemasangan tambahan sebanyak 420 unit
lampu jenis LED di negeri berkenaan.
Pihak Kementerian juga telah meluluskan pelaksanaan 64 Projek Jalan
Perhubungan Desa (JPD) berjumlah RM2.14 juta di Negeri Perlis bagi
tahun 2020. Setakat 30 November 2020, semua projek tersebut telah
siap sepenuhnya.
Bagi sistem perparitan pula, pihak Kementerian telah meluluskan
peruntukan berjumlah RM0.5 juta bagi pelaksanaan 12 projek membina
baru dan menaiktaraf sistem perparitan di bawah skop Program Ameniti
Sosial (PAMS) di negeri Perlis bagi tahun 2020. Setakat 30 November
2020, semua projek tersebut telah siap sepenuhnya.
NO SOALAN: 6
Pihak Kementerian sentiasa komited untuk melaksanakan projek-projek
prasarana luar bandar khususnya Projek Jalan Perhubungan Desa
(JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS).
Di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula,
sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan bagi Negeri Perlis pada tahun 2020
termasuk peruntukan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin
Rakyat (PRE PRIHATIN). Peruntukan ini melibatkan pembinaan 16 unit
rumah baru dan 209 unit pembaikan rumah. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 9 unit rumah telah siap dibina dan 144 unit rumah telah
selesai dibaik pulih. Manakala bakinya masih dalam pelbagai peringkat
pelaksanaan dan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada awal
tahun 2021.
Bantuan rumah PPRT ini akan terus dilaksanakan pada tahun 2021
yang mana sebanyak RM4.3 juta telah diperuntukkan untuk Negeri
Perlis dengan sasaran 37 unit rumah bina baru dan 164 unit rumah
dibaik pulih.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 7
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY
A/LPONNUSAMY
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy A/Lponnusamy minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah
perincian penyertaan wanita dalam perusahaan mikro, kecil,
sederhana dan besar mengikut kaum. Apa jenis bantuan yang
diberikan oleh Kerajaan kepada wanita-wanita ini mengikut kaum dari
tahun 2014-2020.
NO SOALAN: 7
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan Banci Ekonomi 2016, jumlah usahawan PKS
berdaftar di Malaysia adalah sebanyak 907,065 dan daripada
jumlah tersebut, 186,855 atau 20.6% adalah PKS milikan wanita.
2. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MEDAC dalam
membantu usahawan wanita mengikut kaum dari tahun 2014-2020
adalah seperti berikut:
BANTUAN PEMBIAYAAN
3. Sepanjang tahun 2014 sehingga tahun 2020, sebanyak RM1.85
billion dana kewangan telah disalurkan kepada seramai
176,356 usahawan wanita melalui pelbagai program bantuan
pembiayaan oleh MEDAC melalui agensi-agensi di bawahnya.
4. Bank Rakyat dan TEKUN MEMPUNYAI pecahan bantuan
pembiayaan kepada usahawan wanita MENGIKUT KAUM seperti
berikut :
(a) Bank Rakyat telah meluluskan pembiayaan kepada 14,397
usahawan wanita dengan jumlah terkumpul kelulusan
NO SOALAN: 7
sebanyak RM225.22 juta daripada tahun 2014 sehingga
2020.
Kaum Bilangan Akaun Jumlah Kelulusan (RM juta)
Bumiputera 13,911 211,362,313
Cina 144 8,773,500
India 237 3,414,300
Lain-lain 105 1,672,000
JUMLAH 14,397 225,222,113
(b) Manakala TEKUN telah menyalurkan sejumlah RM1.62 bilion
kepada 161,522 usahawan wanita di seluruh negara.
Sekian, terima kasih
NO SOALAN: 8
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
ahli panel pemilihan dan kriteria bagi menawarkan jawatan tetap kepada
pegawai perubatan (MO) dan pegawai pergigian berkontrak, bilangan
MO dan pegawai pergigian berkontrak yang berasal dari Sarawak dan
berkhidmat di Sarawak yang telah memohon jawatan tetap bagi tempoh
2015 hingga 2019 serta peratusan yang berjaya mendapat jawatan
tetap.
NO SOALAN: 8
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang dilantik secara
kontrak bagi tujuan menjalani latihan siswazah dan/ atau khidmat
wajib di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh
dipertimbangkan untuk lantikan tetap tertakluk kepada memenuhi
syarat pelantikan tetap dan kekosongan jawatan.
2. Proses penilaian bagi tujuan pelantikan tetap dibuat sepanjang
tempoh latihan siswazah bagi Pegawai Perubatan atau khidmat
wajib bagi Pegawai Pergigian. Pegawai dinilai oleh penyelia dan
pakar yang membimbing pegawai dalam tempoh latihan siswazah
dan khidmat wajib. Semua pencapaian semasa latihan siswazah
dan khidmat wajib pegawai akan dikumpul dan disaring oleh
Program dan kemudiannya dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan
Lantikan Tetap di peringkat Ibu Pejabat KKM. Ini bagi memastikan
proses penilaian dan pemilihan dilaksanakan dengan telus dan adil.
Cadangan pelantikan tetap yang telah dimuktamadkan akan
diangkat kepada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan Ketua
Setiausaha (KSU) untuk mendapat persetujuan sebelum
diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
selaku Pihak Berkuasa Melantik.
3. Sehingga 7 Disember 2020, jumlah Pegawai Perubatan dan
Pegawai Pergigian yang telah dilantik kontrak sejak Disember 2016
NO SOALAN: 8
adalah seramai 26,787 orang. Pecahan mengikut skim
perkhidmatan adalah seperti berikut:
(i) Pegawai Perubatan melibatkan seramai 22,296 orang; dan
(ii) Pegawai Pergigian melibatkan seramai 4,491 orang.
KKM telah membuat penambahbaikan dengan memberi keutamaan
pelantikan secara tetap Pegawai Perubatan dari kalangan anak
kelahiran Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk
ditempatkan di fasiliti kesihatan di negeri Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
4. Sehingga 7 Disember 2020, Pegawai Perubatan lantikan kontrak
yang layak dipertimbangkan untuk dilantik tetap bagi kohort 2016
dan 2017 adalah seramai 2,544 orang dan daripada jumlah ini
seramai 174 adalah anak kelahiran Sarawak. Daripada jumlah
2,544 tersebut, seramai 108 orang adalah anak kelahiran Sarawak
yang mendapat lantikan tetap.
5. Manakala, Pegawai Pergigian lantikan kontrak yang layak
dipertimbangkan pelantikan tetap bagi kohort 2017 dan 2018 adalah
seramai 1,485 orang dan daripada jumlah ini seramai 85 adalah
anak kelahiran Sarawak. Daripada jumlah 1,485 orang tersebut,
seramai 50 orang adalah anak kelahiran Sarawak yang mendapat
lantikan tetap.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 9
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' SRI VELL PAARI A/L TUN SAMY
VELLU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah bilangan universiti awam dan swasta
yang telah mengurangkan atau membatalkan sebahagian yuran
pengajian bagi pelajar-pelajar universiti akibat penularan pandemik
COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilakukan pihak
Kerajaan
NO SOALAN: 9
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini dalam ucapan
penggulungan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, Kerajaan telah
bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran asrama dan yuran aktiviti
atau perkhidmatan Universiti Awam (UA) di semua UA sehingga 15
peratus setelah mengambil kira keupayaan kewangan Kerajaan dan UA.
Pengurangan yuran tersebut adalah bagi Semester Kedua Sesi Akademik
2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia. Sebanyak RM72
juta telah diperuntukkan yang mana RM20 juta merupakan peruntukan
tambahan Kerajaan dan RM52 juta menggunakan sumber dalaman UA.
Seramai 523,318 pelajar UA di seluruh negara telah mendapat manfaat
daripada keputusan ini. Langkah yang sama juga telah diteruskan bagi
semua UA bagi pengajian Semester Pertama Sesi 2020/2021.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman, Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) adalah
dikawal selia di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta
555) dan diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang mempunyai Lembaga
Pengarah Syarikat sendiri (Akta 777). Selaras dengan itu, penetapan
kadar yuran IPTS adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Pengarah
Syarikat berpandukan kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).
NO SOALAN: 9
Bagi memastikan kebajikan pelajar IPTS terjamin, KPT telah menetapkan
bahawa tiada sebarang permohonan kenaikan yuran daripada IPTS yang
akan dipertimbangkan atau diluluskan bermula pada 1 Jun 2020 hingga
31 Disember 2020. Ini bagi memastikan kelangsungan dalam aspek
akses kepada pendidikan tinggi serta mengekalkan daya saing IPTS.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 10
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIAPDA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah pelaksanaan inisiatif
ldentiti Digital Nasional dalam usaha untuk membanteras masalah siber
dan bagaimanakah pelaksanaan inisiatif ini dapat memenuhi keperluan
khususnya dalam perkhidmatan awam dan swasta.
NO SOALAN: 10
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Identiti Digital Nasional
merupakan pengesahan identiti seseorang individu secara elektronik. Ini
berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris
dan maklumat demografik seperti nama dan tarikh lahir. Ia
mengesahkan identiti seseorang individu berdasarkan ciri-ciri biometrik
dan maklumat demografik bagi memastikan urusan perkhidmatan
terutamanya dalam talian dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah,
selamat, terlindung dan terjamin dan ini sebagai tambahan kepada
MyKad yang dilaksanakan secara fizikal.
Selain itu, ia juga berpotensi mengelakkan berlakunya jenayah
pemalsuan dan penipuan identiti secara dalam talian.
Identiti Digital Nasional amatlah penting bagi membolehkan
kesalinghubungan pelbagai sistem transaksi bagi memudahkan
pengguna berurusan di mana sahaja pada bila-bila masa.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan
Kajian dan Rundingan Awam bagi membangunkan Rangka Kerja
Identiti Digital Nasional mulai 21 November 2019 hingga 31 Ogos 2020.
NO SOALAN: 10
Konsep Identiti Digital Nasional ini telah mendapat sambutan
positif dan secara amnya Malaysia berada dalam kedudukan terbaik
untuk memulakan atau melaksanakan inisiatif ini.
Dan sistem ini apabila dibangunkan adalah berdasarkan amalan
terbaik contohnya Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam
(RAKKSSA) dan tadi saya sebutkan dan saya nak betulkan sikit
sebutan saya semasa saya menjawab soalan awal tadi. Sebenarnya
ialah Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020 – 2024.
Kerajaan telah bersetuju pada pada dasarnya untuk mewujudkan
struktur tadbir urus bagi menyelaraskan pelaksanaan dan promosi
Identiti Digital Nasional ini secara terselaras dan strategik yang bakal
diterajui oleh Kementeria Dalam Negeri dan kalau dilaksanakan sekali
tentulah di bawah agensi yang terlibat berkemungkinan besar ialah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 11
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindak balas Kerajaan
terhadap laporan tentang hak kanak-kanak di Malaysia oleh Child Rights
Coalition Malaysia (Gabungan Hak Asasi Kanak-Kanak Malaysia) yang
didapati mempunyai fakta yang meragukan tentang Malaysia dan langkah
untuk mengatasi isu ini.
NO SOALAN: 11
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan telah mengambil maklum akan pemerhatian dan syor-syor
yang dinyatakan dalam Laporan Status Hak Kanak-Kanak di Malaysia
2019 yang telah diterima secara rasmi daripada Child Rights Coalition
Malaysia (CRCM) pada 19 November 2020 yang lepas.
Dalam hal ini, Kerajaan menghargai usaha mana-mana pertubuhan
bukan Kerajaan (NGO) di lapangan yang memainkan peranan sebagai
entiti bebas (watch-dog) dalam menyediakan laporan pemerhatian
sebagai semakan dan imbangan ke atas inisiatif Kerajaan untuk
memelihara kepentingan terbaik kanak-kanak.
Pada masa yang sama juga, Kerajaan turut melihat pihak NGO sebagai
sektor ketiga dalam penyampaian perkhidmatan alternatif kepada
masyarakat terutamanya dalam sektor yang tidak dapat dipenuhi oleh
Kerajaan.
Oleh itu, kerjasama antara Kerajaan dan NGO adalah sinergi yang perlu
dalam memberi advokasi kepada masyarakat bagi memelihara
kepentingan terbaik kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan amat menghargai kebimbangan Yang Berhormat Senator
NO SOALAN: 11
berkaitan fakta dalam laporan yang dilihat tidak tepat dan bercanggah.
Dalam hal ini, sebarang percanggahan fakta atau maklumat yang kurang
tepat akan ditangani melalui proses penyerahan dan pembentangan
Laporan Negara kepada Jawatankuasa CRC kelak. Dijangkakan
Laporan Negara akan dikemukakan kepada Jawatankuasa CRC pada
awal tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 12
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Mohan A/l Thangarasu minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan adakah sebarang insentif dalam bentuk pengecualian cukai
diberi terhadap syarikat-syarikat swasta yang mengalami kesukaran
untuk terus beroperasi dalam musim pandemik COVID-19 sekarang.
NO SOALAN: 12
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat,
1. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dalam bentuk
pengecualian cukai diberikan kepada syarikat-syarikat swasta yang
mengalami kesukaran untuk terus beroperasi susulan penularan
wabak COVID-19.
2. Secara prinsipnya, syarikat yang mengalami pengurangan
pendapatan akan dikenakan cukai yang lebih rendah, malahan,
sekiranya syarikat berkenaan merekodkan kerugian, kerugian
tersebut boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak ke atas keuntungan
masa hadapan.
3. Sepanjang tahun 2020, Kerajaan telah memperkenalkan pelan
pemulihan ekonomi secara berfasa menggunakan pendekatan 6R
iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform.
4. Pada awal penularan pandemik COVID-19, Kerajaan telah
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 2020) bagi
memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan kebajikan rakyat
dipelihara.
5. Semasa peringkat Resilience atau Ketahanan, pakej PRIHATIN dan
PRIHATIN PKS Tambahan telah diperkenalkan bagi menangani
kesan penutupan ekonomi.
NO SOALAN: 12
6. Pada Mei 2020, negara memasuki fasa Restart atau Memulakan
Semula yang menyaksikan pembukaan semula ekonomi secara
beransur-ansur.
7. Selanjutnya, negara beransur ke peringkat Recovery atau
Pemulihan, di mana Kerajaan menggerakkan pakej rangsangan
PENJANA dan KITA PRIHATIN.
8. Secara keseluruhannya, sebanyak 36 langkah cukai telah diberi di
bawah pakej-pakej rangsangan tersebut bagi tujuan membantu
industri/perniagaan/individu termasuk untuk:
i. Membantu aliran tunai;
ii. Merancakkan pelaburan dalam negara;
iii. Menarik pelaburan asing; dan
iv. Menyokong kepada adaptasi norma baharu.
9. Bagi membantu meringankan aliran tunai perniagaan selain
memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan
liabiliti cukai mereka dengan prestasi kewangan yang terjejas,
Kerajaan menyediakan insentif dan langkah cukai seperti berikut:-
i. Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan kepada
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tempoh 3
bulan dari 1 April 2020 hingga 30 Jun 2020;
ii. Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan untuk
tempoh 6 bulan kepada perniagaan di bawah industri
pelancongan dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020
NO SOALAN: 12
dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 di bawah
Pakej PENJANA;
iii. Rebat cukai pendapatan sebanyak RM20,000 setiap tahun
untuk tempoh tiga tahun diberi kepada PKS yang beroperasi
mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021;
iv. Pengecualian duti setem bagi surat cara berkaitan
percantuman dan pemerolehan (merger and acquisition)
syarikat PKS bagi transaksi bermula 1 Julai 2020 sehingga
30 Jun 2021; dan
v. Kemudahan untuk menyemak semula anggaran cukai
pendapatan pada bulan ke-3 sebagai tambahan ke atas
peruntukan sedia ada di mana syarikat-syarikat dibenarkan
untuk menyemak semula anggaran cukai pada bulan ke-6
dan ke-9 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran.
10. Langkah-langkah di atas telah diperkenalkan oleh Kerajaan
untuk membantu memastikan syarikat dan perniagaan terus
beroperasi, berdaya tahan dan berdaya saing serta
menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 13
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bahawa
Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) telah
menahan produk minyak sawit dan minyak sawit FGV Holdings Berhad
berkuatkuasa 1hb Oktober 2020. Malaysia bergantung kepada eksport
komoditi seperti minyak sawit dan larangan tersebut akan menjejaskan
ekonomi negara. Sejauh manakah larangan ini telah mempengaruhi
ekonomi negara. Sejauh manakah larangan ini telah mempengaruhi FGV
Holdings Berhad dan kehidupan para pekebun sehingga kini.
NO SOALAN: 13
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke Amerika Syarikat
bagi tempoh dari Januari hingga Oktober 2020 telah menunjukkan
peningkatan sebanyak 2.4 peratus kepada 0.87 juta tan (bernilai RM2.99
billion) berbanding dengan 0.85 juta tan (bernilai RM2.53 billion) pada
tempoh sama tahun 2019. Peningkatan ini didorong oleh permintaan lebih
tinggi terhadap produk oleokimia dan barangan siap (finished products)
berasaskan sawit meskipun Amerika Syarikat merupakan negara yang
paling terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 di dunia. Produk-
produk oleokimia ini adalah bahan asas daripada minyak sawit untuk
menghasilkan produk pembersihan, hand sanitizer dan sabun.
Secara amnya, eksport produk sawit Malaysia ke Amerika Syarikat tidak
menghadapi kesan yang besar kecuali sekatan dagangan yang
dikenakan ke atas produk sawit negara keluaran Syarikat FGV Holdings
Berhad (FGV) bermula 1 Oktober 2020. Tindakan Amerika Syarikat yang
mengenakan sekatan import tersebut adalah berdasarkan maklumat yang
diterima pihak Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP)
Amerika Syarikat bahawa terdapatnya penggunaan buruh paksa dalam
proses pengeluaran produk sawit Syarikat FGV. Walau bagaimanapun,
syarikat-syarikat lain yang mengeksport minyak sawit dan produk
berasaskan sawit ke Amerika Syarikat tidak terjejas dengan sekatan
tersebut.
NO SOALAN: 13
Untuk makluman, FGV hanya mengeksport 40 tan sahaja minyak sawit
ke Amerika Syarikat. Jumlah ini bersamaan dengan 0.0013 peratus dari
3 juta tan keseluruhan jumlah eksport FGV. Sehubungan itu, boleh
disimpulkan bahawa sekatan produk sawit keluaran FGV yang dikenakan
Amerika Syarikat ini tidak memberi kesan signifikan kepada industri sawit
Malaysia buat masa ini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 14
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan keberkesanan bagi meneruskan insentif 'Place and Train'
melalui program latihan perantisan dengan menggalakkan lebih banyak
pemain industri terutamanya syarikat korporat dalam menyediakan
latihan, pengalaman dan peluang pekerjaan kepada graduan.
NO SOALAN: 14
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
insentif “place and train” di bawah PENJANA KPT-CAP menumpukan
kepada latihan kompetensi bersasar mengambil kira keperluan industri.
Program ini juga adalah bersifat jangka pendek, iaitu antara tempoh dua
minggu ke enam minggu sahaja. Peserta yang tamat menjalani program
“place and train” ini dengan jayanya akan ditawarkan pekerjaan.
Sehingga 30 November 2020, program PENJANA KPT-CAP telah
menyediakan 7,596 tempat latihan kepada para graduan dengan
sekurang-kurangnya 6,077 jaminan pekerjaan kepada peserta program
hasil sinergi dengan 154 rakan industri. Ini merujuk kepada syarat 80
peratus penempatan pekerjaan melalui “Letter of Commitment” (LOC)
bagi kategori “place and train”.
Dalam menggalakkan lebih banyak pemain industri terutamanya syarikat
korporat menyertai program “place and train” ini, KPT telah memperluas
pelaksanaan inisiatif PENJANA KPT-CAP ke peringkat negeri dengan
kerjasama kerajaan negeri melalui program Jobs@State. Program ini
melibatkan penawaran pekerjaan oleh syarikat milik kerajaan negeri atau
industri tempatan kepada para graduan yang menyertai PENJANA KPT-
CAP. Peruntukan bagi menjayakan inisiatif ini akan disalurkan oleh KPT
bagi membolehkan latihan “upskilling” dan “reskilling” dalam kalangan
graduan anak negeri dapat dilaksanakan berdasarkan kompetensi yang
diperlukan di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
NO SOALAN: 14
Selain daripada itu, KPT turut berkolaborasi dengan kerajaan negeri
melalui Gradepreneur@State. Program ini merupakan program
berbentuk penawaran pinjaman mikro kredit oleh kerajaan negeri kepada
graduan anak negeri untuk memulakan atau mengembangkan
perniagaan setelah mereka selesai mengikuti kursus yang ditetapkan.
Program ini bukan sahaja membantu graduan berkenaan menceburi
bidang keusahawanan, malah secara tidak langsung mencipta peluang
pekerjaan melalui pengoperasian perniagaan mereka.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 15
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kenapa tidak menyediakan alat pengesan suhu automatik
seperti mana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura di Lapangan
Terbang Antarabangsanya untuk semua pintu masuk seluruh Lapangan
Antarabangsa di Malaysia.
NO SOALAN: 15
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Mesin-mesin thermal di pintu masuk negara adalah bertujuan untuk
mengimbas suhu pengembara-pengembara yang tiba di pintu masuk
antarabangsa (PMA) negara. Mesin-mesin thermal ini telah
ditetapkan untuk mengesan suhu badan yang menyamai atau lebih
dari 37.5°C secara automatik.
2. Teknologi thermal ini merupakan teknologi yang terbaik bagi
mengesan suhu untuk tujuan saringan. Walaubagaimanapun, mana-
mana sistem saringan suhu di pintu masuk tidak boleh dijadikan alat
untuk mengdiagnos penyakit. Oleh itu, mana-mana pengembara
yang didapati mempunyai suhu 37.5°C atau lebih oleh mesin thermal,
akan diperiksa semula dengan menggunakan laser thermometer
oleh pihak petugas kesihatan. Pengembara yang mempunyai suhu
menyamai 38 °C dan lebih akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.
3. Pada tahun 2019, terdapat 54 mesin thermal yang telah ditempatkan
di PMA di seluruh negara dan jumlah ini telah ditambah sekali ganda
pada tahun 2020 bagi meningkatkan keberkesanan para petugas
barisan hadapan dalam mengesan pengembara-pengembara yang
yang mempunyai suhu badan yang melebihi paras normal.
4. Kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menempatkan sebanyak
109 mesin thermal standard antarabangsa di 78 pintu masuk
NO SOALAN: 15
antarabangsa (PMA) di negara ini yang sama seperti di negara
Singapura. 78 PMA ini terdiri daripada 17 Pintu Masuk Darat, 42
Pelabuhan dan Pos Kawalan Sempadan Imigresen, Kastam dan
Kuarantin (CIQ) dan 19 Lapangan Terbang, di mana setiap PMA ini
mempunyai sekurang-kurang satu (1) mesin thermal dan jumlah ini
adalah mencukupi untuk memantau mana-mana pengembara yang
demam di PMA.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 16
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mekanisme
Kerajaan bagi mewujudkan undang-undang khusus dalam menangani isu
penderaan dan pengabaian golongan warga emas sebagai persediaan
menghadapi status negara tua 2035.
NO SOALAN: 16
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Malaysia akan berstatus sebagai sebuah negara tua pada tahun 2030.
Antara persiapan yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian adalah
memperkasa aspek perundangan menerusi pelaksanaan satu Kajian
Kandungan, Pendekatan dan Skop Bagi Pewujudan Satu Akta Khusus
Untuk Warga Emas di Malaysia.
Kajian yang mengambil masa selama 15 bulan ini telah bermula pada 3
September 2019 dan sepatutnya berakhir pada 3 Disember 2020.
Walau bagaimanapun, tempoh Kajian ini telah dilanjutkan sehingga 2 Jun
2021 memandangkan aktiviti pengumpulan data telah terjejas akibat
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac
2020.
Pemantauan pelaksanaan Kajian ini melibatkan dua jawatankuasa iaitu
Jawatankuasa Teknikal Kajian dan Jawatankuasa Pemandu Kajian yang
dianggotai oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang
berkepentingan.
Badan pertubuhan bukan kerajaan dan individu turut dilibatkan dalam
proses pengumpulan data menerusi (dengan izin) focus group discussion
dan in depth interview.
NO SOALAN: 16
Hasil Kajian dan draf Rang Undang-Undang Warga Emas juga akan turut
dibentangkan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas
Negara. Kementerian juga berhasrat melaksanakan sesi libat urus
dengan pihak negeri sebelum Rang Undang-Undang Warga Emas
dibentangkan di Parlimen.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 17
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan hala tuju baharu bagi mentransformasikan
sektor pertanian negara agar dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL),
seterusnya menjadi pengeksport keluaran pertanian terbesar di peringkat
global.
NO SOALAN: 17
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengutamakan
agenda transformasi dan pemodenan sektor pertanian negara
sebagai usaha meningkatkan tahap sara diri (SSL), eksport
pertanian, pendapatan petani dan sumbangan sektor pertanian
terutamanya agromakanan kepada ekonomi negara.
2. Dalam perancangan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
untuk tempoh lima (5) tahun akan datang (2021-2025), MAFI telah
mengenalpasti beberapa haja tuju baharu yang akan diterajui dalam
sektor pertanian termasuk industri padi, tanaman, ternakan dan
perikanan seperti berikut:
(i) Pertama, mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan
aplikasi teknologi moden dan membangunkan varieti yang
berkualiti bagi industri padi;
(ii) Kedua, membangunkan komoditi sayur-sayuran dan buah-
buahan yang bernilai tinggi untuk tujuan domestik dan eksport
bagi industri tanaman;
(iii) Ketiga, meningkatkan pengeluaran daging dan susu melalui
usaha penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi industri
ternakan; dan
NO SOALAN: 17
(iv) Keempat, memperkukuh pengurusan dan penguatkuasaan
serta menambahbaik infrastruktur dan kemudahan bagi industri
perikanan.
3. Hala tuju tersebut di atas akan disokong oleh teknologi, kewangan
dan sumber tenaga manusia bagi mengukuhkan rantaian nilai sektor
agromakanan untuk meningkatkan SSL negara khususnya bagi
beras, sayur-sayuran dan daging menjelang tahun 2025.
4. Usaha yang berterusan sentiasa dilaksanakan bagi
memperkukuhkan negara sebagai pengeksport utama agromakanan
yang kompetitif di peringkat antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 18
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah rancangan
khusus Kerajaan untuk masyarakat Orang Asli dalam RMK-12 dan sama
ada jumlah yang diperuntukkan dalam RMK-12 akan dapat
menyelesaikan masalah pengukuran tanah adat Orang Asli.
NO SOALAN: 18
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (2021), JAKOA akan meneruskan
pelaksanaan projek penyediaan infrastruktur asas (jalan perhubungan,
bekalan air terawat dan bekalan elektrik) dan ameniti sosial serta
membina 14 buah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) di
perkampungan Orang Asli. Selain itu, JAKOA turut diluluskan
peruntukan RM5 juta untuk kerja-kerja ukur tanah di 21 buah
penempatan Orang Asli di negeri Pahang, Kelantan, Selangor dan Perak
dengan anggaran keluasan sebanyak 4,609.32 hektar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 19
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh mana pekerja
tempatan berjaya dilibatkan secara aktif dalam sektor perladangan bagi
menggantikan pekerja asing ekoran pengumuman Kerajaan
membekukan pengambilan pekerja asing baharu dalam tempoh ini.
NO SOALAN: 19
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sehingga September 2020, seramai 227,170 pekerja tempatan yang
terlibat secara aktif dalam sektor perladangan. Bagi memastikan rakyat
tempatan terus dilibatkan secara aktif dalam sektor pekerjaan
agrikomoditi ini, Kementerian telah dan akan terus melaksanakan
pelbagai usaha untuk menarik minat mereka terutamanya golongan
belia. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah:
i. mengadakan sesi libat urus bersama Institut Perladangan dan
Komoditi Malaysia (IMPAC) melalui penganjuran program dengan
pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam bagi memberi
pendedahan awal serta menarik minat golongan belia dan para
pelajar untuk menceburi pekerjaan di sektor agrikomoditi;
ii. melatih belia-belia tempatan secara berterusan di bawah IMPAC
sebagai persediaan untuk menceburi industri komoditi. Antara
fokus utama kursus dan latihan yang ditawarkan oleh IMPAC
adalah pendedahan penggunaan jentera mekanisasi secara
menyeluruh. Sehingga Jun 2020, IMPAC telah melatih seramai
73,526 orang peserta melibatkan sebanyak 1,978 kursus
kemahiran komoditi;
NO SOALAN: 19
iii. penubuhan Jawatankuasa Tenaga Kerja Sektor Perladangan dan
Industri Komoditi (JTKSPIK) bagi menyediakan platform kepada
pihak industri dan agensi Kerajaan untuk membincangkan tentang
isu-isu serta permasalahan berkaitan tenaga kerja di samping
menggalakkan pihak industri menggaji pekerja tempatan dan tidak
terlalu bergantung kepada pekerja asing;
iv. penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pemerkasaan Pembangunan
Modal Insan Industri Perabot (JTPMIP) dengan objektif untuk
meningkatkan penglibatan tenaga kerja tempatan khususnya
golongan belia dalam menceburi kerjaya di industri perabot dan
seterusnya menangani kebergantungan negara terhadap pekerja
asing dalam industri tersebut;
v. memberikan insentif Skim Galakan Mekanisasi Industri Sawit
(OPIMIS) kepada majikan untuk menggalakkan penggunaan
mekanisasi bagi menarik minat pekerja tempatan. Dalam usaha
untuk menggalakkan syarikat perladangan dan pekebun kecil
menggunakan peralatan dan jentera perladangan, diskaun
sehingga 20% ditawarkan bagi setiap jentera yang dibeli untuk
kegunaan di ladang sawit di bawah OPIMIS. Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta di bawah Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi melaksanakan skim ini; dan
vi. menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam bidang mekanisasi
melalui Dana Mekanisasi Sawit. Dalam usaha untuk
menggalakkan dan membiayai aktiviti penyelidikan berkaitan
NO SOALAN: 19
mekanisasi oleh institusi penyelidikan tempatan dan
antarabangsa, peruntukan Dana Mekanisasi Sawit berjumlah
RM30 juta telah diwujudkan. Melalui penyelidikan yang berterusan
adalah diharap lebih banyak jentera yang lebih sesuai pada kos
yang rendah dapat direkacipta dan diguna pakai bagi
meningkatkan produktiviti dan seterusnya mengurangkan
penggunaan tenaga buruh asing.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 20
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato’ Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan jumlah peruntukan mengurus yang dibelanjakan
oleh JAKOA pada Bajet tahun 2020 dan peruntukan pembelian aset bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangannya.
NO SOALAN: 20
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2020, jumlah
peruntukan mengurus yang telah dibelanjakan sehingga 29 November
2020 adalah sebanyak RM83.61 juta iaitu, tidak termasuk perbelanjaan
dalam tanggungan.
Bagi pembelian aset pula, JAKOA tidak diluluskan peruntukan bagi
tujuan tersebut. Namun, JAKOA telah mengenalpasti kaedah lain yang
boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan JAKOA seperti
kaedah penyewaan peralatan ICT yang melibatkan perbelanjaan
tahunan berjumlah RM1.1 juta.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan sejauh manakah ancaman kuasa besar China khasnya di
Laut China Selatan dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh
Kerajaan dalam memastikan keamanan di kawasan ini terus berkekalan.
NO SOALAN: 21
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan
Hajah Sabani binti Mat di atas pertanyaan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua,
2. Sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan
Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks berikutan tuntutan-
tuntutan bertindih antara negara-negara di rantau ini. Dalam hal ini,
Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut
China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran
diplomatik yang sesuai. Pendirian negara ini juga telah disuarakan
secara konsisten di platform-platform antarabangsa dan serantau
seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga di peringkat
ASEAN.
3. Malah, dalam beberapa bulan ini sahaja, Kerajaan Malaysia
menerusi Yang Berhomat Menteri Luar Negeri khususnya, telah
beberapa kali menyuarakan pendirian kepada para pemimpin negara
yang mempunyai kaitan dengan isu Laut China Selatan; iaitu, semua
pihak perlu bekerjasama dalam usaha mengelak insiden sama ada
disengajakan atau sebaliknya di perairan berkenaan.
4. Kementerian berpandangan sebarang konflik yang berlaku
hanya akan meningkatkan ketegangan sekaligus menggugat
keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan. Oleh
NO SOALAN: 21
sebab itu, sebarang perbezaan dan pertikaian yang timbul perlu
diselesaikan menerusi dialog, rundingan atau lebih tepat, jalan
diplomasi.
5. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia juga, semasa sesi
pertemuan di antara Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dengan
Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China pada 13 Oktober 2020 yang
lalu juga, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga telah
menyuarakan sekali lagi pendirian Malaysia ini kepada pihak
Republik Rakyat China. Pihak Republik Rakyat China juga bersetuju
supaya isu berkaitan Laut China Selatan ini diselesaikan secara
diplomasi bagi mengelakkan sebarang ketegangan dan ketidakstabilan
di rantau ini.
6. Selain itu, pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan
ini juga turut disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di
dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan semasa Persidangan Kemuncak
ASEAN yang ke-37 dari 12 hingga 15 November 2020 yang lalu.
7. Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang
merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau dengan izin,
Code of Conduct in the South China Sea (COC). COC dilihat sebagai
satu kod tatacara untuk mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut
China Selatan. Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah
dan maritim negara masing-masing. Dalam melaksanakan rundingan
COC tersebut, Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC yang akan
dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan dan hak
kepentingan negara.
NO SOALAN: 21
Tuan Yang di-Pertua,
8. Kerajaan tetap tegas dalam melaksanakan komitmen untuk
menjaga kedaulatan dan hak kedaulatan negara. Walaupun begitu,
Kerajaan juga sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati bagi
mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan insiden yang
tidak diingini berlaku atau meningkatkan ketegangan, dengan izin
“escalation”, di kawasan perairan tersebut dan untuk mengelakkan
sebarang provokasi berhubung isu Laut China Selatan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan langkah-langkah pihak Kementerian
mempergiatkan dan mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan
di peringkat antarabangsa bagi membolehkan pelancong-pelancong
asing terus mendapat maklumat dalam tempoh pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 22
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
sentiasa komited dan dinamik dalam mempergiat serta mempromosikan
aktiviti kesenian dan kebudayaan di peringkat antarabangsa. Di kala
seluruh dunia sedang berhadapan dengan impak dan kesan penularan
pandemik COVID-19 ketika ini, MOTAC dan agensi-agensi di bawah
seliannya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan platform digital yang
mempunyai capaian meluas.
2. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh MOTAC termasuklah:
(i) membangun dan menyediakan platform digital untuk dalam
menyampaikan perkhidmatannya kepada melalui perkhidmatan
perpustakaan digital, lawatan muzium secara maya, pameran
dan galleri secara maya, bazar kraf dalam talian seperti e-craft
bazaar dan MyCraftShopee, direktori digital penggiat seni kraf
tempatan CraftOnTheGo, persembahan dan latihan seni dalam
talian dan beberapa siri webinar;
(ii) mengadakan kerjasama dengan pihak ASEAN Cultural Center
(ACC), Republik Korea menganjurkan Asia Traditional
Orchestra (ATO 2020) secara rakaman video dan
persembahan siaran langsung secara dalam talian pada
23 Disember 2020 sempena sambutan ulang tahun ke-60
NO SOALAN: 22
Hubungan Diplomatik di antara ROK dan Malaysia.
Penganjuran program ATO 2020 ini akan dijadikan projek
utama di antara negara anggota ASEAN dan Korea Selatan
pada tahun 2020 sebagai langkah untuk meneruskan
kerjasama pertukaran budaya dan mengangkat seni
persembahan muzik tradisional ke peringkat antarabangsa
menerusi platform digital; dan
(iii) bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN dan
Korea Broadcasting System (KBS) bagi pihak Korea Selatan
dalam penganjuran ASEAN-KOREA Music Festival (AKMF)
secara online streaming pada 6 Disember 2020 dari Seoul,
Korea. Penganjuran persembahan konsert berskala besar yang
dinamakan sebagai ROUND 2020 ini mengumpulkan dan
menggalakkan artis dan penggiat-penggiat muzik dari seluruh
negara anggota ASEAN dan Republik Korea untuk
berkomunikasi, berkongsi serta bertukar amalan terbaik dalam
industri muzik dalam tempoh COVID-19 ini. Melalui program ini
juga negara Korea dan semua negara anggota ASEAN diberi
peluang mengetengahkan bakat melalui persembahan konsert
muzik secara siaran langsung di saluran KBS Live Music TV
Show “All That Music” dan beberapa siri program yang telah
dirancang oleh pihak KBS.
3. Selain itu, MOTAC giat menyertai mesyuarat dan persidangan
antarabangsa dalam berkongsi inisiatif Malaysia membantu industri dan
penggiat seni dan budaya tempatan menghadapi cabaran akibat
penularan pandemik COVID-19. Ini termasuklah penyertaan di
UNESCO’s Virtual Meeting with Ministers of Culture, ASEAN Ministers
NO SOALAN: 22
Responsible for Culture and the Arts Meeting, Seminar Reviving
Tradition, Preserving Cultures and Value of Art to Benefit Society: A
Malay Perspective anjuran South African Malays, Salt River Heritage
Society dan GPDNet Virtual Dialogue: Covid 19 – Navigating Through
The New Normal. Pada masa yang sama, penyertaan ini turut
membolehkan Malaysia menilai dan meneliti amalan-amalan terbaik
antarabangsa serta mengadaptasi inisiatif yang bersesuaian mengikut
acuan sendiri untuk dilaksanakan bagi membantu penggiat seni dan
budaya tanah air.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 23
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Husain bin Awang minta PERDANA MENTERI menyatakan
kesediaan Kerajaan untuk meminda undang-undang jenayah sedia ada
bagi menambah baik mekanisma pampasan sebagai perlindungan
kepada mangsa atau ahli keluarga mangsa dalam sesuatu jenayah.
NO SOALAN: 23
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Konsep pembayaran pampasan kepada mangsa atau ahli
keluarga mangsa sesuatu jenayah telah diperuntukkan di bawah
seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang menjelaskan
kuasa kepada Mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya untuk
mengarahkan orang tertuduh yang telah disabitkan itu membayar
pampasan kepada mangsa yang terjejas akibat kesalahan yang
dilakukan oleh tertuduh atau kepada wakil mangsa itu sekiranya mangsa
itu telah meninggal dunia. Peruntukan undang-undang ini telah
diperkenalkan melalui pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah pada
tahun 2012.
Pada masa ini, Kerajaan belum berhasrat untuk meminda undang-
undang berkaitan mekanisme bayaran pampasan sebagai perlindungan
kepada mangsa atau ahli keluarga mangsa dalam sesuatu jenayah.
Mekanisme bayaran pampasan sebagaimana yang diperuntukkan
dalam undang-undang sedia ada adalah memadai bagi melindungi
mangsa atau ahli keluarga mangsa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tahap
penggunaan biodiesel di Malaysia sekarang ini. Mampukah ia
menggantikan penggunaan bahan api fosil.
NO SOALAN: 24
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Program Biodiesel B10 untuk sektor pengangkutan telah dilaksanakan
secara mandatori bermula 1 Februari 2019. Program ini menggunakan
sebanyak 534,000 tan minyak sawit mentah (CPO) setahun.
Program Biodiesel B10 untuk sektor pengangkutan telah dinaiktaraf
kepada Program Biodiesel B20 secara berfasa bermula di Pulau
Langkawi pada 1 Januari 2020, di Wilayah Persekutuan Labuan pada 15
Januari 2020 dan di Sarawak pada 1 September 2020.
Untuk fasa-fasa seterusnya, pelaksanaan Program Biodiesel B20 sedang
dalam kajian semula antara KPPK bersama Kementerian/Agensi
berkaitan, berikutan daripada harga CPO yang tinggi berbanding minyak
petroleum yang dikhuatiri akan meningkatkan bebanan subsidi pihak
Kerajaan. Pelaksanaan sepenuhnya Program Biodiesel B20 untuk sektor
pengangkutan di seluruh Malaysia dijangka melibatkan penggunaan
sebanyak 1.06 juta tan CPO setahun.
Bagi sektor industri pula, Program Biodiesel B7 telah dilaksanakan mulai
Julai 2019 yang melibatkan penggunaan sebanyak 227,000 tan CPO
setahun.
Berdasarkan fungsi, sememangnya biodiesel berpotensi untuk
menggantikan bahan api fosil. Namun begitu, kajian menyeluruh perlu
NO SOALAN: 24
dilaksanakan terlebih dahulu bagi menilai implikasi harga, ketersediaan
infrastruktur, verifikasi teknikal dan penerimaan oleh pelbagai pemegang
taruh dalam meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang lebih mesra
alam sekitar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 25
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI AHMAD BIN YAHYA
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Ahmad Bin Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah Kementerian sudah memperkenalkan pendidikan
konsep kenegaraan di peringkat sekolah menengah sebagai persediaan
bagi mereka yang akan mula mengundi apabila mencapai umur 18 tahun.
NO SOALAN: 25
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Konsep kenegaraan telah diperkenalkan dalam kurikulum kebangsaan
mulai tahun 2017, iaitu melalui kandungan mata pelajaran Sejarah dan
Pendidikan Moral serta elemen Pendidikan Sivik yang dilaksanakan
secara sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam. Bermula dari sekolah rendah, murid diajar
mengenai konsep kenegaraan iaitu tentang latar belakang pengetahuan
asas sejarah negara merangkumi pemerintahan institusi beraja, identiti
negara Malaysia, kemerdekaan negara dan pembentukan negara
Malaysia untuk membentuk karakter mereka sebagai warganegara yang
bertanggungjawab dan cinta akan negara.
Pada peringkat sekolah menengah, pengetahuan murid berkaitan konsep
kenegaraan diperkukuhkan dengan pengetahuan yang lebih mendalam
mengenai pembinaan negara, perlembagaan, pilihan raya dan prosesnya
serta konsep kedaulatan negara. Ini adalah bertujuan supaya murid
memahami kepentingan peranan mereka sebagai warganegara yang
bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan
pemerintahan negara.
Melalui pelaksanaan kurikulum kebangsaan, murid akan memperolehi
pengetahuan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (kemahiran berfikir kritis,
kemahiran berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir) dan
nilai tentang konsep kenegaraan yang boleh diaplikasikan dalam
NO SOALAN: 25
kehidupan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan bagi
membentuk warganegara yang mempunyai sikap bertanggungjawab,
hormat menghormati, berdaya tahan, mahir berkomunikasi, berprinsip,
bermaklumat dan cinta akan negara.
KPM juga sentiasa memberi ruang dan peluang kepada murid untuk
memperkukuhkan kefahaman dalam pendidikan konsep kenegaraan
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah bagi melengkapkan pengajaran
dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Selaras dengan itu, bagi
menerapkan kesedaran awal sebagai persediaan menjadi pengundi
dalam kalangan murid, KPM dengan kerjasama Jabatan Penerangan
Malaysia telah melaksanakan aktiviti patriotisme melalui Kelab
Malaysiaku. Kelab ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang
mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara di samping
berperanan untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan sistem
demokrasi berparlimen. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini adalah
Amalan Demokrasi Berparlimen, Kembara Kelab Malaysiaku, Wacana
Kemerdekaan, Kem Aspirasi Pelajar dan Sketsa Rukun Negara.
Selain itu, KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam melaksana pelbagai aktiviti
berteraskan kepada pengamalan Rukun Negara melalui Kelab Rukun
Negara di sekolah. Objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk
menghayati idea kebebasan dan demokrasi negara, memberi kefahaman
dalam sistem perundangan negara, memberi kesedaran tentang
pembentukan/penggubalan perlembagaan Malaysia, memupuk sifat
kepimpinan serta semangat cintakan negara dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang dilaksanakan melalui kelab ini adalah Mini Parlimen,
NO SOALAN: 25
Bulan Kesedaran Perlembagaan, Bulan Kemerdekaan, Lawatan
Kenegaraan dan Forum berkaitan Perlembagaan.
KPM juga turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya melalui
Akademi Pilihanraya bagi mengadakan simulasi pilihanraya dalam
pemilihan kepimpinan murid yang melibatkan ketua murid dan pengawas
di 2,436 buah sekolah menengah seluruh negara secara berperingkat
bagi meningkatkan kefahaman murid tentang proses pilihanraya, sebagai
persediaan menjadi pengundi muda.
Melalui pengetahuan, pemahaman dan penghayatan serta pengalaman
yang mantap mengenai konsep kenegaraan, murid mampu menghayati,
mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan tentang hak serta tanggungjawab mereka terhadap negara
apabila mereka layak untuk mengundi bermula usia 18 tahun. Ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berupaya membuat
keputusan yang berasaskan pengetahuan (informed citizen) demi
mengekalkan sistem demokrasi negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status semasa penggubalan undang-undang baharu yang
akan menggantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
(PPKHT 2004) melibatkan pengawalan cecair rokok elektronik.
NO SOALAN: 26
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diberi mandat untuk
membangunkan Akta baharu bagi kawalan produk hasil tembakau
dan lain-lain produk merokok oleh Jemaah Menteri pada 28 Oktober
2016.
2. Akta baharu ini akan merangkumi kawalan yang lebih ketat dan
menyeluruh terhadap produk hasil tembakau dan juga kawalan
terhadap produk-produk merokok yang bukan daripada tembakau
seperti rokok elektronik.
3. Di bawah Akta baharu yang akan menggantikan Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, kawalan yang akan
dilaksanakan terhadap rokok elektronik adalah meliputi:
a) penggunaan, penjualan, promosi, penajaan dan pelabelan yang
berkaitan kesihatan untuk cecair rokok elektronik tanpa
nikotin oleh KKM; dan
b) aktiviti pelesenan pengeluaran, pengedaran termasuk import,
eksport dan peruncitan peranti serta cecair rokok elektronik
tanpa nikotin oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mana peruntukan
ini adalah disekalikan di dalam Akta baharu KKM tersebut.
4. Bagi penjualan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin
pula, Jemaah Menteri pada tahun 2016 telah memutuskan ianya
NO SOALAN: 26
kekal dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] dan Akta Jualan
Dadah 1952 [Akta 368] (Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984) oleh KKM di mana penjualan bahan yang mengandungi nikotin
hanya dibenarkan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal
perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan sahaja. Dengan
kata lain, penjualan cecair rokok elektronik bernikotin sebagai produk
pengguna adalah tidak dibenarkan.
5. Berkenaan penetapan standard bateri, peranti dan pembungkusan
cecair rokok elektronik tanpa nikotin, Jabatan Standard Malaysia
telah membangunkan standard tersebut di bawah Seksyen 10 (1),
Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]. Pembangunan standard
bagi pembungkusan cecair rokok elektronik tanpa nikotin
sedang dalam perbincangan.
6. Manakala bagi aktiviti-aktiviti kawal selia dan penguatkuasaan
Peraturan Standard Keselamatan untuk bateri dan peranti rokok
elektronik tanpa nikotin ianya diletakkan di bawah Akta
Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
7. KKM telah menyediakan deraf Akta baharu tersebut dan sedang
dalam semakan pihak Jabatan Peguam Negara. Selain itu, KKM dan
KPDNHEP juga telah menyiapkan satu Memorandum Bersama
untuk diangkat kepada Jemaah Menteri berhubung cadangan untuk
mengekalkan keputusan kawalan terhadap rokok elektronik
sepertimana keputusan pada tahun 2016.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Wira Othman Bin Aziz minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
apakah rancangan Kerajaan dalam menangani kejatuhan kutipan hasil
untuk tahun 2020 ketika negara berdepan pandemik COVID-19 serta
kejatuhan harga minyak mentah sedunia. Adakah Kerajaan bercadang
mengkaji semula Sistem Pencukaian Negara dengan memperkenalkan
semula GST.
NO SOALAN: 27
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Semasa pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan telah
mengumumkan unjuran jumlah hasil Kerajaan Persekutuan bagi
tahun 2020 sebanyak RM244.5 bilion dengan andaian harga
minyak mentah dunia Brent USD62 setong. Namun, krisis
pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada
kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu,
anggaran hasil dijangka mengalami pengurangan sekitar 18%.
2. Pengurangan tersebut disebabkan oleh pendapatan perniagaan
yang lebih rendah kerana aktiviti ekonomi yang perlahan selaras
dengan kawalan pergerakan dalam negara dan di peringkat
global serta tindakan pencegahan. Di samping itu, pengurangan
kutipan hasil sebahagiannya disebabkan oleh pengumuman
beberapa langkah cukai di bawah pakej rangsangan ekonomi,
termasuklah penangguhan bayaran cukai untuk semua
perniagaan dalam sektor pelancongan sehingga Disember 2020
dan penundaan bayaran cukai dari April hingga Jun 2020 untuk
perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Langkah cukai lain
termasuk pengecualian duti setem perjanjian jual beli serta
pembiayaan rumah, pelepasan cukai pendapatan individu untuk
perbelanjaan perjalanan domestik, dan pengecualian Cukai
Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan
dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.
NO SOALAN: 27
3. Pengurangan kutipan hasil tersebut sebahagiannya akan
ditampung oleh dividen tambahan dan bayaran khas daripada
entiti Kerajaan yang berjumlah RM25 bilion, antaranya dividen
khas PETRONAS sebanyak RM10 bilion, dividen Bank Negara
Malaysia iaitu RM1.5 bilion dan dividen Khazanah Nasional
Berhad sebanyak RM1 bilion. Di samping itu, Kerajaan juga
menerima bayaran khas daripada Kumpulan Wang Persaraan
Diperbadankan (KWAP) berjumlah RM5 bilion bagi membiayai
sebahagian bayaran pencen tahun semasa. Sehubungan itu,
hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 disemak kepada
RM227.3 bilion.
4. Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh dan memaksimum
kutipan hasil cukai dan meningkatkan keapungan cukai melalui
inisiatif pembaharuan cukai. Antara strategi tersebut termasuk
usaha memperluas asas hasil, memanfaatkan potensi sektor
tidak formal, mengurangkan amalan terkurang lapor dan isytihar,
mengurangkan ketirisan cukai serta menambah baik pentadbiran
cukai melalui pengurusan data yang berkesan dan mengintegrasi
data dengan agensi berkaitan.
5. Kerajaan juga akan terus menambah baik sistem percukaian
kepenggunaan dengan mengkaji semua aspek terutamanya
impak kepada harga dan kos sara hidup. Ini penting bagi
memastikan sebarang langkah yang diambil Kerajaan termasuk
pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), akan
memberi kebaikan yang menyeluruh kepada negara dan rakyat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 28
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN LASIMBANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Adrian Lasimbang Minta PERDANA MENTERI menyatakan
statistik kadar kemiskinan berdasarkan indeks penanda aras baru yang
telah diumumkan baru-baru ini. Adakah semua yang tergolong di bawah
kategori miskin telah mendapat sebarang bantuan COVID-19.
NO SOALAN: 28
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan penemuan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi
Rumah dan Kemudahan Asas (HIES&BA) 2019, Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) yang baharu di peringkat nasional adalah
RM2,208. Menggunakan PGK 2019, kadar kemiskinan mutlak adalah
5.6% iaitu merangkumi 405,441 isi rumah pada tahun 2019
berbanding 7.6% iaitu merangkumi 525,743 isi rumah pada tahun
2016.
2. Penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan siri Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada ekonomi
dan rutin harian rakyat. Aktiviti pekerjaan individu dan isi rumah
terganggu dan secara tidak langsung telah memberi kesan kepada
pendapatan isi rumah secara keseluruhan. Oleh itu, impak
kekurangan pendapatan akibat kehilangan pekerjaan dan sumber
pendapatan akibat pandemik COVID-19 dan PKP telah
mendedahkan lebih banyak isi rumah dan rakyat kepada kemiskinan,
terutama di kalangan yang pendapatannya berada di sekitar garis
kemiskinan sebelum pandemik COVID-19 ini melanda.
3. Memandangkan COVID-19 memberi kesan terhadap semua lapisan
masyarakat, terutamanya golongan miskin, atas dasar keprihatinan
Kerajaan, Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada diteruskan,
manakala Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berupa kewangan dan
NO SOALAN: 28
bantuan lain juga diberikan kepada kumpulan isi rumah B40
berpendapatan RM4,000 ke bawah dengan jumlah RM1,600 semasa
tempoh PKP. BPN juga turut diberi kepada M40 yang berpendapatan
RM8,000 ke bawah dengan sejumlah RM1,000 memandangkan
mereka juga berhadapan dengan isu pendapatan dan pekerjaan
disebabkan oleh pandemik COVID-19. Menerusi kerangka Inisiatif
Khas PRIHATIN (KITA PRIHATIN) kesejahteraan rakyat dan
perniagaan dapat diteruskan dengan jaminan Program Subsidi Upah
2.0, Geran Khas PRIHATIN (Pembukaan Semula) dan Bantuan
PRIHATIN Nasional 2.0.
4. Melalui Bajet 2021, Kerajaan meneruskan agenda meningkatkan
kesejahteraan rakyat dengan pemberian bantuan kepada rakyat
khususnya golongan yang mudah terjejas iaitu bagi kumpulan B40.
Antara bantuan yang diberikan adalah Bantuan PRIHATIN Rakyat
(BPR) dahulunya dikenali sebagai BSH dengan bantuan kewangan
sehingga RM1,800, Bantuan Pembayaran Pinjaman Bank berbentuk
moratorium mudah lulus, Perlindungan MySalam dan Program
Pengangkutan Awam di bawah My30. Kerajaan juga turut
menyediakan kemudahan kepada kumpulan M40 seperti Bantuan
PRIHATIN Rakyat bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM4,001
sehingga RM5,000, inisiatif Pengeluaran Simpanan KWSP bagi yang
berkelayakan, penurunan Cukai Pendapatan sebanyak 1% dan Skim
Rent-to-Own untuk pembelian rumah pertama.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 29
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI AHMAD BIN YAHYA
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah
Kementerian berhasrat supaya industri rokok elektronik dan vape dikawal
selia serta diselaraskan di bawah undang-undang bagi memastikan
bahan peranti elektronik tersebut menepati piawaian keselamatan serta
apakah pula pandangan Ahli Majlis Fatwa terhadap perkara tersebut.
NO SOALAN: 29
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Di bawah perundangan sedia ada Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengambil tindakan
penguatkuasaan jika terdapat peranti atau cecair rokok elektronik yang
tidak mematuhi undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP.
Antara kesalahan-kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh KPDNHEP
adalah seperti berikut:
a) Menggunakan cap dagangan palsu (barang tiruan);
b) Meletakkan perihal dagangan palsu;
c) Tiada alamat pengeluar, pengedar atau pengilang pada label kotak
peranti atau cecair rokok elektronik;
d) Tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.
Tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan di atas adalah
berdasarkan Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011
dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Kementerian juga telah membangunkan Garis Panduan Aktiviti
Pengeluaran, Pengedaran dan Peruncitan Peranti Serta Cecair Rokok
Elektronik Tanpa Nikotin yang bertujuan untuk memberi panduan
kepada pihak berkaitan yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran,
pengedaran termasuk import, eksport dan peruncitan peranti serta
cecair rokok elektronik tanpa nikotin di dalam Malaysia. Bagaimanapun
NO SOALAN: 29
cecair rokok elektronik dengan nikotin adalah dikawal selia oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 29
Maklumat Tambahan
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
bersidang pada 21 Disember 2015 telah memutuskan bahawa hukum
penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Keputusan
tersebut dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut
termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan
budaya tidak sihat.
Data Statistik tindakan penguatkuasaan akan dikemukakan kemudian.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 30
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP
(Perintah Kawalan Pergerakan) memberi kesan teruk kepada
pengusaha bas pelancongan. Apakah usaha Kerajaan untuk membantu
pengusaha-pengusaha bas pelancongan.
NO SOALAN: 30
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi membantu meringankan impak penularan wabak COVID-19
terhadap penggiat industri dan seterusnya memulihkan industri
pelancongan tempatan, Kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej
rangsangan ekonomi (PRE) iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS
TAMBAHAN dan PENJANA. Antara bantuan dan insentif bantuan umum
yang dilaksanakan bersama secara rentas Kementerian dan boleh
dimanfaatkan oleh penggiat industri pelancongan termasuk pengusaha-
pengusaha bas pelancongan adalah:
(i) Program Subsidi Upah;
(ii) pengecualian cukai pelancongan;
(iii) pelepasan khas cukai individu sehingga RM1,000 untuk
perbelanjaan pelancongan domestik;
(iv) inisiatif bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);
(v) pemberian diskaun elektrik kepada sektor pelancongan; dan
(vi) penawaran penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman
bersasar.
NO SOALAN: 30
2. Di samping itu, terdapat juga inisiatif-inisaitif khusus yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC). Antaranya ialah MOTAC bekerjasama dengan Bank Negara
Malaysia untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Pelancongan
PENJANA dengan jumlah peruntukan pembiayaan sebanyak RM1
bilion. Kemudahan ini merupakan inisiatif khas untuk perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro Malaysia di bawah sektor
pelancongan dan kebudayaan negara. Skim ini bertujuan untuk
membantu mereka membuat penyesuaian dan terus berdaya saing
semasa pandemik COVID-19 serta membolehkan pihak pengusaha
pelancongan ini untuk membuat penstrukturan semula kewangan
syarikat. Melalui skim ini juga, PKS dan perusahaan mikro layak untuk
mendapat tempoh pembiayaan tidak melebihi 7 tahun dan diberi tempoh
tangguh pembayaran balik minimum 6 bulan untuk membantu aliran
tunai perusahaan tersebut.
3. Bagi meringankan beban pengusaha pelancongan termasuk
pengusaha bas pelancongan, MOTAC juga telah memberi pengecualian
bayaran fi pembaharuan lesen kepada pengusaha pelancongan ini bagi
tempoh 17 Mac hingga 30 November 2020. Pengecualian fi
pembaharuan lesen ini telah dinikmati sebanyak 1,097 pengusaha
pelancongan.
4. Selain itu juga, dalam usaha mempelbagaikan pendapatan
pengusaha-pengusaha bas yang terkesan teruk akibat COVID-19 dan
telah hilang punca pendapatan berikutan ketiadaan perniagaan, MOTAC
juga telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia
bagi membenarkan pengusaha pelancongan yang mempunyai operasi
bas persiaran untuk menggunakan bas yang dimiliki digunakan sebagai
NO SOALAN: 30
kenderaan penghantaran barangan, kurier dan e-hailing. Kebenaran
pertukaran status bas tersebut sedikit sebanyak boleh meringankan
beban kewangan yang dihadapi oleh pihak pengusaha pelancongan
ekoran bas persiaran yang dimiliki tidak dapat beroperasi bagi tujuan
aktiviti pelancongan pada waktu ini. Perkara ini telah diwartakan pada
24 Oktober 2020 melalui Akta Langkah-Langkah Sementara bagi
Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020
[Akta 829].
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 31
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam
bagi menyediakan jadual kuliah secara dalam talian terutama kepada
pelajar universiti baharu sesi Oktober lalu dan apakah tindakan strategik
dalam memastikan setiap pelajar baharu tidak tercicir mengikuti silibus
dan jurusan masing-masing.
NO SOALAN: 31
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar baharu atau sedia ada bagi
Semester Pertama Sesi 2020/2021 secara bersemuka telah
ditangguhkan ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikuatkuasakan oleh Kerajaan dan atas nasihat dari Kementerian
Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara. Susulan itu,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan agar sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Universiti Awam (UA)
dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian sepanjang semester
tersebut. Kemasukan pelajar ke kampus pula dijadualkan semula kepada
seawal Mac 2021 dan akan dilaksanakan secara berperingkat tertakluk
kepada situasi semasa penularan pandemik COVID-19.
Bagi memastikan proses PdP secara dalam talian berjalan dengan lancar
dan pelajar mendapat akses pendidikan berkualiti yang setara, langkah-
langkah berikut telah diambil oleh pihak KPT:
(i) Memberikan autonomi kepada UA untuk menetapkan dan
menyelaras jadual akademik tertakluk kepada keputusan Senat
Universiti. UA juga diberikan autoriti untuk menetapkan jadual
kuliah, kaedah dan mekanisme pembelajaran dalam talian yang
bersesuaian dengan keperluan program dan pelajar;
NO SOALAN: 31
(ii) Mengesyorkan kepada UA untuk memberikan keutamaan kepada
pelajar dalam kategori bekeperluan untuk pulang ke kampus. Ini
termasuklah pelajar baharu dan pelajar yang tidak mempunyai
akses serta fasiliti yang kondusif untuk melaksanakan PdP secara
dalam talian;
(iii) Bekerjasama dengan IPT menyediakan pelbagai bantuan kepada
pelajar dalam bentuk kewangan; pelan data; peranti; dan inisiatif-
inisiatif lain demi menjaga kebajikan pelajar dan memastikan PdP
dalam talian diteruskan. Antaranya termasuklah menyantuni
kebajikan para pelajar dengan menyediakan bantuan berbentuk
pemberian pelan data dan peranti secara percuma atau pada harga
tawaran istimewa hasil rundingan bersama syarikat telekomunikasi
dan juga syarikat peranti komputer;
(iv) Menawarkan pemberian bantuan tunai sebanyak RM50 (secara
one-off). Bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM3.8 juta.
Melalui insentif yang diberikan ini, beban terutamanya kepada
pelajar baharu untuk menanggung kos pembelajaran secara dalam
talian dapat dikurangkan; dan
(v) Menjalin usaha bersama dengan Yayasan Sukarelawan Siswa
(YSS) melancarkan inisiatif dengan izin crowdfunding melalui
Tabung Prihatin Siswa. Inisiatif ini mengajak pihak luar untuk turut
sama menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan
kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan sesi PdP
mereka.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 32
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status
pencapaian Pelan Tindakan OKU 2016-2022 serta adakah pihak
Kementerian akan mengkaji semula pelan tindakan supaya lebih realistik
untuk dilaksanakan.
NO SOALAN: 32
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) dilaksanakan bermula
tahun 2016 sehingga tahun 2022 dan melibatkan 107 program berserta
dengan indikator pengukuran prestasi. Pelan ini masih lagi berjalan dan
dilaksanakan oleh kementerian/agensi pelaksana yang terlibat.
Pelaksanaan program di bawah PTOKU turut dipantau oleh enam (6)
jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang
Kurang Upaya (MKBOKU) yang akan bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali
setahun. Laporan kemajuan diedarkan kepada ahli Majlis untuk disemak
dan diperhalusi semasa mesyuarat MKBOKU diadakan.
Bagi program-program yang dilaksanakan secara terus oleh Kementerian,
program-program di bawah teras strategik yang dikenal pasti merupakan
sasaran kerja tahunan bagi bahagian dan agensi yang berkaitan.
Sebagai contoh, di bawah teras strategik dua iaitu memperkasa ekonomi
golongan OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) sentiasa meningkatkan kualiti dan keberkesanan
perkhidmatan sokongan seperti pelaksanaan program Job Coach. Bagi
tahun 2020, sebanyak 178 OKU bekerja melalui Job Coach dan bilangan
terkumpul sehingga kini adalah seramai 1,397 orang.
NO SOALAN: 32
Manakala bagi teras strategik tiga iaitu meningkatkan akses OKU kepada
pendidikan, Kementerian memperluas program pendidikan awal kanak-
kanak kepada kanak-kanak OKU menerusi bantuan geran bagi
penubuhan TASKA OKU. Pada masa kini terdapat 13 buah TASKA OKU
yang beroperasi.
Kementerian juga berhasrat untuk melaksanakan semakan ke atas
PTOKU pada tahun 2021 agar pelan tindakan tersebut selari dengan
perancangan semasa Kerajaan seperti Wawasan Kemakmuran Bersama
dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Kementerian ingin menyeru agar OKU atau ibu bapa / penjaga anak-anak
OKU untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data
bilangan sebenar OKU amat membantu pihak Kerajaan untuk merangka,
memperkemas dan melaksanakan program-program kepada OKU.
Kementerian juga percaya dengan kerjasama yang lebih erat dan
penglibatan aktif daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator akan dapat
mempercepat usaha ke arah meningkatkan penyertaan penuh OKU
dalam masyarakat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 33
PEMBERITAHU PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan statistik pekerja asing terkini yang bekerja di negara ini
mengikut sektor selepas Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
diperkenalkan.
NO SOALAN: 33
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan kepada statistik Jabatan Imigresen Malaysia
sehingga 30 November 2020, jumlah pekerja asing yang berdaftar dan
dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah 1,539,180
orang. Perincian mengikut sektor dan kewarganegaraan adalah seperti
berikut:
PLKS MENGIKUT KEWARGANEGARAAN
(Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia)
2. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Rekalibrasi PATI baru
bermula pada 16 November 2020. Pada masa ini, Program ini masih di
peringkat verifikasi status PATI di bawah Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) manakala permohonan kuota majikan dikendalikan oleh Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Sehingga 26 November
NEGARA
SEKTOR
Pembuatan Pembinaan Perladangan Perkhidmatan Pertanian Pembantu
Rumah
Lombong
& Kuari
JUMLAH
Indonesia 99,730 108,561 137,672 30,423 54,817 77,148 2 508,353
Bangladesh 153,738 182,205 22,056 73,749 15,947 101 9 447,805
Nepal 166,586 4,872 2,775 59,796 7,493 62 5 241,589
Myanmar 109,318 10,393 692 14,866 3,592 48 45 138, 954
India 2,440 6,396 23,912 36,409 12,428 1,078 - 82,663
Pakistan 4,435 18,449 3,203 7,710 12,422 18 - 46,237
Filipina 2,972 1,878 2,728 4,095 2,993 27,415 - 42,081
Vietnam 7,286 1,052 30 1,192 530 887 - 10,977
China 1,203 3,168 3 2,857 13 61 20 7,325
Thailand 94 220 177 4,405 566 275 - 5,737
Sri Lanka 3,231 156 83 1,021 86 472 - 5,049
Cambodia 512 76 62 324 252 1,146 - 2,372
Lao PDR 5 - - 6 1 21 - 33
Turkmenistan - - - - - 1 - 1
Uzbekistan - - - 3 - 1 - 4
JUMLAH 551,550 337,426 193,393 236,856 111,140 108,734 81 1,539,180
NO SOALAN: 33
2020, senarai verifikasi PATI di JIM melibatkan 342 majikan dan 1,572
PATI. Manakala, di JTKSM, permohonan kuota melibatkan 134 majikan
untuk 19,734 PATI.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta PERDANA MENTERI
menyatakan saranan dan tindakan afirmatif Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (EAC) dan sejauh mana urusetia Eksekutif (EAC) dan Unit
Perancang Ekonomi (EPU) merencana Model Ekonomi yang lebih
praktikal dan utuh bagi mengharungi impak Gelombang ke-3 Covid19
menjelang suku pertama 2021.
NO SOALAN: 34
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang berhormat,
1. Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi
- Economic Action Council (EAC) pada 11 Mac 2020 sebagai badan
tertinggi kepada Kerajaan bagi menangani isu-isu dan cabaran
semasa ekonomi. EAC, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri, juga memantau impak penularan wabak COVID-19 ke atas
ekonomi serta merangka langkah-langkah yang bersesuaian untuk
memulihkan dan merancakkan semula ekonomi negara.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak penubuhan EAC,
sebanyak 29 mesyuarat telah diadakan dan 54 kertas telah
dibentang dan dibincangkan. Antara perkara yang telah
dibincangkan adalah berkaitan langkah memulih sektor ekonomi
yang terjejas akibat COVID-19 seperti sektor pelancongan,
pembinaan, peruncitan, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
serta langkah meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan
kadar pengangguran dan underemployment melalui program
upskilling dan reskilling, pemerkasaan digitalisasi serta strategi
meningkatkan pelaburan tempatan dan asing. Hasil Mesyuarat EAC
juga telah diambil kira dalam penyediaan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan
Prihatin atau KITA PRIHATIN.
NO SOALAN: 34
3. Selaras dengan ciri EAC yang bersifat terbuka dan sentiasa
mengambil kira pandangan semua pihak, sehingga kini Sekretariat
EAC telah mengadakan 290 sesi libat urus dengan pemegang taruh
yang terlibat untuk mengenal pasti isu yang dihadapi serta
membincang secara terperinci pendekatan yang bersesuaian bagi
menangani isu semasa ekonomi dan isu struktural ke arah
pembangunan jangka panjang yang mampan. Sesi libat urus ini
melibatkan pelbagai pihak termasuk wakil kementerian, agensi
kerajaan, badan berkanun, dewan perniagaan tempatan dan asing,
persatuan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), ahli
akademik serta pemain industri merentasi semua sektor seperti
ekonomi digital, pendidikan, pelaburan, pembuatan, perusahaan
kecil dan sederhana, pelancongan, pengangkutan dan kesihatan.
Hasil perbincangan dan sesi libat urus ini diangkat kepada mesyuarat
EAC untuk pertimbangan selanjutnya.
4. Bagi tempoh jangka panjang pula, penyediaan Rancangan Malaysia
Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) kini berada dalam peringkat
akhir. Strategi yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12 akan
mengambil kira pelbagai usaha untuk memulih dan memacu semula
ekonomi yang terkesan disebabkan oleh COVID-19 bagi memastikan
pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan.
5. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan dan langkah yang
telah dan sedang diambil untuk menangani kesan daripada
pandemik COVID-19, keadaan ekonomi negara akan kembali kukuh,
berdaya tahan dan mapan bagi memastikan kebajikan dan
kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
NO SOALAN: 34
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 35
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah tahap terkini bagi capaian internet luar
bandar dan di kawasan pedalaman serta usaha progresif Kementerian
dalam memastikan pembangunan infrastruktur komunikasi dilakukan
secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
NO SOALAN: 35
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, liputan jalur
lebar 4G di kawasan berpenduduk di seluruh negara adalah pada
tahap 92.03% setakat suku kedua 2020, termasuk kawasan
berpenduduk di luar bandar dan pedalaman.
2. Pada masa ini, Kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Jabatan
Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci berkenaan lokasi penempatan penduduk agar kawasan-
kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan komunikasi boleh
diambil kira untuk perancangan pada masa hadapan.
3. Menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA),
penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara
berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama rata
antara kawasan bandar dan luar bandar. Penambahbaikan ini
selaras dengan perancangan Kementerian untuk menjadikan
perkhidmatan telekomunikasi sebagai salah satu utiliti awam
selepas air dan elektrik.
4. Sasaran fasa pertama yang kini telah bermula sehingga tahun 2022
ialah:
NO SOALAN: 35
a. penambahan daripada 4.95 juta premis kepada 7.50 juta premis
mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan
Gigabit;
b. perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8%
kepada 96.9% di kawasan yang berpenduduk; serta
c. mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih
daripada 25Mbps kepada 35Mbps.
5. Walau bagaimanapun, usaha bagi meningkatkan liputan dan kualiti
perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara terutamanya di kawasan
luar bandar dan pedalaman bukan sahaja melibatkan Kerajaan
Persekutuan malah memerlukan kerjasama pelbagai pihak,
termasuk di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) untuk pemudahcaraan proses-proses perolehan
dan kelulusan tapak yang terlibat.
6. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan inisiatif-inisiatif menerusi
pelan JENDELA ini, pihak Kementerian berharap agar mendapat
sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, pihak Kementerian
dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat menikmati
manfaatnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 36
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
adakah Kementerian dalam perancangan untuk menggunakan
sebahagian daripada peruntukan Kementerian Kesihatan dalam Bajet
2021 untuk membina sebuah Pusat Kanser Sarawak (Sarawak Cancer
Centre).
NO SOALAN: 36
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Perkhidmatan rawatan kanser di Sarawak adalah disediakan di
Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, Hospital Sibu, Hospital
Miri, Hospital Kapit dan Hospital Sarikei. Perkhidmatan di HUS telah
dilengkapkan dengan peralatan Linear Accelerator (LINAC),
Treatment Planning System, Conventional Simulator, CT-Simulator
dan Brachytherapy.
2. Terdapat empat (4) orang tenaga pakar Radioterapi dan Onkologi di
HUS. Disamping itu terdapat juga pakar-pakar perubatan,
pembedahan, gyneacolgy dan paediatrik terlibat dalam perawatan
pesakit kanser di hospital-hospital lain mengikut disiplin masing-
masing.
3. Pada tahun 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
membelanjakan sebanyak RM85.82 juta bagi negeri Sarawak.
Daripada jumlah itu sebanyak RM 27 juta telah digunakan untuk
pembelian alat brainsuite yang digunakan dalam pembedahan
ketumbuhan otak dan RM19.68 juta telah digunakan untuk perolehan
alat LINAC iaitu alat yang digunakan dalam pemberian rawatan
radioterapi bagi pesakit kanser.
4. Buat masa ini, KKM masih meneliti untuk menggunakan sebahagian
daripada peruntukan 2021 bagi membina Pusat Kanser Sarawak dan
SOALAN NO. 36
di samping itu, akan terus menambah baik peralatan perubatan bagi
tujuan rawatan kanser di hospital-hospital sedia ada di negeri
Sarawak. Sebagai contoh, bagi tahun 2020/2021 KKM sedang dalam
proses penilaian tender untuk penggantian 1 lagi unit LINAC untuk
perkhidmatan kanser di HUS.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB SENATOR PUAN HAJAH SABANI
BINTI MAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Hajah Sabani binti Mad minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI
DAN INOVASI menyatakan jaminan dari aspek kecukupan pembekalan
vaksin untuk COVID-19 yang dikatakan sedang berada dalam fasa
penentuan harga tempatan, dan apakah usaha Kementerian dalam
memastikan vaksin tersebut dapat dibekalkan secara saksama kepada
rakyat luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan.
NO SOALAN: 37
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah
ditubuhkan memainkan peranan sebagai jawatankuasa induk bagi
merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi pembekalan
vaksin COVID-19. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh YB
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Menteri Kesihatan serta
dianggotai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Melalui jawatankuasa
ini, dipersetujui sasaran imunisasi kebangsaan bagi tujuan imuniti
kelompok (herd immunity) bagi penyakit COVID-19 adalah sehingga 70%
jumlah populasi negara.
Kerajaan menerusi jawatankuasa khas, ketika ini sedang giat meneliti
data ujian klinikal fasa 3 beberapa calon vaksin dari 10 buah syarikat
pengeluar vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa 3.
Kerajaan tidak sekali kali berkompromi mengenai soal keselamatan
sesuatu vaksin COVID-19 dan keberkesanannya perlulah dibuktikan.
Faktor keselamatan (safety), keberkesanan (efficacy) dan kestabilan
(stability) adalah penting sebelum ianya boleh didaftarkan dan digunakan
dalam negara. Sesuatu vaksin COVID-19 perlu mendapatkan kelulusan
regulatori negara pengeluar vaksin dan badan-badan organisasi yang
diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi meyakinkan rakyat
bahawa vaksin yang dibeli adalah selamat digunakan serta kelulusan
regulatori negara oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di
bawah Kementerian Kesihatan. Sehingga kini, Malaysia telah
NO SOALAN: 37
memuktamadkan dua (2) perjanjian untuk mendapatkan bekalan vaksin
COVID-19 iaitu:
i. Perjanjian Commitment Agreement (Optional Purchase
Arrangement) COVAX Facility pada 23 November 2020.
Pembekalan ini hanya melibatkan anggaran 10% populasi dan
Malaysia masih boleh meneruskan perjanjian dengan negara-
negara lain yang sedang menjalankan kajian calon vaksin
COVID-19.
ii. Perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal
Pfizer/BioNTech pada 24 November 2020 melalui rundingan
pembekalan vaksin COVID-19 peringkat komersial. Perjanjian ini
melibatkan 12.8 juta dos atau anggaran sebanyak 20% populasi
rakyat Malaysia.
Pengumuman mengenai perjanjian yang lain akan di buat dalam masa
terdekat.
Bekalan vaksin COVID-19 yang selamat iaitu yang telah mendaftar dan
melalui prosedur pemeriksaan oleh National Pharmaceutical Regulatory
Agency (NPRA) KKM dijangka diperolehi pada suku pertama 2021
dengan keutamaan diberi kepada petugas barisan hadapan seperti sektor
kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas
penjara dan imigresen. Seperti mana pembentangan bajet baru-baru ini,
peruntukan berjumlah RM3 bilion telah diberikan untuk tujuan pembelian
vaksin COVID-19. Ini menunjukkan Kerajaan begitu komited untuk
memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam membendung
pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 37
Kerajaan juga telah merencana pengagihan vaksin secara percuma
kepada semua rakyat Malaysia sama ada di bandar, luar bandar
mahupun pedalaman di bawah Pelan Vaksinasi Negara bagi penyakit
COVID-19. Maklumat lanjut mengenai pelan ini akan diumumkan tidak
lama lagi.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 38
PEMBERITAHU PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : SR. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan senarai jumlah sepatutnya bayaran subsidi
pekerja-pekerja melalui PERKESO kepada syarikat-syarikat berdaftar
dan layak untuk Fasa 1 dan Fasa 2 mengikut negeri-negeri di seluruh
Malaysia.
NO SOALAN: 38
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, dalam usaha
untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat
COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta
mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi
semua perusahaan, Kerajaan telah melaksanakan Program Subsidi
Upah (PSU) dengan kadar 600 sebulan untuk tempoh tiga (3) bulan
mulai April 2020 di bawah Pakej PRIHATIN.
2. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira pandangan
pelbagai pihak, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah
baik PSU di bawah Pakej PRIHATIN PKS Tambahan iaitu berdasarkan
saiz perusahaan dengan kadar antara 600 hingga 1,200 sebulan. Pada
5 Jun 2020, PSU telah dilanjutkan lagi untuk tempoh tiga (3) bulan mulai
Julai 2020 dan berakhir pada bulan September 2020.
3. Pada 23 September 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3
bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU,
manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru
mulai Oktober 2020. Program ini dikenali sebagai KITA PRIHATIN (PSU
2.0).
4. Sehingga 27 November 2020, PERKESO telah menerima
permohonan PSU daripada 331,950 majikan yang melibatkan 2,725,161
orang pekerja dan menerima permohonan PSU 2.0 daripada 77,882
majikan yang melibatkan 782,904 orang pekerja.
NO SOALAN: 38
5. Permohonan PSU fasa 1 yang diluluskan adalah sebanyak
322,177 majikan yang melibatkan 2,640,442 orang pekerja. Manakala
permohonan PSU 2.0 fasa 2 yang diluluskan adalah sebanyak 42,585
majikan yang melibatkan 317,909 orang pekerja. Jumlah keseluruhan
bayaran bagi PSU adalah sejumlah RM12.39 bilion dan PSU 2.0 adalah
sejumlah RM239.35 juta.
6. Pecahan kelulusan PSU fasa 1 mengikut negeri di seluruh
Malaysia adalah seperti berikut:
a) Pertamanya, Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu
sebanyak 81,958 majikan yang melibatkan 719,330 orang pekerja.
b) Keduanya adalah Johor dengan kelulusan majikan sebanyak
45,171 yang melibatkan 345,403 orang pekerja.
c) Ketiganya adalah Kuala Lumpur dengan kelulusan majikan
sebanyak 38,827 yang melibatkan 321,838 orang pekerja.
d) Seterusnya, Sarawak dengan kelulusan majikan sebanyak 29,151
yang melibatkan 233,114 orang pekerja.
e) Diikuti dengan Pulau Pinang dengan kelulusan majikan sebanyak
24,262 yang melibatkan 206,710 orang pekerja.
f) Perak dengan kelulusan majikan sebanyak 23,069 yang
melibatkan 159,838 orang pekerja.
NO SOALAN: 38
g) Sabah dengan kelulusan majikan sebanyak 19,018 yang
melibatkan 156,166 orang pekerja.
h) Kedah dengan kelulusan majikan sebanyak 13,685 yang
melibatkan 125,505 orang pekerja.
i) Pahang dengan kelulusan majikan sebanyak 11,706 yang
melibatkan 81,490 orang pekerja.
j) Melaka dengan kelulusan majikan sebanyak 10,279 yang
melibatkan 77,061 orang pekerja.
k) Negeri Sembilan dengan kelulusan majikan sebanyak 10,044 yang
melibatkan 79,533 orang pekerja.
l) Terengganu dengan kelulusan majikan sebanyak 6,288 yang
melibatkan 58,197 orang pekerja.
m) Kelantan dengan kelulusan majikan sebanyak 5,608 yang
melibatkan 49,099 orang pekerja.
n) Perlis dengan kelulusan majikan sebanyak 1,363 yang melibatkan
10,595 orang pekerja.
o) Labuan dengan kelulusan majikan sebanyak 1,351 yang
melibatkan 10,770 orang pekerja.
p) Putrajaya dengan kelulusan majikan sebanyak 397 yang
melibatkan 5,793 orang pekerja.
NO SOALAN: 38
7. Pecahan kelulusan PSU 2.0 fasa 2 mengikut negeri di seluruh
Malaysia adalah seperti berikut:
a) Pertamanya, Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu
sebanyak 10,601 majikan yang melibatkan 74,483 orang pekerja.
b) Keduanya adalah Johor dengan kelulusan majikan sebanyak
6,159 yang melibatkan 44,777 orang pekerja.
c) Ketiganya adalah Kuala Lumpur dengan kelulusan majikan
sebanyak 5,744 yang melibatkan 48,124 orang pekerja.
d) Seterusnya, Sabah dengan kelulusan majikan sebanyak 3,653
yang melibatkan 24,588 orang pekerja.
e) Diikuti dengan Sarawak dengan kelulusan majikan sebanyak 3,550
yang melibatkan 25,526 orang pekerja.
f) Pulau Pinang dengan kelulusan majikan sebanyak 2,969 yang
melibatkan 21,777 orang pekerja.
g) Perak dengan kelulusan majikan sebanyak 2,604 yang melibatkan
18,322 orang pekerja.
h) Kedah dengan kelulusan majikan sebanyak 2,034 yang melibatkan
18,179 orang pekerja.
i) Melaka dengan kelulusan majikan sebanyak 1,360 yang
melibatkan 10,354 orang pekerja.
NO SOALAN: 38
j) Pahang dengan kelulusan majikan sebanyak 1,235 yang
melibatkan 8,717 orang pekerja.
k) Negeri Sembilan dengan kelulusan majikan sebanyak 1,125 yang
melibatkan 8,126 orang pekerja.
l) Terengganu dengan kelulusan majikan sebanyak 757 yang
melibatkan 7,590 orang pekerja.
m) Kelantan dengan kelulusan majikan sebanyak 442 yang
melibatkan 3,959 orang pekerja.
n) Labuan dengan kelulusan majikan sebanyak 166 yang melibatkan
1,704 orang pekerja.
o) Perlis dengan kelulusan majikan sebanyak 137 yang melibatkan
1,209 orang pekerja.
p) Putrajaya dengan kelulusan majikan sebanyak 49 yang melibatkan
474 orang pekerja.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 39
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB SENATOR DATUK TEO ENG TEE @
TEO KOK CHEE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan terkini mengenai pembukaan sempadan
Malaysia dengan Singapura bagi menyelesaikan masalah kemerosotan
ekonomi khasnya di negeri Johor akibat penutupan sempadan Malaysia
dengan Singapura.
NO SOALAN: 39
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Secara dasarnya pembukaan sempadan Malaysia - Singapura
memerlukan kerjasama dua hala dan kesepakatan kedua buah
negara. Dalam hubungan bilateral ini, Kementerian Luar Negeri
akan menerajui setiap perbincangan yang dilaksanakan.
Kementerian Luar Negeri sebagai kementerian yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal ini turut mendapatkan nasihat
dari pelbagai kementerian dan agensi lain dalam melaksanakan
tindakan ini. Sebarang bentuk kesepekatan juga akan dipastikan
sentiasa memelihara kepentingan Malaysia oleh Kementerian Luar
Negeri.
2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berdasarkan Akta Imigresen
(1959/1963) mempunyai kuasa untuk mengenakan sekatan
kemasukan ke dalam Malaysia terhadap mana-mana warga asing.
Berdasarkan bidang kuasa ini, pihak Imigresen telah mengeluarkan
arahan sekatan kepada 23 buah negara yang dikenal pasti berisiko
tinggi akibat jumlah kes yang tinggi di negara berkenaan termasuk
Singapura.
3. Dalam tempoh sekatan sementara yang dibuat tersebut, Kerajaan
telah mendapatkan maklumat terkini dan membuat penilaian risiko
semula. Sehubungan dengan itu, pada 10 September 2020,
Kerajaan telah mengambil keputusan supaya pemegang pas
NO SOALAN: 39
ekspatriat kategori EP 1 dan pakar teknikal atau pekerja mahir asing
dari 23 buah negara yang dikenakan sekatan kemasukan
dibenarkan untuk memasuki Malaysia. Mereka dikehendaki
mengemukakan permohonan daripada pihak JIM dan perlu
mengemukakan dokumen sokongan daripada MIDA atau
Kementerian/ Agensi yang berkaitan. Mereka juga adalah tertakluk
kepada perintah kuarantin wajib selama 14 hari di Stesen Kuarantin
yang ditetapkan Kerajaan.
4. Kerajaan akan terus mengkaji dan meneliti perkara ini dari semasa
ke semasa untuk membenarkan kemasukan dari negara luar secara
bersasar (targetted country) dengan menggunakan kaedah ataupun
konsep gelembung perjalanan (travel bubble).
5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekatan kemasukan warga
asing ke Malaysia ini dibuat berdasarkan jadual permarkahan
(scoring boards) matriks risiko yang mampu memberikan gambaran
jelas mengenai risiko mengimport kes COVID-19 ke Malaysia.
Kriteria yang diambil dalam pengiraan scoring boards matriks risiko
ini adalah seperti berikut:
(i) Bilangan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari
kebelakangan;
(ii) Kadar insiden per 1 juta penduduk dalam tempoh 14 hari
kebelakangan;
(iii) Kadar kematian 14 hari kebelakangan per 1 juta penduduk;
NO SOALAN: 39
(iv) Kadar kematian kes; dan
(v) Indeks pemulihan (recovery index).
6. Kemasukan kes import ini akan memberikan kesan besar kepada
Malaysia kerana ianya menggunakan kemudahan dan fasiliti milik
Malaysia untuk merawat kes tersebut yang sebenarnya telah
berlaku di luar negara. Ini akan mengganggu perkhidmatan
kesihatan Kerajaan kerana tanggungjawab utama negara adalah
menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik termasuk rawatan
COVID-19 kepada rakyat Malaysia dan bukannya warga asing yang
masuk ke Malaysia.
Sekian, terima kasih.
NO. SOALAN: 40
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah dan perancangan Kementerian
untuk membantu dan memperkasakan warga guru dan pendidik untuk
pembelajaran secara digital.
NO. SOALAN: 40
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPG) telah merangka strategi pemerkasaan warga guru dan
pendidik untuk pembelajaran secara digital seawal kemasukan bakal guru
ke Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Melalui program ini, bakal guru didedahkan dengan dasar pembelajaran
digital yang mengandungi pelbagai inisiatif bagi merangsang pencapaian
penghasilan pendidik Revolusi Industri 4.0. Di samping itu, pembangunan
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (New Pedagogies for Deep
Learning/NPDL) sebagai pedagogi kontemporari dilaksana untuk
menyediakan bakal guru dengan ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan
pembelajaran bermakna melalui teknologi digital.
Pemerkasaan pembelajaran secara digital turut dilaksana melalui
penghasilan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
pada tahun 2014 dan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (PIPPK) pada 2016. Kedua-dua pelan pembangunan ini
menyediakan pelbagai kaedah untuk memantapkan ilmu, kemahiran dan
sikap guru terhadap cabaran pembelajaran abad ke-21 yang menjurus ke
arah pembelajaran digital.
Bermula Julai hingga Ogos tahun 2019, KPM telah melatih seramai 243
Jurulatih Utama yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
NO. SOALAN: 40
dan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jurulatih Utama ini akan
bertanggungjawab melatih guru dalam penggunaan DELIMa di negeri
dan daerah masing-masing. Di samping itu, KPM melalui IPG terus
memberikan latihan kepada guru tentang penggunaan aplikasi untuk
melaksanakan Home-Based Learning seperti Google Meet, Google
Classroom, Google Form serta pembinaan aplikasi pendidikan dan
bengkel pentaksiran pendidikan secara dalam talian.
Dalam konteks situasi pandemik COVID-19 pada masa ini, KPM telah
mengambil langkah untuk membangunkan kaedah pembelajaran alaf
baharu seperti flipped classroom, learning station, project-based learning
(pembelajaran berasaskan projek), differentiated learning (pembelajaran
terbeza) dan blended learning (pembelajaran teradun). Pembangunan
kaedah pembelajaran ini dilakukan melalui penerbitan video yang
sampaikan oleh Guru Cemerlang yang dapat diakses oleh guru dan murid
sebagai panduan pembelajaran secara digital. Di samping itu, KPM juga
telah membangunkan webinar berbentuk pembelajaran digital dan eKelas
pembelajaran digital.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembelajaran secara digital terus
diperkasa dengan pembangunan pelantar pembelajaran Digital Education
Learning Initiative Malaysia (DELIMa). DELIMa menyediakan pelantar
pembelajaran digital dari pelbagai sumber pendidikan seperti buku teks
digital, modul digital, panduan pembelajaran dan pengajaran secara
digital, video pendidikan digital dan bahan pembelajaran dalam bentuk
gamifikasi yang menyokong pelaksanaan PdP secara digital. Pelantar
DELIMa juga dipautkan dengan portal EduwebTV dan portal CikgooTube
yang menyediakan 8,176 video pendidikan yang dikongsi oleh guru
sebagai bahan rujukan pembelajaran secara digital.
NO. SOALAN: 40
Berdasarkan laporan penggunaan DELIMa pada 1 Disember 2020,
seramai 423,655 (97.21%) guru telah login dan menggunakan pelantar
tersebut bagi tujuan PdP. Selain itu, sejumlah 485 buah buku teks digital
telah dimuat naik ke Pelantar DELIMa untuk rujukan dan kegunaan guru.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 41
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Paul Igai minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi melahirkan
golongan belia berkemahiran dalam bidang teknikal yang bertaraf paling
sesuai dengan permintaan industri khasnya daripada belia di luar bandar
seperti di bahagian Kapit Sibu, dan Bintulu dan apakah prestasi dan
kemajuan program-program yang sudah dijalankan setakat ini dan
apakah perancangan untuk menambah baik lagi program yang sedia
ada.
NO SOALAN: 41
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
MARA mempunyai 33 (seperti di Lampiran 1) institusi Pendidikan
TVETMARA yang beroperasi di Sarawak yang menawarkan program
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula di
peringkat sijil hingga diploma bagi membantu golongan belia luar bandar
memperolehi akses Pendidikan TVET yang berkualiti untuk memenuhi
keperluan dan permintaan industri.
MARA mempunyai pusat GIATMARA di Kapit, Sibu dan Bintulu
manakala Institut Kemahiran MARA terletak di Bintulu. Butiran ringkas
pusat tersebut adalah seperti berikut:-
(i) GIATMARA Kapit
Beroperasi sejak tahun 2005 dan seramai 580 orang pelatih telah
mengikuti latihan di GIATMARA Kapit. Program-program yang
dilaksanakan ialah:
i. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
ii. Teknologi Motosikal
(ii) GIATMARA Sibu
Beroperasi sejak tahun 2000 dan seramai 175 orang pelatih telah
berjaya mengikuti latihan di GIATMARA Sibu. Program-program
yang dilaksanakan ialah:
i. Pendawai Elektrik
NO SOALAN: 41
ii. Rekaan Pakaian dan Fesyen
(iii) GIATMARA Bintulu
Beroperasi sejak tahun 1995 dan seramai 888 orang pelatih telah
berjaya mengikuti latihan di GIATMARA Bintulu. Program-
program yang dilaksanakan ialah:
i. Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
ii. “Custom Painting”
iii. Teknologi Automotif (Tahap 2)
(iv) Institut Kemahiran MARA Bintulu
Beroperasi sejak tahun 2011 dan seramai 892 orang tenaga
mahir telah dapat dihasilkan. Program-program yang
dilaksanakan ialah:
i. Sijil Tek. Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
ii. Sijil Tek. Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan
iii. Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur
iv. Dip. Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
v. Dip. Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan
Instrumentasi dan Kawalan Loji
vi. Dip. Tek. Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
PERANCANGAN MASA AKAN DATANG
IKM Bintulu
IKM Bintulu turut berkolaborasi dengan industri tempatan dan
antarabangsa demi memberi satu nilai tambah dalam bidang kemahiran
yang dilaksanakan seperti berikut:
NO SOALAN: 41
i. Meningkatkan bidang elektrik dengan kompetensi voltan tinggi
yang dikeluarkan oleh EIU seperti H1 sebagai usaha
meninggikan tahap kompetensi daripada Lower Voltage
kepada High Voltage.
ii. Memantapkan kandungan program dengan teknologi IR4.0 serta
pengaplikasian skillsets berkaitan ke atas peralatan
berteknologi tinggi.
iii. Memantapkan kolaborasi dengan industri dalam bidang Oil and
Gas untuk menjadi Centre of Excellence dalam bidang
Instrumentation Caliboration.
iv. Menjadi pusat latihan kompetensi pepasangan scaffolding
bersama industri terbabit.
v. Menjadi pusat International Welding Inspection & Certificate
Centre (IWICC) dalam bidang kimpalan dengan perakuan
kompetensi dari industri antarabangsa.
GIATMARA
Bangunan GIATMARA Sibu sedang dinaiktaraf bangunan melalui
kelulusan RMK11-RP3. Perancangan untuk melaksanakan peningkatan
Kursus Pendawaian Elektrik (G1) kepada Kursus Pendawaian Elektrik
(G2).
GIATMARA Kapit pula telah berpindah dari Pejabat Residen Kapit ke
bangunan rumah Kedai. Pada masa akan datang, pelbagai kursus
NO SOALAN: 41
jangka pendek akan dilaksanakan oleh GIATMARA Kapit dan
GIATMARA Bintulu kepada komuniti setempat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 42
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK HAJI BASHIR BIN HAJI ALIAS
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan adakah jumlah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia ketika ini mencukupi dalam membantu mengawal perairan negara
khususnya di W.P Labuan dalam usaha mengawal penyeludupan.
NO SOALAN: 42
JAWAPAN
Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Behromat,
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan agensi di
bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ditubuhkan dengan
perjawatan sejumlah 5,315 termasuk skim perkhidmatan gunasama dan
jawatan terbuka. Sehingga kini, sebanyak 4,702 perjawatan telah diisi iaitu
88.47% daripada jumlah keseluruhan, manakala selebihnya dalam proses
pengisian secara pengambilan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat
(LLP) yang baharu.
Bagi menjawab pertanyaan YB Senator, KDN berpandangan bahawa
kedudukan semasa perjawatan APMM masih perlu dipertingkatkan bagi
memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab untuk
menguatkuasakan undang-undang negara, carilamat dan memelihara serta
menjaga kedaulatan perairan negara di seluruh Zon Maritim Malaysia (ZMM)
yang meliputi seluas 614,000 kilometer persegi.
APMM telah mensasarkan penambahan perjawatan baharu kepada 10,000
anggota di dalam Pelan Strategik APMM 2040 bagi membolehkan APMM
mengoperasikan aset baharu dan aset sedia ada secara optimum untuk
menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat di Perairan
Malaysia.
NO SOALAN: 42
Tuan Yang Di Pertua,
Berkenaan dengan perjawatan APMM di Zon Maritim Wilayah Persekutuan
Labuan, bilangan pengisian perjawatan adalah sebanyak 138 orang. KDN
akan terus komited menyemak keperluan pengisian perjawatan dari semasa
ke semasa bagi memenuhi keperluan agensi dan kepentingan
perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, Zon Maritim WP Labuan dengan kekuatan sedia ada
didapati masih berupaya menguatkuasakan undang-undang maritim dan
mengawal penyeludupan serta mengekang aktiviti jenayah di dalam zon
maritimnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ SRI VELL PAARI A/L SAMY VELLU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Sri Vell Paari A/l Samy Vellu minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk
memantapkan Program Kolaborasi Industri atau Industrial Collaboration
Programme (ICP) supaya dapat dapat memberi manfaat terbesar kepada
ekonomi negara dan rakyat berdasarkan krisis ekonomi dan pandemik
COVID - 19 yang sedang dihadapi ketika ini.
NO SOALAN: 43
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Kolaborasi Industri
atau Industrial Collaboration Programme (ICP) merupakan program
nilai tambah yang dilaksanakan melalui perolehan Kerajaan mulai
tahun 2014 untuk perolehan yang mencapai nilai ambang
ditetapkan iaitu RM50 juta bagi perolehan dengan syarikat luar
negara dan RM100 juta bagi perolehan dengan syarikat tempatan.
ICP boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak
langsung untuk manfaat pelbagai golongan sasar. Sebagai contoh
dalam projek perolehan keretapi elektrik, ICP langsung adalah
dalam bentuk pemindahan teknologi penyelenggaraan keretapi
kepada syarikat tempatan manakala ICP tidak langsung adalah
dalam bentuk akses kepada pasaran halal di negara pengeluar
sistem keretapi elektrik tersebut.
2. Bagi memantapkan pelaksanaan ICP, Kementerian Kewangan
telah mengambil langkah seperti berikut:-
i. mengeluarkan Dasar dan Garis Panduan ICP dalam Perolehan
Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan (PP) Perolehan
Kerajaan (PK) 1.1 bagi memastikan pelaksanaan yang cekap
dan berkesan serta seterusnya merealisasikan objektitif untuk
menyokong pembangunan teknologi, industri dan ekonomi
tempatan; dan
NO SOALAN: 43
ii. menubuhkan Technology Depository Agency (TDA) sebagai
sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan untuk
mengawal selia pelaksanaan ICP. TDA bertanggungjawab
untuk merancang, menilai, mengurus, memantau, menganalisa
dan merekodkan pelaksanaan ICP di Malaysia selaras dengan
Rangka Kerja Pengurusan ICP Malaysia yang digariskan di
bawah Garis Panduan ICP.
3. Mengambilkira situasi semasa negara berikutan pandemik COVID-
19, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
memantapkan pelaksanaan ICP dan seterusnya memberi manfaat
kepada ekonomi dan rakyat seperti berikut:-
i. membenarkan syarikat yang mempunyai obligasi ICP untuk
melaksanakan Program Professional Training and Education for
Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dan menuntut kos
pelaksanaan program PROTÉGÉ sebagai sebagai sebahagian
daripada kredit ICP yang diwajibkan kepada mereka. Langkah
ini akan menggalakkan syarikat penyedia ICP untuk mengambil
lebih ramai siswazah sebagai pelatih PROTÉGÉ di syarikat
mereka doengan memberi peluang pekerjaan dan latihan
kepada siswazah;
ii. penjajaran program ICP agar selari serta menyokong program
di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) turut dilaksanakan. Sebagai contoh, Program
Latihan Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran PENJANA
boleh dilaksanakan di bawah ICP melalui pewujudan Projek
Latihan Semula (reskilling) khas untuk golongan yang hilang
NO SOALAN: 43
pekerjaan sebagai salah satu projek ICP dengan kerjasama
industri dan pihak academia; dan
iii. membenarkan pewujudan program pemindahan teknologi,
kemahiran dan kepakaran daripada penyedia ICP dalam bidang-
bidang tumpuan seperti aeroangkasa, automotif, rel dan
teknologi pembuatan kepada syarikat penerima tempatan di
bawah rangka kerja ICP sedia ada di bawah inisiatif
Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di
Peringkat Pertengahan (MTC).
4. Selain itu juga, program ICP turut memberi manfaat terhadap
peningkatan penyertaan syarikat dan pembekal perkhidmatan
tempatan dalam projek mega seperti MRT laluan ketiga (MRT3).
Rangka kerja ICP menggalakkan syarikat penyedia ICP untuk
meningkatkan penyertaan syarikat dan pembekal perkhidmatan
tempatan melalui pemberian nilai pengganda ICP yang tinggi bagi
mencapai obligasi syarikat yang telah ditetapkan.
5. Kementerian Kewangan akan terus mengkaji dan menilai semula
program ICP dari semasa ke semasa agar dapat menyokong
langkah-langkah Kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada
ekonomi dan kebajikan rakyat khususnya dalam krisis ekonomi dan
pandemick COVID-19 yang sedang dihadapi kini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 44
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan
menyenaraikan secara teliti lantikan-lantikan secara politik di kesemua
agensi Kerajaan Persekutuan di negeri Pulau Pinang. Sila senaraikan
mengikut jumlah gaji/elaun/peruntukan yang berkenaan bagi lantikan-
lantikan politik tersebut.
NO SOALAN: 44
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam perkhidmatan awam sebenarnya tiada istilah lantikan politik
kecuali bagi jawatan Setiausaha Politik sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian IV Persekutuan, Bab 3
Badan Eksekutif, Perkara 43C yang menetapkan Perdana Menteri boleh
menetapkan bilangan orang sebagai Setiausaha Politik. Manakala
pengisian jawatan lain di pejabat Menteri dan Timbalan Menteri adalah
secara penempatan khas, peminjaman atau pertukaran sementara dan
pelantikan secara kontrak dikira sebagai penjawat awam yang perlu
mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Sekiranya pertanyaan Ahli Yang Berhormat adalah merujuk kepada
lantikan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA),
dimaklumkan bahawa PERDA merupakan salah satu agensi di
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) 1983
(Akta 282) dan menumpukan kepada pembangunan sosio ekonomi dan
kemudahan perumahan untuk kumpulan sasar. Ia ditadbir oleh lapan (8)
orang Ahli Lembaga Pengarah, yang mana Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi adalah daripada kalangan ahli politik yang mempunyai
kelayakan profesional dan berpengalaman. Mereka dibayar elaun seperti
yang ditetapkan oleh PERDA. Pegawai-pegawai yang berkhidmat di
PERDA adalah Penjawat Awam di bawah skim perkhidmatan tertutup
(close service).
NO SOALAN: 44
Begitu juga, sekiranya merujuk kepada JKP Sdn Bhd, ia merupakan
syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan (MOF)
yang menumpukan kepada pembangunan harta tanah. Ianya ditadbir
oleh 5 orang Ahli Lembaga Pengarah, yang mana Pengerusi dan seorang
ahli dilantik dari ahli politik yang mempunyai kelayakan professional dan
pengalaman yang luas. Elaun mereka adalah berdasarkan kemampuan
kewangan syarikat serta dibayar oleh syarikat masing-masing tanpa
melibatkan peruntukan daripada Kerajaan. Jumlah imbuhan dan ganjaran
yang dibayar boleh diperolehi daripada penyata kewangan beraudit
syarikat MKD yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN 45
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan mengenai
perancangan Kementerian bagi menaik taraf Perumahan Awam dan Projek
Perumahan Rakyat menerusi program My Grocer, My Bus, My Medic, My
Food dan My Job yang bertujuan meningkatkan ekonomi kepada penghuni
Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
NO SOALAN: 45
2
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator,
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sentiasa prihatin dalam
membantu golongan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya. Kementerian menyediakan bantuan kepada golongan
miskin di kawasan perumahan rendah termasuk Perumahan Awam (PA)
dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sederhana rendah di Kuala
Lumpur melalui program MY5 iaitu MYJob, MYSchoolBus, MYMedic,
MYGrocer dan MYFood. Program MY5 ini merupakan pelan perancangan
jangka masa panjang dan komprehensif KWP bagi membantu
mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung golongan miskin bandar.
1) MYJob adalah program yang dilaksanakan dengan kerjasama
strategik bersama pelbagai pihak pemain industri dalam
menawarkan peluang pekerjaan bagi masyarakat di Kuala
Lumpur khususnya mereka yang hilang pekerjaan akibat
pandemik COVID-19. Melalui program ini, sejumlah 6,268 orang
(sehingga 17 November 2020) telah mendapat manfaat dalam
sektor pasar borong, Pekerja Khidmat Singkat, industri
pembinaan/swasta dan padanan kerja di PA dan PPR;
NO SOALAN: 45
3
2) Program MYGrocer ialah suatu inisiatif untuk membolehkan
golongan berpendapatan rendah (B40) membeli barangan dapur/
makanan asas harian pada harga yang lebih rendah dari pasar
awam dan dijual secara terus di kawasan perumahan kos rendah
awam dan swasta di Kuala Lumpur. Inisiatif ini membantu
golongan miskin membeli barangan yang segar, berkualiti dan
murah tanpa perlu mengeluarkan tambang pengangkutan ke
pasar. Sehingga kini, sebanyak 4 trak MYGrocer telah beroperasi
setiap hari di 30 kawasan PA dan PPR sekitar Kuala Lumpur;
3) MYSchoolBus dilaksanakan untuk membantu meringankan beban
ibu bapa dari golongan berpendapatan rendah yang mempunyai
anak-anak bersekolah di kawasan perumahan kos rendah.
Disamping itu, ianya juga dapat membantu menjana pendapatan
kepada pengusaha bas sekolah tempatan. Semasa pelaksanaan
program ini, sejumlah 9,523 pelajar dan 141 pengusaha bas
sekolah telah mendapat manfaat;
4) Program MYFood ialah suatu inisiatif khusus kepada golongan
miskin bandar yang diberikan bantuan makanan asas dalam
bentuk bakul makanan bernilai RM50.00 bagi setiap Ketua Isi
Rumah di PA dan PPR. Bakul makanan ini terdiri daripada
makanan asas harian seperti beras, minyak, tepung, gula, biskut,
susu pekat, bihun, kicap, makanan dalam tin seperti sardin dan
sebagainya. Untuk fasa pertama, program ini telah memanfaatkan
NO SOALAN: 45
4
seramai 31,780 orang penerima di kesemua PA dan PPR di Kuala
Lumpur;
5) MYMedic ialah program yang dirancang untuk menyediakan
perkhidmatan van medik bergerak ke kawasan perumahan kos
rendah termasuk PA dan PPR yang tidak mempunyai Klinik
Komuniti (dahulunya dikenali Klinik 1Malaysia). Apabila
dilaksanakan kelak, penduduk setempat akan dapat menikmati
perkhidmatan kesihatan asas dalam kawasan perumahan mereka
sendiri.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 46
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan jumlah penduduk Malaysia yang masih tidak mendapat
bekalan air bersih dan dirawat mengikut pecahan negeri, dan apakah
langkah-langkah Kerajaan bagi menangani masalah ini.
NO SOALAN: 46
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pada tahun 2019, purata peratusan penduduk yang menerima
bekalan air terawat di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan adalah 97.2% manakala purata peratusan penduduk yang belum
menerima bekalan air terawat adalah 2.8%. Pada masa ini, sehingga
purata suku ketiga (Q3) tahun 2020, purata peratusan penduduk yang
menerima bekalan air terawat di Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan adalah 96.9% manakala purata peratusan
penduduk yang belum menerima bekalan air terawat adalah 3.1%.
NO SOALAN: 46
2. Pecahan peratusan bagi setiap negeri adalah seperti berikut:
Bil Negeri Peratusan Penduduk yang Menerima
Bekalan Air Terawat (%)
Peratusan Penduduk yang Belum Menerima
Bekalan Air Terawat (%)
1 Johor 99.9% 0.1%
2 Kedah 98.3% 1.7%
3 Kelantan 71.4% 28.6%
4 W.P Labuan 100% 0%
5 Melaka 100% 0%
6 Negeri Sembilan
99.9% 0.1%
7 Pulau Pinang 99.9% 0.1%
8 Pahang 98.0% 2.0%
9 Perak 99.6% 0.4%
10 Perlis 99.5% 0.5%
11 Selangor 99.8% 0.2%
12 Terengganu 96.0% 4.0%
Seluruh Malaysia 96.9% 4.61%
3. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),
Kementerian ini telah menetapkan sasaran 99% bagi purata penduduk
yang menerima bekalan air terawat di seluruh Malaysia. Bagi memastikan
sasaran ini dapat dicapai, peruntukan sebanyak RM674.75 juta telah
dipohon oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi
melaksanakan projek-projek bekalan air di seluruh negara pada tahun
2021.
4. Antara langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh
Kerajaan bagi memperluaskan liputan bekalan air termasuk:
(i) peningkatan rizab margin kepada sekurang-kurangnya 20%
melalui pembinaan loji rawatan air baru dan menaiktaraf
NO SOALAN: 46
loji rawatan air, pelaksanaan program Non-Revenue
Water (NRW) bagi mengurangkan kadar NRW dan
Pelaksanaan Pengurusan Permintaan Air atau dengan izin,
Water Demand Management; dan
(ii) peningkatan kapasiti sumber air mentah melalui pembinaan
Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan penggunaan
semula air kumbahan terawat melalui loji air pulih guna bagi
kegunaan industri.
5. Selain itu, KASA juga telah melaksanakan Tabung Wakaf
Perkhidmatan Air Malaysia atau Wakaf Air dengan kerjasama Yayasan
Waqaf Malaysia (YWM) yang baru dilancarkan pada 17 Disember 2020
sebagai mekanisme pembiayaan alternatif yang mudah, cepat dan
mampan bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air yang
merangkumi bekalan air, pemuliharaan sumber air dan pembetungan
berskala kecil terutamanya di kawasan luar bandar.
6. Selain daripada KASA, kementerian dan agensi lain seperti
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), FELDA dan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut terlibat dan bekerjasama dengan
operator air dalam melaksanakan projek pembangunan bekalan air di
kawasan luar bandar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan tahap pematuhan
dan pengawasan kuota barang-barang keperluasn asas bersubsidi
kepada peruncit dan sejauh manakah kebenaran adanya ketidakpuasan
kekurangan barangan yang dibekalkan di kawasan luar bandar.
NO SOALAN: 47
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian mengawalselia pematuhan dan pengedaran barang
kawalan bersubsidi secara berstruktur dan bersasar. Tindakan
dilaksanakan secara komprehensif melalui pelaksanaan pengauditan di
setiap rantaian pengedaran barang kawalan bersubsidi yang meliputi
peringkat industri pengeluar yang menerima kuota subsidi seperti syarikat
kilang penapis dan kilang pembungkus, seterusnya di peringkat
pemborong. Manakala bagi memastikan bekalan barang kawalan
bersubsidi sampai dan diterima oleh pengguna akhir, pemeriksaan harian
dijalankan di peringkat peruncit.
Malah, bagi memastikan pemeriksaan diadakan secara menyeluruh di
seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar, Kementerian
menjalankan pemeriksaan harian ke atas 2,711 Peruncit Daerah Terpilih
serta 1,039 Pemborong Daerah Terpilih yang meliputi 222 Parlimen dan
576 kawasan Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan Laporan
Pemantauan Khas Terhadap Barang-Barang Keperluan Asas Sepanjang
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh Negara yang
dikeluarkan secara harian oleh Kementerian, tiada sebarang aduan yang
diterima berkaitan kekurangan bekalan barangan kawalan di luar bandar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan
sejauh mana komitmen dan perancangan EPU agar perlaksanaan Projek
High Speed Rail (HSR) dari Singapura ke Kuala Lumpur yang melalui
Melaka memberi keutamaan khusus kepada kontraktor Bumiputera untuk
bergiat aktif di dalam pelbagai pakej kerja yang terlibat.
NO SOALAN: 48
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Dasar keutamaan kepada syarikat Bumiputera sebanyak 30%
dalam perolehan Kerajaan serta dasar carve-out and compete
sebanyak 51% dalam projek mega masih diteruskan, yang mana
pelaksanaannya tertakluk kepada merit.
2. Dalam hal ini, sepertimana pelaksanaan projek rel yang lain,
Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada kontraktor
Bumiputera untuk bergiat aktif dalam projek Keretapi Laju Kuala
Lumpur – Singapura (HSR). Walaupun hala tuju projek ini masih
belum dimuktamadkan dengan pihak Singapura, keutamaan akan
diberikan kepada kontraktor tempatan terutamanya syarikat
Bumiputera yang mempunyai pengalaman serta terbukti
pencapaiannya dalam projek pembinaan. Ini bagi memastikan
projek HSR dibina dengan sempurna dan selamat, mengikut skop,
kos serta garis masa yang telah ditentukan. Di samping itu,
penglibatan tenaga kerja dan pakar tempatan serta Bumiputera
dalam sektor yang berkaitan dalam membangunkan projek HSR
juga akan diberi keutamaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 49
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
PERTANYAAN : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah pelan pemulihan secara strategik bagi memulih dan
memantapkan semula sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
yang sehingga kini dilaporkan hampir 32000 PKS sudah gulung tikar
akibat pandemic Covid19 di dalam negara dan peringkat global.
NO SOALAN: 49
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, penularan
COVID-19 telah memberikan impak negatif kepada kelangsungan
perniagaan terutama di kalangan pengusaha mikro, kecil dan
sederhana (PKS). Menyedari keperluan untuk memulihkan segera
sektor PKS yang merupakan penyumbang utama Keluaran Negara
Kasar Negara (KDNK) dan penyedia pekerjaan terbesar negara,
maka Kerajaan telah merangka dan melaksanakan langkah
pemulihan secara strategik dan menyeluruh yang merangkumi
enam fasa pelaksanaan iaitu Ketegasan (Resolve), Ketahanan
(Resilient), Memulakan Semula (Restart), Pemulihan (Recovery),
Memperkasa (Revitalise) dan Menyusun Semula (Reform).
2. Melalui langkah-langkah dalam strategi 6R ini, Kerajaan telah
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan
Khas (KITA PRIHATIN) yang keseluruhannya bernilai RM305 bilion,
termasuk bagi membiayai program bantuan ke arah menyokong
dan melonjakkan semula perniagaan.
3. Pecahan peruntukan dan penyaluran yang bertujuan untuk
membantu sektor perniagaan termasuk PKS sehingga 27
November 2020 adalah seperti berikut:
NO SOALAN: 49
i. Sebanyak RM53.26 bilion atau 44% daripada peruntukan
RM121 bilion telah disalurkan di bawah PRIHATIN;
ii. Sebanyak RM5.63 bilion atau 37.66% daripada peruntukan
RM14.7 bilion telah disalurkan di bawah PENJANA; dan
iii. Sebanyak RM10 bilion disediakan di bawah KITA PRIHATIN
di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3 bilion
diperuntukkan bagi Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) dan
Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0). Sebanyak RM856.88
juta telah dibayar kepada 285,626 PKS Mikro di bawah GKP
2.0 dan RM240 juta kepada 39,203 majikan di bawah PSU
2.0.
4. Antara inisiatif Kerajaan di bawah pakej-pakej yang bertujuan untuk
membantu perniagaan dalam meringankan beban kewangan,
mengurangkan kos operasi dan meningkatkan aliran tunai semasa
adalah seperti berikut:-
i. Pemberian moratorium bernilai RM35 bilion ke atas bayaran
balik pinjaman perniagaan bagi tempoh April sehingga
September 2020 kepada peniaga;
ii. Pemberian GKP secara one-off sebanyak RM3,000 kepada
PKS mikro dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion;
iii. Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan
Pekerjaan di mana Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
NO SOALAN: 49
RM17.7 bilion bagi membantu majikan mengekalkan sebanyak
2.67 juta pekerjaan; dan
iv. Pemberian diskaun sehingga 15% bagi penggunaan elektrik
dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian yang
memanfaatkan 1.45 juta peniaga dengan nilai sebanyak
RM479.1 juta.
5. Selain itu, Kerajaan juga menyediakan akses kepada pembiayaan
mudah untuk PKS antaranya seperti berikut:-
a. Pembiayaan PKS PENJANA bagi terus membantu PKS
dengan peruntukan dana berjumlah RM2 bilion dan memberi
keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat
pinjaman daripada bank sebelum ini;
b. Skim Pemulihan Perniagaan Tekun atau TEKUN Business
Recovery Scheme – TBRS) iaitu bantuan pembiayaan untuk
menyokong PKS Mikro dengan peruntukan RM100 juta
disediakan. Selain itu, Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di
bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan peruntukan
sebanyak RM500 juta juga disediakan;
c. Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF)
berupa dana bantuan khusus untuk membantu PKS yang
terkesan akibat daripada pandemik COVID-19; dan
d. Pembiayaan Mudah Bumiputera oleh Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB) yang berjumlah RM200 juta yang
NO SOALAN: 49
merupakan pembiayaan sebanyak RM100,000 sehingga RM1
juta bagi tempoh sehingga lima tahun pada kadar faedah 3.5%
setahun beserta moratorium sehingga enam bulan dari tarikh
pengeluaran kepada perniagaan milik Bumiputera.
6. Kerajaan kekal komited dalam membantu PKS dan sektor
perniagaan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang
mendatang. Oleh yang demikian, semasa pembentangan
Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Kewangan
turut mengumumkan pelbagai inisiatif tambahan bagi membantu
PKS termasuk PKS mikro dan golongan peniaga melalui pelbagai
bantuan daripada aspek pembiayaan, peningkatan kapasiti dan
peluang pasaran, antaranya seperti berikut:-
i. Program peningkatan keupayaan usahawan mikro dan PKS
Bumiputera oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan
SME dengan dana sebanyak RM800 juta;
ii. Pembiayaan melalui TEKUN dan PUNB bagi PKS dan PKS
mikro Bumiputera dengan dana sebanyak RM510 juta;
iii. Pembiayaan mikro kredit khas kepada PKS wanita melalui
TEKUN, MARA dan AgroBank berjumlah RM95 juta;
iv. Pembiayaan Islam melalui program Ar-Rahnu BizNita di bawah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)
dengan dana sebanyak RM50 juta;
NO SOALAN: 49
v. Pembiayaan kredit mikro melalui TEKUN Nasional, Agrobank,
BSN dan institusi kewangan lain dengan dana sebanyak RM1.2
bilion; dan
vi. Platform Jana Niaga untuk pembayaran digital rantaian
bekalan melalui EXIM Bank dengan dana sebanyak RM300
juta.
7. Kerajaan akan terus memastikan semua program yang sedang
berlangsung dan yang akan bermula tahun 2021 dilaksanakan
secara cekap dan berkesan serta benar-benar dimanafaatkan oleh
sektor PKS.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 50
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH BIN
RAJA AHMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan insentif-insentif untuk
membantu industri perhotelan berhadapan dengan kekurangan tempahan
bilik dan pelancong waktu wabak COVID-19 ini.
NO SOALAN: 50
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Dalam usaha untuk memulihkan industri pelancongan negara dan
seterusnya memberi kesan domino kepada penggiat industri-industri yang
berkaitan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah
merangka dan melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan dan
Kebudayaan. Antara strategi yang dilaksanakan adalah:
(i) memulihkan kembali keyakinan orang awam untuk kembali
melancong di mana komuniti pelancongan perlu mengamalkan
pembudayaan baru dengan pematuhan kepada prosedur operasi
standard atau SOP-SOP yang telah ditetapkan sebagai norma
baharu aktiviti pelancongan di Malaysia;
(ii) merancakkan semula pelancongan domestik dengan
menawarkan pakej-pakej pelancongan yang lebih kreatif dan
menarik melalui platform digital serta memperkenal dan
mempromosikan keunikan destinasi pelancongan di luar bandar
atau hidden gems kerana pelancong kini lebih cenderung memilih
destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar;
(iii) meningkatkan standard dan kualiti perkhidmatan dan produk-
produk pelancongan dan kebudayaan terutamanya dari segi
NO SOALAN: 50
kebersihan dan keselamatan selaras dengan SOP pengoperasian
yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di
tempat-tempat tarikan pelancong utama bagi memastikan
perkhidmatan dan produk pelancongan dan kebudayaan yang
disediakan adalah berkualiti tinggi;
(iv) meningkatkan penggunaan teknologi untuk perjalanan yang
selamat, lancar dan tanpa sentuhan seperti pembayaran tanpa
tunai (cashless payment), tempahan dalam talian (online
booking), transaksi tanpa sentuhan (contactless transaction) dan
daftar masuk tanpa sentuhan; dan
(v) reskilling dan upskilling bagi meningkatkan kualiti dan kredibiliti
profesion dengan pengamalan budaya normal baharu.
2. Pada masa yang sama, Kerajaan telah melancarkan beberapa pakej
rangsangan ekonomi (PRE) seperti PRIHATIN, PRIHATIN PKS
TAMBAHAN dan PENJANA bagi membantu penggiat industri dan
seterusnya memulihkan industri pelancongan. Antara inisiatif yang boleh
dimanfaatkan oleh industri pelancongan termasuk penggiat industri
perhotelan ialah:
(i) Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA untuk Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro sektor
pelancongan;
(ii) pengecualian cukai pelancongan;
NO SOALAN: 50
(iii) pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan
penginapan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021;
(iv) lanjutan Program Subsidi Upah;
(v) inisiatif bantuan PKS seperti Skim Pembiayaan PKS PENJANA
dan Geran Padanan Pendigitalan PKS;
(vi) potongan cukai untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19 seperti
pembelian PPE / pengimbas suhu dan kos ujian saringan; dan
(vii) lanjutan penawaran penangguhan atau moratorium bayaran
pinjaman bersasar.
3. Di samping itu, sebagai kesinambungan kepada kebenaran rentas
negeri dan daerah baru-baru ini, MOTAC akan meneruskan usaha
menyemarakkan pelancongan domestik negara. Antaranya termasuklah
memperuntukkan sebahagian besar peruntukan di bawah Belanjawan
2021 untuk Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan yang
merangkumi pelbagai inisiatif menarik kepada rakyat seperti baucar
penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun percutian keluarga,
penyemarakkan seni budaya, kempen ‘Meet in Malaysia’, diskaun pakej
petugas barisan hadapan, potongan diskaun beli-belah serta diskaun
pengangkutan.
4. Inisatif ini diyakini dapat merangsang dan menyuntik perbelanjaan
domestik secara konsisten dan seterusnya mewujudkan kesan gandaan
NO SOALAN: 50
ekonomi khususnya yang berantaian dengan sektor pelancongan, seni dan
budaya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 51
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sekiranya Kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula
Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (SCC) yang ditugaskan
untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di
Sarawak. Jawatankuasa khas ini telah dibubarkan oleh Kerajaan Pakatan
Harapan pada tahun 2018.
NO SOALAN: 51
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berhubung dengan cadangan untuk mewujudkan semula Jawatankuasa
Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak (JKKSKS)
seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, cadangan tersebut
masih dalam pertimbangan dan penelitian lanjut pihak Kementerian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan kewarganegaraan
individu berumur bawah 21 tahun diproses di bawah Perkara 15A
Perlembagaan Persekutuan dan bagi memastikan permohonan
berkenaan diproses dengan lebih sistematik dan berkesan, Kementerian
telah menambahbaik Prosedur Pengendalian Standard (SOP)
Permohonan Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan
Persekutuan dan SOP berkenaan telah dilaksanakan dengan tempoh
pemprosesan yang lebih singkat bagi permohonan lengkap yang
diterima mulai tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 52
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Asmak binti Husin minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan Rangka Kerja
Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) yang telah dirancang dan bagaimana ia
akan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Tempatan.
NO SOALAN: 52
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
membangunkan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM)
yang bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan
Nasional khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan lain bagi menggerakkan
pembangunan Bandar Pintar yang holistik di Malaysia.
2. RKBPM kini dalam tempoh Fasa 1 (2019-2020) yang memberi
tumpuan kepada aspek perancangan serta pendedahan dan
kesedaran berkaitan bandar pintar kepada pemegang taruh
khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku agensi
pelaksana utama.
3. KPKT akan terus memperkasakan agenda pembangunan bandar
pintar di bawah Fasa 2 RKBPM (2021-2023) iaitu fasa pembangunan
kapasiti serta pelaksanaan inisiatif bandar pintar berdasarkan
cabaran yang dihadapi di peringkat tempatan. Kementerian melalui
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah dan akan mengukuhkan
platform digital bandar pintar yang merentas PBT dan Negeri seperti
NO SOALAN: 52
OSC 3 Plus Online, i-Tegur dan PBTPay yang boleh dimanfaatkan
secara langsung oleh setiap PBT.
4. Seterusnya, Fasa 3 RKBPM (2023-2025) akan menumpukan
kepada pemantauan dan penilaian pelaksanaan bandar pintar serta
usaha untuk merancakkan lagi pembangunan bandar pintar
berdasarkan penilaian yang dibuat.
5. Bermula tahun 2019, pelaksanaan projek bandar pintar bagi 5 buah
bandar perintis (telah pun bermula dan dipantau oleh KPKT) di
bawah RKPBM seperti berikut:
a. Kuala Lumpur
i. Smart Bin;
ii. KL Urban Observatory; dan
iii. Smart Poles (CCTV).
b. Johor Bahru
i. Smart Water Management; dan
ii. Smart Traffic Light Management.
c. Kota Kinabalu
i. Integrated Public Transport System
ii. Smart New Township
d. Kuching
i. Integrated Smart Traffic Light System
ii. Integrated Flood Management and Response System
e. Kulim
i. Smart Internet and Connectivity Enhancement
NO SOALAN: 52
ii. Smart Urban Farming
iii. Kulim Integrated Database System
6. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2020 KPKT telah
melaksanakan projek Kulim Integrated Database System (KIDS)
dengan kos siling RM550,000. Selain itu, bagi tahun 2021-2022
pula, Kementerian ini akan melaksanakan Kajian Pelan Tindakan
Bandar Pintar Pengerang dengan kos siling sebanyak RM1 juta.
7. Justeru, dalam usaha untuk merancakkan pelaksanaan inisiatif
bandar pintar di peringkat PBT, KPKT telah menggariskan beberapa
strategi berikut:
a. Melaksanakan program libat urus secara langsung dengan
PBT bagi membantu dalam merangka pelan tindakan bandar
pintar masing-masing berdasarkan cabaran perbandaran yang
dihadapi;
b. Merangka dan menyediakan latihan dalam perancangan dan
pelaksanaan bandar pintar kepada PBT dengan kerjasama
rakan strategik seperti MIGHT (Kumpulan Industri-Kerajaan
bagi Teknologi Tinggi Malaysia);
c. Memadankan PBT dengan pemain industri dan penyedia
teknologi bandar pintar bagi mewujudkan kolaborasi strategik
dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang saling
menguntungkan kedua-dua pihak;
NO SOALAN: 52
d. Menyediakan platform untuk sesi perkongsian idea, kepakaran
dan pengalaman serta meluaskan rangkaian kerjasama
(networking) dalam kalangan pemegang taruh dan pihak
berkepentingan;
e. Penglibatan aktif di bawah ASEAN Smart City Network (ASCN)
bagi mendapat akses kepada peluang kerjasama dengan
negara-negara rakan strategik ASEAN seperti Republik Korea,
Jepun dan Amerika Syarikat untuk membantu pelaksanaan
bandar pintar di peringkat bandar/PBT; dan
f. Menyediakan pangkalan data inisiatif-inisiatif bandar pintar
yang telah, sedang atau dalam perancangan untuk
dilaksanakan oleh PBT bagi menentukan keperluan dan
keutamaan inisiatif bandar pintar serta memastikan
perancangan dan penilaian yang lebih sistematik dalam
permohonan peruntukan pembangunan di bawah Rancangan
Malaysia.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 53
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sokongan utama pembangunan ekonomi negara terhadap unjuran KDNK
pada 6.5 hingga 7.5 peratus pada tahun hadapan.
NO SOALAN: 53
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Alhli Yang Berhormat,
1. Ekonomi negara pada 2021 telah diunjur kembali pulih dan
melonjak antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus selepas mengalami
penguncupan ketara sebanyak 4.5 peratus berikutan pandemik
COVID-19 yang menular di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Pertumbuhan ini selari dengan unjuran ekonomi global oleh Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dijangka kembali pulih
sebanyak 5.2 peratus pada 2021. Perdagangan dunia juga dijangka
melonjak sebanyak 8.3 peratus pada tempoh yang sama.
2. Selain daripada faktor global, pertumbuhan ini juga turut
disumbangkan oleh kesan asas yang rendah, iaitu berpunca
daripada kemerosotan ekonomi yang ketara pada tahun 2020. Dari
sudut domestik, pemulihan ketara ekonomi negara pada 2021 turut
disokong oleh tindak balas proaktif Kerajaan dalam menangani
krisis ini dan mencergaskan semula ekonomi negara termasuk
dengan pelbagai inisiatif Belanjawan 2021 yang telah diumumkan.
3. Dari aspek penawaran, kesemua sektor utama ekonomi negara
diunjur kembali berkembang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan
pembuatan yang menyumbang sebanyak 80.8 peratus daripada
KDNK. Sektor perkhidmatan diunjur meningkat 7 peratus disokong
oleh subsektor perdagangan borong dan runcit; maklumat dan
komunikasi; kewangan dan insurans; dan aktiviti berkaitan
NO SOALAN: 53
pelancongan manakala sektor pembuatan dijangka berkembang
sebanyak 7 peratus didorong oleh peningkatan berterusan dalam
industri berorientasikan eksport dan domestik.
4. Dari aspek permintaan pula, perbelanjaan swasta akan terus
menerajui pertumbuhan. Penggunaan swasta diunjur kembali pulih
sebanyak 7.1 peratus disokong oleh pendapatan boleh guna yang
lebih tinggi serta prospek pekerjaan yang lebih baik berikutan
ekonomi beroperasi dalam guna tenaga penuh. Pelaburan swasta
turut dijangka kembali pulih sebanyak 6.7 peratus didorong oleh
penerusan projek utama infrastruktur dan peningkatan pelaburan
terutamanya dalam sektor pembuatan berikutan peningkatan dalam
perdagangan global. Sektor awam akan terus memainkan peranan
sebagai fasilitator melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk
merancak dan mencergaskan aktiviti perniagaan seperti penubuhan
dana untuk menyokong pendigitalan terutamanya kepada PKS
serta inisiatif MalaysiaMudah (#MyMudah) dan penubuhan Unit
Penyelarasan dan Kemajuan Projek (PACU) bagi memudah cara
operasi perniagaan dan memacu aktiviti pelaburan swasta.
Tuan Yang di-Pertua,
5. Pada masa yang sama, pembaharuan struktur ekonomi, kewangan
dan fiskal yang dilaksanakan selama ini telah menyediakan
penampan yang mencukupi untuk Malaysia bertahan dalam
menangani cabaran luar. Struktur ekonomi yang kini lebih pelbagai
serta disokong oleh asas ekonomi yang meluas; sistem kewangan
yang berdaya tahan dan maju; dan struktur perdagangan yang
pelbagai dari segi pasaran eksport dan produk serta kadar
NO SOALAN: 53
pertukaran yang fleksibel terus mendokong aktiviti ekonomi
domestik.
6. Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan ekonomi negara pada
2021 banyak bergantung kepada sejauh mana tahap penularan
pandemik COVID-19 di peringkat global dan domestik serta
pengkomersialan vaksin dalam masa terdekat. Sekiranya krisis
COVID-19 berpanjangan, Kerajaan akan membuat penyesuaian
semula kepada belanjawan dan mengenal pasti penjimatan untuk
disalurkan kepada program atau aktiviti berdasarkan keutamaan
dan keperluan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 54
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah SPR akan mengkaji cadangan meminda Akta Pilihan
Raya 1958 bagi memperluaskan kategori pengundi pos untuk
membenarkan pemilih mengundi dalam pilihan raya pada waktu
COVID-19; dan
(b) pendekatan dan persiapan baharu untuk menghadapi pilihan
raya ketika waktu pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 54
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 119
Perlembagaan Persekutuan menetapkan salah satu kelayakan untuk
didaftarkan sebagai pemilih ialah bermastautin dalam mana-mana
Bahagian Pilihan Raya. Bagi maksud tersebut, Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia (SPR) menentukan Bahagian Pilihan Raya seseorang
pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih seperti di
kad pengenalan dan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.
Buat masa ini, SPR tidak bercadang memperluaskan kategori
pengundi pos untuk membenarkan pemilih mengundi dalam pilihan
raya pada waktu COVID-19. Kemudahan mengundi secara pos
hanya diberikan kepada pengundi dalam kategori seperti berikut:
i. Ahli SPR dan kakitangan SPR;
ii. Petugas pilihan raya;
iii. Tentera, Polis, Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas
pada Hari Mengundi Awal;
iv. Pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya
di luar kawasan pada Hari Mengundi;
v. Kakitangan bagi 9 Agensi (Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan
Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan
NO SOALAN: 54
Pendaftaran Negara-UTC, Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang bertugas
pada Hari Mengundi;
vi. Pengundi Malaysia yang berada di luar negara (kecuali Brunei,
Singapura, Kalimantan dan Selatan Thai); dan
vii. Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam
yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar
universiti/institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan
pasangan.
(b) SPR adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan Pilihan Raya
Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) apabila berlakunya
pembubaran atau kekosongan Parlimen/DUN walaupun dalam
tempoh pasca COVID-19. Dari segi persiapan, SPR dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) telah merangka dan menyediakan satu
Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas iaitu Garis Panduan
Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya sama ada
Pilihan PRU atau PRK. Ia disesuaikan selaras dengan arahan
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa di bawah Akta
342 yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan seperti yang telah
dilaksanakan dalam pilihan raya sebelumnya iaitu PRK DUN N.23
Chini, PRK DUN N.58 Slim dan PRU DUN Sabah Ke-16.
Garis panduan tersebut mencakupi semua proses pelaksanaan
pilihan raya iaitu Taklimat Petugas Pilihan Raya, Hari Penamaan
Calon, Proses Cetakan dan Semakan Kertas Undi, Proses
Pengeluaran, Penerimaan dan Pengiraan Undi Pos, Hari Semakan
NO SOALAN: 54
Peti Undi, Tempoh Berkempen, Hari Undi Awal dan Undi Biasa serta
Penjumlahan Rasmi Undi.
Antara langkah pencegahan Covid-19 untuk pelaksanaan pilihan
raya adalah seperti berikut:
i. Pembersihan dan sanitasi di semua premis yang dikenal pasti
akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan pilihan raya di mana
ia perlu dilakukan disinfeksi sebelum, semasa dan selepas
selesai digunakan berdasarkan garis panduan KKM;
ii. Kawalan kehadiran di setiap premis yang digunakan bagi
tujuan pilihan raya adalah pada jumlah paling minima yang
mana tidak menjejaskan proses pilihan raya dan mematuhi
penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Selain itu,
maklumat kehadiran setiap individu seperti nama dan nombor
telefon perlu direkodkan samada menggunakan QR code di
aplikasi MySejahtera atau catatan buku secara manual;
iii. Saringan suhu badan untuk semua individu yang hadir di
premis-premis yang digunakan bagi tujuan pilihan raya di mana
individu yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk,
sakit tekak atau susah nafas tidak dibenarkan masuk ke premis
dan perlu meninggalkan premis dengan segera;
iv. Penjarakan fizikal di premis perlu dilaksanakan di mana susun
atur meja di setiap premis yang digunakan disusun dengan
jarak 2 meter manakala jarak antara individu adalah 1 meter;
NO SOALAN: 54
v. Penggunaan hand sanitizer oleh setiap individu yang hadir ke
premis sebelum, semasa berada dalam saluran dan selepas
selesai urusan bagi tujuan pelaksanaan pilihan raya;
vi. Penggunaan sarung tangan getah adalah diwajibkan bagi
semua petugas pilihan raya dan pegawai SPR yang bertugas
bagi setiap proses pilihan raya;
vii. Penggunaan face mask adalah wajib bagi semua individu yang
hadir di premis-premis yang digunakan bagi tujuan
pelaksanaan pilihan raya;
viii. Pengundi yang bergejala di mana pengundi yang mempunyai
suhu badan melebihi 37.5°C, batuk, sakit tekak atau susah
nafas hendaklah diasingkan serta-merta daripada pengundi
yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk
memangkah);
ix. Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan
perhimpunan bagi tujuan kempen oleh mana-mana individu
atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak
dibenarkan. Calon atau parti digalakkan untuk menggunakan
media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan
berkempen.
SPR juga sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis
Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya
yang baharu berdasarkan penilaian semasa dan nasihat KKM
selaras dengan arahan PKP ketika ini. Selain itu, SPR akan turut
NO SOALAN: 54
meneliti dan mempertimbangkan pandangan atau cadangan dari
pihak-pihak lain bagi menambahbaik pelaksanaan proses pilihan
raya di mana isu kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan
dalam mendepani wabak pandemik Covid-19 ini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 55
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memperkembangkan
penerangan SSM BizTrust yang mana difahamkan tahap kesedaran
peniaga e-Dagang dan usahawan dalam talian untuk mendaftarkan
perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust masih rendah.
NO SOALAN: 55
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian ini melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah
mengambil inisiatif untuk membangunkan dan memperkenalkan satu
(1) produk yang dikenali sebagai SSM BizTrust pada 20 Julai 2017,
bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan dalam talian
yang berhemah (trusted business environment). Pengenalan produk
SSM BizTrust ini secara tidak langsung boleh mengurangkan
berlakunya kes-kes penipuan perniagaan dalam talian, selain
membantu merapatkan jurang kepercayaan di antara peniaga dan
pembeli dalam talian. Pada masa ini penggunaan produk SSM
BizTrust tidak diwajibkan ke atas peniaga-peniaga dalam talian
yang berdaftar dengan SSM di bawah undang-undang sedia ada.
2. Untuk makluman, sejak produk SSM BizTrust ini diperkenalkan oleh
SSM pada tahun 2017, ianya telah ditawarkan untuk pendaftaran
secara percuma kepada semua jenis perniagaan dalam talian yang
berdaftar dengan SSM. Pada 20 November 2020, SSM melalui
Kementerian ini telah mengumumkan lanjutan tempoh pendaftaran
SSM BizTrust secara percuma sehingga 31 Disember 2021 selaras
dalam usaha pihak Kementerian membantu mengurangkan beban
komuniti perniagaan dalam talian, dan menggalakkan pertumbuhan
sektor e-Dagang dalam waktu yang mencabar ini. Sehingga 30
November 2020, rekod SSM menunjukkan sebanyak 4,299 entiti
NO SOALAN: 55
perniagaan dalam talian telah berdaftar dengan SSM BizTrust
dengan sejumlah 747 entiti perniagaan didaftarkan sepanjang tahun
2020.
3. Sepanjang tempoh tawaran percuma produk SSM BizTrust ini
kepada komuniti perniagaan, inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan
(dan masih diteruskan) bagi mempromosikan produk tersebut ialah
seperti berikut:
(a) Menjalankan aktiviti kesedaran (awareness programmes)
termasuk sesi penerangan, aktiviti pameran / promosi
berkaitan SSM BizTrust di seluruh negara;
(b) Aktiviti hebahan / promosi secara dalam talian melalui portal
rasmi dan platform media sosial seperti portal SSM BizTrust,
laman web rasmi Kementerian dan SSM, hebahan umum di
platform-platform media sosial Kementerian dan SSM seperti
di laman Facebook dan Instagram;
(c) Aktiviti hebahan / promosi di media massa dan media
elektronik seperti surat khabar, televisyen semasa sesi Nasi
Lemak Kopi O dan radio Hot FM;
(d) Mengadakan sesi One-to-One Coaching berbentuk Klinik
SSM BizTrust yang bertujuan untuk memberi pemahaman
berkaitan kriteria bagi setiap permohonan pendaftaran SSM
BizTrust kepada komuniti perniagaan atas talian; dan
NO SOALAN: 55
(e) Kolaborasi strategik bersama pihak-pihak berkepentingan
seperti Lazada Malaysia, Presto Mall, SiteGiant Sdn. Bhd. dan
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC).
4. Dalam hal ini untuk tahun 2021, dimaklumkan selain daripada
merancakkan inisiatif-inisiatif sedia ada, SSM kini dalam
perancangan untuk merencanakan semula penawaran produk SSM
BizTrust kepada komuniti perniagaan. Objektif utama inisiatif ini
adalah untuk memperkasakan pematuhan entiti-entiti perniagaan
yang berdaftar ke atas peruntukan Akta-Akta yang ditadbir oleh SSM.
5. Inisiatif baharu ini apabila ianya dilaksanakan kelak akan
membolehkan perniagaan-perniagaan baharu yang didaftarkan di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (iaitu perniagaan milikan
tunggal dan perniagaan perkongsian) memperolehi seal atau logo
SSM BizTrust secara terus. Seal atau logo SSM BizTrust ini akan
dipamerkan di atas sijil pendaftaran perniagaan dan laman web
perniagaan peniaga-peniaga yang berdaftar dengan SSM. Inisiatif ini
dijangka dapat memberi keyakinan kepada komuniti pengguna
apabila berurusan dengan entiti perniagaan bahawa mereka
melakukan urusan perniagaan dengan entiti yang berdaftar di bawah
undang-undang sedia ada.
6. Kementerian ini melalui SSM sentiasa komited dalam memastikan
persekitaran perniagaan e-dagang yang selamat dan berhemah.
Pelaksanaan SSM BizTrust ini akan diteruskan dan pihak
Kementerian melalui SSM akan terus meningkatkan tahap
kesedaran dalam kalangan komuniti perniagaan agar mengambil
NO SOALAN: 55
peluang untuk mendapatkan produk SSM BizTrust yang kini
ditawarkan secara percuma oleh SSM.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 55
MAKLUMAT TAMBAHAN PERTANYAAN LISAN NO. 18 PADA 21
DISEMBER 2020
1. SSM BizTrust merupakan satu (1) piawaian berbentuk logo (seal)
yang ditawarkan kepada sesebuah entiti perniagaan yang dikawal
selia oleh SSM dengan syarat entiti tersebut telah mematuhi prinsip
dan kriteria yang telah ditetapkan, di mana fokus utama
pembangunan produk ini adalah untuk memastikan setiap entiti
perniagaan, terutamanya entiti perniagaan dalam talian berdaftar
dengan SSM, di samping dapat mewujudkan satu (1) komuniti
perniagaan yang selamat dan patuh terhadap etika amalan
perniagaan dalam talian dengan adanya pengesahan dan
pengiktirafan melalui BizTrust Seal ini.
2. SSM BizTrust ditawarkan berdasarkan kepada ketetapan prinsip dan
kriteria berikut:
Jadual 1: Kriteria pendaftaran BizTrust
Tahap Kriteria Platform
1 Prinsip Pendaftaran1 Laman web / Media
sosial / Blog
2 Tahap 1 + Prinsip Privasi2 atau
Prinsip Keselamatan3
Laman web
3 Tahap 1 + Prinsip Privasi dan
Prinsip Keselamatan
Laman web
Nota:
NO SOALAN: 55
1 Entiti berdaftar dan mempunyai kredibiliti yang baik dengan SSM
serta mematuhi amalan perniagaan selari dengan Prinsip
Pendaftaran SSM BizTrust
2 Entiti memberi jaminan serta komitmen bahawa sistem / portal
mampu melindungi privasi para pelanggan selari dengan Prinsip
Privasi SSM BizTrust
3 Entiti memberi jaminan serta komited untuk melindungi
keselamatan sistem / portal selari dengan ketetapan Prinsip
Keselamatan SSM BizTrust
3. Terdapat tiga (3) syarat utama yang melayakkan entiti perniagaan
berdaftar dengan SSM BizTrust iaitu:
(a) Berdaftar dengan SSM (i.e. Akta Syarikat 2016, Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012);
(b) Mempunyai platform dalam talian (i.e. laman web / media
sosial / blog); dan
(c) Mematuhi etika perniagaan dalam talian di bawah Peraturan-
peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan
Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang
ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
4. Jumlah pendaftaran SSM BizTrust bagi setiap tahap sehingga 30
November 2020:
Jadual 2: Jumlah pendaftaran BizTrust setiap tahap
Tahap Jumlah Pendaftaran
NO SOALAN: 55
Tahap 1 4,017
Tahap 2 51
Tahap 3 231
Jumlah Keseluruhan 4,299
5. Jumlah pendaftaran SSM BizTrust bagi setiap tahap sehingga 30
November 2020 mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3:
Jadual 3: Jumlah pendaftaran BizTrust setiap tahap mengikut
negeri
Negeri Pendaftaran
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Perak 168 2 9
Selangor 1,555 25 130
Pahang 130 1 9
Kelantan 95 - 5
Johor 518 3 22
Kedah 270 3 6
Labuan 4 2 -
Melaka 205 - -
Negeri Sembilan 263 1 14
Pulau Pinang 129 - 2
Perlis 15 - 2
Terengganu 73 - 3
Putrajaya 47 - 1
Kuala Lumpur 825 19 67
Sarawak 15 3 4
NO SOALAN: 55
Negeri Pendaftaran
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Sabah 58 2 10
Jumlah Keseluruhan 4,370 61 284
6. Jadual 4 ialah jumlah pendaftaran SSM BizTrust bagi setiap tahap
(SSM BizTrust masih aktif) sehingga 30 November 2020:
Jadual 4: Jumlah pendaftaran BizTrust setiap tahap (SSM
BizTrust masih aktif)
Tahap Jumlah Pendaftaran
Tahap 1 740
Tahap 2 9
Tahap 3 59
Jumlah Keseluruhan 808
7. Jumlah pendaftaran SSM BizTrust bagi setiap tahap (SSM BizTrust
masih aktif) sehingga 30 November 2020 mengikut negeri:
Jadual 5: Pendaftaran BizTrust setiap tahap (SSM BizTrust
masih aktif) mengikut negeri
Negeri Pendaftaran
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Perak 15 - -
Selangor 308 4 29
Pahang 21 1 2
NO SOALAN: 55
Negeri Pendaftaran
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Kelantan 9 - 1
Johor 138 - 5
Kedah 30 - 2
Labuan 1 - -
Melaka 10 - -
Negeri Sembilan 30 - 2
Pulau Pinang 19 - -
Perlis - - -
Terengganu 10 - -
Putrajaya 11 - -
Kuala Lumpur 125 4 14
Sarawak 3 - 1
Sabah 10 - 3
Jumlah Keseluruhan 740 9 59
8. Jumlah pendaftaran perniagaan online yang merangkumi
perniagaan, syarikat, perkongsian liabiliti terhad (PLT) dalam rekod
SSM sehingga 30 November 2020:
Jadual 6: Jumlah pendaftaran perniagaan online dalam rekod
SSM
Entiti Pendaftaran
Perniagaan 372,811
Syarikat 5,353
NO SOALAN: 55
PLT 1,800
Jumlah Keseluruhan 379,964
9. Jumlah perniagaan online masih aktif (perniagaan, syarikat, PLT)
dalam rekod SSM sehingga 30 November 2020:
Jadual 7: Jumlah pendaftaran perniagaan online (masih aktif)
dalam rekod SSM
Entiti Aktif
Perniagaan 222,285
Syarikat 4,459
PLT 1,723
Jumlah Keseluruhan 228,467
10. Jumlah perniagaan online (perniagaan, syarikat, PLT) dalam rekod
SSM sehingga 30 November 2020 mengikut negeri:
Jadual 8: Pendaftaran perniagaan online dalam rekod SSM
mengikut negeri
Negeri Pendaftaran
Perniagaan Syarikat PLT
Perak 27,093 92 45
Selangor 104,980 1,887 861
Pahang 20,279 32 18
Kelantan 25,049 27 10
Johor 49,452 428 117
Kedah 27,151 71 16
NO SOALAN: 55
Negeri Pendaftaran
Perniagaan Syarikat PLT
Labuan 2,485 1 0
Melaka 10,898 93 23
Negeri Sembilan 17,559 54 27
Pulau Pinang 24,403 371 108
Perlis 4,945 1 3
Terengganu 16,990 10 8
Putrajaya 2,023 3 3
Kuala Lumpur 39,496 2,154 460
Sarawak - 83 77
Sabah - 44 24
Jumlah Keseluruhan 372,803 5,351 1,800
11. Jumlah perniagaan online masih aktif (perniagaan, syarikat, PLT)
dalam rekod SSM sehingga 30 November 2020 mengikut negeri:
Jadual 9: Pendaftaran perniagaan online masih aktif mengikut
negeri
Negeri Aktif
Perniagaan Syarikat PLT
Perak 17,376 80 45
Selangor 61,482 1,588 827
Pahang 13,463 28 17
Kelantan 15,423 23 10
Johor 29,246 365 111
Kedah 17,410 59 16
NO SOALAN: 55
Negeri Aktif
Perniagaan Syarikat PLT
Labuan 1,174 1 -
Melaka 6,272 72 21
Negeri Sembilan 9,775 45 25
Pulau Pinang 15,168 305 102
Perlis 3,292 1 3
Terengganu 8,561 9 7
Putrajaya 1,179 3 3
Kuala Lumpur 22,461 1,766 436
Sarawak - 75 76
Sabah - 37 24
Jumlah Keseluruhan 222,282 4,457 1,723
12. Statistik aktiviti perniagaan online yang telah mendaftar SSM
BizTrust diklasifikasikan mengikut Piawaian Klasifikasi Industri
Malaysia / Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) iaitu:
(a) Kod 47912 - Jualan runcit sebarang jenis produk melalui
internet; dan
(b) Kod 47914 - Jualan runcit lelongan melalui Internet.
13. Statistik aktiviti perniagaan online yang telah mendaftar SSM
BizTrust sehingga 30 November 2020 mengikut negeri:
Jadual 10: Aktiviti perniagaan online dalam rekod SSM
mengikut negeri
NO SOALAN: 55
Negeri Kod MSIC
47912 47914
Perak 35 1
Selangor 228 7
Pahang 90 2
Kelantan - -
Johor 102 3
Kedah 53 1
Labuan - -
Melaka 104 3
Negeri Sembilan 85 3
Pulau Pinang 31 6
Perlis 5 -
Terengganu 54 2
Putrajaya - -
Kuala Lumpur 94 5
Sarawak - -
Sabah - -
Jumlah Keseluruhan 881 33
14. Statistik aktiviti perniagaan online yang telah mendaftar (SSM
BizTrust masih aktif) sehingga 30 November 2020 mengikut negeri:
NO SOALAN: 55
Jadual 11: Aktiviti perniagaan online (SSM BizTrust masih
aktif) mengikut negeri
Negeri Kod MSIC
47912 47914
Perak 1 -
Selangor 18 -
Pahang - -
Kelantan 2 -
Johor 9 1
Kedah 3 -
Labuan - -
Melaka 2 -
Negeri Sembilan 1 -
Pulau Pinang 1 -
Perlis - -
Terengganu - -
Putrajaya 1 -
Kuala Lumpur 7 -
Sarawak - -
Sabah - -
Jumlah Keseluruhan 45 1
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA,
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
berapakah kapasiti maksima pesakit aktif COVID-19 yang mampu ditangani
oleh pihak hospital di seluruh Malaysia, dan apakah persediaan yang
dilakukan jika keadaan pandemik ini semakin teruk pada masa akan datang.
NO SOALAN: 56
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Selain dari pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) sebelum ini turut mempunyai pengalaman dalam menangani
kejadian wabak-wabak penyakit yang kritikal sebagaimana berikut:
i. Nipah virus encephalitis pada tahun 1999;
ii. Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) pada tahun
2003;
iii. Beberapa episod wabak selesema burung (avian influenza)
A(H5N1) sejak tahun 2004;
iv. Pandemik influenza A(H1N1) pada tahun 2009; dan
v. Kes positif Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV) di Malaysia pada April 2014 dan Januari 2018.
2. Kejadian wabak penyakit tersebut berjaya ditangani dengan baik oleh
KKM, dengan penglibatan secara bersepadu pelbagai Kementerian /
Agensi termasuk pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) –
sebagaimana yang kini sedang dilaksanakan dalam menangani
pandemik COVID-19.
3. Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah membangunkan International Health Regulations (IHR) 2005
NO SOALAN: 56
sebagai suatu instrumen perundangan yang memerlukan negara-
negara anggota yang telah menandatanganinya untuk memastikan
mereka memiliki kapasiti minima bagi mengesan, menilai, melapor dan
mengambil tindakan terhadap sebarang kejadian kecemasan kesihatan
awam yang berlaku di peringkat masing-masing.
4. Bagi menilai tahap pencapaian negara-negara anggota dalam
memenuhi kapasiti minima sepertimana yang ditetapkan, WHO pada
tahun 2016 telah mula menjalankan penilaian bersama yang
dikendalikan oleh sekumpulan pakar-pakar luar yang dikenalpasti oleh
mereka. Mereka ini akan datang ke negara terlibat untuk suatu tempoh
masa yang ditetapkan bagi melaksanakan aktiviti yang dikenali sebagai
Joint External Evaluation (JEE) of IHR 2005. Pelaksanaan JEE ini
adalah berdasarkan kepada 19 bidang / skop teknikal yang
mengandungi 49 indikator, secara keseluruhannya. Setiap indikator ini
membawa markah 1 hingga 5; dimana 1 markah bermaksud ‘Ketiadaan
Kapasiti’, 2 markah bermaksud ‘Kapasiti Terhad’, 3 markah bermaksud
‘Kapasiti Telah Dibangunkan’, 4 markah bermaksud ‘Kapasiti Jelas
Terlihat’ dan 5 markah bermaksud ‘Kapasiti Yang Lestari’.
5. Malaysia seterusnya telah menjalani JEE pada 21 hingga 25 Oktober
2019. Melaluinya, antara dapatan positif yang telah dikenalpasti oleh
pasukan pakar yang terlibat adalah:
i. Malaysia telah melaksanakan pengukuhan terhadap sistem
sekuriti kesihatannya secara berperingkat dengan menerapkan
kepentingan visi jangkamasa panjang; melalui pembangunan
NO SOALAN: 56
dan pelaksanaan yang digariskan oleh Malaysia Strategy for
Emerging Diseases and Public Health Emergencies (MySED)
Workplan I and II;
ii. Malaysia memiliki mekanisma yang jelas bagi melaksanakan
arahan, kawalan dan penyelarasan melibatkan pelbagai sektor
bagi aktiviti kesiapsiagaan dan respon – selaras dengan tatacara
yang digariskan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Bilangan 20, yang turut dimudah cara oleh Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Susulan itu, KKM
melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Kebangsaan menyediakan suatu pusat yang bertindak
merancang aktiviti kesiapsiagaan, mensintesis maklumat dan
menyelaras respon di peringkat sektor kesihatan;
iii. Pendekatan kolaborasi pelbagai sektor bagi menangani sekuriti
kesihatan adalah dengan melibatkan sektor-sektor yang
berkaitan dalam melaksanakan MySED Workplan dengan KKM
yang bertindak sebagai agensi peneraju;
iv. Kewujudan sistem survelan kebangsaan yang berkeupayaan
untuk melaksanakan sintesis terhadap data yang merentasi
sistem pelaporan dan membolehkan kemasukan data secara
‘real-time’ di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan – di
mana ianya dipantau secara rapi dan membolehkan penilaian
risiko yang sewajarnya untuk dilaksanakan. Seterusnya, ini akan
membantu proses membuat keputusan dan komunikasi risiko
NO SOALAN: 56
melibatkan pihak pengurusan atasan; dan
v. Penambahbaikan berterusan dilaksanakan hasil dapatan yang
diperolehi melalui latihan simulasi yang dilaksanakan secara
berkala, melalui ‘after action reviews’ (AAR) mahupun melalui
lain-lain proses penilaian yang dijalankan.
6. Khusus bagi menangani situasi pandemik COVID-19 yang sedang
melanda, Kerajaan melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Bil. 31/2020 bertarikh 17 Oktober 2020 telah bersetuju agar YB
Menteri Kanan Pertahanan mempengerusikan Jawatankuasa Strategik
Pengurusan Pandemik. Ianya selaras dengan hasrat YAB Perdana
Menteri agar perancangan bersifat strategik dirangka bagi menangani
situasi semasa COVID-19 dan sebarang penularan wabak serupa pada
masa hadapan.
7. Jawatankuasa ini bersifat menyeluruh merentas sektor melibatkan
tindakan bersepadu pelbagai agensi serta terintegrasi dari segenap
aspek pentadbiran kerajaan, swasta, komuniti dan individu. Tugasan
utama platform ini adalah menyediakan rangka tindakan bersifat
tindakan semasa (3 bulan), pelaksanaan jangka sederhana (1 tahun)
serta perancangan jangka panjang (5 tahun). Jawatankuasa ini akan
menyediakan Strategi Pengurusan Pandemik Kebangsaan (National
Strategy on Pandemic Management) untuk dijadikan asas kepada
Strategi Buku Biru: Pengurusan Pandemik Kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua,
NO SOALAN: 56
8. Dari segi kapasiti, KKM sentiasa memastikan kelengkapan logistik,
tenaga kerja, set kelengkapan pelindung diri, alat bantuan pernafasan
dan katil untuk pesakit di hospital adalah sentiasa mencukupi. Bilangan
hospital Kerajaan yang memberi rawatan COVID-19 telah ditingkatkan
dari 26 buah kepada 47 buah hospital (45 hospital KKM, 2 hospital
universiti) menjadikan jumlah katil khas untuk pesakit COVID-19 di
hospital sebanyak 5,630 buah. Di samping itu Pusat-pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) juga telah dikenal pasti di setiap
negeri bagi menambahkan bilangan katil. Sehingga 2 Disember 2020
(update accordingly), Secara keseluruhan sebanyak 83 pusat telah
diaktifkan di semua negeri dengan jumlah katil sebanyak 15,284 buah,
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20,914 buah katil. Kapasiti
merawat juga boleh dipertingkatkan dengan menambah bilangan PKRC
dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
9. Bagi menangani kes COVID-19 di negeri Sabah, KKM dengan
Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyediakan
Hospital Medan di Tawau. Hospital tersebut telah memulakan operasi
pada 20 Oktober 2020 dan terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan
Tawau, 5.8km dari Hospital Tawau. Hospital ini disediakan untuk
rawatan pesakit bukan COVID-19 yang merangkumi perkhidmatan
perubatan am, pembedahan am, obstetrik dan ginekologi, ortopedik dan
perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau. Dengan inisiatif ini,
Hospital Tawau boleh memberi tumpuan kepada rawatan pesakit
COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5). Sebagai
permulaan, hospital ini mempunyai kapasiti 100 katil dan dilengkapi
NO SOALAN: 56
dengan unit rawatan rapi dan dewan pembedahan.
10. KKM akan terus memantau jumlah kes semasa COVID-19 dan
seterusnya melaksanakan langkah-langkah bersifat tuntas dalam
mengekang penularan jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 57
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah pegawai perubatan yang ditempatkan di dalam setiap
kompleks penjara dalam negara; dan
(b) sejauh manakah pihak Kementerian mempunyai perancangan
menambah pegawai perubatan di setiap penjara, khususnya ketika COVID-
19 masih belum reda.
NO SOALAN: 57
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) berdasarkan kepada statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 01
Disember 2020, jumlah pegawai perubatan yang ditempatkan di seluruh
penjara Malaysia adalah seramai 209 orang.
(b) Secara umumnya pelbagai perjawatan anggota kesihatan telah
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penempatan di
Jabatan Penjara Malaysia. Perjawatan ini merangkumi Pegawai
Perubatan (60 perjawatan), Pegawai Pergigian (11 perjawatan),
Penolong Pegawai Perubatan (116 perjawatan) dan Penolong Pegawai
Farmasi (42 perjawatan).
Jabatan Penjara Malaysia merancang untuk menambah bilangan
anggota kesihatan pada masa akan datang terutamanya yang melibatkan
perjawatan pegawai perubatan dan anggota paramedik. Pertambahan
bilangan pegawai perubatan di institusi penjara akan mengambil kira
kapasiti semasa banduan dan juga nisbah doktor kepada pesakit di
Malaysia iaitu 1:500. Hal ini akan dikaji dengan lebih lanjut dengan
agensi-agensi Kerajaan berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 58
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
YB Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah status terkini, tempoh masa dan posisi Kerajaan
dalam usaha pemansuhan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi
semua kesalahan.
NO SOALAN: 58
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju
supaya satu Jawatankuasa dibentuk untuk mengkaji hukuman gantian
terhadap hukuman mati mandatori. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas
Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori telah
menyiapkan laporan akhir yang mengandungi syor-syor hukuman gantian
terhadap sebelas kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori
iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, dua kesalahan di
bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan satu kesalahan di
bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] di samping dua puluh satu
kesalahan di bawah tujuh Akta yang membawa hukuman mati tetapi
dengan budi bicara Mahkamah.
Dalam hal ini, cadangan untuk memansuhkan hukuman mati
mandatori sebagaimana syor hukuman gantian terhadap hukuman mati
mandatori oleh Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap
Hukuman Mati Mandatori dan penambahbaikan sistem keadilan Malaysia
memerlukan penelitian mendalam oleh Kerajaan sebelum pertimbangan
dasar mengenai perkara ini ditetapkan.
Kerajaan akan turut mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti
implikasi kewangan dan penerimaan rakyat terhadap syor laporan ini
sebelum ia dilaksanakan supaya kepentingan dan kemaslahatan rakyat
NO SOALAN: 58
secara keseluruhannya diambil kira. Ini termasuklah aspek berkaitan
pencegahan jenayah, kesan yang dialami oleh keluarga mangsa serta
kesedaran kepada orang awam.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 59
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN NGA HOCK CHEH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Nga Hock Cheh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama
ada tempat "Laluan Hijau" (lorong bebas duti) akan diwujudkan di pintu
masuk Pusat Pemeriksaan Kastam di Pulau Pangkor, Perak untuk
menyelakkan kesesakan di Pusat Pemeriksaan tersebut.
NO SOALAN: 59
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini tiada Laluan
Hijau yang diwujudkan di Terminal Jeti Penumpang, Pulau Pangkor.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis
Perbandaran Manjung akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf
fasiliti termasuk tempat mesin pengimbas dan juga Laluan Hijau
bagi individu yang tidak membawa bagasi di terminal berkenaan.
Kerja-kerja menaiktaraf fasiliti ini dijangka akan mula dilaksanakan
pada awal Januari 2021. Sehubungan itu, Laluan Hijau akan
digunakan selepas fasiliti yang terlibat disiapkan kelak.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 60
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL
SINGH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah perancangan yang diambil untuk menambah jumlah
doktor dan kakitangan hospital khususnya di Negeri Selangor di mana
angka pesakit ketika ini adalah terlalu ramai dan mengambil masa
menunggu yang sangat lama.
NO SOALAN: 60
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020, jumlah kedatangan
pesakit ke hospital/ institusi di negeri Selangor adalah seramai 2.5
juta orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2.18 juta adalah
pesakit luar, manakala hanya sekitar 314 ribu orang adalah pesakit
yang perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
2. Sehingga 30 September 2020, terdapat seramai 18,901 jumlah
pegawai dan anggota yang berkhidmat di 12 buah hospital KKM di
Selangor. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 911 Pakar
Perubatan dan 5,624 Pegawai Perubatan. Jumlah ini merupakan
jumlah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang
lain iaitu 19.83% daripada keseluruhan Pegawai Perubatan termasuk
Pakar Perubatan di seluruh negara.
3. KKM mengambil pendekatan right-sizing (dengan izin) melalui
urusan pemetaan perjawatan dari semasa ke semasa berdasarkan
kepada keperluan perkhidmatan. Sebarang pertambahan perjawatan
akan dicadangkan selaras dengan keperluan perjawatan mengikut
fasiliti yang mana pertambahan jawatan tersebut adalah tertakluk
kepada kelulusan perjawatan oleh Agensi Pusat.
4. KKM juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan
bilangan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan sentiasa
NO SOALAN: 60
mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik
kepada rakyat. Oleh itu, KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif
seperti:
(i) melaksanakan konsep hospital kluster melalui perkongsian
kemudahan antara hospital bagi Pakar Perubatan dan Pegawai
Perubatan menyampaikan rawatan kesihatan dalam lingkungan
hospital-hospital yang diklusterkan; dan
(ii) melaksanakan visiting specialist (dengan izin) bagi Pakar
Perubatan menyampaikan rawatan kepada penduduk sekitar di
luar bandar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 61
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK
INSOL
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan berapa syarikat yang diberi lessen untuk memproses
minuman keras di Sarawak dan apakah langkah yang telah diambil
Kerajaan untuk mencegah pemprosesan alkohol tiruan.
NO SOALAN: 61
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Peranan Kementerian berhubung minuman beralkohol adalah melibatkan
penjualan minuman alkohol tiruan iaitu apabila ia berkait dengan
pelanggaran cap dagangan berdaftar (barang tiruan). Tindakan boleh
diambil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau Akta Perihal Dagangan
2011 berkaitan larangan perihal dagangan palsu. Dalam tindakan ini,
kerjasama Kementerian dengan wakil pemilik cap dagangan sentiasa
diperkukuh di peringkat serbuan dan siasatan dalam usaha membanteras
penjualan minuman alkohol tiruan yang menggunakan cap dagangan
secara salah.
Tindakan dan pendekatan penguatkuasaan berkaitan barangan tiruan
termasuklah minuman beralkohol adalah seperti berikut:
a) Tindakan secara reaktif merujuk kepada tindakan diambil
berdasarkan aduan yang diterima.
b) Tindakan proaktif merujuk kepada tindakan dibuat secara
konsisten dan berterusan tanpa menunggu aduan disalurkan.
Tindakan proaktif ini hanya boleh diambil ke atas jenama-
jenama yang berdaftar di bawah program Basket of Brands
(BOB). Sejak BOB diperkenalkan pada 2011, pemeriksaan
barang tiruan tidak lagi dibuat berasaskan kepada semua
NO SOALAN: 61
jenama secara rambang, tetapi berasaskan kepada jenama
yang tersenarai di dalam BOB.
c) Tindakan preventif iaitu tindakan yang dibuat bagi membentuk
self-regulatory di kalangan peniaga. Antaranya tindakan yang
diambil oleh Kementerian adalah dengan mengeluarkan notis
bagi tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana
individu/peniaga (landlord liability) yang menjalankan
perniagaan barang tiruan atau cetak rompak seluruh Negara
bagi memastikan para peniaga menjalankan perniagaan
mengikut peruntukan undang-undang dan beretika.
Penguatkuasaan secara preventif ini mula berkuatkuasa pada
Ogos 2020 dengan jumlah serahan notis sehingga 30
November 2020 iaitu sebanyak 1,638 notis.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 61
MAKLUMAT TAMBAHAN
KPDNHEP telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Harta Intelek
(PPKHI) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan dan merangka
tindakan bersepadu di antara agensi-agensi kerajaan berkaitan dan juga
sektor industri dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran dan
penjualan barang-barang tiruan di pasaran termasuklah minuman
beralkohol tiruan yang boleh membahayakan kesihatan dan sosial.
Mesyuarat PPKHI diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun dan
pada tahun ini mesyuarat telah diadakan pada 25 Ogos 2020.
1. Statistik Kes Berkaitan Minuman Beralkohol (2016 sehingga 31
Oktober 2020).
PERKARA TAHUN
JUMLAH 2016 2017 2018 2019 2020
Tindakan
Kes 56 54 12 12 8 142
Nilai
Rampasan
(RM)
2,383,632 1,473,131 28,051 868,640 26,865 4,780,319.00
NO SOALAN: 61
2. Saluran Aduan
a) Portal e-aduan.kpdnhep;
b) Talian Hotline 1-800-886-800;
c) Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my;
d) Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDNHEP;
e) Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command
Centre) 03 – 8882 6088 / 6245
f) Lapor atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat / cawangan
KPDNHEP yang berhampiran;
g) Whatsapp 019-2794317;
h) Surat Rasmi ke Pejabat KPDNHEP berdekatan; dan
i) Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri.
NO SOALAN: 62
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAN A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan terkini status tanah
dan pelan pembangunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sama ada ia
telah diselesaikan dengan penduduk.
NO SOALAN: 62
JAWAPAN
Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator,
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Perbadanan
Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menyediakan Pelan Induk
Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) sebagai halatuju baru
perancangan dan pembangunan Kampong Bharu untuk tempoh 20 tahun
akan datang. Ini adalah kerana pelaksanaan pembangunan semula
Kampong Bharu secara komprehensif berdasarkan Pelan Konsep
Kampong Bharu 2019 (PKKB 2019) dan tawaran pembelian tanah didapati
amat sukar diteruskan kerana tidak mendapat persetujuan 100% pemilik
tanah (hanya 61% persetujuan) dan juga melibatkan anggaran kos
pembelian tanah yang tinggi sebanyak RM7.4 bilion dan kos-kos lain
sehingga mencecah hampir RM10 bilion.
Halatuju baru pembangunan Kampong Bharu ini adalah lebih realistik dan
boleh laksana melalui pendekatan pembangunan yang lebih fokus,
mengikut kawasan keutamaan dan mengambilkira kompleksiti sesuatu
kawasan. Konsep pembangunan ini adalah pembangunan organik dimana
pembangunan dilaksanakan berasaskan grid yang dibentuk oleh jalan-jalan
raya utama sediada dan kawasan pembangunan dibahagikan kepada blok-
blok pembangunan di dalam grid. Konsep pembangunan organik ini
bertujuan memastikan pembangunan dilaksanakan secara mampan dan
NO SOALAN: 62
inklusif melibatkan penyertaan oleh pemilik tanah serta semua pihak
berkepentingan melalui blok-blok pembangunan yang telah dikenalpasti.
Pembangunan secara berfasa ini memerlukan penglibatan secara
langsung oleh Kerajaan di dalam membantu memajukan tanah-tanah
terutamanya di dalam kawasan M.A.S. Walaubagaimanapun, pemilik tanah
masih bebas sekiranya ingin membangunkan tanah mereka secara
bersendirian atau secara usahasama (joint venture) dengan pemaju swasta
dan sebagainya. Adalah dicadangkan supaya mana-mana lot tanah dalam
kawasan M.A.S yang berpotensi tinggi dibangunkan oleh Syarikat
Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan mereka juga boleh turut membantu
membangunkan lot-lot tanah yang berpotensi tinggi di kawasan luar M.A.S.
Program penyelesaian isu pemilikan tanah bersama pemilik/ pewaris
merupakan inisiatif yang dirancang bagi membantu pemilik/ pewaris dalam
menyelesaikan isu harta tanah seperti pemilikan, pengurusan serta
pentadbiran tanah dan penyelesaian harta pusaka. Antara program yang
dilaksanakan adalah seperti Sesi Libat Urus, Khidmat Nasihat dan
Rundingan, Program Bersama Waris, Program Turun Padang (TUPA),
Skuad Jejak Waris serta Klinik Harta Pusaka yang mana sehingga kini
sebanyak 838 program telah dilaksanakan. Selain itu, sehingga 31 Mac
2020, sebanyak 891 kes harta pusaka telah dikenalpasti melibatkan 308 lot
tanah Kampong Bharu dan 156 kes harta pusaka telah dibantu
penyelesaiannya.
Di dalam melaksanakan PIPKB 2040, KWP melalui PKB dari semasa ke
semasa akan mengadakan rundingan bersama pemilik tanah bagi
NO SOALAN: 62
membantu menyelesaikan isu pemilikan tanah disamping membantu
melaksanakan pembangunan di atas lot-lot tanah mereka. KWP melalui
PKB juga akan membantu menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan
Semula Blok Pembangunan (JPSBP) di kalangan pemilik tanah yang
bertujuan untuk mempercepatkan proses persetujuan di kalangan pemilik
tanah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 63
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah syarat dan kelayakan yang membolehkan peneroka Felda layak
untuk mendapatkan pakej pemansuhan hutang di atas kadar bunga yang
dikenakan ke atas hutang pinjaman mereka seperti yang diumumkan di
dalam bajet 2021.
NO SOALAN: 63
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui inisiatif
Kertas Putih FELDA telah meluluskan bantuan geran berjumlah RM2
bilion bagi menghapuskan kadar faedah yang dikenakan kepada
peneroka secara berperingkat iaitu sebanyak RM300 juta setahun
bermula 2019 sehingga 2024 dan RM200 juta pada tahun 2025.
2. Bagi memastikan pelaksanaan pemberian penghapusan faedah
hutang peneroka berdasarkan dana Kerajaan yang disalurkan,
FELDA telah menetapkan beberapa kriteria sebagaimana yang telah
diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA Bil. 414
bertarikh 25 Ogos 2020. Kriteria penghapusan yang ditetapkan
adalah seperti berikut:-
i. Kesemua peneroka yang menanam semula kali pertama
melalui bersama FELDA atau Felda Technoplant Sdn Bhd
(FTPSB).
ii. Peneroka masih mempunyai baki Hutang Tanam Semula Kali
Pertama bersama FELDA atau FTPSB.
iii. Peneroka mencapai status Bayaran Kembali dan mempunyai
Penyata Pendapatan Peneroka (paysheet Pendapatan
Peneroka).
NO SOALAN: 63
iv. Bagi peneroka yang mencapai status Bayaran Kembali
selepas tahun 2025, FELDA akan memohon tambahan geran
dari Kerajaan atau menggunakan dana FELDA.
v. Keutamaan diberi kepada peneroka yang menghantar hasil
melalui FELDA.
vi. Penyata Hutang Tanam Semula Peneroka telah
dimuktamadkan atau dikunci kira-kira.
vii. Tidak menjalankan urusniaga tanah tanpa kebenaran FELDA.
viii. Tidak menyaman FELDA. Bagi peneroka yang menyaman
FELDA, perkara-perkara berikut diberi perhatian:
a. Peneroka yang menyaman FELDA dan telah menarik
diri layak dipertimbangkan dengan memenuhi semua
kriteria di atas. Senarai nama akan dikeluarkan oleh
Unit Undang-undang FELDA.
b. Peneroka yang menyaman FELDA dan berhasrat
menarik diri daripada kes rayuan, layak
dipertimbangkan dengan memenuhi semua kriteria di
atas dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
oleh Unit Undang-undang FELDA. Senarai nama
akan dikeluarkan oleh Unit Undang-undang FELDA.
c. Bagi peneroka dengan kes yang telah mendapat
keputusan Mahkamah Tinggi dan tiada rayuan dibuat
di Mahkamah Rayuan, maka tiada prosedur yang
NO SOALAN: 63
boleh dilakukan untuk menarik diri. Peneroka layak
dipertimbangkan dengan memenuhi semua kriteria di
atas.
d. Bagi peneroka yang menyaman dan telah meninggal
dunia, warisnya layak dipertimbangkan dengan
memenuhi semua kriteria di atas.
3. Sebagai galakan supaya semua peneroka menyertai pengurusan
ladang bersama FELDA, keutamaan adalah diberi kepada peneroka
yang menyerahkan urusan operasi ladang kepada FELDA.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 64
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani masalah
kritikal penurunan tahap kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru.
NO SOALAN: 64
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi keutamaan
terhadap kualiti dan kompetensi semua guru, termasuk tahap kefasihan
bahasa Inggeris yang tinggi dalam kalangan guru bahasa Inggeris di
sekolah KPM. KPM telah menetapkan bahawa syarat akademik calon
guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Instuitut
Pendidikan Guru (IPG) bagi pengkhususan Bahasa Inggeris perlu
mendapat pangkat cemerlang, iaitu A dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bermula tahun 2017, IPG menetapkan bahawa calon guru pengkhususan
Bahasa Inggeris juga perlu menduduki ujian amali Bahasa Inggeris yang
merangkumi empat (4) kemahiran iaitu Listening, Speaking, Reading,
Writing serta menjalani temu duga sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
Ini adalah bagi memastikan bahawa calon tersebut benar-benar
memenuhi syarat dan memiliki tahap kefasihan yang diperlukan bagi
menjadi guru Bahasa Inggeris.
Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 dan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris, The Roadmap
2015-2025, KPM terus komited dalam usaha untuk mempertingkatkan
tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Bahasa
Inggeris.
NO SOALAN: 64
Bagi merealisasikan usaha ini, kerangka piawaian antarabangsa
Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)
digunakan sebagai penanda aras bagi pendidikan Bahasa Inggeris di
semua peringkat pendidikan iaitu daripada peringkat prasekolah sehingga
peringkat pendidikan guru.
Dalam aspek pendidikan guru, pada tahun 2019 IPG telah membina
kerangka kurikulum latihan guru praperkhidmatan yang sejajar dengan
CEFR untuk guru sekolah rendah. Kemudian, diikuti oleh pembangunan
dokumen kurikulum latihan guru praperkhidmatan pada tahun 2020.
Pembangunan kerangka dan dokumen latihan tersebut adalah untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum latihan guru mulai tahun 2021 bagi
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPSIMP) dan
tahun 2022 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
adalah sejajar dengan CEFR.
Dua objektif utama kerangka kurikulum latihan guru praperkhidmatan
adalah untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris yang berpengetahuan
dan berkemahiran untuk mengajar kurikulum di sekolah yang telah
dijajarkan dengan CEFR dan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Inggeris guru pelatih Teaching English as a Second Language (TESL) ke
arah pencapaian tahap CEFR C1 iaitu, tahap proficient user.
Usaha KPM melalui IPG ini adalah bagi memastikan penghasilan guru
TESL yang kompeten dan seterusnya dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid di sekolah. Ini adalah untuk mencapai sasaran aspirasi
seperti yang termaktub dalam The Roadmap 2015-2025.
NO SOALAN: 64
Di samping itu, semua pelajar PISMP TESL digalakkan untuk menduduki
ujian MUET seawal semester 3 pengajian. Setiap pelajar yang tidak
mencapai Band 5 MUET (CEFR C1) akan diberi sokongan melalui
pendekatan kumpulan kecil oleh pensyarah di IPG.
Kerangka kurikulum latihan guru praperkhidmatan Bahasa Inggeris bagi
Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah dan Pendidikan Menengah
ini dibangunkan berdasarkan empat kemahiran utama (core
competences). Kemahiran berbahasa Inggeris adalah salah satu
kemahiran yang penting selain daripada pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran; pengetahuan tentang kandungan, subjek dan kurikulum; dan
praktikum.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha KPM dalam
mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris bukan hanya
tertumpu kepada guru praperkhidmatan malah diperluaskan kepada guru
dalam perkhidmatan. Tahap penguasaan CEFR guru Bahasa Inggeris
telah mula dikenal pasti sejak tahun 2012 dengan menggunakan ujian
profisiensi yang dijajarkan dengan CEFR seperti Cambridge Placement
Test (CPT), Aptis Advanced dan Malaysian University English Test
(MUET). Terkini, KPM telah menawarkan secara one-off ujian CEFR-
Readiness kepada semua guru bahasa Inggeris untuk mengenal pasti
tahap penguasaan CEFR mereka. Tahap penguasaan minimum yang
perlu dicapai oleh semua guru Bahasa Inggeris adalah CEFR C1, selaras
dengan hasrat PPPM 2013-2025 dan The Roadmap 2015-2025.
Untuk memastikan guru Bahasa Inggeris mencapai tahap CEFR C1, KPM
melalui English Language Teaching Centre (ELTC) telah melaksanakan
Program Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-
NO SOALAN: 64
ELT) yang bermula pada tahun 2013. Program khas ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru
Bahasa Inggeris kepada tahap minimum CEFR C1. Program Pro-ELT
merangkumi pelbagai latihan bersemuka, latihan dalam talian dan latihan
berbentuk komuniti pembelajaran guru (PLC) di mana guru BI diberi
bimbingan dan sokongan oleh jurulatih utama, guru cemerlang dan
pensyarah yang berada pada satu tahap penguasaan yang lebih tinggi
iaitu pada tahap CEFR C2. Sehingga tahun 2020, seramai 21,429 guru
Bahasa Inggeris telah menghadiri latihan Pro-ELT.
Program Pro-ELT, mulai tahun 2019, adalah berkonsepkan kepada
pembelajaran secara akses kendiri dan personalised learning dan
ditawarkan sepenuhnya secara dalam talian melalui pelantar IMPROVE
ELTC. Semua guru Bahasa Inggeris boleh mengakses latihan Pro-ELT
dan diberikan peluang untuk mengikuti sama ada kesemua atau mana-
mana kursus profisiensi yang mereka perlukan bagi meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan
kosa kata.
Sebagai langkah untuk memastikan guru Bahasa Inggeris yang masih
belum mengetahui tahap penguasaan mereka ataupun yang belum diuji,
KPM telah melanjutkan penawaran ujian CEFR Readiness dan sesi akhir
ujian tersebut akan berlangsung pada Januari dan Februari 2021. Dengan
mengetahui tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka, guru Bahasa
Inggeris yang belum mencapai tahap penguasaan minimum yang
diperlukan akan diberi sokongan yang terbeza supaya dapat mencapai
tahap penguasaan minimum CEFR C1.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 65
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB. HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato’ Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
usaha Kementerian ini menyediakan bajet dan menaik taraf Klinik Desa
Orang Asli yang telah diambil alih pada Januari 2012.
NO SOALAN: 65
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) pada tahun 2012 telah mengambilalih empat (4)
buah fasiliti kesihatan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) iaitu satu (1) Hospital dan tiga (3) Klinik Kesihatan seperti
berikut :
i. Hospital Orang Asli Gombak, Selangor;
ii. Klinik Kesihatan Betau, Pahang;
iii. Klinik Kesihatan RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan;
dan
iv. Klinik Kesihatan RPS Kemar, Gerik, Perak.
2. Antara inisiatif KKM untuk mempertingkatkan taraf penyampaian
perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli adalah
dengan menaik taraf tiga (3) buah Klinik Desa kepada Klinik
Kesihatan seperti berikut:
i. Klinik Desa Lojing ke Klinik Kesihatan Lojing, Kelantan
pada 2013;
ii. Klinik Desa Meranto ke Klinik Kesihatan Meranto, Kelantan
pada 2014;
iii. Klinik Desa Batu 17 ke Klinik Kesihatan Batu 17, Perak
pada 2018.
NO SOALAN: 65
3. Selain itu, sebuah Klinik Kesihatan baru yang terletak di dalam
perkampungan Orang Asli iaitu Klinik Kesihatan Pos Brooke, Gua
Musang, Kelantan telah siap dibina dan telah mula operasi pada 15
Mac 2020.
4. Sehingga kini terdapat sebanyak 1,764 buah Klinik Desa diseluruh
negara, di mana 91 buah Klinik Desa ini menyediakan perkhidmatan
kepada masyarakat orang asli di kawasan sekitarnya. Lokasi-lokasi
utama Klinik Desa ini adalah di negeri Pahang (66), Johor (10),
Negeri Sembilan (12), Terengganu (2) dan Kelantan (1).
5. Adalah menjadi keutamaan KKM sejak RMKe-11 untuk menaiktaraf
Klinik Desa kepada Klinik Kesihatan secara berfasa serta mengikut
keutamaan dan keperluan agar perkhidmatan rawatan kesihatan
terbaik dapat di beri kepada rakyat selaras dengan perubahan
semasa dan pembangunan negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 66
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan senarai bilangan graduan kedoktoran lulusan IPTA, IPTS
dalam negeri dan Universiti-universiti luar negara yang belum diserapkan
sebagai "Medical Officer" sehingga kini.
NO SOALAN: 66
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Majlis Perubatan Malaysia (MPM) adalah sebuah badan regulatori
yang mendaftar graduan – graduan perubatan yang bergraduasi dari
universiti-universiti yang diiktiraf oleh Majlis selaras dengan Seksyen
12(1)(a)(i) Akta Perubatan 1971.
2. Seseorang graduan perubatan akan diberi Pendaftaran Sementara
dengan Majlis Perubatan Malaysia bagi tujuan menjalani latihan
siswazah di hospital yang diiktiraf. Graduan perubatan perlu
mengemukakan kepada Pendaftar keterangan yang dia telah dipilih
untuk pekerjaan sebelum Sijil Pendaftaran Sementara dikeluarkan.
3. Sehingga November 2020, seramai 1,305 orang graduan perubatan
masih belum mendapat penempatan untuk menjalani latihan
siswazah. Dari jumlah itu, seramai 418 adalah graduan IPTA, 544
adalah graduan IPTS dan bakinya seramai 343 adalah graduan
daripada luar negara. Daripada jumlah 1,305 orang tersebut, seramai
192 graduan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam bagi diserapkan untuk penempatan di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia bagi menjalani program latihan siswazah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 67
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIAPDA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN INRAHIM
TARIKH : 21 DESMEBER 2020
Datuk Haji Ismail Bin Inrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan prestasi Bank Rakyat pada
2019 dan 2020 serta bagaimana keupayaan Bank Rakyat bagi memacu
pertumbuhan sektor koperasi dalam pakej rangsangan ekonomi seiring
dengan dasar pembangunan ekonomi bagi mengurangkan kesan COVID-
19 tahun 2021.
NO SOALAN: 67
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
A. PRESTASI BANK RAKYAT PADA 2019 DAN 2020
1. Bank Rakyat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat
bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sebanyak
RM1.79 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM1.15 bilion. Ini
secara langsung telah merekodkan pendapatan bersih yang lebih tinggi
berbanding tahun-tahun sebelum ini sebanyak 3.26%. Jumlah aset
pada 2019 meningkat 2.6% atau RM2.73 bilion kepada RM109.62
bilion berbanding tahun 2018. Peningkatan ini didorong oleh
pertumbuhan pembiayaan dan pendahuluan sebanyak 2.8% atau
RM1.96 bilion kepada RM70.97 bilion.
2. Pada pertengahan tahun 2020, Bank Rakyat telah mengisytiharkan
pembayaran dividen sebanyak 14% bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2019, berbanding 13% pada tahun sebelumnya. Jumlah
dividen sebanyak RM406 juta telah dibayar kepada 843,000 anggota
termasuk individu dan koperasi.
3. Bank Rakyat turut menyumbang sebanyak RM53 juta daripada
keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi membantu menaik taraf
ekosistem industri koperasi di Malaysia kepada tabung-tabung berikut:
NO SOALAN: 67
i. Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi sebanyak 2%
yang berjumlah RM35 juta; dan
ii. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi sebanyak
1% yang berjumlah RM18 juta.
4. Sehingga 30 September 2020, Bank Rakyat telah mencatatkan
keuntungan sebelum cukai dan zakat yang stabil, iaitu RM1.28 bilion
dengan jumlah aset sebanyak RM112.61 bilion, didorong oleh
peningkatan baki pembiayaan sebanyak 6.97% atau RM4.95 bilion
kepada RM75.92 bilion.
B. KEUPAYAAN BANK RAKYAT BAGI MEMACU PERTUMBUHAN
SEKTOR KOPERASI
5. Bank Rakyat telah menawarkan pelbagai inisiatif kepada pelanggan
yang terkesan dengan Covid-19 khususnya koperasi. Antara inisiatif
yang disediakan adalah:
i. Penawaran perlanjutan tempoh moratorium atau
penstrukturan/penjadualan semula pembiayaan sedia ada
secara bersasar sebagai lanjutan kepada pelaksanaan auto
moratorium selama 6 bulan yang berakhir 30 September 2020;
ii. Program pembiayaan BRCares bagi memulihkan ekonomi
kewangan khususnya bagi pengusaha-pengusaha kecil dan
sederhana termasuk koperasi. Sejumlah RM300 juta telah
NO SOALAN: 67
diperuntukkan kepada yang layak termasuklah RM40 juta kepada
usahawan Koperasi. Sehingga 30 November 2020, Bank Rakyat
telah meluluskan pembiayaan BRCares berjumlah RM272.07 juta
kepada 3,083 usahawan. Daripada jumlah keseluruhan tersebut,
sebanyak RM41.09 juta telah diluluskan kepada 172 koperasi;
iii. Program bimbingan dan khidmat nasihat kepada koperasi
melalui pelbagai pakej penyelesaian perbankan yang lengkap
seperti Program Khidmat Nasihat Pembiayaan secara percuma
dengan penganjuran program-program:
a) Sales Force Effectiveness (SFE),
b) Cooperative Advisory Desk (CAD);
c) Entrepreneuer Advisory Desk (EAD); dan
d) Seminar Pembangunan Usahawan & Koperasi.
iv. Program Sistem Kredit Islam secara percuma yang mendorong
lebih banyak koperasi kredit melaksanakan perniagaan patuh
syariah dengan menyediakan perkhidmatan perundingan
mengenai penukaran sistem kredit konvensional kepada prinsip
patuh Syariah;
v. Jalinan hubungan kerjasama strategik bersama agensi yang
bertanggungjawab ke atas gerakan koperasi iaitu, SKM, IKM dan
ANGKASA bagi membentuk ekosistem keusahawanan koperasi
yang dinamik.
NO SOALAN: 67
C. HALA TUJU
6. Bank Rakyat akan terus mengorak langkah dengan lebih progresif
dalam membantu pembangunan ekonomi Malaysia khususnya
gerakan koperasi selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan
Nasional 2030 (DKN2030). Kepelbagaian penawaran produk dan
program oleh Bank Rakyat diharap dapat membantu koperasi-
koperasi yang telah terjejas berikutan pandemik Covid-19. Bank
Rakyat komited menjadi pemangkin global melalui rangkaian
perkhidmatan kewangan berlandaskan nilai Islam, keharmonian
masyarakat dan kelestarian.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 68
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Zaiedi Suhaili minta PERDANA MENTERI menyatakan sasaran
sebenar yang telah diambil oleh Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi
(EAC) bagi merencana Model Ekonomi Baru yang bersesuaian dengan
Pakej Rangsangan Ekonomi bagi memulihkan Kesan Pandemik COVID-
19 dan sejauh mana jurang ketaksamaan ekonomi Malaysia Timur dan
Semenanjung ditangani dengan berkesan.
NO SOALAN: 68
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi
- Economic Action Council (EAC) pada 11 Mac 2020 sebagai badan
tertinggi kepada Kerajaan bagi menangani isu-isu dan cabaran
semasa ekonomi. EAC, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri, juga memantau impak penularan wabak COVID-19 ke atas
ekonomi serta merangka langkah-langkah yang bersesuaian untuk
memulihkan dan merancakkan semula ekonomi negara.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak penubuhan EAC,
sebanyak 29 mesyuarat telah diadakan dan 54 kertas telah
dibentang dan dibincangkan. Antara perkara yang telah
dibincangkan adalah berkaitan langkah memulih sektor ekonomi
yang terjejas akibat COVID-19 seperti sektor pelancongan,
pembinaan, peruncitan, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
serta langkah meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan
kadar pengangguran dan underemployment melalui program
upskilling dan reskilling, pemerkasaan digitalisasi serta strategi
meningkatkan pelaburan tempatan dan asing. Hasil Mesyuarat EAC
juga telah diambil kira dalam penyediaan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan
Prihatin atau KITA PRIHATIN.
NO SOALAN: 68
3. Selaras dengan ciri EAC yang bersifat terbuka dan sentiasa
mengambil kira pandangan semua pihak, sehingga kini Sekretariat
EAC telah mengadakan 290 sesi libat urus dengan pemegang taruh
yang terlibat untuk mengenal pasti isu yang dihadapi serta
membincang secara terperinci pendekatan yang bersesuaian bagi
menangani isu semasa ekonomi dan isu struktural ke arah
pembangunan jangka panjang yang mampan. Sesi libat urus ini
melibatkan pelbagai pihak termasuk wakil kementerian, agensi
kerajaan, badan berkanun, dewan perniagaan tempatan dan asing,
persatuan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), ahli
akademik serta pemain industri merentasi semua sektor seperti
ekonomi digital, pendidikan, pelaburan, pembuatan, perusahaan
kecil dan sederhana, pelancongan, pengangkutan dan kesihatan.
Hasil perbincangan dan sesi libat urus ini diangkat kepada mesyuarat
EAC untuk pertimbangan selanjutnya.
4. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian bagi meningkatkan tahap
pembangunan di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan semua rakyat termasuk ekonomi Malaysia Timur dan
Semenanjung. Seperti mana Ahli Yang Berhormat semua maklum,
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang telah
dilancarkan pada 5 Oktober 2019 merupakan iltizam untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus
membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi
yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan
pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Bagi memastikan
pembangunan yang saksama seiring dengan WKB2030, kertas
mengenai cadangan untuk menarik pelaburan di wilayah
NO SOALAN: 68
pembangunan koridor pasca COVID-19 telah dibincang dalam
Mesyuarat EAC pada 26 Ogos 2020.
5. Di samping itu, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas,
2016-2020 (RMKe-11), peruntukan pembangunan Kerajaan
Persekutuan telah diagih dengan keutamaan diberi kepada enam
negeri yang kurang membangun termasuk Sabah dan Sarawak.
Negeri Sabah telah menerima peruntukan sejumlah RM23.16 bilion
iaitu 9.3% daripada peruntukan pembangunan RMKe-11, manakala
Negeri Sarawak telah pun diperuntukkan sejumlah RM21.6 bilion
iaitu 8.7% peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan
RMKe-11 bagi melaksanakan projek baharu dan projek sambungan
melalui pelbagai kementerian. Pelaksanaan semua projek ini akan
merapatkan jurang ketaksamaan ekonomi antara Malaysia Timur dan
Semenanjung.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 69
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPATBELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ADRIAN LASIMBANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan
kesesakan di dalam Penjara Kepayan, Sabah di mana purata jumlah
banduan adalah dua kali ganda daripada had yang boleh ditampung oleh
penjara tersebut.
NO SOALAN: 69
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil
beberapa tindakan dalam menangani isu kesesakan di Penjara Pusat Kota
Kinabalu, Sabah. Antaranya adalah:
i. Sepertimana kelulusan Kerajaan, blok baharu untuk penempatan
banduan akan dibina di Penjara Pusat Kota Kinabalu;
ii. Pemindahan banduan dari Penjara Pusat Kota Kinabalu ke lain-lain
penjara yang tidak sesak turut dilaksanakan;
iii. Mempergiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib
dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang mana sejak tahun 2008
sehingga kini telah melibatkan seramai 56,247 orang yang telah dan
sedang menjalani pemulihan di luar penjara;
iv. Jabatan Penjara Malaysia juga mula melaksanakan Pembebasan
Banduan Secara Lesen (PBSL) berasaskan pindaan kepada
Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Rekod Jabatan menunjukkan
bahawa sebahagian dari kira-kira 11,018 banduan warganegara
Malaysia yang mana hukumannya kurang dari setahun, layak
dipertimbangkan untuk program ini. Melalui PBSL, banduan yang
NO SOALAN: 69
memenuhi syarat pemilihan boleh mengikuti antaranya program
latihan pekerjaan, yang mana banyak tawaran telah diterima dari
sektor perkilangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan
pertanian;
v. Meningkatkan keberkesanan pemulihan dan latihan di dalam penjara
bagi mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas
mereka dibebaskan;
vi. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Mahkamah dan Jabatan
Imigresen Malaysia bagi mempercepatkan proses penghantaran
pulang banduan warga asing yang telah selesai menjalani hukuman;
vii. Meneliti keperluan pindaan perundangan berkaitan cadangan
penyahjenayahan kesalahan penyalahgunaan dadah serta dasar
pengalihan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjara ke program
rawatan dan pemulihan selaras dengan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang pada 21
Julai 2020. Akta baharu yang dicadangkan ini akan dikenali sebagai
Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substance bagi menggantikan Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang sedang
diperhalusi. Cadangan pindaan ini mempunyai kaitan dengan statistik
banduan sabitan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya
1952 berjumlah 4,075 banduan di seluruh penjara di Malaysia; dan
viii. Meneliti kesesuaian alternatif lain kepada hukuman pemenjaraan dan
pelaksanaan program pemulihan di luar penjara yang mungkin boleh
NO SOALAN: 69
dilaksanakan di Malaysia seperti tahanan rumah (home detention),
perintah koreksional (correctional order) dan perintah pengawasan
penjara (prison supervision).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 70
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER
ASLI menyatakan: -
a) adakah Kementerian sedar bahawa Hutan Simpan Kekal
berterusan dicerobohi; dan
b) apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini kerana terbukti
tindakan penguatkuasaan gagal membanteras sepenuhnya aktiviti-
aktiviti penerokaan secara haram.
NO SOALAN: 70
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memandang serius
isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram. Kes-kes pembalakan
haram sentiasa dipantau oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia (JPSM) dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri. Aktiviti
penguatkuasaan hutan tetap diberi keutamaan oleh Kementerian ini
terutamanya di kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes
kesalahan hutan. Penjenayah yang ditangkap melakukan kegiatan
pembalakan haram atau kesalahan hutan akan didakwa berdasarkan
peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di
Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan Sarawak 2015 (Bab 71) dan
Enakmen Hutan Sabah 1968 (Sabah No. 2 of 1968).
2. Berdasarkan laporan oleh Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri,
sebanyak 108 kes pembalakan haram yang melibatkan sepenuhnya
pencerobohan hutan telah direkodkan bagi tempoh Januari hingga
Oktober 2020 dan sedang diambil tindakan lanjut. KeTSA melalui JPSM
dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri sentiasa mengambil langkah
yang proaktif dalam membanteras aktiviti penerokaan secara haram
kawasan hutan seperti melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan,
menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi
penguatkuasaan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam
aktiviti pemantauan.
NO SOALAN: 70
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KeTSA juga kini dalam
proses untuk melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan
penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman
bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah
sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya
tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan. Cadangan pindaan
Akta 313 ini dijangka akan dibentang ke Parlimen pada tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 71
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan statistik rakyat yang telah mendapat bantuan
dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah
dijalankan di seluruh negeri khususnya Negeri Perak.
NO SOALAN: 71
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Peruntukan tahun 2020 bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) untuk seluruh negara adalah sebanyak RM208.92 juta dengan
pecahan sebanyak RM92.50 juta untuk bina baru dan RM 116.42 juta
untuk baik pulih. Dengan jumlah ini, disasarkan sebanyak 1,300 unit
rumah dibina dan 7,500 unit rumah dapat dibaik pulih. Selain daripada
itu, Kementerian turut menerima peruntukan tambahan melalui Pakej
Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN sebanyak RM100 juta untuk
skop baik pulih rumah melibatkan tambahan 6,500 unit rumah.
Bagi Negeri Perak, sebanyak RM3.881 juta telah diperuntukkan untuk
68 unit bina baru rumah manakala sebanyak RM8.366 juta untuk 601
unit di bawah skop baik pulih. Melalui PRE PRIHATIN pula, Negeri
Perak telah menerima sebanyak RM6 juta untuk membaik pulih 420 unit
rumah. Daripada jumlah peruntukan ini, dianggarkan seramai 3,000 ahli
isi rumah menerima manfaat di bawah program ini.
Sekian terima kasih.
NO SOALAN: 72
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu syarikat
penerbangan negara seperti Malaysia Airlines, Malindo Airlines, dan Air
Asia dalam menjalankan operasi mereka yang terjejas semasa
pandemik COVID-19 disebabkan oleh pengurangan kapasiti
penumpang, pembatalan penerbangan, dan sekaligus terpaksa
menaikkan kadar tambang.
NO SOALAN: 72
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi membantu syarikat-
syarikat penerbangan negara untuk terus beroperasi dengan mampan,
Kerajaan telah membenarkan syarikat-syarikat penerbangan untuk
beroperasi sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) pada 18 Mac 2020 tertakluk kepada prosedur operasi standard
(SOP) yang telah ditetapkan.
2. Di samping itu, berdasarkan kepada saranan International Civil
Aviation Organisation (ICAO), World Health Organisation (WHO) dan
International Air Transport Association (IATA), semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun
2020 hingga 31 Ogos 2020, lebih banyak kelonggaran telah diberikan
oleh pihak Kerajaan termasuk kebenaran untuk melakukan perjalanan
rentas negeri dan pengecualian penjarakan fizikal dalam pesawat bagi
semua perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual.
Kelonggaran ini telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan
penerbangan udara bagi sektor domestik.
3. Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (Februari 2020)
telah bersetuju antara lain supaya Malaysia Airport Holdings Berhad
(MAHB) mengurangkan caj pendaratan dan parkir pesawat melalui
mekanisme kontra.
4. Bagi maksud menggerakkan sektor pelancongan antarabangsa,
Kerajaan telah membenarkan Skim Laluan Hijau Timbal Balik atau
NO SOALAN: 72
Reciprocal Green Lane (RGL) di antara Malaysia dan Singapura yang
bermula pada 17 Ogos 2020. Pada masa yang sama, Kerajaan sedang
mempertimbangkan untuk mengadakan rundingan berkaitan
pelaksanaan konsep travel bubble ke beberapa negara seperti
Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, New Zealand, Australia, Korea
Selatan dan Jepun.
5. Melalui konsep tersebut, penerbangan dan penumpang dari mana-
mana negara yang berada dalam kategori hijau akan dibenarkan
memasuki Malaysia tertakluk kepada SOP tertentu seperti ujian saringan
kesihatan yang ketat sebelum berlepas dan semasa tiba di Malaysia
yang perlu dipatuhi.
6. Dalam hubungan ini, cadangan konsep travel bubble tersebut
adalah tertakluk kepada rundingan antara Kementerian Kesihatan
(MOH) dan Kementerian Luar Negeri dengan negara-negara terbabit.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 73
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Mohan a/l Thangarasu minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapakah isi rumah miskin mengikut kaum yang telah berjaya
didaftarkan di bawah Sistem eKasih mengikut negeri dan daerah setakat
ini dan adakah jumlah tersebut benar-benar mencerminkan keadaan
sebenar berikutan perubahan pada ketetapan had pendapatan garis
kemiskinan.
NO SOALAN: 73
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
telah membangunkan Sistem eKasih sebagai satu pangkalan data
kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan
miskin di Malaysia yang diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu
Kategori Miskin Tegar, Kategori Miskin dan Terkeluar. Klasifikasi ini
dibuat berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
sedia ada. Sistem eKasih ini juga bertujuan merekodkan maklumat
bantuan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan
penyaluran bantuan/program oleh agensi-agensi Kerajaan kepada
golongan berkenaan.
2. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan melalui
pembanci yang dilantik, sentiasa melakukan aktiviti verifikasi dan
pemutihan secara berterusan bagi memastikan data eKasih adalah
terkini dan reliable. Ini juga bagi memastikan supaya tidak berlaku
sebarang keciciran isi rumah miskin yang layak tetapi tidak
didaftarkan di dalam sistem eKasih. Profil isi rumah miskin diperoleh
melalui kaedah bancian di lapangan melalui sesi temu ramah dan
secara bersemuka serta pemerhatian di lokasi tempat kediaman isi
rumah berkaitan. Pemilihan isi rumah yang akan dibanci juga
adalah kepada golongan bersasar berdasarkan maklumat diterima
daripada Pemimpin Tempatan ataupun aduan daripada masyarakat
atau agensi-agensi berkaitan.
NO SOALAN: 73
3. Sehingga 30 November 2020, statistik yang berdaftar di dalam
eKasih bagi semua negeri seluruh Malaysia adalah seperti
maklumat berikut:
NEGERI
ETNIK JUMLAH
KESELURUHAN MELAYU CINA INDIA LAIN-
LAIN
JOHOR 2,325 198 209 68 2,800
KEDAH 5,869 51 143 70 6,133
KELANTAN 24,298 142 29 148 24,617
MELAKA 542 61 105 18 726
N.SEMBILAN 1,767 186 564 93 2,610
PAHANG 5,001 223 294 59 5,577
PERAK 3,900 207 612 36 4,755
PERLIS 3,530 60 35 65 3,690
P. PINANG 5,639 703 900 37 7,279
SABAH 1,278 247 40 38,068 39,633
SARAWAK 14,366 1,831 17 40,287 56,501
SELANGOR 9,002 536 2,383 264 12,185
TERENGGANU 5,912 19 9 19 5,959
WP KL 1,617 269 674 84 2,644
WP LABUAN 31 31 2 616 680
WP
PUTRAJAYA 4 0 0 0 4
JUMLAH 85,081 4,764 6,016 79,932 175,793
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 74
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN
BIN ABD HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Laksamana (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta MENTERI
KANAN PERTAHANAN menyatakan supaya menilai dan mengkaji
semula jurang pencen dan kenaikan pencen tahunan veteran dengan
kadar segera.
NO SOALAN: 74
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Semenjak tahun 1968 hingga 2012, sebanyak 15 kali pelarasan pencen
telah dilaksanakan, manakala mulai tahun 2013 kenaikkan pencen
sebanyak 2% setahun telah dilaksanakan. Kerajaan akan terus
membuat penambahbaikan faedah persaraan bagi pesara ATM dari
semasa ke semasa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang
yang sedang berkuat kuasa serta perlu diimbangi dengan kemampuan
kewangan Kerajaan untuk melaksanakannya.
Pelarasan jurang pencen antara pesara tentera yang telah lama bersara
dan pesara tentera yang baharu bersara adalah di bawah bidang kuasa
Agensi Pusat (Jabatan Perkhidmatan Awam). Ini kerana isu pencen
tidak hanya menjadi isu pesara ATM semata-mata tetapi turut
melibatkan pesara perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
Kementerian Pertahanan telah menubuhkan pasukan kajian bagi
membuat kajian jurang pencen pesara ATM. Hasil kajian akan
dibentangkan kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan seterusnya
kepada Agensi Pusat untuk pertimbangan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 75
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan sejauh mana kepakaran dan keupayaan agensi
berkaitan pencemaran sumber air ditingkatkan selari dengan
perkembangan teknologi terkini.
NO SOALAN: 75
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian bersetuju dan menyokong usaha mengadaptasi
teknologi selaras dengan usaha penguatkuasaan dan pencegahan alam
sekitar. Pengurusan alam sekitar pada masa ini perlu didokong dengan
teknologi yang mutakhir, pengembangan sumber daya manusia (human
resource empowerment) serta perlunya ada penyelidikan ilmiah untuk
memberikan solusi dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan
alam sekitar secara tepat dan berkesan.
2. Dalam hubungan ini, Kementerian sentiasa bekerjasama dengan
rakan strategik di sektor industri, pihak universiti dan agensi Kerajaan lain
di dalam menjalankan kajian semasa melaksanakan projek
pembangunan berkaitan aspek pencemaran sumber air dan teknologi
kawalan pencemaran di samping melaksanakan program latihan
kompetensi melalui Institut Alam Sekitar Malaysia (Environmental
Institute of Malaysia - EiMAS) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi
meningkatkan pengetahuan dan keupayaan pegawai-pegawai di agensi
berkaitan.
3. Pada masa ini Kementerian melalui JAS, telah pun melaksanakan
pemantauan penguatkuasaan dan pencegahan alam sekitar
menggunakan teknologi Dron dan memanfaatkan Sistem Maklumat
Geografi (Geographic Information System - GIS) dalam pelaksanaan
kerja harian khususnya bagi merancang aktiviti penguatkuasaan dan
NO SOALAN: 75
pengenalpastian punca sumber yang berhubung kait dengan
pencemaran alam sekitar. Keberkesanan pengurusan dan
penguatkuasaan alam sekitar melalui penggunaan teknologi geospatial
akan ditingkatkan supaya selari dengan perkembangan Revolusi Industri
4.0 khususnya dalam pengaplikasian big data.
4. Dalam memenuhi agenda kelestarian sumber air, KASA melalui
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah
dilengkapkan dengan makmal kualiti air yang diakreditasi ISO 17025 serta
pakar-pakar dalam bidang sungai, pantai, air bawah tanah, sumber air
dan alam sekitar. NAHRIM mempunyai satu-satunya fasiliti makmal
pemodelan fizikal yang terbesar di Asia Tenggara.
5. KASA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah
melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu
(Integrated River Basin Management - IRBM). Ia merupakan kaedah
terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi
mencapai objektif memastikan Air Bersih.
6. Melalui pelan IRBM ini, Kementerian telah menyediakan
perancangan dan pembangunan lembangan untuk dijadikan asas rujukan
Kerajaan Negeri dalam sesuatu pembangunan guna-tanah supaya
pembangunan yang dilaksanakan akan lestari tanpa menjejaskan sumber
air sedia ada.
7. Di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) yang
dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar pula,
Kementerian komited untuk melaksanakan pemerkasaan EQMP melalui
penggunaan teknologi dan peralatan yang terkini selaras dengan
NO SOALAN: 75
keperluan semasa bagi pengawasan kualiti air. Data-data yang diperolehi
melalui program ini juga dapat dianalisis menggunakan Modeling yang
boleh membantu Kementerian membuat ramalan sebelum atau akan
datang terhadap kualiti alam sekitar (forward atau backward forecasting).
Program pemantauan kawasan pencemaran seperti di jajaran sungai,
kawasan berpotensi menyebabkan pencemaran dan sekitaran
menggunakan teknologi seperti drone serta mengguna pakai konsep
Total Maximum Daily Loads (TMDL) bagi mengenalpasti potensi punca
dan keupayaan daya tampung sungai ke atas beban pencemaran juga
akan diperkasakan.
8. Selari dengan perkembangan teknologi terkini, sikap dan kesedaran
di kalangan masyarakat agar tidak menjadikan sungai dan sistem saliran
sebagai tempat pembuangan sampah juga memainkan peranan penting.
Sekiranya sikap dan kesedaran tersebut tidak diterapkan di kalangan
masyarakat akan menyebabkan berlakunya masalah pencemaran sungai
sebagai sumber air.
9. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan pengetahuan pegawai
terutamanya dalam mewujudkan kebergantungan (dependency) terhadap
teknologi bagi menyelesaikan kerja-kerja menguruskan alam sekitar akan
terus ditingkatkan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 76
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah bantuan yang telah
dikeluarkan bagi membantu penjaja kecil sepanjang tempoh COVID-19.
NO SOALAN: 76
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya seperti Tekun, SME
Corp, Bank Rakyat dan SME Bank telah menyediakan pelbagai
bantuan kewangan kepada golongan usahawan mikro termasuklah
penjaja dan peniaga kecil yang terkesan berikutan penularan pendemik
COVID-19.
2. TEKUN Nasional yang mendapat penyaluran peruntukan Kerajaan
sebanyak RM300 juta melalui Pakej PRIHATIN-PKS dan PENJANA,
telah menyediakan pembiayaan mudah kepada usahawan-usahawan
yang terjejas sebagai tambahan kepada program-program pembiayaan
sedia ada. Sejak dimulakan pada bulan Mac 2020 sehingga
30 November 2020, sejumlah 43,206 usahawan dalam pelbagai sektor
perniagaan telah menerima manfaat daripada pembiayaan ini yang
melibatkan jumlah RM451.36 juta yang disalurkan menerusi:
a. program COVID Business Recovery – Micro (CBRM); dan
b. Tekun Business Recovery Scheme (TBRS).
3. Salah satu program dari TEKUN adalah dengan menyediakan
pembiayaan sehingga RM10,000 kepada usahawan termasuklah
mereka yang kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID-19. Untuk
tahun 2020, sehingga bulan September, TEKUN telah menyalurkan
NO SOALAN: 76
peruntukan berjumlah RM511.5 juta kepada 47,857 orang
usahawan.
4. Pihak SME Corp. juga turut terlibat dalam membantu usahawan di
bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
menerusi program-program berikut:
a. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
• Program ini memberi peluang kepada belia berumur 18
sehingga 30 tahun termasuk mereka yang telah
diberhentikan kerja namun berminat untuk memulakan
perniagaan.
• Bantuan dalam bentuk geran akan disediakan kepada
peserta yang mengikuti latihan TUBE bagi memulakan
perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 dan
pemantauan perniagaan mereka oleh SME Corp bagi
tempoh 12 bulan.
• Sehingga bulan September 2020, seramai 765 peserta
telah berjaya menyertai program ini; dan
b. Program Micro Connector
• Program ini telah diperkenalkan untuk membantu
usahawan mikro enterprise dan golongan B40
memanfaatkan platform digital bagi memulakan dan
mengembangkan perniagaan secara atas talian.
NO SOALAN: 76
• Di bawah program ini, SME Corp. Malaysia telah
bekerjasama dengan operator platform seperti Yezza,
Warong Rider dan eBazar Rakyat untuk memudahcara
dan mengadaptasi penggunaan aplikasi digital dalam
transaksi perniagaan.
• Sehingga kini, seramai 5,762 peserta telah menyertai dan
mendapat manfaat serta menjual produk dan
perkhidmatan mereka melalui platform digital.
5. Selain TEKUN Nasional dan SME Corp, Bank Rakyat turut
menyediakan kemudahan Pembiayaan Special Relief Facility / Bank
Negara Malaysia (SRF/BNM) bagi membantu usahawan-usahawan
yang terkesan dari penularan pandemic Covid-19. Sehingga 31 Julai
2020, 52 usahawan telah menerima manfaat sebanyak RM22.3 juta
keseluruhannya.
6. Satu lagi agensi di bawah MEDAC iaitu SME Bank juga sedang aktif
dalam melaksanakan mandat untuk membantu pengembangan industri
PKS Negara. Sehingga Oktober 2020, SME Bank – Special Relief
Facility telah menerima 1,039 permohonan melibatkan nilai
pembiayaan RM616.88 juta. Dari jumlah itu, sebanyak 876 jumlah
permohonan yang diluluskan oleh SME Bank dan BNM serta diberi
jaminan oleh SJPP/CGC, telah menerima pembiayaan masing-masing
melibatkan nilai pengeluaran sebanyak RM456.56 juta;
NO SOALAN: 76
7. Dengan adanya bantuan dan program-program ini, Kementerian
berharap semoga langkah-langkah yang diambil akan dapat membantu
dan memberi peluang kepada usahawan mikro dan sektor informal,
khususnya penjaja dan peniaga kecil untuk bangkit semula
menjalankan perniagaan mereka yang terjejas akibat penularan
COVID-19.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 77
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato’ Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah pembekal Benih Padi Sah
mengikut negeri. Apakah langkah terbaik yang diambil untuk memastikan
petani menerima Benih Padi Sah mengikut jadual tanaman dan harga
yang berpatutan.
NO SOALAN: 77
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada
kawasan bertanam padi seluas 520,000 hektar di Semenanjung
Malaysia, anggaran jumlah benih padi yang diperlukan bagi dua (2)
musim penanaman setahun ialah sebanyak 72,000 tan metrik.
Ianya adalah berdasarkan kepada anggaran keperluan benih padi
sebanyak 140 kilogram per hektar. Bagi tujuan agihan kuota
tahunan benih padi sah bagi setiap syarikat pengeluar, ianya akan
ditentukan oleh Kementerian berdasarkan kepada prestasi
pengeluaran benih padi sah oleh setiap syarikat pengeluar.
2. Pada masa ini, sebanyak sembilan (9) buah syarikat pembekal
benih padi sah telah dilantik oleh Kementerian yang terletak di
pelbagai negeri iaitu 3 syarikat di Kedah, 2 syarikat di Selangor
manakala masing-masing satu (1) syarikat di Kelantan, Johor,
Pulau Pinang dan Perak.
3. Secara dasarnya, Kementerian telah meneliti isu pengedaran benih
padi sah ini dan telah merangka hala tuju dan penambahbaikan
program Insentif Benih Padi Sah (IBPS). Sehubungan itu,
Kementerian akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:
i. Pertama, melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan
(NAFAS) sebagai pemborong tunggal dalam program IBPS;
NO SOALAN: 77
ii. Kedua, pelantikan NAFAS juga akan membolehkan
penetapan harga siling benih padi sah dilaksanakan tanpa
melibatkan tambahan peruntukan insentif kepada Kerajaan;
iii. Ketiga, lesen dan permit akan diberikan kepada agen,
individu atau syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan;
iv. Keempat, penetapan beberapa varieti benih padi sah yang
akan dihasilkan oleh syarikat pengeluar benih padi sah untuk
dipilih oleh pesawah; dan
v. Kelima, menyediakan stok penimbal benih padi sah bagi
menangani isu kekurangan bekalan benih padi sah di luar
jangka.
4. Justeru itu, mekanisme penstrukturan semula keseluruhan rantaian
nilai yang dilakukan oleh Kementerian ini adalah untuk menjamin
mutu perkhidmatan di samping memberikan hak kepada pesawah
untuk memilih benih padi yang terbaik bagi kegunaan sawah padi
mereka.
5. Pada masa yang sama, langkah-langkah penyelesaian ini dapat
mengelakkan manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan
menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu
kilang. Ianya penting bagi mengelak dominasi syarikat pembekal
tertentu terhadap pasaran benih padi sah secara khususnya, dan
sektor padi dan beras secara umumnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 78
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
adakah pihak Kerajaan akan mempertimbangkan semula pelaksanaan
moratorium pinjaman yang disasarkan kepada peminjam yang
berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan, pinjaman di bawah
RM50,000 dan peminjam sektor yang terlibat secara langsung dalam
industri pelancongan.
NO SOALAN: 78
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kerajaan telah memberikan kemudahan moratorium secara
menyeluruh ke atas pinjaman bank selama enam bulan sebagai
sebahagian langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(atau PRIHATIN) untuk membantu meringankan beban rakyat dan
perniagaan. Bantuan akan terus diberikan meskipun selepas
moratorium secara menyeluruh berakhir pada September 2020
tetapi secara lebih tersasar bagi memastikan hanya peminjam yang
benar-benar memerlukannya akan diberi bantuan.
2. Dengan peralihan kepada bantuan bayaran balik pinjaman secara
bersasar mulai 1 Oktober 2020, bank terus menawarkan pelanjutan
moratorium dan bentuk fleksibiliti bayaran balik pinjaman lain
kepada peminjam yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini
disediakan kepada peminjam yang telah kehilangan pekerjaan atau
pendapatan mereka terjejas, sama ada secara individu, isi rumah
atau sektor PKS sepanjang tahun 2020 sehingga penghujung tahun
2021.
3. Ekoran daripada gelombang ketiga wabak COVID-19 yang bermula
pada bulan Oktober 2020, Kerajaan juga telah mengumumkan
dalam Belanjawan 2021 bahawa bantuan bayaran balik pinjaman
bersasar akan dilanjutkan kepada golongan B40 yang juga
merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat. Selain itu,
NO SOALAN: 78
perusahaan mikro dengan pinjaman berjumlah sehingga
RM150,000 akan turut menikmati bantuan serupa.
4. Peminjam daripada golongan B40 diberi pilihan sama ada
menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan atau
mengurangkan bayaran ansuran bulanan mereka sebanyak 50%
bagi tempoh enam bulan mulai Disember 2020. Kelulusan diberikan
secara automatik setelah mereka menyatakan pilihan mereka
kepada bank. Peminjam yang memerlukan bantuan hanya perlu
memaklumkan bank masing-masing melalui pelbagai saluran
mudah yang telah disediakan seperti perbankan internet, secara
dalam talian atau menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit.
5. Proses permohonan telah dipermudah dan diringkaskan bagi
memastikan bantuan dapat diberikan dengan segera kepada
peminjam yang memerlukan. Bagi penerima Bantuan Prihatin
Nasional kumpulan M40 yang memohon pengurangan ansuran
mereka, bank telah bersetuju untuk menerima pengisytiharan
kendiri pengurangan pendapatan yang dialami akibat pandemik
COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua,
6. Setakat ini, dalam kalangan individu yang memohon bantuan
bayaran balik pinjaman, kira-kira 50% mempunyai pendapatan
bulanan sebanyak RM5,000 atau kurang. Sementara itu, sebanyak
28% daripada mereka pula mempunyai pendapatan bulanan antara
RM5,000 hingga RM10,000. Bagi peminjam yang berada dalam
NO SOALAN: 78
industri terjejas seperti industri pelancongan, bank juga
menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam
bulan dengan kemungkinan dilanjutkan lagi sekiranya keadaan
semasa tidak berubah, misalnya sempadan antarabangsa masih
belum dibuka. Kerajaan juga ingin menekankan bahawa bantuan
bayaran balik pinjaman terus disediakan kepada mereka yang
terjejas. Mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 79
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah pertambahan Tadika
Kemas di Perkampungan Orang Asli dari tahun 2018-2020.
NO SOALAN: 79
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Pendidikan Awal Kanak-kanak Orang
Asli bagi Tabika berumur antara 5 tahun sehingga 6 tahun adalah
pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam
perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah.
Pada tahun 2018, JAKOA dengan kerjasama KEMAS telah membuka
sebanyak 275 buah tabika di perkampungan Orang Asli. Tahun 2019
pula bertambah sebanyak 4 buah tabika lagi menjadikan jumlah
sebanyak 279 buah. Manakala pada tahun 2020, cuma sebanyak 250
buah TABIKA sahaja yang beroperasi ini disebabkan oleh projek
menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan TABIKA berkaitan telah
dilakukan serta pembukaan lebih banyak Pra Sekolah dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertambahan 2019 adalah atas usaha JAKOA dan KEMAS dalam
menerapkan pendidikan awal yang merangkumi aspek perkembangan
kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat
prasekolah dan aspek- aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan
prasekolah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 80
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
perkembangan projek getah krip sebagai tranformasi pengeluaran getah
"cuplump", sejauh manakah perlaksanaan projek tersebut.
NO SOALAN: 80
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian sedang membangunkan model bagi memajukan rantaian nilai
sektor huluan getah dengan tujuan meningkatkan pendapatan pekebun
kecil getah di negara ini. Ia adalah projek Pusat Pemprosesan Getah
Berkelompok melalui pakej teknologi pemprosesan getah krip dan serum
getah bersepadu yang telah dibangunkan Lembaga Getah Malaysia
(LGM).
Melalui projek ini, rantaian nilai bersepadu bekalan getah berskala
komersial dengan elemen pemprosesan berkelompok (kluster) dan
perkongsian keuntungan (profit-sharing) akan dilaksanakan pada peringkat
pekebun kecil, koperasi dan juga usahawan. Usaha ini akan meningkatkan
kualiti getah yang dihasilkan, meningkatkan pendapatan dan seterusnya
menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk
getah negara. Ini seterusnya akan dapat mengekalkan daya saing industri
getah sebagai peneraju pengeluar getah dan produk getah berkualiti di
peringkat global.
Pada masa ini, pusat getah krip di Stesen Penyelidikan LGM, Sungai Sari
Kedah dan di Ladang LGM Bukit Ibam Muazdam Shah Pahang akan
dijadikan pusat pemindahan teknologi bagi melatih pekebun kecil dan
koperasi. Dalam masa yang sama, beberapa Pusat Pemprosesan Getah
Krip akan dibina di kawasan yang terpilih di Kedah, Pahang dan Kelantan.
Selain itu, kluster pekebun kecil bersama koperasi akan diwujudkan bagi
NO SOALAN: 80
membekalkan getah cuplump berkualiti secara terus kepada pusat
memproses getah krip yang diusahakan oleh usahawan dan koperasi.
Getah krip yang dihasilkan akan dijual kepada pengilang SMR dan
pengeluar produk getah. Dengan kaedah ini, getah krip yang dihasilkan
oleh pekebun kecil boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Bagi
merealisasikan usaha ini, Kementerian akan memperuntukkan dana awal
sebanyak RM6 juta melalui agensi kementerian iaitu Majlis Getah Malaysia
(MRC), yang akan bekerjasama dengan LGM untuk melaksanakan projek
tersebut.
Pihak LGM juga telah mengadakan perjumpaan dengan kumpulan
koperasi-koperasi di Kedah bagi mengenalpasti koperasi yang sesuai
untuk melaksanakan pengkomersilan getah krip. Proses ini akan disusuli
dengan perjumpaan bersama kumpulan koperasi di Pahang yang akan
diadakan pada penghujung tahun 2020. Melalui pendekatan ini, koperasi
yang sesuai akan diberi peluang untuk mengendalikan fasiliti pemprosesan
getah krip milik LGM bagi satu tempoh sebelum pusat memproses getah
krip milik koperasi dibangunkan.
Sekian terima kasih.
NO SOALAN: 81
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta PERDANA MENTERI menyatakan
mengenai tema MKN iaitu "Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Tanggungjawab Bersama". Apakah mekanisma Kerajaan dalam
merealisasikan tema tersebut sehingga ia boleh dihayati oleh
warganegara Malaysia.
NO SOALAN: 81
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Di dalam berhadapan dengan apa jua situasi yang melanda negara,
kesan langsung adalah kepada seluruh rakyat jelata. Dalam
mengendali situasi pengurusan keselamatan, krisis, bencana dan
pandemik, walaupun Kerajaan mempunyai tanggungjawab
menguruskan situasi tersebut, namun setiap individu dan komuniti
mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama. Ini kerana
pengurusan keselamatan pada ketika ini memerlukan tindakan
yang holistik dan bersifat inklusif.
2. Sebagai contoh dalam berhadapan pandemik COVID-19,
perancangan bersepadu melibatkan setiap pihak baik kerajaan,
komuniti & individu. Dalam melaksanakan keadaan ini, Majlis
Keselamatan Negara telah meluluskan Strategi Pengurusan
Pandemik Negara (SPPN) yang merentas setiap aspek kehidupan.
Setiap pihak akan diberi peluang untuk turut sama memainkan
peranan dalam berusaha sebagai satu Pasukan Malaysia ketika
negara berazam untuk pulih dari impak covid-19. Pendekatan ini
turut memperkasa kempen pembudayaan norma baharu dalam
masyarakat
3. Dalam menetapkan dasar pengurusan keselamatan
tanggungjawab bersama, Kerajaan juga akan melancarkan Dasar
Keselamatan Negara 2021-2025 yang menekankan tanggungjawab
NO SOALAN: 81
rakyat dalam turut sama berperanan memelihara keselamatan,
kedaulatan dan kemakmuran negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 82
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO SRI’ VELL PAARI A/L TUN SAMY
VELLU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato Sri’ Vell Paari A/L Tun Samy Vellu minta MENTERI KANAN
PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan
akan diambil untuk menambah aset-aset ketenteraan serta
mempertingkatkan pertahanan negara memandangkan pendapatan
negara semakin berkurang akibat krisis ekonomi dunia dan pandemik
COVID-19 yang sedang dihadapi ketika ini.
NO SOALAN: 82
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan sentiasa berusaha mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya bagi memastikan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan
pertahanan negara sentiasa berada di tahap yang terbaik termasuklah
perancangan pembelian peralatan ketenteraan yang bersesuaian.
Kedaulatan negara perlu kekal terpelihara pada sebilang masa
meskipun negara dan dunia berdepan dengan krisis ekonomi dan
pandemik COVID -19.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berusaha memperkukuhkan
pertahanan negara di mana setiap rancangan perolehan aset
pertahanan sedia ada adalah berpandukan kepada Pelan
Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM atau dikenali sebagai
Fourth Dimension of Malaysian Armed Forces (4D MAF). Pelan 4D
MAF yang telah dibangunkan ini merupakan pelan pembangunan
keupayaan jangka panjang ATM untuk membentuk keupayaan
Angkatan Masa Hadapan ATM sebagai mana dinyatakan di dalam
Kertas Putih Pertahanan (KPP).
Keupayaan Angkatan Masa Hadapan tersebut merupakan hala tuju
pembangunan ATM agar sentiasa kredibel dalam memenuhi keperluan
pertahanan ketenteraan mengikut senario pertahanan, keselamatan dan
kedaulatan negara yang diperlukan. Pembangunan keupayaan ini
meliputi perolehan sistem pertahanan dan pembangunan modal insan
NO SOALAN: 82
agar sentiasa seiring dengan perubahan situasi strategik dan
pemodenan. ATM memerlukan keupayaan terkini bukan sahaja untuk
melindungi kedaulatan dan kepentingan negara, tetapi juga bagi
memastikan ianya sejajar dengan keupayaan negara lain semasa
menjalani eksesais yang bersifat bilateral serta multilateral.
‘Interoperability’ dan ‘capability’ ATM amat penting kepada negara untuk
menjadi rakan kongsi pertahanan yang dipercayai dan disegani.
Krisis ekonomi dunia dan pandemik COVID-19 secara tidak langsung
akan mengekang pelaksanaan pelan pembangunan keupayaan ATM
kerana ia adalah bersandarkan kepada kemampuan kewangan negara.
Walau bagaimanapun, keutamaan dan kepentingan pembangunan dan
perolehan aset-aset kegunaan ATM telah dikenal pasti agar ianya dapat
diteruskan mengikut bajet yang diperuntukkan. Dengan itu, keupayaan
dan kredibiliti ATM dapat berada pada tahap yang diperlukan untuk
mendepani ancaman dan situasi keselamatan masa kini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 83
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI AHMAD BIN YAHYA
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jumlah Kolej Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
dan nyatakan jumlah Kolej Swasta yang sedang dalam proses kelulusan
Kementerian.
NO SOALAN: 83
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sehingga 31 November 2020, terdapat 436 institut pendidikan tinggi
swasta (IPTS) di seluruh negara yang berdaftar dengan KPT. Daripada
jumlah ini, sebanyak 338 merupakan kolej swasta; 51 buah ialah IPTS
yang bertaraf universiti; 37 ialah kolej universiti; dan selebihnya, sepuluh
buah ialah kampus cawangan universiti luar negara.
Untuk makluman, KPT telah melaksanakan moratorium penubuhan IPTS
baharu sejak tahun 2013 secara berfasa. Pelaksanaan moratorium ini
adalah bertujuan untuk merancang dan melaksanakan intervensi sejajar
dengan hasrat KPT untuk memantapkan dan memperkasakan sektor
pendidikan tinggi swasta, di samping memastikan hanya IPTS yang
berkualiti, mapan dan berdaya saing sahaja beroperasi. Justeru,
sepanjang tempoh moratorium ini, tiada kolej swasta yang sedang dalam
proses kelulusan penubuhan dan pendaftaran baharu.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 84
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIAPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam memastikan tidak
berlaku atau berkurangnya ketidakpadanan antara bilangan
pengangguran dengan tawaran pekerjaan yang telah diusahakan oleh
Kerajaan.
NO SOALAN: 84
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Sumber Manusia akan terus mengambil langkah
yang sewajarnya untuk meminimakan ketidakpadanan antara bilangan
pengangguran dengan tawaran pekerjaan yang telah diusahakan oleh
Kerajaan. Antara langkah Kementerian adalah dengan memberikan
peluang kepada pencari kerja untuk menjalani latihan upskilling atau
reskilling sebelum mendapat pekerjaan melalui latihan-latihan yang
disediakan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO.
2. Selain itu, bagi pekerja-pekerja baharu yang digajikan, mereka ini
layak untuk menjalani latihan yang sesuai dengan jawatan yang
ditawarkan untuk tempoh jangka pendek dan kompeten sebelum
memulakan tugasan. Permohonan menjalani latihan tersebut boleh
dibuat melalui Program Latihan Insentif Pengambilan Pekerja yang
dikawalselia oleh Agensi di bawah Kementerian iaitu PERKESO.
3. Bagi meminimakan ketidakpadanan antara bilangan
pengangguran dengan tawaran pekerjaan, Kementerian telah
memperkenalkan portal pekerjaan iaitu Portal MYFutureJobs yang
membantu pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan. Penggunaan
Portal Pekerjaan MYFutureJobs yang dilengkapi dengan aplikasi terkini
memudahkan lagi proses pendaftaran, penghasilan resume, pencarian
kerja dan pemadanan pekerjaan dengan lebih tepat berasaskan kepada
NO SOALAN: 84
kelayakan, pengalaman, kemahiran dan kompetensi serta gaji yang
bersesuaian berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki.
4. Antara usaha lain yang dilaksanakan oleh Kementerian menerusi
PERKESO adalah penganjuran program karnival kerjaya secara maya
dan bersemuka yang menyediakan peluang pekerjaan. Menerusi
program ini, kolaborasi bersama majikan-majikan yang turut serta
secara langsung memberi peluang kepada majikan untuk mendapatkan
pekerja yang bersesuaian berdasarkan kepada keperluan majikan dan
kelayakan pemohon.
5. Sehingga 30 November 2020 sebanyak 229 program Karnival
Pekerjaan dan Mini Karnival di seluruh negara telah dilaksanakan yang
melibatkan penyertaan sebanyak 541 majikan dan berjaya
menempatkan seramai 4,060 pencari kerja.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 85
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status hutang Kerajaan Malaysia kepada EXIM Bank of
China berhubung 2 projek saluran paip dan minyak Multi Product Pipeline
(MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP).
NO SOALAN: 85
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Multi-
Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP)
berdasarkan kelulusan dan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 27 Julai 2016 dengan kos keseluruhan berjumlah RM11.62
bilion di mana 85% daripada kos projek ini dibiayai melalui pinjaman
daripada EXIM Bank of China. Walau bagaimanapun, susulan
daripada keputusan Kerajaan terdahulu untuk mengkaji semula
pelaksanaan semua projek mega termasuk projek pipeline, Jemaah
Menteri dalam mesyuarat pada 5 September 2018 agar projek MPP
dan TSGP dibatalkan pelaksanaannya.
2. Notis Pembatalan telah dikeluarkan kepada kontraktor yang terlibat
iaitu China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) dan Huanqiu Project
Management (Beijing) Co. Ltd. (HPM). Seterusnya, mesyuarat
antara delegasi Malaysia dan delegasi Kerajaan China di Beijing
pada 12 April 2019 telah bersetuju supaya projek MPP dan TSGP
ditamatkan dan perkara berkaitan kos penamatan dan pampasan
akan dirundingkan kemudian.
3. Sehingga kini rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Republik
Rakyat China telah diadakan sebanyak tujuh (7) kali, namun tiada
persetujuan bersama dicapai untuk memuktamadkan amaun
pampasan dan amaun pelaksanaan projek berjumlah RM3.47 bilion
yang menjadi pertikaian.
NO SOALAN: 85
4. Berdasarkan pengesahan yang dilaksanakan oleh pakar teknikal
tempatan, jumlah yang boleh dituntut oleh China Petroleum Pipeline
Bureau (CPPB) berdasarkan kerja-kerja awalan yang telah
dilaksanakan hanyalah berjumlah RM1.12 bilion sahaja. Justeru itu,
terdapat pertikaian mengenai perbezaan amaun yang dituntut oleh
CPPB dengan amaun yang disahkan oleh SSER berdasarkan
penilaian pakar tempatan berjumlah RM3.47 bilion (RM4.59 billion
– RM1.12 billion). Setakat ini, kedua-dua pihak masih belum
mencapai persetujuan bersama untuk memuktamadkan amaun
tuntutan tersebut.
5. Sehingga sebarang keputusan berkaitan pampasan dan juga
aspek-aspek perundangan yang berkaitan dimuktamadkan,
syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) perlu
menyelesaikan pembayaran pinjaman yang dibuat dengan EXIM
Bank of China untuk melaksanakan projek-projek pipeline ini
sepertimana yang dijadualkan dalam Perjanjian Pinjaman bagi
mengelakkan sebarang implikasi perundangan akibat kegagalan
pembayaran memandangkan pinjaman ini juga dijamin oleh
Kerajaan.
6. Berdasarkan Perjanjian Pinjaman yang ditandatangani antara
SSER dan Exim Bank of China, prinsipal yang perlu dibayar mulai
Julai 2021 hingga Januari 2037 (16 tahun) adalah RM438.28 juta
setahun manakala faedah yang perlu dijelaskan adalah berjumlah
RM240.42 juta setahun.
NO SOALAN: 85
7. Sehingga kini juga, proses rundingan di antara entiti perniagaan
kedua-dua negara, masih dilaksanakan bagi membincangkan
opsyen atau alternatif lain dalam melaksanakan projek pipeline agar
mewujudkan situasi win-win kepada kedua-dua pihak.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 86
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN IR MAD NASIR BIN HASHIM
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Ir. Md Nasir bin Hashim minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan standard prosedur (SOP) untuk kerja-kerja pembinaan di
laluan yg sibuk seperti di MRR2.
NO SOALAN: 86
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator,
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mempunyai garis panduan di
mana Pelan Pengurusan Trafik atau dikenali juga sebagai Traffic
Management Plan (TMP) untuk kerja-kerja pembinaan mahupun
penyenggaraan jalan yang perlu mematuhi Arahan Teknik Jalan
(ATJ 2C/85) Pindaan 2017 - Manual on Traffic Control Devices
Temporary Signs and Work Zones Control.
Tujuan TMP ini adalah untuk memastikan pergerakan dan
keselamatan pekerja serta menyediakan laluan selamat untuk
pemandu kenderaan, pejalan kaki dan mengelakkan kesesakan lalu
lintas.
Bagi kerja-kerja pembinaan jalan raya baru atau menaiktaraf jalan
raya sedia ada, Standard Operating Procedure (SOP) adalah
merangkumi:
1) Pelan Pengurusan Trafik (TMP) Sewaktu Pembinaan; di mana
ia perlu disediakan oleh Kontraktor di peringkat awal kerja-kerja
pembinaan dan perlu disemak oleh Auditor Keselamatan Jalan serta
diluluskan oleh Pegawai Penguasa (SO). TMP ini akan diaudit setiap
tiga (3) bulan oleh Auditor Keselamatan Jalan sepanjang tempoh
pembinaan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya
dan keadaan trafik diuruskan dengan baik;
NO SOALAN: 86
2) Standard Operation Procedure (SOP) bagi Keselamatan Pekerja;
dan
3) Emergency Response Plan (ERP) sekiranya berlaku
kemalangan di kawasan tapak bina.
Bagi kerja-kerja penyenggaraan di Jalan-Jalan Persekutuan pula,
pihak syarikat-syarikat konsesi Jalan Persekutuan perlu
mengemukakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang telah diperakui
oleh Pegawai Pengurusan Trafik (Traffic Management Officer,
TMO) kepada JKR Daerah untuk kelulusan sebelum memulakan
sesuatu kerja.
Untuk mengelakkan terjadinya kesesakan lalu lintas yang teruk
terutamanya pada waktu puncak, kerja-kerja penyenggaraan jalan
raya akan dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 12.00
tengah malam sehingga 5.00 pagi.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 87
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan
drastik Kerajaan terutama dalam Belanjawan 2021 bagi membantu
Bumiputera yang merupakan kaum paling miskin dengan insiden
kemiskinan mutlak tertinggi sebanyak 7.2 peratus berbanding kaum lain
dan jurang pendapatan yang sangat ketara antara kaum terutama ketika
ini mendepani pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 87
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam mempertingkatkan
pembangunan sosioekonomi Bumiputera. Namun begitu,
ketidaksamarataan sosioekonomi masih menjadi cabaran
terutamanya terhadap golongan Bumiputera dari segi pengagihan
pendapatan dan kekayaan serta taraf hidup. Pandemik COVID-19
yang melanda negara dan dunia juga telah memberi kesan kepada
kestabilan sosioekonomi rakyat.
2. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) merupakan satu
dasar utama Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan
inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah
dan aktiviti ekonomi di sepanjang rantaian bekalan serta ekosistem
perniagaan. WKB2030 ini antara lain bertujuan untuk merapatkan
jurang kemiskinan di samping memberi perhatian kepada
peningkatan ekonomi Bumiputera secara keseluruhannya tanpa
meminggirkan hak-hak kumpulan masyarakat lain.
3. Dalam memastikan keadaan ekonomi rakyat yang terjejas akibat
Covid-19 dapat diatasi, beberapa inisiatif telah dirangka oleh
Kerajaan antaranya menerusi pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN
dan PENJANA. Kedua-dua pakej ini telah menggariskan inisiatif-
inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang pertama kali
NO SOALAN: 87
mensasarkan bayaran bantuan kepada golongan M40 di samping
B40, pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) untuk membantu
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, Skim Pemulihan
Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme
(TBRS) dan Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF)
berupa dana bantuan khusus untuk membantu PKS.
4. Selain inisiatif pembiayaan Bumiputera di bawah pakej
PENJANA dan PRIHATIN, dalam pembentangan Belanjawan 2021
pada 6 November yang lalu, Kerajaan turut mengumumkan
pelbagai inisiatif tambahan bagi membantu golongan peniaga atau
PKS mikro Bumiputera melalui pelbagai bantuan merangkumi
aspek pembiayaan, peningkatan kapasiti dan peluang pasaran. Di
bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) misalnya,
Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah dan
Sarawak dan Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB) merupakan
program yang dirancang bagi membangunkan kapasiti dan
kemampuan komuniti B40 Bumiputera. Di samping itu, Kerajaan
melalui Kementerian-Kementerian berkaitan turut menyediakan
pelbagai inisiatif bagi membantu peningkatan ekonomi rakyat dalam
menghadapi gaya hidup norma baharu kini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 88
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyemak semula
dan menukarkan silibus pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah untuk masa akan datang
berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyukarkan pengajaran
dan pembelajaran secara bersemuka.
NO SOALAN: 88
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada
seluruh rakyat. Khusus bagi sektor pendidikan, sekolah terpaksa ditutup
dan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara
bersemuka menjadi lebih singkat. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan PdP terus
dilaksanakan agar semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran dalam keadaan selamat.
KPM sentiasa membuat penambahbaikan kurikulum persekolahan
dengan menyemak dan merancang pelaksanaan kurikulum bagi
memastikan kelangsungan pembelajaran murid. Sebagai usaha
memastikan murid dapat menguasai dan memperoleh pengalaman
pembelajaran yang diperlukan, KPM telah melaksanakan penjajaran
kurikulum bagi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) serta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Penjajaran kurikulum
merupakan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta
pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi
memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
Melalui penjajaran kurikulum, gambaran besar sesuatu tajuk
kandungan kurikulum telah disusun mengikut tiga kluster dan
pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada perkara berikut:
NO SOALAN: 88
1. kandungan asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai asas
yang perlu dikuasai murid untuk meneruskan pembelajaran ke
peringkat seterusnya;
2. kandungan tambahan iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai yang
berbentuk pengayaan kepada pengetahuan asas sesuatu mata
pelajaran; dan
3. kandungan pelengkap iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang melengkap atau mengharmonikan pengetahuan asas bagi
sesuatu mata pelajaran.
Dalam situasi mencabar pada masa ini, pengajaran dan pembelajaran
difokuskan terhadap kandungan asas agar murid dapat menguasai
pengetahuan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan. Walau
bagaimanapun, kandungan tambahan dan pelengkap boleh
dilaksanakan secara implisit melalui pembelajaran kendiri seperti kerja
projek, folio atau tugasan. Malah, ianya juga boleh dilaksanakan
merentas subjek tanpa menjejaskan konsep kandungan tersebut.
Melalui kurikulum yang telah dijajarkan ini, guru boleh merancang PdP
dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun (blended learning)
dengan melibatkan penggabungan teknik pengajaran bersemuka di
dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang secara
berstruktur.
KPM akan sentiasa berusaha untuk memastikan murid dapat terus
mengikuti pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, terutamanya
dalam keadaan yang mencabar ini. Dalam hal ini, KPM amat menghargai
NO SOALAN: 88
peranan guru dan ibu bapa untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 89
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan agihan kutipan caruman KWSP ke portfolio pelaburan
pasaran modal dan portfolio pelaburan dan sejauh mana unjuran
pendapatan pelaburan dan aliran tunai kumpulan syarikat KWSP dalam
jangka pendek dalam mengimbangi dan menampung penyusutan nilai
asset terkumpul apabila Skim i-Lestari dan Skim i-Sinar dilaksana
sepenuhnya.
NO SOALAN: 89
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain kutipan caruman dari
ahli KWSP, aliran masuk tunai KWSP juga adalah merangkumi
kematangan instrumen pelaburan dan pendapatan pelaburan serta
pendapatan lain. Walaupun pelaksanaan skim i-Sinar dan i-Lestari
dijangka akan mengakibatkan aliran keluar tunai susulan amaun
pengeluaran melebihi kutipan caruman pada tahun 2021, KWSP
masih menjangkakan aliran tunai yang sihat daripada kematangan
dan pendapatan pelaburan KWSP yang akan dapat digunakan
untuk aktiviti pelaburannya.
2. Pelaburan KWSP turut mempunyai baki tunai pembukaan pada
tahun 2021 yang dialokasikan pada julat 2% sehingga 6%
berlandaskan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang akan dapat
menampung sebarang keperluan tunai KWSP termasuk untuk
pengeluaran ahli.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 90
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan terkini
sambutan Kempen Sawit Anugerah Tuhan.
NO SOALAN: 90
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat,
1. Kempen Sawit Anugerah Tuhan akan dilancarkan secara rasmi pada
awal tahun 2021. Pada 19 November 2020, pra-pelancaran Kempen
Sawit Anugerah Tuhan telah diadakan di Parlimen. Tujuan kempen
adalah untuk menghargai sumbangan besar industri sawit kepada
negara di samping meningkatkan kesedaran terhadap khasiat dan
kebaikan minyak sawit Malaysia kepada masyarakat.
2. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah merancang beberapa aktiviti
bagi mendekati setiap lapisan masyarakat di Malaysia termasuk kanak-
kanak dan siswazah institusi pengajian tinggi. Aktiviti-aktiviti ini akan
memanfaatkan kemudahan media elektronik, sosial dan digital bagi
menyemarakkan lagi kempen ini.
3. Kempen ini akan digunakan sebagai platform untuk menyebarluas
maklumat mengenai penggunaan sawit dalam pembuatan produk
makanan dan bukan makanan; kebaikan minyak sawit termasuk dari segi
kesihatan; isu-isu industri sawit termasuk isu kemampanan; dan
sumbangan sawit kepada ekonomi negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 91
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Dasar
Sifar Penolakan (Zero Reject Policy) bagi memastikan Murid
Berkeperluan Khas menerima pendidikan yang selari dengan
ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah-sekolah arus perdana bagi
tahun 2021.
NO SOALAN: 91
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Akta Pendidikan
1996 [Akta 550], semua murid termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK)
berhak untuk menerima pendidikan. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menyediakan akses
pendidikan kepada MBK terutama sekolah dengan kesediaan keperluan
pendidikan khas bergantung kepada tahap kefungsian murid, intervensi
serta sokongan yang diperlukan. Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah
menyediakan peruntukan khas berjumlah RM45 juta untuk membiayai
keperluan MBK di sekolah.
Jumlah keseluruhan MBK pada tahun 2019 adalah seramai 88,419 orang
dan sehingga 31 Oktober 2020, bilangan MBK telah meningkat kepada
93,951 orang. Sehubungan dengan itu, perkara utama yang perlu diberi
perhatian adalah dari aspek kesediaan infrastruktur sekolah dan
kepakaran guru dalam memberi pengajaran dan pembelajaran kepada
MBK. Dalam hal ini, KPM berusaha untuk menempatkan MBK di sekolah
yang mempunyai infrastruktur, guru dan Pembantu Pengurusan Murid
(PPM) yang bersesuaian sama ada di Sekolah Pendidikan Khas (SPK),
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan
Inklusif (PPI).
Ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan
bimbingan daripada pegawai pendidikan khas di Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) yang berhampiran atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Setelah mendapat penempatan di sekolah, ibu bapa atau penjaga perlu
NO SOALAN: 91
mengadakan perbincangan bersama-sama pihak sekolah atau guru bagi
memastikan kesinambungan pembelajaran dan intervensi anak di
sekolah dan di rumah berjalan lancar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 92
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Wira Othman Bin Aziz minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan segera untuk
membendung masalah penipuan kewangan (financial scam) yang
semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, dengan kerjasama pelbagai
agensi dari Kementerian lain.
NO SOALAN: 92
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak kebelakangan ini,
penipuan kewangan (financial scam) semakin berleluasa dan
berikut adalah antara jenis penipuan kewangan yang banyak
dilaporkan:-
i. Sindiket Macau Scam:
ii. Skim cepat kaya atau skim pelaburan;
iii. Penipuan dalam talian; dan
iv. Penipuan pinjaman tidak wujud.
2. Kesalahan ini adalah di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan
yang dikuatkuasakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Justeru,
tiga langkah utama telah diambil dalam usaha untuk membendung
dan mencegah masalah penipuan kewangan seperti berikut:-
Pertama: Kerjasama Strategik Antara Sektor Awam, Swasta dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
i. Dalam usaha membanteras jenayah tersebut, Bank Negara
Malaysia (BNM) dan institusi-institusi kewangan telah
mengadakan pelbagai kolaborasi strategik dengan agensi-
agensi penguatkuasaan untuk berkongsi pengetahuan
mengenai taktik terkini penipuan kewangan, kempen
kesedaran dan juga membantu tindakan penguatkuasaan
NO SOALAN: 92
termasuk penangkapan sindiket tersebut. Antara agensi yang
terlibat termasuklah:-
a. Pdrm;
b. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia;
c. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna;
d. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
e. CyberSecurity Malaysia.
ii. BNM juga telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai
Persatuan Pengguna, NGO serta Persatuan Perniagaan dan
Perindustrian dalam menyampaikan maklumat secara terus
kepada pengguna kewangan agar lebih berwaspada dengan
sindiket penipuan kewangan.
Kedua: Penambahbaikan Garis Panduan Kepada Institusi-
institusi Kewangan
i. BNM telah mengeluarkan garis panduan berkaitan
termasuklah berkenaan adaptasi ciri-ciri keselamatan
minimum perbankan seperti keperluan pengesahan transaksi
pelanggan, notifikasi transaksi dan usaha wajar pelanggan
(customer due dilligence) semasa pembukaan akaun
perbankan. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh
institusi-institusi kewangan termasuklah memantapkan lagi
usaha wajar pelanggan sedia ada dengan menyemak senarai
akaun bank yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan
(mule accounts) dan mengemaskini kebolehan pemantauan
NO SOALAN: 92
transaksi (transaction monitoring) dari semasa ke semasa
mengikut tren risiko terkini bagi mempertingkatkan
keberkesanan dalam mengesan dan mengawal kes penipuan
kewangan daripada berleluasa.
Ketiga: Meningkatkan Kesedaran Umum
i. Pelbagai saluran telah digunakan untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai bagi mengelakkan diri dari menjadi
mangsa penipuan. Antaranya termasuklah:-
ii. Peringatan kepada semua pengguna melalui laman
sesawang BNM seperti berikut:-
a. Senarai Amaran Pengguna Kewangan
b. Senarai Amaran Penipuan Kewangan
iii. Media massa
a. Saluran televisyen
b. Saluran radio
iii. Media social
a. Media sosial rasmi BNM di Facebook, Instagram, Twitter
dan Youtube
b. Laman Facebook “Amaran Scam” untuk mendapatkan
maklumat terkini mengenai taktik penipuan dan cara
NO SOALAN: 92
melindungi diri dari menjadi mangsa
(https://www.facebook.com/amaranpenipuan/)
iv. Penghantaran SMS melalui syarikat telekomunikasi,
penerbitan Majalah RINGGIT, Bulan Literasi Kewangan oleh
Jaringan Pendidikan Kewangan serta Program Jangkauan
Kesedaran (Awareness Outreach Programmes) secara
bersasar kepada golongan belia dan kakitangan awam.
Mesej kepada orang ramai
i. BNM, institusi-institusi kewangan serta agensi-agensi
penguatkuasaan sentiasa menasihati orang ramai agar
mengambil tindakan-tindakan seperti yang berikut bagi
mengelakkan daripada terpedaya dan menjadi mangsa
penipuan:-
a. Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan
oleh pemanggil termasuk pemindahan wang kepada orang
yang tidak dikenali, tanpa terlebih dahulu menghubungi
pihak polis atau institusi kewangan terbabit;
b. Jangan hubungi semula nombor telefon yang diterima,
sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat,
organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;
c. Jangan dedahkan atau kongsi nombor akaun bank, nombor
kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak
dikenali; dan
NO SOALAN: 92
d. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan
muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu.
ii. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan
terlebih dahulu melalui portal Semak Mule oleh PDRM
(https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/) sebelum melakukan
sebarang transaksi atas talian untuk mengetahui sama ada
terdapat laporan polis dibuat ke atas akaun bank penerima
atau menghubungi BNM TELELINK di talian 1-300-88-
5465.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 93
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Mohan a/l Thangarasu minta PERDANA MENTERI menyatakan
kadar muflis dalam kalangan usahawan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan sejauh manakah langkah Kerajaan dapat
meningkatkan daya tahan usahawan kecil menjelang PKP.
NO SOALAN: 93
JAWAPAN
YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Jumlah kes kebankrapan yang didaftarkan dari bulan Januari hingga
September 2020 ialah sebanyak 6,288 kes. Daripada jumlah tersebut,
848 kes merupakan golongan peniaga yang telah diisytiharkan bankrap.
Namun demikian, jumlah kes-kes kebankrapan tersebut bukan berpunca
daripada pandemik COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
memandangkan seorang pemiutang hanya boleh mengemukakan
petisyen kebankrapan terhadap penghutang apabila tindakan
kebankapan diasaskan telah berlaku dalam tempoh enam (6) bulan
sebelum mengemukakan petisyen berdasarkan peruntukan seksyen
5(1)(c) Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. Bagi melihat kesan sebenar
COVID-19 dan PKP ke atas penghutang, ia akan mengambil masa
sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan
kadar kebankrapan di kalangan masyarakat termasuk peniaga pada
masa kini. Kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada kebankrapan
ialah melalui kesedaran individu itu sendiri tentang risiko atau kesan
daripada perintah kebankrapan. Kesedaran ini dapat diterap melalui
pendidikan dan pendekatan perbelanjaan yang berhemah.
NO SOALAN: 93
Bagi membantu mengurangkan kadar kebankrapan di kalangan
golongan peniaga atau usahawan kecil secara khususnya, Jabatan
Insolvensi Malaysia telah membuat pengubahsuaian kepada Akta 360 di
dalam Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang telah
diluluskan dan berkuat kausa pada 23 Oktober 2020. Pengubahsuaian
yang dibuat ialah terhadap nilai had minima keberhutangan yang
ditetapkan kepada RM100,000 dan akan berkuat kuasa sehingga 31
Ogos 2021. Selanjutnya, Jabatan Insolvensi Malaysia juga turut meminda
peruntukan subseksyen 5(1)(a) Akta 360 melalui Akta Insolvensi
(Pindaan) 2020 [Akta A1624] yang telah diwartakan pada 22 Oktober
2020 dan akan berkuat kuasa kelak pada suatu tarikh yang akan
diwartakan.
Pengubahsuaian dan pindaan di bawah subseksyen 5(1)(a) Akta
360 ini akan memberikan kesan-kesan positif seperti berikut:
i. memberi peluang kepada individu untuk mengukuhkan
ekonomi semasa tanpa kekangan yang timbul daripada
tindakan kebankrapan untuk merancakkan petumbuhan
ekonomi dan pembangunan negara;
ii. memberi peluang kepada individu dari segi pengurusan
kewangan lebih-lebih lagi setelah berhadapan dengan situasi
yang tidak dijangka seperti wabak COVID-19 dan PKP pada
tahun 2020;
iii. mengelakkan pertambahan mendadak kes kebankrapan
dalam masa yang singkat; dan
NO SOALAN: 93
iv. akta yang bersifat lebih responsif dan komprehensif terhadap
keperluan dan isu-isu semasa berkaitan insolvensi.
Kesimpulannya, pengenalan Akta 829 boleh dianggap sebagai
jalan penyelesaian yang singkat dan bersifat sementara bagi menangani
isu-isu rakyat yang mendesak. Manakala, Akta A1624 pula adalah
merupakan salah satu langkah kontigensi Kerajaan dalam menangani
kesan-kesan akibat dari penularan wabak COVID-19 dan PKP yang telah
memberi impak besar kepada rakyat dari pelbagai aspek kehidupan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 94
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK
INSOL
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan Kerajaan
mempunyai pelan untuk membangun atau memfasilitasikan
pembangunan kawasan di persekitaran Empangan Bakun dan
Empangan Murum sebagai destinasi eko pelancongan.
NO SOALAN: 94
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Selain daripada terus mempromosikan produk-produk
pelancongan sedia ada di negeri Sarawak, Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya (MOTAC) mempunyai visi untuk memberi fokus
kepada pembangunan produk pelancongan yang berasaskan
ekopelancongan dan menonjolkan kepelbagaian budaya dan adat
warisan di Negeri Sarawak.
2. Bagi tujuan tersebut, Kementerian telah mengenal pasti 9 kluster
ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di Negeri ini. Salah
satu kluster yang akan dibangunkan adalah Kluster Ekopelancongan
Bintulu – Bakun – Belaga – Lusong Laku – Nanga Merit – Murum.
Menerusi pembangunan kluster ekopelancongan ini, aktiviti
ekopelancongan di kawasan sekitarnya akan turut dibangunkan secara
holistik meliputi inisiatif community based tourism dalam kluster tersebut.
3. MOTAC juga akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi
Negeri terutama sekali Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Negeri Sarawak dalam mempertimbangkan sebarang
cadangan pembangunan pelancongan domestik dan antarabangsa di
Negeri Sarawak. Ini bagi memastikan produk pelancongan dapat
dibangunkan dan dinaiktaraf untuk bukan sahaja boleh merancakkan
aktiviti pelancongan di Sarawak malah turut memberi manfaat ekonomi
kepada masyarakat tempatan dan negara.
NO SOALAN: 94
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 95
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah Program Kebun Komuniti dan
sejauh mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dapat
mengembangkan program ini dalam mengukuhkan sektor pertanian di
seluruh negara menjelang 2021 terutama di negeri Melaka.
NO SOALAN: 95
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI) telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta di
bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi
pelaksanaan Program Kebun Komuniti. Program ini menawarkan
pakej bantuan dalam bentuk input pertanian seperti benih, baja,
infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada para
peserta. Program Kebun Komuniti membolehkan proses pengeluaran
sendiri sebahagian daripada makanan yang diperlukan seperti sayur-
sayuran, herba, ulam-ulaman dan rempah ratus yang lebih segar serta
selamat dimakan.
2. Sehingga Julai 2020, Jabatan Pertanian Malaysia telah menerima
permohonan berjumlah 42,119 bagi pelaksanaan Program Kebun
Komuniti dan daripada jumlah tersebut sebanyak 14,156 permohonan
telah diluluskan iaitu 13,524 individu dan 6,505 komuniti.
3. Pelaksanaan Program Kebun Komuniti ini melibatkan kerjasama dan
penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat
Negeri dan Persekutuan. Jalinan kerjasama antara Kementerian di
peringkat Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan
menggalakkan lebih ramai individu/ komuniti untuk menyertai Program
ini. Justeru itu, pihak Kementerian juga sentiasa membuka ruang untuk
bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pihak swasta dan
badan-badan NGO dalam menjayakan pelaksanaan Program Kebun
Komuniti.
NO SOALAN: 95
4. Pada tahun 2020, Jabatan Pertanian Negeri Melaka telah menerima
peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi pelaksanaan Program Kebun
Komuniti. Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat aktiviti
pertanian bandar dan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi
terus meningkatkan penyertaan lebih ramai individu/ komuniti untuk
menyertai Program ini.
5. MAFI turut diperuntukkan sebanyak RM 30 juta melalui Belanjawan
2021 dan dengan peruntukan ini akan memperluaskan lagi
pelaksanaan Program Kebun Komuniti yang bakal memanfaatkan
60,000 peserta.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 96
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan senarai projek JENDELA yang akan
dilaksanakan di negeri Sabah di bawah Bajet 2021.
NO SOALAN: 96
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui insiatif di bawah
pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Kementerian telah
membuat perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan jalur
lebar di negeri Sabah.
2. Bagi peluasan rangkaian gentian optik di negeri Sabah, sebanyak
16,333 premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan jalur
lebar talian tetap berkelajuan Gigabit. Manakala, sejumlah 382
menara baharu akan dibina bagi perkhidmatan jalur lebar mudah
alih dan sebanyak 924 alat pemancar komunikasi sedia ada akan
dinaik taraf kepada teknologi 4G. Kesemua inisiatif ini akan
dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2022.
3. Di negeri Sabah, inisiatif-inisaitif di bawah JENDELA akan
melibatkan pelaksanaan projek-projek bagi perluasan rangkaian
gentian optik, pembinaan menara baharu dan menaiktarafan alat
pemancar telekomunikasi sedia ada.
4. Bagi negeri Sabah, sebanyak 59 buah sekolah telah dipilih sebagai
Hub Infrastruktur Digital untuk tahun 2021 yang meliputi kawasan
sekolah dan juga kawasan sekitarnya seperti kawasan perumahan,
perindustrian dan kawasan premis ekonomi lainnya. Ia dijangka
akan dapat memberi impak kepada 18,857 premis di sekitarnya
sekaligus akan menggalakkan proses pembelajaran dengan lebih
efektif di samping menjadikan data, maklumat dan sumber rujukan
NO SOALAN: 96
ilmu pengetahuan lebih mudah dikongsi dan dipraktikkan. Di
samping itu, proses ini tidak akan terhenti hanya di sekolah,
malahan dapat juga dipanjangkan di kediaman masing-masing.
5. Walau bagaimanapun, usaha bagi meningkatkan liputan dan kualiti
perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara terutamanya di kawasan
luar bandar dan pedalaman bukan sahaja melibatkan Kerajaan
Persekutuan malah memerlukan kerjasama pelbagai pihak,
termasuk di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) untuk pemudahcaraan proses-proses perolehan
dan kelulusan tapak yang terlibat.
6. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan inisiatif-inisiatif menerusi
pelan JENDELA ini, pihak Kementerian berharap agar mendapat
sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, pihak Kementerian
dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat menikmati
manfaatnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 97
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Asmak binti Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan unjuran biasiswa peringkat Sarjana dan PhD yang
disediakan antara 2015 – 2020 oleh Kerajaan mengikut bidang dan
adakah ia selaras dengan keperluan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030.
NO SOALAN: 97
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) ialah iltizam Kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terus membangun
secara mapan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama
dan inklusif di semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan
rantaian bekalan.
Prinsip Panduan Ke-6 WKB menggariskan Masyarakat Peribelajar, iaitu
golongan yang mengenal pasti kelemahan diri, dan berupaya mengubah
serta memperbaiki nasib diri, keluarga dan masyarakat. Manakala
Pemboleh Daya Ke-8 WKB menggariskan Masyarakat Berpencerahan,
iaitu pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran
berterusan, wacana intelektual, dialog dan kesedaran bagi meningkatkan
pengetahuan, perkongsian pengalaman dan empati.
Selaras dengan Prinsip Panduan Ke-6 dan Pemboleh Daya Ke-8 WKB,
hasrat bagi melahirkan sebilangan pemegang Sarjana (MSc) dan Ijazah
Doktor Falsafah (PhD) menjelang tahun 2030 diterjemahkan melalui
pelaksanaan pelbagai program penajaan atau biasiswa bagi membantu
dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian hingga ke peringkat
PhD. Satu daripada program yang dapat memberikan impak besar dalam
peningkatan enrolmen dan graduan PhD adalah pelaksanaan program
MyBrain15.
NO SOALAN: 97
Selain program MyBrain15, setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) turut menyediakan penajaan di peringkat PhD kepada tenaga
pengajar institusi pendidikan tinggi melalui program-program seperti Skim
Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA
(SLAI), Sub Kepakaran (SK) dan Post Doctoral (PD) yang turut
menyumbang kepada peningkatan graduan PhD.
Jumlah keseluruhan penajaan biasiswa peringkat Sarjana dan PhD yang
disediakan antara tahun 2015 hingga 2020 adalah mengikut sebelas
bidang pengajian dalam dua kluster utama, iaitu Kluster Sains, Teknologi,
Engineering & Matematik (STEM) dan Kluster Bukan STEM dengan
jumlah sebanyak 24,371 tajaan.
Berikut merupakan jumlah penajaan dari tahun 2015 hingga 2020
mengikut bidang-bidang pengajian:
(i) Sains Gunaan – 4,513;
(ii) Teknologi Kejuruteraan – 3,219;
(iii) Teknologi Gunaan – 1,399;
(iv) Perubatan dan Kesihatan – 691;
(v) Matematik – 603;
(vi) Sains Tulen – 277;
(vii) Sastera – 4,918;
(viii) Sastera Ikhtisas – 4,153;
(ix) Ekonomi/Perakaunan/Perniagaan/Kewangan – 2,425;
(x) Pendidikan – 1,535; dan
(xi) Pengajian Islam – 638.
NO SOALAN: 97
Manakala jumlah keseluruhan unjuran penajaan bagi tahun 2021
mengikut program biasiswa adalah sebanyak 831 tajaan. Berikut
merupakan jumlah unjuran penajaan dari tahun 2015 hingga 2020
mengikut program biasiswa:
(i) MyBrain15 – 0;
(ii) Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) – 260;
(iii) Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
(PPPT) –120;
(iv) Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) – 100;
(v) Hadiah Latihan Persekutuan Bukan Akademik – 50;
(vi) MyBrain Science – 200;
(vii) Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi – Tokoh Siswa – 1; dan
(viii) Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi – Atlet Cemerlang IPT – 100.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 98
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Raj Munni Binti Sabu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sejauh mana pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKPB telah dan
akan menjejaskan hasil pendapatan negara bagi tahun 2020 dan 2021.
Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengurangkan impak negatif
terhadap hasil pendapatan negara.
NO SOALAN: 98
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Semasa pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan telah
mengumumkan unjuran jumlah hasil Kerajaan Persekutuan bagi
tahun 2020 sebanyak RM244.5 bilion dengan andaian harga
minyak mentah dunia Brent USD62 setong. Namun, krisis
pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada
kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu,
anggaran hasil dijangka mengalami pengurangan sekitar 18%.
2. Pengurangan tersebut disebabkan oleh pendapatan perniagaan
yang lebih rendah kerana aktiviti ekonomi yang perlahan selaras
dengan kawalan pergerakan dalam negara dan di peringkat
global. Di samping itu, pengurangan kutipan hasil sebahagiannya
disebabkan oleh pengumuman beberapa langkah cukai di bawah
pakej rangsangan ekonomi, termasuklah penangguhan bayaran
cukai untuk semua perniagaan dalam sektor pelancongan
sehingga Disember 2020 dan penundaan bayaran cukai dari
April hingga Jun 2020 untuk perusahaan kecil dan sederhana
(PKS). Langkah cukai lain termasuk pengecualian duti setem
perjanjian jual beli serta pembiayaan rumah, pelepasan cukai
pendapatan individu untuk perbelanjaan perjalanan domestik,
dan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke
atas keuntungan pelupusan dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember
2021.
NO SOALAN: 98
3. Pengurangan kutipan hasil tersebut sebahagiannya akan
ditampung oleh dividen tambahan dan bayaran khas daripada
entiti Kerajaan yang berjumlah RM25 bilion, antaranya dividen
khas PETRONAS sebanyak RM10 bilion, dividen Bank Negara
Malaysia iaitu RM1.5 bilion dan dividen Khazanah Nasional
Berhad sebanyak RM1 bilion. Di samping itu, Kerajaan juga
menerima bayaran khas daripada Kumpulan Wang Persaraan
Diperbadankan (KWAP) berjumlah RM5 bilion bagi membiayai
sebahagian bayaran pencen tahun semasa. Sehubungan itu,
hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 disemak kepada
RM227.3 bilion.
4. Bagi tempoh Januari sehingga September 2020 pula, jumlah
hasil Kerajaan Persekutuan yang telah dikutip adalah sebanyak
RM148.2 bilion, disumbangkan oleh hasil cukai iaitu RM95.9
bilion manakala selebihnya sebanyak RM52.3 bilion adalah hasil
bukan cukai. Walau bagaimanapun, hasil Kerajaan Persekutuan
dijangka meningkat pada suku keempat, antaranya
disumbangkan oleh kutipan hasil cukai yang lebih tinggi kerana
kebanyakan syarikat telah mula membuat bayaran cukai
mengikut jadual dan jangkaan terimaan dividen daripada entiti
Kerajaan.
5. Manakala bagi tahun 2021, hasil Kerajaan Persekutuan diunjur
kepada RM236.9 bilion iaitu meningkat sebanyak 4.2%
berbanding tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, hasil cukai
adalah sebanyak RM174.4 bilion yang terdiri daripada hasil cukai
langsung berjumlah RM131.9 bilion manakala cukai tidak
NO SOALAN: 98
langsung pula sebanyak RM42.5 bilion. Walau bagaimanapun,
unjuran hasil Kerajaan tahun 2021 ini tidak mengambil kira impak
pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)
bagi menangani penularan wabak COVID-19 gelombang ketiga.
Sekiranya wabak COVID-19 ini berpanjangan, ia akan memberi
kesan kepada tempoh pemulihan ekonomi negara dan kutipan
hasil Kerajaan Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 99
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-
langkah yang telah diambil oleh Kerajaan sebagai persediaan bagi pelajar
untuk memulih kepada sesi pembelajaran sedia ada :-
(a) senaraikan bantuan yang telah disalurkan mengikut tarikh dan
lokasi (negeri) oleh Kementerian untuk membantu para pelajar
untuk menjalankan pembelajaran di atas talian, khususnya keluarga
yang menghadapi kekangan dan jurang digital yang tinggi; dan
(b) senaraikan jumlah bilangan pelajar yang perlu menjalani
pembelajaran atas talian pada sesi sekolah 2021 mengikut negeri
dan tingkatan (darjah).
NO SOALAN: 99
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) terjejas semasa pandemik
COVID-19. Untuk itu, KPM telah merancang melaksanakan
beberapa langkah bagi memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) terus berjalan.
Untuk itu, KPM telah melaksanakan penjajaran kurikulum sedia ada
iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah serta Kurikulum Standard Sekolah
Menengah. Penjajaran kurikulum merupakan penyusunan semula
kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan
khusus mata pelajaran. Melalui kurikulum yang telah dijajarkan ini,
guru boleh merancang PdP dengan melaksanakan kaedah
pembelajaran teradun (blended learning). Pembelajaran teradun
melibatkan penggabungan teknik pengajaran bersemuka di dalam
bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang secara
berstruktur oleh guru.
Seterusnya, KPM menyediakan Manual Pembelajaran dan
Pengajaran di Rumah (PdPR) untuk membantu guru merancang
dan melaksanakan proses PdP secara optimum. Pembelajaran
yang digariskan dalam Manual PdPR ini menggunakan pendekatan
NO SOALAN: 99
secara dalam talian, luar talian dan off-site. Bagi memastikan murid
dapat mengikuti sesi PdPR yang dilaksanakan, KPM melaksanakan
pemantauan terhadap pelaksanaan sesi PdPR. Dapatan
pemantauan yang dilaksanakan dapat digunakan sebagai asas
pertimbangan dalam usaha KPM merancang penambahbaikan PdP
dan intervensi murid pada masa hadapan.
KPM juga telah menyediakan pelantar pembelajaran Digital
Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang menyediakan
pelbagai sumber pendidikan. Sumber ini termasuklah buku teks
digital, modul, panduan, dan sumber-sumber lain seperti video
pendidikan dan bahan pembelajaran dalam bentuk gamifikasi yang
menyokong pelaksanaan PdP. Sehingga kini, sejumlah 485 buah
buku teks digital telah dimuat naik ke Pelantar DELIMa. Selain itu,
terdapat sebanyak 1,591 video pendidikan dalam portal EduwebTV
dan 6,585 video pendidikan yang dikongsikan oleh guru-guru dalam
portal CikgooTube yang telah dipautkan ke dalam pelantar DELIMa
untuk kegunaan murid dan guru. Berdasarkan laporan penggunaan
DELIMa pada 16 Disember 2020, seramai 425,713 (97.7%) guru
dan 3,507,432 (73.6%) murid telah login dan menggunakan
pelantar tersebut bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Manakala bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai
akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk
pembelajaran secara dalam talian, KPM turut mengambil inisiatif
memperkenalkan semula TV Pendidikan secara terestrial bermula
pada 6 April 2020. Inisiatif ini adalah untuk membantu murid yang
tidak mendapat akses kepada internet atau tidak mempunyai
peranti untuk mengikuti pembelajaran di rumah. Bermula dengan
NO SOALAN: 99
siaran selama dua (2) jam di TV Okey RTM, siaran ditambah di
Tutor TV Astro selama empat (4) jam. Terkini, KPM telah
memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam di saluran
NTV7 bermula pada pada 23 November 2020. Ini menjadikan
keseluruhan siaran TV Pendidikan adalah selama sembilan (9) jam
sehari.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.
Murid-murid juga boleh menggunakan buku teks cetak dan buku
aktiviti sebagai bahan rujukan dan melaksanakan aktiviti seperti
mencatat nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep.
Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan
rujukan, penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu
konsep. Manakala buku aktiviti juga boleh digunakan sebagai
latihan ulangkaji apabila mula menjalani PdPR. Guru mentaksir
murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan merancang
melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menyokong
pelaksanaan PdP secara dalam talian, KPM juga telah menambah
baik infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi. KPM
menyediakan capaian jalur lebar internet dengan kelajuan 30Mbps
(Megabit per second) hingga 100Mbps kepada 10,066 sekolah.
Selain itu, KPM sedang dalam usaha menyediakan capaian internet
melalui teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal) berkelajuan
30Mbps bagi 141 sekolah KPM yang masih tiada infrastruktur jalur
lebar di kawasan sekolah berkenaan. Pemasangan VSAT ini
dijangka siap pada Februari 2021.
NO SOALAN: 99
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021, KPM akan
melaksanakan program rintis penyediaan peranti kepada 150,000
orang murid meliputi 500 sekolah melalui Yayasan Hasanah,
sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Bhd. Buat masa ini,
KPM sedang memperincikan kriteria murid dan sekolah yang bakal
menerima peranti tersebut. Seterusnya, KPM akan mengadakan
perbincangan lanjut dengan Yayasan Hasanah setelah senarai
dimuktamadkan. Selain daripada membantu murid dan sekolah
yang memerlukan, tujuan rintis ini adalah untuk mendapat kaedah
pelaksanaan yang terbaik sebelum dicadangkan untuk perluasan.
Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan
pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian
telekomunikasi akan memberi manfaat yang besar kepada semua
sekolah di seluruh negara. Usaha untuk meningkatkan kualiti
capaian akses internet di sekolah akan terus diperkasakan.
Berdasarkan butiran belanjawan tahun 2021, sebanyak 430 sekolah
di seluruh negara akan terlibat dalam inisiatif ini. KPM juga akan
menaik taraf capaian internet sekolah kepada kelajuan 100Mbps
hingga 800Mbps melalui inisiatif rangkaian bersepadu Sektor Awam
MyGovNet yang disediakan oleh MAMPU.
Selain itu, bagi mengatasi masalah jurang capaian internet, KPM
sedang dalam perancangan untuk melaksanakan naik taraf
rangkaian setempat (Local Area Network) dengan kaedah capaian
dipelbagaikan melalui rangkaian tanpa wayar (wireless access) di
pelbagai lokasi dalam kawasan sekolah mulai tahun 2021.
NO SOALAN: 99
(b) Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021
yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula
pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan
memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh
tersebut. Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1,
Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej
Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada
tarikh yang sama. Selain itu, bagi membantu calon-calon
peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya
sebelum menduduki peperiksaan, KPM juga memutuskan bahawa
mereka akan menyambung persekolahan secara bersemuka mulai
20 Januari 2021.
Manakala, bagi murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pula, mereka
akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi
secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara
bersemuka pada 8 Mac 2021. Berdasarkan data enrolmen sekolah
menengah pada 30 November 2020, seramai 386,825 orang murid
Tingkatan 1 dan 377,337 murid Tingkatan 2 pada tahun 2020 akan
terus mengikuti pembelajaran pada sesi persekolahan tahun 2021
secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 100
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. NUING JELUING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Nuing Jeluing minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-
langkah yang akan diambil untuk menukar Borang Kerajaan supaya
bangsa Dayak akan disenaraikan seperti yang telah dipersetujui waktu
Kerajaan BN dahulu.
NO SOALAN: 100
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untu makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Januari 2015 telah
memutuskan agar Jawatankuasa Teknikal Bumiputera Sabah dan
Sarawak (JTBSS) mengkaji cadangan penggunaan klasifikasi kaum
“Dayak”, bagi menggantikan “Bumiputera Sarawak” atau “lain-lain
kaum” dalam borang Kerajaan. Mesyuarat JTBSS pada 5 Mac 2015
telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan keputusan tersebut
telah diangkat dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 30
Oktober 2015.
2. Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat susulan yang telah diadakan,
Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan istilah “lain-lain”
bagi klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi Kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah menetapkan klasifikasi
kaum dalam borang rasmi Kerajaan adalah seperti berikut:
(i) Melayu
(ii) Cina
(iii) India
(iv) Dayak
(v) Kaum : .................................. (Sila nyatakan)
3. Susulan itu, arahan pelaksanaan telah dikeluarkan kepada semua
Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Kerajaan, YB
NO SOALAN: 100
Setiausaha Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun
Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan melalui
Surat Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri bertarikh
27 April 2016. Walau bagaimanapun, pelaksanaan arahan ini
adalah secara pentadbiran bagi borang-borang yang tidak
melibatkan keperluan pindaan undang-undang.
4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan yang dibuat oleh
MAMPU, JPM berhubung status penukaran istilah “lain-lain” dalam
borang-borang Kerajaan adalah seperti berikut:
(i) borang online : semua kaum dipaparkan melalui menu drop-
down seperti di portal e-recruitment Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Sarawak dan Electronic
Resident dan District Office (R&DO); dan
(ii) borang bercetak : ruangan kaum dikosongkan dan perlu diisi
sendiri oleh pemohon seperti dalam borang Jabatan
Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, SPA Negeri Sarawak
dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 102
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' KESAVADAS A/L A. ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bahawa apakah bilangan guru mengikut jantina (gender) di
sekolah rendah dan menengah di negeri ini. Jika tidak seimbang, apakah
puncanya dan apakah perlu Kerajaan mengambil langkah untuk lebih
mengimbangkan kadar ini.
NO SOALAN: 102
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sehingga
30 November 2020, jumlah keseluruhan guru adalah seramai 414,330
orang. Bagi peringkat sekolah rendah terdapat seramai 69,573 orang guru
lelaki dan 166,220 orang guru perempuan. Manakala bagi peringkat
sekolah menengah, terdapat seramai 51,270 orang guru lelaki dan
127,267 orang guru perempuan.
Sejak tahun 2018 hingga 2020, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
mencatatkan jumlah permohonan yang tidak seimbang antara pemohon
lelaki dan pemohon perempuan. Bagi tahun 2020, jumlah permohonan
yang melepasi syarat ditetapkan oleh KPM adalah seramai 16,035
pemohon perempuan dan 8,222 pemohon lelaki. Bagi tahun 2019 pula,
jumlah permohonan yang diterima adalah seramai 18,861 pemohon
perempuan dan 7,201 pemohon lelaki. Manakala bagi tahun 2018,
permohonan yang diterima adalah seramai 17,877 pemohon perempuan
dan 7,458 pemohon lelaki.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM tidak menetapkan kuota
guru mengikut jantina. Pemilihan calon guru bagi mengikuti program
latihan perguruan di IPG adalah berdasarkan kepada calon yang berjaya
melepasi saringan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga dan
amali. Secara keseluruhan, calon akan dipilih berdasarkan merit markah
yang diperoleh meliputi akademik, prestasi sewaktu temuduga dan amali.
NO SOALAN: 102
KPM sentiasa berusaha mempromosi peluang melanjutkan pengajian di
IPG setiap tahun bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai pemohon,
termasuk pemohon lelaki yang berkelayakan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 103
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk
membendung perjudian dalam talian yang semakin berluasa pada masa
kini.
NO SOALAN: 103
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kegiatan judi atas
talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka
1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun demikian, kerjasama antara Kementerian melalui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan
PDRM telah sedia terjalin untuk membanteras kegiatan judi atas
talian.
2. Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada aspek
perkongsian maklumat, forensik digital, penamatan nombor-
nombor telefon dan sekatan ke atas laman-laman web yang
digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.
3. Tindakan pencegahan yang dijalankan melalui SKMM adalah
dengan melaksanakan tindakan sekatan akses ke atas laman
sesawang judi dalam talian. Antara tahun 2018 sehingga
November 2020, sejumlah 1,011 laman-laman web judi dalam
talian telah disekat berdasarkan permohonan rasmi pihak PDRM,
atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Usaha ini akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke
semasa, berlandaskan permohonan daripada PDRM, serta
maklumat dan aduan yang diterima daripada masyarakat awam.
4. Daripada aspek penguatkuasaan, Kementerian turut menjalankan
audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar untuk
NO SOALAN: 103
memastikan bahawa semua nombor yang aktif disahkan dengan
sewajarnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan ianya disalahguna
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan,
mempromosi judi dalam talian dan juga aktiviti jenayah yang lain.
Sehingga November 2020, sebanyak 1,377,862 talian prabayar
yang didaftar secara meragukan telah dikesan. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 920,217 talian telah ditamatkan
perkhidmatannya dan 457,645 telah dikemaskini dengan
maklumat yang sah.
5. Selain itu, Kementerian juga turut menjalankan audit pengesahan
data dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk
mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian telefon
prabayar untuk memastikan bahawa semua nombor yang aktif
disahkan dengan sewajarnya. Ini bagi mengelakkan ianya
disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan
penipuan dan seumpamanya.
6. Kementerian turut memberi keutamaan terhadap usaha
meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung aktiviti yang
boleh menjadi kesalahan mengikut undang-undang, termasuklah
tetapi tidak terhad kepada, kegiatan judi dalam talian. Bagi tujuan
tersebut, SKMMtelah menggerakkan program-program advokasi
pengguna menerusi kempen-kempen kesedaran di seluruh
negara, serta melalui hebahan media massa bagi memupuk
kesedaran dan kewaspadaan orang ramai termasuk golongan
muda dan kanak-kanak supaya tidak terjebak dengan kegiatan judi
dalam talian.
NO SOALAN: 103
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 104
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI KANAN PERTAHANAN
menyatakan keputusan terkini berkenaan kelewatan Littoral Combat
Ship (LCS) berdasarkan audit forensik yang akan dilaksanakan sebelum
kontraktor penyelamat dilantik.
NO SOALAN: 104
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Hala tuju perolehan Littoral Combat Ship (LCS) termasuk keperluan
menjalankan audit forensik ke atas projek ini telah dibincangkan di
dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 November 2020 yang lalu.
Kementerian Pertahanan masih meneliti dan memperhalusi pandangan
dan cadangan oleh Jemaah Menteri dan akan memberikan maklum
balas semula melalui Memorandum Jemaah Menteri.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 105
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan dalam Teras 4 Dasar Pembangunan Luar
Bandar, Kerajaan ingin meningkatkan sistem komunikasi jalur lebar
mudah alih yang berkelajuan tinggi, mampu milik, kebolehcapaian dan
berkualiti. Malangnya status semasa tidak menunjukkan seperti
perancangan, sehingga menyusahkan rakyat dan pelajar universiti yang
terpaksa belajar secara online di musim covid ini :
(a) mengapakah ia berlaku sedemikian; dan
(b) apakah usaha Kerajaan untuk menangani kelemahan ini.
NO SOALAN: 105
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan daripada pandemik
Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia, pihak
Kementerian mendapati bahawa permintaan terhadap lebar jalur
telah melonjak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula pada bulan Mac yang lalu, kerana rakyat Malaysia
kini lebih banyak berurusan dari rumah berbanding ke pejabat,
sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat membeli belah.
Peningkatan dalam penggunaan persidangan video, pembelajaran
dalam talian dan aktiviti membeli-belah melalui Internet pastinya
menyumbang kepada peningkatan permintaan lebar jalur yang lebih
tinggi dan permintaan yang mendadak bagi kawasan-kawasan yang
belum mempunyai liputan.
2. Menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA),
penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara
berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama rata
antara kawasan bandar dan luar bandar. Penambahbaikan ini
selaras dengan perancangan Kementerian untuk menjadikan
perkhidmatan telekomunikasi sebagai salah satu utiliti awam
selepas air dan elektrik.
NO SOALAN: 105
3. Sasaran fasa pertama yang kini telah bermula sehingga tahun 2022
ialah:
a. penambahan daripada 4.95 juta premis kepada 7.50 juta premis
mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan
Gigabit;
b. perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8%
kepada 96.9% di kawasan yang berpenduduk; serta
c. mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih
daripada 25Mbps kepada 35Mbps.
4. Dalam memastikan pihak pemberi perkhidmatan sentiasa
mematuhi tahap piawaian kualiti perkhidmatan yang ditetapkan,
pihak Kementerian akan terus menjalankan audit jalur lebar di
seluruh Malaysia dari semasa ke semasa. Hasil daripada audit ini
dapat digunakan untuk menyasarkan pemberi perkhidmatan dalam
menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada
pengguna.
5. Walau bagaimanapun, usaha bagi meningkatkan liputan dan kualiti
perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara terutamanya di kawasan
luar bandar dan pedalaman bukan sahaja melibatkan Kerajaan
Persekutuan malah memerlukan kerjasama pelbagai pihak,
termasuk di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) untuk pemudahcaraan proses-proses perolehan
dan kelulusan tapak yang terlibat.
NO SOALAN: 105
6. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan inisiatif-inisiatif menerusi
pelan JENDELA ini, pihak Kementerian berharap agar mendapat
sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, pihak Kementerian
dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat menikmati
manfaatnya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 106
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN LASIMBANG
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
adakah Hospital Daerah Penampang akan dibina di tapak yang telah
disediakan sebelum ini untuk menampung keperluan penduduk di daerah
ini memandangkan Penampang satu-satunya daerah di Sabah yang
belum ada Hospital dan Poliklinik yang ada sekarang sudah terlalu sesak.
NO SOALAN: 106
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Daerah Penampang adalah sebuah daerah yang sedang pesat
membangun dengan populasi penduduk seramai 191,128 orang.
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum
memiliki tapak lokasi bagi tujuan pembinaan sebuah hospital di
Penampang. Pemilikan tapak hanya akan dibuat apabila terdapat
keperluan untuk tujuan tersebut.
2. Buat masa ini, penduduk di daerah Penampang boleh mendapatkan
perkhidmatan kesihatan dari Hospital Queen Elizabeth yang hanya
terletak kira-kira sembilan (9) km dari daerah Penampang, Hospital
Queen Elizabeth II (12 km) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
Likas (17 km). Kesemua hospital ini mudah diakses melalui jalan
darat yang baik dan berturap.
3. Selain itu, terdapat juga dua (2) Klinik Kesihatan, empat (4) Klinik
Desa, dua (2) Klinik Komuniti dan satu (1) Klinik Bergerak yang
terdapat di dalam daerah Penampang. Selain itu, pembinaan Klinik
Kesihatan Jenis 3 di Penampang bagi menggantikan KK sedia ada
telah diluluskan pelaksanaanya di tapak yang disediakan dan
dijangka akan ditender pada suku pertama tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 107
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan bantuan keusahawan dan geran kepada
pengusaha pengangkutan bas sekolah di Kawasan Orang Asli yang
terjejas akibat langkah PKP dan penutupan operasi sekolah yang lebih
awal pada tahun ini.
NO SOALAN: 107
JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat,
Program Pembangunan Usahawan Orang Asli merupakan program
yang dilaksanakan oleh JAKOA untuk memberikan bantuan yang
bersesuaian kepada usahawan Orang Asli untuk meningkatkan
perniagaan yang dijalankan. Skop bantuan yang disediakan adalah
Bantuan Bimbingan Usahawan (premis perniagaan atau peralatan),
Geran Bantuan Koperasi (Koperasi Orang Asli) dan program latihan.
Bagi pengusaha bas yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan
untuk menjana pendapatan alternatif boleh mengikuti kursus yang
dianjurkan oleh JAKOA bagi memulakan perniagaan. JAKOA juga boleh
mempertimbangkan bantuan dalam bentuk peralatan atau pembinaan
premis untuk pengusaha menjalankan perniagaan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 108
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah Perdana Menteri meluluskan
peruntukan e-Khas kepada Senator daripada parti pembangkang
memandangkan pelantikan seorang Ahli Dewan Negara merupakan
pelantikan istimewa dan tertinggi dalam institusi negara agar
perbelanjaan ini dapat digunakan untuk membantu rakyat.
NO SOALAN: 108
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri untuk Ahli Dewan Negara
hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di
bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penyediaan dan
penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar semasa Kerajaan
dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan Kerajaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 109
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bahawa sekiranya doktor tempatan ingin menjadi pakar,
mereka mesti mempunyai Ijazah Sarjana Perubatan dari universiti
tempatan. Terdapat kekurangan pakar di negara ini. Mengapa pemerintah
tidak mengiktiraf kelulusan pakar dari beberapa universiti terkenal dari
luar negara. Apakah terdapat agenda tersembunyi ini.
NO SOALAN: 109
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya telah
mengiktiraf kelulusan para doktor yang membuat program kepakaran
mereka di luar negara sejak tahun 1970-an iaitu sebelum Program
Sarjana Perubatan di universiti-universiti tempatan dimulakan di
Malaysia.
2. Terdapat pelbagai bidang kelulusan kepakaran dari negara seperti
United Kingdom, Ireland, Kanada, Australia, United States of
America, New Zealand, Hong Kong dan Singapura yang telah pun
diiktiraf oleh pihak Kerajaan.
3. Sehingga kini, sebanyak 132 program kepakaran dalam negara dan
178 program kepakaran yang ditawarkan oleh institusi daripada luar
negara telah diiktiraf oleh pihak Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
selaku badan yang bertanggungjawab di dalam urusan pendaftaran
pengamal perubatan di Malaysia termasuk pakar perubatan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 110
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sama ada sistem kesihatan negara mencukupi dan berdaya tahan sekiranya
wabak COVID-19 menjadi lebih teruk lagi daripada sekarang.
NO SOALAN: 110
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Selain dari pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) sebelum ini turut mempunyai pengalaman dalam menangani
kejadian wabak-wabak penyakit yang kritikal sebagaimana berikut:
i. Nipah virus encephalitis pada tahun 1999;
ii. Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) pada tahun
2003;
iii. Beberapa episod wabak selesema burung (avian influenza)
A(H5N1) sejak tahun 2004;
iv. Pandemik influenza A(H1N1) pada tahun 2009; dan
v. Kes positif Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV) di Malaysia pada April 2014 dan Januari 2018.
2. Kejadian wabak penyakit tersebut berjaya ditangani dengan baik oleh
KKM, dengan penglibatan secara bersepadu pelbagai Kementerian /
Agensi termasuk pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) –
sebagaimana yang kini sedang dilaksanakan dalam menangani
pandemik COVID-19.
3. Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah membangunkan International Health Regulations (IHR) 2005
NO SOALAN: 110
sebagai suatu instrumen perundangan yang memerlukan negara-
negara anggota yang telah menandatanganinya untuk memastikan
mereka memiliki kapasiti minima bagi mengesan, menilai, melapor dan
mengambil tindakan terhadap sebarang kejadian kecemasan kesihatan
awam yang berlaku di peringkat masing-masing.
4. Bagi menilai tahap pencapaian negara-negara anggota dalam
memenuhi kapasiti minima sepertimana yang ditetapkan, WHO pada
tahun 2016 telah mula menjalankan penilaian bersama yang
dikendalikan oleh sekumpulan pakar-pakar luar yang dikenalpasti oleh
mereka. Mereka ini akan datang ke negara terlibat untuk suatu tempoh
masa yang ditetapkan bagi melaksanakan aktiviti yang dikenali sebagai
Joint External Evaluation (JEE) of IHR 2005. Pelaksanaan JEE ini
adalah berdasarkan kepada 19 bidang / skop teknikal yang
mengandungi 49 indikator, secara keseluruhannya. Setiap indikator ini
membawa markah 1 hingga 5; dimana 1 markah bermaksud ‘Ketiadaan
Kapasiti’, 2 markah bermaksud ‘Kapasiti Terhad’, 3 markah bermaksud
‘Kapasiti Telah Dibangunkan’, 4 markah bermaksud ‘Kapasiti Jelas
Terlihat’ dan 5 markah bermaksud ‘Kapasiti Yang Lestari’.
5. Malaysia seterusnya telah menjalani JEE pada 21 hingga 25 Oktober
2019. Melaluinya, antara dapatan positif yang telah dikenalpasti oleh
pasukan pakar yang terlibat adalah:
i. Malaysia telah melaksanakan pengukuhan terhadap sistem
sekuriti kesihatannya secara berperingkat dengan menerapkan
kepentingan visi jangkamasa panjang; melalui pembangunan
NO SOALAN: 110
dan pelaksanaan yang digariskan oleh Malaysia Strategy for
Emerging Diseases and Public Health Emergencies (MySED)
Workplan I and II;
ii. Malaysia memiliki mekanisma yang jelas bagi melaksanakan
arahan, kawalan dan penyelarasan melibatkan pelbagai sektor
bagi aktiviti kesiapsiagaan dan respon – selaras dengan tatacara
yang digariskan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Bilangan 20, yang turut dimudah cara oleh Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Susulan itu, KKM
melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Kebangsaan menyediakan suatu pusat yang bertindak
merancang aktiviti kesiapsiagaan, mensintesis maklumat dan
menyelaras respon di peringkat sektor kesihatan;
iii. Pendekatan kolaborasi pelbagai sektor bagi menangani sekuriti
kesihatan adalah dengan melibatkan sektor-sektor yang
berkaitan dalam melaksanakan MySED Workplan dengan KKM
yang bertindak sebagai agensi peneraju;
iv. Kewujudan sistem survelan kebangsaan yang berkeupayaan
untuk melaksanakan sintesis terhadap data yang merentasi
sistem pelaporan dan membolehkan kemasukan data secara
‘real-time’ di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan – di
mana ianya dipantau secara rapi dan membolehkan penilaian
risiko yang sewajarnya untuk dilaksanakan. Seterusnya, ini akan
membantu proses membuat keputusan dan komunikasi risiko
NO SOALAN: 110
melibatkan pihak pengurusan atasan; dan
v. Penambahbaikan berterusan dilaksanakan hasil dapatan yang
diperolehi melalui latihan simulasi yang dilaksanakan secara
berkala, melalui ‘after action reviews’ (AAR) mahupun melalui
lain-lain proses penilaian yang dijalankan.
6. Khusus bagi menangani situasi pandemik COVID-19 yang sedang
melanda, Kerajaan melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Bil. 31/2020 bertarikh 17 Oktober 2020 telah bersetuju agar YB
Menteri Kanan Pertahanan mempengerusikan Jawatankuasa Strategik
Pengurusan Pandemik. Ianya selaras dengan hasrat YAB Perdana
Menteri agar perancangan bersifat strategik dirangka bagi menangani
situasi semasa COVID-19 dan sebarang penularan wabak serupa pada
masa hadapan.
7. Jawatankuasa ini bersifat menyeluruh merentas sektor melibatkan
tindakan bersepadu pelbagai agensi serta terintegrasi dari segenap
aspek pentadbiran kerajaan, swasta, komuniti dan individu. Tugasan
utama platform ini adalah menyediakan rangka tindakan bersifat
tindakan semasa (3 bulan), pelaksanaan jangka sederhana (1 tahun)
serta perancangan jangka panjang (5 tahun). Jawatankuasa ini akan
menyediakan Strategi Pengurusan Pandemik Kebangsaan (National
Strategy on Pandemic Management) untuk dijadikan asas kepada
Strategi Buku Biru: Pengurusan Pandemik Kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua,
NO SOALAN: 110
8. Dari segi kapasiti, KKM sentiasa memastikan kelengkapan logistik,
tenaga kerja, set kelengkapan pelindung diri, alat bantuan pernafasan
dan katil untuk pesakit di hospital adalah sentiasa mencukupi. Bilangan
hospital Kerajaan yang memberi rawatan COVID-19 telah ditingkatkan
dari 26 buah kepada 47 buah hospital (45 hospital KKM, 2 hospital
universiti) menjadikan jumlah katil khas untuk pesakit COVID-19 di
hospital sebanyak 5,630 buah. Di samping itu Pusat-pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) juga telah dikenal pasti di setiap
negeri bagi menambahkan bilangan katil. Sehingga 2 Disember 2020
(update accordingly), Secara keseluruhan sebanyak 83 pusat telah
diaktifkan di semua negeri dengan jumlah katil sebanyak 15,284 buah,
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20,914 buah katil. Kapasiti
merawat juga boleh dipertingkatkan dengan menambah bilangan PKRC
dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
9. Bagi menangani kes COVID-19 di negeri Sabah, KKM dengan
Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyediakan
Hospital Medan di Tawau. Hospital tersebut telah memulakan operasi
pada 20 Oktober 2020 dan terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan
Tawau, 5.8km dari Hospital Tawau. Hospital ini disediakan untuk
rawatan pesakit bukan COVID-19 yang merangkumi perkhidmatan
perubatan am, pembedahan am, obstetrik dan ginekologi, ortopedik dan
perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau. Dengan inisiatif ini,
Hospital Tawau boleh memberi tumpuan kepada rawatan pesakit
COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5). Sebagai
permulaan, hospital ini mempunyai kapasiti 100 katil dan dilengkapi
NO SOALAN: 110
dengan unit rawatan rapi dan dewan pembedahan.
10. KKM akan terus memantau jumlah kes semasa COVID-19 dan
seterusnya melaksanakan langkah-langkah bersifat tuntas dalam
mengekang penularan jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 111
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan dan langkah yang
diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan pelupusan pelitup
muka dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kesan buruk terhadap
alam sekitar berikutan Kerajaan mewajibkan pemakaiannya kepada semua
rakyat
NO SOALAN: 111
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam merupakan satu norma
baharu bagi mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19 di
Malaysia. Pelitup muka hendaklah dibuang dengan cara yang betul
supaya ia tidak mencemarkan alam sekitar. Pelitup muka bukan
perubatan (non-medical mask) yang digunakan oleh orang awam di
luar kawasan fasiliti kesihatan dikategorikan sebagai sisa pepejal
terkawal dan perlu diuruskan dan dilupuskan mengikut tatacara
pengurusan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
2. Sebagai langkah untuk memastikan pelupusan pelitup muka
dilakukan dengan betul, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp) telah membuat hebahan melalui
media massa seperti siaran radio dan media sosial seperti facebook,
twitter, instagram dan YouTube. Hebahan ini bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran dan mendidik orang awam supaya
mengamalkan cara-cara yang betul dalam pengurusan pembuangan
pelitup muka. Antara cara yang betul untuk menguruskan
pembuangan pelitup muka adalah dengan melipat dua pelitup muka
yang telah ditanggalkan dan seterusnya memasukkannya ke dalam
NO SOALAN: 111
plastik atau dibungkus rapi dengan tisu/kertas sebelum di buang ke
dalam tong sampah sebaiknya yang bertutup. Ini akan memudahkan
proses pengumpulan pelitup muka terpakai untuk dilupuskan di tapak
pelupusan.
3. Pembuangan pelitup muka dengan cara yang betul akan memastikan
kesihatan pekerja pembersihan sentiasa dilindungi dan dapat
mengelakkan pencemaran alam sekitar. Pada masa kini, dianggarkan
sebanyak 86.66 tan sisa pelitup muka dijana oleh penduduk Malaysia
dalam masa sehari (anggaran penggunaan 1 helai pelitup muka
sehari dengan berat pelitup muka 3 gram/helai).
4. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), pengurusan pelitup muka dalam kawasan fasiliti kesihatan
diuruskan mengikut beberapa kategori seperti berikut:
Bil. Kategori Sumber Cara pengurusan
1. Sisa klinikal
Pelitup muka dari hospital, fasiliti kesihatan awam/ swasta, pusat pengawasan/ pemantauan, pusat rawatan risiko rendah (bangunan/wad/bilik/khemah) serta stesen kuarantin COVID-19.
Menanggalkan pelitup muka dengan memegang tali dan dibuang terus ke dalam tong sampah klinikal (yellow bin).
2. Sisa pepejal terkawal
Pelitup muka yang dipakai oleh pelawat.
Membuka dan melipat dua pelitup muka serta membuat pengasingan dengan meletakkan pelitup muka yang terpakai ke dalam beg
NO SOALAN: 111
Bil. Kategori Sumber Cara pengurusan
plastik yang berasingan /dibungkus rapi dengan tisu/kertas sebelum dibuang ke dalam tong sampah sebaiknya yang bertutup.
5. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula,
pelitup muka yang digunakan di hospital, fasiliti kesihatan, pusat
pengawasan/pemantauan, pusat rawatan risiko rendah
(bangunan/wad/bilik/khemah) serta stesen kuarantin COVID-19 yang
diwartakan oleh Kerajaan sahaja dikategorikan sebagai buangan
terjadual di bawah kod SW 404 (buangan patogenik, buangan klinikal
atau bahan yang dikuarantinkan) di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127). Pelitup muka tersebut perlu dilupuskan
dengan cara menanggalkan tali (tanpa memegang permukaan pelitup
muka) dan seterusnya membuang pelitup muka itu ke dalam tong
sisa klinikal (kuning). Pengurusan sisa klinikal ini hanya diuruskan
oleh syarikat yang mempunyai lesen yang sah dan perlu dilupuskan
di premis yang dilesenkan oleh JAS tertakluk kepada kehendak Akta
127.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 112
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Dr. Yaakob bin Sapari minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
rasional Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghentikan baki
perlawanan bola sepak Piala Malaysia, sedangkan pertandingan Liga
Bola Sepak di peringkat antarabangsa tetap di teruskan mengikut
Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
NO SOALAN: 112
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Oleh kerana berlakunya gelombang ketiga COVID-19 pada bulan
September yang lepas, Kerajaan telah melaksanakan kembali
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara
kecuali di Sarawak, Perlis, Kelantan dan Pahang. Di dalam
kawasan PKPB, pergerakan rentas daerah dan negeri tidak
dibenarkan bagi memastikan langkah-langkah membendung wabak
termasuk mengesan kontak-kontak rapat dapat dilaksanakan.
2. SOP PKPB juga telah menetapkan semua pertandingan sukan tidak
dibenarkan selain aktiviti-aktiviti sosial yang lain juga tidak
dibenarkan. Sehubungan itu, pertandingan bola sepak Piala
Malaysia juga tidak dapat diadakan kerana melibatkan pergerakan
pasukan dari kawasan PKPB yang berisiko dan juga kemasukan
dari kawasan PKPB ke kawasan PKPP atau negeri-negeri yang
berstatus Zon Hijau.
3. Walau bagaimanapun pihak kerajaan akan sentiasa memantau
perkembangan semasa. Sekiranya keadaan kembali pulih dan
mengizinkan, perlawanan bola sepak Piala Malaysia ini akan
diteruskan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 113
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta
MENTERI KANAN PERTAHANAN menyatakan butiran kontrak terkini
bagi bekalan 3 buah helikopter untuk TLDM.
NO SOALAN: 113
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Perolehan bagi 3 buah helikopter berkeupayaan operasi maritim untuk
TLDM telah diberikan kepada sebuah syarikat pembekal tempatan
dengan tempoh kontrak selama 5 tahun mulai 11 September 2020
hingga 10 September 2025. Skop kontrak bagi perolehan helikopter ini
ialah meliputi pembekalan 3 buah helikopter buatan Leonardo
Helicopters beserta Mission Equipment dan pakej Intergrated Logistic
Support (ILS).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 114
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN
KOPERASI menyatakan bilangan perniagaan kecil yang terjejas akibat
pandemik COVID-19 mengikut pecahan negeri:-
(a) senaraikan semua jenis bantuan, kursus dan program yang disediakan
oleh Kerajaan untuk membantu para usahawan dan peniaga kecil
yang terlibat mengikut tarikh dan kos pelaksanaan.
(b) apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian untuk
menangani isu yang dihadapi oleh usahawan dan peniaga kecil.
NO SOALAN: 114
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya telah menjalankan
pelbagai bentuk usaha dari segi bantuan, kursus dan program untuk
membantu peniaga kecil. Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga
Kecil telah dilaksanakan yang bertujuan untuk meningkatkan
kemampuan usahawan PKS. Antara pengisian program ini adalah
ceramah motivasi kepada usahawan, latihan pemasaran dan
pengurusan perniagaan, serta teknik pemasaran melalui digital
elektronik dan pengurusan kewangan secara digital.
2. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jumlah
keseluruhan syarikat dan perniagaan yang menutup operasi bagi
tempoh sehingga November 2020 adalah seperti pecahan berikut:
a. Untuk penamatan perniagaan (milikan tunggal dan perkongsian) di
bawah seksyen 5D Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956),
negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi adalah Selangor (4700),
diikuti oleh Johor (3514) dan Kuala Lumpur (2284). Secara
keseluruhannya, jumlah penamatan di seluruh negara adalah
sebanyak 19,241 syarikat;
NO SOALAN: 114
b. Untuk penggulungan syarikat oleh Mahkamah atas dasar
ketidakmampuan membayar hutang di bawah seksyen 465(1)(e)
AS 2016, Kuala Lumpur mencatatkan penggulungan tertinggi iaitu
sejumlah 424 syarikat dan diikuti oleh negeri Selangor sebanyak
309 syarikat. Di seluruh negara, penggulungan atas
ketidakmampuan bayar hutang mencapai jumlah 988 syarikat.
3. Untuk mengatasi isu yang dihadapi oleh usahawan dan peniaga kecil
ini, beberapa inisiatif dan program berbentuk pembangunan kapasiti
kepada para usahawan telah dilaksanakan melalui agensi-agensi di
bawah Kementerian seperti berikut:
(i) Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Program BizLive;
(ii) Program Business Coaching & Business Enhancement oleh
INSKEN;
(iii) Program Women Champion oleh INSKEN;
(iv) Program Documentation Review and Coaching oleh INSKEN;
(v) Sesi Libat Urus melalui Town Hall oleh INSKEN;
(vi) Program Masterclass oleh INSKEN;
(vii) Kursus Asas Keusahawanan (KAK) oleh TEKUN dengan
kerjasama INSKEN;
(viii) Program Woman Entrepreneur oleh SME Corp;
(ix) Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 7.0 oleh SME
Corp;
(x) Program Micro Connector oleh SME Corp;
(xi) Design A Better Business oleh Centre of Entrepreneur
Development & Research (CEDAR), SME Bank;
NO SOALAN: 114
(xii) Virtual Class oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS);
(xiii) Program Mentoring and Coaching oleh Institut Koperasi Malaysia
(IKM); dan
(xiv) Program Khidmat Nasihat dan Bimbingan Koperasi oleh IKM
4. Sepanjang bulan April hingga Oktober 2020, program INSKEN BizLive
yang bersiaran sehingga 154 sesi telah mendapat sambutan sebanyak
611,952 tontonan. Selain itu, program-program lain oleh INSKEN juga
telah dijalankan sebanyak 261 sesi dan melibatkan penyertaan seramai
9,899 usahawan dengan kos sebanyak RM1,888,263.00.
5. Seterusnya, untuk menangani isu yang akan dihadapi oleh usahawan
dan peniaga kecil, Kementerian kini dalam proses untuk merangka
Pelan Transformasi Penjaja dan Peniaga Kecil (2021-2025). Pelan
transformasi ini akan bersandarkan kepada Dasar Keusahawan
Nasional 2030 yang akan membolehkan perancangan dan perincian
langkah-langkah pembangunan penjaja dan peniaga kecil yang lebih
holistik. Pelan ini akan dibangunkan melalui usahasama dengan
persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil serta mendapatkan
input dari semua agensi-agensi di bawah Kementerian yang terlibat
secara langsung dalam keusahawanan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 115
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L
PONNUSAMY
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk
memastikan masyarakat India dan Orang Asli tidak ketinggalan dalam
pendaftaran sistem eKasih memandangkan ramai dalam golongan ini
tidak arif dalam mengisi borang dan apakah langkah-langkah yang
diambil untuk memudahkan mereka membuat permohonan.
NO SOALAN: 115
JAWAPAN
YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang berhormat,
1. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
telah membangunkan Sistem eKasih sebagai satu pangkalan data
kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan
miskin di Malaysia yang diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu
Kategori Miskin Tegar, Miskin dan Terkeluar. Klasifikasi ini dibuat
berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
melalui proses verifikasi di lapangan.
2. Kriteria penetapan kategori kemiskinan adalah bergantung kepada
jumlah pendapatan per kapita isi rumah dan berasaskan kepada
formula perkiraan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan juga Jabatan
Perangkaan Malaysia melalui Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah
2016 (Household Income Survey 2016). Data dalam Sistem eKasih
adalah bersifat dinamik dan sentiasa berubah dari semasa ke
semasa.
3. Bagi memastikan masyarakat India dan Orang Asli tidak tercicir
daripada mendaftar dalam Sistem eKasih dan menerima bantuan di
bawah program kesejahteraan rakyat oleh Kerajaan, ICU JPM
NO SOALAN: 115
sentiasa bekerjasama dengan agensi yang mengawal selia
golongan ini iaitu Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia
(MITRA) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Semakan
silang dibuat ke atas data agensi berkenaan sebagai usaha
membantu masyarakat India dan Orang Asli yang layak didaftarkan
dalam Sistem eKasih berdasarkan PGK semasa.
4. Selain itu, bagi memudahkan pendaftaran, permohonan boleh
dibuat di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
dengan menggunakan Borang Permohonan Daftar Ringkas eKasih.
Sekiranya semakan ke atas borang tersebut mendapati pemohon
layak untuk bancian, proses bancian akan dilaksanakan untuk
menentukan status kemiskinan dan disahkan ke dalam Sistem
eKasih.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 116
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KETIGA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 21 DISEMBER 2020
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan senarai kampung yang akan diukur dan
ditandakan sebagai tanah rezab Orang Asli yang akan menggunakan
peruntukan RM 5 juta di dalam Bajet 2021.
NO SOALAN: 116
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Perancangan melaksanakan Kerja Ukur Tahun 2021 melibatkan 21
lokasi kawasan penempatan Orang Asli dengan anggaran keluasan
tanah 4,609.32 hektar dan penduduk seramai 5,233 orang. Senarai 21
lokasi penempatan Orang Asli yang terlibat adalah seperti berikut:
Sekian, terima kasih.