Post on 16-Aug-2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANGMINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI
Bilangan 01/2015
Tarikh : 8 Januari 2015 (KHAMIS)Masa : 2.00 petangTempat: Bilik Guru
Hadir :1. En. Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah - Ketua Panitia PJ2. En. Ahad Bin Damit3. En. Abang Zairol Bin Abang Abd Wahab 4. En. Ulysses Bin Turkey
1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran kepada semua ahli panitia
Pendidikan Jasmani ke mesyuarat panitia kali pertama sesi 2015 dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En Ahad Bin Damit.
1.2 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugasan kurikulum sepanjang tahun 2014.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan oleh En. Ahad dan disokong
oleh En. Ulysses.
3.0 Perkara-perkara Baharu
3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
3.1.1 Pengerusi memaklumkan RPT sepatutnya telah disediakan untuk memudahkan membuat Rancangan Harian.
3.1.2 RPT hendaklah disediakan mengikut takwim 2015 dan format yang telah dimuktamadkan oleh melalui mesyuarat panitia.
3.1.3 RPT hendaklah diletakkan di dalam fail/tampal/folder/poket. Sukatan, huraian mata pelajaran diletakkan dalam folder kulit putih dan diasingkan oleh separator.
3.2 Buku teks dan latihan murid3.2.1 Setiap murid hendaklah mempunyai sebuah buku untuk teks
dan latihan.3.2.2 Buku teks hendaklah dibalut dengan kemas untuk
mengelakkan dari rosak.
3.3 Surat Pekeliling Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kerja Kursus/PEKA/ SEGAK dan MATA PELAJARAN lain.
3.3.1 Berdasarkan surat pekeliling yang diterima, SEGAK dijalankan pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun. Data perlu dimasukkan dalam perisian Aplikasi SEGAK. Data SEGAK perlu diemel kepada KP untuk rumusan dan dihantar ke PPD pada bulan Oktober setiap tahun. Diharap guru memberi kerjasama untuk menghantar data kepada KP.
3.4 Pencerapan pengajaran dan pembelajaran3.4.1 Guru-guru diminta merujuk buku pengurusan untuk
pencerapan dan Instrumen Rujukan Standard 4 SKPM 2010 bagi tujuan Pd P yang berkesan.
3.5 Jadual penggubalan soalan peperiksaan dalaman 2014 .
BIL
TAHUN
PPT PAT PERCUBAAN
1 1 EN ULYSSES EN ULYSSES -2 2 EN MUHAMMAD
HILMIEN MUHAMMAD
HILMI-
3 3 EN MUHAMMAD HILMI
EN MUHAMMAD HILMI
-
4 4 EN MUHAMMAD HILMI
EN MUHAMMAD HILMI
-
5 5 EN AHAD EN AHAD -6 6 EN ABG ZAIROL - -
4.0 Hal-hal lain
4.1.1 Mengingatkan agar guru-guru bersama-sama melindungi masa intruksional.
4.1.2 Guru-guru diminta mencatatkan barangan sukan berserta bilangan yang diperlukan untuk P d P tahun masing-masing.
5.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya terutamanya Pd P. Mesyuarat disudahi dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang
Disediakan oleh: Disemak oleh:
__________________ _______________________________( EN ABG ZAIROL) (EN MUHAMMAD HILMI) SU Panitia PJ Ketua Panitia PJ
Tarikh: 10 Jan 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANGMINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Bilangan 02/2014
Tarikh : 3 Julai 2014 (KHAMIS)Masa : 2.00 petangTempat : Bilik Guru
Hadir :1. En. Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah - Ketua Panitia PJPK2. En. Ahad Bin Damit3. En. Abang Zairol Bin Abang Abd Wahab 4. En. Ulysses Bin Turkey5. En. Azmi Bin Jamdi
1.0 Perutusan Pengerusi1.1Pengerusi mengalu-alukan kehadiran kepada semua ahli panitia
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ke mesyuarat panitia kali kedua sesi 2014 dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En Ahad Bin Damit.
1.2Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan PdP yang berkesan sepanjang setengah tahun 2014.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan oleh En Ahad dan disokong oleh En Azmi.
3.0 Perkara Berbangkit3.1 Tiada.
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 4.1.1 Pengerusi memaklumkan RPH perlu diteruskan dan
mengikut RPT yang telah dibuat. 4.1.2 RPH hendaklah diberi kepada Guru Besar untuk disemak setiap hari Jumaat.
4.2 Mengemas stor PJ4.2.1 Stor PJ perlu dikemaskan sekurang-kurangnya sekali sebulan
untuk mengemaskini alatan yang rosak atau hilang .4.2.2 Jadual telah dibuat dan 5 orang murid telah dilantik menjadi
AJK PJ untuk membantu guru mengemas stor PJ.
4.2.3 Jadual mengemas stor PJ .
BIL
BULAN
GURU MURID
1 6 EN ULYSSES JUANISS & KETHLEEN2 7 EN ABG ZAIROL HARRY, ILAU & MURNI3 8 EN MUHAMMAD
HILMIJUANISS, ILAU & MURNI
4 9 EN AZMI HARRY & KETHLEEN5 10 EN AHAD JUANISS & HARRY6 11 EN MUHAMMAD
HILMIKETHLEEN, ILAU & MURNI
5.0 Hal-hal lain
3.1 Mengingatkan agar guru-guru bersama-sama melindungi masa intruksional.
3.2 Guru-guru diminta mencatatkan barangan sukan berserta bilangan yang diperlukan untuk P d P tahun masing-masing.
6.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya terutamanya Pd P. Mesyuarat disudahi dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang
Disediakan oleh: Disemak oleh:
__________________ _______________________________( EN ABG ZAIROL) (EN MUHAMMAD HILMI)SU Panitia PJ Ketua Panitia PJ
Tarikh: 4 Julai 2014