Post on 05-Dec-2015
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI TAPAHMINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 3/2015
TARIKH : 30.7.2015MASA : 12.35 TENGAHARITEMPAT : BILIK GERAKAN SMK SRI TAPAH
KEHADIRAN
1. PUN NORIZAN BT SALIM2. TN HJ ABDUL KADIR B ABDULLAH 3. PUAN SURIA BT ABU BAKAR4. PUAN NORMAH BT ARIFFIN5. PUAN FARRAH MARDINAWATIE BT KOMARUDIN 6. EN. MOHD SABRY B DERAMAN7. EN. MOHD HASRUL B MAT ARIFIN8. EN. ZAIDI B RAMLI9. PUAN ZAINATOL NATAIM BT AZAHARI10.PUAN AZURA WTI BT MOHD ZAINI11.EN. OMAR B BAHARUDDIN12.PUAN AIN ZURIANA ATEM BT ABDULLAH13.PN NOR HAFIFAH BT MOHD SIRAT
TIDAK HADIR
1. PUAN FZLYANA LAILI (BERSEBAB)2. PUAN NOR SHUHADA ABDULLAH (CUTI)3. PUAN MAHANI BT MOKHTAR (BERSEBAB)
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Kedua 2015
3. Perkara Berbangkit
4. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014
5. Perancangan Persediaan Peperiksaan Akhir Tahun
6. Hal-hal lain
1.0UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn. Norizan selaku Ketua Panitia mengalukan-alukan kehadiran semua guru
Panitia Bahasa Melayu tahun 2015.
1.2 Pn. Norizan turut menyampaikan salam dari Guru Kanan Bahasa yang tidak
dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
1.3 Pn. Norian turut menyampaikan amanat Pengetua iaitu:
1.3.1 Secara keseluruhannya pencapaian GPS AR2 (6.10) Daerah Batang Padang merosot daripada pencapaian GPS AR1 (5.69) iaitu pertambahan sebanyak 0.38. Pencapaian Kualiti meningkat dari AR 1 manakala peratus Kuantiti meningkat daripada 60.47% kepada 67.91% di AR 2 walaupun EWS merah.
1.3.2 EKUITI (pengurangan gagal mata pelajaran teras) mata pelajaran
Sejarah sahaja yang berjaya menurunkan peratus gagal dari 32.50%
(AR 1) kepada 23.30 (AR 2).
1.3.3 Puan Pengetua berharap agar semua guru berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran. Beliau menekankan:
I. Semua guru perlu mengajar mengikut opsyenII. Post mortem serta plan intervensinya perlu dihantar kepada
Timbalan PPD pada setiap mingguIII. Dialog Prestasi – yang pertama antara Pengetua dengan guru
Bahasa Melayu dan SejarahIV. Keberadaan guru perlu dilaporkanV. Kehadiran murid mesti mencapai atau melebihi 95% pada
setiap hari hari.
2.0MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI
KEDUA 2015
2.1 Minit mesyuarat panitia kali pertama tahun 2015 telah dibentangkan oleh Pn.
Zainatol Nataim.
2.2 En. Omar mencadangkan agar minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali
kedua diterima untuk disahkan dan disokong oleh Pn. Azurawati
.
3.0PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn. Norizan meminta guru mencadangkan tindakan yang terbaik diambil bagi
murid yang tidak menghadirkan diri pada peperiksaan.
3.2 Beliau meminta untuk Ujian 2, masa ujian untuk Bahasa Melayu ditambah dari
1 jam kepada 1 jam 30 minit.
3.3 Pn. Norizan juga mengingatkan guru-guru tingkatan 1 dan 2 untuk menjalankan
ujian lisan. Rekod ujian boleh dimasukkan ke dalam rekod PBS Offline.
4.0ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
KELAS PPT
KP 9/15 = 60%
T1 97/205 = 47.32%
T2 106/185 = 57.30%
T3 134/189 = 70.90%
T4 77/139 = 55.40%
T5 84/132 = 63.64%
PERCUBAAN SPM 2015
LULUS 63.16%
138 CALON
49 GAGAL
GPMP: 6.39
5.0PERANCANGAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
5.1Pn. Norizan mengingatkan guru-guru seperti berikut akan terlibat dalam
penyediaan kertas soalan bagi PAT mengikut tingkatan.
5.2Guru-guru tersebut adalah:
KELAS PENYEDIA SOLAN
KP ZAIDI DAN ZAINATOL NATAIM
T1 OMAR BAHRUDDIN
T2 MOHD HASRUL
T3 HJ. ABDUL KADIR
T4 MAHANI DAN NOR SHUHADA
T5 NORMAH DAN FZLYANA
6.0HAL-HAL LAIN
6.1Pn. Norizan memberitahu duit Panitia Bahasa Melayu berbaki RM900 hingga
Julai 2015.
6.2Pn. Norizan mencadangkan untuk membeli papan putih kecil sebagai bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan oleh murid.
6.3En. Omar meminta supaya Panitia Bahasa Melayu dapat menyediakan buku
kerja yang boleh digunakan oleh tingkatan satu dan dua.
6.4Pn. Norizan juga memberitahu bahawa Pusat Sumber Sekolah meminta Panitia
Bahasa Melayu mengadakan apa-apa pertandingan dan membuat kertas kerja
untuk mendapatkan peruntukkan dari pusat sumber.
6.5Nilam mesti dijalankan dan meminta Pn. Norizan meminta semua guru mengajar
murid untuk menulis synopsis yang betul pada buku nilam.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
------------------------------------------- --------------------------------------
ZAINATOL NATAIM BINTI AZAHARI PUAN HJH NORIZAN BT SALIM
GURU B. MELAYU KETUA PANITIA B.MELAYU