Post on 09-Aug-2015
Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM
Tarikh : 18 Mac 2014
Masa : 4.30 petang
Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4
Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree
Kehadiran : 21 orang
- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi
- Kehadiran Wakil-wakil Biro:
a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah
b) Biro Acara : Nawal, Syahirah
c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah, Syarifah Syahirah
d) Biro Logistik : Dg Nur Iznie, Mazni Hamiezah
e) Biro Makanan : Nuraqila, Raja Nabilah
f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff
g) Biro Pengangkutan: Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree dan
bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mencapai kata
sepakat dalam pemilihan program yang bakal dilaksanakan.
2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT
2.1 Mesyuarat diteruskan dengan mengemukakan masalah berkaitan dengan program membantu
gelandangan yang telah diputuskan dalam perjumpaan sebelum ini.
2.2 Hal ini demikian kerana program membantu gelandangan tersebut berdepan dengan krisis
pelaksanaan di mana perancangan awalnya adalah untuk dilakukan pada waktu malam sehingga
subuh. Perkara ini adalah berisiko kepada para pelajar. Di samping itu, program membantu
gelandangan in juga memerlukan penglibatan serta kebenaran daripada pelbagai pihak yang
akan mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.
2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi dan Wakil-wakil dari setiap biro telah
mencapai kata putus untuk membubarkan program membantu gelandangan tersebut, serta
memilih program membantu keluarga miskin untuk menggantikan program yang telah
dibubarkan. Program ini dipilih memandangkan program ini meliputi penglibatan
masyarakat setempat dan berbentuk kebajikan. Melalui program ini juga, para pelajar akan
dapat mencapai objektif yang digariskan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
di samping dapat menimba pengalaman yang baru.
2.4 Oleh hal demikian, pembentukan ahli jawatankuasa yang terdahulu mengalami sedikit
perubahan bersesuaian dengan keperluan program.
Biro Komunikasi
1. Zuhur Al-Hayat2. Azizah Omar3. Suhaili
Biro Acara
1. Syahirah Samsuri2. Wan Nor Shafiqah
3. Nawal4. Shakirra
Biro Logistik
1. Dg. Nur Iznie2. Shahirah Bistamam
3. Najihah4. Hamiezah
Biro Keselamatan
1. Amir Thaqiff2. Fauzan3. Niezamuddin
Biro Multimedia
1. Aiman Najib2. Nadia Farhana3. Siti Khadijah4. Syafiqah
Biro Belanjawan
1. Ummi2. Farwizah3. Sharifah Nur Syahirah4. Shuhada5. Azura
Biro Makanan
1. Nur Nadhirah2. Nuraqila3. Izzati4. Raja Nabilah
Biro Pengangkutan
1. Dzulkifly2. Latiff
2.5 Maka, program baru telah disepakati. Berikut merupakan maklumat mengenai program
tersebut.
Nama Projek : Under One Roof ( Di Handapeun Hiji Atap)
Sasaran Projek : Golongan yang tidak bernasib baik ( 5 keluarga)
Tarikh Pelaksanaan : 13 April 2014
Tempat Pelaksanaan : Sekitar Jatinangor
Misi : Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh
kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap
dan jitu.
Visi : 1. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap
individu.
2. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi.
3. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
2.6 Mengenai lokasi perlaksaan adalah masih dalam proses perbincangan memandangkan Biro
Komunikasi dan Keselamatan masih belum meninjau lokasi yang spesifik bersesuaian dengan
program ini.
2.7 Pembahagian tugas bagi setiap biro adalah seperti berikut :
1. Biro Komunikasi dan Biro Keselamatan
-mencari lokasi dan sasaran kumpulan masyarakat
2. Biro Multimedia
-membuat poster serta banner untuk tujuan publisiti
3. Biro Acara
-menyusun tentatif program
4. Biro Belanjawan
-menyediakan surat berkaitan dana
-pelaksanaan untuk meraih dana
-membuat anggaran pembelajaan yang diperlukan
5. Biro Makanan
-meninjau harga makanan
6. Biro Logistik
-mengumpulkan barang-barang yang diperlukan
7. Biro Pengangkutan
-menentukan pengangkutan yang diperlukan bersesuaian dengan program
-meninjau harga sewa kenderaan
3. PENUTUP
3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
Disediakan oleh,
…...........................
(SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN)
Naib Setiausaha Projek
Disemak oleh,
….............................
(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)
Ketua Pengarah Projek