Post on 12-Aug-2015
Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM
Tarikh : 21 Mac 2014
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4
Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree
Kehadiran : 15 orang
- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi
- Kehadiran Wakil-wakil Biro:
a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah
b) Biro Belanjawan : Ummi Athirah
c) Biro Logistik : Nur Najihah
d) Biro Makanan : Nor Nadhirah
e) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff
f) Biro Pengangkutan : Mohammad Dzulkifliy
g) Biro Multimedia : Aiman Najib
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz
Yusree dan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mengetahui
perkembangan projek yang bakal berlangsung .
2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT
2.1 Mesyuarat diteruskan dengan pemilihan tempat perlaksanaan projek yang telah
ditinjau oleh Biro Komunikasi dan Keselamatan
2.2 Berikut merupakan maklumat mengenai tempat perlaksanaan :
Nama Projek : Under One Roof ( Di Handapeun Hiji Atap)
Sasaran Projek: Golongan yang tidak bernasib baik ( 5 keluarga)
Tarikh Pelaksanaan : 13 April 2014
Tempat Pelaksanaan : Jalan Kolanel Ahmad Syam,
No.64,
RT4/RW5 Cikeruh, Jatinangor
2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi dan Wakil-wakil dari setiap
biro telah mencapai kata putus untuk melaksanakan program di tempat yang
telah dicadangkan oleh Biro Komunikasi. Namun, perlaksanaannya masih lagi di
peringkat perlaksanaan dan perbincangan.
2.4 Majlis diteruskan dengan ucapan dari setiausaha berkaitan perlaksanaan projek.
Kata-kata penegasan diberikan kepada setiap biro mengenai tugasan yang perlu
dilaksanakan secepat mungkin dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
2.5 Maka, majlis diteruskan dengan sepatah dua kata dari setiap biro berkenaan
perlaksanaan tugasan yang dilaksanakan.
3. PENUTUP
3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
Disediakan oleh,
…...........................
(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)
Setiausaha Projek
Disemak oleh,
….............................
(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)
Ketua Pengarah Projek