Post on 05-Dec-2015
description
SPSK PK 07 / 3
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYAJLN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 2 / 2015
Tarikh : 7 April 2015Masa : 1.35 petangTempat : Bilik Gerakan SKSJPengerusi : Pn. Rubiaton Naemah Bt Harini
Kehadiran:1. En. Mohamad Syahir Bin Shaharani2. Pn. Rubiaton Naemah Binti Harini3. Pn. Samsiah Binti Mohd Yasim4. En. Mohd Nizar Bin Ideris5. Cik Haslina Binti Aziz6. En. Ahmad Amirulhadi Bin Mohd Nor
AGENDA:1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-
guru yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali kedua ini
1.3 Cik Haslina diminta mencatat minit mesyuarat.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Cik Haslina membentangkan minit mesyuarat yang lalu, disokong oleh Pn.
Samsiah dan disahkan oleh Pn. Rubiaton Naemah.
1.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1.1 Merujuk agenda 4.4, guru-guru yang mengajar Tahun 6 diingatkan supaya
mengemaskini fail PEKA murid dan menjalankan pentaksiran dengan
secepatnya.
Tindakan: Guru Tahun 6
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07 / 3
4.0 LAPORAN UNIT / PERKARA BARU
4.1 POST-MORTEM UJIAN MAC
4.1.1 Semua guru diminta mengenal pasti teknik dan kaedah untuk memantapkan
pembelajaran dan pengajaran agar setiap murid memiliki ilmu pengetahuan
dalam mata pelajaran berkenaan dalam tahap yang optimum. Guru juga
digalakkan untuk sentiasa membuat refleksi dan Kajian Tindakan dalam setiap
masalah pembelajaran yang dikenal pasti.
Tindakan: Semua guru Sains
4.1.2 Keputusan mata pelajaran Sains dalam Ujian Mac adalah seperti berikut:
Tindakan: Semua guru Sains
4.2 SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAPS)
4.2.1 Markah hendaklah diisi dalam SAPS bagi semua tahun dan diminta isi dengan
segera bagi memudahkan guru kelas untuk mencetak slip peperiksaan murid-
murid.
Tindakan : Semua guru Sains
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
Kelas Peratusan kelulusan Bil. Murid lulus Bil. Murid gagal
Tahun 1 96.88 % 93 3
Tahun 2 92.11 % 105 9
Tahun 3 93.67 % 74 5
Tahun 4 94.44 % 68 4
Tahun 5 81.82 % 54 12
Tahun 6 84.62 % 77 14
SPSK PK 07 / 3
4.3 SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)
4.3.1 Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dijalankan secara offline dan
semua guru diingatkan untuk memasukkan data tersebut dengan segera
setelah penilaian dilakukan serta membuat ‘back-up’ data ataupun mencetak
salinan pentaksiran bagi tujuan simpanan.
Tindakan : Semua guru Sains KSSR
4.4 BULAN PANITIA SAINS
4.4.1 En. Mohammad Shahhir mencadangkan agar gimik pelancaran sempena
pelancaran Bulan Panitia Sains pada bulan Mei nanti dilakukan pelancaran
roket.
4.4.2 Aktiviti sempena Bulan Panitia Sains akan diadakan mengikut tahun iaitu:
Tahun Aktiviti
Tahun 1 Mewarna
Tahun 2 Kuiz
Tahun 3 Buku Skrap
Tahun 4 Buku Skrap
Tahun 5 Projek Vivarium
Tahun 6 Projek & VLE FROG
Pendidikan Khas Buku Skrap
4.4.3 Setiap aktiviti akan diadili dan hanya 1 pemenang terbaik dari setiap kelas
akan diberikan hadiah.
Tindakan : Semua guru Sains
5.0 HAL – HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya segera mengisi borang peralatan
dan bahan yang ingin dibeli. Ini kerana Ketua panitia ingin mengisi nota minta
dengan segera.
Tindakan : Semua guru Sains
6.0 PENUTUP
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07 / 3
Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.
UrusetiaPanitia Sains SKSJ Tarikh: 10 April 2015
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010