Post on 13-Dec-2014
Jenis-jenis kamera
Jenis-jenis kamera yang dipilih adalah bergantung kepada jenis-jenis
gambar yang ingin diambil yang berguna untuk aplikasi pengajaran.
Secara umumnya kamera diklasifikasikan merujuk kepada sistem paparan
(viewing) yang digunakan. Berdasarkan kepada sistem ini, terdapat empat
jenis kamera iaitu kamera viewfinder, kamera reflek kanta tunggal (sigle
lense reflex -SLR), kamera reflek kanta kembar (twin lens reflex-TLR) dan
view.
1. Kamera Viewfinder ( rangefinder)
Kamera jenis ini mempunyai alat paparan yang berasingan dari
lensa. Alat paparannya kelihatan seperti pintu yang telus dimana
jurukamera perlu melarasnya terlebih dahulu sebelum mengambil
sesuatu gambar. Sebahagian dari kamera jenis ini mempunyai
pasangan lensa dan finder yang bekerja secara serentak. Apabila
sesuatu imej telah kelihatan dengan jelas, lensa dengan sendirinya
terlaras kepada jarak yang dikehendaki. Kamera jenis ini sering
dikaitkan sebagai kamera range finder.
Kamera jenis ini lebih mudah, ringan, harga yang lebih murah dan
senang dikendalikan. Masalah utama kepada kamera jenis ini
adalah penilik (viewfinder) perlu digunakan untuk melihat subjek
dan kemudiannya subjek dirakam dengan menggunakan lensa. Ini
menyebabkan berlakunya imej/pandangan yang dilihta tidak sama
dengan gambar yang dirakamkan (parallex problem). Pada
umumnya, lensa pada kamera ini tidak boleh ditukar/dilaras.
2. Kamera SLR
Kamera reflek lensa tunggal atau
lebih dikenali sebagai SLR merupakan
kamera yang semakin popular dan banyak
digunakan dewasa ini.
Ia merupakan kamera yang sangat
sesuai untuk mengatasi masalah parallex.
Sistem optik yang dibina pada kamera jenis
ini membenarkan jurukamera melihat subjek
melalui lensa yang sama yang digunakan
untuk mengambil gambar sesuatu subjek
dan mengelakkan masalah perbezaan
pandangan antara imej sebenar dengan
yang kelihatan pada skrin.
Walaupun ia lebih besar dan
pengendaliannya lebih kompleks, tetapi
ianya lebih fleksibel dan boleh digunakan
dalam pelbagai keadaan dan situasi.
Ia sangat sesuai digunakan untuk
fotografi yang memerlukan kepantasan
seperti aktiviti sukan kerana lensanya boleh
ditukar-tukar contohnya untuk wide angle,
close up, telefoto dan sebagainya.
Appeturenya terbina di dalam lensa
sementara shutternya berada diantara lensa
dan badan kamera itu sendiri. Ini
memudahkan pertukaran lensa tanpa
membenarkan cahaya masuk ke dalam
Contoh kamera SLR
Kedudukan shutter dan appature pada kamera SLR
kamera secara berlebihan.
3. Kamera reflek kanta kembar (TLR)
Ia mempunyai dua lensa yang berbeza iaitu satu
lensa digunakan untuk memfokus dan satu lagi untuk
mengambil gambar. Pasangan lensa ini bekerja
secara serentak dimana apabila gambar di atas skrin
fokus telah kelihatan dengan jelas, lensa untuk
mengambil gambar juga telah berada dikedudukan
yang sedia untuk merakam gambar tersebut.
Walaubagaimanapun masalah parallax perlu diambil
perhatian kerana kedudukan kedua-dua lensa adalah
berasingan.
Satu perkara yang menarik mengenai kamera ini
ialah ia dapat menghasilkan gambar yang lebih
cantik, imej dapat dilihat dengan terang dan jelas
kerana skrinnya yang besar. Ia sangat sesuai untuk
fotografi potret perseorangan dan kumpulan.
Kelajuan shutter dan appeture juga boleh diubahsuai,
tetapi ia tidak sesuai untuk mengambil gambar yang
melibatkan aktiviti pantas seperti sukan.
Pengendaliannya juga agak sukar.
4. Kamera View.
Ia merupakan kamera yang telah agak
ketinggalan zaman dan ’old fashioned’, tetapi
perlu dijelaskan di sini sebagai pengetahuan
tambahan.
Ia biasanya digunakan untuk fotografi studio
terutama untuk gambar potret, dan sesuai juga
untuk mengambil gambar kumpulan di luar
studio.
Ia terdiri dari rel yang menempatkan dua
penyokong boleh laras yang disambungkan di
bahagian bawah rumah skrin paparan (seperti
rajah).
Ia menggunakan filem besar dalam bentuk
keping ( saiz 10.2 x 12.7 cm); 1 keping filem = 1
gambar.
Satu keburukan kamera jenis ini adalah saiznya
yang sangat besar dan berat, oleh itu ia
memerlukan tripod untuk mengendalikannya.
Kerana saiznya itu, ia sangat tidak sesuai
dibawa ke sana sini, dan untuk aktiviti luar
terutama yang melibatkan pergerakan.
Tetapi jika kita menginginkan gambar yang
besar dan jelas serta perlu mengubahsuai imej,
ini adalah kamera yang sangat sesuai.
Ia juga sangat sesuai digunakan untuk gambar
lanskap dan arkitek yang melibatkan bangunan
tinggi dan lebar.
Selain daripada jenis-jenis yang dinyatakan di atas, mungkin perlu
diterangkan bahawa terdapat beberapa jenis kamera yang lebih
fleksibel dan lebih luas penggunaannya iaitu:
5. Kamera segera (pollaroid)
Kebanyakan kamera jenis ini adalah berasaskan
kepada sistem viewfinder.
Kamera ini digelar kamera segera kerana ia tidak
memerlukan bilik gelap untuk memproses gambar.
Gambar boleh diproses dengan segera; iaitu lebih
kurang 1 minit selepas ia diambil kerana bahan kimia
untuk memproses gambar terbina di dalamnya.
Apa yang perlu dilakukan, hanya tekan pelepas shutter
dan tunggu seketika sehingga slaid sedia untuk
menghasilkan gambar.
Potensi penggunaannya di dalam pendidikan perlu
diambil kira kerana ia sangat bermanfaat untuk
merakam imej dengan lebih mudah dan pantas seperti
silap mata. Ia boleh membantu guru menjadi lebih
kreatif dan inovatif di dalam bilik darjah.
Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan foto-foto untuk
kegunaan segera seperti gambar pasport, kad
pengenalan dan lesen memandu.
Walaubagaimanapun kualiti gambar yang dihasilkan
mudah terjejas dan tidak tahan lama.
6. Kamera digital
Kamera yang berfungsi secara manual memerlukan jurukamera
mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya. Dengan kemunculan
kamera digital yang berteknologi terkini dan bekerja secara automatik
berasaskan teknologi digital, kerja fotografi dapat dilakukan dengan lebih
mudah walaupun oleh orang biasa yang tidak mempunyai kemahiran
dalam bidang ini.
Kamera jenis ini tidak memerlukan filem untuk merakam sesuatu subjek,
tetapi sebaliknya menggunakan kad memori (seperti yang diterangkan
dalam bab 1.6 (3).
Imej/subjek akan dirakam terus ke dalam format digital dan boleh
dipaparkan secara elektronik menggunakan komputer. Paparan boleh
dilihat samada dengan Microsoft Picture Manager atau Windows Picture &
fax viewer atau Paint atau perisian lain yang terdapat pada komputer
masing-masing.
Imej yang dirakam boleh terus dilihat dari skrin yang terdapat pada
kamera tanpa perlu mencetaknya terlebih dahulu. Sekiranya ingin dicetak,
ia memerlukan pencetak yang berkualiti tinggi yang menggunakan warna
seperti ink-jet atau buble jet.
Ia juga memerlukan kertas cetakan khas untuk memprosesnya terus dari
pencetak bagi menjamin kualitinya.
Kamera digital selalunya dalam format yang lebih kecil, seperti 35mm.
Walaubagaimanapun, kamera SLR juga telah dihasilkan dalam format ini.
Kamera SLR digital selalunya didatangkan samada secara sepenuhnya
automatik atau dilengkapkan dengan sistem pelarasan pendedahan.
Kebaikan kamera jenis ini ialah imej yang dirakam boleh dilihat dahulu dan
diubahsuai sebelum dicetak.
Gambar yang dihasilkan juga boleh dipaparkan dalam bentuk yang lebih
interaktif.
1.6.1 Kamera dan bahagian-bahagiannya
Oleh kerana terdapat pelbagai jenis dan model kamera, adalah sukar
untuk menerangkan mengenai bahagian-bahagian yang ada pada setiap
kamera itu secara terperinci. Jenis yang berlainan dan model yang
berbeza mungkin mempunyai komponen dan fungsi yang berlainan.
Kamera digital yang terkini mempunyai beberapa jumlah bahagian dan
butang pilihan yang tidak terdapat pada kamera lain. Bab ini hanya akan
menerangkan komponen-komponen asas yang perlu bagi sesuatu kamera
dan lebih berkaitan dengan penggunaan kamera manual.
Pandangan hadapan kamera
Pandangan atas kamera
A. Dail Kelajuan Shutter
B. Butang Meter Cahaya
C. Gegelang Aperture
D. Gegelang Fokus
E. Dial Kelajuan Filem
F. Pelepas Shutter
1.7 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI SEBELUM
MEMULAKAN FOTOGRAFI.
Untuk menghasilkan imej yang baik dan menarik, ia perlulah
terdedah kepada cahaya yang mencukupi. Walaubagaimanapun
C – Gegelang aperture
B – Butang Meter Cahaya
A – Dail Kelajuan Shutter
D – Gegelang Focus
E – Dial Kelajuan Filem (ISO)
F – Pelepas Shutter
adalah perlu bagi
seseorang
jurugambar untuk
mengawal jumlah cahaya yang memasuki kamera. Pengawalan
dedahan cahaya (exposure) di dalam sesuatu kamera akan
menentukan banyaknya cahaya yang akan sampai kepada filem.
Alat kawalan yang yang memainkan perana utama dalam
menentukan dedahan (exposure) yang betul dalam sesuatu kamera
adalah :
1. Kelajuan Filem (Film speed)
Kelajuan filem merujuk kepada kadar kepekaan filem terhadap
cahaya.
Ia biasanya diwakili oleh piawaian tertentu seperti ISO
(International Standard Organization), ASA (American Standard
Association), DIN (Deutch Industrie Norm), atau index dedahan
(Exposure Index)
Semakin tinggi kelajuan filem bermakna semakin sensitif filem
tersebut terhadap cahaya.
Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
Kategori Kelajuan
PERLAHAN 12, 32
SEDERHANA 62, 100, 125
LAJU 200, 400, 800, 1000
…… 6400
Panduan penggunaan kategori ini adalah seperti rajah di bawah
2. Kelajuan Shutter
• Shutter terletak di hadapan bahan perakam filem
• Tugasnya : - mengawal cahaya yang masuk ke dlm kamera.
• Ia juga mengawal pergerakan objek & warna
• Ia akan t’singkap a/bila setiap kali butang pelepas shutter ditekan
utk m’ambil gambar dan kemudian terkatup semula
• Tempoh ia tersingkap ditentukan oleh kelajuan singkapan shutter.
Kelajuan shutter – jangka masa shutter terbuka.
• Ia dilengkapi angka seperti rajah di bawah
• Kelajuan biasa yg digunakan ialah 1/125 sesaat.
1. Aperture (f-stop)
Aperture – “pencahayaan”, iaitu kaedah bagi menyukat kadar
kemasukan cahaya ke dlm kamera
Saiz aperture diukur dgn huruf “f” – focal aperture number
Tugas aperture : mengawal cahaya dan jarak jelas.
INGATTTT!!!!Semakin kecil nombor yg diset, semakin lambat proses bukaan shutter
Ia berbentuk bulat dan terdapat di belakang kanta.
Lubangnya blh mengembang dan menguncup
Gegelang aperture dilengkapi angka-angka b’ikut :
PERHATIAN!!!!!!!!- Jarak jelas menjadi sempit jika :Bukaan aperture besarLensa panjangObjek yang difokus dekat (close up)
- Jarak jelas menjadi luas jika :Bukaan aperture kecilLensa pendek
Maksima ApertureKecil f-stop
Minima ApertureBesar f-stop
Kombinasi yang dicadangkan bagi aperture dan kelajuan shutter
adalah
f-stop 22 16 11 8 5.6 4 3.5 2.8
SS 15 30 60 125 250 500 1000 2000
Jarak jelas luas Jarak jelas sempit
1.8 PANDUAN MENGAMBIL GAMBAR YANG MENARIK
Fotografi mempunyai undang-undang iaitu sebagai panduan kita
mengambil gambar. Undang-undang yang dimaksudkan adalah langkah-
langkah untuk mengambil gambar yang sebaik-baiknya iaitu:-
Pertama : komposisi (angle)
Kedua : latar belakang
Ketiga : latar depan
Keempat : peranan cahaya
Kelima : mesej atau penceritaan
1.8.1 Komposisi
Penyusunan objek-objek yang hendak kita gambarkan supaya kelihatan
cantik dan menarik. Komposisi ini terbahagi kepada dua:-
a. Menyusun objek-objek yang boleh digerakkan seperti kotak,
botol, perabot, dan lain-lain
b. Menyusun objek-objek yang tidak boleh digerakkan seperti
bangunan, gunung, sungai, awan, pokok etc. dalam hal ini
anda sendiri yang perlu mencari sudut yang sesuai supaya
keadaan objek kelihatan tersusun rapi dalam gambar
Antara panduan yang boleh diikuti untuk menghasilkan gambar yang
menarik ialah:
1. imej yang mempunyai kadar tumpuan dan minat yang tinggi
Titik yang menjadikan sesuatu gambar itu menarik apabila dipandang.
Pada sebuah bujur sangkat titik kuat itu terletak bukan tepat di tengah
atau di pusat gambar
x √
2. Sudut Pengarah
Lebih berkesan sekiranya
subjek yang diturut oleh
pandangan mata dari sudut
kiri bawah menuju kanan atas
bidang gambar seperti
gambar contoh
3. Ruang bebas untuk wajah atau objek bergerak
Jika wajah yang dipotretkan
memandang ke arah kiri atau
kanan, maka ruang bebas di
hadapannya harus lebih besar
daripada ruang yang berada di
belakangnya.
1.8.2 Jenis-jenis Komposisi
Gambar boleh diambil dalam beberapa komposisi iaitu;
1. wide angle
– untuk kumpulan orang yang ramai. 2. medium angle
3. low angle4. high angle
5. close up
1.8.1 Peralatan dan kelengkapan tambahan
Antara perlatan dan kelegkapan lain yang diperlukan untuk membantu
menghasilkan fotografi yang baik adalah;
1. Lensa/ kanta
Digunakan untuk melaras kamera
agar mendapat ketepatan imej
yang diperlukan.
Terdapat beberapa jenis lensa
mengikut kegunaan dan bentuk
imej yang ingin dihasilkan
1. Fish eye lens Menghasilkan gambar foto berbentuk melengkung
atau membulat.
2. Wide angle lens Membolehkan sesuatu imej dirakamkan dalam
6. perspektif
pandangan sudut yang lebih luas
3. Normal lens Menghasilkan imej dalam perspektif yang semulajadi
dan setara dengan pandangan mata normal
manusia.
4. Shot Telephoto
lens
Digunakan untuk mengambil foto pada keadaan
dimana sukar untuk menghampiri subjek.
5. Telephoto lens Membolehkan sesuatu imej yang jauh dirakam
dengan jelas, dan dapat menyempitkan sudut
pandangan agar ianya membolehkan ruang skrin
yang lebih kecil dapat diperolehi.
6. Mirror Lens Ia menggunakan dua keping cermin yang
membolehkan proses refleksi dalaman terhadap imej
berlaku sebelum sampai kepada filem.
7. Macro/ micro
lens
Untuk mendapatkan imej yang jelas apabila ia
berada dalam keadaan dekat atau terlalu dekat
8. Zoom Lens Paling efektif dan murah bagi mendapatkan imej
yang perbagai bentuk dan kejelasan.
2. Kaki tiga (tripod)
Untuk menempatkan sesuatu kamera dengan tetap dan tidak
bergoyang.
3. meter cahaya
merupakan alat yang sangat peka terhadap cahaya. Berupaya
mengukur jumlah cahaya yang masuk yang menghasilkan samada
gambar itu gelap atau terang.
Penunjuk yang digunakan dalam meter cahaya adalah ;
Warna
Hijau – normal (cukup cahaya
Merah – lebih atau kurang cahaya
Tanda
+ = lebih cahaya
- = kurang cahaya
0 = normal (cukup cahaya
4. Rel memfokus
5. Papan poster putih atau kepingan aluminium (aluminium foil)
Untuk menghilangkan kesan bayang-bayang yang dihasilkan oleh
cahaya yang digunakan.