Post on 20-Oct-2015
description
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 1 Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
• SINOPSIS
Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul,
maka fungsi ’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian
atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi
maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan
pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru
itu sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran
dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama
ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian
berasaskan norma dan kriteria.
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan;
ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;
iii. Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik serta penilaian alternatif.
1
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status
semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program
penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’
dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan
dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran
perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam
bidang penilaian pengajaran.
2
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran
yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran
tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada
untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina
soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan
menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan
yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan
ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah.
Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan
pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan
formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria
sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran
dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,
menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang
bagi tujuan tertentu.
1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
3
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
1.2.2 Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran
1.2.3 Prinsip Pentaksiran
1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan
pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur.
bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian
mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan
sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap
penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang
diberi.
4
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang
bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan
sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan
ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru
menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain
matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan
sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan
bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran
diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.
Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan
kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh
menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan
kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
5
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh
mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,
‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui
pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan
tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi
pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses
pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat,
sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan
pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang
kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang
cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk
mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi
pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
6
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
d. Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar
supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan
kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga
membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan
misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.
1.4 Konsep Penilaian
Terry D. Ten Brink (1974:8)
prosesmendapatkanmaklumat
digunakanuntukmembuat
pertimbangan
digunakandalammembuatkeputusan
1 Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
2 Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
3 Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.
7
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
1.4.1 Tujuan Penilaian
i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas
yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak
diajar.
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan
mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan
segera pula memperbaikinya.
1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat
berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,
sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran
juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.
Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu
penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada
masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan
sumatif.
8
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan
bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum
mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian
formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca
kelemahan pelajar dapat dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian
formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif
amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai”
sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan
pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir
semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan
melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal
pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif
banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam
pembelajaran yang lebih tinggi.
9
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Latihan
c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar
berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat
terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik
pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah
bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum
bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar
pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian
mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian
pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran
dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
10
Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan
penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan
dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan
penilaian sumatif?
[Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111]
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
- Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel
secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat
menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri
aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk
memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan
mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang
digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam
sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan,
kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan
bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh
menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan
ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini
memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan
hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian
alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes,
portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
11
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
PERKAITAN 3P
1 Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan
mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau
objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek
bekenaan.
Mengumpul Maklumat
12
Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu
contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan
ujian alternatif.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 2 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
• SINOPSIS
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina
keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh
mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan
memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang
itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Disamping keupayaan
ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina
kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu
juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni.
Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya
untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.
Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan,
kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah
pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini?
Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan.
Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk
membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Mekanisma
untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan
pengukuran, pengujian atau penilaian.
13
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh
pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat
dirumuskan seperti carta di bawah;
14
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
Memikirkan
15
“Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?”
Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu;
Domain kognitif
Domain afektif
Domain psikomotor
Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta
minda dan dimasukkan ke dalam porfolio. Atas
persetujuan bersama anda juga boleh emailkan kepada
pensyarah untuk tujuan semakan.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks
yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses
yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan,
kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan
dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik
ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk
pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
16
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang
sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam
bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran
dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan
pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan
kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
17
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair
(pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk
pengumpulan portfolio.
18
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman
akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri,
dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi
mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-
kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah
pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam
proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan
ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses
pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman
yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau
dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan
kepada individu yang terlibat.
19
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran
yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu
sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai
keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu
sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk
menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah
yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat
berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan
dalam menjalankan penilaian.
Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY
tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;
20
Student learning outc omes (SLO)
• Jangkaan hasil pembelajaran yang
diperoleh dengan memberi penekanan
kepada pertambahan ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap.
Student progress outc omes (SPO)
• Berterusan iaitu murid dapat melakukan
perubahan yang lebih baik dalam peringkat
yang seterusnya.
• Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap
semata- mata.
• Pembelajaran bersifat berterusan maka
• pentaksiran juga bersifat berterusan.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan
kepada 3 bahagian;
Kesimpulan
Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian
yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang
21
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.
Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat
berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan
bebentuk individu.
2.3 Pentaksiran “Performance Based”
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang
menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan
pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan,
perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).
Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada
dalam dunia sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu
murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang
membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar).
22
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid
dan keberkesanan penyelesaian masalah
dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada
murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek
2.5 Pentaksiran dan Motivasi
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-
faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan
dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak
dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk
menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam
diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;
• sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam
tindakannya sama ada secara negatif atau positif
• Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
• Darjah Kesungguhan
• Stimulator / semangat
23
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :
• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
• Faali/psikologis
• Keinginan untuk makan & minum
ii. Motif Umum:
• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
• Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
• Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
iii. Motif Sekunder:
• Tumbuh sebagai hasil proses belajar
• Tidak berhubungan dengan proses faali
• Kebutuhan berprestasi & berkuasa
2.6 Pentaksiran Konsep kendiri
24
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau
cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk
membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada
orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi
keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai
terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan
mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya
mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal
keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal
diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai
suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya,
persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara
memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats
(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu
organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir
daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan
menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
25
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian
kendiri;
• membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat
refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam
penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
• memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus
memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
• memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam
menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;
• mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan
dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu
bidang/kemahiran, dan
• membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan
dan menepati matlamatnya guru hendaklah
• meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam
proses pembelajaran
• mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar
membuat penilaian kendiri.
• melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka
berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik
• membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian
masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran
seterusnya;
26
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan
menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang
hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya,
kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan)
membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan
dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai
dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga
meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang
tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
27
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti
TAJUK 3 Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
• Sinopsis
Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar
di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme
seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini
dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih
perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang
dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan
pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang dihasilkan pelajar.
• HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-
i. Penilaian formatif
ii. Penilaian Sumatif
28
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
iii. Pemerhatian
iv. Portfolio
v. Hasil Kerja ( Produk )
• KERANGKA TAJUK-TAJUK
3.1 PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
29
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Ciri-ciri :
• dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki
kurikulum.
• dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi
daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
• bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input
akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti
pembelajaran.
• dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung
• maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta
dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar
dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya
• Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian
di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Prosedur Penilaian Formatif
Menentukan topik pembelajaran.
• Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang
seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu
tahun.
• Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut
peringkat kesukaran.
30
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,
maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan
dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
• Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid
menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum
meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
• Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian
formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
• Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna,
simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik
berkenaan.
• Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu
tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap
satu-satu topik berkenaan.
• Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90%
pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,
31
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai
topik berkenaan.
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
• Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam
topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu
dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
• Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai,
gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang
terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak
terpisah.
Jadual 3.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAP ISTILAHPengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,tulis semula.
32
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Membentuk soalan ujian.
• Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
• setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
Mencadangkan langkah susulan.
• Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik
pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-
murid.
• Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan
keputusan ujian yang diperolehi.
• Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara
dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus
33
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau
mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid
boleh menguasai topik tersebut.
Tujuan Penilaian Formatif:
• memperbaiki pengajaran pembelajaran.
• meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
• memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada
pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat
menguasai dengan lebih baik.
• menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.
• memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.
Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau
dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
• guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat
antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-
murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan
dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan
cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal
pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
• mengubah suai pengajaran seseorang guru.
34
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian.
• memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian
yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan
tumpuan kepada topik-topik pembelajaran
Latihan
3.2 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
35
Senaraikan DUA contoh ‘penilaian formatif’ serta bina soalan-
soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang
dalam Pendidikan Seni Visual.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir
tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
• lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu topik pembelajaran
• untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :
• Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi
maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah
item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
• Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan
perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif
pelajaran yang telah ditetapkan
• Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan
item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan
dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item
juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras
kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras
rendah diikuti aras lebih tinggi.
• Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan
kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam
pemberian markah murid-murid.
• Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya
murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.
36
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada
sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu
benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki
kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
• Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi
mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,
ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan
serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor)
dapat berperanan dengan baik
Tujuan :
• membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan
pencapaian.
• memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian
yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
• mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar.
Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan.
• dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang
berkaitan.
• memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut
kumpulan
Latihan
37
Senaraikan DUA contoh ‘penilaian sumatif’ serta bina soalan-soalan
tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan
Seni Visual.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
3.3 PEMERHATIAN
Kaedah Pemerhatian Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian,
penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari
jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati
sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah
pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang
menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial.
Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci
dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya
mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan
terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap
tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang
38
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan
kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan
yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan
tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah
dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah,
dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu
kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati,
generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-
kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati
dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang
berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan
yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang
berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu
sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974)
adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini
proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian,
semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.
Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga
akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang
diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran
pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang
diperoleh.
39
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu
tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk
penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh
digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi
ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak
mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara
berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan
sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.
Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak
dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada
perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang
diperhati.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli
dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia
membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik
memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami
sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan
pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini
40
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang
tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai
untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi
peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat
.pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau
individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan
peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera
video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari
akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah
laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih
tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang
dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada
keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih
terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada
dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting
dalam kajian.
41
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel
yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal
pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah
laku mereka diperhati dan diteliti.
• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati
apabila tingkah laku mereka diperhati.
• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan
membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati
mereka.
• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan
disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya,
fahaman, dan nilai.
3.4 Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau
dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan.
Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran
serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan
dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan
ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
42
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
• Contoh hasil kerja pelajar
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran
Pendidikan Seni Visual
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi
sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak
lain
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses
kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio
Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan
penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik
tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah
yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan
berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan
bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam
portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga
43
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran
pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan
portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan
sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan
kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil
yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4
aspek :
Kajian
• Pemerhatian dan pengamatan
• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang
sesuai dengan kegiatan
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran
• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum
mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar
• Merangka reka cadang atau model
• Menentukan alatan dan bahan
• Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio
44
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut urutan
• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek
yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan
persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,
bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal
pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam
bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa
kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :
• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil
kerja dan pencapaian pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil
keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain
mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan
hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja
seorang pelajar dengan pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
45
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan
beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta
minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :
• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan
pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
3.5 Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang
relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,
keaslian, kreativiti dan kemasan.
46
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah
pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan
keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan
kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana
guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid
terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan
menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.
Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan
belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif
dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap
murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur
perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek
pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran
mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan
membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.
47
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan,
pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan
aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Tamat
48