Post on 29-Aug-2019
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU (KHB) SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MOHD KHIR BIN ABD MAJID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MOHD KHIR BIN ABD MAJID
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iii
DEDIKASI
Sheikh Mohd Harith Ahmad + Hajah Mariam Joned
Hj Mahmud Yasin + Hajah Ruqayyah Ahmad
Hj Ibrahim Hitam + Hajah Putih Abdullah
Abd Majid Ibrahim + Hajah Hamidah Mahmud
Hj Talib Taib + Hajah Kintan Ibrahim
Siapa Punya …..?
Mohd Khir Abd Majid + Haliza Talib 1. Zulfaa Nuraina Mohd Khir
2. Fitriyah Aliyah Mohd Khir
3. Muhammad Akmal Mohd Khir
4. Muhammad Aliff Mohd Khir
5. Izzah Athirah Mohd Khir
6. Nura Adila Mohd Khir Siapa Punya…..?
ALLAH PUNYA
Mata & Penglihatan, Telinga & Pendengaran, Tangan & Keupayaan, Fikiran &
Ilmu Pengetahuan, Kesihatan & Kekuatan, Pangkat & Kuasa, Hati & Perasaan,
Nyawa & Kehidupan malah Masa & Usia adalah HARTA ALLAH
Semuanya itu bukan harta kepunyaan kita….. atau….. kepunyaan bapa kita
Oleh itu semua harta tersebut yang diamanahkan kepada kita di bumi ini supaya
Disyukuri…..
Dihargai…..
Dengan……
jaga & guna…..
segala harta yang diamanahkan oleh ALLAH
DENGAN BAIK & BETUL…..
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah Rabb yang Maha Agung mentadbir sekian alam ini. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabatnya.
Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T yang telah memberi roh kekuatan dan
kesihatan yang baik dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Dengan rasa rendah diri
dan penuh ikhlas saya merakamkan setinggi perhargaan dan ucapan jutaan terimakasih
kepada penyelia projek, Tn. Hj. Mohd Anuar bin Abd Rahman di atas usahanya
memberi bimbingan dan tunjuk ajar, idea dan nasihat serta dorongan dan teguran yang
membina sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Perhargaan dan ucapan terimakasih juga kepada En Khairul Azhar bin Abd
Hamid selaku pensyarah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta
Profesor Madya Dr. Mohd Tajuddin Ninggal, Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan
Pelajar (UPSP), UTM yang telah memberi idea dan pandangan yang berguna dalam
kajian ini.
Tidak lupa juga ucapan terimakasih kepada Bahagian Penyelidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan N.Sembilan, Pengetua sekolah menengah di
Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan
dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan bagi mendapatkan
maklumat kajian ini.
Perhargaan istimewa buat bonda yang tercinta, isteriku dan anak-anak yang
masih kecil di atas doa restu, pergorbanan dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga
usaha Allah memberi keberkatan dan keredhaan atas usaha ini.
Officers of God – Mohd Khir Abd Majid
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah
pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) daripada aspek pengetahuan, bahan
rujukan, rancangan pengajaran, proses pengajaran dan proses penilaian. Maklumat
diperolehi daripada soal selidik yang diedar kepada 53 orang guru-guru mata pelajaran
KHB di 10 buah sekolah menengah di Daerah Seremban, N.Sembilan. Sebelum
digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.9469. Data-data yang diperolehi melalui soal
selidik diproses bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian
menunjukkan aspek pengetahuan, rancangan pengajaran, proses pengajaran dan proses
penilaian berada pada tahap tinggi manakala aspek bahan rujukan berada pada tahap
sederhana. Sehubungan dari itu adalah diharapkan pihak-pihak yang terlibat seperti
pihak sekolah, guru-guru dan bahagian kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri dapat
menyediakan sumber rujukan yang mengandungi unsur-unsur KBKK.
vi
ABSTRACT
The purpose of the descriptive research was to view how far the application of
critical and creative thinking skills (KBKK) in the subject of Living Skills (KHB) from
the aspects of knowledge, reference material, lesson plan, teaching process and
evaluation process. Information was acquired from questionnaires that was distributed to
53 Living Skills (KHB ) teachers from 10 secondary schools in Seremban, Negeri
Sembilan. Before distribution, this questionnaire realibility was tested through pilot
research. The value of questionnaire realibility was 0.9469. The data was collected
using the questionnaire to get the frequency, percentage and the average. The research
finding showed that the aspect of knowledge, lesson plan, teaching process and
evaluation process were at a high level whereas reference materials were at an average
level. Therefore, the party / group involved for example the school, teachers and
curriculum department of the State Education Department will be prepared reference
materials which contains the elements of KBKK.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Kementerian Pendidikan 7
1.6.2 Guru 8
1.6.3 Sekolah 8
viii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Operasi 9
1.8.1 Pengaplikasian 9
1.8.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 9
1.8.3 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 10
1.8.4 Perancangan 11
1.8.5 Pengajaran 11
1.8.6 Penilaian Pengajaran 11
1.8.7 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 12
1.8.8 Sekolah Menengah 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Masa Berfikir 15
2.3 Konsep Berfikir 16
2.4 Model Kemahiran Berfikir 18
2.5 Kemahiran Berfikir Kritis 20
2.6 Kemahiran Berfikir Kreatif 21
2.7 Alat-alat Berfikir Dalam Pengajaran 22
2.7.1 Alat CoRT 23
2.7.2 Pengurusan Grafik 23
2.7.3 Peta Minda 24
2.7.4 Soalan dan Penyoalan 24
2.8 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran 25
2.9 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 26
2.10 Pengaplikasian KBKK Dalam Mata Pelajaran KHB 27
2.11 Penutup 29
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Persampelan Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.5 Kandungan Soal Selidik 33
3.5.1 Bahagian A 33
3.5.2 Bahagian B 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Analisa Data 37
3.9 Penutup 39
BAB IV ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 40
4.2 Profil Responden 41
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 41
4.3.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 41
4.3.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Umur 42
4.3.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Taraf Pendidikan 42
4.3.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar KHB 43
x
4.4 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 44
4.4.1 Tahap Pengetahuan Guru Tentang KBKK 44
4.4.1 Tahap Bahan Rujukan Tentang KBKK 47
4.4.2 Rancangan Pengajaran KHB 48
4.4.3 Proses Pengajaran KHB 50
4.4.4 Proses Penilaian 52
4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 56
5.3 Perbincangan 58
5.3.1 Tahap Pengetahuan Guru KHB Tentang KBKK 58
5.3.2 Tahap Bahan Rujukan KBKK 59
5.3.3 Rancangan Pengajaran KHB 60
5.3.4 Proses Pengajaran KHB 61
5.3.5 Penilaian KHB 64
5.4 Cadangan 65
5.4.1 Cadangan Tindakan 66
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.5 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian
Yang Digunakan 31 3.2 Skala 5 Pemeringkatan 34
3.3 Bilangan Item Persoalan Mengikut Persoalan
Kajian Di Bahagian B 35 3.4 Penggunaan Statistik Bagi Setiap
Persoalan Kajian 37 3.5 Pemeringkatan Skala Likert 38 3.6 Markat Tahap Penilaian Min 39 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Umur 42
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan
Responden Mengikut Taraf Pendidikan 43
xii
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar KHB 44
4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi
Tahap Pengetahuan 45
4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi
Tahap Bahan Rujukan 47
4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi
Tahap Perancangan 49
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi
Tahap Proses Pengajaran 50
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi
Tahap Proses Penilaian 53
4.10 Analisis Keseluruhan Peratusan Dan Min
Responden Yang Menjawab Persoalan Kajian 54
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Kemahiran Berfikir 19
xiv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
EPRD - Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HOKA - Hemisfera Otak Kanan
HOKI - Hemisfera Otak Kiri
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73
B Surat Kebenaran EPRD 80
C Surat Kebenaran JPNS 82
D Surat Kebenaran UTM 84
E Nilai Alpha Kajian Rintis 85
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bersama-sama dengan perkembangan rohani,
emosi dan jasmani. Selaras dengan saranan ini maka kemahiran berfikir telah dijadikan
satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk
meningkat perkembangan intelek pelajar.
Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai pelajar, maka objektif tentang
penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah.
Umpamanya, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), satu daripada
objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan
mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah
mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan
kreatif.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan, termasuklah Sekolah Bestari. Di Sekolah
Bestari, kemahiran berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen utama yang
dilaksanakan dalam kurikulumnya. Dengan ini kemahiran berfikir bukanlah satu mata
2
pelajaran berasingan, tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian
yang merentasi kurikulum. Semoga dengan penguasaan kemahiran berfikir ini
diharapkan kualiti pemikiran murid akan meningkat dan mereka berkeupayaan
memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Pelajar-pelajar yang
menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu
tindakan atau keputusan itu dibuat dan diambil. Dengan ini kemahiran berfikir akan
mampu memandu arah pelajar menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-
idea, buah fikiran serta hujah-hujah yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang
kritis dan kreatif.
Di samping itu pelajar-pelajar juga berkeupayaan untuk membuat pertimbangan
dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap
dan norma hidup dalam konteks negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga
diharapkan pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu mengetahui
cara hidup yang sesuai dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin
canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.
Pelajar-pelajar sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa akan datang.
Oleh itu dengan menyediakan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, berketrampilan,
bersumberkan pengetahuan dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif
diharapkan tahap pembangunan negara pada masa kini dan akan datang menjadi lebih
mantap dan berkesan. Ini mengikut ungkapan Luis Alberto Machado yang berbunyi:
“ The level of the development of a country is determined, in considerable part,
by the development of it’s people intelligence….”
Menurut Wan Mohd Zahid (1993), beliau menjelaskan bahawa:
“ Satu lagi elemen yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah
kemahiran berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan
3
semulajadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran
berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.”
Manakala mengikut ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia sewaktu beliau melancarkan Wawasaan 2020 pada 6 Februari 1991:
“ Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting
ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua
telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita,
iaitu kekuatan, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber
semulajadi.”
Begitulah pentingnya kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan, terutamanya
dalam program Sekolah Bestari dan juga sekolah-sekolah menengah harian biasa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Abad ke 21 adalah merupakan abad ledakan maklumat di mana kemajuan dalam
bidang Sains dan Teknologi berlaku dengan begitu pesat dan pantas sekali. Ini memberi
cabaran yang begitu hebat kepada sistem pendidikan negara untuk menghasilkan
generasi yang mampu menjadi penyumbang kepada sains dan teknologi di samping
menguruskan alam dengan bijaksana. Cabaran ini perlu ditangani dengan bijak sekali
oleh sistem pendidikan negara yang menjadi wadah utama kepada pembangunan
negara.
Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi
rakyatnya. Justeru itu, usaha ke arah pengembangan minda dan potensi pelajar amat
wajar diberi penekanan oleh semua warga pendidik di semua peringkat persekolahan dan
pengajian tinggi. Sekiranya sistem pendidikan negara kita berjaya menghasilkan pelajar
yang minda dan potensi dikembangkan ke tahap yang optimum, maka sistem pendidikan
4
negara kita telah mencapai kecemerlangan bertaraf dunia. Oleh itu semua warga
pendidik haruslah bersama-sama mengembeling tenaga ke arah ini dengan penuh iltizam
dan bersama-sama bertanggungjawab.
Melahirkan insan seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah merupakan cita-cita
murni dan unggul sistem pendidikan negara. Cita-cita ini dinyatakan dengan jelas dalam
FPK. Untuk mencapai cita-cita murni lagi unggul ini, sistem pendidikan negara
seharusnya melahirkan produknya iaitu minda pelajar yang berkembang ke tahap
optimum. Salah satu strategi yang paling berkesan yang mengembangkan minda pelajar
adalah melalui penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir bukanlah merupakan satu perkara yang baru dalam
pendidikan negara kita. Malahan ia adalah antara penekanan utama dalam KBSR.
Kepentingan penguasaan berfikir ini sememangnya sudah tidak dapat dinafikan lagi.
Pakar pendidikan yang telah banyak menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang
ini telah sebulat suara dan bersependapat bahawa kemahiran berfikir perlu diajar secara
eksplisit. Berdasarkan kepada pandangan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan serius telah mengadakan program tertentu untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran berfikir pelajar.
Kemahiran berfikir sudah lama diperkenalkan tetapi penggunaannya dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran mula serius pada sekitar penghujung tahun 80 an
(Samsu, 1996). Di Malaysia penekanan terhadap perkembangan daya intelek bagi
seseorang individu telah mendapat saranan yang utama dalam FPK. Selaras dengan
kehendak FPK tersebut yang menyatakan akan melahirkan insan atau masyarakat yang
progresif, daya pemikiran yang tinggi, inovatif dan memandang jauh ke hadapan, KPM
telah menyaran penggunaan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
semua mata pelajaran di semua peringkat pengajian di Malaysia.
5
Persoalannya sekarang sejauh manakah guru-guru atau bakal guru mendapat ilmu
pengetahuan yang secukupnya dalam KBKK. Jika tiada ilmu pengetahuan dalam
kemahiran berfikir, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti mana yang telah disarankan oleh kerajaan. Selain itu sejauh
manakah kurikulum kita menggalakkan aktiviti yang membawa ke arah tersebut dan
sejauh manakah tanggungjawab para pendidik kita yang mendidik ke arah tersebut?
Untuk menghasilkan pemikiran yang baik adalah dari proses pemikiran yang baik.
Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pernah
mengadakan sidang akhbar pada November 1999 berkata salah satu faktor kemerosotan
keputusan peperiksaan adalah kerana peningkatan soalan bercorak KBKK bagi semua
kertas. Selain itu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membuat analisis yang
membawa kesimpulan bahawa ramai calon memberi jawapan salah bagi soalan bercorak
KBKK (Berita Harian, 1999). Perkara yang berlaku ini adalah merujuk kepada semua
guru yang telah diberikan atau menerima latihan yang secukupnya dari segi penerapan
unsur KBKK dalam pengajaran serta dalam pembinaan soalan. Atau adakah guru-guru
tidak melaksanakan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
1.3 Pernyataan Masalah
KBKK merupakan unsur yang diberi penekanan baru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran KHB dan mata pelajaran lain-lain di bilik darjah. Kementerian
Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memberi pendedahan
kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan,
peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KHB unsur KBKK sebenarnya
telah lama wujud melalui unsur-unsur teras KBSM. Cuma dalam proses dan
pembelajaran, penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin terabai.
6
Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang
berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu di beri penekanan semula
supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat
dicapai. Sehubungan dengan ini kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana
kehadiran unsur-unsur KBKK dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran KHB oleh guru-guru peringkat Sekolah Menengah
di Daerah Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus.
1.4 Objektif kajian
Umumnya kajian ini bertujuan untuk melihat unsur-unsur KBKK diaplikasikan
dalam corak pengajaran guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB peringkat
Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Secara
khususnya objektif kajian ini adalah untuk:
a. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru mata pelajaran KHB tentang KBKK.
b. Mengenalpasti sama ada bahan rujukan yang sedia ada dapat memberi
pendedahan dan maklumat kepada guru KHB tentang KBKK.
c. Mengenalpasti tahap persediaan guru mengenai perancangan mereka dalam
mata pelajaran KHB tentang KBKK.
d. Mengenalpasti tahap proses pengajaran yang disampaikan oleh guru KHB
menerapkan unsur-unsur KBKK kepada pelajar.
e. Mengenalpasti tahap penilaian yang diberikan kepada pelajar berasaskan
aspek KBKK.
7
1.5 Persoalan Kajian
a. Apakah tahap pengetahuan guru mata pelajaran KHB tentang KBKK.
b. Apakah tahap bahan rujukan yang sedia ada dapat memberi pendedahan dan
maklumat kepada guru KHB tentang KBKK.
c. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam rancangan pengajaran KHB.
d. Apakah tahap pengaplikasian KBKK proses pengajaran KHB
e. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam penilaian KHB.