Post on 22-Jun-2015
Ap
ril
13
, 2
01
1
Ap
ril
13
, 2
01
1
SOALAN 7: TEORI-TEORI MOTIVASI
1 KONSEP PENDEKATAN KLASIKAL
Konsep pendekatan klasikal mengandaikan manusia adalah rasional. Terdapat dua teori
dalam konsep ini iaitu pendekatan pengurusan saintifik dan teori organisasi klasikal.
1.1 Pendekatan Pengurusan Saintifik
Teori ini menekankan kepada pengurusan kerja. Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan ke
atas pekerja untuk meningkatkan produktiviti individu pekerja.
Menurut Frederick W. Taylor iaitu bapa pengurusan saintifik, tugas-tugas mestilah dinilai
dan dikaji secara saintifik setiap bahagian tugas tersebut. Dalam konteks pemilihan pekerja,
pekerja yang dipilih perlulah mempunyai keupayaan yang sebenar iaitu yang bertepatan
dengan bidang tugas yang dilakukan. Selain itu, para pekerja akan diberikan latihan dan
insentif untuk melaksanakan kerja dengan kaedah kerja yang tepat. Prinsip saintifik
digunakan untuk merancang kaedah kerja dan memberikan keselesaan untuk melakukan
kerja. Prinsip saintifik ini adalah suatu bentuk penjelasan yang berdasarkan hokum sebab dan
akibat yang pasti dan tepat. Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang
terkenal adalah Shop Management (1912), Principles of Scientific Management yang pernah
dibentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912. Beliau
telah memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang
telah ditetapkan oleh organisasi masing-masing.
Menurut Henry L. Gantt pula menekankan kecekapan pekerja. Teori ini melihat bagaimana
kecekapan pekerja dapat ditingkatkan. Kecekapan para pekerja dapat ditingkatkan melalui
penjadualan tugas dan juga pemberian ganjaran kepada inovasi yang berjaya dihasilkan oleh
pekerja terbabit.
Ap
ril
13
, 2
01
1
1.2 Teori Organisasi Klasik
Teori ini biasa disebut sebagai “teori tradisional” atau “teori mesin” yang berkembang sejak
1800-an (abad 19). Dalam teori ini organisasi digambarkan sebuah badan yang tersentralisasi
dan tugas-tugasnnya adalah khusus.
1.2.1 Definisi Organisasi menurut Teori Klasik
Organisasi merujuk kepada struktur sesuatu hubungan, kuasa, tujuan, peranan, kegiatan,
komunikasi dan faktor-faktor lain apabila semua orang bekerja bersama-sama.
Teori organisasi klasik menghuraikan organisasi formal sepenuhnya. Terdapat empat unsur
utama yang muncul dalam organisasi formal iaitu sistem kegiatan yang terkoordinasi,
kelompok orang, kerjasama, kekuasaan dan kepemimpinan. Manakala, pembahagian kerja
(untuk koordinasi), proses skala dan fungsi (proses pertumbuhan ‘vertical’ dan ‘horizontal’
organisasi), struktur (hubungan antara kegiatan) dan rentang kendali (jumlah pihak atasan
yang mengurus pihak bawahan) dijadikan dasar penting dalam organisasi formal.
Teori Klasik berkembang dalam 2 aliran iaitu birokrasi dan administrasi.
i. Teori Birokrasi
Dikemukakan oleh Max Weber dalam buku ‘The Protestant Ethic and Spirit of
Capitalism’ dan ‘The Theory of Social and Economic Organization’. Istilah birokrasi
berasal dari kata ‘legal rasional’. ‘Legal’ merujuk kepada wujudnya arahan dari satu set
peraturan dan peranan yang dirumuskan secara jelas. Manakala rasional pula, merujuk
kepada wujudnya penetapan tujuan yang ingin dicapai. Menurut Max Weber organisasi
perlu mempunyai 5 ciri-ciri birokratik iaitu hieraki autoriti yang jelas (struktur
organisasi), peraturan dan prosedur yang formal ( ikut prosedur), pembahagian buruh
yang jelas, impersonaliti (hubungan bukan peribadi) dan kerjaya berasaskan merit.
i. Teori Administrasi
Teori ini dikembangkan oleh Henry Fayol, Lyndall Urwick dari Eropah. HENRY
FAYOL (1841-1925) merupakan seorang industrialis yang berasal dari Perancis dan juga
Ap
ril
13
, 2
01
1
merupakan seorang pelopor & penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling
terkemuka. Beliau juga merupakan orang pertama yang mensistemetikkan pengurusan.
Beliau telah mengenalpasti fungsian utama pengurusan. Fungsi utama pengurusan iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. Terdapat 14
prinsip umum pengurusan yang menjadi dasar teori administrasi iaitu pembahagian kerja,
autoriti dan tanggungjawab (hak untuk memberi arahan), disiplin (pekerja yang
berdisiplin jamin kejayaan organisasi), keselarasan arahan (seharusnya arahan dari satu
pihak sahaja), keselarasan arah tuju, mendahulukan kepentingan umum, penghargaan,
sentralisasi, rantai skalar, aturan, keadilan, kelanggengan personaliti, inisiatif dan ‘esprit
de corps’.
1.2.2 Sumbangan dan Had Pendekatan Klasikal
i. Teori klasikal telah mengenalpasti pengurusan sebagai elemen penting dalam
masyarakat terancang dan menjadi begitu penting dalam dunia yang global.
ii. Pendekatan klasikal telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
iii. Bagaimanapun fungsi pengurusan bergantung kepada keupayaan dan
kemahiran seseorang pengurus. Pendekatan klasikal juga telah memberi
sumbangan kepada teknik-teknik pengurusan seperti analisis pergerakan dan
masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual pengeluaran, pengujian personel
dan belanjawan.
iv. Kritikan terhadap pendekatan klasik : pendekatannya terlalu ringkas yang agak
tidak sesuai untuk organisasi yang sentiasa berubah dan belum stabil.
v. Pandangan klasik cenderung untuk lebih bersikap mekanistik. Beranggapan
manusia ibarat gerigi dalam mesin, menyebabkan ia mengabaikan
kepentingan kehendak manusia.
2 TEORI MOTIVASI HAWTHORNE (ELTON MAYON)
Pada tahun 1924, ahli kecekapan Elton Mayon mengadakan penelitian di Hawthorne Illinois,
Western Electric Coy mengenai pengaruh penerangan lampu terhadap produktiviti pekerja.
Disamping itu, Elton Mayon juga menjalankan penyelidikan dengan mencuba mencari
kombinasi yang terbaik untuk merujuk produktiviti maksimum pekerja melalui barbagai
Ap
ril
13
, 2
01
1
macam percubaan, di antaranya adalah dengan mengubah jam kerja, makan siang, kaedah
kerja, dan sebagainya.
Elton Mayo menduga bahawa produktiviti akan meningkat dengan peningkatan penerangan.
Setelah diteliti penyebab pengeluaran meningkat, ternyata bukan kerana aspek yang
dieksperimenkan, melainkan kerana, "aspek-aspek manusia". Mereka merasa diperlakukan
seperti orang penting pada bahagian syarikat itu. Mereka boleh berkaitan antara satu sama
lain, dan tidak lagi merasa terpencil, perasaan bergabung, kompeten dan berprestasi mulai
bertunas di dalam hati mereka.
Kesimpulan daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Elton Mayo pada syarikat General
Electric kawasan Hawthorn di Chicago, teori yang dijalankan itu telah memberi kesan pada
tingkat motivasi dalaaman kumpulan pekerja dan sikap pekerja dalam bekerja.
Sumbangan hasil kajian tersebut bagi perkembangan teori motivasi adalah
i. Keperluan dihargai sebagai manusia ternyata lebih penting dalam meningkatkan
motivasi dan produktiviti kerja pekerja berbanding dengan keadaan fiisik
persekitaran kerja.
ii. Sikap pekerja dipengaruhi oleh keadaan persekitaran tempat kerja dan di luar
lingkungan tempat kerja.Sekiranaya mereka dapat membiasakan diri ditempat
tersebut, ini dapat memebantu pekerja meningkatkan produktiviti.
iii. Kumpulan tidak formal di persekitaran kerja berperanan penting dalam
membentuk kebiasaan dan sikap para pekerja.
iv. Kerjasama kumpulan tidak terjadi begitu saja, tetapi harus dirancang dan
dikembangkan.
3 TEORI KONTENPORARI
Teori kontenporari terbahagi kepada lima iaitu;
1) Teori X dan Y
2) Teori Hireraki Maslow
3) Teori 2 Faktor
Ap
ril
13
, 2
01
1
4) Teori Ekspektasi
5) Teori Keadilan
3.1 Teori X dan Teori Y (Douglas Mc. Gregor)
Hasil penyelidikan Douglas Mc. Gregor ini telah memberi definisi bagi golongan teori X dan
teori Y.
3.1.1 Teori X
Douglas Mc. Gregor beranggapan bahawa kebanyakan orang dari golongan ini adalah
orang lebih suka dipimpin tidak punya tanggungjawab, ia dimotivasi oleh wang,
keuntungan dan ancaman hukuman. Orang yang berada didalam kategori ini juga
telah disifatkan sebagai seseorang yang malas bekerja Pengurus perlu mengenal pasti
pekerja-pekerja yang terdiri daripada kategori ini, dan sistem pengawasan serta
disiplin yang ketat perlu dilaksanakan terhadap para pekerja.
3.1.2 Teori Y
Semua orang sebenarnya bersifat kreatif, yang harus dibangkitkan atau dirangsang
oleh pemimipin. Sesiapa yang berada dalam golongan ini, mereka adalah seseorang
yang suka memimpin sesebuah kumpulan ataupun organisasi. Mereka mempunyai
matlamat dan cita-cita yang tinggi untuk dicapai. Mereka yang berada dalam kategori
ini lebih berfikiran positif.
Menurut teori X dari McGregor ini bahawa orang-orang ini pada hakikatnya adalah:
i. Tidak suka bekerja
ii. Tidak cita-cita untuk bertanggung jawab, dan lebih suka diarahkan atau diperintah
iii. Mempunyai kemampuan yang kecil
iv. Hanya memerlukan motivasi fisiologi dan keselamatan saja.
v. Harus diawasi secara ketat dan sering dipaksa untuk mncapai tujuan organisasi.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Secara keseluruhan teori Y adalah seperti berikut:
i. Kemampuan untuk berkreativiti di dalam menyelesaikan persoalan-persoalan
organisasi secara meluas.
ii. Orang-orang dapat mengendalikan diri dan kreatif dalam bekerja.
iii. Dimotivasi oleh kehendak diri sendiri.
3.2 Teori Ekspetasi (Clayton Alderfer)
Teori ERG yang berdasarkan keperluan keberadaan(existence), hubungan (relatedness)dan
pertumbuhan(growth).
i. Keperluan keberadaan
Keperluan ini berhubungan dengan keperluan dengan teori Maslow yang menekankan
keperluan fisiologis dan keamanan.
ii. keperluan hubungan
Keperluan ini pula mengutamakan kepentingan hubungan antara individu dan
bermasyarakat yang meliputi interaksi antara anggota keluarga, dan sahabat.
iii. Keperluan untuk pertumbuhan dan kemajuan
Keperluan ini hadir dari keinginan intrinsik dalam diri seseorang untuk maju atau
meningkatkan kemajuan dirinya.
Alderfer menyatakan bahawa apabila keperluan keberadaan tidak dipenuhkan maka individu
itu akan terdorong untuk memenuhi keperluan tersebut. Semakin sulit untuk memuaskan
keperluan yang tinggi semakin tinggi keinginan untuk memuaskannya.
3.3 Teori Dua Faktor @ Teori Higien (Frederik Herzberg)
Menurut teori ini, motivasi yang ideal dapat merangsangkan usaha adalah peluang untuk
melaksanakan tugas yang lebih kepada keahlian dan peluang untuk mengembangkan
kemampuan. Teori ini terbahagi kepada dua faktor iaitu; faktor motivasi dan faktor higiene.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Faktor motivasi adalah hal-hal yang mendorongkan prestasi yang bersifat intrinsik yang
bersumber dari diri seseorang dan mencapai kepuasan dalam pencapaian. Faktor termasuk
prestasi, pengakuan, tanggungjawab, kemajuan, kemungkinan berkembangan.
Faktor Higiene adalah faktor-faktor ekstrinsik yang bererti bersumber dari luar diri yang
menentukan perilaku seseorang dalam kehidupan.
Gambar rajah: Teori Dua Faktor
3.4 Teori Hierarki Keperluan (Abraham H.Maslow)
Teori ini menyifatkan manusia bekerja dengan dimotivasikan oleh keperluan yang sesuai
dengan waktu, keadaan serta pengalamannya. Keperluan individu dapat disusunkan dalam
satu hierarki yang terdiri daripada lima paras yang dikenali sebagai “Hierarki Keperluan
Maslow”.
Manusia merupakan makhluk sosial yang berkeinginan, keinginan akan dimulakan dengan
dorongan dari paras bawah, setelah kepuasan tersebut tercapai, keperluan yang belum
tercapai akan menjadi alat dorongan dan motivasi. Keperluan yang mesti dicapai terdahulu
adalah Keperluan Fisiologi iaitu keperluan yang diperlukan untuk kelangsungan hidup
seseorang seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Apabila keperluan fisiologi
dicapai maka keperluan keselamatan,keamanan dan perlindungan perlu dicapai,iaitu bebas
daripada bahaya, terlindung daripada sebarang ancaman.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Keperluan ketiga ialah keperluan sosial yang merangkumi hubungan sesama lain dan
interaksi.Selepas itu,Keperluan penghargaan iaitu motif utama yang berhubungan dengan
penghargaan dan rekognis, penghormatan, harga diri di mata orang lain.
Keperluan yang menduduki hierarki di puncak piramid ialah keperluan penghargaan diri yang
bermaksud keperluan untuk memenuhi diri sendiri dengan penggunaan kemampuan
maksimum, keterampilan dan potensi. Keperluan-keperluan saling bergantugan,keperluan
yang telah dipuaskan akan diganti oleh keperluan selanjutnya.
Gambar rajah: Tingkat Keperluan Maslow
3.5 Teori Keadilan
Teori ini dikemukakan berdasarkan andaian bahawa orang-orang dimotivasikan oleh
keinginan untuk diperlakukan secara adil dalam pekerjaan. Individu bekerja untuk mendapat
balasan balik dari organisasi. Teori keadilan menekankan bahawa perbandingan usaha
mereka dan hasil yang diterima dari usaha dan hasil yang diterima orang lain dalam
persekitaran kerja yang sama. Pendek katanya iaitu “layanan yang adil dan saksama”.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Ap
ril
13
, 2
01
1
SOALAN 8: UNDANG- UNDANG JUALAN BARANG.
1.0 PENGENALAN
Akta Jualan Barangan 1957 adalah digubal khusus untuk mengawal selia kontrak jualan
barang- barang. Akta ini terpakai untuk semua jenis barangan termasuk barangan terpakai
tidak kira di jual secara borong mahupun jualan runcit. Peruntukan dalam akta ini
menerangkan tentang terma kontrak, jualan barang oleh bukan pemilik dan juga hak- hak
penjual yang tidak berbayar. Di dalam projek ini, kami memfokuskan kepada jualan oleh
bukan pemilik.
2.0 JUALAN OLEH BUKAN PEMILIK
Seksyen 14 menyatakan tentang syarat berkenaan hak mili, iaitu seseorang menjual mestilah
mempunyai hak milik yang sah terhadap sesuatu barang sebelum ia dapat memindahmilik
atau menjual barang tersebut kepada pembeli.
Menurut kaedah common law, ‘nemo dat quod non habet’ bermaksud tiada siapa yang boleh
member hak lebih dari apa yang dia sendiri miliki. Ini bermakna jika seseorang menjual
barang yang bukan miliknya kepada pihak lain, si pembeli tidak akan mendapat hak milikk
yang sah terhadap barang tersebut bahkan terpaksa memulangkannya kepada pemilim
sebenar apabila dituntut.
Kaedah ‘nemo dat quod non habet’ boleh dilihat didalam seksyen 27, Akta Jualan Barangan
1957 yang menyebut ;
Tertakluk kepada Akta ini dan mana- mana undang- undang lain semasa ianya berkuatkuasa,
jika barang di jual oleh seseorang yang bukan pemunya, dan tidak menjualnya di bawah
kuasa atau dengan kebenaran pemunya, pembeli tidak boleh memperoleh hak milik yang
lebih baik daripada penjual terhadap barang- barang itu melainkan pemunya barang- barang
itu telah, iaitu melalui kelakuannya terhalang terhalang daripada tidak memberikan penjual
kuasa untuk menjual.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Kaedah nemo dat ini adalah bertujuan untuk melindungi pemilik sebenar terhadap barang
kepunyaannya. Sekiranya barang pemunya di curi, hak milik barang itu tetap ada pada
pemilik sebenar.
Kaedah ini dapat dilihat melalui contoh kes berikut;
Lim Chui Lain lawan Zeno Ltd.
Fakta kes : Ahmad, seorang kontraktor telah dibekalkan oleh Zeno Ltd bahan- bahan binaan
untuk projek pembentungan. Apabila kontrak Ahmad dengan Majlis Perbandaran Petaling
Jaya dibatalkan, Ahmad telah menjual bahan- bahan tersebut kepada Lim Chui Lai. Persoalan
yang timbul ialah siaoa yang lebih berhak ke atas bahan- bahan binaan itu.
Mahkamah : Ahmad tiada hak untuk menjual kepada Lim Chui Lai keran hak milik bahan
binaan masih lagi bersama Zeno Ltd. Dalam kes ini Ahmad hanyalah seorang bailee.
3.0 PENGECUALIAN KEPADA KAEDAH NEMO DAT
Keadaan- keadan di mana jualan barang oleh bukan pemilik adalah sah :
( a) Estoppel / Persekatan
(b ) Jualan barang oleh wakil/ ejen perdagangan
(c ) Jualan oleh milik bersama
( d) Jualan di bawah kontrak boleh batal
(e ) Jualan barang di dalam milikan penjual
(f ) Jualan barang di dalam milikan pembeli
( a ) Estoppel
Apabila pemilik sebenar melalui perbuatan atau kata- katanya telah membuat pembeli
percaya bahawa penjual mempunyai kuasa untuk menjual barang tersebut, pemilik sebenar
adalah dihalang dari menafikan bahawa penjual itu tidak ada kuasa untuk menjual barang
tersebut.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Di terangkan melalui kes : Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lawan UMBC Finance Bhd &
Ors
Fakta : Syarikat Supreme Leasing membeli traktor dari penjual pada tahun 1984 dan
menyewakan kepada plaintif. Lima bulan sebelum itu UMBC Finance telah membeli traktor
yang sama dan menyewakan kepada pihak lain. Penyewa tersebut gagal membayar ansuran
lalu UMBC Finance merampas traktor tersebut.
Isu : Siapa yang lebih berhak kepada traktor.
Mahkamah : Kecuaian UMBC mendaftarkan miliknya pada kad pendaftaran menyebabkan
UMBC Finance dihalang menafikan hak milik Supreme Leasing. Oleh itu traktor tersebut
menjadi milimSupreme Leasing.
(b) Jualan oleh Wakil / Ejen Pedagangan
Seksyen 2 menerangkan maksud ejen perdagangan :
“Seorang ejen yang mempuntai kuasa mengikut adat perjalanan urusan sebagai ejen
sedemikian sama ada untuk menjual barang- barang, atau untuk mengkonsainkan
barang- barang bagi maksud jualan, atau untuk membeli barang- barang, atau untuk
mendapatkan wang atas jaminan bagi barang- barang.”
Daripada peruntukan di atas, syarat- syarat tertentu mestilah dipenuhi iaitu :
1. Penjual adalah ejen/ wakil perdagangan
2. Barang/ dokumen dalam milikan ejen perdagangan
3. Penyimpanan barang / dokumen atas kebenaran pemilik sebenar
4. Penjualan dalam urusan biasa ejen itu
5. Pembeli membeli dengan suci hati dan percaya ejen itu ada kuasa untuk menjual.
Kaedah di terangkan melalui kes : Folkes lawan King
Fakta : F, pemilik kereta menyerahkan keretanya kepada H, ejen kereta untuk menjual kereta
pada harga tidak kurang 575 pound. H menjual kepada K dengan harga 340 pound yang
membeli dengan suci hati. H lesap dan F menuntut dari K untuk mendapatkan keretanya.
Ap
ril
13
, 2
01
1
Mahkamah : H telah memegang kereta itu dengan persetujuan F untuk dijual. Oleh itu K telah
membeli dengan suci hati akan mendapat hak milik yang sah.
(c ) Jualan Oleh Pemilik Bersama
Seksyen 28 menyatakan :
“ Apabila salah seorang pemunya bersama barang- barang mempunyai milikan mutlak
kepadanya dengan keizinan pemunya bersama, milikan barang dipindahkan kepada
mana- mana orang yang membelinya dari pemunya bersama secara suci hati dan tidak
mengetahui pada masa kontrak jualan di buat penjual tidak mempunyai kuasa untuk
menjual.”
Disertakan dengan syarat- syarat berikut :
1. Barang mesti berada dalam simpanan si penjual dengan mendapat kebenaran pemilik
bersama yang lain.
2. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa mengetahui si penjual tidak mempunyai
kuasa penuh menjual barang itu.
3. Pembeli boleh mendapat hak milik sepenuhnya walaupun pemilik bersama lain tidak
member kuasa untuk menjual barang tersebut.
( d) Jualan oleh Pemilik di bawah Kontark Boleh Batal
Seksyen 29 memperuntukkan :
“ Jika penjual barang- barang telah memperoleh milikan berkenaannya di bawah suatu
kontrak boleh batal di bawah seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak, tetapi kontark
telah di batalkan pada masa jualan itu, pembeli memperolehi hak milik kepada
barang- barang dengan syarat dia membelinya dengan suci hati dan tanpa
pengetahuan penjual akan kecacatan hak milik.”
Ap
ril
13
, 2
01
1
Di bawah seksyen 29 dinyatakan syarat- syarat berikut :
1. Penjual barang memperolehi barang di bawah kontrak boleh batal menurut seksyen 19
atau seksyen 20 Akta Kontrak 1950.
2. Kontrak tersebut belum dibatalkan oleh pihak ketiga.
3. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa pengetahuan mengenai kecacatan pada
hak milik itu.
Diterangkan melalui kes : Car & Universal Co. Ltd. lawan Caldwell
Fakta : C, pemilik kereta Jaguar menjual keretanya kepada A. A memberikan C sekeping cek.
C dapati cek tersebut tidak boleh ditunaikan lalu membuat laporan polis untuk mendapatkan
kereta itu kembali. Biarpun kereta A telah di beli oleh plaintif dengan suci hati.
Mahkamah : C telah membatalkan kontrak menjual kereta secepat mungkin setelah
mendapati A melakukan frod, maka plaintif tidak mendapat hak milik yang sah.
( e ) Jualan barang dalam pemilikan penjual
Seksyen 30 (1) menyatakan :
“ Jika seseorang, setelah menjual barang- barang, berterusan atau dalam milikan bagi
barang- barang atau dokumen hak milik kepada barang- barang itu, penyerahan atau
pemindahan oleh orang itu atau oleh seorang ejen persaudagaran yang bertindak bagi
pihaknya, bagi barang- barang atau dokumen hak milik di bawah apa- apa jualan,
sandaran atau penguntukan lainnya kepada mana- mana orang yang menerima barang
itu dengan suci hati dan tanpa pengetahuan akan penjualan yang terdahulu hendaklah
mempunyai kesan yang sama seolah- olah orang yang terdahulu hendaklah
mempunyai kesan yang sama seolah- olah orang yang membuat penyerahan atau
pemindahan itu telah dengan nyata diberi kuasa oleh pemunya barang- barang untuk
membuat perkara yang sama.”
Syarat- syarat untuk seksyen 30(1) adalah :
1. Penjual menjual barang dan hak milik telah diberikan kepada pembeli
Ap
ril
13
, 2
01
1
2. Barang atau hak milik barang masih dalam simpanan penjual
3. Barang yang sama dijual sekali lagi kepada pembeli kedua oleh penjual tersebut.
Seksyen 30(1) diterangkan melalui kes : Pacific Motors Auctions Pty ltd lawan Motors
Credits
Fakta : Plaintif menghantar beberapa kereta miliknya kepada wakil jualan. Wakil jualan ini
menjual kereta tersebut kepada defendan kerana menghadapi masalah kewangan walaupun
plaintif memberikan notis supaya keretanya tidak dijual.
Mahkamah : Defendan memperoleh hak milik yang sah kerana membeli dengan suci hati.
( f ) Jualan barang dalam pemilikan pembeli
Seksyen 30(2) memperuntukkan :
“Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membel, mendapatkan, dengan
persetujuan penjual, milikan kepada barang- barang atau dokumen hak milik kepada
barang- barang, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu atau oleh ejen
persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya bagi barang- barang atau dokumen hak
milik di bawah apa- apa penjualan, sandaran atau penguatkuasaan yang lainnya
kepada mana- mana orang yang menerima barang- barang dengan suci hati tanpa notis
apa- apa lien atau hak lain penjual asal berkenaan dengan barang- barangnya
hendaklah mempunyai kesan seoleh- olah lien atau hak sedemikian tidak wujud.
Di bawah Seksyen 30(2) terdapat syarat- syarat berikut :
1. Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membeli sesuatu barang dan
mendapat persetujuan untuk menyimpan barang atau dokumen hakmilik.
2. Pembeli kemudiannya menjual kepada pihak ketiga yang membeli dengan suci hati
3. Pihak ketiga mendapat hak milik ke atas barang yang di beli dari pembeli itu.
Contoh dapat dilihat melalui kes : Newtons Wembley Ltd lawan Williams.
Fakta : Plaintif menjual kereta kepada A yang membayar dengan cek dengan syarat hak milik
akan dipindahkan kepada A setelah cek tersebut ditunaikan. Malangnya cek itu tidak laki
Ap
ril
13
, 2
01
1
sementara itu A telah menjual barang tersebut kepada B yang membelinya dengan suci hati.
B pula kemudiannya menjual kereta itu kepada defendan. Kini plaintif ingin menuntut kereta
dari defendan.
Mahkamah : Defendan telah mendapat hak milik kereta dari B dengan sah. Begitu juga
dengan B yang mendapat kereta itu dari A atas persetujuannya.